Sabtu, 21 Januari 2012

shalehudin

shalehudin


Nanah dah buang, patut lega la bisul tuh... haha...

Posted: 21 Jan 2012 11:25 AM PST

Nik Aziz: 'Habis Cerita Hasan, Cerita Lain Habis Juga'

KOTA BHARU : Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berharap tindakan yang diambil terhadap bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Ali akan menyelesaikan konflik dalaman parti itu selama ini.

"Harapnya habis cerita Hasan, cerita lain habis juga," kata Menteri Besar Kelantan yang tidak mahu lagi mengulas isu Hasan kerana beliau tidak menjadi ahli Pas lagi.

Hasan dipecat dari keahlian Pas pada 8 Januari lalu kerana mengeluarkan kenyataan yang merugikan Pas dan sehingga kini mengeluarkan pelbagai kritikan terhadap kepimpinan parti itu.

Nik Aziz yang ditemui selepas kuliah Jumaat di sini, berkata, isu dalaman yang membabitkan Pas kini sengaja dibangkitkan dan diperbesarkan pihak tertentu khususnya menjelang Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13).

Dalam masa yang sama, beliau mengharapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bertindak telus dalam memastikan perjalanan PRU13 berjalan dengan sempurna dan adil kepada semua pihak.

"Pilihan raya bukan dalam masa empat atau lima tahun sekali, sebaliknya berlaku setiap minit apabila manusia perlu membuat pilihan antara mengikut kehendak dan syariat Allah atau godaan syaitan.

"Sejak saya mula menyertai pilihan raya, saya mengharapkan ia dilakukan dengan bersih dan adil, kalau kotor tidak masuk syurga, walaupun boleh mencapai kemenangan, sebab pilihan raya itu bermakna kita perlu memilih dan tidak boleh ada paksaan," katanya yang berharap Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya (PSC) akan memainkan peranan sebaiknya.- SPR

Hepi tahun Naga...

Posted: 21 Jan 2012 08:00 AM PST

Amoi pun boleh mencarut camni ka?

Posted: 21 Jan 2012 06:30 AM PST

Amoi, Pelajar Kedua Yang Mengugut Najib!!

Oleh: laniismaa

Sebelum ini 'bom helikopter', kali ini 'tembak kapal terbang'. Tak sampai seminggu dari kes sebelum ini, pelajar USM yang mengugut dalam Facebook. Macam bermusim pula. Pelajar menggunakan bahasa yang tak sepatutnya, mungkin bergurau tapi pasti mereka tak sukakan PM Najib.

Polis siasat pelajar 1Malaysia berbangsa India sebelum ini. Kali ini, amoi pelajar berbangsa Cina yang belajar IPTS swasta dari Kuala Muda, Kedah yang menggunakan nama Peinee Teoh disiasat polis kerana mengugut PM Najib di Facebook.

Kenapa ramai yang meluahkan begitu disebalik transformasi Najib?

Pelajar wanita IPTS guna Facebook ugut PM

ALOR SETAR – Seorang pelajar institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) ditahan polis semalam kerana menulis kenyataan berunsur lucah dan berbaur ugutan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi laman sosial Facebook.

Ia kejadian kedua membabitkan penuntut IPT dalam tempoh seminggu ini.

Laporan Bernama menyebut, penuntut wanita berusia 20 tahun dari sebuah IPTS di Kuala Muda itu ditahan pada pukul 9 pagi selepas polis menerima laporan mengenai kenyataan yang dipercayai ditulis wanita tersebut pada akaun Facebook miliknya.

Ketua Polis Kedah, Datuk Ahmad Ibrahim berkata, pihaknya menerima laporan kira-kira 10 malam semalam mengenai perkara itu, dan menahan penuntut terbabit selepas mengenal pasti pemilik akaun Facebook tersebut.

"Kita telah ke universitinya dan melalui pihak universiti, kita telah memanggil pelajar itu untuk diambil kenyataan berhubung berkara itu," katanya kepada pemberita malam tadi.

Beliau berkata, pihaknya turut merampas sebuah telefon bimbit dan sebuah komputer riba milik pelajar tahun dua IPTS tersebut untuk siasatan.

"Kita juga turut memanggil ibu bapa pelajar itu bagi membantu siasatan," kata Ahmad.

Katanya, memandangkan pelajar itu masih lagi dalam minggu peperiksaan, pihaknya telah membebaskan pelajar tersebut petang tadi selepas diambil keterangan bagi membolehkan dia menduduki peperiksaan.

"Kita akan memanggil beberapa individu lain untuk memberi keterangan berhubung perkara ini. Kita juga akan memanggil pelajar tersebut pada bila-bila masa jika perlu," katanya.

Beliau berkata, pihak polis akan sentiasa membuat pemantauan terhadap pelajar itu dan akan menyiasat dengan terperinci perkara tersebut.

"Kita telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan," katanya

MB Azizan jangan buat spoil pulak...

Posted: 21 Jan 2012 05:00 AM PST

Bolehkah PAS pertahankan Kedah?
Sukar untuk dianggarkan berapa puluh ribu manusia yang hadir di Rapat Rakyat Perdana di Stadium Sultan Abdul Halim Suka Menanti Sabtu lalu. Yang pastinya ialah terlalu ramai. Berbeza dengan mana-mana himpunan BN; orang yang datang program Pakatan Rakyat ni keluar duit poket sendiri untuk hadir, tiada kerahan tenaga untuk hadir, tiada pengangkutan percuma dan tiada nasi bungkus.

Tiada apa sumbangan yang diberi oleh PAS. Jangankan sumbangan RM500 atau RM100... sekupang pun tak beri, tadah kantung lagi ada untuk kutip derma dari hadirin.

Jika dilihat di media arus perdana pembangkang sudah berpecah. Masing-masing parti ada masalah sendiri. Di sana sini ada beribu orang keluar meninggalkan parti; dari pemimpin hingga pengikut, namun parti yang ditinggalkan itu tidak pernah kemarau penyokong malah bertambah-tambah.

Di pihak BN pelbagai jenis sumbangan turun mencurah-curah atas nama BR1M. Bukan sedikit pula jumlahnya. Logiknya semua rakyat sudah berkhiblat kepada BN. Tapi ia tidak berlaku begitu. Apa sebenarnya yang mendorong rakyat turun dengan jumlah yang begitu besar untuk bersama PR? Kekuatan inilah yang memeningkan kepala Datuk Seri Najib, UMNO dan BN.

Madrasah Salihiah

Isu madrasah Salihiah yang begitu panas dimainkan oleh pembangkang (UMNO) di Kedah kini semakin reda. Akhirnya yang masih setia menggalas isu tersebut hanya Perkasa, itupun hanya beberapa kerat manusia. UMNO kelihatan sudah menyisihkan diri. Saya percaya UMNO sudah mendapat nasihat dari MCA perihal keterlanjuran mereka mengasak isu tersebut. "Orang Cin sangat marah kalau meniaga mereka disabotaj," ujar seorang rakan yang menjadi AJK Dewan Himpunan Penyokong PAS. Tapi perhitungan kerajaan PAS bukan kerana mahu mencari undi Cina. Tujuannya hanya mahu membangunkan kawasan yang terbengkalai 30 tahun tanpa mampu diselesaikan oleh 5 Menteri Besar BN, mahu menjana ekonomi negeri. Siapa saja boleh berniaga di situ tak kira bangsa, akan wujud sebuah 'pekan Rabu' untuk peniaga Melayu.

Saya mengikuti dengan terperinci hujah-hujah pihak2 yang membantah dan bersetuju. Maka pemenangnya ialah pihak yang bersama kerajaan negeri! Bukan kerana saya orang PAS tapi kerana hujah mereka lebih mantap. Bagi saya tidak perlu sebenarnya berdebat berjela2 isu madrasah Salihiah seperti terdapat dalam blog2. Masyarakat kita 'malas berfikir' dengan mendalam macam tu. Tiga hujah sudah cukup untuk letakkan kerajaan negeri di pihak yang betul. (1) Mufti dan ahli2 Majlis fatwa yang buat keputusan, takkan depa lebih jahil dari.. (sesiapa saja, anda boleh namakan sendiri) (2) Institusi agama di Kedah (Mufti, Majlis Fatwa dan MAIK) di bawah naungan Sultan, lawan mereka bermakna lawan Sultan (3) Tunjuk pelan surau baru yang lebih besar, lebih cantik dan lebih gagah dari madrasah Salihiah.. maka selesai isu Madrasah Salihiah!

PAS boleh menang lagikah di Kedah?

Semakin dekat PRU semakin banyak soalan ini diajukan. Terutamanya oleh rakan2 yang tidak terbabit politik atau berminat sekadar dari jauh. Bagi orang PAS, jarang bertanya soalan tu sebab tak pernah ada PRU yang mereka tak yakin untuk menang. Orang BN pun serupa, tidak ada PRU yang mereka tidak yakin akan menang termasuk PRU12 lalu. Kali ini selepas jadi pembangkang BN yakin akan tawan balik Kedah. Bagi menjawab soalan tersebut saya lebih berminat untuk melihat beberapa kajiselidik yang dibuat berdasarkan hukum taburan normal mengikut ilmu statistic. Saya sendiri terbabit dengan sebuah kajian. Semua kajian (oleh BN, PAS atau professional) menunjukkan PAS masih boleh bertahan di Kedah. InsyaAllah. Tapi tidak di Malaysia.

Bagaimanapun kajian terbaru perlu dibuat, terutamanya selepas Anwar didapati tidak bersalah dan selepas Hasan Ali dipecat. Di Kedah, kekuatan PAS dan UMNO adalah seimbang. Kehadiran pengundi bukan Melayu di sebahagian besar kerusi DUN di Kedah akan jadi faktor penentu. Sementara bukan Melayu berpihak kepada PR, maka kedudukan PR lebih baik bagi BN di Kedah. Di Selangor, peratus pengundi Cina lebih besar (berbanding Kedah) tetapi kekuatan UMNO mengatasi PAS di sana. Di Kelantan, bergantung kepada kekuatan PAS semata-mata, undi bukan Melayu tidak jadi penentu. Jadi bagi PR, harapan di Kedah adalah lebih baik berbanding Selangor dan Kelantan. Bagaimanapun PR di Pulau Pinanglah yang lebih mantap kerana undi bukan Melayu sudah terlalu besar dan mereka solid menyokong PR. Secara teori, jika PR boleh menang di Negeri Sembilan maka Perak dan empat buah negeri yang ada kini juga akan dimenangi.

Itu semua analisa di atas kertas. Hakikatnya, "Allah memberi kekuasaan kepada sesiapa yang Dia kehendaki dan mencabut kekuasaan dari sesiapa yang Dia kehendaki."

Apa keutamaan PAS kini?

Pasca konvensyen ketiga atau yang terakhir sebelum PRU13, cabaran terbesar bagi PR yang harus dihadapi dan ditangani ialah undi Melayu. Realiti yang ada BN hilang sokongan mengundi bukan Melayu pada PRU12. Selama empat tahun berusaha gigih siang dan malam, BN masih gagal menanganinya. Pilihan yang ada bagi BN ialah memantapkan undi Melayu dan melupakan undi bukan Melayu.
Najib berkampung hampir minggu di Felda, Kedai Rakyat 1Malaysia, Bantuan Rakyat 1Malaysia dan sekonyong-konyong UMNO menjadi juara isu murtad; semuanya menjurus kepada usaha menarik undi Melayu semaksima yang termampu.

Di waktu yang sama Anwar digambarkan sebagai seorang yang sudah murtad (pluralisme), menyokong seks bebas, mengkhianati orang Melayu dan PAS sebagai mengikut telunjuk DAP dalam banyak isu yang mereka sendiri ciptakan. Semua itu dilakukan demi undi Melayu. BN pun sedar bahawa usaha menjuarai undi Melayu secara agresif akan mengurang undi bukan Melayu, kerana kedua perkara tersebut akan menghasilkan geraf yang berkadar songsang tetapi pilihan yang ada ialah melonjakkan undi Melayu adalah lebih utama kerana peratus pengundi Melayu lebih tinggi di negara ini.

Selepas Anwar disahkan tidak meliwat oleh mahkamah dan Saiful Bukhari disahkan menipu, maka PR mendapat lonjakan baru dari segi imej. Imej ini mesti dipertahankan sehingga PRU13. Jangan ada lagi mana-mana pemimpin PR yang tersasul dalam percakapan khususnya pemimpin bukan Melayu. Hindarkan tindakan dan percakapan yang boleh dimanipulasi sebagai anti Melayu.
Ada kewajarannya di saat yang penting dan genting ini (menjelang pilihanraya) biarlah DAP dan KeADILan yang menumpukan kempen untuk bukan Melayu manakala PAS gerakkan jentera habis-habisan untuk menarik pengundi Melayu.

Orang Melayu lebih makan budi dari makan isu

Berbeza dengan bukan Melayu, orang Melayu lebih 'makan budi dari makan isu'. Jangan pandang enteng pemberian wang RM100 dan RM500 yang dihamburkan oleh BN menggunakan duit rakyat. Di samping memberi penjelasan bahawa itu duit cukai yang diambil dari poket rakyat, bukan duit poket pemimpin BN rakyat juga mesti difahamkan bahawa rakyat memperolehinya kerana PR kuat dan menjadi ancaman kepada BN. Ia berlaku akibat BN hilang majority dua pertiga di Parlimen dan rakyat tidak pernah merasai pemberian seumpama itu sewaktu BN menang besar 50 tahun lalu.

Oleh kerana umumnya Melayu lebih makan budi dari makan isu, maka pamerkan budi di kalangan orang Melayu sehingga terasa dalam lubuk sanubari orang Melayu akan budi yang dihulur. Ia tak semestinya berupa kebendaan. Almarhum Ustaz Fadzil pernah melancarkan gagasan besar memasyarakatkan PAS, biarlah ia disempurnakan di zaman ini.

Kalau juboq koyak, awai-awai depa dah rayu... Bukan tunggu last minit... kahkahkah...

Posted: 21 Jan 2012 03:45 AM PST

Pejabat Peguam Negara fail rayuan kes liwat

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 20 Jan: Pejabat Peguam Negara memfailkan rayuan terhadap keputusan membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim oleh Mahkamah Tinggi baru-baru ini.

Rayuan itu difailkan pada jam 4.30 petang ini di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur iaitu minit terakhir pada hari terakhir kes ini boleh dibuat rayuan.

9 Januari lepas, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membebaskan Anwar dari pertuduhan meliwat bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan.

Ini kerana, keraguan mahkamah terhadap intergriti sampel DNA yang diambil polis dari Saiful.

Semalam Saiful menghantar surat rasmi kepada pejabat Peguam Negara agar kes beliau itu dibuat rayuan oleh pihak pendakwa.

"Sehingga ke hari ini tiada maklum balas terhadap permohonan terbuka saya dan bapa dari Peguam Negara sama ada beliau akan memfailkan rayuan atau tidak. Masa juga semakin suntuk.

"Rayuan ini penting kerana ia membabitkan maruah dan masa depan saya. Saya hanya menuntut hak saya sebagai warganegara Malaysia seperti yang termaktub dalam Perlembagaan di mana setiap aduan itu berhak didengar dan diadili sehingga ke peringkat Mahkamah Tertinggi dan saya berdoa agar Peguam Negara mempertimbangkan permohonan saya ini," kata Saiful melalui blognya berkenaan suratnya kepada pejabat Peguam Negara itu.

Tindakan politik

Bagi peguam Mohamed Hanipa Maidin (gambar), rayuan tersebut dilihat lebih cenderung kepada tindakan politik semata-mata biarpun Peguam Negara mempunyai hak dari sudut undang-undang untuk merayu.

Katanya, dengan pelbagai persoalan yang membelenggu kes tersebut sepanjang perbicaraan di Mahkamah Tinggi sebelum ini, kes tersebut seharusnya selesai dan ditutup sejak 9 Januari lalu lagi.

"Apabila rayuan dibuat, saya kira ianya lebih kepada tindakan politik.

"Kenapa kes yang membabitkan Razak Baginda dulu tidak rayu, sekarang rayu? Saya kira kes Razak Baginda dulu itu lagi besar kerana melibatkan maruah negara di mata dunia," katanya kepada Harakahdaily.

Mengulas lanjut beliau berkata, tindakan merayu itu juga hanya akan memberi pandangan negatif kepada Peguam Negara yang seolah-olah menjadi alat politik kepada Umno BN.

"Apapun pada saya rayuan ini akan menguatkan sokongan rakyat kepada Pakatan Rakyat pada masa yang sama menambah kebencian mereka kepada Umno BN," tegasnya.

Best baca kisah budak nih... haha...

Posted: 21 Jan 2012 01:30 AM PST

Ini betul-betul, bukan 'syok sendiri'

'Api' dalam diri Adam Adli Abdul Halim sudah berputik sejak dari usia 12 tahun lagi, apabila dia berjaya meyakinkan kira-kira 40 rakannya untuk menyertainya memboikot persekolahan selama seminggu.


Aktivis pelajar berusia 22 tahun itu mengimbas kembali bagaimana Sekolah Kebangsaan Brickfields, tempat dia menamatkan pendidikan sekolah rendah, memaksa kanak-kanak menduduki peperiksaan akhir tahun selepas menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).

"Selepas UPSR, pelajar Islam perlu menduduki peperiksaan Sekolah Agama... peperiksaan ini biasanya diadakan selepas UPSR.

"Selain itu, kita sepatutnya menduduki peperiksaan akhir. Jadi, saya bercakap dengan beberapa pelajar dan kami mengambil keputusan untuk tidak pergi ke sekolah selama seminggu," kata Adam dalam satu temubual dengan Malaysiakini.

Sambil ketawa, Adam berkata pihak guru mengadu kepada bapanya, yang ketika itu merupakan yang pertua persatuan ibu bapa dan guru sekolahnya

"Mereka memberitahunya apa yang saya telah buat, tetapi ayah saya hanya ketawa dan berkata kepada saya - pada usia ini, kamu telah buat sesuatu yang orang berusia 30 tahun pun, mungkin tak boleh buat."

Jadi, katanya, apabila dia digantung pengajian oleh pihak universiti baru-baru ini, ia dapat diterima oleh ibu bapanya.

Dan ketika itulah, dia sedar bahawa "ini adalah betul-betul... bukan hanya syok sendiri".

Pada 9 Januari lalu, Adam - pelajar semester kelima pengajian Ijazah Pendidikan dalam Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua (TESL) - digantung pengajiannya selama 18 bulan oleh Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Jawatankuasa disiplin universiti itu menggantung pengajian Adam kerana dituduh menjejaskan nama baik institusi tersebut selepas mengambil bahagian dalam protes menuntut kebebasan akademik dan pemansuhan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) pada 17 Disember tahun lalu.

Semasa protes tersebut, ratusan pelajar berarak ke ibupejabat Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di mana Adam telah menurunkan bendera yang memaparkan imej Presiden Umno yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan menggantikannya dengan kain rentang pro-pelajar selama kira-kira kurang daripada lima minit, sebelum menaikkan semula bendera tersebut.

Apa yang pada mulanya dilihat sebagai paparan rasa tidak puas hati itu, kemudiannya berubah menjadi isu nasional apabila Adam enggan memohon maaf atas tindakannya itu.

Adam mengaitkan api yang membara dalam dirinya itu dengan bapanya, yang sentiasa mengagumi pemimpin-pemimpin pelajar terdahulu, terutamanya mereka yang aktif semasa pra-kemerdekaan dan gerakan nasionalis.

Katanya, bapanya sering mencerita kepadanya dan adik beradiknya mengenai legasi dan sumbangan pemimpin berkenaan kepada masyarakat.

"... Ayah juga aktif, semasa zaman reformasi," katanya.- M'kini

Jauh beza woi, angka 9 ngan angka 6 niee...

Posted: 21 Jan 2012 12:00 AM PST

Jika harga kapal RM9 bilion, mengapa BN kata RM6 bilion?

KUALA LUMPUR, 20 JAN: Berapakah harga sebenar untuk enam unit kapal pertempuran generasi kedua (kelas frigate) sebenarnya?

Adakah harganya RM6 bilion seperti yang disebut oleh Menteri Pertahanan Datuk Seri Zahid Hamidi pada Februari tahun lepas atau pun harganya RM9 bilion seperti yang diumumkan baru-baru ini?

Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua berkata, daripada memeningkan kepala rakyat Malaysia, kerajaan patut mewujudkan segera Jawatankuasa Pemantauan Parlimen bagi mengkaji ketelusan dalam sistem pertahanan dan biarkan rakyat Malaysia mempertimbangkannya.

Tambah beliau, hanya dengan wujudnya jawatankuasa pemantauan seperti yang diamalkan negara-negara maju, akan menjelaskan secara terperinci harga enam kapal peronda tersebut.

"(Malah) rakyat Malaysia juga dapat menilai dan memutuskan sama ada kenyataan dikeluarkan kementerian pertahanan boleh dipercayai atau pun tidak," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pua yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara berkata demikian sebagai respon susulan selepas perjumpaan bersama Zahid dan Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan Datuk Seri Ismail Ahmad semalam.

Semalam, beliau bersama Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution dan Pengarah Pusat Penyelidikan dan Pembangunan PAS Dr Dzulkefly Ahmad telah bertemu dengan wakil kerajaan dan Barisan Nasional di Kementerian Pertahanan membincangkan isu harga kapal peronda itu.

Tambah Pua, ketika mesyuarat itu Ismail Ahmad telah mengesahkan bahawa harga enam kapal peronda itu bernilai RM9 bilion, bukannya RM6 bilion seperti yang dikatakan Zahid pada sidang Parlimen 5 Februari 2011.

"Saya turut menyoal jika benar harganya RM9 bilion dan bukan RM6 bilion, kenapa memakan masa lebih dari sembilan bulan untuk 'memperbetulkan' harganya yang mana 'pembetulan' itu dibuat melalui kenyataan Boustead (Holding Sdn Bhd)?" katanya.

Justeru Pua menyifatkan kontroversi harga enam kapal peronda itu boleh dijadikan satu contoh jelas kenapa perlu wujudnya Jawatankuasa Pemantauan Parlimen menyiasat perbelanjaan pertahanan negara. – Roketkini.com

Berita haru biru, tak dak kerja pi bakaq diri...

Posted: 20 Jan 2012 10:00 PM PST

5 tiada kerja bakar diri

SEORANG penunjuk perasaan terbaring selepas membakar diri di Rabat, Maghribi.Anggota Graduan Menganggur protes kurang pekerjaan di Maghribi 

RABAT: Lima penganggur membakar diri di ibu kota Maghribi sebagai sebahagian demonstrasi di negara itu berhubung kekurangan pekerjaan, terutama untuk graduan universiti, kata aktivis hak asasi, kelmarin.
Tiga daripada mangsa dirawat di hospital kerana melecur teruk. Kejadian itu, yang sebelum ini jarang berlaku menjadi taktik bantahan di Asia Barat dan Afrika Utara sejak seorang penjual sayur-sayuran di Tunisia membakar diri pada Disember 2010.

Lelaki itu membantah tindakan anggota polis mengganggu perniagaannya, yang mencetuskan kebangkitan menumbangkan kerajaan dan mencetuskan pergerakan sama di rantau itu.

Kelima-lima lelaki berkenaan adalah sebahagian daripada pergerakan Graduan Menganggur membabitkan jutaan graduan universiti yang mahukan pekerjaan.

Demonstrasi selalunya disuraikan secara ganas oleh polis dan di beberapa pekan dan bandar raya menyebabkan pertempuran berlaku. Ketika kadar pengangguran rasmi cuma 9.1 peratus, angkanya sekitar 16 peratus bagi graduan.

Kelmarin, kerajaan yang dipilih pada November lalu membentangkan pelan baru kepada Parlimen dengan fokus mencipta pekerjaan, pendidikan dan memperbaiki kualiti kesihatan.
Sementara itu, kerajaan dipimpin golongan Islam berjanji menghasilkan 200,000 pekerjaan baru setahun menerusi pelaburan awam dan persendirian.

Seramai 160 anggota pergerakan itu menduduki bangunan pentadbiran Kementerian Pendidikan Tinggi sejak dua minggu lalu di Rabat, sebagai sebahagian bantahan mereka.

Penyokong membawakan makanan kepada mereka sehingga dua hari lalu apabila dihalang pasukan keselamatan.

"Pihak berkuasa menyekat mereka menerima makanan dan air, jadi lima daripada mereka keluar untuk mendapatkan makanan dan mengancam membakar diri jika dihalang," kata jurucakap Persatuan Hak Asasi Manusia Maghribi, Youssef al-Rissouni.

Daripada tiga yang dimasukkan ke hospital, dua dalam keadaan serius manakala dua lagi cuma baju terbakar.

Rakaman video yang disiarkan kumpulan itu secara dalam talian menunjukkan orang ramai membaling roti ke arah polis yang mengawal bangunan berkenaan. Beberapa pemuda di atas bangunan menyiram diri mereka dengan cecair dan melompat turun dan mula mengutip roti.

Apabila polis pencegah rusuhan bergerak untuk menghentikan mereka, sekurang-kurangnya dua daripada lelaki berkenaan terbakar dan mula berlari sebelum dikepung penyokong dan api dipadamkan.

Gambar menunjukkan mereka dengan sebahagian besar kulit terbakar. Akhbar dalam talian, Goud, melaporkan dua daripada mereka mengalami kesan terbakar tahap kedua dan dihantar ke unit melecur Casablanca.

Ketika ekonomi Maghribi mencatat kadar pertumbuhan baik sejak beberapa tahun kebelakangan ini sekitar empat hingga lima peratus, ia masih belum cukup menghasilkan pekerjaan untuk golongan muda yang semakin ramai di pasaran setiap tahun. – AP

Peliknya Orang Bernama Azizan... kahkahkah...

Posted: 20 Jan 2012 08:30 PM PST

INI PUN AZIZN JUGA

NOTA:
anak muda yang tak tahu sapa azizan ini
sila buat soal selidik
sila tanya lebai google
pasti akan bertemu
dan berkenalan dengan malaoan ini

sila buat perbandingan
dengan orang yangb bernama azizan!

MB KEDAH DIBIDAS CARA TANGANI ISU KUIN5 - mkini

Sekumpulan mahasiswa membidas kenyataan Menteri Besar Kedah, Azizan Abdul Razak yang bertegas mahu meneruskan penggunaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) khususnya di Kolej Universiti Insaniah (KUIN) - institut pengajian di bawah kerajaan negeri.

Malah, Presiden Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional (MPMN), Mohd Syahid Mohd Zaini menyifatkan Azizan yang juga pesuruhjaya PAS Kedah itu sebagai 'ego' dalam menangani isu berkaitan mahasiswa, termasuk hukuman terhadap lima mahasiswa KUIN.

"Sepatutnya (Datuk Seri) Azizan selaku orang yang paling berkuasa di KUIN perlulah menggunakan budibicara dengan cara berbincang dan fahami isu dengan baik serta selesaikan masalah dengan bijaksana," katanya Mohd Syahid.

MPMN adalah gabungan majlis perwakilan mahasiswa di institut pengajian tinggi awam dan swasta di negera ini.

Mohd Syahid mengulas kenyataan Azizan yang dilapor menegaskan AUKU tetap dikenakan terhadap mahasiswa KUIN yang melakukan kesalahan. Menurut Azizan, penggantungan lima mahasiwa KUIN tahun lalu dibuat mengikut peruntukan di bawah kesalahan AUKU dan pengurusan pusat pengajian tinggi itu membuat keputusan berdasarkan undang-undang sedia ada.

Pada Mei lalu, lima mahasiswa KUIN itu digantung pengajian kerana dituduh menyertai demonstrasi, memberikan ucapan di hadapan orang ramai menggunakan pembesar suara di sudut pidato dan mengadakan sidang akhbar berhubung bantahan pembukaan Sekolah Insan Bestari yang menggunakan bangunan tahfiz.

KAH KAH KAH
KAH KAH AKH
KAH AKH AKH

woit... NAK JUMPA MB NI KENA CARI PADANG GOLF.... kah kah kah...

kah kah kah... MB INI ADALAH PEMAIN GOLF YANG AGAK PANTAS DI ALOR STAR.... kah kah kah..

NOTA:
sedarlah wahai anak muda
wahai pelajar
wahai mahasiswa
jangan terpengaruh dengan janggut
jangan terpengaruh dengan jubah
dengar betul betul
kalau ada permimpin dari pakatan

yang berkata : KAMI INGIN MENGGANTIKAN GEROMBOLAN....ini lah hasilnya
betul betul menggantikan gerombolan
kah kah kah
kah kah kah

Memang lawak pasangan nih, maaf tapi tetap saman... kahkahkah...

Posted: 20 Jan 2012 07:59 PM PST

Ogy Maafkan Johan (Raja Lawak) Tetapi Tetap Saman

Ogy dan juga Johan semasa mengacarakan FFM24 lalu.

PETALING JAYA: Pelakon dan pengacara popular, Fauziah Ahmad Daud atau Ogy menyatakan sudah memaafkan Johan (Raja Lawak) yang dianggap telah mengaibkannya ketika mengacarakan Festival Filem Malaysia Ke 24 (FFM24) tahun lalu.

Ogy berkata, sebagai seorang wanita Islam, dia tidak membenci Johan malah telah memaafkan pelakon komedi itu yang menggunakan namanya sebagai bahan lawak dengan niat mempersendakannya.

Ogy berharap pengacara muda itu mempelajari kesilapan yang telah dilakukan.

"Bagaimanapun, berkenaan dengan tindakan saman itu (terhadap Johan) , saya serahkan sepenuhnya kepada peguam saya.

"Apa-apa pun, saya dah okey tentang hal ini. Cuma dia harus belajar daripada kesilapannya supaya tahu mana yang patut atau tidak ketika mengacara bersama pasangan mengikut kesesuaian.

"Tidak kira sama ada pasangan yang kita mengacara bersama itu lebih berusia atau tidak, kita perlu menghormatinya. Johan seorang yang berbakat besar tetapi dia perlu gunakan bakatnya dengan betul dan kenal majlis itu apakah kata-kata yang sesuai sewaktu mengacara.

Tambah Ogy, kerana kata-kata sinis juga, ia bukan sekadar menyinggung perasaan orang malah boleh 'mencacatkan' sesebuah majlis yang dikendalikan.

Beberapa minggu selepas FFM24, Ogy telah membuat kenyataan kepada beberapa media akan mengambil tindakan mahkamah terhadap Johan kerana mempersendakan arwah ibu bapanya, mempermainkan tahun kelahiran Nabi Muhammad SAW dan memperkecilkan dirinya sebagai pelakon yang lebih senior.

Ogy juga menyifatkan kata-kata Johan ketika mengacara bersama adalah kurang ajar serta satu penghinaan di mana dia tidak mampu untuk bertolak ansur dengan sikap biadab itu.

Sementara itu, Ogy yang kini bakal menjadi mentor bagi program realiti 'Mentor' tidak lama lagi begitu berkobar-kobar untuk menggalas tanggungjawab sebagai seorang pendidik kepada "protegenya".

"Sepatutnya uji bakat untuk mencari protege saya pada 4 Februari ini tetapi saya ingin membuat usaha saya sendiri dengan mencari bakat-bakat baru di beberapa universiti.

"Kalau boleh saya mahu mencari protege yang mempunyai ilmu seni muzik dan sedikit sebanyak memudahkan saya untuk mengajar. Malah saya juga akan membuat kelas tambahan buat protege yang dipilih nanti," ujarnya.

Tauke kedai bundle... kahkahkah...

Posted: 20 Jan 2012 06:40 PM PST


Kualiti barang reject :Dato Dr.Hassan Ali

Oleh: umnopenyangak

Assalamualaikum,,..

Cuba bayangkan keadaan ini : 2 orang kanak kanak berlari, seorang di depan dan seorang dibelakang, tiba tiba yang dibelakang jatuh dan tercedera tanpa sedikitpun tersentuh dengan yang dihadapan.Kanak kanak yang jatuh tadi kemudiannya menyalahkan kanak kanak yang di hadapan menjadi penyebab dia jatuh dan tercedera, alasannya kerana yang di hadapan itu berlari terlalu laju dan kerana ingin mengejarnya, maka dia terjatuh dan tercedera. Gambaran umum yang boleh disimpulkan berlaku kepada pemecatan HA.

Cuma dalam kes HA ada perkembangan yang menyerupai perkembangan Zul Kulim selepas dia dipecat dari PKR.Mula mula HA tunjuk hebat apabila mengatakan dia tidak akan turun ke perhimpunan 901 dan menghasut orang ramai terutama pelajar supaya jangan turun.HA mengatakan perhimpunan itu hanyalah untuk kepentingan peribadi DSAI yang tidak ada kena mengena dengan perjuangan PR dan telah menyerang DSAI dengan berkata DSAI sudah diberi masa yang cukup di mahkamah untuk membela diri.Nada suara yang sama dengan pemimpin dan pencacai UMNO.

Selepas dia dipecat, HA menyalahkan pula DSAI kerana dipecat, samalah dengan kes kanak kanak yang terjatuh tadi.Perkembangan terkini, HA membangkitkan adanya parasit dalam PAS dan berjanji akan menjelajah negara untuk mendedahkan parasit tersebut dan seterusnya menegaskan bahawa dia akan kembali ke pangkuan PAS setelah semua parasit ini dibersihkan dari PAS.

Untuk menghangatkan lagi suasana, HA turut sama pemimpin, pencacai dan media UMNO menuduh DSAI menyokong homosex dan ulasannya menunjukkan betapa DSAI tidak boleh diharapkan seperti dia.DSAI dituduh gila kuasa sedangkan dia sudah berada di puncak EXCO dan sedia dikorbankan.Dalam kes ini, HA tidak perasan yang dia sudah beri bola tanggung kepada DSAI yang pernah duduk di kerusi no 2 negara(kalau nak dibandingkan jawatan Exco HA macam langit dengan bumi) dan lebih dari sedia dikorbankan sehingga sanggup masuk penjara!

Apa yang berlaku ini menyerlahkan satu perkara, kualiti yang jauh berbeza antara HA dan DSAI.Perbezaan antara kualiti barang reject dan barang ori.Tetapi tidak baik menutup terus peluang kepada HA , oleh itu elok juga diberi peluang kepada HA untuk melakukan apa yang dia nak lakukan ia itu jelajah negara dan dedahkan parasit dalam PAS, walaupun barang reject, kekadang lebih baik dari barang ori.Apa lagi, HA buktikan apa yang dikatakan, jangan sembang kosong di TV dan akhbar UMNO sahaja!

Tiada ulasan: