Selasa, 24 Januari 2012

shalehudin

shalehudin


Kasihan!! Jom tengok ular diproses buang kulit

Posted: 24 Jan 2012 10:00 AM PST

Bagaimana Proses Membuat Barangan Kulit Dari Ular?

Asalamualaikum.
Hasil bacaan pantas aku di wikipedia melayu, ular adalah binatang reptilia tidak berkaki, berdarah sejuk yang berkait rapat dengan mengkarung, yang berkongsi aturan biologi Squamata. Sub-aturan ular ialah Serpentes. Terdapat juga beberapa mengkarung tidak berkaki yang kelihatan seperti ular, tetapi tidak berkait dengan ular.

Peminat ular dikenali sebagai ofiofilia, takut akan ular dikenali sebagai "ofidiofobia" (bahasa Inggeris: snakephobia). Pakar ular dikenali sebagai ahli ofiofilia (bahasa Inggeris: ophiologist).

Ular ni amat popular dijadikan sebagai barangan kulit kerana permukaan kulitnya yang licin dan bercorak. Korang nak tau tak bagaimana beg kulit ular dihasilkan? Korang tengok je la gambar di bawah ni. Ngeri gak. Kasihan pun ada.

P/S: Manusia dijadikan oleh Allah di muka bumi adalah untuk beribadah kepada Allah dan menjadi khalifah di muka bumi. Kalau tengok dari gambar proses barangan kulit dari ular ni, tampak kejam dan tidak menunjukkan sifat sebagai khalifah di muka bumi. Patut la ular semakin pupus. Ingatlah, kita semua akan ditanya tentang perbuatan kita di akhirat kelak.

 
 
 
 
 
 
Sumber: Melayukini

Tak baca rugi woi, Ali Rustam buat lawak... kahkahkah...

Posted: 24 Jan 2012 09:11 AM PST

Isytihar Harta: Lawak Ali Menjadi!!

Oleh: laniismaa

Ia dimulakan oleh kerajaan DAP Pulau Pinang diketuai Lim Guan Eng dan Exco Kerajaan Negeri. Cabaran dibuat Lim Guan Eng kepada UMNO supaya mengisytihar harta. Selepas itu Ketua Hakim Negara berkata mungkin mereka juga perlu mengisytihar harta.

Selepas itu pula Nik Aziz pula didesak oleh naib presiden Pertubuhan Angkatan Generasi Muda Melayu Kelantan (AGENDA) Arif Hakimi Zulkifli supaya Tok Guru dan keluarganya mengisytiharkan aset mereka kepada SPRM bagi memastikan mereka benar-benar telus dan bersih daripada kegiatan rasuah. Pelik, tak disuruhnya kepada UMNO supaya diisytiharkan harta mereka.

Ditanya kepada Tok Guru desakan AGENDA. Tanpa banyak soal dan dalih Nik Aziz berkata;

"Saya dan semua exco kerajaan negeri boleh mengisytiharkan harta, jika peraturan mahu berbuat demikian,"

"Soal mengisytiharkan harta semua pihak boleh isytihar, cuma pokok pangkalnya terletak atas ketaqwaan seseorang kepada Allah, kerana taqwa merupakan kunci segala perkara, termasuk ketelusan dalam pentadbiran,". UMNO terdiam.

Ditanya pula kepada KM Melaka, Ali Rustam. Maka akan banyak dalihnya. Ia kena bergantung kepada persetujuan semua pihak termasuk PM Najib, pulak!!!

"Sesetengah wakil rakyat tidak mahu mengisytiharkan harta mereka kerana ia akan diketahui umum sehingga boleh mengancam keselamatan mereka dan keluarga,"

Pandai Ali Rustam buat lawak, mengancam keselamatan mereka dan keluarga. Nasib baik Ali tak berkata ia boleh mengancam keselamatan negara.

Ditanya pula kepada Tun Mahathir. Tun dengan berani berkata [cuba suruh dia isytihar] menteri kabinet perlu bersifat telus dan jujur dalam apa juga perkara, termasuk mengisytiharkan harta mereka dan keluarga kepada SPRM. Jika mereka yang menjadi menteri enggan bersikap telus, termasuk mengisytiharkan harta, mereka patut meletakkan jawatan secara sukarela sebelum dipecat. Keberanian Tun kerana dia tidak perlu mengisytihar harta.

Itu bezanya kesanggupan antara PAS dan UMNO tentang pengisytiharan harta kepada SPRM. Ada yang takut-takut gitu…takut-takut banyak yang haram dari yang halal.

Rosak habih bebudak UiTM nih... kahkahkah...

Posted: 24 Jan 2012 07:00 AM PST

Dua graduan UiTM sertai DAP

IPOH, 21 JAN: Dua graduan muda jurusan undang-undang daripada UiTM yang berminat dengan politik telah memilih untuk menyertai DAP. Mereka adalah Fairuz Azhan Amirruddin dan Dyana Sofya Mohd Daud.

Fairuz Azhan, 25, merupakan seorang penulis manakala Dyana Sofya, 24, seorang peguam.

Penyertaan mereka dilihat sebagai keseinambungan populariti parti tersebut di kalangan profesional Melayu yang semakin meningkat.

Kedua-dua mereka telah diperkenalkan dalam satu sidang media di ibu pejabat DAP Perak di sini hari ini.

Dalam sidang media itu, Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang yang mengalu-alukan penyertaan Fairuz dan Dyana berkata, kemasukan mereka ke dalam DAP mengingatkan beliau kenangan manisnya menceburi bidang politik 46 tahun yang lalu.

Katanya beliau dapat merasakan idealisme, semangat cintakan negara dan sayangkan rakyat di kalangan golongan muda yang mahu membuat apa yang mampu bagi menambah baik negara tercinta ini.

Menurutnya DAP jelas dari dulu sampai sekarang merupakan parti untuk semua kaum, malah di Perak sahaja, DAP pernah mempunyai lima wakil rakyat Melayu.

"Jadi amat tidak logik jika DAP dituduh sebagai parti anti-Raja mahu pun anti-Melayu. Jika tidak, parti ini tidak mungkin wujud hari ini kerana parti DAP sudah pasti akan diharamkan jika mempunyai matlamat tersebut.

"UMNO bertanya siapa nak membela orang Melayu, Islam, dan Raja Melayu jika UMNO kalah dalam pilihan raya? Dan kemungkinan besar itu akan berlaku, maka kita menjawab bahawa DAP dan Pakatan Rakyatlah yang akan membela dan mempertahankan orang Melayu, agama Islam, dan kedudukan Raja Melayu seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan," jelas beliau.

Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur berkata dasar bersama Pakatan Rakyat jelas mempertahankan keluhuran Perlembagaan.

Pengerusi DAP Perak Datuk Ngeh Koo Ham pula berkata ramai orang Melayu telah menyertai DAP sejak penubuhannya dan banyak pula yang memegang jawatan penting dalam parti serta diletakkan sebagai calon dalam pilihan raya.

"DAP tidak pernah diskriminasi terhadap orang Melayu. Ia adalah sebuah parti yang berbilang bangsa yang terbuka untuk semua orang. Ia berusaha ke arah sebuah sistem demokrasi sosial, dan parti demokrasi sosial ini tidak pernah menjadi parti cauvinis Cina mahu pun parti komunis seperti yang sering difitnah oleh UMNO."

"Kita memang menjangkakan serangan daripada UMNO yang akan mengatakan bahawa DAP sedang melatih orang Melayu kononnya untuk menjadi Menteri Besar di pelbagai negeri.

"Namun hari ini saya ingin sekali lagi menegaskan terutamanya bagi rakyat Perak bahawa DAP tidak mempunyai cita-cita tersebut, dan jika cerita tersebut keluar, ia hanya lagi satu fitnah daripada Barisan Nasional. DAP menyatakan sokongan penuh kepada Datuk Seri Nizar (daripada PAS) sebagai Menteri Besar untuk Perak," katanya.

Sementara itu, Fairuz Azhan menjelaskan beliau menyertai DAP kerana tidak sanggup berdiam diri melihat negara semakin lama semakin dirosakkan oleh kerajaan UMNO-BN.

Beliau mengambil contoh kadar hutang negara yang semakin meningkat akibat sikap tidak bertanggungjawab kerajaan kini dan secara langsung menyebabkan rakyat menderita kerana pemotongan subsidi dan juga pengenalan cukai baru seperti GST yang bakal menambah beban rakyat.

"Saya juga percaya dengan ideologi yang dibawa oleh parti. Mengikut pemahaman saya, Deklarasi Setapak yang menegaskan tujuan penubuhan DAP adalah untuk mempertahankan Perlembagaan negara. Ini juga bermaksud, DAP mempertahankan agama Islam sebagai agama rasmi, menzahirkan kedaulatan Raja, Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi, dan kedudukan istimewa bumiputera.

"Saya juga berpegang kepada ideologi demokrasi sosial yang kejayaannya boleh dilihat di Pulau Pinang. Saya juga yakin bahawa DAP merupakan platform yang terbaik untuk membebaskan minda masyarakat daripada politik perkauman dan politik ketakutan."

Dyana Sofya pula berpendapat bahawa kejayaan urus tadbir cekap, akauntabel dan telus (CAT) oleh kerajaan negeri Pakatan Rakyat di Pulau Pinang yang dipimpin oleh Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng meyakinkan beliau untuk memilih DAP sebagai wadah politiknya.

"Bayangkan jika kejayaan CAT di Pulau Pinang boleh diketengahkan ke peringkat kerajaan pusat? Bukankah semua rakyat tanpa mengira kaum dan agama akan mendapat faedah secara lebih adil dan saksama?

"Kemiskinan tegar telah dihapuskan di Pulau Pinang dan kemakmuran negeri bertambah berlipat kali ganda. Mengapa kita tidak boleh mengimpikan itu di peringkat nasional?" katanya. – Roketkini.com

Mau ka Hassan Ali dengaq cakap hampa... kahkahkah...

Posted: 24 Jan 2012 05:00 AM PST

Baiah Calon PAS: Dr Hassan Ali patut kosongkan kerusi Dun Gombak Setia

Oleh Tarmizi Mohd Jam

PAS Kawasan Batu menyifatkan pemecatan PAS Pusat terhadap bekas Pesuruhjaya PAS Selangor yang juga Exco Kerajaan Negeri, Dato' Dr Hassan Ali tepat dan wajar, ekoran tindak-tanduknya yang sarat dengan kontroversi sejak Pakatan Rakyat menang 2008 yang lalu.

Yang DiPertuanya, Ishak Surin berharap, pemecatan beliau akan memberi iktibar kepada mana-mana pemimpin dan ahli PAS semua peringkat, agar berwaspada dalam mengeluarkan kenyataan dan sentiasa mendahulukan jamaah daripada sebarang kepentingan diri sendiri atau puak.

Katanya, teguran Setiausaha Agung PAS, Dato' Mustafa Ali bahawa tindak-tanduk Hassan merugikan PAS akhirnya diperakui dengan tindakan pecat, walaupun sebelum itu ada pihak dalaman parti yang berbelah bahagi untuk mengkelaskan tindakan Hassan itu sebagai "merugikan parti".

PAS Batu katanya, mahu Hassan menterjemahkan kandungan "Baiah Calon PAS" sewaktu dilafazkan menjadi calon Dun Gombak Setia secara praktikal bagi menyelamatkan maruahnya. Jika perlu, Hassan mesti meletakkan jawatan sebagai Adun Gombak Setia, kerana kedudukannya sebagai Adun adalah atas tiket PAS maka setelah beliau dipecat, jawatan itu mesti dikosongkan.

Ishak menegaskan, banyak pihak dalam PAS "terlupa" dengan kandungan "Baiah Calon PAS" yang dilafazkan setiap calon Parlimen dan Dun, apabila berdepan dengan kes seperti pemecatan Hassan Ali, kerana beliau berpendapat dan yakin, kerusi Dun mesti dikosongkan apabila beliau dipecat.

"Terpulanglah kepada PAS Pusat atau Majlis Syura PAS untuk mentafsir bait-bait tertentu 'Baiah Calon PAS' tersebut berkenaan kedudukan Hassan Ali selepas dipecat," tegasnya kepada Sanggahtoksago.Com tengah malam tadi.

Hassan Ali dah terlajak jauh sangat dahh...

Posted: 24 Jan 2012 04:03 AM PST

Khalid Samad: Parasit Pas Dapat 'Dinyahkan'

SHAH ALAM : Timbalan Pesuruhjaya Pas Selangor, Khalid Samad berkata, pihaknya telah diberi "kemampuan" oleh ALLAH untuk menyahparasit, yang menurutnya secara perlahan-perlahan telah merosakkan parti Islam itu.

Dengan perkembangan itu, kata beliau, parasit sudah pun dinyahkan dan Pas akan mara ke hadadan bagi memenuhi kehendak rakyat dan umat Islam untuk menggantikan Umno dengan menjadi wadah politik umat Islam yang utama di negara Malaysia.

Tanpa menamakan mana-mana pihak dan individu dalam entri terbaru blognya, Khalid yang juga Ahli Parlimen Shah Alam berkata, kedengaran juga ada pihak yang ingin membuat 'road-show' ke seluruh negara.

"Bagi saya itu adalah hak dia dan lagi banyak dia cakap, lagi jelas pendiriannya yang dangkal.

"Hanya dia perlu ingat, kesalahannya kali ini bukan kesalahan kali pertama. Dulu dia pernah ditegur dan sudah pun diberi amaran," katanya sambil menambah, "kali ini dia lajak lebih jauh lagi, maka dan bagi yang menganggap pemecatan beliau agak drastik; perlu diberi amaran dulu dan sebagainya, harap ingat kembali peristiwa lampau."

Tulisan beliau merujuk kepada tindakan susulan bekas Pesuruhjaya Pas Selangor Datuk Dr Hasan Mohamed Ali.

Pas memutuskan untuk memecat Hasan sebagai ahlinya pada 8 Januari lalu.

Ekoran perkembangan itu, Hasan mendedahkan wujud parasit dalam Pas tetapi hanya mahu mendedahkan kumpulan itu, yang didakwanya telah memesongkan parti itu daripada landasan perjuangan Islam dalam waktu terdekat menerusi program jelajah ke seluruh negara.

Kata Hasan, kumpulan berkenaan menduduki jawatan penting dalam parti dan antara lainnya telah berjaya mengubah hala tuju Pas termasuk dalam isu pemecatan beliau daripada parti itu.

Menurutnya, kumpulan berkenaan mempunyai hubungan dengan pergerakan Islam tertentu dan sebahagian mereka bergerak cergas di luar negara sebelum ini sebagai pelajar.

Khalid, Ketua Pas kawasan Shah Alam dan ahli jawatankuasa kerja Pas pusat berkata, kemungkinan pihak yang mendakwa wujud parasit akan mencanangkan bahawa dirinya dipecat kerana Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Itu jelas satu pembohongan. Dia dipecat kerana sikap dirinya sendiri.

"Semasa road-show boleh cakap apa yang dia suka, reka cerita dan sebagainya, tapi semua tahu, dia dipecat kerana sikapnya.

"Sikapnya yang tidak mahu terima pendirian parti dan kesungguhannya membawa mesej Umno-BN untuk mempengaruhi ahli Pas dan rakyat jelata," katanya lagi.

Khalid seterusnya menulis bahawa "dulu dia juga yang menjadi juara wala' dan thiqah. Tetapi itu hanya ketika dia sebagai ketua."

"Semua kena dengar cakap dia. Kalau tidak, maka tidak wala', tidak thiqah serta tidak cukup tarbiyah dan sebagainya.

"Tetapi apabila dirinya bukan ketua, nampak gayanya konsep tersebut tidak lagi releven," katanya.

Beliau menambah, mungkin itu yang berlaku apabila dikuasai hawa nafsu, terlalu membesarkan diri dengan beranggapan bahawa dirinya sahaja yang betul dan yang lain semuanya bagaikan parasit.

"Parasit ini sebenarnya hidup di atas kekuatan yang lain dan secara perlahan merosakkan pihak yang menanggungnya.

"Itulah apa yang ingin dilakukan. Tetapi, Alhamdulillah, ALLAH sayangkan Pas dan memberi Pas kemampuan untuk 'nyahparasit' dan inilah yang telah berlaku," katanya.- SPR

Rosmah dah silap congak daa...

Posted: 24 Jan 2012 01:55 AM PST

Pemberian Wang RM500 Rasuah Politik Yang Halal?

Oleh Mohd Sayuti Omar

Pemberiaan wang bantuan dengan nama (BR1M) bernilai RM500 kepada rakyat yang berpendapatan di bawah RM3,000 sebulan rancak dilakukan di seluruh negara. Rakyat yang tinggal di beberapa kawasan yang melibatkan menteri, timbalan menteri atau orang utama dalam Umno sudah pun mulai menerima wang berkenaan.

Pembahagian itu dijangka akan selesai sepenuhnya menjelang pembubaran parlimen nanti. Setakat ini pembahagian wang itu berjalan lancar walaupun ada beberapa lokasi timbul kekcohan disebabkan salah 'teknik'. Kekacauan sampai baling kerusi, tumbuk menumbuk dan koyak boucher berlaku apabila ada rakyat yang berhak menerima dinafikan kerana dokumen mereka tidak lengkap atau pun tiada pengesahan.

Aduh... begitu ketat sekali untuk memberi bantuan sejemput kera kepada rakyat itu. Sebelum ini timbul persoalan siapa yang bertanggungjawab atau pun valid untuk mengesahkan borang kelayakan itu. Wang itu adalah wang rakyat - wang kerajaan, di mana ianya sepatutnya hanya disahkan oleh agensi kerajaan. Tetapi yang anihnya ada sesetengah tempat memerlukan pengesahan dari ketua Umno Bahagian atau PPM.

Semoga kerajaan akan memantau perkara ini dan tidak membiarkan penyalahgunaan kuasa dan prosuder berleluasa serta ketidakadilan dalam menyampaikan bantuan ini. Soal-soal titik bengit begitu memerlukan pengesahan JKKK, ketua bahagian ataupun ada rekmen orang kuat Umno usahlah diambil berat sangat. Yang penting rakyat dapat menikmati wang kerajaan itu dengan sewajarnya.

Pemberian wang itu adalah sesuatu yang baik untuk meringkan beban rakyat. Walaupun ianya hanya sejemput kera setidak-tidak rakyat miskin dapat menggunakan wang berkenaan untuk membeli budu dan geram atau airskrim untuk anak-anak dan cucu cicit. Terimalah. Ia tidak menjadi kesalahan. Dan penerimaannya tidak terikat anda kena undi siapa dan parti mana.

Rakyat perlu seadar bahawa wang itu bukan dari sakut Umno. Jauh sekali dari begtangan Rosmah Mansor. Ia adalah wang rakyat yang tolong dikumpul oleh kerajaan dari pelbagai cukai dan potongan, atau diambil dari mana-mana wang yang diperuntukkan untuk rakyat. Wang itu tidak salah dan tidak pun berdosa seperti mana wang dari pusat-pusat perjudian atau pun hasil rasuah yang telah, sedang dan akan dibahagi-bahagikan semasa pilihan raya kelak.

Pun begitu Umno telah mengeksploitasikan pemberian wang itu sebagai jasa mereka. Mendakwa wang itu adalah bdi dan bakti mereka. Kepada rakyat yang buta huruf dan rendah akal politiknya di kampung-kampung dihebuhkan itu sebagai wang Umno. Wang itu menandakan keprihatinan Najib Razak sebagai perdana menteri. Memang ia adalah atas keprihatinan Najib sebagai perdana menteri, tetapi wang itu bukan dari Umno tetapi dari akaun kerajaan. Kerajaan dan Umno dua perkara yang berbeza yang sering kali dikelirukan oleh broker-broker Umno.

Bukan saja Najib, sesiapa yang menjadi perdana menteri dan menteri kewangan boleh mengarahkan untuk memberi wang kepada rakyat. Hendak dengan tidak sahaja. Masa Dr Mahathir dan Abdullah Badawi jadi PM, mereka juga boleh berbuat demikian, kerana wang itu tidak perlu ambil dari akaun mereka. Tetapi Mahathir dan Abdullah tidak sampai ke peringkat itu untuk membeli undi rakyat marhain.

Mungkin kalau Pakatan Rakyat memerintah Malaysia wang bantuan seumpama itu lebih banyak lagi dan lebih kerap dipulangkan kepada rakyat sebab mereka akan membuat potongan terhadap wang-wang yang disalahgunakan dan disonglap oleh kerajaan kini untuk kepentingan segelintir rakyat.

Kenapa Najib berbuat demikian bukan semata-mata kerana baik hatinya. Tetapi ia ada motif. Suka tidak suka, faham tidak faham pemberian wang RM500 itu yang diluluskan dalam Bajet 2012 adalah bermotifkan politik. Wang RM500 adalah rasuah politik, umpan untuk meminta rakyat mengundi UBN dalam pilihan raya nanti.

Kenapa dikatakan begitu kerana kerajaan sengaja memilih saat pilihan raya hendak diadakan baru wang itu diberikan kepada rakyat. Baru susah-susah hendak membantu rakyat. Dan ia dikenakan syarat-syarat tertentu bertujuan untuk mendenda rakyat. Bolehlah disifatkan wang RM500 adalah wang rasuah halal dilakukan UBN untuk meraih sokongan.

Kenapa dikatakan rasuah halal kerana ia dilakukan di luar edah pilihan raya dan digunakan wang kerajaan atas nama hendak membantu rakyat. Kerajaan boleh memberi apa saja kepada rakyat atas apa juga nama kerana ia tidak tertakluk di bawah peraturan dan mana-mana kesalahan. Walhal orang yang faham cara dan masa wang itu dilunaskan jelas rasuah politik.

Biarlah rasuah atau tidak, asalkan rakyat dapat membeli kacang butir, budu dan garam dengan wang itu. Terima dan ambillah. Bukan itu saja kalau ada apa-apa tawaran dan pemberian percuma dari kerajaan selepas ini, ambillah dengan senang hati.

Persoalan kini apakah UBN khasnya Najib merasakan apa yang dilakukan itu bakal memberi pulangan lumayan kepadanya. Apakah rakyat akan terpesona dengan pemberian RM500 itu kemudian akan mengundi UBN dalam pilhan raya nanti? Ini yang menarik untuk dinilai dan diperkatakan.

Adalah salah kalau Najib berharap dan membuat hisab demikian. Bagi saya tidak sampai 50 peratus rakyat yang menerima wang itu akan membalas dengan mengundi UBN. Kenapa dikatakan begitu? Kerana rakyat sudah faham kedudukan wang itu dan juga sudah mengetahui tektik dan strategi UBN yang memperalatkan harta kerajaan itu. Pemberian wang kerjaan dengan cara dan nawaitu itu telah menyalahkan dana kerajaan untuk rakyat.

Dana itu haus diberi tanpa mengharap apa-apa balasan dan dipersulitkan dengan mengenakan syarat-syarat dan peraturan tertentu. Kalau kerajaan tulus dan ikhlas wang itu boleh dikredit terus ke dalam akaun rakyat tidak payah rakyat berjumpa mata dengan kerajaan dan mendengar tazkirah politik sejam-jam sebelum menerima bouchernya.

Rakyat juga akan bertanya kenapa baru kini kerajaan baik hati untuk memberikan mereka bantuan dalam bentuk tunai sebanyak RM500. Sudah lebih 50 tahun datuk nenek mereka berada dalam naungan kerajaan BN tetapi tidak pernah mereka mendapat wang nasib baik itu?

Jadi apabila hari ini baru diberikan, baru kerajaan bersikap baik dan berbudi menyebabkan mereka akan menilai akan budi itu? Mereka akan menyelami apakah motif di sebalik wang RM500 itu yang akhirnya mereka sedari ianya hanya cacing yang disangkut joran sahaja dan bukan merupakan kebajikan ikhlas dari kerajaan.

Mungkin ada rakyat yang faham kenapa sekarang kerajaan bersikap baik ialah kerana keadaan UBN sudah begitut terdesak. Mereka sudah tahu usia kekuasaan mereka akan tamat bila-bila masa saja lagi. Sekiranya tidak ada berbagai-bagai plan penyelamat termasuk membeli undi mereka akan hanyut.

UBN mungkin akan tumbang dan ghaiab. Justeru walaupun cara mereka itu salah dan bertentangan dengan semangat demokrasi mereka tidak peduli. Yang penting kuasa dapat diselamatkan dan untuk menyelamatkan kuasa rakyat kena dibeli.

Langkah kerajaan UBN itu sia-sia saja. RM500 tidak akan dapat menyelamatkan kedudukan mereka yang bagaikan telor di hujung tanduk kini. Rakyat dapat manfaat sejemput kera tetapi kerajaan UBN akan rugi selaut kuasa.

Sebab itu pihak Pakatan Rakyat kelihatan tidak begitu risau dengan pemberian itu. Rakyat sudah faham dan arif dan bagaimana untuk menggunakan wang RM500 itu. Pemberian itu baik juga, rakyat boleh menggunakan wang RM500 itu untuk membeli minyak petrol untuk pergi ke majlis ceramah Pakatan Raykat. Atau pun guna wang itu untuk membeli bendera, buat banner ataupun peralatan-peralatan menghadapi pilihan raya.

Justeru rakyat perlu berterima kasih kepada pemberian wang itu tetapi rakyat tidak perlu membayar terima kasih dengan mengundi pihak yang mengharapkan pemberian itu agar rakyat mengundi mereka. Dari satu segi pemberian RM500 itu juga helah UBN untuk mengelabui mata rakyat bahawa mereka (UBN) telah melakukan kebajikan kepada rakyat. Bolehlah dikatakan aspirasi untuk memberi wang itu datangnya dari Pas yang telah melancar gagasan politik Negara Berkebajikan.

http://msomelayu.blogspot.com

Mampuih la MCA kali ni... hihi...

Posted: 24 Jan 2012 12:00 AM PST

Guan Eng panggil Soi Lek penipu: Beritahu dimana anda bertanding dan saya akan ada di situ

Dalam cabaran yang membuatkan Chua Soi Lek lemah lutut, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng telah meminta beliau mengumumkan di mana beliau akan bertanding pada pilihanraya umum ke 13 supaya setiausaha Agung DAP itu sendiri akan melawan beliau.

"Akankah Chua Soi Lek berani mengumumkan kerusi mana yang akan ditandingi beliau dan saya akan pergi ke kawasan itu dan menyatakan semula kenyataan Liow yang kita yakin dapat mengalahkan Chua kemudian lihat reaksi beliau?" kata Guan Eng dalam kenyataannya pada hari Rabu.

Pemimpin DAP itu telah memberi maklumbalas kepada perang mulut antara parti beliau dan MCA yang bermula dengan Timbalan presiden MCA Liow Tiong Lai bahawa parti komponen BN itu boleh "menyingkirkan mana-mana calon DAP di Bagan", kawasan Lim sekarang.

"Tidak seperti MCA, DAP tidak bermain permainan politik dengan bermegah mengatakan mereka akan menang atau kalah dengan Liow di Bentong atau Ng Yen Yen di Raub. Hanya MCA yang bermegah-megah seperti ini. Kami berharap agar Chua Soi Lek akan berhenti menipu rakyat mengenai perkara ini," kata Guan Eng.

MCA kehilangan sokongan pengundi Cina


Guan Eng yakin dengan kenyataan beliau. Parti DAP sudah semakin popular dan dijangka akan membantu Pakatan Rakyat menyapu bersih kerusi dominasi Cina pada PRU 13.

Sebaliknya, MCA Soi Lek dianggap "orang tua sakit" dalam BN dan mungkin akan dihapuskan terus dalam PRU 13- seperti nasib SUPP dalam pilihanraya negeri Sarawak baru-baru ini.

Rakyat Malaysia dari pelbagai kaum telah menjadi semakin kecewa dengan kerajaan rasuah Bn dan kerajaan-tahu –politik terbaiknya.

Pada pilihanraya 2008, mereka memberi mandate kepada 5 daripada 13 negeri dan akan terus memberi mandate kepada PKR-PAS-DAP bersama dalam PRU 13 yang harus diadakan sebelum April 2013.

Mata tertumpu pada Soi Lek


Mata sekarang tertumpu pada Soi Lek yang akan memberi maklumbalas kepada cabaran itu.

Sudah dicemari dengan skandal seks, Soi Lek berhadapan dengan azab jatuh airmuka dan berdiri untuk diri sendiri dan parti beliau, dengan kebanyakkan pengkritik mengatakan bahawa beliau kemungkinan tidak bertanding jika Najib mengikut kehendak dirinya dan hanya meletakkan calon boleh menang.

Bekas menteri kesihatan, Soi Lek telah memberi kawasan Labis kepada anaknya Tee Yong. Beliau memberi isyarat bahawa beliau mahukan kawasan baru dan mungkin akan meminta sebuah kerusi Umno selamat di mana beliau boleh bersandarkan kepada sokongan Melayu untuk menang kerana masyarakat Cina sendiri telah hilang keyakinan terhadap beliau.

Perkasa, bagaimanapun telah berikrar untuk meminta pengundi Melayu untuk tidak mengundi MCA, walaupun pengasasnya Ibrahim Ali berkemungkinan tidak akan dapat mempengaruhi komuniti nya sendiri .

MCA penuh penipuan

Guan Eng juga berkata bahawa Chua bersalah kerana menipu rakyat dengan tuduhan bahawa DAP dan rakan mereka dalam Pakatan Rakyat telah menyalahgunakan sumber kewangan Pulau Pinang dan menyebabkan defisit kepada bujet.

"Pulau Pinang tiada defisit bujet tetapi ada rekod lebihan bajet untuk 4 tahun selama kita berkuasa, ini disahkan oleh laporan Ketua Audit Negara. Ini memang politik kotor yang biasa dilakukan MCA-yang hitam jadi putih dan putih jadi hitam," Jelas Guan Eng lagi.

Tambah beliau Pulau Pinang telah menjadi satu-satunya negeri dalam negara yang dipuji oleh Transparency International kerana mengamalkan sistem tender terbuka untuk memerangi rasuah.

Malaysia Chronicle

Berahim Ali main ugut-ugut pulak...

Posted: 23 Jan 2012 10:50 PM PST

PKR: Ibrahim Ali cuba mengugut Ketua Audit

KUALA LUMPUR, 23 Jan — Pemimpin PKR menyelar kenyataan Datuk Ibrahim Ali yang mendesak Ketua Audit Negara membuat kenyataan rasmi bahawa tidak berlakunya kecelaruan dalam Fidlot Nasional Corporation (NFCorp), dan mereka melihatnya sebagai satu intimidasi terhadap Ketua Audit berkenaan.

"Kenyataan itu dilihat sebagai cubaan meletakkan tekanan politik ke atas Ketua Audit Negara," jelas pengarah strategik PKR, Rafizi Ramli kepada The Malaysian Insider terhadap perkara tersebut yang merupakan isu utama dalam kempen bagi pilihan raya akan datang.

"Ibrahim Ali tidak mempunyai kaitan dengan pengurusan akaun, jadi dia tidak layak untuk mempersoalkan laporan audit."

Ibrahim yang merupakan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa semalam mendesak Ketua Audit Negara mengeluarkan kenyataan rasmi mengesahkan isu kontroversi skandal Pusat Fidlot Nasional (NFC) tidak berada dalam keadaan bercelaru.

Ahli Parlimen Pasir Mas itu berkata demikian selepas perjumpaan dengan Pengerusi NFCorp, Datuk Mohamad Salleh Ismail yang menjelaskan pejabat ketua audit telah mengesahkan tidak berlaku sebarang kecelaruan dalam syarikat tersebut.

Tambah Ibrahim, pejabat ketua audit mungkin telah melakukan sedikit kesilapan kerana tidak kesemua kakitangan pejabat terbabit mendapat latihan secukupnya.

Rafizi turut mengkritik Ibrahim kerana mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman apabila menyatakan pemberi maklumat tersebut sebagai "bukan Melayu", dan menurut Rafizi, tindakan tersebut sebagai cubaan yang "rendah dan berbahaya" bagi memuaskan masyarakat Melayu.

"Ini adalah kes penyalahgunaan wang. Ia dilakukan oleh bukan sahaja bukan Melayu, malah Melayu sendiri, serupa sahaja, contohnya seperti kes Perwaja Eric Chia dan PKFZ (Port Klang Free Zone), yang mana PKR turut mengambil tindakan, tambahnya.

NFCorp seharusnya telus perbelanjaan dana kerajaan sekiranya mereka serius mahu membersihkan nama mereka, bukan bertindak berjumpa NGO seperti Perkasa, tambah Rafizi.

Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin turut mempersoalkan tindakan NFCorp berjumpa Perkasa, dan beliau melihatnya sebagai pergerakan Umno untuk mendapatkan sokongan bagi mempertahankan Salleh.

"Kenapa NFC berjumpa kumpulan kartun ini? Ini tindakan merepak. Semua itu adalah alasan lapuk," tambahnya.

Zuraida da Rafizi turut menafikan dakwaan PKR telah membuat pembayaran bagi mendapatkan buku tunai yang diserahkan oleh pemberi maklumat tersebut-seperti dakwaan Ibrahim-buku tersebut diserahkan kepada parti berkenaan selepas Laporan Ketua Audit Negara dikeluarkan.

Skandal NFC telah menjadi topik hangat tahun lepas apabila Laporan Ketua Audit Negara 2010 menyatakan terdapatnya "kecelaruan" terhadap projek ternakan lembu yang diuruskan keluarga Shahrizat itu.

Semenjak itu, beberapa siri pendedahan telah dibuat PKR, termasuk pembelian dua unit kondominium mewah di Bangsar, Kuala Lumpur, dan pertuduhan menggunakan dana berkenaan untuk kegunaan peribadi keluarganya.

Pembangkang turut mendakwa keluarga Shahrizat menggunakan hampir RM600,000 daripada dana NFC untuk membayar hutang kad kredit mereka pada 2009.

Namun demikian, pentadbiran NFC menafikan dakwaan tersebut dan menegaskan perbelanjaan kad kredit tersebut digunakan hanya untuk tujuan perniagaan.

NFC turut menafikan dakwaan dan tuduhan dana RM250 juta itu dimasukkan ke dalam akaun mereka sebelum perjanjian pinjaman berkenaan ditandatangani.

Shahrizat telah memohon cuti selama tiga minggu kepada perdana menteri selepas pendedahan bukti terbaru rasuah dalam projek NFC.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin minggu lepas mengumumkan kerajaan akan melantik firma audit untuk menyemak dan mengaudit akaun NFC.

Habih la hang Jib oiii... haha...

Posted: 23 Jan 2012 09:22 PM PST

Najib kena fikir banyak kali untuk bubar parlimen

Di saat Perdana Menteri Najib terus dengan ucapan klise (kitar semula) semasa menghadiri majlis sambutan Tahun Baru Cina di Kuala Lumpur, musuh politik utama beliau sebaliknya kini berada di Sabah merasmikan sambutan yang sama yang dihadiri lebih 4 ribu hadirin pelbagai kaum yang berpusu-pusu mahu bersalaman dengan Anwar Ibrahim.

Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang sudah dua hari berada di pulau Borneo, sebentar tadi mendedahkan bagaimana seorang bekas Ketua Menteri Sabah kelapan pada zaman dia memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri, telah menyatakan hasrat mahu memberikan tanah seluas 50 ribu ekar kepadanya sebagai hadiah atas nama ayahnya, Ibrahim.

Anwar menjelaskan lagi bahawa atas nama siapa sekalipun dia tidak akan mengambil seinci pun tanah rakyat untuk kepentingan peribadi mahupun keluarga kerana sudah dididik dengan ajaran agama dan moral sejak di bangku sekolah lagi.

Tegas Anwar, bekas Ketua Menteri yang dimaksudkan adalah Tun Sakaran bin Dandai yang menjawat jawatan tersebut pada 1994, apabila setahun kemudian dia dilantik menjadi Tuan Yang Terutama (TYT) sehingga digantikan oleh Tun Ahmadshah Abdullah pada 2002.

Tegasnya lagi, jika pemimpin Pakatan Rakyat berangan-angan untuk melakukan perkara sama, dia sendiri yang akan mengusir pemimpin tersebut kerana ia merupakan amanah rakyat yang mahukan pentadbiran cekap, telus dan berintegriti.

Tambah Anwar lagi, Pakatan Rakyat semakin diterima baik di Sabah dan Sarawak, malahan buktinya, sejak semalam, hampir kesemua anggota pasukan keselamatan dari Sibu dan Kanowit di Sarawak lagi beramai-ramai menghulur tangan bersalaman tanda kesyukuran dengan pembebasannya serta bertuah dapat menatap sendiri pemimpin yang bakal menyelamatkan Malaysia dari kehancuran Umno-APCO.

Dalam ucapannya lagi, beliau turut mengucapkan jutaan terima kasih atas doa dan sokongan rakyat Sabah semasa peristiwa pembebasannya dari tuduhan fitnah liwat 9 Januari lalu.

Anwar sekali lagi menjanjikan rakyat Sabah peluang untuk membangunkan negeri dengan penyerahan royalti minyak sekurang-kurangnya 20 peratus dari hasil jualan produk petroleum berbanding hanya lima peratus yang diberikan Umno-APCO dan Barisan Najis selepas Sabah menyertai Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963.

Tegas Anwar, semasa pilihanraya umum ke 12 pada 2008 lalu, orang Sabah serta Sarawak telah sekali lagi memberi peluang kepada BN untuk membetulkan kesilapan mereka, akan tetapi malangnya apa yang dihajatkan tidak ditunaikan sebaliknya Sabah terus berada pada kedudukan kedua paling miskin di Malaysia selepas Sarawak, walaupun dilimpahi dengan khazanah hasil bumi yang banyak.

Gelombang perubahan yang dirasai sedang bersemarak di serata Borneo dengan pencapaian lebih baik kini di mana seramai lebih 3 ribu ahli PKR baru berjaya didaftarkan di seluruh negeri itu terutamanya di Tenom, Tuaran dan Kalabakan.

Hadirin yang mendengar ucapannya bersemangat dan teruja setiap kali penegasan Anwar untuk seluruh rakyat Sabah bergema di Dewan Kian Kok, Likas, Kota Kinabalu hingga ke luar dewan yang penuh sesak dengan hadirin dari sekitar bandaraya ini.

Sambutan diserikan lagi dengan tarian singa dan pertunjukkan kebudayaan masyarakat Cina yang mendominasi majlis yang turut dihadiri seluruh pimpinan Pakatan Rakyat pelbagai peringkat.

Penjelasan Anwar membuktikan bahawa tuduhan fitnah liwat terhadapnya hanyalah rekayasa Umno-APCO semata-mata kerana tiada satu pun fail rasuah membabitkan dirinya dibuktikan semasa memegang jawatan dalam kerajaan sehingga dipecat pada 1998.

JALAN PULANG

Foto ihsan Twitter Mariah Doksil


***********************

Fakta Tun Sakaran Dandai

Tun Datuk Seri Panglima Haji Sakaran bin Dandai adalah seorang ahli politik Barisan Nasional - UMNO di Malaysia.

Beliau pernah menjadi Ketua Menteri Sabah (1994) dan Yang di-Pertua Negeri Sabah (1995-2002).Beliau berketurunan Bajau dari daerah Semporna.Mengikat tali perkahwinan dengan Datuk Seri Panglima Hjh Siti Rukaiyah binti Panglima Abdullah.

Beliau menerima anugerah Seri Maharaja Mangku Negara (S.M.N.) yang membawa gelaran Tun pada 1996, semasa menjadi Yang di-Pertua Negeri Sabah.

Pada 2000 pula, beliau menerima anugerah tertinggi Sabah Seri Panglima Darjah Kinabalu (S.P.D.K.) yang membawa gelaran Datuk Seri Panglima.

Drama penculikan di Kampung Baru (Bergambar)

Posted: 23 Jan 2012 07:35 PM PST

Drama penculikan di Kampung Baru

KUALA LUMPUR: Polis bertindak melepaskan empat das tembakan ke arah seorang lelaki setelah berunding selama enam jam bagi membebaskan seorang kanak-kanak perempuan berumur 10 tahun yang dijadikan tebusan di sebuah rumah di Jalan Raja Muda Musa, Kampung Baru pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zulkarnain Abdul Rahman berkata langkah itu terpaksa diambil setelah lelaki terbabit, yang berumur 34 tahun, bertindak agresif ketika proses rundingan.

"Tembakan tersebut telah terkena pada rusuk kiri suspek, bagaimanapun, mangsa berjaya diselamatkan dan kedua-dua mereka dibawa ke HKL (Hospital Kuala Lumpur) untuk rawatan lanjut, manakala mangsa dirawat bagi mengenal pasti sama ada berlaku sebarang kecederaan fizikal semasa dikurung," katanya kepada pemberita.

Beliau berkata dalam kejadian 10 pagi itu, polis menjalankan rundingan dengan turut memanggil pakar psikiatri HKL dan seorang rakan suspek untuk memujuk lelaki berkenaan, namun dia bertindak lebih agresif.

Fifi yang dijadikan tebusan oleh penjenayah

"Suspek sebelum itu secara tiba-tiba meluru masuk ke dalam rumah terbabit dan mengambil pisau siang ikan di dapur sebelum menahan mangsa dan mengacukan pisau itu ke leher mangsa yang ketika itu sedang menonton televisyen bersama ibu, adik serta dua lagi sepupunya.

"Suspek kemudian mengugut untuk mencederakan mangsa sekiranya ada yang cuba menghampirinya, sebelum membawa mangsa masuk ke dalam bilik serta mengurungnya dan menutup bilik itu dari dalam," katanya.

Zulkarnain berkata ruang bilik yang agak kecil menyukarkan anggota polis kerana suspek boleh bertindak dengan pantas jika berasa dirinya terancam.

Beliau berkata semasa proses rundingan, suspek tidak menuntut sebarang wang tebusan sebaliknya hanya meminta agar dia tidak diapa-apakan, selain air dan dadah.

"Dia minta air, kita bagi air tapi dia minta dadah memang kita tidak bagi," katanya sambil menambah suspek tidak mempunyai sebarang rekod rawatan psikiatri namun pernah memiliki rekod jenayah lampau membabitkan kes samun.

Beliau berkata polis masih menyiasat motif kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 3 Akta Culik 1961.


Bapa mangsa yang hanya dikenali sebagai Syafrudin, 47, berkata ketika kejadian, dia berada dalam satu daripada dua bilik di rumah itu manakala isteri, anak serta anak saudaranya di ruang tamu menonton televisyen.

"Pintu rumah ketika itu tidak berkunci, lelaki itu kemudian meluru masuk dan terus menangkap anak saya serta mengacukan pisau ke lehernya sambil mengugut sekiranya ada yang menghampiri, dia akan mencederakan anak saya," katanya.

Dalam pada itu, jiran mangsa yang mahu dikenali sebagai Ramli berkata beliau yakin suspek bukan penduduk di kawasan itu (Kampung Baru) kerana kelibat suspek tidak pernah dilihat sebelum ini.

Katanya, suspek mungkin datang dari kawasan lain sebelum masuk ke rumah itu dan menjadikan kanak-kanak perempuan tersebut sebagai tebusan.

Pendapat beliau turut disokong Suhardi Osman, 45, yang memaklumkan sebelum ini, suspek pernah membuat kecoh di sebuah pasar berdekatan.

"Saya dapat tahu suspek terlebih dahulu telah membuat kecoh di pasar pada waktu pagi sebelum dihalau oleh orang ramai, dan ini mungkin punca mengapa beliau menjadikan kanak-kanak tersebut sebagai tebusan," katanya ketika ditemui. BERNAMA

Putih mata Najib...

Posted: 23 Jan 2012 06:00 PM PST

Tiada peluang untuk BN kata wakil Pakatan

Pemimpin Pakatan Rakyat sebulat suara yakin bahawa gabungan pembangkang akan kekal berkuasa di Selangor, Kedah dan mengambil Negeri Sembilan dan Perak.

Membalas kenyataan yang dikeluarkan oleh seorang pensyarah Monash University James Chin, Nik Nazmi Nik Ahmad memberitahun Malaysia Chronicle walaupun BN sedang bekerja keras di Selangor, gabungan pembangkang sangat yakin ia akan kekal di Selangor.

Wakil rakyat Seri Setia itu berkata bahawa sangat jelas bahawa rakyat Selangor sangat sedar dengan perbezaan cara pemerintahan Pakatan sejak ia mengambil alih dari BN.

"Yang kami lihat, rakyat semakin gembira sekarang dan boleh dilihat dan dirasai perbezaan antara kerajaan ini dengan kerajaan yang sebelum ini. Rakyat boleh melihat pembangunan yang telah berlaku sejak 4 tahun dan membandingkannya dengan apa yang berlaku sejak 50 tahun lalu. Sangat banyak yang dilakukan dalam masa yang singkat," kata Nik Nazmi.

Chin telah memberitahu sidang media di Kuala Lumpur hari ini bahawa ada 50/50 peluang Pakatan boleh kehilangan Selangor dan Kedah manakala BN kehilangan Perak dan Negeri Sembilan berdasarkan data yang dipungut.

M Kulasegaran dari DAP juga tidak bersetuju dengan ada yang diperoleh oleh Chin. Bercakap dengan Malaysia Chronicle, Kula berkata bahawa ia sangat berbeza dengan scenario di Perak di mana rakyatnya sangat yakin terhadap Pakatan.

"Sekarang semua orang tahu bahawa dakwaan liwat Anwar adalah bermotifkan politik dan mahkamah juga telah bersetuju dengan hakikat ini,"kata beliau.

Sedia untuk berubah

Kula yang juga Ahli Parlimen Ipoh Barat menambah bahawa rakyat sudah bersedia untuk berubah di Perak dan juga di peringkat kerajaan persekutuan.

"Kehadiran yang ramai pada konvensyen di Alor Setar adalah petanda bahawa rakyat sedang melihat kepada kepimpinan pembangkang untuk memimpin di peringkat negeri dan persekutuan."

"Rakyat sedar bahawa parti yang memerintah sejak sekian lama itu sudah tidak lagi diterima dan telah memandang ringan pengundi untuk sekian lama manakala kita dalam Pakatan bersedia untuk berkhidmat untuk mereka," ujar Kula.

Sementara itu, Lee Khai Loon, Timbalan Ketua Pemuda PKR sangat pasti dengan peluang Pakatan justeru menidakkan penemuan Chin dari segi akademik.

"Ahli akademik boleh menstrukturkan survei dan bergantung kepada sampel survei itu dan membuat pelbagai anggapan. Tetapi, kita telah pun berada di padang dan kita tahu bahawa rakyat Perak sangat tidak berpuas hati dengan cara BN mengambil kuasa di Perak," beritahu Khai Loon kepada Malaysia Chrnonicle.

"Di Selangor, saya telah turun padang dan orang-orang biasa adalah dalam keadaam lebih baik dari sebelum ini. Mereka tahu bagaimana wang cukai mereka dibelanjakan. Yang kurang bernasib baik mempunyai sumber yang lebih baik dan boleh dilihat bagaimana jelasnya ia berlaku."

Negri Sembilan dan Kedah

Di Negeri Sembilan, Nik Nazmi berkata bahawa ada peluang yang baik Pakatan akan mengambil alih negeri itu.

"Reaksi rakyat terhadap kita adalah sangat positif dan tidak payah untuk kita mengambil beberapa lagi kerusi untuk membentuk kerajaan seterusnya," kata beliau.

Di Kedah, Nik Nazmi yakin Pakatan akan mengekalkan kuasa kerana Menteri Besar dan Pakatan sangat popular.

"Tidak wujud keadaan 50/50 kerana kerana sokongan yang sangat padu di Kedah dan ia jelas di konvensyen Alor Setar.

Tiada siapa yang mahu kalah

Walaupun penganalisis politik mempunyai peranan penting dalam membantu ahli politik membentuk polisi, jelas bahawa banyak di antara kajian mereka tidak mengambil kira faktor 'wow' setiap individu yang tidak dapat di kira dan rasionalkan oleh teori.

Ada yang mengatakan bahawa ini adalah antara scenario yang tidak dapat dijelaskan. Ia adalah andaian Chin dan pihak lain yang berkait dengan Umno. Ini sama dengan situasi semasa "tsunami politik 2008" di mana tiada seorangpun melihat peluang Anwar dan pembangkang. Sungguhpun begitu, mereka mendapat separuh daripada undi popular dan 5 daripada 13 negeri.

Mereka akan berhadapan dengan Najib Razak pada PRU 13 dan Najib ini jelas seorang pemimpin yang sering menipu . Inilah yang cuba Pakatan ketengahkan kepada rakyat. Kedua-dua pihak juga sangat paham akan kesan perang pisikologi akan tetapi bersandarkan kepada persepsi semata tidak akan memenangi pilihanraya.

Tiada yang suka kalah dan semua mahu menang. Jadi, apa yang cuba dibuat adalah persaingan siapa yang akan berada di depan dan siapa yang lebih popular dan inilah yang cuba mereka tanamkan dalam mentality rakyat," kata Timbalan Presiden Tian Chua kepada Malaysia Chronicle.

"BN berharap agar mereka yang tidak mengikuti perkembangan politik akan memilih mereka hanya untuk penerusan dan ini akan menunjukkan bahawa mereka adalah pihak yang akan menang. Tetapi kita fikir bahawa orang biasa lebih bijak daripada yang dijangka oleh BN. Mereka sedar isu –isu yang timbul dan saya yakin mereka akan melaksanakan keadilan pada hari mengundi."

Malaysia Chronicle

Ang Pow punya cerita... haha...

Posted: 23 Jan 2012 04:18 PM PST

Pemeriksaan restoran perlu lebih awal - Iskandar

Harakahdaily,
SHAH ALAM, 22 Jan: Ahli Dewan Undangan Negeri Chempaka, Iskandar A.Samad mempersoal tindakan Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat yang telah menjalankan pemeriksaan ke atas restoran-restoran di Dun itu satu minggu sebelum Tahun Baru Cina.

Menurut Iskandar, sebagai Adun, beliau menyokong sebarang usaha untuk memastikan premis-premis yang menyedia dan menghidang makanan berada di dalam keadaan bersih.

Namun apa yang dipertikaikan kata beliau, kenapa tindakan tersebut dijalankan pada waktu yang paling ramai pengunjung dan telah menyebabkan 5 restoran ditutup sekaligus merugikan peniaga.

"Saya tidak mempertikaikan peraturan-peraturan kesihatan tetapi hanya mencadangkan agar operasi-operasi sedemikian dilakukan lebih awal.

"Ia juga dapat mengelakkan tanggapan buruk bahawa operasi ini dilakukan terlalu hampir dengan Tahun Baru Cina agar pemilik-pemilik membayar "ang pow" jika mahu premis mereka dibuka semula," katanya yang juga Exco Kerajaan Negeri Selangor.

Ekoran itu, beliau menasihatkan mana-mana pihak yang mahu menjalankan operasi sedemikian, perlu berhati-hati agar tidak disalah anggap dan tidak mendatangkan fitnah kepada kerajaan negeri.

"Saya yakin tanggapan ini tidak benar tetapi pihak yang berkaitan tidak seharusnya mendedahkan diri mereka kepada sebarang tuduhan," katanya.

Tiada ulasan: