Ahad, 22 Januari 2012

Addin

Addin


Gempar!! UMNO Roboh Surau Lagi?

Posted: 22 Jan 2012 03:00 PM PST

Ini Buktinya.. Baju Rosmah RM325,000, Penthouse RM 65,100 Semalam

Posted: 22 Jan 2012 08:50 AM PST

rosmah mansor1 Baju Rosmah Mansor RM325,000 & Menginap Penthouse A$20,000 (RM65,100) Semalam?
Kalau pada 2 bulan lepas, akhbar Western Australia mendedahkan "kegiatan berbelanja mewah" seseorang yang dikenali dengan  gelaran "wanita pertama" berbelanja mewah barangan mutiara sehingga harganya mencecah RM487,687 manakala seorang anak kepada Datuk Najib dikatakan juga telah berbelanja barangan mutiara sekitar AU$$60,000.

Itu laporan berita 2 bulan lepas. Terbaru, satu lagi akhbar utama diAustralia iaitu Sydney Morning Herald melalui komumnisnya yang bernama Adrew Horney mendedahkan cara berbelanja mewah Rosmah Mansor semasa beliau bercuti di sana 2 minggu lepas sehingga menarik perhatian mereka untuk mengulasnya. Antara butiran laporan berita akhbar Sydney Morning Herald dalam ruangan Private Sydney" mendedahkan yang mana :

penthouse rosmah1 Baju Rosmah Mansor RM325,000 & Menginap Penthouse A$20,000 (RM65,100) Semalam?
Pemandangan dari dalam penthouse tersebut
  • Kolumnis Andrew Horney telah menggelarkan Rosmah Mansor sebagai "first lady of Shopping" menerusi laman twitter miliknya
  • Rosmah Mansor telah membelanjakan A$100,000 (RM325,000) di sebuah butik di Sydney
  • Rosmah Mansor merupakan "pelanggan terbesar" Carl Kapp setakat kerana sanggup berbelanja pada jumlah sebegitu besar untuk pakaian semata
  • Semasa Datuk Seri Najib Razak & isterinya Rosmah Mansor bercuti di sana, mereka menginap di Penthouse A$20,000 (RM65,100) semalam
  • Rosmah Mansor dalam pada masa yang sama meminta "parkir valet untuk limousinnya" dan menerbangkan Carl Kapp diterbangkan ke Malaysia untuk mengenakan pakaian yang telah ditempah oleh Rosmah Mansor sendiri
Adakah Carl Kapp telah melakukan kesilapan besar mendedahkan hal ini melalui artikel di laman blognya bertajuk Carl Kapp's Couture Capers?

Nampaknya ada kemungkinan Rosmah Mansor akan menolak semula tempahan tersebut. Mungkin? Apabila membaca semula kenyataan beliau, menunjukkan urusniaga melibatkan mereka berdua belum lagi habis kerana beliau akan diterbangkan Kuala Lumpur untuk ukuran dan fitting rekaan lain selepas ini. ~beritasemasa


Video Klip Khas Buat Dr. Hassan Ali

Posted: 22 Jan 2012 07:22 AM PST


Video klip ini di cipta khas buat Hassan Ali dan geng-geng perpaduang yang ingin ikut jejak langkahnya. Layan jangan tak layan.. cukup menyentuh kolbu..


(Gambar) Baharom, Nama Ketua Pengacau Ceramah ABU Di Klang

Posted: 22 Jan 2012 05:34 AM PST


Mengikut blogger Ameno World, Mamat Ketua Pengacau ni namanya Baharom.. Mybe ler.. tentera upahan Umno ker? Perkasam ker? Pekida ker? Yang  Addin tau.. seme adik beradik mybe mak ayah lain jer..





Lihat video di SINI.

Sumber ~ Ameno World


PRU 13 Semakin Hampir.. Ini Buktinya

Posted: 21 Jan 2012 08:05 PM PST

Jikalau dah gerakkan 63,000 jentera penerangan, maknanya PRU13 semakin hampir.. semakin dekat. Kepada semua jentera Pakatan Rakyat perlulah bersedia jugak. Kita rapat-rapatkan saf-saf kita supaya tidak bocor untuk menentang jentera rejim UMNO BN. PRU13 ini dijangka yang terkotor dalam sejarah.. sebenarnya dah kotor pun, pelbagai rasuah kepada rakyat telah diberi (BR1M, Skim SARA 1Malaysia).

Umno Gerak 63,000 Jentera Penerangan Di Seluruh Negara

KANGAR, 21 Jan - Lebih 63,000 jentera penerangan Umno akan digerakkan di seluruh negara bagi menyampai maklumat mengenai perkembangan negara menjelang pilihan raya umum nanti, kata Ketua Penerangan Umno Malaysia, Datuk Ahmad Maslan.

Beliau berkata jentera itu akan turut dibantu oleh lebih 3.3 juta anggota Umno bagi memastikan rakyat dapat menilai sumbangan besar parti yang menunjangi pentadbiran negara.

Beliau memberitahu pemberita demikian sebelum mengadakan taklimat penerangan kepada Ketua-ketua Penerangan Umno bahagian di sini.

Katanya empat kaedah akan digunakan oleh jentera penerangan berkenaan dalam menyampaikan maklumat iaitu secara bersemuka, menerusi media cetak, media digital dan media elektronik.

Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata sebanyak 12 negeri telah dijelajah bagi menyampaikan taklimat berkaitan tugas yang perlu dilaksanakan oleh jentera penerangan parti. ~bernama




Memalukan!! Ketua Polis Curi 4 Konsol Xbox 360 Di Bicara

Posted: 21 Jan 2012 06:42 PM PST

ST LOUIS -  Seorang bekas ketua polis semalam mengaku bersalah mencuri empat konsol Xbox 360 daripada Biro Siasatan Persekutuan (FBI). Menurut dokumen siasatan, Michael Baxton yang berdepan dengan hukuman penjara 15 tahun dan denda sehingga AS$500,000 (RM1.5 juta), ditangkap selepas pegawai mencurigai tingkah lakunya. Pegawai mengesyaki bekas Ketua Polis St Louis itu menawarkan layanan baik kepada beberapa suspek penjenayah dan mencuri serta menjual barangan bukti.

FBI yang mengambil keputusan mengujinya, membeli lima XBox 360 dan meletakkannya di dalam sebuah kereta sebelum melaporkan kereta itu dicuri.

Baxton dan seorang pegawai lain yang menyiasat kes itu, mengarahkan pegawainya meletakkan empat Xbox itu ke dalam keretanya. "Tanpa disedari oleh Baxton, pegawai itu sebenarnya bertindak sebagai saksi FBI. Dia dilengkapi dengan peranti perakam audio dan video yang merakam kejadian mencuri itu," menurut dokumen mahkamah.

Baxton yang dilantik menjadi ketua polis untuk menggantikan seorang bekas ketua polis yang dipecat kerana jenayah cukai, sebelum ini mempunyai dua kesalahan jenayah lain. ~AP

Taib Mahmud Bakal Muflis?

Posted: 21 Jan 2012 05:23 PM PST

Baru-baru ini Ketua Menteri Sarawak dimalukan kerana dituduh menipu para pengundinya sendiri di mahkamah di Kuching. Rancangan yang belum pernah dilakukan oleh kaum Melanau itu, di mana sehingga kini Taib sering menganggap mereka setia padanya. Mereka telah memberitahu Radio Free Sarawak menerusi temubual bahawa kawasan mereka telah dirampas, dan maklumat sedemikian telahpun dikeluarkan oleh Bruno Manser Fund (BMF).

"Syarikat Taib telah menipu kami"

Taib Mahmud sentiasa mengakui bahawa dirinya "tiada perniagaan di dalam negeri Sarawak", sedangkan syarikatnya Mesti Bersatu Sdn Bhd mempunyai banyak kepentingan di dalam syarikat Delta Padi Sdn Bhd.Menurut maklumat dari BMF itu, Delta Padi S/B merupakan satu-satunya syarikat tunggal yang menerima tanah yang diserahkan kepada Taib Mahmud sekeluarga!

Syarikat tersebut telah menerima kawasan tanah perladangan seluas 28,000 hektar yang merangkumi kawasan-kawasan kaum Melanau di Pulau Bruit dan sekitar bahagian Sibu. Kawasan-kawasan itu berharga RM6 juta yang dibeli dari Kerajaan Sarawak. Orang-orang tempatan yang memberitahu Radio Free Sarawak bahawa mereka belum pernah dibayar pampasan walau sesen pun.

Tanah tidak dipampas namun Taib mendapat keuntungan berbilion-bilion ringgit

Pertubuhan SADIA begitu percaya bahawa sebuah kes mahkamah akan difailkan oleh sekumpulan penduduk Melanau dalam masa beberapa hari ini untuk menentang Kerajaan Sarawak dan juga syarikat Delta Padi S/B.
Kumpulan NGO itu juga akan mengeluarkan senarai lebih 100 konsesi yang dikeluarkan oleh Taib Mahmud kepada 30 buah milik Taib sekeluarga yang mempunyai banyak saham. Sebagai contoh, syarikat Titanium Management milik anak Taib, iaitu Abu Bekir, telah memperoleh tanah ladang yang lebih luas dari kepulauan Singapura, kebanyakannya secara percuma.

Kebanyakan tanah yang dirampas itu merupakan hak milik sah orang-orang tempatan. Orang-orang tempatan itu amat terkejut dan terkilan setelah mereka mendengar maklumat dari RFS berkaitan keuntungan syarikat-syarikat apabila tanah-tanah itu dijadikan ladang.

Berdasarkan harga yang ditetapkan oleh Onn Mahmud yang akan menjual ladangnya seluas 28,000 hektar dengan harga RM1 bilion, tanah itu seterusnya berharga RM2 bilion.

Rakan-rakan niaga Taib termasuk ahli-ahli keluarga dan kroni-kroninya, termasuk juga keluarga Hii, yang memiliki hotel Pullman di Kuching. Pertuduhan penyelewengan itu akan memalukan Taib Mahmud yang kini telah diketahui melakukan banyak kesalahan dan jenayah ke atas rakyat dan negerinya sendiri.

Orang-orang tempatan yang telah dirampas tanah hak mereka telah tidak dibayar sebarang pampasan, malah kerajaan Sarawak juga tidak dibayar harga yang berpatutan. Premium yang berjumlah RM6 juta untuk tanah-tanah itu yang seharusnya bernilai berbilion-bilion ringgit seperti pada kes Delta Padi adalah jelas suatu kes skandal.

Dengan demikian para pembayar cukai di Sarawak telah kehilangan wang yang sepatunya digunakan untuk membangunkan kehidupan golongan yang menjadi mangsa rampasan tanah yang dilakukan oleh Taib Mahmud, untuk manfaatnya sendiri. ~sarawakreport


Gempar!! Ceramah ABU Di Serang Beruk Hutan

Posted: 21 Jan 2012 04:35 PM PST

Ceramah Asal Bukan Umno anjuran Saya Anak Bangsa Malaysia (SABM) dan Barisan Bertindak Hak-Hak Hindu (Hindraf) terpaksa ditangguhkan selepas majlis tersebut diserang sekumpulan lelaki tidak dikenali di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam di sini, malam tadi. Kejadian berlaku kira-kira jam 9 malam apabila lebih kurang 20 lelaki yang menunggang motosikal dengan bersenjatakan kayu menyerang orang ramai yang berada di dalam dewan tersebut.

Koordinator Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin yang ada ketika kejadian berkata, lebih kurang 100 orang berada di dalam dewan dan akibat serangan tersebut, beberapa orang mengalami kecederaan.

Menurutnya, sekumpulan lelaki yang menyerang dengan menggunakan kayu dan topi keledar itu menyebabkan seorang lelaki berusia 40-an terpaksa dibawa ke

Hospital Sentosa untuk mendapatkan rawatan akibat kecederaan di bahagian kepala. "Sekumpulan lelaki ini ada memakai baju-T yang memaparkan lambang salah sebuah parti dan mereka bukan sahaja mencederakan orang ramai tetapi merosakkan gerai makanan yang berada di pekarangan dewan.

Mangsa yang tercedera
"Susulan kejadian tersebut, pihak penganjur terpaksa menangguhkan ceramah atas alasan keselamatan orang ramai," katanya. Menurutnya, setakat tengah malam tadi, beliau dimaklumkan mangsa berada dalam keadaan stabil dan masih di bawah pemantauan doktor.

Badrul berkata, pihak penganjur akan membuat laporan polis pada malam ini untuk tindakan tegas kepada pihak yang menimbulkan kekecohan di ceramah tersebut.

Program Asal Bukan Umno di dewan MBSA adalah yang ketiga dianjurkan selepas di Gombak dan Bayan Baru dan difahamkan juga menerima gangguan yang sama oleh pihak yang berkenaan.

Dalam pada itu, Badrul Hisham yang turut dikenali dengan nama mesra Chegubard berkata, "mereka cuba bakar sentimen kaum, tetapi mereka turut musnahkan gerai-gerai peniaga Melayu yang datang berniaga." "ABU bukan satu kaum tetapi milik rakyat semua," katanya lagi. ~tukkiyai

Addin :

Ini betul-betul beruk hutan.. betul-betul bukan cubaan..


Perang Facebook - Najib Tersungkur Di Kaki Anwar

Posted: 21 Jan 2012 03:36 PM PST

Sekali lagi Najib Razak tersungkur di gelanggang internet, apabila terbuka untuk persaingan bebas tanpa sekatan. Apa tidaknya, usaha Najib untuk mendampingi warga internet Cina terus digagalkan, apabila mengundang pelbagai reaksi negatif - yang dijelmakan dengan pendekatan yang cukup "kreatif".

Bermula dengan laman sosial Facebook versi bahasa Cinanya yang dibanjiri sindiran dan kritikan tajam, seterusnya diperlekehkan pula apabila warga internet menubuhkan laman Ah Jib Soh (makcik Ah Jib, merujuk kepada isteri PM), dan terkini, laman sosial Facebook Ah Wah Gor (merujuk Anwar Ibrahim) - menarik bilangan peminat yang lebih daripada Ah Jib Gor dalam tempoh 24 jam selepas ditubuhkan.

Sejumlah 14,697 orang warga internet yang menekan butang "like" di laman rasmi Ah Jib Gor pada jam 7.16 petang 21 Januari 2012, longgakan sejak ditubuhkan pada 13 Januari 2012. Sementara Ah Wah Gor, yang ditubuhkan pada 20 Januari 2012, mencatat 18,594 "like" pada masa yang sama.

Malah, menurut admin Ah Wah Gor, laman ini berjaya memintas Ah Jib Gor dalam tempoh 19 jam. Sehingga jam 12.26 awal pagi 22 Januari, Ah Jib Gor mencatat 15,418 like, sementara Ah Wah Gor mencatat 24,890 like.

Perlu diingatkan bahawa laman Ah Jib Gor adalah laman sosial rasmi versi bahasa Cina untuk Najib, dikesahkan Setiausaha Politiknya Wong Nai Chee, malah sesetengah soalan yang diajukan dijawab oleh Najib sendiri, sebelum diterjemahkan, menurut Wong Nai Chee.

Ah Wah Gor pula, ditubuhkan oleh penyokong Anwar Ibrahim secara tidak rasmi, menyatakan bahawa tujuannya bukan sekadar untuk memintas bilangan peminat Najib, tetapi ia adalah "pertarungan maya" sokongan kedua-duanya - untuk menaikkan semangat orang ramai.

Malah, admin Ah Wah Gor mengalu-alukan "perbincangan politik", dengan peringatan agar warga internet tidak menggunakan ruang itu untuk serangan peribadi, penghinaan terhadap agama dan institusi Raja.

Pengamatan MerdekaReview mendapati kebanyakan komen yang ditinggalkan di laman Ah Wah Gor adalah positif untuk Anwar Ibrahim - luahan sokongan terhadap Ketua Pembangkang Parlimen ini. Malah ada yang menyifatkan pertarungan antara Ah Wah Gor dengan Ah Jib Gor sebagai pemilihan calon Perdana Menteri dalam PRU 13.

Sementara Ah Jib Gor pula masih dibanjiri komen yang negatif terhadap Perdana Menteri, meskipun komen yang emosi telah berkurang (tidak pasti dipadamkan atau kerana disiplin warga internet), namun kritikan dan soalan yang tajam terus diajukan.

Pada masa yang sama, laman Ah Jib Soh pula mencatat 8,018 like pada jam 12.26 awal pagi 22 Januari 2012. Identiti adminnya tidak diketahui, tetapi dengan terang-terang "menyamar" sebagai isteri PM melalui status yang diperbarui.

Dengan status yang bernada "sindir" dan jelas untuk memerli isteri PM, Ah Jib Soh kini menjadi "penghibur" kepada peminatnya. ~merdekareview


Tiada ulasan: