Khamis, 26 Januari 2012

Addin

Addin


Wajah Sebenar Prof. Aziz Bari

Posted: 26 Jan 2012 08:35 AM PST

Isu ini perlu diselesaikan secara berhikmah oleh Pas dan Pakatan Rakyat. Membesarkan isu ini hanya akan melemahkan Pas dan Pakatan Rakyat terutamanya dalam mengahdapi PRU 13 yang semakin hampir. Melaga - lagakan adalah kerja buat Umno BN serta pencacai-pencacainya.. usahlah kita peduli.

Dr. Azizan dan pimpinan Pas perlu duduk semeja bagi mencari titik pertemuan bukannya mencari titik kelemahan. Mungkin ada kebenaran teguran ikhlas yang dibuat oleh Prof Aziz Bari, kita sama-sama pandang dari sudut positif..

Kuin-Auku: Aziz Bari dakwa MB Kedah tindak macam BN

SHAH ALAM – Pakatan Rakyat (PR) perlu mengambil tindakan tegas terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak kerana mengambil tindakan ke atas pelajar-pelajar Kolej Universiti Insaniah (Kuin) menggunakan Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku).

Pakar perlembagaan, Prof Dr Abdul Aziz Bari berkata, kenyataan Azizan sebelum ini yang katanya "terlepas pandang" sebenarnya bercanggah dengan prinsip Buku Jingga.

"Ini bukan kali pertama beliau mengeluarkan kenyataan terbuka dan bertentangan dengan prinsip parti.

"Jika beliau itu pro-Auku, kena masuk Barisan Nasionallah," kata beliau pada pada sidang media selepas Wacana Sinar Siri ke-10 bertajuk "Masih Relevankah Auku?" anjuran Kumpulan Media Karangkraf.

Mei lalu, lima mahasiswa kolej universiti tersebut dibicarakan dan digantung pengajian kerana didapati terlibat dalam demonstrasi yang bertujuan untuk menyatakan bantahan terhadap pembinaan Sekolah Insan Bestari yang diadakan di kediaman Ar-Razi, Kuin.

Mereka membantah pembinaan di kawasan tersebut kerana dilihat tidak strategik dan akan mengganggu proses pengajian dan pembelajaran mahasiswa tahfiz.

Mereka yang dikenakan tindakan gantung pengajian ialah Mohd Faiz Mohd Arshad, Mohd Azlan Mat Zain, Ahmad Remi Mohd Arof, Zukhilatif Marzuki dan Muhamad Aiman Che Abd Razak. ~sinarharian


Saiful Bukhari Kecewa Gagal Heret Anwar Ke Mahkamah Rayuan

Posted: 26 Jan 2012 07:10 AM PST

Pengadu dalam kes fitnah liwat II, Saiful Bukhari Azlan nampaknya kena banyak banyak bersabar! Ini kerana rayuan yang dikemukakan melalui pejabat Peguam Negara hanya akan dipertimbangkan selepas sekurang-kurangnya tiga bulan dari tarikh rayuan dikemukakan.  Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang dituduh oleh Saiful juga perlu menunggu sehingga tempoh yang sama kerana mengikut Akta Penghakiman Mahkamah.

Pihak yang memfailkan rayuan bersabit sesuatu keputusan yang dijatuhkan perlu menunggu transkrip penghakiman bertulis terlebih dahulu.

Prosedur biasa membenarkan hakim yang membuat keputusan diberikan tempoh sehingga lapan minggu untuk menyiapkan alasan penghakiman sebelum diserahkan kepada pihak yang terlibat (pendakwaraya dan pasukan peguambela).

Dalam kes Anwar, pendakwaraya perlu menunggu ulasan penghakiman bertulis sebelum membuat keputusan sama ada memfailkan petisyen rayuan.

Jika pihak pendakwaan merasakan bahawa selepas mendapat keputusan tersebut, ada asas-asas yang kukuh untuk mencabar atau melihat keputusan penghakiman boleh dirayu, maka mereka akan mengemukakan rayuan rasmi, jika tidak ia terhenti di situ saja.

Menurut ketua peguam Anwar yang juga ahli parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh, Peguam Negara mempunyai hak prerogatif untuk mengemukakan rayuan.

Ini prosedur biasa kerana Karpal juga pernah menasihatkan pelanggannya supaya tidak membuat rayuan selepas memperolehi alasan penghakiman secara bertulis.

Penjelasan Karpal dibuat selepas bertemu dengan setiausaha hakim yang membacakan keputusan bersejarah pada 9 Januari lalu, Zabidin Mohd Diah, mengenai perkembangan penghakiman bertulis sama ada sudah siap atau sebaliknya.

Zabidin yang bercuti selepas membacakan keputusan mahkamah bahawa Anwar tidak bersalah dan dibebaskan tanpa syarat belum dapat ditemui untuk mendapatkan komen lanjut kerana mempunyai urusan mustahak sambil meminta apa-apa perkembangan mengenai nota penghakiman tersebut supaya merujuk kepada setiausahanya.

Ini bermakna, Saiful sekali lagi terperangkap dalam prosedur mahkamah kerana kununnya tindakan memfailkan rayuan di saat-saat akhir pada Jumaat lalu mampu mengheret kembali Anwar ke mahkamah secepat mungkin.

Satu lagi karma untuk Saiful berjaya dibayar secara "tunai" kerana fitnah yang tak pernah berkesudahan!  ~jalanpulang


Tiada ulasan: