shalehudin |
- Nak cari mampuih sungguh si Pengarah nih...
- Otokratik, demokratik, bombastik... kahkahkah...
- Hitam lebam muka Zambry... kahkahkah...
- Ni skandal kejadah apa pulak dahh....
- Apahal nih! Tak dan selak dah terlondeh... kahkahkah...
- Bangsa UMNO takut ngan hantu ciptaan sendiri....
- Terbaiklah ucapan Anwar tibai UMNO nih...
- Seekor mamak sedang bersedih...
- Mat Sabu dah bikin BN kecut teloq... kahkahkah...
- Haha... best!! best!!
- Datang tak jemput, pergi tak semput... kahkahkah...
- Anwar’s Acquittal and The Hidden Messages...
Nak cari mampuih sungguh si Pengarah nih... Posted: 16 Jan 2012 10:00 AM PST Apabila pengarah filem Ho Yuhang tampil dengan kuning di depan Najib Hari Sabtu, jam 9.40 malam. Si anak bangsawan muncul bersama isterinya dan turun tangga melalui permaidani merah disusuli sekumpulan artis tempatan. Dalam kalangan artis tersebut kelihatan seorang tetamu berbaju T-shirt kuning yang tidak secocok dengan pemakaian para artis dan tetamu pada malam itu. Banyak yang tidak betul pada malam itu, antaranya wajah orang ramai yang kelihatan marah kerana menunggu selama satu setengah jam tanpa dilayani dengan sebarang acara. Program yang sepatutnya bermula pada jam 7 petang bukan sahaja bermula lewat pada jam 8.30 malam, malah juruacara juga tidak kelihatan sepanjang tempoh masa itu. Pada ketika saya terlihat baju kuning dicoret dengan perkataan "KILL BILL", pada ketika itu juga wajah seorang isteri yang sibuk beraksi seperti artis garang berubah warna kepada merah dan kemudian hijau. Mungkin kerana suasana sambutan perayaan Tahun Baru Cina sedang rancak dirasai, wajah yang berubah-ubah warna kegarangannya tidak menjejaskan sedikit pun mood orang ramai untuk melihat artis popular tempatan secara dekat. Sarjana sains politik gemar menggelar senario sedemikian sebagai tidak relevan. Kerana tidak relevan, rupa wajah apa sekali pun tidak diendahkan langsung. Cukup dekat jarak antara orang ramai dengan artis dan tetamu. Sementara orang ramai sibuk berjabat tangan dengan artis popular tempatan, saya sempat menangkap gambar salah seorang pengarah filem dalam siri filem "15Malaysia", Ho Yuhang (gambar kanan). Beliaulah yang memakai baju T-shirt kuning dengan coretan perkataan "KILL BILL" yang mempunyai konotasi "BERSIH 2.0" yang menuntut pembaharuan sistem pilihan raya dan anti Rang Undang-Undang Perhimpunan yang melembukan hak berhimpun orang ramai, termasuk hak warga Malaysia dalam isu yang membabitkan kepentingan kehidupan harian seperti pembeli rumah yang berdepan dengan projek terbengkalai. Selain bermaksud "kill the bill" yang merujuk kepada Akta Perhimpunan Aman 2011, "KILL BILL" juga merupakan sebuah filem Quentin Tarantino. Apa yang lebih menarik pada malam si isteri anak bangsawan cuba merasai keseronokan glamor melalui permaidani merah adalah, setelah para artis dan tetamu berada dalam pentas bersedia untuk menangkap gambar, baju kuning menjadi tarikan, bukan wajah garang yang berubah-ubah warnanya. Seperti yang saya ungkapkan pada permulaan artikel ini, banyak yang tidak betul pada malam itu. Semua ni bermula dengan kemunculan si anak bangsawan dan isterinya. Kalau artis tempatan mempunyai pemahaman terhadap sentimen orang kota dan membatalkan jemputan kepada si anak bangsawan, maka bukan sahaja isterinya tidak berpeluang muncul bersama dan merasai glamor melalui permaidani merah, malah kemuculan baju kuning juga tidak mengundang perhatian. Dengan kata lain, tumpuan adalah terhadap filem baharu, pengarah dan artisnya. Kini segala yang tidak betul mengambil tempat. Dalam dunia Facebook saya terbaca catatan halaman orang lain yang mempunyai persepsi negatif terhadap kemunculan si anak bangsawan dan isterinya. Ada yang telah membuat keputusan memboikot filem baharu ini. Ada yang menyeru supaya orang ramai bersama-sama memboikot filem baharu ini. Tindakan memboikot dicadangkan ekoran kemunculan si anak bangsawan dan isterinya yang tidak digemari orang ramai. Dunia hiburan berlainan dengan dunia politik. Kalau dunia politik dapat memaksa pelajar sekolah dan kakitangan awam untuk memenuhi tempat program kerajaan yang akan dilancarkan oleh si anak bangsawan atau isterinya, dunia hiburan tidak dapat menundukkan penonton dengan kehadiran ahli politik. Hanya artis yang naif yang percayakan kemunculan si anak bangsawan dan isterinya dapat melariskan filem tempatan. Nasib baik Tahun Baru Cina bakal tiba. Ramai yang akan mengunjungi pawagam. Ramai juga yang akan menonton filem baharu ini. Bukan kerana terharu dengan kemunculan si anak bangsawan dan isternya, tetapi sebagai salah satu pilihan program semasa menyambut perayaan Tahun Baru Cina. Sebaliknya, kalau artis dapat memahami sentimen masyarakat dan mencegah kemunculan si anak bangsawan bersama isterinya, pasti belia Tionghua yang sibuk dengan persediaan menyambut perayaan Tahun Baru Cina tidak akan menggunakan masanya untuk menulis dalam halaman Facebook menyeru orang ramai memboikot filem baharu ini. Kita menyokong filem tempatan. Tetapi kita menolak artis yang naif sehingga mempercayai kemunculan si anak bangsawan dan isterinya dapat memeriahkan program pelancaran. Nasib baik juga hanya segelintir artis tempatan yang naif terhadap sentimen masyarakat. Pengarah salah satu filem 15Malaysia, Ho Yuhang tidak tergolong dalam kategori naif politik, malah beliau memakai baju kuning yang mempunyai konotasi civil disobedience apabila berpakaian sedemikian menghadiri program yang dihadiri si anak bangsawan dan isterinya. Civil disobedience merupakan manifestasi hak seorang warganegara apabila berdepan dengan kuasa establishment. Hak ini tidak dimonopoli dunia politik. Sesiapa sahaja yang hidup dalam dunia realiti dan merasakan kepentingannya bakal terjejas ekoran hak asasi manusia dilembukan secara sesuka hati (dalam erti kata percaturan politik) boleh menyuarakan ketidakpuasannya biarpun tindakan tertentu diambil secara seorang diri. Saya pasti, melainkan segelintir artis yang naif, para bijaksana dalam dunia hiburan dan dunia perfileman pasti setuju, dunia kerjaya dan kehidupan mereka juga bertapak dalam realiti, malahan bidang kesenian sewajarnya memberikan kuasa imaginasi yang lebih bertenaga kepada seniman, budayawan dan artis untuk memahami dunia nyata, dan juga melakukan eksperimen kesenian untuk melakukan perubahan. Ho Yuhang bukan orang pertama yang melakukan tindakan sedemikian. Yang cukup dekat dalam hati sanubari kita ialah Pak Samad Said (gambar kanan) yang dihormati secara ikhlas kedudukannya sebagai kedua-dua sasterawan negara dan sasterawan rakyat. Semasa gerakan BERSIH 2.0, seorang artis tempatan yang menghadirkan diri dalam perhimpunan pada 9 Julai 2011 telah menulis untuk berkongsi pengalaman dan pemikirannya. Penulisan artis bernama Miao Miao yang dipaparkan dalam edisi bahasa Cina Malaysiakinipada tanggal 22 Julai 211. Tajuknya "Saya seorang artis, saya juga seorang warga Malaysia", jelas menunjukkan bagaimana seorang artis memikirkan keadaan diri melalui pengalaman kehidupan dalam dunia nyata dan bagaimana semangat zaman juga dihayati oleh golongan artis. Sehari selepas peristiwa pada malam 14 Januari 2012, saya mengikuti perkembangan dunia Facebook berkaitan dan mendapati ramai artis, termasuk pencipta lagu dan penulis lirik yang memberi hormat kepada tindakan Ho Yuhang memakai baju kuning "Kill Bill" di depan si anak bangsawan dan isterinya. Apabila gelombang perubahan menyelubungi bumi Malaysia, dunia hiburan dan kesenian juga terasa dengan impaknya dan mula mengaitkan perubahan dengan semangat kesenian. *Ooi Heng ialah Pengarah Eksekutif Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) dan kolumnis MerdekaReview. |
Otokratik, demokratik, bombastik... kahkahkah... Posted: 16 Jan 2012 08:00 AM PST |
Hitam lebam muka Zambry... kahkahkah... Posted: 16 Jan 2012 06:45 AM PST PANAS!!! Najib kena serbu di Taiping, muka Zambry merah padam Lawatan Najib dan Zambry Kadir di sekitar Taiping bermula malam tadi berakhir dengan adegan tidak puas hati oleh saudara Simon Uthaya Kumar (berbaju kelabu cerah) kerana beliau mendakwa telah ditumbuk dan ditendang oleh pihak Majlis Perbandaran Taiping (MPT) semasa berurusan di pejabat MPT pada 12 Januari 2012. Beliau mengambil kesempatan ini untuk meluahkan ketidak puasan hati terhadap pentadbiran MPT kepada Najib dan Zambry yang kononnya mendengar dan menyelami hati rakyat. Sdr Simon Uthaya Kumar yang juga pesara tentera telah membuat satu laporan polis di sini pada hari kejadian beliau dikasari pihak MPT. Bagaimanapun, Zambry terkedu kerana Simon mendakwa kakitangan kerajaan negeri yang telah memperlakukannya sedemikian membuatkan Najib turut buat-buat terkejut. Kejadian ini disaksikan puluhan rakyat yang berdemonstrasi di hadapan bas yang membawa Najib dan rombongannya yang tiba dari Kerian, Perak, hari sebelumnya. Zambry yang panik terus merah padam mukanya kerana tidak menyangka ada yang berjaya membuat demonstrasi sebaik Najib tiba! - Sumber: PASPB |
Ni skandal kejadah apa pulak dahh.... Posted: 16 Jan 2012 04:55 AM PST Skandal projek kapal jauh lebih hebat dari lembu NFC di Gemas Skandal projek Lembu Feedlot yang sedang hangat ketika ini hanya melibatkan wang rakyat sebanyak RM250 juta. Ada lagi skandal yang jauh lebih banyak melibatkan wang rakyat, iaitu skandal projek kapal tentera laut TLDM iaitu projek PV dan kelemahan projek PV ini juga telah didedahkan dalam laporan Ketua Audit Negara. Pada mulanya projek ini melibatkan wang negara (wang rakyat) sebanyak RM 5,350 juta, dan telah ditambah sebanyak RM 4,000 juta pula, menjadikan kesemuanya RM 9,350 juta. Ini bermakna projek kapal TLDM ini 37 kali ganda lebih hebat dari projek lembu NFC di Gemas. Jika akibat projek lembu NFC ini seorang Menteri Kabinet sedang bercuti, projek kapal TLDM ini berapa ramai pula Menteri akan bercuti? Artikel mengenai projek kapal TLDM dengan kos RM 9,350 juta ini oleh seorang wartawan yang mahir dalam bidang ketenteraan iaitu Marhalim Abas : Cowgate and the PV fiasco Written on January 15, 2012 – 3:17 pm | by Marhalim Abas | PETALING JAYA: Now that the action against National Feedlot Corporation is inching forward, I sincerely hope that a probe on the Patrol Vessel project and its former top officials would also begin immediately. This is not first time I had asked for an investigation on the PV project but since we are talking about the need to be transparent on such matters and with the apparent effectiveness of the Anti Money Laundering Act 2001 to investigate dirty tricks, it is the best time to stir up some panties. The NFC fiasco is peanuts compared to the PV project. The PV project originally started at RM5.35 billion and we, the tax payers ended up forking at least another RM4 billion to complete the project. And like Cowgate, the whole affair of PV had already been laid bare by the Auditor General's 2006 report. In fact, all the alleged wrong-doings at NFC are eerily similar at the PSC-Naval Dockyard Sdn Sdn Bhd, the company given the contract to build the PVs. From the Auditor Report: Bagi melaksanakan perolehan PV, peruntukan berjumlah RM5.35 bilion telah diluluskan daripada RM5.49 bilion yang dipohon. Daripada jumlah yang diluluskan, sejumlah RM4.47 bilion atau 83.6% telah dibelanjakan. Jumlah tersebut adalah termasuk RM1.07 bilion bagi bayaran wang pendahuluan kepada syarikat PSCNDSB dan RM217.27 juta bagi menjelaskan tuntutan Commercial Package Achievement Fee. Read the whole report. Here Like the NFC fiasco, the whole shambolic fiasco of the PV project happened under the watch of many powerful people. If the probe uncovered the link between these people and saudara Amin Shah, so be it. I might add that if a probe had been done on the PV project following the publication of the 2006 AG report, and throw the book at the people involved, it is likely that the Cowgate episode would not have occurred at all. We will also not be debating about the value of the SGPV project also. – Malaysian Defence http://www.malaysiandefence.com/?p=2031 |
Apahal nih! Tak dan selak dah terlondeh... kahkahkah... Posted: 16 Jan 2012 01:30 AM PST Kain Shahrizat terlondeh BELUM pun sempat Datuk Shahrizat selak kain, tiba-tiba kain dia terlondeh. Kalau dalam perhimpunan wanita Umno penghujung tahun lalu bukan main lagi beliau mencabar mereka yang mendedahkan penyelewengan NFC tapi nampak gayanya kali ini beliau terpaksa ambil kain sarung tutup muka. Barangkali kerana gelojoh sangat mencabar pemimpin Pakatan Rakyat beliau tak sedar kain terlondeh. Belum sempat buka gelanggang kain dah terlondeh. Belum lagi selak kain nak ajar Rafizi biar lari kecut perut. Bila dah terlondeh maka nak tutup malu kononnya dinasihatkan bercuti. Biasanya kalau bercuti macam ni Shahrizat dah rasa kedudukan tak selamat. Betullah cerita lembu Shahrizat berbahang. Orang bela lembu sediakan kandang, kamu bela lembu sedia kondo. Ini tidak adil namanya. Tak adil bagi lembu. Mana sesuai lembu duduk kondo. Lembu memang sesuai dikandang. Sikap ini dah melampau. Bila melampau menyalahi adat. Orang tua kata biar mati anak jangan mati adat. Jadi Shahrizat dah langgar adat. Saya teringat cerita lembu. Lembu kalau dijaga tuan yang reti, dia akan sediakan kandang bukan kondo, bagi tempat rehat lembu terutama pada sebelah malam. Kalau kondo dia akan menyusahkan orang lain pasal lembu tak reti nak turun lif. Bilik air dia ingat sungai. Orang nak mandi dia boleh intai pulak tu. Begitu juga manusia kalau ia dijaga tuhan yang menciptanya diberikan panduan iaitu al-Quran yang sesuai dengan manusia bukan melampaui adat. Jadi jika manusia ikut tuhan yang mencipta dia maka selamat kerana Allah SWT tahu apa yang boleh dan tidak boleh dan apa yang melampau dan tidak layak pada manusia. *************************** Berita berkaitan: K'jaan akan umum langkah atasi kemelut NFC Jan 14, 2012 Kerajaan akan mengumumkan langkah-langkah mengatasi isu yang melanda Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) dalam masa yang terdekat, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini. Katanya kerajaan sedang merancang mengenai kaedah mengatasi isu itu dan beliau bersama Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar akan berbincang mengenainya sebelum memaklumkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Muhyiddin berkata segala aset NFC telah dibekukan sementara dan Perdana Menteri telah melantik beliau bersama Noh akan memantau NFC. "Saya telah berbincang dengan Perdana Menteri bahawa isu NFC ini dimanipulasi oleh pembangkang dan telah sampai ke penghujungnya bahawa kerajaan akan ambil tindakan dan akan umumkan (tindakan yang diambil) dalam masa yang terdekat," katanya kepada pemberita selepas menghadiri jamuan tengah hari dan penyampaian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) di Dewan 2020 di Kangar. Beliau berkata kerajaan akan meneliti semula semua aspek mengenai NFC itu termasuk meneliti daripada aspek undang-undang dan perjanjian antara kerajaan dengan syarikat terbabit. Muhyiddin berkata kerajaan mempunyai cara untuk menyelesaikan isu itu dan rakyat akan mengetahui tindakan yang diambil terhadap isu itu selepas memaklumkannya kepada Perdana Menteri. Beliau berkata siasatan yang dilakukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) dan polis mungkin dapat dijadikan panduan untuk langkah-langkah yang boleh diambil kerajaan. SPRM baru-baru ini memaklumkan isu pembelian kondominium menggunakan dana NFC telah diserahkan kepada polis yang dilanjutkan kepada Pengarah Jabatan Jenayah Komersial. Isu NFC timbul apabila Laporan Ketua Audit Negara 2010 pada Oktober lepas menyatakan perbadanan itu gagal memenuhi matlamat penubuhannya. |
Bangsa UMNO takut ngan hantu ciptaan sendiri.... Posted: 16 Jan 2012 12:00 AM PST Jangan takut momokan UMNO Oleh Mazir Ibrahim PAS telah berevolusi dengan persekitarannya. Kini, PAS kita lihat bukan lagi sebagai parti yang memperjuangkan slogan seperti UMNO semata-mata, sebaliknya ia sudah menjadi sebuah parti yang mahu melaksanakan isi kandungan dari slogan-slogannya. Dengan agenda Negara Berkebajikan, maka matlamat perjuangan PAS dengan PKR dan DAP semakin bertemu di satu titik yang sama di mana dasar berkebajikan ini cukup ideal dan boleh disadap oleh pelbagai pihak, baik Islam mahu pun bukan Islam. Ini merupakan satu sejarah besar dalam politik Malaysia. Malah Negara Berkebajikan telah berjaya meroboh mitos ciptaan UMNO yang memomokkan bahawa PAS dan DAP tidak boleh berjuang atas satu landasan yang sama. Inilah politik pintar PAS. Salah contoh Membaca ungkapan Subky Latif dalam rencana "Politik pintar DAP tak letak calon Melayu" dalam Harakahdaily bertarikh 8 Januari 2012, (http://bm.harakahdaily.net/index.php/columnist/subky-latif/7460-politik-pintar-dap-tak-letak-calon-melayu) beliau telah mengulas gaya dan agenda politik DAP. Menarik kerana bernas dan kuat pula hujahnya. Namun demikian, Subky sebagai wartawan veteran dan mantan pemimpin PAS telah mengambil contoh pengalaman Lee Kuan Yew, mantan Perdana Menteri Singapura, sebagai satu perbandingan yang kita anggap tidak begitu sesuai. Subky menulis: "Mungkin pengalaman semasa Lee Kuan Yew menjadi rakyat Malaysia dulu boleh dipelajari. Lee Kuan Yew terlalu cepat menyatakan politiknya untuk menggantikan Perdana Menteri Melayu 20 tahun selepas pembentukan Malaysia." Mungkin Subky yang kini sudah melepasi usia 70 tahun bertuah kerana menjadi saksi pergolakan politik tanah air pada 1960-an dahulu tetapi dalam konteks hari ini, Lee Kuan Yew dan PAP itu lebih banyak persamaannya dengan UMNO dari segi politik dominasi kuasa dan kekangan kebebasan serta hak asasi. Lee Kuan Yew dan PAP tidak boleh disamakan dengan DAP hari ini. Dengan mengukur politik kaum tahun 1960-an, andaian itu perlu diubah sekarang. Seharusnya mana-mana parti politik yang berhasrat untuk mengamalkan politik rentas kaum, yakni parti pelbagai kaum, ia merupakan suatu cita-cita yang murni. Ia seharusnya didukung dan digalakkan agar fahaman assabiyah dapat dilebur perlahan-lahan. Usaha ini perlu dilakukan bersama-sama, yakni secara jamaah, bukan hanya dari sebelah pihak sahaja. Malah bukan sahaja fahaman assabiyah ini akan hilang, sebaliknya semangat persaudaraan itu akan lebih cepat muncul, dibentuk dan disuburkan. Perihal UMNO memomokkan rakyat bukanlah isu besar yang harus dirisaukan. Sudah lebih setengah abad UMNO memainkan lagu yang sama. Sejak 2008 tohmahan dan fitnah UMNO semakin tidak laku. Yang menjadi cabaran ialah Pakatan Rakyat sendiri yang harus menunjukkan teladan dengan mengamalkan kepelbagaian dalam mencorak politik dan masa depan bangsa. Subky turut menulis: "Jika DAP meletakkan calon Melayu di Selangor, Perak, Negeri Sembilan dan lain-lain, maka dijadikan propaganda oleh UMNO bahawa DAP menyedia Menteri Besarnya di situ dan Menteri Besar Melayu DAP itu tetap mereka momokkan sebagai kuda lumba DAP." Barangkali ramai yang kurang sedar bahawa DAP pada dasarnya tidak terdesak untuk memastikan pemimpinnya (jika ada Melayu) menjadi Menteri Besar atau Perdana Menteri. DAP menerima hakikat politik negara. Sejak ditubuhkan pada 1966, DAP hanya mahu memastikan wujudnya sebuah kerajaan yang adil dan demokratik, cekap, akauntabel dan telus, serta memastikan setiap warga mempunyai peluang saksama. Sama ada sebagai pembangkang dengan dua, tiga kerusi atau sebagai rakan dalam kerajaan Pakatan, hanya itu sahaja yang diperjuangkan oleh DAP sejak 46 tahun lalu. Momok UMNO dan hakikat DAP Mungkin ada segelintir Melayu memasang cita-cita besar dalam DAP. Itu lumrah manusia bergelar politikus dalam mana-mana parti termasuk PAS, PKR, UMNO. Namun, janganlah lupa – ia tidak semudah itu dalam DAP. Ia melibatkan soal wibawa seseorang; layakkah jadi calon, mampukah menang dan sanggupkah menunaikan amanah kepada rakyat. Sudah menjadi amalan dan budaya DAP, iaitu apa jua kerja politik, ia berasaskan merit. Tidak banyak ruang untuk kronisme atau kabel politik. Jadi, Melayu atau apa kaum sekali pun dalam DAP perlu bekerja untuk rakyat, itu kerja asasi mereka. Momok UMNO tentang DAP parti rasis, komunis dan cauvinis tidak menghairankan kita kerana, kepimpinan parti yang rasis dan assabiyah seperti UMNO itu, pastinya berperwatakan begitu. Buatlah apa pun, sama ada yang pintar atau tidak, para pemimpin UMNO dan konco-konco mereka akan terus menabur fitnah. Justeru, terlalu membenci UMNO atau takut kepada momok UMNO, kadang kala menjerat diri kita sendiri. Tsunami politik 2008 membuktikan bahawa politik cara lama, khususnya dari sudut perkauman, semakin tidak relevan. Untuk benar-benar ubah, untuk jujur dan ikhlas selamatkan Malaysia, dan untuk perkenalkan politik baru yang bersih, adil dan telus, ia memerlukan anjakan paradigma daripada para pemimpin dan ahli komponen Pakatan Rakyat sendiri. Untuk mematikan momok UMNO sebenarnya mudah sahaja. Pastikan Pakatan Rakyat tidak menari mengikut paluan gendang UMNO. Bergerak atas landasan bahawa rakyat itu adalah "tuan" tanpa mengira kaum dan agama. Selepas mandat diberi untuk memerintah Malaysia, maka para pemimpin Pakatan Rakyat harus mengamalkan urus tadbir cekap, akauntabel dan telus. Dan apabila amanah diberikan oleh rakyat, jangan pula mahu bergayut dengan jawatan hingga mati. DAP dengan pegangan Utamakan Rakyat Malaysia melalui Jalan Tengah Malaysia bersama perjuangan PKR bagi Keadilan Untuk Semua, amat padan dengan Negara Berkebajikan PAS. Negara Berkebajikan PAS bukan sahaja tidak lari dari perjuangan Negara Islam, malah melengkapkan lagi agenda parti Islam itu untuk rakyat semua kaum dan agama. Rakyat Malaysia, termasuk kaum Cina, India, Kadazandusun dan Iban, sudah semakin menerima PAS. Tidak ada sebabnya orang Melayu tidak boleh menerima DAP dan PKR. – Roketkini.com |
Terbaiklah ucapan Anwar tibai UMNO nih... Posted: 15 Jan 2012 10:00 PM PST |
Seekor mamak sedang bersedih... Posted: 15 Jan 2012 09:00 PM PST Anwar bebas, Umno pecah Oleh Amin Iskandar Mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, apabila ditanya mengenai keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim, secara sinikal beliau menjawab: "Walaupun saya hairan jugalah pasal dia (Anwar) tak bersalah. Tapi ini bukti bahawa tidak ada konspirasi dari dulu sampai sekarang. "Apabila pihak mahkamah berpendapat dia (Anwar) tidak bersalah, mereka (mahkamah) berkata dia tidak bersalah. Mungkin ada pihak yang nak appeal, saya tak tahulah." Mahathir memang terkenal dengan komen-komen sinikalnya. Anwar Ibrahim adalah bekas anak didik yang ditatang beliau satu ketika dahulu. Namun akhirnya Anwar menjadi musuh politik nombor satu Mahathir yang menjadi perdana menteri selama 22 tahun itu. Anwar juga merupakan satu-satunya ahli politik yang masih belum dapat "dibunuh" karier politiknya olehnya. Ahli-ahli politik lain seperti Tengku Razaleigh Hamzah, Tun Abdullah Ahmad Badawi, Tun Musa Hitam dan ramai lagi, terpelanting dengan mudah apabila bertembung dengan Mahathir. Sudah pasti Mahathir adalah orang yang paling tidak gembira dengan keputusan mahkamah tersebut. Jika Anwar didapati bersalah Isnin lalu, Mahathir sudah boleh berehat dengan tenang bersama keluarganya menghabiskan sisa-sisa hayatnya yang masih ada. Apabila Mahathir berkata, "Mungkin ada pihak nak appeal, saya tak tahulah" – ini merupakan satu isyarat bahawa kes liwat II ini masih belum selesai dan sudah pasti bapa kepada Datuk Mukhriz itu mahu rayuan dilakukan terhadap keputusan mahkamah supaya perang liwat II berterusan. Peperangan politik antara Mahathir-Anwar masih belum selesai walaupun ia telah memakan masa hampir 12 tahun. Suka tak suka pertembungan antara kedua-dua ahli politik ini telah mengheret seluruh negara bersama. Glongan pro transformasi Walaupun kecil dalam Umno, golongan ini sedikit sebanyak membantu memulihkan sokongan orang muda terhadap Barisan Nasional (BN). Golongan ini, kebanyakannya, adalah bekas penyokong Anwar sewaktu dalam Umno dahulu. Golongan ini gembira dengan keputusan mahkamah dan selepas selesai kes liwat II ini, mereka mahu perlawanan antara BN dan Pakatan Rakyat naik ke tahap yang lebih matang iaitu ke tahap polisi. Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah adalah antara yang tergolong dalam golongan ini. Keberanian beliau untuk berhadapan dengan politikus Pakatan dalam majlis-majlis debat sedikit sebanyak telah memenangi hati anak-anak muda dan pengundi atas pagar. Akan tetapi di dalam parti Umno, golongan pro-transformasi terlalu lemah dan jika transformasi politik itu bukan program Datuk Seri Najib Razak selaku presiden dan perdana menteri, sudah pasti golongan ini telah lama dikuburkan. Sebab itu kita boleh lihat kurangnya komen-komen dari golongan pro-transformasi mengenai keputusan mahkamah Isnin lalu. Mungkin golongan ini mengambil sikap berhati-hati oleh kerana kini, umum tahu golongan "garis keras" dalam Umno yang dipayungi oleh Mahathir sedang marah. Sokong parti kuat Politik Melayu itu mudah. Sokongan diberikan kepada parti yang kuat. Arwah atuk penulis sendiri pernah berpesan, jika mahu menyertai politik, ikutlah parti yang kuat. Keputusan mahkamah Isnin lalu telah memberikan satu kekuatan baru kepada Anwar Ibrahim dalam usaha untuk memenangi hati majoriti pengundi Melayu terutamanya di kawasan luar bandar sekaligus menawan Putrajaya. Bekas menteri Umno yang masih ahli parti tersebut, Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir secara terang-terangan telah menunjukkan sokongannya terhadap Anwar. Beliau hadir ke rumah Anwar dan menemani mantan timbalan perdana menteri itu ke mahkamah pada hari keputusan diumumkan. Tindakan Kadir ini juga boleh dilihat sebagai isyarat jelas beliau tidak bersama Najib. Jika Datuk Zaid Ibrahim pada satu ketika dahulu dipecat dari Umno kerana hadir di kongres PKR, apa pula tindakan yang bakal dikenakan terhadap Kadir yang juga merupakan timbalan presiden AMANAH – di bawah pimpinan Ku Li. Setidak-tidaknya, penyokong Kadir akan mengikut jejak langkah beliau untuk memberikan sokongan kepada Anwar Ibrahim. Ini merupakan satu kerugian politik kepada Najib Razak. Apa yang bakal terjadi? Kita lihat nanti apabila pendakwaraya membuat rayuan terhadap keputusan mahkamah Isnin lalu. Apabila itu berlaku, lebih jelas lagi perpecahan dalam Umno kelihatan. Najib akan berusaha keras untuk pastikan keputusan mahkamah Isnin lalu kekal di mahkamah rayuan. Jika keputusan mahkamah rayuan berbeza, hilang terus kepercayaan golongan atas pagar terhadap program transformasi politik beliau. Sementara golongan "garis keras" yang berdiri di belakang timbalan perdana menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mahukan Anwar disimpan dalam penjara agar ketua pembangkang itu mengalami nasib seperti mantan pengerusi Putera-AMCJA, Dr Burhanuddin Helmy – menghabiskan masa lama dalam penjara sepanjang perjuangan politiknya. Jika gagal menjinakkan golongan garis keras dalam Umno,Najib akan berada dalam keadaan, "yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran". Apatah lagi pada ketika ini Umno mengalami masalah besar di basis sokongan mereka – Melayu kawasan pedalaman apabila Skandal NFC diketahui umum. http://www.aminiskandar.net |
Mat Sabu dah bikin BN kecut teloq... kahkahkah... Posted: 15 Jan 2012 06:00 PM PST Mat Sabu: Pakatan Dapat 'Kerjasama Dari Dalam' BN TIMBALAN presiden PAS Mohamad Sabu berkata Pakatan Rakyat kini mendapat "kerjasama daripada dalam" BN untuk membentuk kerajaan selepas pilihan raya umum akan datang. Kerjasama itu diperolehi daripada kakitangan awam termasuk anggota keselamatan dan juga bekas menteri BN, katanya dalam ucapan pembukaan di konvensyen Pakatan Rakyat di Alor Setar hari ini. "Malah yang sedang bertugas dalam jawatan tanya apakah sumbangan yang akan kita beri untuk tumbangkan kerajaan BN," katanya lagi.- SPR |
Posted: 15 Jan 2012 04:00 PM PST |
Datang tak jemput, pergi tak semput... kahkahkah... Posted: 15 Jan 2012 02:30 PM PST Hasan Ali tak akan rayu pemecatan dari PAS Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Hasan Mohamed Ali tidak akan mengemukakan rayuan berhubung pemecatannya biarpun ada di kalangan penyokongnya meminta beliau untuk berbuat demikian. Beliau berkata demikian pada Program Bicara Memurnikan Akidah Ummah, anjuran Sekretariat Selamatkan Akidah (HIMPUN) di Taman Bolton, Kuala Lumpur dan disiarkan akhbar Sinar Harian hari ini. Hasan dipetik berkata, beliau tidak kesal dengan pendirian tersebut selepas merasakan perjuangan di dalam PAS dikhianati khususnya oleh sekumpulan 'parasit' yang lebih rela menghargai dan meraikan perjuangan orang lain. "Saya tak boleh, jiwa saya tak boleh. Saya tidak nampak kenapa harus kekal dalam parti," katanya. Pada sesi dialog itu, Hasan dilaporkan meluahkan kekecewaan apabila perjuangannya mempertahankan akidah umat Islam di Selangor ditentang. "Saya tidak boleh melakukannya ketika dalam parti, kerana rakan dalam parti dan kumpulan 'parasit' ini tidak suka isu arak dan murtad di Selangor diperjuangkan kerana hendak meraikan rakan lain yang bersekongkol dalam parti. "Saya sanggup digugur dalam exco dan meninggalkan segala keistimewaan. Walaupun saya cukup selesa dengan kedudukan sebagai exco, saya tinggalkan demi menyelamatkan diri, anak-anak, keluarga dan umat Islam," katanya lagi dipetik Sinar Harian.- M'kini |
Anwar’s Acquittal and The Hidden Messages... Posted: 15 Jan 2012 12:00 PM PST Anwar's Acquittal – What Are The Hidden Messages? BY now everybody in Planet Earth knows de-facto opposition leader, Anwar Ibrahim, has been acquitted on a charge of sodomising his former aide Mohd Saiful Bukhari Azlan in 2008. The acquittal surprises many people – from opposition parties, Najib administration, former premier Mahathir and even Anwar himself. But was Anwar really surprised with the verdict? For a person who was about 90% to be sent behind bars for the second time for the same sodomy charge, Anwar doesn't seems to be the happiest person in comparison to his wife, daughters, the thousands cheering crowds and his buddies from the opposition parties. For a start, five days before the verdict, the once fierce and deadly keris-waver Home Minister Hishammuddin Hussein (cousin of PM Najib Razak) surprised many cats with his super soft approach by allowing 9-Jan rally with a lame condition that the "901-Free Anwar Campaign" organizer must guarantee a peaceful rally. Despite hundreds of reports lodged nationwide against the rally, the Home Minister must either be drunk or had switched his brains with Princess Diana for allowing such "illegal rally". Then, the IGP (Inspector-General of Police) was super proactive by instructing the city police chief to meet the organisers over the rally. The second sweet-cherry surprise came when the police granted permit to the "901 Free Anwar" rally when the same police force preferred a confrontation against any rally in the past, the latest being barely six months ago during Bersih 2.0 rally. Of course there was negligible hiccup such as the silly 10-condition string attached after the permit was granted, of which the rally participants didn't give a hoot to, and the police didn't enforce it seriously at the court house nonetheless. Compared to Bersih 2.0?s "Walk for Democracy" rally where more than a dozen FRU trucks and about 300 FRU and other police personnel were stationed near Masjid Jamek alone, one must be wondering if all these heavyweight terminators are on vacation this time, judging from the lack of FRU presence during the "901 Free Anwar" rally. This was a surprise indeed as the rally was allegedly supposed to garner a bigger crowd of 100,000 participants. The judge in delivering his short two minute acquittal verdict gave a simple explanation that the DNA sample could have been contaminated and hence he could not rely on the controversial DNA evidence submitted by the prosecution, before disappearing into his chamber as if he was constipated. This despite the fact that Justice Mohamad Zabidin Mohd Diah ruled back in May 2011 that Mohd Saiful was a "credible and truthful witness". The furious Anwar and his legal team applied to replace the judge as he prejudged before the trial concluded. So, it was surprise that only now the same judge realized there was no case after all.- SPR |
You are subscribed to email updates from shalehudin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan