Khamis, 19 Januari 2012

Muslimeen United

Muslimeen United


BR1M: 1Malaysia Kena Kelentong Hidup-Hidup

Posted: 19 Jan 2012 05:48 AM PST


Begitu gembira rakyat yang berjaya digula-gulakan oleh Kerajaan UMNO apabila mendapat RM500 dibawah program Bantuan Rakyat 1Malaysia yang hangat diperkatakan sekarang. Gembira seketika dan akan berdukacita untuk selama-lamanya selagi UMNO berkuasa di Putrajaya.

Tahukah rakyat semua, dari manakah wang yang kononya diberikan itu sebagai prihatin kerajaan dan ingin meringankan bebanan rakyat? RM500 boleh belanja untuk berapa hari? Untuk meringan beban apa? Sedangkan puak-puak lanun di atas sana merompak beratus ribu malahan berjuta-juta ringgit wang rakyat dan negara.

Bagi RM500 sibuk satu dunia. Wang RM500 itu adalah wang yang dipinjam oleh kerajaan dari jabatan-jabatan yang menyimpan dan memungut wang dari rakyat selama ini. Samada wang dari KWSP, Lembaga Hasil Dalam Negeri, Tabung Haji, Wang milik peneroka Felda dan sebagainya. Ianya wajib dibayar semula oleh kerajaan kepada jabatan-jabatan ini dengan faedahnya sekali. Siapa yang akan membayarnya dan dari wang diambil untuk membayarnya kelak?

Tidak lain dan tidak bukan, rakyat juga yang akan dipaksa untuk membayar pinjaman itu kelak dengan cara menaikan bil letrik, minyak petrol dan diesel, barangan kegunaan harian seperti gula, tepong, susu, beras dan lain-lain lagi. Termasuk juga barangan binaan sepeti simen, kayu, atap dan banyak lagi. Malahan kerajaan akan mendapat jumlah yang berliapat kali ganda banyaknya dari apa yang diberikan kepada rakyat itu.

Kenaikan ini berkekalan sepanjang masa sehingga bila-bila kecuali UMNO berjaya ditumbangkan pada PRU13 nanti. Tidak ada dan belum pernah lagi kerajaan yang beri wang tunai kepada rakyat secara percuma, semuanya mempunyai muslihat dan ada udang disebalik batu. Termasuklah wang ihsanmRM300 yang diberikan selama ini. Semua bukanya percuma, kena bayar semula secara halus dan tanpa disedari oleh rakyat.

Ketika setiap kali musim pilihanraya pula, UMNO juga menabur wang tunai kepada rakyat untuk tujuan meraih undi. Yang itu bukan wang pinjaman tetapi adalah wang cagaran yang ditaburkan oleh syarikat-syarikat judi, kilang arak dan pusat maksiat dan persundalan yang dilesen kan oleh kerajaan UMNO. Itu sebabnya UMNO mewah menabur wang pada setiap kali pilihanraya.

Pihak-pihak yang memberi wang itu bukan saja-saja beri, malahan juga mempunyai niat supaya jasa mereka dibalas semula apabila UMNO menang dan berkuasa semula selepas pilihanraya. Lesen judi, kilang arak dan pusat maksiat akan disambung semula lesen mereka. Mereka akan dibenarkan untuk menambah cawangan atau kilang-kilang baru dan tidak akan diganggu atau diserbu. Maka gemuklah rakyat yang gembira sakan
pada musim pilihanraya kerana ditaburkan wang haram oleh UMNO.

Berbeza dengan negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat seperti Selangor dan Pulau Pinang yang memerikan wang tunai kepada rakyat mereka. Mereka gunakan wang lebihan dari hasil penjiamatan belanjawan tahunan. Belanjawan yang mereka gunakan untuk pembangunan negeri berlebihan setiap tahun, maka lebihan itulah yang diagihkan kepada rakyat secara tunai. Bukan pinjam dari pihak lain.

Sejak Pakatan Rakyat memerintah Selangor dan Pulau Pinang, belanjawan negeri mengalami "surplus" atau wang berlebih termasuk juga negeri Kedah. Bukanya seperti negeri-negeri di bawah pemerintahan UMNO/BN, belanjawan tak pernah cukup dan sentiasa mengalami "defisit" yang tak pernah kurang malahan bertambah setiap tahun. Kerana apa? Kerana penyelewengan dan rasuah yang terlalu banyak. Berlaku pecah amanah dan penyewengan dalam menggunakan wang rakyat secara berluas-luasa tanpa kawalan. Maka itu
sebablah ada negeri dibawah pentadbiran hampir "bankrap" jika tidak dibantu kewanganya oleh Kerajaan Pusat.

Itulah sebab dan puncanya orang Melayu hidup merempat, melarat dan ketinggalan dalam semua aspek berbanding dengan bangsa lain. Mereka ditipu oleh bangsa sendiri. Ditindas dan digula-gulankan oleh pemimpin yang sebangsa dengan mereka, kemudian mereka salahkan DAP dan bangsa lain kononya menindas orang Melayu dan merampas hak orang Melayu. Tetapi sebenar puncanya ialah angkara puak UMNO sendiri yang pandai bermanis muka dan berlakun di hadapan rakyat yang berbangsa Melayu.

Melayu UMNO sanggup buat apa saja kerja kotor mereka asalkan mereka berjaya memperdayakan bangsa mereka sendiri untuk mengundi dan memberi mereka kuasa untu memerintah lagi. Kemudian mereka tipu dan tindas lagi orang Melayu yang mengundi mereka itu. Sampai bilakah Melayu sanggupdiperbodohkan dan menjadi seperti lembu dan kerbau peliharaan UMNO?

Jika masih sanggup berkeadaan begitu, jangan menyesal nanti jika bangsa asing menguasai semua hal dalam negara kita termasuk dalam urusan politik. Pemimpin UMNO tidak peduli emua ini kerana mereka sudah menyimpan dan mengumpulkan wang kekayaan yang melimpahruah diluar negara sana. Jika terjadi apa-apa kepada negara, mereka dan keluarga dengan mudah lari ke luar negara dan meninggalkan rakyat yang sudah tidak berguna lagi buat mereka.

Jadi, apakah ketika itu baru orang Melayu hendak sedar? Sudah tidak berguna lagi. Negara sudah tergadai kerana hutang terlalu banyak, maka bersedialah kita senasib dengan saudara kita di Palestin sana. Berubahlah dari sekarang. Masa dan peluang masih ada. Tinggalakan UMNO untuk selamanya. Tumbangkan mereka dalam PRU13 nanti. Itulah sumbangan terbesar kita kepada agama, bangsa dan negara tercinta. Wallahualam.
Oleh : Tok Janggut

Sah, Hasan Ali sudah satu khemah dengan Umno !!..

Posted: 19 Jan 2012 02:55 AM PST

Tidak mengejutkan ! Ini dia sahabat-sahabat baru Dr Hassan Ali. Pihak yang dulunya musuh, kini menjadi teman rapat ! Kedua-duanya adalah media pencacai Umno.. penerus nyawa Umno dengan maklumat dan berita palsu lagi fitnah ! tapi kini telah menjadi teman baik Hassan Ali. Tentulah ada makna bila musuh mendekatkan diri dan menghulur tangan !

Kita tunggulah sedikit masa lagi,.. akan ada beberapa orang lagi seperti Zulkifli Nordin, Ezam Mohd.Nor, Ibrahim Ali Katak, Nalakarruppan dan yang lain-lain merapatkan diri dengan Dr Hasan. Suasananya tak ubah seperti sekumpulan burung pembangkai menjamah bangkai !

Tiga Adun PAS Selangor naik pangkat, bukti PAS penting dalam PR

Posted: 19 Jan 2012 02:54 AM PST


WarkahDaily – Berikutan perlantikan Dr Ahmad Yunus Hairi sebagai Exco baru kerajaan Selangor bagi menggantikan Datuk Dr Hasan Mohd Ali yang dipecat dari PAS baru-baru ini, kerajaan Selangor telah menyusun kembali beberapa portfolio Exconya.

Dr Yunus yang dilantik Exco semalam telah dipertanggungjawabkan dengan portfolio Adat Resam Melayu serta portfolio Belia dan Sukan.

Membuktikan lagi kedudukan PAS dalam kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Selangor amat diperlukan dan menafikan terus dakwaan konon PAS dipinggir dari kerajaan PR Selangor oleh pembangkang (Umno-BN), Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim bertindak melantik dua Adun dari PAS untuk memegang jawatan penting dalam kerajaan.

Selain Dr Yunus yang dilantik sebagai Exco, Adun Meru, Dr Abdul Rani Othman yang juga Pesuruhjaya PAS Selangor turut diberi tanggungjawab memegang jawatan Pengerusi Skimsel (Skim Mikrokredit Selangor).

Manakala seorang lagi Adun PAS (Bangi), Dr Shafie Abu Bakar akan memegang jawatan Pengerusi PADAT (Perbadanan Adat Melayu) Selangor.

Perlantikan mereka bertiga dari kalangan Adun PAS telah membuktikan kepentingan PAS dalam kerajaan PR, dalam masa yang sama, menempelak para pemimpin pembangkang yang cuba melakukan provokasi konon PAS dipinggirkan dalam PR.  --WARKAHDAILY

MB: Rombak exco turut ambil kira pilihan raya

Posted: 18 Jan 2012 06:53 PM PST




Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, rombakan portfolio exco – dengan beliau mengambil alih portfolio hal ehwal agama – dibuat dengan mengambil kira pelbagai perkara, termasuk tempoh pilihan raya yang semakin hampir.

NONEKatanya, sekiranya kerajaan negeri memberikan portfolio itu kepada exco baru Dr Ahmad Yunus Hairi, ia tidak adil kepada ADUN Sijangkang itu yang akan terpaksa mengambil masa untuk memahami sistemnya.

"Tetapi keputusan lebih daripada politikal. (Ia) termasuk (soal) pentadbiran dan bagaimana kamu menguruskan situasi, kerana kita tidak lebih setahun (sebelum pilihan raya). Itu maksimum.

"Melihat kepada spekulasi dan gosip, ia mungkin kurang daripada enam bulan. Jadi tak gunanya ada exco yang terpaksa bergelut untuk memahami sistem daripada fokus kepada penyampaian," jelasnya.

Selangor semalam melakukan rombakan dengan Abdul Khalid mengambil alih pentadbiran hal ehwal Islam manakala Ahmad Yunus bertanggungjawab terhadap portfolio adat resam Melayu, belia dan sukan yang sebelum ini dipegangnya.

Menurut Abdul Khalid, beliau mengambil alih portfolio itu kerana setiausaha kerajaan negeri dan penasihat undang-undang adalah ahli Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan beliau dapat mempengerusikan dan dapat melihat perkembangan dan pembangunan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

NONEBercakap pada sidang media di ibu negara malam tadi, Khalid berkata, jika beliau tidak melakukan sebarang rombakan, sudah tentu ramai beranggapan bahawa beliau tidak rasional.

"Jadi saya rasa kita mesti ada kebijaksanaan," katanya sambil mempertahankan tindakannya sebagai munasabah.

"Saya patut fokus pada perkara yang mudah saya semak dan laksanakan," katanya lagi.

Tiada ulasan: