shalehudin |
- "Fakta" Menarik Lelaki Terkaya Dunia... kahkahkah...
- HANGIT!! Panglima perang UMNO yang baru... kahkahkah...
- HANGAT!! Mai baca apa Melayu DAP ni tulih...
- PANAS!! Chua Jui Meng dah pecah lobang... kahkahkah...
- HANCING LAGI!! Najib pura-pura sederhana?
- Baiknya Wanita UMNO Kelantan!!! Kahkahkah...
- AUKU: MB Azizan dah pikiaq habih kaa...
- HANCING!! Najib kelentong besaq... kahkahkah...
- Berita paling baik buat Pakatan... kahkahkah...
- Jom jamu mata ngan Istana Negara yang baru
- Selangor Darul Sampah...
"Fakta" Menarik Lelaki Terkaya Dunia... kahkahkah... Posted: 26 Jan 2012 10:00 AM PST "Fakta" Menarik Lelaki Terkaya Dunia : Raden Mas Prabhu Gusti Agung Ki Asmoro Wijoyo Fakta dari beliau! Ini ialah Kamal Ashnawi atau nama dirajanya Raden Mas Prabhu Gusti Agung Ki Asmoro Wijoyo.. Beliau mengaku berketurunan Maharaja China, Jawa, Siam dan India. Fucking master race sial! Beliau mengaku rakyat Belanda yang dilahirkan di Tanjung Malim pada tahun 1964. Beliau hanya mengetahui beliau adalah keturunan diraja setelah mengembara ke Eropah. Disana beliau mengatakan mempunyai wang simpanan bernilai ber-TRILLION dollar. Ianya adalah hasil pelaburan harta maharaja Jawa sejak kurun ke 19. Harta beliau juga disimpan di sebuah gua misteri di Kunming China. Gua ini dikawal dua orang IMMMORTAL yang setia menjaga keselamatan harta beliau. Didalam gua ini terdapat pagoda emas bernilai ratusan juta dollar. Disamping itu terdapat juga gumpalan permata dan wang dollar amerika disimpan disini bernilai 25 juta dollar kesemuanya. Jika anda mahu masuk kedalam gua ini tanpa kebenaran anda akan terus muntah darah. Raden Mas Prabhu Gusti Agung Ki Asmoro Wijoyo percaya beliau adalh penjelmaan semula dua maharaja China sebelum ini. Salah seorang penjelmaan beliau ialah Maharaja Nurhaciyang hidup diantara 1661-1626 Masehi. Ini adalah benar kerana beliau bertemu seorang paklar perubatan China yang mengesan aura tenaga luar biasa dari kepala beliau. Aura luar biasa ini wujud kerana Raden Mas Prabhu Gusti Agung Ki Asmoro Wijoyo ialah keturunan maharaja yang banyak berfikir Raden Mas Prabhu Gusti Agung Ki Asmoro Wijoyo memiliki 86.7% kekayaan didunia. Beliau tidak tersenarai dalam senarai tahunan FORBES kerana menurut beliau seorang Trillionaire tak perlu menunjukkan kekayaan beliau. Sungguhpun beliau SATU-SATUNYA TRILIONAIRE dunia beliau berkata beliau tidak boleh mengeluarkan wang dari akaun simpanan beliau (beliau mempunyai 1000 akaun seluruah dunia) kerana "wang tidak boleh dikeluarkan sesuka hati dan dikawal ketat" Dalam masa beberapa tahun lagi Raden Mas Prabhu Gusti Agung Ki Asmoro Wijoyo akan dinobatkan sebagai Maharaja Indonesia Raden Mas Prabhu Gusti Agung Ki Asmoro Wijoyo juga seorang nutter dan penuh delusi Diterjemah dari laporan Philip Golingai - The Star |
HANGIT!! Panglima perang UMNO yang baru... kahkahkah... Posted: 26 Jan 2012 09:33 AM PST Sokongan Cina kepada DAP akan beri PAS kuasa, kata Soi Lek KUALA LUMPUR, 25 Jan — Datuk Seri Dr Chua Soi Lek membangkitkan isu undang-undang Islam di Malaysia, mengatakan masyarakat Cina mula kembali ke pangkuan Barisan Nasional (BN) kerana mereka sedar sokongan kepada "DAP akan membuka jalan kepada PAS untuk berkuasa." "PAS menjadi parti dominan. PAS yang akan memberi arahan, PAS yag akan memerintah jika mereka (pembangkang) berkuasa. "Jika mereka berkuasa, PAS akan memerintah," kata Presiden MCA kepada The Malaysian Insider dalam temubual ekslusif minggu lalu. Dr Chua (gambar) menegaskan ia adalah fakta dan menafikan ia hanya strategi untuk meraih semula sokongan komuniti Cina pada pilihan raya umum akan datang. "Ini adalah sesuatu yang komuniti Cina perlu sedar - pengundi DAP berikan kuasa kepada DAP, memperkuatkan DAP (dan) membuka jalan kepada PAS, yang akan berkuasa di peringkat pusat," katanya. Dr Chua mengingatkan PAS "hari kemenangan" akan berlalu dengan pantas dan mentertawakan sebarang kemungkinan PKR akan menjadi parti dominan dalam Pakatan Rakyat. Katanya, PKR tidak mampu bersaing dengan parti Islam itu dalam soal organisasi, disiplin parti dan yang lebih penting, kesetiaan ahli, menyifatkan parti itu lebih lemah dalam gabungan tiga parti itu. Bekas menteri kesihatan ini berkata PKR berkeyakinan dalam mengetuai barisan pembangkang ke Putrajaya namun ia telah menghadapi masalah dalaman iaitu "pembelot" dari pemimpin penting mereka. "PKR mungkin satu-satunya parti di dunia yang begitu yakin dapat menawan Putrajaya, satu-satunya parti yang mendakwa akan menang tetapi mempunyai banyak masalah. "Ia satu-satunya parti yang mempunyai paling ramai ahli meninggalkan parti, 50 pemimpin utama meninggalkan PKR termasuk 12 atau 13 wakil rakyat yang secara terbuka mengatakan mereka kecewa dengan PKR," kata Dr Chua. Pada pilihan raya umum 2008, wakil rakyat PKR paling ramai di Parlimen dengan 31 orang, berjaya menawan lima negeri dan memperoleh 83 kerusi Parlimen bersama Pakatan Rakyat. Namun PKR berdepan dengan satu persatu "pembelot" dalam parti itu selepas pilihan raya umum 2008. Kemudian PKR gagal mempertahankan kerusi Parlimen Hulu Selangor dalam pilihan raya kecil sebelum enam ahli Parlimen mereka berindak keluar parti dan kini menyebabkan DAP mempunyai jumlah yang paling besar di Parlimen dengan 28 orang. Untuk mengelakkan kejadian sama berulang Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata parti itu akan meletakkan 40 peratus calon baru dengan membariskan profesional dan aktivis. Oleh Clara Chooi - Malaysian Insider |
HANGAT!! Mai baca apa Melayu DAP ni tulih... Posted: 26 Jan 2012 07:43 AM PST Mengapa saya pilih DAP – Oleh Fairuz Azhan 25 JANUARI – Baru-baru ini satu sidang media telah diadakan di Ipoh untuk memperkenalkan saya dan saudari Dyana Sofya yang membuat keputusan untuk menyertai DAP. Berita tentang kami sebagai dua orang graduan undang-undang dari UiTM menyertai DAP bagaikan telah mencetuskan fenomena dan pelbagai reaksi daripada pelbagai lapisan masyarakat am. Bukan sahaja saya datang daripada sebuah universiti Bumiputera tetapi saya bersekolah di sebuah sekolah berasrama penuh Melayu di Ipoh yang cukup terkenal. Malah alma mater saya, Sekolah Tuanku Abdul Rahman dahulu dikenali sebagai MSS atau pun Malay Secondary School. Saya bukanlah golongan orang Melayu yang 'tak bersyukur', malah sebaliknya. Segala pendedahan dan ilmu yang saya perolehi saya guna pakai untuk berfikir bagaimana untuk menambah baik keadaan di negara kita. Salah guna kecerdikan Secara peribadi, ini saya lihat amat berbeza dengan golongan elitis Melayu UMNO yang menggunakan pendidikan tinggi mereka, dan kecerdikan mereka untuk menindas dan memanipulasi rakyat Malaysia terutamanya orang Melayu. Kepentingan mereka adalah untuk mewujudkan 'inferiority complex' di kalangan masyarakat Melayu supaya orang ramai terus bergantung kepada parti politik mereka dan parti itu dengan sendirinya akan terus relevan. Jika orang Melayu benar-benar diperkasakan, maka seharusnya mereka tidak perlukan UMNO atau pun mana-mana parti politik untuk 'membela' mereka. Orang Melayu yang berdikari dan mandiri tidak memerlukan ehsan politik untuk hidup bebas dan merdeka. Jika orang Melayu hendak diperkasa, mengapa mereka perlu mendapat surat pengesahan Ketua Bahagian UMNO untuk mendapat projek? Ini hanya mencipta mentaliti pencacai atau pun rent seeker di kalangan orang Melayu, dan bukan memperkasakan mereka. Lantas, pimpinan UMNO dan konco-konco mereka hanya mencipta politik perkauman dan politik ketakutan di kalangan masyarakat Melayu dan masyarakat majmuk di Malaysia demi kepentingan parti mereka, dan bukan demi kepentingan orang Melayu khususnya atau pun rakyat Malaysia keseluruhannya. Saya pendirian teguh bahawa rakyat Malaysia dan masyarakat Melayu khususnya harus dibebaskan daripada pemenjaraan minda yang dicipta propaganda UMNO. Bukakanlah hati dan minda, dan carilah kebenaran. Dan jika kita berani untuk membuka hati dan mata kita, kita akan dapati bahawa DAP merupakan satu parti yang baik untuk rakyat Malaysia termasuklah orang-orang Melayu. DAP sesuai untuk semua Walhal dari dulu lagi DAP sering menjadi mangsa fitnah proganda UMNO yang tidak masuk akal seperti ia adalah parti untuk kaum Cina sahaja, ia parti komunis, ia penghancur Melayu dan sebagainya. Tetapi tahukah kita sebenarnya bahawa tujuan asal penubuhan DAP tidak ada kena-mengena dengan tohmahan itu semua? Deklarasi Setapak 1967 dengan jelas membuktikan tujuan penubuhan DAP secara rasmi adalah untuk mempertahankan hak-hak semua rakyat termasuk orang Melayu seperti mana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Ini temasuklah Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, Islam sebagai agama rasmi, menzahirkan kedaulatan Raja, dan menjamin kedudukan istimewa orang Melayu. Slogan "Malaysian Malaysia" atau "Malaysia untuk rakyat Malaysia" secara jelas memperlihatkan keikhlasan DAP untuk memastikan semua orang berdiri sama tinggi duduk sama rendah, dan bagi yang benar-benar memerlukan, mereka wajib dibantu tanpa mengira kaum dan agama. Namun, sejak lebih 45 tahun, slogan itu sering diputarbelitkan maksudnya oleh golongan yang tidak bertanggungjawab, kononnya ia ingin menghancurkan dan membinasakan orang Melayu. Ini adalah salah sama sekali. "Malaysia untuk rakyat Malaysia" bermaksud di samping hak Bumiputera dilindungi dan dijamin, pemerintah tidak boleh menindas atau merampas hak-hak orang lain. Kaum-kaum bukan Bumiputera adalah warga negara yang sah dan ada hak di bumi Malaysia milik bersama kita ini. Baling batu sembunyi tangan Apabila DAP mempersoalkan penyelewengan, rasuah, kronisme, nepotisma dan salah guna kuasa oleh pimpinan UMNO, maka tukang karang mereka memutarbelitkan isu dengan mengatakan ia adalah serangan terhadap orang Melayu dan Bumiputera. Padahal ia bukanlah serangan perkauman tetapi pendedahan tentang para pemimpin politik yang tidak bertanggungjawab dan tidak telus mengkhianati amanah rakyat semata-mata mahu mengkayakan diri, keluarga dan kroni mereka. Sikap baling batu sembunyi tangan ini telah lama membantutkan perpaduan antara rakyat. Walau pun ada kalangan ahli UMNO sendiri yang benci dengan kerakusan dan ketamakan pemimpin mereka, mereka masih takut untuk berubah kerana percaya dengan fitnah kononnya DAP dan Pakatan Rakyat mahu menghancurkan kaum Melayu. Rakyat khususnya orang Melayu perlu sedar bahawa DAP adalah sebuah parti politik yang sah di sisi undang-undang yang mengajak semua rakyat Malaysia tidak kisah bangsa atau agama apa pun untuk menyertai perjuangan demokrasi sosial – keadilan dan peluang saksama untuk semua. DAP mahu membantu Pakatan Rakyat mencipta usaha tulen pemerkasaan individu melalui ketelusan dan semangat berdikari jaya diri, dan setiap ahli parti dianggap sama rata dan sama-sama menyumbang ke arah Malaysia yang lebih baik. Beza buruk dan baik Jika pimpinan UMNO-BN tidak mahu isytihar harta menteri, timbalan menteri, menteri-menteri besar dan ketua menteri serta para exco negeri, DAP mahu dan telah pun mengisytiharkan harta mereka. Mengapa isytihar harta penting? Supaya rakyat dapat menjadi hakim dengan mengetahui asset dan pendapatan pemimpin mereka pada waktu mula memerintah dan bagaimana harta tersebut boleh berkurang atau bertambah selepas tempoh-tempoh pemerintahan. Ini adalah penting kerana kita tahu pernah ada seorang guru yang menjadi pemimpin negeri, kemudian dalam masa beberapa tahun telah menjadi jutawan. Sedangkan semua orang tahu bahawa pemimpin diharamkan membuat kekayaan apabila diberi amanah mentadbir negeri atau negara. Jika UMNO-BN mengamalkan sistem tender tertutup untuk kepentingan kroni mereka, DAP mengamalkan urus tadbir cekap, akauntabel dan telus (CAT). Ini amat penting kerana sistem tunduk kepada kroni sentiasa menyebabkan rakyat menderita seperti syarikat pengendali tol lebuh raya masih terus mengutip tol walau pun telah mendapat keuntungan besar atau pun penjana tenaga bebas (IPP) masih diberi subsidi besar walau pun susbisidi keperluan harian seperti minyak dan gas untuk rakyat semakin dikurangkan. Jika UMNO-BN mengikut garis politik perkauman, DAP adalah parti yang terbuka yang memperjuangkan semua rakyat Malaysia. DAP tidak akan menggunakan isu kaum dan agama untuk mempertahankan dasar-dasarnya. Sebaliknya pimpinan UMNO telah banyak kali cuba menutup salah guna kuasa dan penyelewengan atas nama agama dan kaum. Ini langit dan bumi bezanya di antara DAP dan UMNO-BN. Idaman saya Dari dulu saya mengidamkan parti yang memperjuangkan satu impian di mana rakyat Malaysia semua boleh bersatu, hidup aman damai, bebas daripada perkauman atau pun ketakutan. Saya berjumpa perjuangan tersebut dalam DAP. Memang DAP bukan sesuatu yang sempurna. Namun tidak ada apa yang sempurna dalam dunia ini. Yang mungkin ada adalah yang terbaik di antara yang serba kekurangan. Di situ saya nampak peranan DAP. Dasar demokrasi sosialnya mengutamakan rakyat dan menjaga kebajikan mereka. Lihatlah di Pulau Pinang sebagai model untuk masa depan Malaysia yang lebih baik. Dengan urus tadbir CAT, ia merupakan negeri yang paling banyak menerima pelaburan atas jaminan dan pujian Transparency International serta laporan Ketua Audit Negara. Melalui urus tadbir CAT yang diperkenalkan oleh Ketua Menteri Lim Guan Eng selaku pemimpin Pakatan Rakyat Pulau Pinang, orang Melayu paling banyak mendapat kontrak kerajaan secara tender terbuka dan telus. Dengan pentadbiran CAT, hutang negeri sewaktu Pulau Pinang ditadbir oleh BN, iaitu RM630 juta hanya menjadi RM30 juta (berkurangan 95%) dalam tiga tahun sahaja. Dan apa yang dilakukan oleh kerajaan negeri dengan penjimatan sedemikian? Kemakmuran yang datangnya daripada ketelusan ini disalurkan terus kepada rakyat berpendapatan rendah di mana ia telah menjadi negeri pertama di Malaysia yang membasmi kemiskinan tegar secara 100%! Bukankah ini yang dimahukan masyarakat Malaysia? Mengapa orang Melayu hendak ditakutkan dan dikecilkan sedangkan mereka boleh diperkasa dan diperhebatkan oleh sebuah parti politik yang ikhlas berjuang untuk semua rakyat Malaysia? Dan parti itu ialah DAP yang kini berjuang bersama dengan PAS dan PKR dalam Pakatan Rakyat yang sama-sama mahu menyelamatkan Malaysia daripada kerakusan pimpinan UMNO-BN. Malaysia perlu diselamatkan Apa-apa hal, saya amat yakin bahawa Malaysia perlu di selamatkan. Trend menunjukan negara kita bakal bankrap menjelang 2019 jika isu hutang negara, kos hidup yang semaking meningkat, perkauman semakin menebal, rasuah berleluasa dan masyarakat dipenjara minda tidak diatasi segera. Saya amat komited sebagai ahli DAP kerana saya yakin dengan perjuangan parti ini. Lihatlah tokoh-tokoh DAP. Lim Kit Siang selama ini tidak mendapat apa-apa, cuma menjadi mangsa fitnah dan tomahan serta mangsa tahanan tanpa bicara. Karpal Singh, yang kini tidak mampu menggerakkan tangan mahu pun kakinya dek kemalangan tetapi terus memperjuangkan nasib masyarakat yang tertindas. Inilah namanya komitmen dan dedikasi, ikhlas berjuang untuk rakyat walau pun ianya mengudang kesusahan kepada hidup mereka. Saya sampai hari ini masih tidak faham di mana rasisnya DAP. Pengerusinya Karpal Singh, naib-naib Pengerusi terdiri dari pelbagai kaum, termasuk Tunku Abdul Aziz. Keahliannya terbuka kepada semua. Jadi, mana perkaumannya? Apakah UMNO, MCA dan MIC yang masing-masing hanya membenarkan satu kaum menyertai parti mereka itu bukan rasis? Apakah rasis jika mendedahkan salah guna kuasa dan rasuah yang menyebabkan rakyat menderita? DAP bukan sahaja pilihan untuk saya tetapi rasanya ia sesuai untuk semua orang termasuk orang Melayu. Ia hanya sebuah wadah politik untuk mencapai cita-cita murni mewujudkan keadilan untuk semua, peluang saksama serta negara berkebajikan tanpa mengira kaum. – Roketkini.com |
PANAS!! Chua Jui Meng dah pecah lobang... kahkahkah... Posted: 26 Jan 2012 05:05 AM PST Pendedahan Jui Meng: MCA hanya punyai 40.000 ahli 'sebenar', bukan 1.3 juta Mereka yang terkejut dengan berita bahawa MCA mungkin kehilangan kira-kira 30% ahli-ahlinya kepada Pakatan Rakyat pada masa pilihan raya umum ke-13 akan mendapat kejutan yang lebih lagi. Pertama, bilangan ini mungkin lebih besar. Dan kedua, adakah anda tahu bahawa MCA walaupun bermegah dengan mempunyai sekurang-kurangnya satu juta ahli sebenarnya hanya mempunyai kira-kira 40,000 penyokong yang benar dan sahih! "Ini adalah sesuatu yang boleh saya katakan dengan yakin dengan pengetahuan saya tentang parti MCA kerana mempunyai pengundi hantu yang paling banyak. Umno telah belajar daripada mereka bagaimana untuk memalsukan daftar keahlian," kata Naib Presiden PKR, Chua Jui Meng,yang juga bekas orang kuat MCA, kepada Malaysia Chronicle. "Akhirnya, sekalipun mereka cuba untuk menipu, dengan 1.3 juta ahli yang seperti didakwa MCA, mereka sebenarnya mempunyai hanya kira-kira 40,000 ahli. Ini adalah mereka yang benar-benar hadir di mesyuarat-mesyuarat dan mengambil bahagian dalam aktiviti parti atau sukarelawan untuk bekerja dalam jentera pilihan raya. fakta ini memang menyedihkan. " Penghijrahan adalah benar dan sangat ketara Dalam menghadapi sokongan yang lembap itu, tidak hairanlah Presiden MCA yang dibelenggu skandal Chua Soi Lek, kurang menonjolkan diri berikutan laporan berita melompat parti beratus-ratus ahli ke parti pembangkang terutamanya di Pulau Pinang dan tempat asalnya sendiri , Johor. Setakat ini, Soi Lek telah cuba mendapatkan perhatian daripada DAP, dengan mendakwa bahawa parti itu boleh mengalahkan mana-mana calon DAP di Bagan iaitu di kawasan yang kini dipegang oleh Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang dan juga Setiausaha Agung DAP. Sekali lagi, Soi Lek memalukan dirinya sendiri apabila Guan Eng membalasnya dengan bertanya, "Adakah Chua Soi Lek akan berani untuk mengumumkan kerusi diingininya? Maka izinkan saya pergi ke kawasannya itu dan mengulangi kenyataan Liow yang kita yakin dapat mengalahkan Chua kemudian lihat bagaimana reaksi Chua " kata Guan Eng. Menurut Jui Meng, penghijrahan beramai-ramai MCA adalah benar dan anggaran sederhannya adalah 30%. Ramai ahli MCA telah berdaftar dengan parti-parti pembangkang walaupun mereka belum menghantar surat peletakan jawatan mereka kepada Soi Lek lagi. "Ia adalah lebih tinggi daripada 30%. 30% hanya anggaran sahaja. Atas sebab-sebab politik dan kita perlu realistik mengenai perkara ini, ramai ahli-ahli biasa MCA dan pemimpin tidak rasmi akan berhijrah. Mereka menunggu masa yang lebih sesuai, masa yang paling baik bagi mereka dan Pakatan dan yang lebih merugikan MCA dan BN, "kata Jui Meng. "Jika mereka berbuat demikian sekarang, Soi Lek dan orang-orangnya akan mengejar mereka dan mampu mengada-adakan pelbagai fitnah dan masalah. Jadi, menarik masalah-masalah yang tidak perlu, tetapi saya boleh beritahu anda, penghijrahan adalah benar, ia adalah ramai dan sebahagian besar akan berlaku tidak lama selepas GE-13, "kata Jui Meng. Tidak berprinsip Sebahagian besar daripada masalah MCA datang daripada kepimpinan Soi Lek, walaupun MCA sudah berada dalam kemelut sebelumSoi Lek menjadi presiden MCA. Dalam pilihan raya umum 2008, MCA telah memenangi hanya 15 kerusi parlimen dan 32 kerusi Dewan Undangan Negeri, kurang daripada separuh kerusi yang telah dimenangi pada tahun 2004. Pada PRU-13, yang mesti diadakan pada April 2013, MCA dijangka lenyap dan menerima nasib yang sama dengan SUPP pada pilihan raya negeri Sarawak tahun 2011. Oleh sebab itu, Soi Lek tidak boleh lari dari tanggungjawabnya. Beliau telah gagal untuk menyatukan dan memberi nafas baru kepada MCA. Dia tidak mampu untuk mewujudkan keyakinan dalam parti kaum Cina itu. Ini bukan sahaja disebabkan oleh skandal seks peribadinya, yang seakan sumpahan yang melekat, ia juga disebabkan oleh strategi politiknya yang diguna pakai untuk menewaskan Ong Tee Keat yang merupakan bekas presiden parti. Ketamakan Soi Lek kerana kuasa dan tekan untuk memperolehi pengikut setia sendiri di jawatan tertinggi parti juga telah mencipta rekahan yang mendalam dan kepahitan dalam parti itu sendiri. "Salah satu kesilapan ketara Soi Lek ialah tidak berpendirian dalam segala isu. Ketidakselarasan di sini menunjukkan dirinya yang tidak ikhlas dalam berpolitik. Sebagai contoh, kita tidak pernah mendengar dia bercakap mengenai isu rasuah. Dia tidak pernah bersuara tentang isu salah guna wang sebanyak RM250 juta yang telah dilakukan dalam NFC. Apabila Anwar Ibrahim jelas dianiaya atas tuduhan liwat, tiada reaksi langsung daripada MCA. Hal yang sama berlaku apabila Anwar dibebaskan dan seluruh dunia bukan hanya rakyat Malaysia sahaja yang meraikannya, "kata Jui Meng. "Tetapi Soi Lek dan MCA, seperti juga Umno, suka berdiam diri Satu-satunya kesimpulan yang boleh kita buat adalah MCA hanya menjadi pak turut sahaja. Ini adalah masalah yang masih ketara sehingga hari ini. Apa yang mampu Soi Lek lakukan adalah membuli PAS dengan undang-undang hudud. Mengapa dia tidak berjaya? Sekali lagi, jika Soi Lek menganalisis secara objektif, dia akan menyedari bahawa rakyat Malaysia dan juga PAS berusaha untuk menjadi moden dan meninggalkan ekstremisme. Malah orang Cina di Malaysia beranggapan bahawa PAS lebih banyak usaha daripada MCA. " Hentikan politik pembohongan dan perkauman Jui Meng menjangka MCA tidak akan berupaya mengekalkan lebih daripada 47 kerusi yang dipegangnya sekarang. Dia mengambil contoh SUPP dan pilihan raya Taiwan yang berlangsung baru-baru ini . Nampaknya, MCA dan bosnya Umno adalah gabungan yang sama seperti parti Kuomintang Taiwan, yang memerintah pulau itu berpuluh-puluh tahun lamanya sebelum kehilangan kuasa kerana pelbagai sebab termasuk endemik rasuah. Pada tahun 2004, jawatan presiden telah dimenangi oleh Timbalan Pendakwa Raya, yang dipimpin oleh Chen Shu-bian. Pada tahun 2008, selepas pembersihan dalaman, parti KMT yang diketuai oleh pemimpin reformis Ma Ying-jeou merampas kembali jawatan presiden bagi KMT. Hanya beberapa hari lalu, Ma telah dipilih semula. "Stesen TV berbayar membuat liputan pilihan raya Taiwan dengan baik. Mereka yang menonton serta merta boleh melihat sendiri bahawa Taiwan telah matang dalam demokrasi sebenar. Tidak seperti di sini kita masih terperangkap dalam pembohongan politik dan manipulasi. Arena politik Malaysia masih lagi skrip yang ditulis oleh BN. Mereka masih mahu berkuasa dan ini telah menyebabkan rakyat Malaysia yang menganggap negaranya sendiri sebagai Bolehland. Ia seperti hidup dalam anggan-anggan. Malaysia telah menjadi Zimbabwe Asia Tenggara. Indonesia sudah jauh di hadapan kita, malah Myanmar sedang bergerak. Saya pasti rakyat Malaysia pelbagai kaum akan tahu bagaimana untuk mengundi pada datang PRU- ke13 nanti, "kata Jui Meng. Malaysia Chronicle |
HANCING LAGI!! Najib pura-pura sederhana? Posted: 26 Jan 2012 02:46 AM PST KUALA LUMPUR, 25 JAN: Datuk Seri Najib Razak masih belum cukup sederhana untuk memperkenalkan Gerakan Kesederhanaan Global. Buktinya, para pemimpin UMNO dan lidah rasminya Utusan Malaysia sangat bersifat ultra kaum kerana mengajak Melayu membenci kaum lain. Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan Tony Pua berkata lakonan Perdana Menteri untuk menonjolkan diri di mata dunia gagal sama sekali kerana sikap perkauman kebanyakan pemimpin UMNO serta Perkasa pun tidak dapat dibendungnya. Katanya Najib gagal menunaikan apa yang dikhutbahkannya apabila beliau membenarkan perkauman tebal dan ektremisme agama mekar di bawah sokongan UMNO dan pencacainya Perkasa. "Najib sebagai Perdana Menteri negara ini…mengangkat diri sebagai 'suara kesederhanaan' gagal mengajar Perkasa…ahli-ahli UMNO yang terlibat mahu pun lidah rasmi parti Utusan Malaysia kerana menggalakkan kebencian kaum dan sikap tidak bertoleransi antara agama. "Sebaliknya, Najib telah lebih daripada sekali membuat pusingan-U bagi menenangkan Ibrahim Ali, supremo Perkasa itu," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Pua yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara berkata demikian mengulas kenyataan Najib dalam kata pengantar buku untuk Persidangan Antarabangsa Pergerakan Kesederhanaan Global minggu lalu. Dalam kata pengantarnya Najib dipetik sebagai berkata: "…masanya sudah tiba buat semua golongan sederhana dari semua negara, semua agama untuk mengambil alih peranan, untuk menebus semula agenda keamanan dan pragmatisme serta meminggirkan golongan pelampau." Justeru Pua yang juga Ahli Jawatankuasa Pusat DAP menempelak kenyataan Najib itu sebagai 'lembik' dan caca merba dalam melawan sifat ekstremisme. Walau pun Najib gagal melaksanakan apa yang dicita-citakannya, Pua menyokong kenyataan Najib menentang ekstermisme. "Ia adalah apa pegangan DAP yang diperkenalkan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng pada konvensyen parti 2010 yang digelar sebagai Jalan Tengah Malaysia," katanya. Tambahnya lagi, Guan Eng telah menerangkan bahawa "melalui Jalan Tengah Malaysia, DAP lebih sukakan kerjasama bukannya konflik; konsultasi berbanding konfrantasi; dan sebuah masyarakat bersama yang inklusif iaitu merangkumi semua, bukannya ekslusif." Menurutnya, walau sekuat mana usaha Najib untuk membentuk sifat kesederhanaan di Malaysia, beliau seharusnya memperbetulkan dahulu permasalahan dan kacau bilau yang dibuat 'anak didik' beliau dalam UMNO. – Roketkini.com |
Baiknya Wanita UMNO Kelantan!!! Kahkahkah... Posted: 26 Jan 2012 12:00 AM PST Oleh: umnopenyangak Assalamualaikum, Lagi kisah kebaikan UMNO! Kali ini melibatkan wanita UMNO Kelantan yang baru membeli 15 buah van bagi tujuan memberi perkhidmatan kepada rakyat. Skuad sayang wanita UMNO Kelantan yang mendakwa menggunakan kereta persendirian untuk membantu rakyat selama ini akan menggunakan van van tersebut bagi tujuan memberi perkhidmatan kepada rakyat Kelantan. Van van tersebut baru sahaja ditepung tawar oleh Najib sepertimana dilapurkan oleh Berita Hairan Online Tepung tawar ni adat siapa, ada ker tepung tawar dalam ajaran Islam? maaf tanya sebab keliru! Ketua Wanita UMNO Kelantan, Datin Halimah Mahamad berkata, van Skuad Sayang itu akan digunakan 14 bahagian UMNO di negeri ini manakala sebuah lagi akan digunakan Badan Perhubungan UMNO Kelantan. Banyaknya duit wanita UMNO Kelantan, sehingga berupaya membeli 15 van sekaligus.Agak agak berapa kos van van tersebut? Dari mana wanita UMNO Kelantan dapat duit sebanyak tu? Apa sumber pendapatan mereka? Berniaga kah mereka? Persoalan yang bermain di kepala sebaik membaca kemewahan wanita UMNO yang dengan mudah membeli 15 buah van sekaligus. Terpulanglah kepada masing masing untuk mencari jawabannya. Tetapi apa yang lebih menarik ialah tidak ada pula pengumuman Najib untuk membantu rakyat yang dibuat di Kelantan.Kehadiran Najib sekadar untuk berjumpa dengan pemimpin UMNO Kelantan dan menghadiri majlis sambut menantu setia usaha politiknya sahaja. Apa sudah jadi dengan bantuan rakyat? Apakah rakyat Kelantan tidak layak menerimanya? Walaupun wanita UMNO beriya iya berkhidmat kepada rakyat dengan Van van baru mereka tetapi tak ada bantuan yang diumumkan. |
AUKU: MB Azizan dah pikiaq habih kaa... Posted: 25 Jan 2012 10:00 PM PST AUKU & KUIN.... Azizan lu best bro. Hari nie gua nak backup azizan.. Bukan apa gua tgk sakan hangpa seligi dia sampai rapat isu KUIN dan AUKU tuuu. Relax laa bro.. Nie la akai org tua hgpa tak dapat baca... Dia nak tgk hangpa nak handle benda nie camna. Cuba hgpa usha balik camna akai dia Skrg nie dia sebagai MB dia serahkan isu nie kat jawatan kuasa disiplin KUIN buat keputusan dan disini beliau tak masuk campoq urusan tersebut... Disini kecantikannya ialah kuasa KUIN tak ada camportangan pemerintah... Benda nie dulu jika kena kat UMNO kompom ada campuran politik mcm di uitm serta sewaktu dgnnya.... Ini satu.... Kedua pulak dia tak sentuh bab AUKU di KUIN kerana selagi tak dimansuhkan di pusat kuasa kerajaan tak ada..cuma mahkamah yg boleh kata ya atau tidaknya... Itu yg dia kata buat rayuan dan bawa kemahkamah... Jadi bila sampai disana..mcmana anda lihat dgn undang2 auku nie... Pas masih dengan pegangan dia iaitu menolak auku itu yg peguam Pas yg jadi peguam depa... Itu parti politik...tapi kerajaan ada law dia...itu yg azizan tgh dok buat skrg nie.... Jadi pada gua nielah otak org tua tua...berpandangan jauh beb....he he he |
HANCING!! Najib kelentong besaq... kahkahkah... Posted: 25 Jan 2012 08:00 PM PST BN cuma adil untuk kroni dan anak beranak sahaja! Assalamualaikum,,.. Semalam di Pulau Pinang, Najib berkata BN adil untuk semua kaum yang membawa maksud BN cuma adil untuk kroni dan anak beranak sahaja dari semua kaum! Najib nampaknya terpaksa menjelajah membuat roadshow bagi menghadapi pilihanraya yang sudah semakin hampir. Mula mula Najib ke Selangor kemudian ke Pahang dan semalam dalam masa satu hari Najib berada di dua buah negeri. Di Kelantan Najib mengamalkan kurafat apabila menepung tawar Van baru wanita UMNO Negeri dan di Pulau Pinang, Najib menghadiri rumah terbuka tahun baru cina. Di sinilah Najib meneruskan agenda klentongnya dengan ucapan retorik yang memualkan. Memualkan kerana sudah lebih 50 tahun rakyat tertipu dengan ucapan sebegitu. Berita penuh boleh dibaca di sini . Najib bercakap mengenai semangat kekitaan dan perasaan kebersamaan terhadap kemajuan negara sedangkan rakyat tahu bagaimana BTN berfungsi menanamkan perasaan benci kaum melayu kepada kaum lain. Najib bercakap mengenai bakat tempatan sedangkan rakyat tahu bagaimana sistem pendidikan yang ada dalam negara tidak dibantu dengan menyediakan peluang kerjaya yang sesuai bagi membantu perkembangan bakat yang ada. Najib bercakap mengenai negara maju dan berpendapatan tinggi, sedangkan rakyat tahu bagaimana kualiti kehidupan semakin menurun dan khazanah kurniaan Tuhan tidak dimenafaatkan kearah itu. Bagaimana rakyat boleh bergerak bersama sebagai satu bangsa, satu negara dan satu visi sedangkan kebebasan bersuara dan berpolitik hanya diberikan kepada rakyat yang menyokong BN sahaja sedangkan parti pembangkang dianggap perosak kesatuan negara? Najib berkata kerajaan ikhlas dalam memberi bantuan tetapi membisu seribu bahasa mengenai kesempitan hidup rakyat dengan harga minyak yang tinggi, kekurangan bekalan minyak masak di pasaran serta berbagai bagai jenis cukai yang terpaksa dibayar kepada kerajaan sehingga orang yang berhutangpun terpaksa bayar cukai (kad kredit). Kalau bantuan kerajaan ini ikhlas, sudah tentu ianya tidak melibatkan kutipan hasil dari rakyat yang membebankan tetapi malang bagi rakyat yang percaya kepada Najib kerana segala bantuan yang dihulurkan sebenarnya diambil dari rakyat juga. Najib berkata Malaysia mempunyai prospek yang baik tetapi sebenarnya yang mempunyai prospek yang baik hanya kroni dan anak beranak BN sahaja bukan Malaysia atau rakyat Malaysia. Itulah yang dapat dilihat dengan lakonan Najib menjelang pilihanraya sementara kuncu kuncunya menyebarkan lagi isu isu yang dikira boleh membantu Najib mengekalkan kuasa. Semuga semakin kecil bilangan rakyat yang termakan umpan Najib kali ini. |
Berita paling baik buat Pakatan... kahkahkah... Posted: 25 Jan 2012 06:00 PM PST Nama Najib baik tetapi tidak Umno dan BN Harakahdaily, KUALA LUMPUR, 25 Jan: Para pemimpin Umno kini mula mempertikaikan tindakan presiden mereka yang berlebihan mempromosikan dirinya sedang nama baik parti dan negara terus menjunam. Mereka mula menyedari hal ini sejak akhir-akhir ini apabila kajian yang dibuat menunjukkan rating Datuk Seri Najib Razak terus meningkat. (Hanya nama Najib yang naik ratingnya...yang lain-lain merudum) Tetapi dalam masa yang sama rating pemimpin kerajaan yang lain, Umno, Barisan Nasional bahkan kerajaan Malaysia sendiri terus merudum. "Kalau macam ini berterusan, dalam pilihan raya nanti dia je lah yang menang, kami semua lingkup," kata seorang pemimpin Umno yang kini mula bosan dengan apa yang berlaku. Menurut beliau yang bertanding dalam sebuah Dun tetapi kalah dalam pilihan raya umum 2008 lalu, pelbagai kajian menunjukkan populariti Najib meningkat hatta melampaui Datuk Seri Anwar Ibrahim. Bahkan, nama timbalan beliau, Tan Sri Muhyidin Yassin terus menjunam ke belakang. Beliau memberikan contoh bagaimana Najib mengendalikan isu NFC - National Feedlot Centre - di mana Najib menyerahkan isu ini untuk dikendalikan Muhyidin dan Datuk Seri Noh Omar. (Muhyidin sedang menerima pelbagai tekanan sejak akhir-akhir ini) Padahal, katanya, Najib yang mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Impak Besar (High Impak Comitte) yang meluluskan projek ini. Ada juga yang mempertikaikan kenapa Najib tidak menghalang laporan Ketua Audit Negara berhubung dengan NFC ketika dia menerima laporan tentang projek NFC yang bermasalah pada tahun 2010 lalu. Selain Muhyidin, turut menghadapi masalah di zaman Najib adalah parti-parti komponen BN khasnya MCA, Gerakan dan MIC. "Dari 15 kerusi Parlimen yang dimenangi MCA sekarang, hanya 7-8 kerusi sahaja yang selamat dalam pilihan raya umum akan datang," kata satu sumber kepada Harakahdaily. Antara agensi yang dirujuk menaikkan nama Najib adalah Pasukan Komunikasi Kebangsaan (National Communications Team - NCT) dan pasukan penasihat luar negara termasuk Apco. NCT yang kini beroperasi di Bangsar, selepas berpejabat di The Garden, ditubuhkan di bawah Pejabat Perdana Menteri (PMO). Ketuanya yang pertama adalah Jalil Hamid, bekas Timbalan Ketua Biro Reuters di Kuala Lumpur. Kini Jalil mengetuai NST apabila Najib bimbang kalau-kalau petugas NST mengkhianati beliau di sana. Pengganti beliau adalah Sufi Yusuff, bekas Setiausaha Akhbar Tun Dr Mahathir yang masih bertugas dengan Tun hingga kini. Di samping itu, NCT juga mempunyai Datuk Khalid Mohamad, bekas Ketua Pengarang Kumpulan Utusan yang kini adalah Penasihat NCT. Di sinilah juga terletaknya beberapa wartawan veteran yang dilantik sebagai konsultan dan pegawai penyelidik. Peranan NCT adalah untuk memastikan nama baik kerajaan terbela, namun peranan yang selalu mereka jalankan adalah nama baik Najib selaku Perdana Menteri. Ini menyebabkan mereka tidak tahu, kepada siapakah mereka bertugas...kepada negara atau kepada peribadi perdana menteri Najib. |
Jom jamu mata ngan Istana Negara yang baru Posted: 25 Jan 2012 04:00 PM PST Istana baru ni menjadi lokasi pertabalan Yang Dipertuan Agong yang ke-14 pada 14 Disember 2011 lalu iaitu baginda Sultan Kedah Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah di mana ini adalah merupakan kali kedua baginda dipilih sebagai Yang Dipertuan Agong. Sebelum ini Baginda merupakan Yang DiPertuan Agong ke-5 yang memerintah untuk tempoh 21 September 1970 hingga 20 September 1975. Jom kita tengok kehebatan istana negara yang baru saja terbina nih... fuyooo.... Bagi Sultanah Kedah iaitu Sultanah Tuanku Haminah Hamidun pula ini merupakan kali pertama bagi baginda menaiki takhta Permaisuri Agong setelah ditabalkan menjadi Sultanah Kedah pada 9 Jan 2004. Baginda ditabalkan sebagai Sultanah Kedah selepas kemangkatan Almarhum Tuanku Sultanah Hajjah Bahiyah pada tahun 2003. |
Posted: 25 Jan 2012 02:30 PM PST Masalah Sampah Di Selangor Makin Meruncing SEJAK kerajaan Selangor menamatkan kontrak perkhidmatan Alam Flora Sdn Bhd dari menguruskan perhidmatan pengutipan dan pembuangan sampah di negeri tersebut, semakin banyak rungutan yang diterima dari masyarakat setempat seterusnya menimbulkan rasa tidak puas hati. Difahamkan masalah ini adalah disebabkan sabota oleh pihak-pihak tertentu seperti mana disebut dalam kenyataan Menteri Besar tapi penulis tidak rasa rakyat peduli dengan soal tersebut, yang mereka tahu sampah perlu dikutip secara berjadual seperti mana sebelumnya. Walaupun ada talian panas (hotline) yang disediakan kerajaan negeri tapi penulis difahamkan bahawa ia hanya untuk kawasan sekitar Shah Alam sahaja, manakala kawasan-kawasan lain seolahnya terbiar tanpa pembelaan. Penulis berpendapat jika keadaan ini tidak diatasi dengan segera, ia akan menimbulkan rasa tidak puas hati rakyat seterusnya menjejaskan lagi peluang Pakatan Rakyat untuk mengekalkan kuasa di Selangor. Tanda-tanda kearah itu sudah semakin banyak dilihat berlaku disana sini sehingga ke tahap mengadakan perhimpunan bagi menunjukkan rasa tidak puas hati. Ini tidak sukar difahami kerana memang rakyat membayar cukai pintu dengan harapan masalah sampah mereka diurus dengan baik. Kegagalan menguruskannya boleh menyebabkan pelbagai masalah seperti bau busuk dan masalah kesihatan lain yang mendatangkan rasa tidak selesa oleh rakyat. Anak syarikat kerajaan negeri Worldwide Holding Bhd yang ditugaskan untuk mengambil alih pengurusan sisa pepejal dari Alam Flora ini dilihat gagal berfungsi seperti mana yang diharapkan. Memang ketika dibawah pengurusan Alam Flora, pelbagai masalah diutarakan penduduk dan kerajaan negeri sendiri tapi tidaklah sampai ke tahap sekarang. Keadaan sekarang ini begitu buruk dengan sampah sahaja tidak dikutip sehingga berbulan-bulan!! Itu baru bercakap masalah sampah, belum lagi masalah longkang dan pembersihan lain seperti pemotongan rumput dan sebagainya. Salah satu punca banjir kilat melanda Kajang beberapa bulan lepas juga dikaitkan dengan sistem perparitan yang tidak sempurna oleh kontraktor terlibat. Satu perkara yang TS Khalid dan pengurusan Worldwide perlu faham, selain sebagai sebuah negeri termaju dan terbesar di Semenanjung, Selangor juga adalah negeri yang unik dari segi geopolitiknya. Masing-masing (Pakatan Rakyat dan BN) berharap untuk mengekalkan/merampas negeri tersebut dari pihak yang satu lagi. Justeru, Selangor meriah dengan pelbagai aktiviti politik oleh kedua belah pihak hampir setiap malam. Keadaan ini menyumbang kepada pertambahan bilangan sampah, selain sampah domestik sedia ada. Rakyat juga membuat perbandingan dengan negeri-negeri lain dimana Alam Flora dipertanggungjawab untuk menguruskan sisa domestiknya. Memang ada masalah disana sini tapi tidaklah sampai tidak berkutip langsung. Ini menunjukkan keputusan kerajaan negeri menghentikan perkhidmatan Alam Flora adalah satu kesilapan dalam membuat keputusan penting mengenai kesejahteraan rakyat. Tambah memburukkan keadaan bila UMNO/BN mengambil kesempatan daripada masalah ini untuk memburukkan imej kerajaan negeri dan Pakatan Rakyat di mata rakyat. Sedang Pakatan Rakyat sibuk menjaja soal rasuah dan penyelewengan sana sini yang belum terbukti benar, masalah sampah di negeri sendiri yang menjejaskan rakyat secara langsung pun tidak boleh diselesaikan, kata mereka. Penulis berharap TS Khalid mengambil serius masalah ini dan mencari jalan penyelesaian yang sepatutnya sebelum ia menjadi barah yang merosakkan pentadbiran kerajaan negeri. Kita mungkin berbangga dengan segala macam pencapaian sepanjang mengambil alih kerajaan negeri dari 2008, tapi apalah makna semua itu kalau masalah sampah ini pun tidak boleh ditangani.- SPR |
You are subscribed to email updates from shalehudin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan