Isnin, 23 Januari 2012

Addin

Addin


Panas!! Anwar Bongkar Skandal Bekas Ketua Menteri Sabah

Posted: 23 Jan 2012 03:00 PM PST

Tun Sakaran Dandai
Di saat Perdana Menteri Najib Altantuya terus dengan ucapan klise (kitar semula) semasa menghadiri majlis sambutan Tahun Baru Cina di Kuala Lumpur, musuh politik utama beliau sebaliknya kini berada di Sabah merasmikan sambutan yang sama yang dihadiri lebih 4 ribu hadirin pelbagai kaum yang berpusu-pusu mahu bersalaman dengan Anwar Ibrahim. Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang sudah dua hari berada di pulau Borneo, sebentar tadi mendedahkan bagaimana seorang bekas Ketua Menteri Sabah kelapan pada zaman dia memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri, telah menyatakan hasrat mahu memberikan tanah seluas 50 ribu ekar kepadanya sebagai hadiah atas nama ayahnya, Ibrahim.



Anwar menjelaskan lagi bahawa atas nama siapa sekalipun dia tidak akan mengambil seinci pun tanah rakyat untuk kepentingan peribadi mahupun keluarga kerana sudah dididik dengan ajaran agama dan moral sejak di bangku sekolah lagi.


Tegas Anwar, bekas Ketua Menteri yang dimaksudkan adalah Tun Sakaran bin Dandai yang menjawat jawatan tersebut pada 1994, apabila setahun kemudian dia dilantik menjadi Tuan Yang Terutama (TYT) sehingga digantikan oleh Tun Ahmadshah Abdullah pada 2002.


Tegasnya lagi, jika pemimpin Pakatan Rakyat berangan-angan untuk melakukan perkara sama, dia sendiri yang akan mengusir pemimpin tersebut kerana ia merupakan amanah rakyat yang mahukan pentadbiran cekap, telus dan berintegriti.

Tambah Anwar lagi, Pakatan Rakyat semakin diterima baik di Sabah dan Sarawak, malahan buktinya, sejak semalam, hampir kesemua anggota pasukan keselamatan dari Sibu dan Kanowit di Sarawak lagi beramai-ramai menghulur tangan bersalaman tanda kesyukuran dengan pembebasannya serta bertuah dapat menatap sendiri pemimpin yang bakal menyelamatkan Malaysia dari kehancuran Umno-APCO.


Dalam ucapannya lagi, beliau turut mengucapkan jutaan terima kasih atas doa dan sokongan rakyat Sabah semasa peristiwa pembebasannya dari tuduhan fitnah liwat 9 Januari lalu.

Anwar sekali lagi menjanjikan rakyat Sabah peluang untuk membangunkan negeri dengan penyerahan royalti minyak sekurang-kurangnya 20 peratus dari hasil jualan produk petroleum berbanding hanya lima peratus yang diberikan Umno-APCO dan Barisan Najis selepas Sabah menyertai Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963.

Tegas Anwar, semasa pilihanraya umum ke 12 pada 2008 lalu, orang Sabah serta Sarawak telah sekali lagi memberi peluang kepada Barisan Najis untuk membetulkan kesilapan mereka, akan tetapi malangnya apa yang dihajatkan tidak ditunaikan sebaliknya Sabah terus berada pada kedudukan kedua paling miskin di Malaysia selepas Sarawak, walaupun dilimpahi dengan khazanah hasil bumi yang banyak.

Gelombang perubahan yang dirasai sedang bersemarak di serata Borneo dengan pencapaian lebih baik kini di mana seramai lebih 3 ribu ahli PKR baru berjaya didaftarkan di seluruh negeri itu terutamanya di Tenom, Tuaran dan Kalabakan.


Hadirin yang mendengar ucapannya bersemangat dan teruja setiap kali penegasan Anwar untuk seluruh rakyat Sabah bergema di Dewan Kian Kok, Likas, Kota Kinabalu hingga ke luar dewan yang penuh sesak dengan hadirin dari sekitar bandaraya ini.

Sambutan diserikan lagi dengan tarian singa dan pertunjukkan kebudayaan masyarakat Cina yang mendominasi majlis yang turut dihadiri seluruh pimpinan Pakatan Rakyat pelbagai peringkat.

Penjelasan Anwar membuktikan bahawa tuduhan fitnah liwat terhadapnya hanyalah rekayasa Umno-APCO semata-mata kerana tiada satu pun fail rasuah membabitkan dirinya dibuktikan semasa memegang jawatan dalam kerajaan sehingga dipecat pada 1998. ~jalanpulang


150 Keluar UMNO Sertai PKR Di Sabah

Posted: 23 Jan 2012 08:30 AM PST

Berita terbaru dari negeri di bawah bayu yang semakin hangat dengan kehadiran Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang mengadakan pertemuan dengan pemimpin Pakatan Rakyat diserikan lagi dengan kemasukan lebih 150 orang bekas ahli Umno-APCO di Tuaran, Sabah. Borang kemasukan mereka diterima sendiri oleh Anwar di hadapan ribuan rakyat yang berpusu-pusu untuk mendengar ceramah dan sesi soal jawab di pekan itu yang turut dihadiri bekas calon PKR bagi Parlimen Batu Sapi, Ansari Abdullah.

Terdahulu, Anwar yang juga Ketua Umum PKR menyatakan rasa syukur dan berterima kasih di atas penerimaan dan sambutan hangat yang diberikan masyarakat Sabah sekaligus membuktikan bahawa Umno-APCO kini sudah tidak boleh mengharapkan lagi Sabah menjadi deposit tetap Barisan Najis selain Sarawak.

Ini kerana tegas Anwar ia adalah satu bentuk penghinaan kerana rata-rata rakyat Sabah yang dahagakan pembelaan dan pembangunan semacam dipinggirkan oleh Ketua Menteri Musa Aman dan Najib Altantuya yang menguasai kerajaan persekutuan.

Semenjak Sabah merdeka dan menyertai Malaysia pada 1963, beliau tidak pernah melihat betapa rakyat Sabah semakin lama semakin miskin sedangkan pemimpin negeri sibuk memperkayakan keluarga dan kroni dengan pengurniaan konsesi balak dan rasuah yang semakin tidak terkawal.

Anwar berjanji sekiranya Pakatan Rakyat diberi mandat memerintah Putrajaya, Sabah akan berkongsi nikmat kekayaan yang sepatutnya dimiliki serta tuntutan 20 Perkara yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 akan dilaksanakan, selain berusaha menyelesaikan masalah pendatang asing tanpa izin yang kini mencecah lebih 500 ribu orang.

Turut hadir di majlis penyerahan tersebut, Pengerusi PKR negeri, Ahmad Thamrin Jaini, Christina Liew, pimpinan PKR dan Pakatan Rakyat negeri dan Jeffrey Kitingan selaku presiden STAR yang baru ditubuhkan. ~jalanpulang


Gempar!! Menteri Nih Akui BN Bakal Lingkup PRU 13?

Posted: 23 Jan 2012 05:43 AM PST

Menteri nih sangkal peluang BN 50-50.. tetapi kalau diikutkan statement menteri nih boleh kita andaikan yang mamat nih dalam ketakutan. Menteri nih  berkata tanggapan itu hanya analisis politik yang dibuat secara rambang jer. Itu statement yang menyedapkan hati pak-pak menteri jer.. Berapa kajian analisi dan kajian mengatakan PRU 13 adalah hidup dan mati BN.. Kenapa ler bagi statement yang berconer-coner.. straight to the point je ler. BN bakal kalah pada PRU 13 nanti.. pak menteri-menteri bersedialah untuk di adili oleh mahkamah rakyat. Pak-pak menteri nih bakal di londehkan sepertimana Shahrizat dilondehkan sekarang.. bersedia je ler....


Zahid Sangkal Peluang BN 50 - 50


Naib presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyangkal analisis pengamat politik bahawa BN mempunyai harapan 50-50 untuk menawan kembali negeri yang dikuasai pembangkang.

Beliau berkata tanggapan itu hanya analisis politik yang dibuat secara rambang. "Sama ada BN atau pembangkang semua hendak menang.

Bagi BN, kita harus memperkasakan usaha untuk meraih sokongan rakyat bukan setakat projek fizikal seperti memberi bantuan atau pembangunan yang masih dianggap tidak mencukupi," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada 500 penerima di Bagan Datoh hari ini.

Ahmad Zahid yang juga anggota parlimen Bagan Datoh berkata BN harus mencari pendekatan baru untuk memenangi semula hati rakyat dengan turun padang bagi mengetahui permasalahan rakyat tanpa mengira fahaman politik yang berbeza.

Beliau berkata pemimpin BN perlu mencontohi usaha gigih Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang kerap turun padang untuk menemui rakyat di peringkat akar umbi.

Ahmad Zahid yang juga menteri pertahanan menyeru rakyat agar tidak terpengaruh dengan fitnah pembangkang yang suka mengeksploitasikan isu kerana mereka mempunyai agenda politik tersembunyi. ~bernama





"Ohhh.. Saya Jadi Mangsa Abang Jib.." - Rosmah Mansor

Posted: 23 Jan 2012 12:15 AM PST

Isteri perdana menteri Rosmah Mansor hari ini menyangkal dakwaan bahawa beliau berbelanja mewah dalam percutiannya di Sydney, Australia sebelum ini. "Semua itu karut, dibesar-besarkan secara liar dan tidak benar," katanya kepada Malaysiakini dan The Sun ketika ditemui dalam sambutan Tahun Baru Cina anjuran MCA di Kuala Lumpur. "Saya selalu menjadi mangsa," katanya ketika ditanya tentang dakwaan yang dibuat dalam harian Australia Sydney Morning Herald.

Dalam seksyen 'Private Sydney' akhbar itu, kolumnis Andrew Hornery menggelar Rosmah sebagai "first lady of shopping' (wanita pertama membeli belah), kerana didakwa membelanjakan A$100,000 (RM325,000) di sebuah butik di Sydney.

Rosmah dan suaminya juga didakwa menginap di penthouse bernilai A$20,000 (RM65,100) semalam, meminta "parkir valet untuk limousinnya" dan menerbangkan pereka fesyen negara itu ke Malaysia untuk mengenakan pakaian yang ditempahnya. ~malaysiakini


Panas!! Polis Mabuk Rompak Dan Pukul Mangsa Di Hulu Selangor

Posted: 22 Jan 2012 11:31 PM PST

PETALING JAYA - Seorang lelaki 44 tahun hari ini menceritakan bagaimana dia dipukul dan dirompak oleh seorang polis lelaki malam tadi. Bercakap kepada FMT sejurus selepas sidang akhbar dengan Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng DAP di Rawang, dia menceritakan pengalaman buruknya itu.
 
"Malam tadi, pada pukul 9 malam polis mabuk dengan nama Mansur mula memarahi dan memukul saya," kata Khoo Gin Seong yang berjudi di sebuah restoran di Bukit Sentosa, Hulu Selangor.

Khoo berkata, dia mengecam Mansur sebagai anggota polis yang sering mabuk di restoran itu. Beliau kemudian dibawa ke balai polis Bukit Sentosa. "Mereka mengambil RM1,000 daripada saya dan sekumpulan anggota polis mula memukul saya. Mereka juga mengancam untuk melokapkan saya jika saya tidak memberikan wang saya.

"Selepas itu, saya dipukul sehingga gigi palsu patah dan badan saya dalam kesakitan," kata Khoo. Pada tahap ini, Lim memberitahu FMT bahawa Khoo pulang pada 11 malam dan kemudian membuat laporan pada jam 4.30 pagi di balai polis yang sama. "Kakitangan kaunter depan dalam balai polis pada mulanya enggan menerima laporan itu."

Lim mendakwa pegawai penyiasat kes menggesa Khoo untuk menyelesaikan kes itu pada pukul 9 pagi. "Khoo enggan dan memberitahunya bahawa beliau telah memaklumkan kepada DAP mengenainya," kata Lim.

"Jangan cuba untuk mengenakan orang yang tidak bersalah ini untuk menghalang kerja-kerja polis," katanya kerana pihak polis, menurut beliau, boleh mendakwa orang awam yang cuba menghalang tugas yang dikatakan."

"Jangan bermain helah kerana saya mempunyai saksi-saksi," kata Lim yang mengatakan bahawa beberapa pelanggan di restoran telah menyaksikan insiden keseluruhan. ~freemalaysiatoday


Gempar!! Menteri Nih Akui BN Bakal Lingkup PRU 13

Posted: 22 Jan 2012 09:40 PM PST

Menteri nih sangkal peluang BN 50-50.. tetapi kalau diikutkan statement menteri nih boleh kita andaikan yang mamat nih dalam ketakutan. Menteri nih  berkata tanggapan itu hanya analisis politik yang dibuat secara rambang jer. Itu statement yang menyedapkan hati pak-pak menteri jer.. Berapa kajian analisi dan kajian mengatakan PRU 13 adalah hidup dan mati BN.. Kenapa ler bagi statement yang berconer-coner.. straight to the point je ler. BN bakal kalah pada PRU 13 nanti.. pak menteri-menteri bersedialah untuk di adili oleh mahkamah rakyat. Pak-pak menteri nih bakal di londehkan sepertimana Shahrizat dilondehkan sekarang.. bersedia je ler....


Zahid Sangkal Peluang BN 50 - 50

Naib presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyangkal analisis pengamat politik bahawa BN mempunyai harapan 50-50 untuk menawan kembali negeri yang dikuasai pembangkang.

Beliau berkata tanggapan itu hanya analisis politik yang dibuat secara rambang. "Sama ada BN atau pembangkang semua hendak menang.

Bagi BN, kita harus memperkasakan usaha untuk meraih sokongan rakyat bukan setakat projek fizikal seperti memberi bantuan atau pembangunan yang masih dianggap tidak mencukupi," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada 500 penerima di Bagan Datoh hari ini.

Ahmad Zahid yang juga anggota parlimen Bagan Datoh berkata BN harus mencari pendekatan baru untuk memenangi semula hati rakyat dengan turun padang bagi mengetahui permasalahan rakyat tanpa mengira fahaman politik yang berbeza.

Beliau berkata pemimpin BN perlu mencontohi usaha gigih Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang kerap turun padang untuk menemui rakyat di peringkat akar umbi.

Ahmad Zahid yang juga menteri pertahanan menyeru rakyat agar tidak terpengaruh dengan fitnah pembangkang yang suka mengeksploitasikan isu kerana mereka mempunyai agenda politik tersembunyi. ~bernama

Tiada ulasan: