Isnin, 23 Januari 2012

shalehudin

shalehudin


Polis tembak lelaki...

Posted: 23 Jan 2012 09:36 AM PST

Polis Tembak Lelaki, Bebas Kanak-kanak Perempuan Jadi Tebusan

KUALA LUMPUR: Polis bertindak melepaskan empat das tembakan ke arah seorang lelaki setelah berunding selama enam jam bagi membebaskan seorang kanak-kanak perempuan berumur 10 tahun yang dijadikan tebusan di sebuah rumah di Jalan Raja Muda Musa, Kampung Baru pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zulkarnain Abdul Rahman berkata langkah itu terpaksa diambil setelah lelaki terbabit, yang berumur 34 tahun, bertindak agresif ketika proses rundingan.

"Tembakan tersebut telah terkena pada rusuk kiri suspek, bagaimanapun, mangsa berjaya diselamatkan dan kedua-dua mereka dibawa ke HKL (Hospital Kuala Lumpur) untuk rawatan lanjut, manakala mangsa dirawat bagi mengenal pasti sama ada berlaku sebarang kecederaan fizikal semasa dikurung," katanya kepada pemberita.

Beliau berkata dalam kejadian 10 pagi itu, polis menjalankan rundingan dengan turut memanggil pakar psikiatri HKL dan seorang rakan suspek untuk memujuk lelaki berkenaan, namun dia bertindak lebih agresif.

"Suspek sebelum itu secara tiba-tiba meluru masuk ke dalam rumah terbabit dan mengambil pisau siang ikan di dapur sebelum menahan mangsa dan mengacukan pisau itu ke leher mangsa yang ketika itu sedang menonton televisyen bersama ibu, adik serta dua lagi sepupunya.

"Suspek kemudian mengugut untuk mencederakan mangsa sekiranya ada yang cuba menghampirinya, sebelum membawa mangsa masuk ke dalam bilik serta mengurungnya dan menutup bilik itu dari dalam," katanya.

Zulkarnain berkata ruang bilik yang agak kecil menyukarkan anggota polis kerana suspek boleh bertindak dengan pantas jika berasa dirinya terancam.

Beliau berkata semasa proses rundingan, suspek tidak menuntut sebarang wang tebusan sebaliknya hanya meminta agar dia tidak diapa-apakan, selain air dan dadah.

"Dia minta air, kita bagi air tapi dia minta dadah memang kita tidak bagi," katanya sambil menambah suspek tidak mempunyai sebarang rekod rawatan psikiatri namun pernah memiliki rekod jenayah lampau membabitkan kes samun.

Beliau berkata polis masih menyiasat motif kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 3 Akta Culik 1961.

Bapa mangsa yang hanya dikenali sebagai Syafrudin, 47, berkata ketika kejadian, dia berada dalam satu daripada dua bilik di rumah itu manakala isteri, anak serta anak saudaranya di ruang tamu menonton televisyen.

"Pintu rumah ketika itu tidak berkunci, lelaki itu kemudian meluru masuk dan terus menangkap anak saya serta mengacukan pisau ke lehernya sambil mengugut sekiranya ada yang menghampiri, dia akan mencederakan anak saya," katanya.

Dalam pada itu, jiran mangsa yang mahu dikenali sebagai Ramli berkata beliau yakin suspek bukan penduduk di kawasan itu (Kampung Baru) kerana kelibat suspek tidak pernah dilihat sebelum ini.

Katanya, suspek mungkin datang dari kawasan lain sebelum masuk ke rumah itu dan menjadikan kanak-kanak perempuan tersebut sebagai tebusan.

Pendapat beliau turut disokong Suhardi Osman, 45, yang memaklumkan sebelum ini, suspek pernah membuat kecoh di sebuah pasar berdekatan.

"Saya dapat tahu suspek terlebih dahulu telah membuat kecoh di pasar pada waktu pagi sebelum dihalau oleh orang ramai, dan ini mungkin punca mengapa beliau menjadikan kanak-kanak tersebut sebagai tebusan," katanya ketika ditemui. BERNAMA

Tengok video ni, teringat Hassan Ali... hihi...

Posted: 23 Jan 2012 09:17 AM PST

Masa terbaik untuk Rosmah buat pilihanraya

Posted: 23 Jan 2012 07:20 AM PST

Kaji Selidik UM: 18% Sahaja Yakin PR Akan Menang

AKHBAR berbahasa cina Sin Chiew Jit Poh di halaman 12 baru-baru ini menyiarkan hasil kajian oleh Pusat Untuk Demokrasi dan Pilihanraya Universiti Malaya yang menunjukkan 18% responden dalam kajian tersebut percaya Pakatan Rakyat akan menang dalam pilihanraya umum akan datang, manakala 43% percaya BN akan menang dan baki 39% lagi tidak pasti pihak mana akan menang.

Ini adalah turutan dari beberapa hasil kaji selidik yang dijalankan sebelum ini (termasuk yang mempunyai kaitan dengan Pakatan Rakyat) yang mana hampir kesemuanya menunjukkan hasil yang sama – BN akan menang dalam pilihanraya akan datang.

Sekali lagi, ini hanya pendapat beberapa responden yang ditemui oleh penyelidik UM, tidak semestinya ia menggambarkan hal yang sebenarnya pun. Kita ada hampir 12 juta pengundi di negara ini dan pastinya sebilangan orang ini tidak mewakili pendapat keseluruhan pengundi.

Tapi untuk menolak begitu sahaja hasil kajian ini, tidak bijak juga. Memang sebilangan orang terlibat dalam kaji selidik tersebut tidak menggambarkan hasrat sebenar 28 juta rakyat Malaysia.

Sama keadaannya juga seperti yang dihujahkan penyokong UMNO bahawa 50 ribu orang (atau apa nombor sekalipun) yang hadir dalam mana-mana demonstrasi dianjurkan Pakatan Rakyat dan sekutunya juga tidak cukup untuk mewakili suara keseluruhan rakyat.

Yang penting sekarang ialah mencari punca disebalik kemerosotan ini dan mencari jalan penyelesaian yang sesuai.

Dari penelitian penulis sendiri, majoriti penyokong Pakatan Rakyat menutup terus pintu kepada media-media pro UMNO dan Barisan Nasional sehinggakan mereka berkumpul di dalam kelompok mereka sahaja. Jadi sudah tentu di dalam kelompok yang sama ini masing-masing tidak bercakap tentang kekalahan tetapi kemenangan Pakatan Rakyat.

Penulis menganjurkan agar penyokong Pakatan Rakyat keluar dari kelompok ini dan berdampingan dengan rakyat kebanyakkan yang lain juga. Dapatkan pandangan dari mereka yang tidak berpihak akan gambaran sebenar kerajaan mana yang bakal memimpin negara ini dalam pilihanraya akan datang.

Penulis cukup bimbang dengan taburan wang (atas nama keprihatinan kepada rakyat) yang sedang giat berlaku sekarang. Bimbang kerana kita tidak mampu menyaingi pemberian itu walaupun dalam bentuk 'bajet bayangan' Pakatan Rakyat yang diumumkan 3 hari sebelum bajet 2012 yang sebenar dibentangkan di Parlimen pada tahun sudah.

Alangkah indahnya kalau kerajaan-kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat dapat menjelmakan satu skim yang hampir serupa tapi lebih lumayan lagi untuk diberikan kepada rakyat dinegeri masing-masing.

Tidaklah Pakatan Rakyat sering ketinggalan dalam hasil kajian seperti ini lagi.- SPR

Mat Sabu masih yang terbaik... kahkahkah...

Posted: 23 Jan 2012 03:00 AM PST

SAMDOL, samseng Kampung Pandan... kahkahkah...

Posted: 23 Jan 2012 02:00 AM PST

Penggambaran Semula Filem Bujang Lapok Di Masjid Kampung Pandan

Oleh Mohd Sayuti Omar

Sebaik sampai dari Senawang, Negeri Sembilan jam 9:30 tadi saya fikir malam ini hendak tidur awal. Selepas menyudahkan sebuah artikel untuk dipostkan esok saya akan terus tidur. Tetapi hajat itu tidak menjadi. Inilah bahana kalau rajin membelek muka buku (Fb). Bila terjumpa sesuatu yang menarik, segala hajat akan terbatal, mata akan terus melekat di skrin laptop ada kalanya sampai jam 4:00 pagi.

Kuasa laman sosial sangat kuat dan ia merubah segala jadual kehidupan sebelum ini. Fenomena ini rasanya bukan saja kepada saya tetapi orang lain juga. Hari ini yang melekat di muka buku bukan lagi kanak-kanak atau remaja tetapi datuk dan nenek juga 'beralik-ralikan' di muka buku.
Apa yang menarik itu? Sebelum ini sudah ada gambar kekal (still foto) yang ditebeng di muka buku mengenai kekecohan yang berlaku di pekarangan masjid di Kampung Pandan. Ada dua tiga keping gambar yang dipaparkan dengan penjelasan menceritakan berlaku kekecohan bila mana tunjuk perasaan (himpunan aman) membantah AUKU oleh satu pihak dan dibantah pula oleh pihak lain.

Melihat kepada mereka yang terlibat baik mengadakan tunjuk perasaan dan membantahnya, semua orang Islam kebanyakan berbangsa Melayu. Dari kekcohan kecil ini yang berpotensi menjadi besar apabila dendam terkesumat menjelaskan bagai mana keadaan orang (Islam) hari ini. Mereka jelas tidak sekata dan senada. Peradaban Melayu sudah rosak.

Gambar yang ditebeng (tag) itu ada menunjukkan seorang lelaki 'bontot' berseluar belang memegang batu jongkong dengan lagak mengacah-acah untuk dibaling ke satu arah penunjuk perasaan. Sementara sekeping gambar lagi seorang lelaki berbaju Melayu sedang membuat isyarat seperti mana MB Pahang Adnan Yaacob lakukan semasa hari penamaan calon pilihan raya kecil Sanggang. Sebelah tangan dikepal dan sebelah lagi menumbuk-numbuk tangan yang dikepal itu. Mungkin aksi itu sebagai isyarat atau signal si pembuat bahawa syahwatnya sedang tegang.

Saya rasa perbuatan ini adalah kegemaran orang yang melakukan begitu dan mereka yang jahil dan kurang tatabudi kerana tempat dia berdiri masih dalam laman rumah Allah. Saya rasa wuduknya pun masih lagi belum tanggal, dan dia boleh terus menunaikan solat sunat sebaik selesai mendirikan solat Jumaat.

Apapun gambar-gambar itu tidak menarik minat saya untuk terus membaca laporan yang disertakan. Saya fikir gambar itu gambar lama yang ditayang semula dengan tujuan tertentu. Al maklumlah di dalam muka buku semua ada termasuk perkara-perkara yang tidak tergamak untuk disaksikan. Jadi saya abaikan begitu saja. Apa lagi ada caption di gambar lain berbunyi, "Umno meroyan". Saya tidak berapa gemar kalau perkataan bombastik digunakan hatta kepada sesiapa juga.

Tetapi tatkala membelek muka buku sekejap tadi ternampak klik video mengenai kekecohan itu. Saya terus menekan punat play dan menyaksikannya. Ternyata klik video itu menceritakan perihal kekecohan yang dimaksudkan itu. Tidak berapa ramai sangat para peserta di campur kedua pihak itu adalah sekitar 120 orang sahaja. Bagaimana pun lagak dan aksinya cukup mengecohkan keadaan dan boleh mencalarkan arang ke bumbung masjid.

Wah bukan main lagi orang Melayu dan jemaah masjid berkenaan. Keadaanya nampak agak tegang dan seperti tidak dapat dikawal. Bunyi riuh randah disulami dengan kata-kata kesat dan maki hamun di antara satu sama lain. Yang kuat memaki hamun ialah pihak yang berada dalam kawasan masjid.

Di tengah-tengah keriuhan itu terdengar suara dari pembesar suara yang melaungkan kata-kata slogan tunjuk perasaan yang kerap digunakan; "Hidup...hidup... hidup rakyat..", "Hapus.. hapus, hapus AUKU." Ini adalah lagu dan irama yang sudah kerap didendangkan.

Apa yang saya nampak dalam klik video itu pihak yang di dalam pagar tidak mahu tunjuk perasaan itu diadakan. Mereka tidak mahu masjid di salah gunakan. Mereka cuba menghalau atau menyuraikan tunjuk perasaan berkenaan. Namun pihak yang mengadakan tunjuk perasaan itu tidak mempedulikannya. Laungan dan takbir terus diperdengarkan. Laungan dan takbir itu benar-benar membakar dan mencabar pihak yang berada dalam pagar.

Pihak di dalam pagar nampaknya lebih emosional. Mereka mula hendak menggunakan kekerasan. Salah seorang yang cuba menyatakan akan tujuan himpunan diadakan, ditolak mukanya oleh pihak yang saya kira menjadi ketua pihak di dalam pagar. Kedudukan atau kekuatan sama rata dan sama hebat. Sama-sama 'henelan'.

Saya tidak merasa apa-apa melihat klik video itu. Tidak marahkan kepada mana-mana pihak. Cuma yang sedikit kesal ialah kenapa kejadian caci mencaci sampai boleh berlaku di kawasan masjid sebaik selesai mendirikan solat Jumaat. Molek kalau Jumaat depan khatib membaca khutbah dan memberi nasihat kepada kedua pihak dan seluruh jemaah supaya senantiasa menjaga kemuliaan dan kesucian masjid. Janganlah sampai isyarat hendak ***** bini pun dilakukan di dalam kawasan masjid.

Kelau hendak dikira pihak yang mengadakan himpunan itu pun salah, kenapa mereka mengambil peluang menyuarakan bantahan mereka di perkarangan masjid. Elok cari tempat lain yang lebih sesuai. Rasanya kalau hendak tunjuk perasaan di perkarangan masjid boleh dilakukan apabila ada isu-isu mengenai agama. Itu lebih sesuai dan afdal.

Isu mengenai AUKU elok diadakan di kampus atau pun di pejabat menteri pelajaran dan lain-lain tempat yang dikira boleh memberi kesan besar. Anak-anak muda di samping bersikap agresif tetapi mereka juga perlu belajar menjaga adat sopan dan tatabudi orang Melayu.

Menyaksikan klik video itu apa yang melucukan dan menyebabkan saya tersenyum sampai saat ini apabila mengenangkan gelagat beberapa gedebe Kampung Dusun yang berada di dalam masjid. Ada sorang dua nampak marah dan berani benar sampai mengambil batu jongkong untuk dibalingkan kepada penunjuk perasaan. Beberapa kali mereka mengacah-acah untuk membaling batu jongkong sambil melaung-laungkan perkataan, pulang... pulang, tetapi sebiji batu pun tidak melayang.

Melihat gaya si gebede ini teringat saya kepada satu babak dalam filem Pendekar Bujang Lapok waktu samseng Ahmad Nisfu menyerang rumah Pendekar Mustar. Wah bukan main lagi si Aziz yang menunjuk gedebenya di hadapan pendekar Mustar untuk berdepan dengan musuh. Di tebing-tebing dada dan ditunjuk-tunjuk urat lengangnya yang kuat. Perbuatannya itu sedikit pun tidak menakut pihak Ahmad Nisfu.

Si pendekar bujang lapok itu hanya mengacah-acah saja untuk membelasah musuh bagi menakutkan tetapi tidak pun berani bertindak. Sebaliknya sewaktu samseng Ahmad Nisfu berpatah balik, bedebuk sebiji batu menimpa kepala Aziz yang menyebabkan timbul dialog, "dia pakai batu, macam mana saya nak elakkkkkk..."

Saya tidak hendak ulas panjang mengenai babak ini penjengok boleh tonton sendiri klik video berkenaan di muka buku. Saya rasa klik video ini adalah terbaik di antara klik video-klik video yang ditebengkan didinding muka buku berkaitan dengan siri-siri tunjuk perasaan.

Saya menyimpulkan apa yang berlaku di masjid Kampung Pandan itu terutamanya di pihak dalam pagar masih lagi belum matang, belum benar-benar berani untuk berlawan sesama sendiri. Lain kali jangan saja acah dan hayun tangan nak lontar batu, elok terus lontarkan sahaja biar pecah kepala. Mungkin darah yang mengalir di laman masjid itu darah syahid, yang kena syahid yang lontar juga mendapat pahala kerana mempertahankan 'agama'. InsyaAllah semuanya nanti akan bertemu kalau tidak di Syurga pasti di Neraka!

http://msomelayu.blogspot.com/

Kesian kat Rosmah... kahkahkah...

Posted: 23 Jan 2012 12:44 AM PST

Rosmah sangkal dakwaan berbelanja mewah....."Saya selalu menjadi mangsa"

Isteri perdana menteri Rosmah Mansor hari ini menyangkal dakwaan bahawa beliau berbelanja mewah dalam percutiannya di Sydney, Australia sebelum ini.

"Semua itu karut, dibesar-besarkan secara liar dan tidak benar," kata Rosmah kepadaMalaysiakini dan The Sun ketika ditemui dalam sambutan Tahun Baru Cina anjuran MCA di Kuala Lumpur.

"Saya selalu menjadi mangsa," katanya ketika ditanya tentang dakwaan yang dibuat dalam harian Australia Sydney Morning Herald.

Ni dia 3 billion mai dari mana...

Posted: 22 Jan 2012 10:00 PM PST

Polis dok buat apa?

Posted: 22 Jan 2012 08:39 PM PST

No plate penyokong Umno yang menyerang ceramah ABU

SUDAH tiga hari sejak berlakunya serangan ke atas ceramah Asal Bukan Umno, ABU di Jalan Kebun apabila sekumpulan penyokong Umno menyerang dan mengganggu ceramah serta mencederakan seorang lelaki berbangsa India.

Difahamkan beberapa buah gerai milik penjaja Melayu turut dirosakkan oleh kumpulan penyokong Umno itu. Apa yang menjadi persoalan, mengapa sehingga kini tiada sebarang tangkapan dibuat meskipun laporan Polis sudah dibuat?

Apa yang susahnya nak tangkap kumpulan penyerang ini? Video saat kejadian sudah tersebar di internet. Wajah penyerang dan juga plate nombor motorsikal yang mereka naikki sudah terpampang.


Dari rakaman video jelas kelihatan nombor plate motorsikal yang mereka tunggangi, antaranya BLK 6537 dan BLH 4761.


Sebuah lagi motorsikal bernombor pendaftaran BLK 6423 boleh dilihat jelas melalui video yang tersebar sejak tiga hari lalu di internet.


Mengikut pengalaman ReJaM© sendiri, dengan sekali "key in" dalam komputer, database pihak Polis boleh mengesan terus nama dan alamat pemilik motorsikal yang didaftarkan semasa pembelian sesebuah kenderaan.

Tapi sampai hari ini masih tiada berita penyerang yang ditahan. Polis buat kerja apa?

ReJaM© "Takkan nak kesan Mat Rempit Umno pun susah sangat bhai?" - Milo Suam

Beruk2 berpesta dalam undang2 rimba...

Posted: 22 Jan 2012 06:51 PM PST

Ceramah Asal Bukan Umno Diserang

SHAH ALAM : Ceramah Asal Bukan Umno anjuran Saya Anak Bangsa Malaysia (SABM) dan Barisan Bertindak Hak-Hak Hindu (Hindraf) terpaksa ditangguhkan selepas majlis tersebut diserang sekumpulan lelaki tidak dikenali di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam di sini, malam tadi.

Kejadian berlaku kira-kira jam 9 malam apabila lebih kurang 20 lelaki yang menunggang motosikal dengan bersenjatakan kayu menyerang orang ramai yang berada di dalam dewan tersebut.

Koordinator Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin yang ada ketika kejadian berkata, lebih kurang 100 orang berada di dalam dewan dan akibat serangan tersebut, beberapa orang mengalami kecederaan.

Menurutnya, sekumpulan lelaki yang menyerang dengan menggunakan kayu dan topi keledar itu menyebabkan seorang lelaki berusia 40-an terpaksa dibawa ke Hospital Sentosa untuk mendapatkan rawatan akibat kecederaan di bahagian kepala.

"Sekumpulan lelaki ini ada memakai baju-T yang memaparkan lambang salah sebuah parti dan mereka bukan sahaja mencederakan orang ramai tetapi merosakkan gerai makanan yang berada di pekarangan dewan.

"Susulan kejadian tersebut, pihak penganjur terpaksa menangguhkan ceramah atas alasan keselamatan orang ramai," katanya.

Menurutnya, setakat tengah malam tadi, beliau dimaklumkan mangsa berada dalam keadaan stabil dan masih di bawah pemantauan doktor.

Badrul berkata, pihak penganjur akan membuat laporan polis pada malam ini untuk tindakan tegas kepada pihak yang menimbulkan kekecohan di ceramah tersebut.

Program Asal Bukan Umno di dewan MBSA adalah yang ketiga dianjurkan selepas di Gombak dan Bayan Baru dan difahamkan juga menerima gangguan yang sama oleh pihak yang berkenaan.

Dalam pada itu, Badrul Hisham yang turut dikenali dengan nama mesra Chegubard berkata, "mereka cuba bakar sentimen kaum, tetapi mereka turut musnahkan gerai-gerai peniaga Melayu yang datang berniaga."

"ABU bukan satu kaum tetapi milik rakyat semua," katanya lagi.- SPR

Tiada ulasan: