Khamis, 19 Januari 2012

shalehudin

shalehudin


Buat malu kat bangsa Cina jaa...

Posted: 19 Jan 2012 10:00 AM PST

Pembebasan Anwar positif bagi masyarakat Cina

Oleh Haji Subky Abdul Latif

Boleh dikatakan umumnya masyarakat Cina menerima positif akan keputusan Hakim Zabidin Mohd Diah membebaskan Anwar Ibrahim dari tuduhan sodomi 11.Panggilan telefon dari Sabah memberitahu saya, dari sepuluh orang Cina Sabah yang ditemui menyatakan suka dan gembiranya atas keputusan itu.

Pada mereka, negara telah membuang banyak masa dan menghabiskan banyak wang rakyat bagi menaja fitnah terhadap Anwar. Itu mesej kritik yang disampaikan terhadap kerajaan.

Jika ia dapat ditafsirkan sebagai sikap umum masyarakat Cina di Sabah, ertinya mereka amat senang atas penyelesaian kes Anwar itu. Jika rayuan atas keputusan itu difailkan pula, maka bertambah lagi masa yang terbuang dan banyak tambahan penggunaan wang rakyat atasnya.

Ia adalah satu amaran kepada kerajaan Barisan Nasional betapa sepuluh orang Cina yang tidak senang masa dan wang dihabiskan untuk memburukkan Anwar, tidak seorang pun akan memberi undi kepada Dacing.

Ia boleh mempengaruhi suasana pilihan raya umum yang akan datang di Sabah.

Lim Guan Eng, Setiausaha Agung DAP menyatakan, sokongan masyarakat Cina di Sarawak terhadap Pakatan Rakyat — khususnya DAP — adalah lebih baik dari di Sabah.

Tetapi dengan bayang dari Sabah itu, boleh diandaikan, suasana di Sabah itu sudah menyamai Sarawak.

Jika pembebasan kes Anwar itu positif bagi Cina Sabah dan Sarawak, maka ia suatu yang positif bagi Pakatan Rakyat untuk menguasai pengundi Cina di dua buah negeri itu.

Tidak mustahil, pada pandangan pengamat politik Sabah, pembangkang boleh dapat lebih dari dua kerusi Parlimen sebagai PRU 2008 dulu. Pakatan boleh meraih hingga hampir 20 kerusi dan buat pertama kali boleh meraih lebih dari satu. Bagaimanapun Sabah belum dapat dirampas pembangkang.

Sebelum Anwar dibebabaskan bekas Timbalan Menteri MCA memberitahu kedua-dua bekas Presiden MCA Tan Sri Ong Ka Ting dan Datuk Seri Ong Tee Keat merasakan paling banyak MCA boleh dapat lima kerusi Parlimen.

MCA tidak ada isu yang hendak diketengahkan. Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan anaknya, MP Labis hanya menjaja isu hudud. Kiranya BN kalah, kerajaan Pakatan yang PAS ada di dalamnya akan melaksanakan hudud. Bagi keduanya hudud itu buruk bagi orang bukan Islam.

Itu saja isunya.

Jika sebelum keputusan mahkamah itu MCA rasa ia boleh menang paling banyak lima kerusi saja, maka tiada lonjakan bagi penyokong Pakatan selepas keputusan itu. Kiranya Cina Sabah melihatnya suatu yang positif, tidak mungkinkah ia juga yang rasakan oleh orang Cina di Semenanjung.

Selama ini MCA menang atas sokongan pengundi Melayu. Majoriti undi Cina dapat dibantu oleh majoriti undi Melayu. Tetapi andaian sekarang, majoriti kecil pengundi Melayu untuk BN tidak mampu menangkis majoriti besar undi Cina yang diberi kepada Pakatan.

Penerimaan orang Melayu tentang keputusan mahkamah itu berbelah bagi. Orang muda rata-rata melihatnya politif. Anwar dapat apa yang sepatutnya dia dapat. Dia sudah jadi orang bersih.

Tetapi ramai juga orang Melayu percaya apa yang diberitakan itu benar sekali pun mahkamah tidak menyokong berita itu. Bagi mereka seorang yang didakwa itu adalah bersalah. Sekalipun mahkamah membebaskannya, tetapi pembebasan itu adalah disebabkan oleh tidak cukup bukti. Bukan kerana tidak bersalah.

Islam telah mengingatkan apabila datang berita dari orang pasik, maka hendaklah disiasat dan dipastikan kebenarannya.

Ulama seperti Tok Guru Nik Aziz menerima berita dengan rasa syukur hingga beliau berpuasa syukur.

Tetapi orang yang tidak alim tidak mengira hakim telah membuat keputusan yang betul.

Apapun keputusan itu tidak wajar ditakwil kecuali oleh mahkamah rayuan.

Azmin jangan dok buat pekak badak pulak...

Posted: 19 Jan 2012 09:05 AM PST

PR Perlu Dibebaskan Dari Masalah Keluarga Azmin

SUKA atau tidak (atau bagaimana kita mahu melihatnya), perlu diakui bahawa pelbagai masalah yang menimpa keluarga Timbalan Presiden PKR, YB Azmin Ali kebelakangan ini telah sedikit sebanyak menempek kesan yang negatif kepada parti tersebut dan Pakatan Rakyat secara keseluruhannya.

Daripada perbalahan terbuka antara Azmin dengan adiknya Umi Hafilda Ali, sehingga menjangkit kepada seorang lagi adiknya, Azwan Ali, semua ini telah sedikit sebanyak merosakan imej PKR dan Azmin Ali sendiri.

Mana tidaknya, bukan sedikit yang mempertikaikan kemampuan Azmin Ali menyelesaikan masalah negara yang lebih utama jika Pakatan Rakyat dipilih menjadi kerajaan di peringkat persekutuan kelak, kalau beliau gagal menyelesaikan masalah dalaman keluarganya sendiri.

Penulis lihat, dikala Azmin cuba menonjolkan Azwan sebagai ahli keluarga yang masih bersama-sama dengannya, Azwan pula mencipta masalah dengan Umi Hafilda dengan mengugut untuk 'membunuhnya', sehinggalah masalah tersebut berakhir dengan keduanya berpelukan meminta maaf disamping adegan deraian air mata.

Dari segi 'roh'nya, eloklah kedua saudara bermusuhan ini berbaik semula tapi ini bukan setakat masalah 'roh' sahaja tapi ia turut sama memaparkan Azmin sebagai pemimpin no. 2 dalam PKR tapi jelas semakin terpinggir dari keluarga sendiri dengan 'termeterainya' perdamaian Azwan-Umi Hafilda.

Sudahlah penulis dikhabarkan yang Azmin tidak lagi bertegur sapa dengan ibunya sendiri!!!

Penulis benar-benar tidak pasti, malah tidak langsung peduli apa pun masalah dengan kaum kerabat Azmin Ali ini. Yang penulis utamakan ialah bagaimana nak memastikan perbalahan keluarga ini berakhir tanpa Pakatan Rakyat terjejas dimana-mana.

Cukup mengenai adik beradik.

Telah sampai ke telinga penulis bahawa para blogger UMNO bersedia untuk melancarkan serangan ke atas isteri Azmin pula, Shamsidar Taharin. Ia berkaitan dengan pemilikan saham sebuah syarikat oleh Shamsidar bernilai RM 20 juta, lebih 15 tahun lalu.

Tidak setakat Azmin, isu ini juga dikatakan berkaitan dengan Anwar yang ketika itu masih memegang jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, dengan Azmin sebagai Setiausaha Sulitnya.

Penulis bukan takut dengan 'pendedahan' sedemikian, apatah lagi siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sendiri tidak menemui sebarang salah laku dalam aduan yang dibuat oleh Umi Hafilda pada 2009 (walaupun hasil siasatan tidak pernah didedah SPRM).

Disamping, penulis pasti ia adalah satu lagi tuduhan tidak berasas yang bertujuan untuk menjatuhkan imej Anwar, Shamsidar dan Azmin sendiri. Tapi yang penulis rungsingkan ia sekali lagi berpunca dari kaum keluarga Azmin Ali!!!

Persoalannya, sehingga mana dan sampai bila isu-isu berkaitan keluarga Azmin Ali ini akan terus melingkari PKR sebagai parti peneraju Pakatan Rakyat?

Penulis sedar, sebagai ahli politik memang cabaran-cabaran sedemikian adalah lumrah, tapi kalau masalah itu asyik-asyik berpusat dan berlingkar dari satu punca (dalam hal ini keluarga Azmin Ali), apakah maksudnya itu?

Penulis menyeru kepada YB Azmin Ali, cubalah cari jalan terbaik untuk menyelesaikan masalah ini secara baik dan tidak membabitkan parti dalam masa yang sama.

Masalah keluarga Azmin ini sudah menjadi liabiliti kepada Pakatan Rakyat, penulis tidak mahu dek kerana masalah ini, Azmin pula akhirnya nanti yang akan menjadi liabiliti kepada Pakatan Rakyat dan PKR.- SPR

Hassan Ali yang kembang kempis hidungnya... kahkahkah...

Posted: 19 Jan 2012 07:30 AM PST

HASSAN ALI KINI MULAI BELAJAR MEMBUAT FITNAH

DR HASSAN ALI setelah dipecat dari PAS kini mulai belajar dari beberapa pemimpin Umno untuk melakukan kerja fitnah. Kononnya seorang pejuang Islam yang tulen, tetapi melakukan fitnah terang-terangan apabila mendakwa DS Anwar menyokong golongan Homoseks hanya berpandukan kepada media pencacai dan wawancara di Youtube yang beliau sendiri tidak melihatnya sepenuhnya wawancara berkenaan. Baca apa yang `Pejuang Islam, kaki fitnah' itu sebut di SINI.

Pada saya Dr Hassan Ali lebih bangsat dari segala bangsat demi kerana dendam dan hati yang busuk terhadap DS Anwar. Beliau melepaskan dendamnya akibat terbuang dari PAS dan ingin meletakkan dirinya sebagai Pejuang Islam yang agung. Apa sebenarnya masalah bangsat ini? Mula-mula menuduh PAS tidak betul kerana prinsip Negara Berkebajikan. Kemudiannya, tarik balik dakwaan beliau itu kononnya beliau terlebih cakap. Selepas itu, menghasut orang ramai agar tidak menyokong DS Anwar Ibrahim semata-mata beliau mendengar khabar bahawa DS Anwar tidak bermoral.

Apabila dipecat dari PAS, beliau menuding jari ke atas DS Anwar mengakibatkan beliau dipecat. Kemudiannya menyebut terdapat `parasit-parasit' di dalam PAS yang menyebabkan beliau dipecat. Ertinya, sudah tentu bukan DS Anwar `parasit' kerana DS Anwar bukan berada di dalam PAS. Tetapi mengapa si bangsat ini menuduh DS Anwar menyebabkan beliau dipecat? Ini bermakna, hujah yang lintang pukang dari awal menunjukkan Dr Hassan Ali ini mempunyai hati yang busuk dan tidak hairanlah orang seperti ini dicampakkan oleh PAS selayaknya ke dalam tong najis.

Beliau menyebut, Tuan Guru Nik Aziz dan Hj Hadi lebih layak jadi PM dari DS Anwar. Memanglah, jika ditanya pada kita sekalipun kita pun beranggapan sedemikian. Tetapi, jika Tuan Guru Nik Aziz atau Hj Hadi bersetuju DS Anwar menjadi PM sepertimana Almarhum Ustaz Fadzil Noor juga pernah bersetuju DS Anwar jadi PM, apa masalahnya yang menyakitkan hati bangsat ini? Apakah kerana dia rasa jika bukan Tuan Guru Nik Aziz atau Hj Hadi yang layak menjadi PM, maka beliau merasa beliau yang layak? Jijik aku membayangkan orang ego, sombong dan bongkak ini mahu dilantik menjadi PM.

Dr Hassan Ali masuk PAS ketika PAS sudah segar bugar. Beliau tidak pernah merasai kesusahan di dalam PAS sebagaimana Mat Sabu, Mahfuz dan beberapa orang lain rasai. Usahkan mahu menyebut bangsat ini pernah dipenjarakan atau ditangkap di lokap mahu pun di bawah Akta ISA, mahu melihat bangsat ini hadir berhimpun di dalam demontrasi selaku pejuang pun susah. Beliau masuk PAS beberapa tahun kemudian terus berada di pejabat penghawa dingin selaku Exco. Apa keperitan yang beliau rasai sepanjang di dalam PAS?

Islam tidak boleh tertegak hanya dengan ucapan tegang-tegang urat leher mahu pun kembang-kembang hidung berteori, wahai Hassan Ali. Islam tidak boleh ditegakkan dengan bersekongkol dengan musuh-musuh Islam dan membuat fitnah. Islam juga tidak boleh didaulatkan secara bersendirian.

Allah tidak memandang seseorang itu pada awal kehidupannya, tetapi Allah memandang seseorang itu pada akhir penghidupannya. Dan, bangsat ini telah memilih jalan yang beliau lalui sekarang iaitu meninggalkan Jemaah Islam untuk bersama golongan-golongan munafik yang menjadikan fitnah sebagai cara hidup./wfauzdin.blogspot.com

Memang sah tiga suku mamat nih...

Posted: 19 Jan 2012 04:29 AM PST

Kontroversi 'Bogel' Ciptaan Zul Suphian

Oleh: laniismaa

Terasa aneh dan pelik membaca kenyataan tiga suku Zul Suphian [Kosmo]. Kenyataan yang dibuat sesedap mulut nak bercakap.

"SAYA tidak akan menolak jika ditawarkan untuk berbogel dalam mana-mana filem di masa-masa hadapan dan isteri saya pun tidak kisah jika saya dikehendaki berbogel sekali lagi (dalam filem)."

Tiada rasa sesal dan bersalah dalam kenyataan beliau dengan nama sebenar Nurzul Suphia'an Sa'ban, 38 @ Zul Handy Black. Kononnya mencipta jenama namun terpaksa telanjang untuk mendapat perhatian. Sebelum ini ada adegan bogelnya dalam filem Mantra dan kini adegan ghairahnya bersama aktres Mon Ryanti untuk filem Keramat yang kini sedang ditayangkan di pawagam.

"Saya beruntung kerana keluarga dan isteri saya, Fyza memahami tugas saya selaku seorang pelakon. Mereka tahu saya lakukan semua ini untuk tugas saya dan saya juga akan bertindak profesional. Isteri saya tidak kisah, kerana dia tahu saya ramai 'teman wanita' dalam setiap produk lakonan saya,"

Beruntung kerana mendapat isteri yang juga 'sekufu' dalam soal melanggar batas-batas agama. Dia berbangga mempunyai isteri yang memberi sokongan kuat sebegitu. Kedua-dua tak mampu mengimbangi antara keduanya.

Alasan dangkal dan lagi tiga suku "mengikut kehendak pengarah" dan "supaya penonton dapat gambaran yang lebih jelas". Memang mengikut kehendak pengarah kerana diri yang senang diketuk. Kasihan juga kepada beliau kerana tak mampu berbuat apa-apa dan 'patuh'.

Apakah dengan berbogel akan menjadikan penonton dapat gambaran lebih jelas. Lebih jelas tentang apa sebenarnya, tentang filem atau nak menjelaskan punggung supaya lebih jelas dilihat orang.

Dengan sanggup berbogel filemnya mendapat juta-juta dan menjadi box-office? Mungkin juga dapat menghiasi muka depan majalah bogel.

SENARAI KUTIPAN FILEM 2010


Finas

Kutipan filem Mantra hanya RM2.74 juta. Tak kemana pun. Pelakon yang disuruh berbogel pun lingkup, pengarah yang mengarahkan berbogel pun lingkup. Dengan hanya RM2.74 juta bermakna gagal dan adegan ranjang dan berbogel tak menjadikan sesebuah filem itu baik dan lebih baik baik. Yang jelas hanya pengarah dan pelakon yang syok sendiri!

Hampa tak bau hancing ka...

Posted: 19 Jan 2012 01:30 AM PST

RM500 Bukan Bagi Percuma, Bayar Semula Nanti. Kena Tipu Lagi Rakyat Malaysia.
Begitu gembira rakyat yang berjaya digula-gulakan oleh Kerajaan UMNO apabila mendapat RM500 dibawah program Bantuan Rakyat 1Malaysia yang hangat diperkatakan sekarang. Gembira seketika dan akan berdukacita untuk selama-lamanya selagi UMNO berkuasa di Putrajaya.

Tahukah rakyat semua, dari manakah wang yang kononya diberikan itu sebagai prihatin kerajaan dan ingin meringankan bebanan rakyat? RM500 boleh belanja untuk berapa hari? Untuk meringan beban apa? Sedangkan puak-puak lanun di atas sana merompak beratus ribu malahan berjuta-juta ringgit wang rakyat dan negara.

Bagi RM500 sibuk satu dunia. Wang RM500 itu adalah wang yang dipinjam oleh kerajaan dari jabatan-jabatan yang menyimpan dan memungut wang dari rakyat selama ini. Samada wang dari KWSP, Lembaga Hasil Dalam Negeri, Tabung Haji, Wang milik peneroka Felda dan sebagainya. Ianya wajib dibayar semula oleh kerajaan kepada jabatan-jabatan ini dengan faedahnya sekali. Siapa yang akan membayarnya dan dari wang diambil untuk membayarnya kelak? Tidak lain dan tidak bukan, rakyat juga yang akan dipaksa untuk membayar pinjaman itu kelak dengan cara menaikan bil letrik, minyak petrol dan diesel, barangan kegunaan harian seperti gula, tepong, susu, beras dan lain-lain lagi. Termasuk juga barangan binaan sepeti simen, kayu, atap dan banyak lagi. Malahan kerajaan akan mendapat jumlah yang berliapat kali ganda banyaknya dari apa yang diberikan kepada rakyat itu.

Kenaikan ini berkekalan sepanjang masa sehingga bila-bila kecuali UMNO berjaya ditumbangkan pada PRU13 nanti. Tidak ada dan belum pernah lagi kerajaan yang beri wang tunai kepada rakyat secara percuma, semuanya mempunyai muslihat dan ada udang disebalik batu. Termasuklah wang ihsan RM300 yang diberikan selama ini. Semua bukanya percuma, kena bayar semula secara halus dan tanpa disedari oleh rakyat.

Ketika setiap kali musim pilihanraya pula, UMNO juga menabur wang tunai kepada rakyat untuk tujuan meraih undi. Yang itu bukan wang pinjaman tetapi adalah wang cagaran yang ditaburkan oleh syarikat-syarikat judi, kilang arak dan pusat maksiat dan persundalan yang dilesen kan oleh kerajaan UMNO. Itu sebabnya UMNO mewah menabur wang pada setiap kali pilihanraya. Pihak-pihak yang memberi wang itu bukan saja-saja beri, malahan juga mempunyai niat supaya jasa mereka dibalas semula apabila UMNO menang dan berkuasa semula selepas pilihanraya. Lesen judi, kilang arak dan pusat maksiat akan disambung semula lesen mereka. Mereka akan dibenarkan untuk menambah cawangan atau kilang-kilang baru dan tidak akan diganggu atau diserbu. Maka gemuklah rakyat yang gembira sakan pada musim pilihanraya kerana ditaburkan wang haram oleh UMNO.

Berbeza dengan negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat seperti Selangor dan Pulau Pinang yang memerikan wang tunai kepada rakyat mereka. Mereka gunakan wang lebihan dari hasil penjiamatan belanjawan tahunan. Belanjawan yang mereka gunakan untuk pembangunan negeri berlebihan setiap tahun, maka lebihan itulah yang diagihkan kepada rakyat secara tunai. Bukan pinjam dari pihak lain. Sejak Pakatan Rakyat memerintah Selangor dan Pulau Pinang, belanjawan negeri mengalami "surplus" atau wang berlebih termasuk juga negeri Kedah. Bukanya seperti negeri-negeri di bawah pemerintahan UMNO/BN, belanjawan tak pernah cukup dan sentiasa mengalami "defisit" yang tak pernah kurang malahan bertambah setiap tahun. Kerana apa? Kerana penyelewengan dan rasuah yang terlalu banyak. Berlaku pecah amanah dan penyewengan dalam menggunakan wang rakyat secara berluas-luasa tanpa kawalan. Maka itu sebablah ada negeri dibawah pentadbiran hampir "bankrap" jika tidak dibantu kewanganya oleh Kerajaan Pusat.

Itulah sebab dan puncanya orang Melayu hidup merempat, melarat dan ketinggalan dalam semua aspek berbanding dengan bangsa lain. Mereka ditipu oleh bangsa sendiri. Ditindas dan digula-gulankan oleh pemimpin yang sebangsa dengan mereka, kemudian mereka salahkan DAP dan bangsa lain kononya menindas orang Melayu dan merampas hak orang Melayu. Tetapi sebenar puncanya ialah angkara puak UMNO sendiri yang pandai bermanis muka dan berlakun di hadapan rakyat yang berbangsa Melayu. Melayu UMNO sanggup buat apa saja kerja kotor mereka asalkan mereka berjaya memperdayakan bangsa mereka sendiri untuk mengundi dan memberi mereka kuasa untu memerintah lagi. Kemudian mereka tipu dan tindas lagi orang Melayu yang mengundi mereka itu. Sampai bilakah Melayu sanggup diperbodohkan dan menjadi seperti lembu dan kerbau peliharaan UMNO? Jika masih sanggup berkeadaan begitu, jangan menyesal nanti jika bangsa asing menguasai semua hal dalam negara kita termasuk dalam urusan politik. Pemimpin UMNO tidak peduli emua ini kerana mereka sudah menyimpan dan mengumpulkan wang kekayaan yang melimpahruah diluar negara sana. Jika terjadi apa-apa kepada negara, mereka dan keluarga dengan mudah lari ke luar negara dan meninggalkan rakyat yang sudah tidak berguna lagi buat mereka.

Jadi, apakah ketika itu baru orang Melayu hendak sedar? Sudah tidak berguna lagi. Negara sudah tergadai kerana hutang terlalu banyak, maka bersedialah kita senasib dengan saudara kita di Palestin sana. Berubahlah dari sekarang. Masa dan peluang masih ada. Tinggalakan UMNO untuk selamanya. Tumbangkan mereka dalam PRU13 nanti. Itulah sumbangan terbesar kita kepada agama, bangsa dan negara tercinta. Wallahualam.

Jika "ARAK" itu ibu segala kejahatan, "UMNO" pula adalah ibu segala kezaliman, penipuan dan kemungkaran. Maka benci & jauhilah kedua-duanya untuk selamat dunia dan akhirat."

Hangpa ingat dia ni macam Hassan Ali ka... kahkahkah...

Posted: 19 Jan 2012 12:00 AM PST

Saya Tidak Kecil Hati - Abdul Rani

SHAH ALAM- Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Meru, Dr Abdul Rani Osman menegaskan beliau tidak berkecil hati walaupun tidak dilantik sebagai Exco Kerajaan Negeri Selangor seperti yang disebut-sebut pelbagai pihak.

Menurut Dr Abdul Rani, beliau sendiri tidak mengharapkan jawatan berkenaan walaupun pelbagai pihak sebelum ini membuat spekulasi dengan mengatakan Pesuruhjaya PAS Selangor itu merupakan individu paling layak menggantikan Datuk Dr Hasan Mohamed Ali sebagai exco.

"Tidak, tidak, tidak. Saya memang tak minta (jawatan ini). Saya pun baru lagi dalam PAS, baru masuk PAS pada 1999.

"Saya langsung tidak berkecil hati. Semalam saya dapat tahu keputusan ini dan saya bersyukur. Saya akan teruskan tugas sebagai Pesuruhjaya, Adun dan Pengerusi SKIMSEL (Skim Mikro Kredit Miskin Luar Bandar)," katanya ketika ditemui pemberita di Istana Bukit Kayangan di sini, Rabu.

Terdahulu Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menyampaikan watikah pelantikan Exco Kerajaan Negeri Selangor yang baru kepada Adun Sijangkang, Dr Ahmad Yunus Hairi.

Pelantikan itu bagi menggantikan Hasan yang dipecat daripada PAS dua minggu lalu kerana tindakannya yang dikatakan menyalahi dan merugikan kepentingan parti itu.

Portfolio Hal Ehwal Islam yang dipegang Hasan sebelum ini turut diambil alih Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menerusi satu rombakan kecil.

Selain itu ditanya mengenai perubahan portfolio Hal Ehwal Islam yang secara lazimnya dipegang oleh exco PAS, Abdul Rani berkata perkara itu bukan satu masalah.

"Tak apa, semalam juga Tan Sri Abdul Khalid ada menyebut kalau ada apa-apa kesalahan, beliau minta PAS tegur," katanya.

-mStar

Pembohong hidup-hidup... kahkahkah...

Posted: 18 Jan 2012 11:10 PM PST

Saya dengar lain, akhbar tulis lain - Nik Aziz

Rizal Tahir

KOTA BHARU, 18 Jan: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan dakwaan terhadap Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim penyokong 'gay' adalah karut.

Katanya, pihak media masih belum serik membuat fitnah terhadap Anwar walaupun usaha yang sama menerusi kes liwat telah tersungkur.

Katanya, apa yang beliau dengar kenyataan Anwar berhubung undang-undang gay berlainan dengan apa yang tersiar dalam media.

"Saya dengar Datuk Seri (Anwar) sebut benda lain tetapi surat khabar tulis benda lain.

"Sudahlah tuduhan liwat baru-baru ini memakan masa berpuluh tahun berakhir dengan sekelip mata, kali ini tak serik lagi nak buat tuduhan lain pula," ujarnya.

Beliau seterusnya mengingatkan pihak lawan untuk menyerang parti yang lain perlu menyerang dasar dan bukan batang tubuh atau peribadi.

"Menyerang manusia ini dipanggil mengumpat, tetapi politik ini diserang dasar oleh pihak lawan dan bukannya peribadinya.

"Serang dasar parti yang dipegang oleh Datuk Seri, itu perkara lain, ini tidak serang peribadi, semuanya kerja tak cerdik," ujarnya lagi.

Sebelum itu,Tuan Guru yang juga Menteri Besar Kelantan menerima kunjungan Menteri Pembangunan Pusat Bandar Kampung Baru dan Kewangan Negara China, Zhao Guang Qing, di pejabatnya tengah hari tadi.

Turut sama dalam kunjungan berkenaan, Exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa dan bekas anggota Dewan Negara, Ahmad Rusli Ibrahim.

Sementara itu Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, BN sendiri ternyata gagal dalam menangani isu homoseksual ini.

Malah beliau mempersoal, apa tindakan kerajaan terhadap aktiviti terkutuk itu yang aktif beroperasi di sekitar Chow kit dan Lorong Haji Taib.

"Kalau benar kerajaan BN bersungguh menentang gay, kenapa di Lorong Haji Taib ini bersepah aktiviti ini.

"Saya nak katakan bahawa, undang-undang yang sedia ada ini gagal menangani permasalahan ini," katanya.

Nasib baik la hang Hassan Ali woii...

Posted: 18 Jan 2012 08:00 PM PST

Nasib baik DSAI tak saman Hassan Ali

Oleh: umnopenyangak

Assalamuaikum,,..

DSAI mengumumkan akan menyaman Utusan Malaysia sebanyak RM50 juta kerana menyiarkan berita fitnah berkaitan satu temuramah DSAI dengan BBC.Apa yang menairk berita yang menjadi sebab kenapa DSAI mengambil keputusan untuk menyaman Utusan ialah berita yang menyiarkan kenyataaan Hassan Ali mengenai tuduhan dan tohmahnya terhadap DSAI sebagai penyokong homosek sejak dulu lagi.Peliknya, DSAI hanya mahu menyaman Utusan tetapi tidak Hassan Ali.Sokongan DSAI terhadap homosex didakwa pegangan asasi DSAI oleh HA.

Bukankah ini merupakan satu dakwaan yang terlampau yang boleh dianggap menghina seseorang yang langsung tidak dicerminkan oleh temuramah tersebut.Oleh itu, ia membuka ruang yang luas untuk DSAI menuntut haknya di sisi perundangan atau dengan kata kata lain memberi hak kepada DSAI untuk turut menyaman HA bersama sama utusan.

Kalau tidak HA akan sibuk dimahkamah dari sibuk di jalanraya untuk mendedahkan siapa parasit dan siapa pelesit dalam PAS.Mujurlah DSAI hanya mengambil keputusan untuk menyaman utusan yang bermakna HA terlepas dari komitmen mahkamah.HA seharusnya menumpukan kerjanya untuk memberi nama dan bukti parasit yang didakwanya sedang menguasai PAS.

HA tak perlu risau, kerana dalam jemaah PAS masih ramai yang berpegang kepada kebenaran, jadi kalau HA tampil dengan bukti kebenaran yang nyata pasti akan disokong oleh majoriti jemaah.Tapi sehingga kini HA tak buat apa apa selain sembang kosong dengan surat khabar dan TV pengampu UMNO.Belumpun selesai kerja kerja pembuktian parasit, HA dah melompat menuduh DSAI menyokong homosex dan menyeru rakyat menolak DSAI sedangkan hujah yang digunakan merupakan putarbelit temuramah DSAI dengan BBC.Di mana parasit?Entah entah nanti yang keluar bukan parasit tetapi pelesit dan hantu rayau.

Faktanya, HA harus berterima kasih dengan DSAI kerana mengecualikan namanya dalam saman yang bakal dikemukakan di mahkamah dan ini memberi peluang kepada HA untuk meneruskan kerja kerja pembuktian parasitnya.Apa tunggu lagi wahai HA?

Pasai apa Khoo Kay Kim tetiba jadi berani... kahkahkah...

Posted: 18 Jan 2012 06:00 PM PST

Profesor Khoo Kay Kim berani kerana seolah sudah tahu kerajaan UMNO akan jatuh.

Prof Khoo Kay Kim seolah sudah tahu kerajaan BN tidak lama memerintah Malaysia.Justeru itu Prof Khoo Kay Kim berani menimbulkan polimik baru. Dahulu beliau tidak sebegini berani.Dahulu beliau tidak menyentuh pun "tak kan Melayu hilang di dunia".Sekarang Ali Rostam pun tak senang duduk.

Khoo Kay Kim berani menyindir kerajaan Najib dan Menteri Pelajaran, Muhyiddin Yassin.

"Memang amat menyedihkan, ketika kita menjadi semakin moden kita menjadi bertambah jahil, tetapi kita amat bagus berkonfrontasi. Tanya mereka tentang Malaysia...siapa orang Melayu pertama menjadi doktor, siapa yang pertama menjadi penjawat awam, mereka tidak tahu...90 daripada 100 kali ditanya mereka tidak dapat jawab," katanya di Kuala Lumpur hari ini.

"Saya banyak dikritik kebelakangan ini kerana saya mengatakan tidak wujud manusia seperti Hang Tuah, Hang Jebat yang mereka fikir amat penting. Jika anda tidak bersetuju tunjukkan bukti kepada saya, padahal bagi saya mereka sekadar unsur mistik dan anda tidak boleh memberi penekanan kepada unsur mistik."kata Prof Khoo Kay Kim.

"Di Kuala Lumpur misalnya, ada Jalan Hang Tuah, Jalan Hang Jebat tetapi tidak ada Jalan Sutan Puasa (dan) beliau pemimpin Mandailing, yang pertama membuka KL (Kuala Lumpur)," katanya yang menyarankan kajian semula subjek sejarah."kata Khoo Kay Kim.

InsyaAllah kejatuhan kerajaan BN akan mempercepat penulisan semula sejarah Tanah Melayu dan Malaysia.Pakatan Rakyat yang akan mendahului zaman.Sejarah Mat Indera juga akan disemak kembali.Sejarah UMNO yang sudah matipun akan ditulis kembali.InsyaAllah sudah tidak lama lagi untuk rakyat menantikan Malaysia Baru di bawah Pakatan Rakyat.- Pak Karamu

UMNO nak kona kot mana pulak nih...

Posted: 18 Jan 2012 04:00 PM PST

AWAS!! Rupanya Pembebasan Anwar Adalah Perancangan UMNO

Oleh: siasahkini

Sudah diduga sejak awal lagi, apabila mahkamah membuat keputusan untuk membebaskan DSAI dari tuduhan liwat, berbagai tafsiran bermain dalam fikiran kita. Pembebasan adalah suatu yang tidak sepatutnya berlaku dan tidak mungkin tetapi ke penjara adalah suatu yang sudah pasti dan dijangka.

Jika UMNO sudah merancang dari awal untuk membebaskan DSAI, sudah tentu mahkamah sudah membuang kes ini sejak dari mula perbicaraan lagi, tetapi oleh kerana UMNO yakin bahawa rakyat akan dapat ditipu dan diyakinkan dengan saksi-saksi dan bukti-bukti palsu mereka maka ianya tetap diteruskan. Tetapi dipertengahan jalan, UMNO sudah mula ternganga dan panik apabila semua hujah pendakwaraya, bukti dan saksi mereka berjaya dipertikai dan dipatahkan oleh peguambela DSAI.

Untuk mengelakan rasa malu, maka ianya diteruskan juga tetapi mereka mengubah skrip kerana perbicaraan yang mengambil masa terlalu lama sehingga hampir kepada PRU13, maka hakim yang mulanya diberikan skrip supaya memenjarakan DSAI diarahkan pula supaya mencari alasan yang meragukan untuk membebaskan DSAI kerana PRU13 sudah hampir. Dan dengan itu mereka cuba memperdaya dan menipu rakyat sekali lagi kononya mahkamah telah membuat keputusan yang adil dan tidak dipengaruhi oleh UMNO.

Sedangkan mereka lupa bahawa semua rakyat dan dunia sudah tahu yang kes fitnah liwat ini adalah direkacipta oleh puak-puak UMNO termasuk kes video sek itu. Tiba-tiba mereka buat muka selamba seolah-olah setuju juga dan terima dengan hati terbuka keputusan mahkamah ini, kononya. Sebenarnya mereka sudah tersepit kerana PRU13 sudah hampir. Jadi terpaksalah berlakun lagi. Golongan munafiq memang tidak punya sifat malu, muka mereka memang tebal.

Namun begitu, ramai yang ragu di atas pembebasan itu dan menunggu tindakan seterusnya dari pihak pendakwaraya samada akan mengemukakan rayuan atau sebaliknya sebelum rakyat membuat kesimpulan muktamad. Kini, segala keraguan sejak pembebasan hari itu menunjukan kebenaran bahawa pembebasan DSAI hanya satu lakunan dan muslihat UMNO dengan memperalatkan badan kehakiman itu. Kini rayuan telah pun difailkan di Mahkamah Rayuan atas arahan UMNO, mengapa?

1. UMNO merancangkan supaya Mahkamah Rayuan menolak rayuan tersebut sebelum PRU13 dan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi, dengan itu UMNO akan bertempik sekali lagi menipu rakyat bahawa UMNO tidak mempengaruhi mahkamah dalam kes ini.

Rakyat yang bodoh dan tolol akan percaya dan terus mengundi UMNO, setelah menang PRU13, UMNO akan mengarahkan pendakwaraya supaya membuat rayuan di Mahkamah Persekutuan pula, dan keputusanya yang di skripkan oleh UMNO ialah, Mahkamah Persekutuan membatal kan keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi serta Mahkamah Rayuan dan DSAI akan dipenjarakan. Rakyat ternganga kerana berjaya ditipu oleh UMNO atau:

2. Mahkamah Rayuan akan diarahkan oleh UMNO supaya melambat-lambatkan untuk membuat keputusan sehingga diadakan PRU13 dulu, setelah UMNO menang, maka Mahkamah Rayuan diarahkan oleh UMNO supaya membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi dan DSAI di penjarakan. Berjaya lagi UMNO memperbodohkan Melayu UMNO.

Mereka tidak akan penjarakan DSAI sebelum PRU13 kerana tahu akan akibatnya. Oleh itu UMNO akan pastikan mereka menang dalam PRU13 dulu dan selepas itu barulah tindakan melalui mahkamah diambil untuk sumbatkan DSAI ke penjara. Ketika itu rakyat tidak boleh berbuat apa-apa lagi. Kena tipu dan kena perdaya lagi orang Melayu oleh UMNO.

Tetapi sekiranya dalam PRU13 Putrajaya berjaya dirampas dari UMNO/BN, kedua-dua kes liwat 1 & 11 serta kes video sek DSAI akan dibuka semula tetapi di Mahkamah Syariah mengikut hukum Qazaf. Maka disini nanti kita akan melihat dan mendengar sendiri pengakuan Azizan Abu Bakar dan Saiful serta Datuk "Trio" samada berterus terang atau menghadapi hukuman sebat seperti yang digarispandukan oleh Islam.

Bukan itu saja banyak kes-kes besar yang melibatkan pemimpin UMNO Pusat dan Negeri juga akan dibuka fail semula di mahkamah untuk dibicarakan. Kes Altantuya, kematian di pejabat SPRM, PKFZ, Perwaja, kematian Norita Samsudin, kehilangan enjin kapalterbang, Al Maunah, Memali, pembelian kapal selam dan jet pejuang dan banyak lagi termasuk juga kehilangan wang Tabung Haji, wang zakat, baitulmal dan wakaf. Ketika itu barulah kita melihat bagaimana puak-puak UMNO yang selama ini menyokong dan percaya pada pemimpin mereka akan memaki hamun pula kerana baru sedar selama ini mereka ditipu hidup-hidup dan diperbodohkan oleh UMNO. Selain dari, mereka juga akan didedahkan dengan kekayaan dan harta milik pemimpin mereka selama ini yang tidak pernah rehat dari menyamun dan merompak harta rakyat dan negara. Nasi sudah menjadi bubur. Jika mereka ingin bubur menjadi nasi semula, pastikan UMNO/BN tersungkur pada PRU13 nanti. Jangan undi mereka lagi, cukup dan cukuplah tu.

Walaubagaimana pun ini boleh dianggap sebagai andaian penulis tetapi kita tunggu dan lihat permainan seterusnya oleh UMNO ini. Kita kena ingat, penasihat UMNO kini ialah APCO, iaitu golongan Yahudi yang dilaknat oleh Allah dan Rasul yang amat memusuhi umat Islam itu . Jadi, oleh kerana UMNO sudah percaya dan menjadi sekutu mereka, maka APCO akan menggunakan tipuhelahnya untuk memporakporandakan negara ini dengan menggunakan UMNO, apatah lagi hanya UMNO sahaja yang boleh diharapkan oleh Yahudi untuk mengikut telunjuk mereka. Mereka jugalah antara penasihat UMNO dalam menghadapi Pakatan rakyat, kebangkitan Islam dan juga DSAI selain dari penasihat setia UMNO iaitu seorang mentor tua yang sudah nyanyuk yang tunggu masa untuk mampus itu iaitu si Mahathir .

Ingatlah, jangan sekali-kali kita percaya kepada kenyataan pemimpin dan puak UMNO bahawa mereka tidak pernah mempengaruhi keputusan mahkamah, hakim adalah bebas dalam membuat keputusan. Hanya orang gila dan buta hati saja yang akan percaya. Lihat sahaja kes Linggam dan kes rampasan kuasa di Perak, bagaimana Hakim dipaksa oleh UMNO supaya mengikut skrip mereka. Bebasnya mahkamah hanyalah kepada kes-kes mat rempit, seorang ayah mencuri setin susu untuk anaknya yang kelaparan kerana ketiadaan wang, kes rompakan bank, mencuri kabel dan sebagainya tetapi tidak sesekali dalam kes yang melibatkan kepentingan pemimpin tertinggi UMNO dan kes yang boleh menggugat kekuasaan UMNO terutamanya kes-kes yang melibatkan pemimpin pembangkang. Jika kes-kes pembangkang itu dikira tidak menjejaskan kepentingan UMNO dan pemimpinya maka ianya UMNO akan membiarkan saja kepada mahkamah untuk membuat keputusan sendiri tanpa campurtangan dari mereka.

Inilah hakikat, kenyataan dan fakta yang telah dan sedang berlaku dalam negara kita dan akan terus berlaku selagi UMNO dibiarkan terus berkuasa. Yang menjadi mangsanya ialah rakyat yang tidak mampu untuk melawan dan bersuara. Rakyat dikunci mulut dan diikat tangan kakinya dengan undang-undang yang diluluskan oleh penguasa supaya rakyat hanya boleh angguk, patuh dan ikut sahaja.

Itulah sebenarnya wajah UMNO dulu, kini dan selamanya. UMNO adalah peguambela, pendakwaraya dan UMNO jugalah hakim yang menentukan segalanya. Mereka jadikah rakyat umpama haiwan belaan yang hanya ikut arahan dan diberikan makan apabila lapar.

Apa yang berlaku dan dilakukan oleh UMNO, biarkan dan jangan peduli. Ambil RM300, ambil RM500, ambil kain pelikat, kain batik, surah yasin dan duduk diam. Maka sebab itulah bangsa Melayu tidak pernah berubah sejak dulu hingga sekarang kerana diperbodohkan oleh pemimpin mereka yang mereka sendiri pilih. Biarlah merempat, biarlah anak tak ke sekolah dan biarlah makan pucuk ubi hari-hari, asalkan jangan lawan pemimpin mereka yang hidup dalam kemungkaran, kezaliman dan penipuan itu. Biarkan, biarkan, kami redha, biarlah pemimpin kami nak makan rasuah ke, nak rompak wang negara ke, nak rampas tanah orang Melayu ke, nak hina syariat Allah ke, nak fitnah orang ke, nak bunuh orang ke, nak gadai negara ni ke, biarkan, biarkan. Itulah dia jawapan dan yang ada dalam fikiran Melayu yang sokong UMNO.

Inilah jenis Melayu bodoh, tolol, tak ada nilai, tidak ada guna untuk agama dan negara. Itulah Melayu celaka lagi hina dibawah telunjuk dan menjadi lembu peliharaan UMNO.

Walauapa pun terjadi, pastikan PRU13 UMNO mesti ditumbangkan. Jika tidak bukan sahaja DSAI dan keluarganya tidak selamat dan tidak aman, malahan majoriti rakyat (kecuali puak UMNO) dan harta negara juga tidak akan selamat. Jika arak itu ibu segala kejahatan, UMNO pula adalah ibu segala kezaliman, penipuan dan kemungkaran.

Tiada ulasan: