Khamis, 12 Januari 2012

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


[Bergambar] Lanjutan Berita Wardina Dirompak, Suaminya Diikat

Posted: 12 Jan 2012 01:14 AM PST

Suami Wardina Diikat Dalam Kejadian Samun

KUALA LUMPUR: Pelakon, model dan pengacara televisyen, Wardina Safiyyah Fadlullah Wilmot kerugian RM20,000 apabila rumahnya disamun tiga lelaki bersenjata di Taman Bukit Utama, Bukit Antarabangsa, di sini Khamis.

Gambar: Wardina menunjukkan pelbagai barangan yang diselongkar oleh perompak yang memecah masuk rumahnya. Foto BERNAMA

Dalam kejadian 3 pagi itu, tiga penjenayah terbabit memasuki rumah Wardina setelah mengumpil pintu belakang rumah teres tepi dua tingkat beliau sebelum mengarahkan kesemua anggota keluarga Wardina berkumpul.

Ketika ditemui pemberita di rumahnya, Wardina, 33, yang masih trauma dengan kejadian itu berkata ketika kejadian hanya beliau, suaminya, tiga anak mereka dan seorang pembantu rumah berada di dalam rumah itu.
Wardina

"Ketika itu saya tidur berseorangan di bilik tidur utama kerana saya demam. Disebabkan itu, suami saya, Ikhwan Johari, 36, tidur bersama anak bongsu lelaki saya, Imran Ar-Razi, 3.

"Salah seorang penjenayah telah menarik selimut saya, lalu mengarahkan saya bangun dari tidur sementara penjenayah lain membawa kesemua ahli keluarga berkumpul dan pembantu rumah di bilik tidur utama," katanya.

Katanya anak perempuan sulungnya, Amna Nafeesa, 8, dan Azra Fareera, 5, tidur bersama di bilik mereka di tingkat atas manakala pembantu rumahnya seorang warga Aceh, tidur di tingkat bawah.

"Kesemua mereka dikumpulkan di dalam bilik saya dan hanya Ikhwan diikat dengan wayar telefon. Kami diawasi oleh seorang penjenayah, manakala dua lagi menyelongkar rumah kami," katanya.

Beliau berkata ketiga-tiga penjenayah lelaki itu memakai topeng kain menutup wajah mereka dan mereka memegang pemutar skru, kayu panjang dan pemotong besi.

Beliau berkata suaminya juga turut dipukul oleh penjenayah terbabit di bahagian muka dan kaki sebelum diikat.

Penjenayah mengambil masa 45 minit menyelongkar seluruh rumah sebelum melarikan barang berharga termasuk lima komputer riba, empat telefon bimbit, cincin emas, kunci kereta dan wang tunai RM200.

Katanya beliau membuat laporan polis di Balai Polis Hulu Kelang pada 4.30 pagi dan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Amiruddin Jamaluddin ketika dihubungi mengesahkan kejadian serta siasatan sedang dijalankan. - BERNAMA

(GAMBAR) Keadaan Rumah WARDINA Yang Dimasuki PEROMPAK


Pelakon Wardina Safiyah bersama suaminuya, Ikhwan Johari menunjukkan barang yang diselongkar oleh perompak yang memecah masuk rumahnya di Taman Bukit Utama, Tropicana Villa Home pagi tadi di sini, hari ini.


Ikhwan Johari menunjukkan barang yang diselongkar oleh perompak yang memecah masuk rumahnya di Taman Bukit Utama, Tropicana Villa Home pagi tadi di sini, hari ini.


Perompak berparang itu dipercayai buruh warga Indonesia jam 5 pagi tadi. 5 buah laptop hilang. Suami Wardina dikatakan dipukul oleh perompak tersebut akibat tidak berpuas hati kerana tiada barang kemas.


Agak melucukan apabila perompak-perompak yang dipercaya warga Indonesia itu sempat memarahi Wardina sekeluarga kerana tidak menyimpan barang kemas di rumah mereka untuk dicuri. Wardina atau nama sebenarnya Wardina Safiyyah Fadlullah Wilmot, 33, membuat laporan di balai polis berdekatan dan polis dan pihak polis masih menyiasat kejadian tersebut di rumahnya.

Buat masa ini, Wardina terpaksa meminjam komputer riba milik jiran untuk berkomunikasi dengan dunia luar.

Beliau juga percaya bahawa perompak yang memasuki rumahnya itu masih berkeliaran di sekitar Ampang dan meminta orang ramai melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya ternampak beberapa warga Indonesia yang mencurigakan. -pulakdah



Hassan Ali, Sila Letak Jawatan Exco Segera.

Posted: 12 Jan 2012 12:00 AM PST

PAS hantar surat rasmi minta Hasan digugurkan

PAS telah menghantar surat rasmi kepada kerajaan negeri Selangor bagi memaklumkan bahawa exco kerajaan negeri, Datuk Hasan Mohd Ali telah dipecat daripada menjadi ahli parti itu.

Menurut Harakahdaily, makluman pemecatan itu dibuat melalui sepucuk surat yang dihantar kepada pejabat Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada jam 2.00 petang semalam.

"Surat yang ditandatangani oleh Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali itu disampaikan melalui faksimili.

"Surat itu disahkan penerimaannya oleh Setiausaha Politik Menteri Besar, Faekah Husein," petik portal rasmi PAS itu.

Bagaimanapun Harakahdaily tidak menyatakan sama ada pengganti Hasan ada dinyatakan dalam surat berkenaan.

Semalam, Hasan Ali tidak hadir pada mesyuarat exco di Shah Alam dan menurut rakan sejawatannya, Ronnie Liu, bahawa beliau sedang bercuti.

Ahad lalu, jawatankuasa pusat PAS semasa mesyuaratnya selama lebih tiga jam di Kuala Lumpur, membuat keputusan memecat Hasan berkuatkuasa serta merta.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mempengerusikan mesyuarat itu berkata, pemecatan dibuat berdasarkan Fasal 82(9) perlembagaan PAS.

Hasan didakwa menimbulkan keresahan pelbagai pihak khususnya di kalangan anggota dan penyokong Pakatan Rakyat kerana mengambil pendirian bercanggah dengan partinya dan pembangkang.

Antaranya mempersoalkan konsep dasar negara kebajikan yang dterajui PAS.

Pemimpin kontroversi yang dikatakan mesra dengan Umno itu, sebelum ini mengecam golongan bukan ulama dalam PAS dan menuduh parti itu telah menyeleweng daripada perjuangan Islam.

Hasan mempunyai 30 hari bermula tarikh keputusan pemecatan untuk membuat rayuan kepada Majlis Syura Ulama PAS. -mk


Pecat Hasan: PAS maklum kepada Kerajaan Selangor

KUALA LUMPUR,11 Jan: PAS telah menghantar surat rasmi kepada Kerajaan Negeri Selangor bagi memaklumkan bahawa Exco Kerajaan Negeri, Datuk Dr Hasan Mohd Ali telah dipecat daripada menjadi ahli PAS.

Pemakluman itu dibuat melalui satu surat yang dihantar kepada pejabat Menteri Besar Selangor jam 2.00 petang tadi.

Surat yang ditandatangani oleh Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali itu disampaikan melalui faksimili.

Surat itu disahkan penerimaannya oleh Setiausaha Politik Menteri Besar, Faekah Husein.

Hasan Ali telah dipecat sebagai ahli PAS melalui satu mesyuarat Jawatan Kuasa PAS Pusat pada 8 Januari lepas.

Bagaimanapun beliau diberikan peluang untuk membuat rayuan kepada Majlis Syura Ulama PAS dalam tempoh 30 hari bermula pada tarikh keputusan pemecatan. -HD


Ulasan GB

Hasan Ali di dalam program Soal Jawab TV3 berkata, beliau tidak kisah jika digugurkan daripada jawatan exco serta tidak dipilih semula untuk bertanding pada pilihan raya umum akan datang kerana berpegang teguh kepada prinsip perjuangannya.

"Yang jelas adalah perjuangan saya mempertahankan Islam, bangsa Melayu dan institusi raja-raja."

"Bagi saya ketiga-tiga ini merupakan landasan yang sangat penting dari dulu sampai sekarang," katanya. -petikan TMI 22/12/2011


Sekarang kenapa terkial-kial untuk letak jawatan?

Anda tidak lagi berhak dan tidak layak memegang jawatan itu. Anda tidak lagi mewakili PAS.

Wardina Saffiyyah Dirompak.. Suami Dipukul..

Posted: 11 Jan 2012 10:03 PM PST

Terkejut kami apabila melihat akaun Twitter milik Wardina Saffiyah kecoh sebentar. Rumah Wardina telah dirompak oleh 3 orang lelaki dipercayai buruh Indonesia dan kesemua 5 buah laptop telah diambil pada jam 5 Pagi tadi.

Gambar fail: Wardina bersama anak-anaknya.

Menurut Wardina di laman Twitter-nya, ketika 3 orang perompak tersebut masuk, mereka hanya mampu bersembunyi disebalik selimut. Manakala suami Wardina, Ikhwan telah dipukul kerana perompak tersebut berang apabila mereka tidak mempunyai barang kemas untuk dirompak. Tidak dapat dipastikan apakah kondisi suami Wardina buat masa sekarang.





Sehingga kini, polis sudah berada di rumah Wardina dan anak Wardina turut mengalami sedikit trauma akibat terkejut dengan kejadian yang berlaku. Perompak tersebut juga dipercayai masih berada di sekitar Ampang atau Bukit Antarabangsa.


Kepada anda semua, sila berhati-hati kerana perayaan Tahun Baru Cina sudah hampir tiba, mungkin akan ada lagi kes sebegini. Jadi, berhati-hatilah ya. -sedakasejahtera


Tuan Mufti, Apakah Menghalang & Menentang Qazaf Itu "Fisabilillah"?

Posted: 11 Jan 2012 06:51 PM PST

Tiada salah guna wang zakat

KUALA LUMPUR - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menegaskan bahawa penggunaan wang zakat bagi kepentingan urusan agama dan pemerintahan adalah dibenarkan mengikut hukum syarak.

Gambar: Barisan peguam membantah qazaf yang dipohon oleh Anwar

Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Wan Zahidi Wan Teh berkata, MAIWP telah menerima peruntukan bernilai RM205,000 di bawah asnaf fisabilillah dalam mesyuarat khas Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan pada 3 September 2000.

Katanya, jawatankuasa itu menerima pakai pendapat ulama yang mentafsirkan asnaf fisabilillah dengan taksiran lebih luas dan bukan hanya perang jihad semata-mata bahkan turut melibatkan kepentingan umat Islam dalam menegakkan urusan agama dan pemerintahan.

"Berasaskan keterangan berkenaan, adalah ditegaskan bahawa penggunaan wang zakat untuk kos guaman dalam kes-kes yang berkaitan dengan MAIWP adalah mengikut hukum syarak dan selaras dengan undang-undang yang berkuat kuasa di Wilayah Persekutuan," ujarnya dalam satu kenyataan di sini semalam. -kosmo

Ulasan GB

Setelah sebelum ini pihak Jamil Khir dan MAIWP menafikan ada menggunakan wang zakat untuk kos guaman membantah permohonan qazaf ke atas Saiful, dan telah dibuktikan bahawa penafiannya itu tidak sejajar dengan dakwaan jabatan Audit Negara, kini tampil Mufti Wilayah Persekutuan, mengakui MAIWP ada menggunakan wang zakat tetapi katanya, ia urusan guaman MAIWP adalah mengikut hukum syarak dan selaras dengan undang-undang yang berkuatkuasa di Wilayah Persekutuan.

Kenyataan Mufti berkenaan adalah satu kenyataan yang mengelirukan.

Dengan menjadi alasan "fisabilillah" adalah tidak tepat kerana fisabilillah ialah berjuang menegakkan hukum Allah, tetapi apa yang dilakukan oleh MAIWP adalah disebaliknya, berjuang untuk menghalang hukum Allah iaitu menghalang qazaf dari dilaksanakan.

Sekalipun mufti berkenaan menyatakan bahawa tafsiran adalah luas yang menurutnya turut melibatkan kepentingan umat Islam dalam menegakkan urusan agama dan pemerintahan, tetapi di dalam soal penggunaan wang zakat untuk menghalang qazaf dilaksanakan apakah itu "fisabilillah"?

Sepertimana yang rakyat semua sedia maklum bahawa permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mendakwa bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan atas kesalahan qazaf atau tuduhan palsu berhubung kes liwat yang dihadapinya telah dibantah oleh MAIWP melalui peguam mereka yang diketuai oleh Zainul Rijal Abu Bakar.

Tiga orang responden yang dinamakan dalam permohonannya Anwar ialah ketua pendakwa syarie, Shamsuddin Hussain; pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Datuk Che Mat Che Ali dan menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom.

Anwar memfailkan permohonan qazaf itu pada 9 Julai 2008 di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan terhadap Mohd Saiful yang didakwa membuat "tuduhan palsu terhadapnya".

Bantahan peguam MAIWP pula tidak pula menampilkan sebarang nas atau hujjah akademis dan syariah, tetapi adalah kepada persoalan teknikal semata-mata.

Bantahan MAIWP berasaskan tiga alasan:

1. Bidang kuasa mahkamah untuk mendengar perkara itu.

2. Prosedur permohonan tidak dipatuhi.

3. Status Zulkifli Noordin sebagai peguam yang mewakili Anwar kerana berlaku percanggahan kepentingan dan pelanggaran etika amalan Syariah.

Justeru itu, adalah kesasar untuk meletakkan bayaran guaman "menentang qazaf" sebagai jihad fisabilillah.

Tuan Mufti, ilmu kami tidak setinggi kamu, tetapi "kebenaran" itu tidak wajar untuk dipermainkan oleh kalangan berilmu.

Kita bersetuju supaya kes ini dibawa ke muka pengadilan dan pihak MAIWP perlu menjawab di mahkamah bukan mempertahankan tindakan mereka di media massa.

Muga kebenaran akan terserlah.

Itulah pentingnya untuk kita berdoa dan mengharap kepadaNya seperti yang pernah GB tuliskan di dalam tulisan-tulisan yang lalu:

1) Allahumma arinal haqqa, haqqa, warzuqnattiba'ah,
wa arinal bathila bathila, warzuqnajtinabah


Ya Allah, tunjukkanlah yang haq itu sebagai haq, dan kurniakanlah kami kekuatan utk mengikutinya, dan tunjukkanlah yg batil itu sebagai batil dan kurniakanlah kami kekuatan untuk menjauhinya.

2) Rabbi adkhilni mudkhala sidqin wa akhrijni mukhraja sidqin waj'alli min ladunka sulthanan nashiran wa qul ja alhaqqu wa zawaqal bathilu innal bathila kana zahuqan

Ya Allah, masukkanlah aku secara masuk yang benar dan keluarkanlah(pula) aku secara keluar yang benar dan berikanlah kepadaku dari sisi-Mu kekuasaan yang menolong. Dan katakanlah yang benar telah datang dan yang batil telah lenyap. Sesungguhnya yang batil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap.

Kebenaran tetap akan menang mengalahkan kebatilan sepertimana janjiNya:

Firman Allah bermaksud ,

Katakanlah : Telah datang yang haq (kebenaran) dan telah lenyap yang batil atau yang palsu. Sesungguhnya yang batil itu pasti lenyap. (Al Israa' 81)

Dunia Hampir Kiamat - Isteri Jalin Hubungan Dengan Pengkid

Posted: 11 Jan 2012 04:43 PM PST

Pengkid hebat daripada suami

JOHOR BAHRU: Biarpun sudah bersuami dan memiliki dua anak, seorang suri rumah tetap tewas kepada godaan nafsu songsang apabila menjalin hubungan sulit dengan wanita berperwatakan lelaki atau pengkid.

Lebih mengaibkan, dia yang hanya mahu dikenali sebagai Lisa, 38, tanpa silu mendedahkan dia berbuat demikian kerana berasa pasangan songsangnya itu lebih hebat di ranjang berbanding suaminya.

"Suami saya sudah mencecah 50 tahun dan layanan seksualnya terhadap saya biasa saja, tetapi kekasih pengkid saya lebih hebat," katanya.

MAN... naluri sukar berubah

Lisa berkata, kekasih songsangnya yang dipanggil Man, 43, dikenalinya sejak enam tahun lalu dan mereka mula menjalin hubungan intim selepas pengkid itu lebih banyak memberi perhatian kepadanya berbanding suami yang dikahwininya selama 13 tahun.

"Sebelum ini, saya tidak pernah curang pada suami, tapi segala-galanya berubah apabila saya mula bosan dengan sikap suami yang bukan saja sibuk bekerja sehingga tidak memberi perhatian kepada saya termasuk dalam hubungan seks. -hm


Ulasan GB

Apabila kehidupan tidak dipandukan oleh nilai-nilai ubudiyah (penghambaan diri kepada Allah) maka jadilah kehidupan itu dipenuhi dengan unsur syaitaniah yang meletakkan seks melampau sebagai tatacara kehidupan.

Sememangnya kiamat itu begitu hampir. Tanda-tandanya sudah banyak, malah para saintis juga kini mengakui fakta berkenaan.

Saintis dakwa dunia hampir kiamat


ROPBERT SOCOLOW duduk dekat dengan jam kiamat di Washington D.C kelmarin.


WASHINGTON - Sekumpulan saintis menyatakan, dunia semakin hampir menuju kiamat.

Kumpulan Buletin Saintis Atom (BAS) mengumumkan kelmarin bahawa mereka telah menggerakkan jam kiamat lima minit sebelum tengah malam.

Kumpulan tersebut menyatakan tiada langkah yang mencukupi untuk menghentikan pertambahan bilangan senjata nuklear sebagai punca pergerakan jam berkenaan.

Jarum jam tersebut diletakkan enam minit sebelum tengah malam sejak dua tahun lalu.

Robert Socolow yang merupakan anggota BAS dan profesor kejuruteraan dan mekanikal Universiti Princeton menyatakan, dunia kini dalam keadaan kusut.

"Ramai orang mahu kehidupan yang lebih baik berbahagia daripada yang mereka alami kini," katanya. - AFP/kosmo

Dokumen Teperinci Dedah Seleweng Wang Zakat: PKR Takkan Lepaskan Jamil Khir & MAIWP

Posted: 11 Jan 2012 03:00 PM PST

Petaling Jaya, 11 Jan: Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendedahkan dokumen bukti dakwaan berlakunya salahguna wang zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) yang selama ini dinafikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom.

Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, pihaknya akan membuat satu laporan polis dan menyerahkan dokumen terperinci berkaitan kes ini di Balai Polis Dang Wangi esok.

"Pertama ialah set dokumen daripada MAIWP sendiri termasuk baucer bayaran bernombor 2010B4112 bertarikh 29 April 2010 sebanyak RM32,150. Baucar tersebut secara terang merakamkan kumpulan wang yang digunakan merupakan kumpulan wang zakat.

"Keduanya merupakan surat daripada Ketua Audit Negara, Tan Sri Datuk Setia Ambrin Buang kepada Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Negara, Datuk Seri Azmi Khalid yang mengesahkan bahawa RM63,650 wang zakat iaitu bayaran pertama sebanyak RM31,500 pada 9 Februari 2010 dan bayaran kedua berjumlah RM32,150 pada 29 April 2010 digunakan bagi membayar kos guaman MAIWP," katanya.

Dalam baucar bertarikh 29 April 2010 tertera nama Zainul Rijal Talha & Amir selaku penerima baucar atas perihal transaksi dengan penerima berhubung bayaran guaman Kes Datuk Seri Anwar Ibrahim melawan Shahsuddin Hussain, Datuk Che Mat Che Ali dan Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Turut dinyatakan adalah kumpulan wang zakat dan bank pembayar Bank Islam Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur.

Sebelum ini, Jamil Khir berulang kali menegaskan bahawa MAIWP mempunyai peruntukkan sebanyak RM700,000 daripada kerajaan bagi menampung pelbagai bayaran termasuk kos guaman.

"Laporan Ketua Audit Negara menyebut wang itu dipulangkan semula pada Disember 2010 kira-kira enam bulan selepas peruntukkan tersebut disalurkan ke dalam MAIWP. Jamil langsung tidak menyebut tentang hal ini," jelas beliau.

Nik Nazmi turut menafikan dakwaan laporan Utusan Malaysia pada 4 Januari lalu yang memtik Bahagian Hal Ehwal Korporat Jabatan Audit Negara bahawa isu salahguna zakat ini tidak dilaporkan di dalam Laporan Ketua Audit Negara 2010 sebaliknya PKR merujuk kepada surat Ketua Audit Negara kepada Jawatankuasa Kira-Kira Negara.

Beliau turut menyatakan kesedian untuk bertemu dengan Datuk Jamil Khir Baharom bagi membincangkan perkara ini jika dijemput berbuat demikian.



Ulasan GB

GB sudah ulas hal ini. petikan:

Ia BUKAN fitnah seperti yang didakwa oleh Jamil Khir sebaliknya Jamil Khir yang memberikan jawapan yang salah untuk mengelirukan rakyat.

Ini juga BUKAN persoalan politik seperti yang didakwa, tetapi persoalan akauntabiliti dan etika kerja. Soal hukum, soal amanah dan pertanggungjawaban.

Dipandang dari sudut apa sekalipun, perbuatan menggunakan wang zakat untuk tujuan selain dari yang dibenarkan syarak tetap berdosa. Wang zakat adalah milik Allah s.w.t. yang diarahkan diagihkan kepada golongan asnaf, bukan untuk biaya (samada sementara atau kekal) wang guaman pengerusi dan pengarah MAIWP.

Sudahlah qazaf yang dituntut ugama untuk dilaksanakan dihalang, guna pula wang zakat untuk biaya kos guaman menghalang qazaf berkenaan. Bertimpa-timpa kesalahan dan dosanya.

Tiada alasan lagi, Jamil Khir serta 2 lagi perlu diheret ke muka pengadilan.


Laporan sebelum ini
klik untuk baca




Bahan DNA Tercemar. Harapan Saiful Merayu Tipis

Posted: 11 Jan 2012 07:08 AM PST

Bapa Saiful mohon Peguam Negara rayu kes liwat II

Azlan Mohd Lazim, bapa kepada pengadu kes liwat II, Mohd Saiful Bukhari berkata beliau akan mempertimbangkan untuk mengambil tindakan sivil susulan keputusan Mahkamah Tinggi Isnin lalu yang memihak kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya, buat masa ini beliau masih menunggu langkah yang akan diambil peguam negara -- sama ada akan merayu keputusan tersebut.

Peguam Negara juga masih belum menghubungi beliau berhubung tindakan itu, kata Azlan, 58, ketika ditanya pada sidang media hari ini.

Dalam pada itu, Azlan turut menyelar Majlis Peguam yang sebelum ini membuat saranan kepada Peguam Negara untuk tidak merayu kes berkenaan.

"Pada hemat saya, tindakan majlis peguam itu... langkah untuk menidakkan hak seseorang warganegara untuk diadili dan didengar rayuannya ke peringkat tertinggi," katanya.

Badan itu sebaliknya perlu bersikap neutral dan tidak menghalang proses keadilan, kata Azlan lagi.

"Adakah gesaan itu melambangkan pendirian semua peguam atau hanya pendirian individu tertentu yang menduduki kerusi Majlis Peguam yang berkepentingan politik?

"Diharap pihak Peguam Negara tidak terpengaruh," katanya lagi yang menambah anggota keluarga itu juga menerima keputusan mahkamah dengan tenang.

Katanya, masih ramai yang masih bersimpati dengan Saiful dan juga keluarga beliau atas keputusan tersebut.

"Tapi apa boleh buat itu keputusan mahkamah," katanya lagi dalam sidang media di kediamannya di Petaling Jaya.

"Sebagai bapa saya akan terus bersama anak saya untuk dapatkan keadilan,

Katanya lagi, Mohd Saiful, 26, kini berada di dalam negara dan bekerja di Kuala Lumpur.

Azlan berkata anaknya itu juga kini masih bujang, seperti dirinya. -mk

Saiful: Saya tidak akan serah kalah, mahu kes dibawa ke Mahkamah Rayuan

Mohd Saiful Bukhari Azlan berharap pihak pendakwa dapat mengemukakan rayuan di Mahkamah Rayuan untuk mendapat pembelaan adil untuk dirinya.

Dalam tulisan terbaru di blognya, Mohd Saiful (gambar), 26, bekas pembantu peribadi dan pengadu kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau mempunyai hak untuk mendapat pembelaan yang adil hingga ke peringkat tertinggi badan kehakiman.

"Semua sedia maklum keputusan pada hari ini tidak memihak kepada saya. Namun saya redha dan menghormati keputusan ini...saya menerimanya dengan hati yang tenang.

"Bagaimanapun aduan saya sebagaimana laporan polis yang dibuat pada 28 Jun 2008 mempunyai hak untuk diadili hingga ke peringkat mahkamah atasan. Oleh itu saya dan keluarga berharap agar pihak pendakwa raya dapat memfailkan dan membawa kes ini ke Mahkamah Rayuan," katanya.

Anwar, Ketua Umum PKR dan Ahli Parlimen Permatang Pauh hari ini dilepaskan dan dibebaskan dari tuduhan meliwat Mohd Saiful tiga tahun lalu.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Zabidin Diah membuat keputusan itu dengan alasan tiada keterangan yang menyokong keterangan mangsa selain pihak pendakwaan gagal membuktikan Anwar melakukan perbuatan itu.

Anwar, 64, dituduh meliwat Mohd Saiful di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara di sini, antara pukul 3.10 petang dan 4.30 petang 26 Jun 2008.

Tambah Mohd Saiful, beliau percaya setiap perkara yang berlaku "ada hikmahnya" selain ia ketentuan Allah.

"Sebagai hamba Allah, saya percaya bahawa setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya. Perancangan Allah pastinya jauh lebih hebat dari manusia.

"Iman dan keyakinan saya pada Allah tetap teguh. Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana." katanya.

Di akhir tulisannya, Mohd Saiful berkata beliau tidak akan sesekali menyerah kalah. -TMI



Ulasan GB

Meneliti keputusan hakim, maka kita akan dapati pihak pendakwa tidak mempunyai alasan untuk membuat rayuan. Ini kerana pihak pendakwa tidak mempunyai bukti lain untuk diketengahkan selepas kedua-dua bukti materi telah ditolak iaitu DNA dan oral-lisan.

Hakim Mohamad Zabidin, dalam keputusan yang mengejutkan memutuskan Anwar tidak bersalah dan mengarahkan supaya beliau dibebaskan.

Hakim Mohamad Zabidin yang tidak membaca penghakiman penuh kecuali kesimpulannya berkata kedua-dua bukti iaitu DNA dan oral-lisan tak boleh sabit kesalahan.

"Selepas meneliti bukti, saya tidak boleh pasti 100 peratus bahawa bukti telah diusik.

"Justeru, mahkamah keberatan menerima bukti sedemikian dari SP1 Saiful."


Mengimbau kembali perbicaraan, Pakar forensik dan patalogis Australia, Dr David Wells menyifatkan integriti spesimen yang diambil daripada pengadu Saiful Bukhari Azlan dalam kes fitnah liwat II ke atas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim amat kritikal.

Kita juga telah didedahkan maklumat bahawa seorang pegawai polis, Pegawai penyiasat (IO) DSP Jude Blacious Periera mengakui bahawa beliau memotong bahagian luar plastik spesimen DNA untuk tujuan penandaan.

Malah Jude turut memberitahu bahawa beliau menyimpan spesimen tersebut di dalam almari tidak berhawa dingin lebih daripada 40 jam.

Pasukan peguambela pada hari ini berjaya menimbulkan kesangsian tentang cara pengendalian sampel DNA yang diambil oleh doktor dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) ke atas Saiful.

Katanya Jude sendiri telah melanggar prosedur analisis kimia dengan memotong bekas plastik yang mengandungi sampel DNA pengadu.

Dalam pada itu Sankara yang ditemui di perkarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berkata, "Pakar mengatakan IO telah potong beg. Ini memberi peluang kepada kontaminasi dan perkara ini memang berlaku. Kononnya untuk buat penandaan baru dan pakar cakap prosedur ini tidak betul. Itu menujukkan kejayaan pihak pembela hari ini".


Sekarang apabila bahan bukti utama telah tercemar dan ditolak, apa lagi yang hendak dirayukan? Apa evidences lain yang hendak dikemukakan? Dubur Saifulkah? Itupun disyaki telah dicemari.

Tiada ruang untuk pendakwa raya hendak persoalkan dan menekan mahkamah supaya bahan bukti itu diterima semula kecuali ada permainan lain direncanakan untuk menafikan keputusan hakim tersebut.

Justeru itu, harapan untuk Saiful agar Peguam Negara merayu adalah tipis dan GB merasakan peguam negara tidak akan mengambil risiko dimalukan lagi jika membuat rayuan terhadap kes ini. Apatah lagi Peguamcara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden mewakili pihak pendakwaraya dan Pejabat Peguam Negara bagi kes liwat II dilaporkan sebelum ini telah pun meletakkan jawatannya!

Laporan sebelum ini
klik untuk baca



Utusan Cuba Jadi Jaguh Moral, Lupakah Bagaimana Gelagat Wanita & Puteri UMNO?

Posted: 11 Jan 2012 04:18 AM PST

Muslimah PAS pertahan `gelagat' ahli ketika menyokong Anwar

Petaling Jaya: Muslimah PAS mempertahankan tindakan ahli dan penyokongnya ketika menyokong Datuk Seri Anwat Ibrahim di perkarangan mahkamah tinggi Kuala Lumpur, Isnin lalu.

Timbalan ketuanya, Dr Mariah Mahmud berkata, tidak ada apa salahnya bernyanyi beramai-ramai dengan bersemangat.

Beliau berkata, amalan ini berlaku di negara-negara Islam lain termasuk di Timur Tengah dan Indonesia.

Menurutnya, Muslimah yakin yang apa yang berlaku bukan satu kesalahan dan dosa dan bukan kayu ukur akhlak dan moral muslimat.

Dr Mariah berkata, tidak ada percampuran dengan lelaki dan perempuan, tidak ada pendedahan aurat, tidak ada lenggang lengguk yang mengiurkan, intonasi suara bukan intonasi yang jatuh kepada haram dan perkataan yang digunakan tidaklah lucah.

"Apalah "kesilapan" yang sedikit ini dibandingkan dengan dosa rasuah, penyelewengan, kezaliman, penolakan hukum Hudud yang dilakukan pimpinan Umno/BN serta fitnah I dan II terhadap Anwar? " katanya.

Terlalu gembira

Menurut Dr Mariah, nyanyian pun dalam sekitar 10 minit kerana yang hadir dari sebelum Subuh lagi terlalu gembira dengan pembebasan Anwar.

Ahli Parlimen PAS Kota Raja itu berkata demikian ketika diminta mengulas laporan akhbar akhbar Utusan Malaysia dan rakaman You Tube yang memaparkan kegembiraan sebahagian Muslimat PAS selepas pengumuman pembebasan Anwar.

Dr Mariah mendakwa, kegembiraan yang dizahirkan secara nyayian beramai-ramai dan senikata yang zahir secara spontan telah menaikkan kemarahan penyokong Umno dan BN.

"Ini membuka peluang mereka untuk membina persepsi negatif terhadap PAS. Satu kesinambungan usaha Umno/BN untuk memburukkan PAS.

"Maka mereka cuba menggambarkan yang akhlak muslimat buruk dan mempersoalkan moral muslimat," katanya lagi. -FMT


Utusan dakwa gelagat muslimat PAS memalukan

Muslimat PAS yang berhimpun di luar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Isnin lalu mempertontonkan gelagat yang cukup memalukan sewaktu menunggu keputusan perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim, dakwa Utusan Malaysia.

Menurut laporan di halaman 4, akhbar milik Umno itu berkata meskipun bertudung labuh dengan sebahagian besar mereka berjubah, muslimat PAS itu itu "menyanyi-nyanyi dan bersorak tanpa mempedulikan orang ramai yang memerhatikan aksi mereka".

"Dengan dipimpin oleh seorang ketua yang memegang pembesar suara, muslimat PAS itu menyanyi-nyanyi dan bersorak tanpa mempedulikan orang ramai yang memerhatikan aksi mereka.

"Lebih memalukan, muslimat PAS itu seolah-olah lupa diri sehingga sanggup mengeluarkan perkataan ''Umno mampus'' malah ada kalangan mereka yang gagal menjaga aurat dengan selamba bersalaman dengan lelaki bukan muhrim," petik akhbar itu lagi.

Pada perhimpunan Isnin lalu, tidak kurang 5,000 hadir bagi menyokong ketua umum PKR itu. Mereka bukan sahaja daripada penyokong PKR tetapi juga membabitkan penyokong Pakatan Rakyat yang lain seperti DAP dan PAS serta juga orang ramai.

Utusan juga mempersoalkan Ketua Muslimat PAS, Siti Zailah Mohd Yusof yang bukan setakat tidak melarang gelagat tidak senonoh pengikutnya, malah kelihatan gembira dan bersama-sama meraikannya.

Aurat

Sebelum ini, beberapa blog pro-Umno juga membuat dakwaan yang sama dan memuat-naikkan gelagat yang dikatakan tidak sopan itu ke laman sosial Youtube.

Antaranya blog Sel13.com di http://sel13.com yang turut mempertikaikan akhlak muslimat PAS itu sedangkan menurut blog berkenaan PAS satu masa dahulu pernah mengharamkan wanita menyertai tilawah al-Quran kerana suara wanita adalah aurat.

''Jika dulu PAS sering mengutuk Wanita serta Puteri Umno kerana tidak berakhlak dan bebas bersalaman dengan bukan muhrim. Adakah itu berakhlak?

''Walaupun Ketua Muslimat PAS berada di situ tetapi tiada langsung usaha untuk menghalang daripada menghentikan perbuatan tidak berakhlak ahli-ahlinya. Malah, beliau pula yang turut sama bergembira.

''Kami tidak berhasrat menulis lebih panjang lagi. Kami pulangkan kepada rakyat untuk menilai akhlak sebenar muslimat-muslimat PAS yang selama ini memperjuangkan Islam melebihi orang lain," petik blog berkenaan.

Dosa rasuah

Sementara itu, mengulas laporan berkenaan, Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Dr Siti Mariah Mahmud berkata kegembiraan yang dizahirkan secara nyanyian beramai-ramai secara spontan itu telah menaikkan kemarahan penyokong Umno dan BN dan membuka peluang mereka untuk membina persepsi negatif terhadap PAS.

"Apalah 'kesilapan' yang sedikit ini dibandingkan dengan dosa rasuah, penyelewengan, kezaliman, penolakan hukum hudud yang dilakukan pimpinan Umno BN serta Fitnah I dan II terhadap Anwar?" katanya kepada Harakahdaily.

Menurut Siti Mariah ia satu kesinambungan usaha Umno BN untuk memburukkan PAS yang cuba menggambarkan yang akhlak muslimat buruk dan mempersoalkan moral muslimat.

Baginya, rakaman itu sebenarnya hendak ditujukan kepada ahli-ahli PAS dan penyokong PAS yang tidak hadir di Himpun 901 dan akan melihat rakaman tersebut di luar konteks peristiwa.

"Kami menduga ia akan memberi persepsi negatif terhadap muslimat PAS kepada mereka yang mungkin tidak pernah turun ke jalan raya untuk demonstrasi dan tidak mungkin memahami perasaan mereka yang sentiasa berhadapan dengan kezaliman pihak berkuasa, biasa disembur dengan gas pemedih mata dan air beracun," katanya lagi dipetik Harakahdaily.

Menurutnya, anak-anak muda itu menghabiskan usia muda mereka bersama berjuang menuntut keadilan dan menyanggah kezaliman regim Umno BN.

"Saya menghadiri dan bersama dengan sebahagian wanita dalam Himpun 901 dari awal hingga peserta Himpun 901 bersurai. Saya juga acap kali turun berdemo dan sentiasa memantau pergerakan muslimat," katanya.

Portal rasmi PAS itu juga melaporkan Siti Mariah berkata, sesiapa yang ada bersama pada Himpun 901 tahu yang sebahagian Muslimat PAS dan wanita yang hadir telah berhimpun di satu sudut tempat berhimpun untuk bermunajat kepada Allah SWT untuk membebaskan Anwar.

Bacaan Ma'thurat dan Yasin

"Kami telah mengetuai bacaan Ma'thurat dan Yasin. Malah pengumuman pembebasan Anwar diumumkan sebaik sahaja muslimat habis membaca Yaasin."

Katanya lagi, sebahagian muslimat telah mengadakan sujud syukur sebaik sahaja keputusan diketahui di tempat perhimpunan.

"Semasa bergerak keluar daripada tempat parkir menuju ke masjid berhampiran kami berselawat beramai-ramai. Ini semua tidak pula dimasukkan ke YouTube," katanya.

Tambah beliau lagi, selepas berselawat barulah mereka menyanyikan lagu reformasi dengan spontan.

Baginya, tidak ada apa salahnya bernyayi beramai-ramai dengan bersemangat dalam sekitar 10 minit.

Kata beliau, sememangnya semua yang hadir dari sebelum Subuh lagi terlalu gembira dengan pembebasan Anwar.

Jelasnya lagi, tidak ada percampuran dengan lelaki dan perempuan, tidak ada pendedahan aurat, tidak ada lenggang lengguk yang menggiurkan, intonasi suara bukan intonasi yang jatuh kepada haram, dan perkataan yang digunakan tidaklah lucah.

"Kalau kita singkap sirah Rasulullah SAW, apabila Nabi SAW sampai di Madinah baginda di sambut oleh muslimat dengan nanyian dan rebana untuk menzahirkan kegembiraan," katanya. -mk




Ulasan GB

Cuba wartawan Utusan siarkan yang ini, tunjuk punggung ada, lucah ada, percampuran lelaki & perempuan ada. Muslimat manakah itu? PASkah UMNO?

Kalau tak mahu siar memang dasar kewartawanan Utusan di tahap bingai:






Tiada ulasan: