Selasa, 24 Januari 2012

Addin

Addin


Memalukan!! KDN Arah Buang Artikel Berkenaan Pembebasan DSAI Di Akhbar India Today

Posted: 24 Jan 2012 03:00 PM PST

Pembaca setia akhbar yang diterbitkan di India, India Today tidak menyangka bahawa akhbar yang mereka tatapi setiap hari rupanya tidak sama seperti kebiasaannya! Semuanya gara-gara artikel di muka surat 43 hingga 46 yang memaparkan berita mengenai pembebasan Anwar Ibrahim dari tuduhan fitnah liwat pada 9 Januari lalu.

Artikel yang diterbitkan dalam Bahasa Inggeris edisi cetak yang ditulis oleh wartawan koresponden mereka di Singapura, Roshni Jayakrishnan, telah dikeluarkan dari edaran tanpa digantikan halaman yang telah ditapis itu.

Maka terkapai-kapai dan tertanya-tanyalah pembaca di Malaysia apa yang terjadi sebenarnya terhadap empat muka surat yang "dihilangkan" itu.

Dengan tajuk utamanya, Return of a Reformer (Pulangnya Seorang Reformer), rupa-rupanya, artikel yang dimuatkan dalam edisi cetak yang dikeluarkan sebenarnya memaparkan berita berkenaan Ketua Pembangkang tersebut dengan ayat pernyataan berbunyi:

"Mahkamah membebaskan Anwar Ibrahim dari tuduhan liwat yang bakal memusnahkan kariernya.

Bolehkah dia menjadi Perdana Menteri seterusnya?"

Jika tidak disemak dan dibandingkan dengan akhbar dalam taliannya, sudah pasti laporan berkenaan Anwar Ibrahim yang diramal menjadi Perdana Menteri Malaysia pasti tidak diketahui sesiapa!

Begitu punya fobia sungguh Najib Altantuya hingga mengarahkan Bahagian Cetak dan Penerbitan, Kementerian Dalam Negeri supaya membuang artikel tersebut dari halaman sebenarnya!

Ia sekaligus membuktikan bahawa Malaysia masih dikongkong dengan kebebasan media sedangkan Najib Altantuya berkali-kali menyatakan bahawa media Malaysia bebas dari pengaruh pemerintah, cuma retorik politik semata-mata.

Apa lagi alasan Najib Altantuya agaknya??

Paranoid Najib censors India Today story: Can Anwar become the next PM?

Return of a Reformer (India Today, Issue of January 23rd)

Malaysian court clears Anwar Ibrahim of sodomy charges

When the Kuala Lumpur High Court judge delivered a not guilty verdict in the Anwar Ibrahim sodomy trial, the former deputy prime minister was taken aback. Ibrahim, 64, told reporters after his release on January 9, "To be honest, I am a little surprised." The final scene of the 13-year politico-legal drama was over faster than anyone expected. Judge Zabidin Mohamad Diah took only two minutes to give his ruling, saying DNA samples used as evidence might have been contaminated and that he could not convict in the absence of other corroborating evidence.

The judgment has brought the curtains down on one of the most controversial chapters in Malaysian political history. Ibrahim has been on trial for sodomy twice and has always maintained that the charges were politically motivated. He was deputy prime minister between 1993 and 1998. Ibrahim was booted out of the government in 1998 for challenging the authority of then prime minister Mahathir Mohamad. In 1999, Ibrahim was sentenced to six years in prison for corruption, and in 2000, to another nine years on charges of sodomy. The court reversed the second sentence in 2004, paving the way for his release. In July 2008, he was arrested again on sodomy charges, just after he had led a three-party Opposition coalition to unexpected success in the elections.


Ibrahim has gone on to become a symbol for change in not just Malaysia but across the region. He brought the Opposition together, posing a challenge to the ruling National Front.

So what does the verdict mean for Malaysia? Has the victory given Ibrahim an edge over his fiercest critic and rival, Prime Minister Najib Razak? Professor James Chin at Monash University in Malaysia believes the acquittal does not really do much for Ibrahim. He says, "The sodomy issue would have been more effective had Anwar been found guilty. But now it is unlikely to be a major campaign issue." Political analyst Ooi Kee Beng explains, "One of the biggest challenges for the Pakatan Rakyat (the three-party Opposition coalition) is to convince voters that it has the leaders needed for a change in paradigm."

Other Malaysian political analysts see the verdict as a sign that the judiciary in Malaysia is really independent. They say it disproves Ibrahim's claims about government interference in the judiciary, especially since Judge Diah had earlier come under fire from his counsel for being biased.

Ibrahim's camp, led by stalwarts including Azmin Ali, deputy president of his party, Parti Keadilan Rakyat, is thrilled with the acquittal. "This is not justice for Ibrahim alone, but for all those who care about freedom and justice," says Ali. He adds, "We will continue to explain to people that Ibrahim is a victim of a malicious conspiracy." But Ali is also quick to counter claims about the judiciary's independence. He says that is a claim made by Razak and Mahathir. The deputy chief of the Keadilan party says public perception is very different. "Malaysians feel there is a need for reform in the judicial system, and there are very few judges left who speak from their conscience," he claims.

So how does the verdict change the face of Malaysian politics? Both sides have different views on its impact. Azmi Anshar, chief editor of one of Malaysia's most prominent dailies, The New Straits Times, believes this will finally end Ibrahim's "unfair advantage" over his rivals. Says Anshar, "In the past 42 months, since the accusations against Ibrahim were first made, he has used the court solely as a political campaign platform. Now he can no longer use court for political sermons and that will even out the playing field." He believes, "Ibrahim will use his freedom to claim that the government tried to fix him, and that his victory was just a fluke."

The impact of this verdict will most certainly be seen in the forthcoming polls, as Razak tries to hold on to power and Ibrahim's attempts to improve upon his three-party coalition's 2008 success. Elections in Malaysia could be held anytime between June 2012 and March 2013, say analysts.

Cleared of the sodomy charge, Ibrahim is all set to hit the campaign trail. He will use the verdict to galvanise the Opposition. "We are ready for any eventuality; we have been ready for elections for over a year now. The verdict has given us confidence that we can capture Putrajaya (the federal administrative centre of Malaysia)," says Ali.

Anshar believes Razak has an edge. He says, "Either a status quo will be maintained or the government will scrape through. But it will be wrong to underestimate the popularity of Razak, who managed to draw in the support of many disgruntled voters during his last campaign."

Now that he is a free man, unless the Government appeals, Ibrahim seems to be even more determined to ensure that his three-party Opposition coalition is a force to reckon with in Malaysian politics. This was foremost on his mind as he walked out of the court on January 9. He tweeted moments after the judgment, "In the coming elections, the voice of the people will be heard, and this corrupt government will be toppled from its pedestal of power." - ENDS

Artikel ~ jalan pulang

Wajib Lihat!! Gambar Pencacai UMNO Jalan Kebun

Posted: 24 Jan 2012 08:21 AM PST

Korang masih ingat budak gemuk yang buat kacau kat ceramah HINDRAF & ABU tu? pada yang agak rabun, yang kurang jelas siapa si gemuk ni, biar aku DEDAHKAN sikit sebanyak gambar dia.. oooooooooo.. Nak jadi samseng yeeeeeee?

Muhamad Razali, mana ko nak lari hah?! Ko ingat kami x dapat kesan ko kat mana?! Tu laaaaa, buat keje bodoh lagi.. Rasakan!!


Dengar cerita lu ANAK BUAH KETUA BAHAGIAN UMNO KOTA RAJA, betul kan Razali?



Sumber ~ erapasca


Bukti Muhyiddin Dan Shafie Afdal Munafik!!

Posted: 24 Jan 2012 04:50 AM PST

Statement yang dikeluarkan Muhyiddin Yassin semasa menyerahkan bantuan RM500 kepada penduduk di Semporna, Sabah, bahawa kononnya program transformasi ekonomi itu tidak bermotifkan politik, betul-betul satu pembohongan besar. Pembohongan Muhyiddin dan Shafie Afdal terbukti dengan penemuan banner program tersebut tertera sekali dengan logo UMNO BN.

Apakah motif slogan "Terima Kasih BN" yang diletakkan bersama-sama dengan jata Kerajaan Malaysia jika tidak ia bersifat memancing undi dan mengelirukan rakyat kononnya bantuan ini datangnya daripada UmnoBN, bukannya Kerajaan Malaysia?

Mengapa Muhyiddin sanggup membohongi rakyat marhaen yang tidak mengetahui bahawa program yang sepatutnya berbentuk rasmi dari kerajaan diperalatkan menjadi program politik UMNO BN?

Tidak syak lagi, program ini sebenarnya hanyalah untuk meraih sokongan politik mengundi UMNO BN dan bukannya benar-benar untuk membasmi kemiskinan di Sabah yang merupakan negeri termiskin.

Sekali lagi Muhyiddin dan Shafie Apdal membohongi rakyat Sabah terang-terangan kerana bantuan yang mereka rasakan benar-benar ikhlas untuk membantu meringankan beban hidup rupanya dijadikan alat untuk memastikan mereka memangkah UMNO BN dalam PRU 13 nanti.

Rakyat Sabah sekali lagi dihina dengan pembohongan yang dilakukan pemimpin UMNO BN setelah slogan "Sabah Deposit Tetap BN" dicanang seolah-olah mereka bodoh dan tidak ada maruah diri hingga mudah dibeli dengan wang ringgit! Terbukti Muhyiddin dan Shafie Afdal golongan munafik..

Muhyiddin: BR1M bukan muslihat pancing undi PRU 

SEMPORNA - Tan Sri Muhyiddin Yassin menafikan dakwaan kononnya program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bermotifkan politik bertujuan meraih sokongan rakyat menjelang pilihan raya akan datang.

Timbalan Perdana Menteri berkata program itu diperkenalkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bagi meringankan beban rakyat yang terhimpit dengan kenaikan kos sara hidup disebabkan kenaikan harga barangan sekarang ini.

"Niat kita baik, tidak ada muslihat. Program yang kita janjikan ini adalah praktikal," katanya ketika berucap pada Program Pemimpin Bersama Rakyat dan Perasmian Sentuhan Rakyat di Padang Pekan Semporna di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman dan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Muhyiddin berkata program bantuan rakyat berkenaan merupakan tindakan susulan daripada maklumat balas rakyat yang diterima Perdana Menteri ketika melakukan program turun padang yang mendapati satu daripada masalah yang ditimbulkan rakyat ialah kenaikan harga barang dan kos sara hidup.

Katanya sebagai kerajaan yang prihatin dengan masalah rakyat, Perdana Menteri memperkenalkan pelbagai program bantuan sentuhan rakyat termasuk BR1M.

Selain bantuan RM500 kepada keluarga berpendapatan kurang daripada RM3,000 kerajaan turut memberi bantuan RM100 kepada pelajar sekolah dan baucer pembelian buku bernilai RM200 kepada pelajar institusi pengajian tinggi.

"Nampaknya yang mendapat manfaat BR1M ini ramai iaitu membabitkan empat juta isi rumah dengan perlbelanjaan sekitar RM2 bilion. Bila pembangkang melihat rakyat yang menerima faedah bantuan ini, mereka sudah mula risau dengan kita.

"Pembangkang nampaknya cuma memperdayakan rakyat dengan menjanjikan bintang dan bulan termasuklah menghapuskan pinjaman PTPTN, menghapuskan bayaran tol. Ini semuanya tidak praktikal kerana kalau kita hapuskan PTPTN bagaimana kita nak beri peluang kepada pelajar untuk dapat ilmu.

"Begitu juga dengan tol. Syarikat membelanjakan berbilion ringgit untuk membina kemudahan (jalan raya) untuk rakyat. Kalau tidak ada tol, kerajaan terpaksa bayar ganti rugi, tak praktikal.

"Berbeza dengan janji Barisan Nasional iaitu BR1M. Kita sudah agih bantuan kepada rakyat," katanya.

Muhyiddin berkata Perdana Menteri turut memperkenalkan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) termasuk dalam soal keselamatan, soal pendidikan, soal membanteras rasuah dan penambah baikan sistem pengangkutan awam di negara ini.

Katanya Malaysia adalah antara negara paling selamat di dunia sejak negara mencapai kemerdekaan lebih 50 tahun lalu, dengan negara sentiasa aman.

"Begitu juga dengan soal membanteras jenayah. NKRA kita telah mencapai sasaran untuk kurangkan kadar jenayah sehingga 26 peratus," katanya.

Muhyiddin berkata kerajaan memberi penekanan soal pendidikan dengan peruntukan yang tertinggi iaitu 26 peratus daripada peruntukan negara dan berbilion ringgit pula dibelanjakan untuk membina kemudahan infrastruktur termasuk di Sabah dan Sarawak bagi memastikan pembangunan luar bandar tercapai demi membela rakyat.

Beliau juga melahirkan keyakinan bahawa Semporna akan terus menjadi kubu kuat BN dan berharap rakyat Sabah keseluruhannya akan terus memberi sokongan kepada BN pada pilihan raya akan datang. ~sinarharian

Tiada ulasan: