shalehudin |
- Sejak bila Robert Kouk tak pro UMNO... kahkahkah...
- Bukti Anwar ejen Amerika...
- Mahfuz dah mula buang masa lagi... haha...
- Sedap sungguh dia ni mengata kat Anwar...
- Nazri lari tinggai seluaq la kalau jadi nih...
- Anwar hepi ka di awal tahun naga nih?
- PR atau BN? Haha... best fakta nih... kahkahkah...
- Anwar mesti di DIAM kan tak kira berapa harganya...
- Dahi Najib makin berpeluh... kahkahkah...
- Rosmah difitnah lagi... kahkahkah...
Sejak bila Robert Kouk tak pro UMNO... kahkahkah... Posted: 22 Jan 2012 08:04 AM PST Politik Roti Beberapa hari lepas sempat juga saya membaca, mengenai kisah persaingan di antara roti Gardenia dan Mossimo. Roti pun menjadi bahan politicking di Malaysia ini! Katanya Gardenia adalah pro UMNO dan Mossimo pula 'pro Cina'. Maka pembeli Cina khususnya disaran untuk memulau Gardenia. Tidak saya sangka pula selama ini Raja Gula, Robert Kouk pemilik Roti Mossimo tidak pro-UMNO. Kalau dia tidak pro-UMNO, bagaimana dia dapat monopoli AP gula? Mungkin dia gula-gulakan UMNO sahajakah? Mungkin itulah sebabnya mengapa soal pro-PR tidak ditimbulkan. Kerana Raja gula pun pro UMNO juga. Maka kempennya diubah kepada soal perkauman. "UMNO kata Cina tak penting, mari kita tunjuk kuasa ekonomi Cina dan boycott roti Melayu UMNO iaitu Gardenia. Kita tak pro-PR tapi kita pro-Cina", seolah-olah itulah apa yang dikatakan mereka. Saya secara peribadi tidak boleh terima seruan yang berbau perkauman yang sebegini. Saya harap semua rakyat Malaysia terutamanya kawan kita yang berbangsa Tiong Hua pun menolaknya. Semangat perkauman tiada tempat dalam masyarakat negara ini. Lebih-lebih lagi di kalangan orang Islam kerana Nabi tidak mengaku ummat. Begitu juga harapnya kesedaran yang wujud di kalangan masyarakat bukan Islam. Dalam kita berusaha untuk membina budaya politik baru, kita kena berhati-hati dengan golongan yang menggunakan sentimen yang sebegini. Ianya merosakkan suasan harmonis di kalangan rakyat. Semangat perkauman mampu mengaburkan mata sehingga kebaikan pihak lain langsung tidak kelihatan. Sekiranya roti Mossimo itu sedap, murah dan berkhasiat, saya pasti ianya mampu menembusi pasaran roti Gardenia tanpa bantuan semangat perkauman yang terkutuk ini. Adakah kualitinya begitu buruk sehingga terpaksa menggunakan kaedah perosak yang seperti ini? Saya pasti tidak. Sudah pasti raja gula mampu mengula-gulakan pembeli tanpa menggunakan racun yang pahit seperti ini. WaLlahu 'Alam KHALID SAMAD |
Posted: 22 Jan 2012 05:00 AM PST Perang saudara dalam Umno mungkin melebihi perjuangan untuk M'sia, kata Malott diplomat US Temuramah Bahagian ke-tiga: Perdana Menteri Najib Razak dan rakan beliau mungkin mempertahankan status quo politik di negara tetapi realitinya adalah sangat jelas walaupun untuk penganalisis politik daripada negara lain. Barisan Nasional, gabungan 14 parti yang memerintah sudah tidak relevan lagi kepada rakyat Malaysia biasa yang melihat ia mentadbir sebuah kerajaan yang tidak berkaliber, tidak layak dan tidak jujur. Bagi memburukkan lagi keadaan, perang saudara telah meletus dalam UMNO- parti nasionalis Melayu NAjib yang telah menerajui BN selama 54 tahun. Jelas bahawa BN bukanlah lagi sebuah kuasa politik yang kuat. Ia kini hanya tentang Umno. MCA dan MIC telah diketepikan dan telah hilang kredibiliti di mata komuniti Cina dan India. Fokus sekarang hanya pada Umno," ujar bekas diplomat AS ke Malaysia John Malott kepada Malaysia Chronicle. Seperti Malott yang sekarang di Washington, penganalisis dan pemikir lain juga melihat beakhirnya era "kerajaan tahu yang terbaik" di rantau Asia Tenggara . Kebencian terbuka BN yang dulu pernah dianggap sangat kukuh sekarang sudah kian rapuh. Pemimpin Umno tidak langsung berselindung menunjukkan kekecewaan mereka terhadap rakan-rakan mereka dalam MCA, Gerakan dan MIC yang mereka persalahkan apabila kehilangan 5 negeri daripada 13 kepada Pakatan Rakyat yang diterajui Anwar Ibrahim pada pilihanraya 2008. Tetapi ia mungkin juga disebabkan keangkuhan Umno sendiri yang menyebabkan kejatuhan BN. Secara senyap, akan kongi dalam BN ini menyalahkan Umno kerana berdegil dengan beranggapan bahawa mereka berkuasa dalam perikatan itu. Selama berdekad Umno telah berkeras bahawa hanya orang melayu yang berupa 50% daripada 28 juta populasi negara yang harus diberi keutamaan. Pemimpin dari MCA, Gerakan dan MIC telah beberapa kali menyalahkan Umno kerana bergantung kepada politik perkauman dan ini menjadi penghalang kepada BN berpegang kepada kepelbagaian kaum. Minda tertutup dan sikap melampau memperjuangkan hak Melayu kepada kumpulan minoriti adalah antara penyebab orang bukan Melayu telah beralih sokongan kepada pembangkang- meninggalkan MCA, Gerakan dan MIC dibenci oleh komuniti mereka sendiri. Kini giliran Melayu meninggalkan BN Sekarang, pada pusingan terakhir sebelum PRU 13, yang mesti diadakan sebelum April 2013, apa yang jelas adalah kehilangan sokongan Melayu terhadap Umno. Ini digambarkan dengan jelas oleh momentum seleurh negara dengan penubuhan ABU (Anything but Umno), sebuah gerakan yang diterajui oleh aktivis hak asasi dan disasarkan kepada rakyat biasa. Sememangnya berita buruk untuk Najib kerana beliau tidak lagi dapat bergantung kepada undi Melayu. Ia juga menunjukkan bahawa strategi beliau untuk mengekalkan Melayu kepada Umno melalui pelbagai cara sayap kanan dan taktik menakut-nakutkan telah gagal. Umno secara amnya menikmati 55% daripada sokongn Melayu dengan 45% sokonga kepada PAS dan PKR. Tetapi Umno kini terjerat, Mereka sedar keruncingan masalah ini bahawa sokongan Melayu terhadap mereka semakin berkurang dan tiada langsung sokongan orang bukan Melayu. Dalam kepanikan Umno untuk mengekalkan kuasa, pertelingkahan dalam pula telah berlaku dan ini telah membuatkan ahlinya berhijrah kepada pembangkang.Pengambil kesempatan yang melihat peluang mereka untuk memecah monopoli orang lama dalam Umno juga sedang membida kuasa dan mencabar status quo dalam parti itu. Kumpulan utama sekarang adalah yang dipimpin oleh bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad dan Abdullah Badawi. Yang menunggu giliran adalah kumpulan yang lebih kecil seperti yang dipimpin TPM Muhyiddin Yassin dan sepupu Najib, Hishamuddin Hussein. Nampaknya perjuangan dalam Umno adalah lebih penting daripada perjuangan menentang Pakatan Rakyat. Sayap kanan Umno akan menjadi lebih vokal dan anti- Najib, Mahathir, Muhyiddin, Hisham dan Ibrahim Ali akan menyebabkan Najib menghadapi lebih banyak kepayahan," ujar Malott lagi. "Bergantung kepada ke arah mana tiupan angin politik, mereka yang berpendirian sederhana dalam Umno mungkin akan melompat parti atau memberikan sokongan suam-suam kuku kepada Umno dan sekadar melihat keputusan pilihanraya." Pilihanraya yang dicemari adalah satu-satunya harapan BN Sememangnya Umno sudah pasti tenggelam dan apa yang Pakatan harus buat adalah fokus. PRU 13 adalah untuk kekalahan Pakatan dan sejumlah kecil rakyat yang berpendapat Najib dan Umno terutamanya Mahathir Mohamad akan melihat sahaja keputusan yan dibuat pengundi. Kemungkinan besar Najib akan membenarkan Peguam Negara untuk merayu pembebasan Anwar terhadap tuduhan fitnah liwat. Mahathir sudah memberi petunjuk bahawa beliau menyokong rayuan dan perkara itu boleh merosakkan kredibiliti dan niat baik yang dilihat rakyat terhadap negara dan pentadbiran Najib apabila Anwar didapati tidak bersalah. Malott menegaskan bahawa lebih daripada yang lain, rakyat harus memastikan Bn menjalankan reformasi piliharaya sebelum PRU 13 atau akan berhadapan dengan keadaan paling buruk demokrasi. Sekiranya kerajaan meneruskan rayuan terhadap kes Anwar, ia akan mengukuhkan lagi pembangkang di mata rakyat. Ia akan membuang masa Anwar kerana beliau tidak dapat menangani isu dalam parti dan kempen hanya kerana harus berhadapan dengan isu perundangan dan duduk di mahkamah sepanjang hari," beritahu Malott. Saya sudah kata bahawa saya tidak suka buat ramalan tetapi saya percaya sekiranya reformasi pilihanraya ini dijalankan dan pilihanraya menjadi adil, berkemungkinan pembangkang akan mendapat mandate rakyat. Mereka hampir melakukannya pada 2008 dan dengan sebelah tangan terikat. Saya menyuarakan ini bukan kerana perasaan saya tetapi adalah sebagai penganalisis politik. Malaysia Chronicle |
Mahfuz dah mula buang masa lagi... haha... Posted: 22 Jan 2012 03:30 AM PST Rosmah, Najib dicabar saman akhbar Australia Abdul Aziz Mustafa KUALA LUMPUR, 22 Jan: Rakyat sedang menunggu apakah penjelasan Datin Seri Rosmah Mansor dan juga suaminya Datuk Seri Najib Razak terhadap laporan akhbar Australia semalam. Semalam, akhbar Sydney Morning Herald (SMH) melaporkan isteri Perdana Menteri itu berbelanja sehingga A$100,000 (RM325,000) di sebuah butik di Sydney dua minggu lalu. Menurut Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar, jika sekali lagi akhbar Australia membuat laporan tidak benar mengenai tabiat berbelanja mewah Datin Seri Rosmah Mansor, maka satu tindakan undang-undang perlu diambil terhadap akhbar dan sumber berita akhbar tersebut. "Jika Rosmah dan Najib enggan berbuat demikian, ia memberikan gambaran kepada rakyat bahawa apa yang dilaporkan itu betul seperti yang berlaku apabila Najib enggan mengambil tindakan undang-undang terhadap begitu banyak akhbar di serata dunia yang pernah mendakwa tentang kaitan beliau dengan kes Altantuya Shaariibuu. "Kalau banyak kali sangat dilihat takut mengambil apa-apa tindakan undang-undang, rakyat akan percaya apa yang dilaporkan mengenai Najib dan keluarganya itu benar," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu. Sebelum ini, akhbar Australia yang lain membuat laporan yang didakwa tidak benar mengenai tabiat berbelanja Rosmah tetapi Najib dan keluarganya tidak pula mengambil sebarang tindakan undang-undang terhadap akhbar itu. "Rakyat yang berfikiran waras sudah tidak tahan lagi melihat wujudnya watak seperti itu di negara ini yang mengingatkan mereka kepada Laila Trabelsi, wanita yang mengambil kesempatan atas kedudukannya sebagai isteri Presiden Tunisia," kata Mahfuz lagi merujuk kepada isteri Zine El Abidine Ben Ali yang dihambat dari kekuasaannya oleh kebangkitan rakyat tahun lalu. Perlu disiasat Bagaimanapun, kata Mahfuz, jika laporan akhbar Australia itu memang benar berlaku dan bukan rekaan semata-mata, satu siasatan terperinci tentang kehidupan mewah isteri Perdana Menteri itu mesti dijalankan segera. "Mesti disiasat dari mana sumber kewangannya sehingga Rosmah dilaporkan begitu bermewah-mewah dalam kehidupannya sehingga dilihat melebihi dari kemampuan isteri seorang Perdana Menteri," kata beliau sambil membangkitkan Bernama sebelum ini pernah melaporkan Rosmah menderma RM1.5 juta kepada Tabung Gaza. Apa yang berlaku itu, kata Mahfuz, memperlihatkan Rosmah mempunyai kekayaan yang sangat luar biasa yang menimbulkan pelbagai tanda tanya. Beliau juga menggesa supaya Najib dan Rosmah serta anggota kerajaan dan keluarga masing-masing segera mengisytiharkan harta mereka. "Jangan lagi membuat pelbagai alasan yang menipu rakyat untuk mengelakkan harta mereka diisytiharkan," katanya. |
Sedap sungguh dia ni mengata kat Anwar... Posted: 22 Jan 2012 01:30 AM PST 'Video itu dorong saya tinggalkan PKR' Mukadimah SEJAK beberapa tahun lalu, ramai orang kuat di sekeliling Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim meninggalkannya seorang demi seorang. Trend itu juga nampaknya bukan terhad di kalangan kumpulan pelopor dan pangkat tertinggi parti, malahan semakin merebak ke semua peringkat termasuklah mereka yang dahulunya penyokong tegar dan taksub dengan perjuangan Ketua Pembangkang itu. Menjadi penyokong tegar dari bangku sekolah lagi, seorang pengikut yang sebelum ini juga taksub, dahulunya sering membawa bersama anaknya dalam semua pergerakan reformasi sehinggakan anaknya itu menjadi salah seorang setiausaha sulit Anwar. Apabila anaknya itu beralih arah meninggalkan idolanya itu, hubungan bapa dan anak menjadi renggang akibat perbezaan fahaman politik. Namun, apabila pendedahan demi pendedahan dibuat, akhirnya pengikut tegar itu luntur keyakinannya terhadap idola yang dipandang tinggi sejak kecil. Dia memilih mengikut jejak anaknya meninggalkan perjuangan parti itu. Ikuti luahan dan pengalaman OSMAN ISHAK, bapa kepada bekas Setiausaha Sulit Anwar, Rahimi Osman dalam wawancara dengan wartawan Mingguan Malaysia LUKMAN ISMAIL. MINGGUAN: Sejak bila anda meletakkan kepercayaan kepada karisma Datuk Seri Anwar Ibrahim dan apa yang mendorong penglibatan dalam PKR sebagai Ketua Cabang? OSMAN: Saya menaruh kepercayaan dan meminati karisma Anwar sejak di bangku sekolah lagi kerana saya orang kampung dan suka tengok orang memperjuangkan orang kampung. Ketika saya memasuki Universiti Malaya pada 1974, Anwar berada di dalam tahanan ISA. Bila beliau dibebaskan, saya sering mengikuti ceramah dan forum beliau di mana-mana sahaja sekitar Kuala Lumpur dan Petaling Jaya. Apabila beliau memasuki UMNO, kekaguman saya terhadapnya agak menurun, sehinggalah beliau dipecat dari UMNO dan gerakan reformasi tercetus. Saya sentiasa bawa bersama anak saya, Rahimi, melatihnya berjuang bersama di Masjid Negara, Jalan Tunku Abdul Rahman, di hadapan Sogo, Sungai Buloh, hinggalah di Kemunting. Kemudian, apabila Parti Keadilan Nasional (ADIL) ditubuhkan, saya menjadi antara yang pertama menganggotainya dari hari pertama ia dilancarkan di sebuah hotel di Kuala Lumpur. Kira-kira setahun sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) 2008, Anwar sudahpun dibebaskan dan saya diminta oleh seorang sahabat yang menjadi Ketua Perhubungan Negeri untuk bersamanya dalam AJK PKR Negeri Pahang bagi memantapkan parti. Saya sebenarnya bukan orang politik, tapi atas permintaan sahabat, saya menyertainya juga. Begitu jugalah menjadi Ketua Cabang Bentong, bukanlah kehendak hati saya tapi lebih kerana permintaan pihak lain. Tapi saya tetap bersama dengan gerakan reformasi dan parti, hanya kerana kononnya mahu menegakkan keadilan. Anda ialah ayah kepada Rahimi yang pernah bekerja dengan Anwar. Apa perasaan anda apabila Rahimi meninggalkan Anwar atas sesuatu sebab? OSMAN: Tentu sekali sangat terkejut dan cukup menyentap hati, apatah lagi alasannya adalah sama seperti apa yang berlaku kira-kira 10 tahun lalu yang saya anggap konspirasi dan perbuatan zalim, kini kena pula kepada kawan Rahimi. Perasaan terkejut, marah, kecewa, tidak percaya dan malu bercampur baur di dalam diri saya bila Rahimi menceritakan sebab tersebut kepada saya. Walaupun tidak percaya 100 peratus ketika itu, hati kecil saya sudah mula terdetik. Bagaimanapun, pada peringkat awal, saya masih berjaya mempengaruhi Rahimi untuk kembali bersama Anwar. Itulah sebabnya Rahimi pergi juga menemui kumpulan peguam Anwar di sebuah hotel di Shah Alam, pada malam hari yang sama Mohd. Saiful Bukhari Azlan membuat laporan polis. Malahan, dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh, Rahimi masih membantu Anwar. Tapi itu tidak lama kerana sikap negatifnya terhadap Anwar tetap ada dan saya tidak dapat lagi mempengaruhinya. Apa yang menyebabkan anda yakin terhadap pendirian Rahimi sehingga membawa kepada keputusan mengikutinya meninggalkan PKR? OSMAN: Sebenarnya agak sukar dan mengambil masa panjang untuk saya menerima hakikat dan mengakui pendirian anak saya lebih benar daripada saya sendiri dalam soal ini. Walaupun cerita yang disampaikan oleh anak saya nampak 'benar', namun saya sukar menerimanya dan terus berselindung di sebalik alasan 'perlunya empat saksi' dan teori konspirasi. Hubungan saya dengan Rahimi menjadi tegang dan satu ketika saya seolah-olah menghalaunya dari rumah. Saya juga tidak lagi ambil peduli mengenai anak saya itu. Tapi semuanya berubah apabila timbulnya satu isu baru melibatkan orang yang sama. Video seks yang didedahkan oleh 'Datuk T' dan kemudiannya ditayangkan oleh sebuah blog. Tanpa segan silu saya meneliti secara serius apa yang ditayangkan itu dan saya mendapati, akal saya tidak dapat mencari satu ciri pun si pelaku itu bukan orang yang dikatakan. Semua yang saya saksikan, dari segi fizikal dan gerak gerinya semua sangat menyamai seorang individu, itulah kesimpulan saya. Jadi, saya berfikir memang ada kemungkinan individu tersebut boleh melakukan perkara lain yang lebih menjijikkan. Tambahan pula, bila melihat dolak dalih mereka sekeluarga dalam isu jam tangan yang tidak meyakinkan, kelihatan mereka sangat gelabah. Rasa kemungkinan besar betul, dan kalau betul, mungkin ada merit untuk kes-kes terdahulu. Sejak dari itu, saya mula mundur dan mengakui nampaknya pendirian anak saya adalah betul. Lalu terus menjauhi PKR kerana saya tersalah langkah selama ini. Mujur juga saya tidak lagi menjadi Ketua Cabang ketika itu, kalau tidak alangkah rasa serba salahnya saya. Video itu mendorong saya tinggalkan PKR dan hilang kepercayaan terhadap ketuanya. Ini video, yang saya boleh tengok sendiri berbanding sebelum ini hanya dengar cerita orang sahaja. Kebetulan Rahimi kemudian membawa saya mengikuti satu perjumpaan yang mendedahkan banyak cerita tentang individu sama. Orang yang bercerita di situ pula tidak nampak seperti orang berbohong. Dari detik itu, hati saya berubah 99 peratus meninggalkan PKR dan pembangkang dan tidak lagi menghubungi rakan-rakan dalam pembangkang. Keputusan mahkamah baru-baru ini pula semakin melegakan saya kerana kini lebih pasti kesimpulan yang saya buat adalah betul. Jika kita lihat, sejak dari hari pertama sehingga penghujung kes itu teori konspirasi yang dicanangkan bagi mengaburi mata rakyat, tetapi keputusan mahkamah menampakkan sebaliknya. Bagi orang yang berfikir, sudah tentu mereka memahami apa yang sebenarnya berlaku dan siapa yang sebenarnya berkonspirasi. Ini persepsi saya, tapi selepas keputusan mahkamah itu, saya menolak 100 peratus PKR dan pembangkang. Benarkah sebelum ini anda menolak sepenuhnya media perdana terutamanya Utusan Malaysia sepanjang berjuang bersama Anwar? OSMAN: Sebenarnya, Utusan Malaysia teman saya sepanjang bersekolah dan belajar dahulu. Namun, selepas kes liwat 1998, saya menolak Utusan Malaysia (kerana terpengaruh sentimen Anwar) selama hampir 12 tahun. Saya tidak membeli mahupun membaca Utusan Malaysia dan media perdana lain kerana semuanya digelar media fitnah. Selepas saya mengubah fikiran (perjuangan politik), saya kembali kepada Utusan Malaysia malahan menunjukkan dengan bangga saya membeli akhbar Utusan Malaysia. Tanpa perjuangan Utusan Malaysia, kita tentu sudah sesat kerana tiada yang memperjuangkan hak kita macam Utusan. Dulu saya taksub, anggap semuanya fitnah semata-mata. Ini pengajaran istimewa dan bermanfaat terutamanya melalui wawancara bersama Ismail Mina Ahmad bagi menjelaskan isu pluralisme dan bagaimana akidah boleh terpesong kerananya. Saya simpulkan apabila pluralisme dikaitkan dengan seseorang itu, perlu jauhkan diri saya daripada individu tersebut. Apa pandangan anda terhadap masa depan PKR dan Anwar sendiri? OSMAN: Saya melihat PKR hanyalah bayangan Anwar, dan Anwar itu adalah Anwar. Jadi, bagi saya, tidak perlu memikirkan sangat mengenai masa depan PKR kerana secara automatiknya PKR itu akan lenyap dengan ketiadaan Anwar. Yang perlu kita lihat ialah masa depan Anwar itu bagaimana. Masa depan Anwar bukan sahaja penting kepada dirinya dan PKR, malahan kepada Pas dan DAP . Bagi saya, Anwar adalah seorang yang cukup pandai tetapi satu sahaja kemahirannya, memainkan sentimen rakyat. Kesinambungan hayat politik Anwar sangat bergantung kepada kepakaran beliau dalam memainkan sesuatu isu. Itulah sebabnya beliau suka mencipta isu! Tanpa isu, manipulasi sentimen tidak boleh berlaku dan rakyat tidak akan tertarik untuk menyokongnya. Tengok sahaja bagaimana beliau boleh bertahan sejak tahun 1998 sehingga hari ini, malah hampir saja berjaya menakluki Putrajaya, semuanya dengan memanipulasikan isu. Tapi, bak kata pepatah, sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga. Itulah yang terjadi kepada Anwar kali ini. Beliau cuba memainkan isu konspirasi politik sekali lagi untuk menyelamatkan moralnya dalam kes liwat kedua ini tapi keputusan mahkamah baru-baru ini sangat menyimpang dari apa yang beliau canangkan. Ertinya, ada unsur pembohongan di sini. Persepsi saya cukup negatif, persepsi orang lain saya tidak tahu. Kalau di negara maju, saya rasa peluang Anwar untuk menjadi Perdana Menteri sudah ranap. Tambahan pula sekarang, bila persoalan akidah berkaitan dengan sikapnya mengenai pluralisme agama dibangkitkan, mana mungkin ia dapat diterima oleh mereka yang benar-benar memahami Islam, tentu takkan dekat lagi dengan pemimpin begini. -Utusan |
Nazri lari tinggai seluaq la kalau jadi nih... Posted: 22 Jan 2012 12:00 AM PST Ambiga Patut Sahut Cabaran Nazri KEANGKUHAN Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz amat menjengkelkan kita semua apabila mencabar Datuk Ambiga Sreevanesan untuk bertanding pilihanraya di kawasannya iaitu Padang Rengas. Beliau juga kemudiannya dengan bongkak menyoal 'Siapakah Ambiga?' Cabaran ini dibuat kerana kerajaan sebenarnya takut menghadapi gelombang kebangkitan rakyat dalam Bersih 3.0 yang dirancang oleh Datuk Ambiga. Dalam cabaran itu, Nazri juga telah memperkecilkan angka 30,000 iaitu jumlah peserta demonstrasi dalam Bersih 2.0 sekali gus dijadikan sandaran mempersoalkan sokongan rakyat terhadap Bersih 3.0. Kita merasakan yang Datuk Ambiga tidak perlu bertarung silambam atau berpencak silat air liur dengan Nazri, sebaliknya menyambut cabaran tersebut dengan senang hati. Ini kerana kita percaya, Datuk Ambiga sebagai seorang tokoh demokrasi dan hak asasi manusia yang diiktiraf dunia, akan menang mudah di mana saja beliau bertanding. Angka 30,000 dalam Bersih 2.0 hanyalah angka tersurat. Angka tersirat jumlah penyokong Bersih menurut kajiselidik rambang, mencapai satu juta orang. Manakala penyokong senyap dan atas pagar yang semakin percaya kepada perjuangan Bersih pula semakin hari semakin meningkat. Oleh itu, kita tidak ragu-ragu yang Datuk Ambiga bila-bila masa sahaja mampu memenangi pilihanraya. Kemenangan Datuk Ambiga di dalam pilihanraya pastinya memberi impak kepada kerajaan serta menjadi titik perubahan besar kepada Malaysia. Selain itu, dengan melibatkan diri dalam proses pertandingan secara langsung, Datuk Ambiga akan dapat meneliti dengan lebih terperinci perjalanan pilihanraya serta menangani setiap masalah dan kelemahannya dengan lebih baik. Jika selama ini kerajaan dan SPR memberi berbagai-bagai alasan untuk menidakkan cadangan Bersih, maka dengan penglibatan Datuk Ambiga dalam pilihanraya sebagai calon bertanding, akan menyebabkan kerajaan dan SPR kematian hujah. Melalui cara ini juga, mereka yang selama ini mencemuh Datuk Ambiga akan membuka mata dan memberi penghormatan kerana jarang-jarang sekali seorang biasa menyahut cabaran ahli politik. Justeru, kita dengan ini menyokong penuh Datuk Ambiga, seorang wanita besi, untuk berhadapan dengan Nazri atau sesiapa saja di dalam pilihanraya. Buktikan kepada kerajaan yang rakyat sentiasa berada di belakang anda sama ada di jalanraya ataupun dalam pilihanraya. Buktikan yang jumlah 30,000 yang turun berdemo dalam Bersih 2.0 hanyalah sebuah 'pra-kata', sedangkan isinya adalah berjuta-juta…- SPR |
Anwar hepi ka di awal tahun naga nih? Posted: 21 Jan 2012 11:53 PM PST |
PR atau BN? Haha... best fakta nih... kahkahkah... Posted: 21 Jan 2012 08:30 PM PST Siapa Yang Boleh Diharap Jaga Islam PR Atau BN? Cuba Tuan-Puan renungkan fakta ini. PR dianggotai oleh PAS, DAP dan PKR Siapa pemimpin PKR - Datuk Seri Anwar Ibrahim - Islam/Melayu Siapa pemimpin PAS - Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang - Islam/Melayu Siapa pemimpin DAP - Karpal Singh (Pengerusi DAP) - Bukan Islam/Sikh BN dianggotai oleh 14 parti Siapa pemimpin Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (Pekember) - Datuk Seri Najib - Islam/Melayu Persatuan Cina Malaysia (MCA) - Chua Soi Lek - Bukan Islam/Cina Kongres India Malaysia (MIC) - G Palanivel - Hindu/India Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) - Koh Tsu Kon - Bukan Islam/Cina Parti Progresif Penduduk (PPP) - M Kayveas - Bukan Islam/India Parti Pesaka Bumiputera Bersatu - (PBB) - Taib Mahmud - Islam/Melayu Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) - Bukan Islam/Cina Parti Bersatu Sabah (PBS) - Pairin Kitingan - Kadazan/Kristian Parti Liberal Demokratik (LDP) - Liew Vui Keong - Bukan Islam/Cina Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) - Joseph Kurup - Kristian/Kadazan Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu - Bernard Dompok - Kristian/Kadazan Parti Demokratik Progresif Sarawak - William Mawan Ikon - Kristian/Bumiputera Sarawak Parti Rakyat Sarawak (PRS) - James Masing - Kristian/Bumiputera Sarawak. Pakatan Rakyat dipimpin 2 orang Melayu Islam hanya 1 orang bukan Islam/Cina - 2:1 Barisan Nasional dipimpin 2 orang Melayu Islam dan 11 orang bukan Islam/Pelbagai bangsa. 2:11 Pada pandangan Tuan-Puan PR atau BN yang boleh menjaga Islam dan Melayu. |
Anwar mesti di DIAM kan tak kira berapa harganya... Posted: 21 Jan 2012 06:30 PM PST Rayuan memarakkan idea BN ingin hapuskan Anwar, kata penganalisis Anwar tetap berpegang kepada pendirian bahawa perbicaraan kes liwat beliau merupakan konspirasi politik. — Gambar fail KUALA LUMPUR, 21 Jan — Keputusan untuk merayu pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes liwat beliau telah menyemarakkan kepercayaan bahawa Barisan Nasional (BN) tidak akan berputus asa dalam usaha menamatkan cita-cita politik Ketua Pembangkang berkenaan, demikian menurut penganalisis politik tanah air. Pendakwa raya telah memfailkan rayuan semalam walaupun hakim perbicaraan, Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah menegaskan bahawa bukti DNA dalam kes tersebut mungkin telah dikompromi apabila disabitkan tidak bersalah meliwat pembantunya, Mohd Saiful Azlan Bukhari. "Majoriti rakyat Malaysia berasa sinikal terhadap siri kezaliman di atas siri pertuduhan jenayah yang dikenakan terhadap Anwar, bahawa (BN mahu menjatuhkan Anwar) merupakan kesimpulan yang paling mungkin dicapai," menurut Presiden Bar Council Lim Chee Wee kepada The Malaysian Insider. Beliau turut mempersoalkan mengapa Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden," orang ketiga terpenting Ketua Hakim Negara", harusnya meluangkan masa "mendakwa jenayah yang tidak mempunyai mangsa dan berasaskan moral" daripada tuduhan yang lebih serius seperti rasuah dan kes bunuh. James Chin, pensyarah Sains Politik di Monash Universiti menjelaskan kepada AP bahawa pergerakan itu melibatkan kesan negatif terhadap Datuk Seri Najib Razak yang mendakwa beliau tidak terlibat dan tidak masuk campur terhadap pertuduhan tersebut dan serius untuk memastikan keadilan sivil. "Ia merupakan halangan untuk Anwar kerana beliau akan menghabiskan masa terhadap proses rayuan dan tidak bersedia untuk pilihan raya," tambahnya. Ibrahim Suffian, penyelidik bebas di Merdeka Center berkata kepada Reuters "rayuan terhadap pertuduhan itu bermain di sekitar cerita pembangkang bahawa kerajaan tidak akan berhenti daripada menghapuskan perjuangan politik Anwar." "Perkara itu turut menyelubungi reformasi Perdana Menteri pada masa terdesak untuk pilihan raya dalam masa terdekat. Suka atau tidak, rakyat Malaysia akan mengaitkan kerajaan dengan perkara ini," tambahnya. Pakatan Rakyat (PR) dan Anwar telah berkempen ke serata negara sejak Saiful membuat pertuduhan kali pertama pada Jun 2008, dan mendakwa tuduhan tersebut merupakan permainan politik untuk menamatkan harapan pakatan pembangkang tersebut untuk menguasai negara. Menurut pemerhati Kebebasan Hak Asasi Manusia, kerajaan BN telah gagal mengambil peluang yang dihulurkan oleh Mahkamah Tinggi dengan "merayu bagi pertuduhan yang memotivasikan politik Anwar." "Keputusan ini bermakna rakyat Malaysia akan terus dihadapkan dengan komplot politik di mahkamah, memandangna kerajaan menjadikan perbicaraan terhadap sebuah kes yang sepatutnya bukan kes jenayah," kata Timbalan pemerhati kebebasan manusia Asia, Phil Robertson. Anwar, 64, pertama kali dikenakan tuduhan sama pada 1998, sebelum dibebaskan enam tahun kemudian. Ketua umum PKR itu kemudian mengemudikan pakatan pembangkang sampai menghalang BN daripada menguasi majoriti dua per tiga Parlimen serta merampas lima kerajaan negeri dari bawah BN. Sementara itu, Datuk Ambiga Sreenevasan, pengerusi pergerakan Bersih 2.0, percaya pentadbiran Najib akan mengalami kes senjata makan tuan. "Nama baik mereka mungkin telah diperoleh sebelum ini daripada pembebasan sebelum ini akan jatuh dengan rayuan ini, menyedihkan!" katanya melalu Twitter semalam.- TMI |
Dahi Najib makin berpeluh... kahkahkah... Posted: 21 Jan 2012 05:42 PM PST 'Ah Wah Gor' atasi 'Ah Jib Gor' Hanya seminggu selepas aman Facebook Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Mandarin 'Ah Jib Gor' dilancarkan, penyokong lawan politiknya, Datuk Seri Anwar Ibrahim pula mewujudkan laman Facebook dengan nama 'Ah Wah Gor'. Dan dalam masa 24 jam, 'Ah Wah Gor', yang bermaksud 'Abang Anwar 'dalam bahasa Cina, telah menarik lebih daripada 15,000 pengikut, sekaligus mengatasi 'Ah Jib Gor' yang menarik 14,400 dalam masa seminggu. Pengikut 'Ah Wah Gor' telah meraikan sambutan besar itu selepas angkanya berjaya mengatasi lawannya petang ini. Pentadbir laman tersebut mengucapkan terima kasih kepada mereka yang memberi sokongan padu dan mengambil kesempatan itu untuk menyeru mereka membantu mengubah rejim dalam pilihan raya umum yang akan datang. "Ah Jib Gor" yang bermaksud "Abang Najib" dalam bahasa Cina, diwujudkan untuk memberikan satu lagi forum kepada pengguna media sosial untuk mengenali perdana menteri sebagai insan biasa dan bukannya sebagai perdana menteri semata-mata. |
Rosmah difitnah lagi... kahkahkah... Posted: 21 Jan 2012 02:30 PM PST Akhbar Australia lapor Rosmah 'berbelanja besar' Tabiat berbelanja besar seorang lagi anggota keluarga Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sekali lagi menarik perhatian media Australia hari ini - kali ini di Sydney. Dalam seksyen 'Private Sydney' akhbar Australia Sydney Morning Herald, kolumnis Andrew Horney memanggil Rosmah sebagai "first lady of shopping', kerana dikatakan telah membelanjakan A$100,000 (RM325,000) di sebuah butik di Sydney. Memetik pereka fesyen Sydney Carl Kapp, kolumnis itu melaporkan bahawa "pelanggan terbesar" Kapp telah membelanjakan jumlah yang mengejutkan sewaktu "percutian peribadi" di sana "sekitar dua minggu lalu". Menurut kolum tersebut, Rosmah dan Najib, semasa cuti tersebut, menginap di penthouse A$20,000 (RM65,100) semalam (kanan) di Hotel Darling. Dengan tajuk 'Super Kerr Now a Model Citizen', kolum itu turut melaporkan bahawa Rosmah telah meminta "parkir valet untuk limousinnya" dan menerbangkan Kapp ke Malaysia untuk mengenakan pakaian yang ditempahnya. Oktober lalu, anak perempuan Najib, yang tidak dinamakan, telah dilaporkan oleh akhbar Western Australian telah berbelanja mewah di David Jones di Perth semasa Mesyuarat Ketua-ketua Negara Komanwel (CHOGM). Akhbar itu kemudiannya membuat pembetulan kepada laporan tersebut, dengan memetik sumber tanpa nama, selepas Najib berkata anak perempuannya tidak berada di Perth pada masa itu. |
You are subscribed to email updates from shalehudin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan