Addin |
- Muhyiddin Sabotaj Reformasi Najib?
- Azwan Ali Kutuk Mahathir Dan Hassan Ali Di Twitter
- (Video) Wajib Lihat!! Ahli UMNO Maki Hamun Pemimpin Sendiri
- Gempar!! Najib Kena Sondol..
- Pelajar USM Dah Di Tangkap, Pemuda Ni Bila Pulak?
- Kini UMNO Terang-Terangan Berpolitik Di Sekolah.. Ini Buktinya
Muhyiddin Sabotaj Reformasi Najib? Posted: 16 Jan 2012 11:26 AM PST Addin andaikan Najib dan Muhyiddin memang tak ngam. Jikalau ngam... tak akan ler Muhyiddin selalu keluarkan statement yang bertentangan dengan Najib. Umum melihat Najib dan Muhyiddin ibarat memendam rasa dan kesumat. Mungkin depan berbaik atau terpaksa berbaik.. tetapi melalui tindakan menampakkan Muhyiddin tidak patuh kepada arahan ketua iaitu Najib. Seringkali kenyataan Muhyiddin digunakan kembali oleh Pakatan Rakyat untuk menyerang kembali Najib. Apakah situasi seperti ini memang dirancang oleh Muhyiddin supaya reformasi yang dilakukan oleh Najib kelihatan gagal? PRU 13 semakin hampir.. sekiranya konfrantasi ini terus berlaku ianya menjadi senjata dan momentum baru buat Pakatan Rakyat menuju ke Putrajaya. Reformasi Najib di cemari Muhyiddin Terdapat tanda-tanda wujud golongan ekstrem dalam Umno yang menghasut supaya pihak pendakwaraya membuat rayuan berhubung kes tuduhan liwat melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 Januari lalu. Sebagai bukti, sokongan terbuka Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin terhadap aduan Azlan, bapa kepada Mohd Saiful Bukhari supaya Peguam Negara memfailkan rayuan terhadap kes ini. Malah Muhyiddin, dilaporkan oleh pihak media pada 12 Januari lalu, telah meminta Peguam Negara memberi pertimbangan terhadap permohonan rayuan ini, jika dibuat, demi kepentingan rakyat. Langkah ini menjadi bukti terdapat percanggahan dakwaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa pembebasan Anwar membuktikan reformasi yang dilaksanakan benar-benar memberi kesan. Dalam satu wawancara yang disiarkan oleh Asian Wall Street Journal pada 13 Januari lalu, James Hookway menulis: "Pemimpin Malaysia Najib Razak menyatakan pembebasan pemimpin pembangkang Anwar Ibrahim minggu ini sebagai bukti beliau serius tentang reformasi politik, malahan mengajak diadakan pertarungan dalam pilihan raya supaya beliau boleh disinggirkan dari memegang kuasa." Hookman berkata Najib beriya-iya benar untuk menonjolkan dirinya sebagai pemimpin yang melaksanakan reformasi yang paling berkesan sejak merdeka. Beliau memetik Najib sebagai berkata, "Apabila penghakiman dijatuhkan, segala ketegangan yang menyelubungi perbicaraan selama ini secara tiba-tiba hilang dan rakyat secara tiba-tiba sedar bahawa terdapat isu-isu lain yang lebih penting dari isu Anwar, seumpamanya pertumbuhan ekonomi. Apa yang penting sekarang ini ialah kita melangkah maju ke hadapan." Najib kemudian menerangkan langkah-langkah reformasi yang sedang dalam proses untuk dilaksanakan, seperti menjadikan pilihan raya lebih telus, mengurangkan tapisan media, menghadkan kuasa untuk menahan seseorang tanpa bicara, dan lain-lain. Berbangga dengan perubahan-perubahan ini, Najib berkata langkah-langkah ini menjadikan Malaysia sebagai rakan baru Amerika Syarikat dalam "mempromosi politik demokrasi dan perdagangan bebas di rantau Asia dan Timor Tengah." Beginilah kata-kata yang digunakan oleh seorang pemimpin yang menyuarakan hasratnya untuk mencapai objektik politik melalui jalan demokrasi bagi memastikan Malaysia diiktiraf, dihormati di kalangan masyarakat demokrasi antarabangsa. Rayuan bercanggah dengan reformasi Najib Berhubung sikap Najib terhadap isu Anwar, gesaan timbalannya Muhyiddin supaya dibuat rayuan kelihatan janggal, terutamanya ketika pemimpin-pemimpin dunia mengirimkan mesej penghargaan, mengesahkan keputusan kehakiman itu sebagai langkah yang tepat untuk mengakhiri perbicaraan itu yang dianggap sebagai pencabulan ke atas keadilan dan penganiayaan politik. Sekiranya Muhyiddin dan termasuk beberapa pemimpin pelampau Umno yang lain tidak mengetahui, fakta-fakta yang dikemukakan oleh pihak pendakwaraya dalam kes perbicaraan Anwar tersangat lemah dan wujud penipuan. Jika hakim Dato' Mohamad Zabidin Mohd Diah memutuskan Anwar bersalah pada hari itu maka keputusan ini boleh mengaib dan menjejaskan kedaulatan negara. Bagi mereka yang mengikuti kes perbicaraan ini dengan dekat, sepatutnya apabila satu-satunya bukti – DNA – yang menjadi tempat penggantungan pihak pendakwaraya bagi menyokong hujahnya (selain dari kata-kata daripada pengadu sendiri), yang telah dapat dipatahkan oleh pakar DNA dari Australia maka keseluruhan kes ini sepatutnya telah musnah. Kes pendakwaan hampir musnah Setelah 56 jam, air mani tidak boleh hidup 48 jam lagi selepas itu dalam pejabat pegawai penyiasat polis di dalam bilik di kawasan beriklim tropika. Inilah apa yang didakwa, iaitu sampel air mani Anwar telah menjelajah dua tempoh masa tersebut sebelum tiba di makmal pakar kimia. Dakwaan bahawa air mani itu masih berada dalam keadaan yang baik, kata Dr McDonald berdasarkan laporan ujian DNA pakar kimia kerajaan Dr Seah Lay Hong menunjukkan air mani bukan yang asli sebagai ganti dikemukakan kepada bilik makmal. Jika anda meragui kredibiliti Dr McDonald, beliau ialah ahli Australian Biomedical Society dan berkhidmat sebagai ahli Human Genetics Society, ketua pegawai genetisis di New South Wales dan ahli Australian Forensic Science Society. Beliau mengemukakan kepada mahkamah kredential beliau setebal lima muka surat termasuk menyenaraikan buku-buku, kertas kerja dan artikel yang ditulis dalam subjek DNA. Hujah dan bukti Adalah sesuatu yang signifikan apabila pihak pendakwaraya gagal mematahkan hujah dan bukti Dr McDonald berhubung DNA. Begitu juga dengan Dr Seah yang dipanggil semula untuk memberi bukti untuk mematah hujah Dr McDonald oleh Timbalan Pendakwa Raya II Mohd Yusof Zainal Abiden. Mohd Yusof berkata kes pendakwaan bertarikh 3 Februari 2010 ini adalah berdasarkan aduan Saiful dan DNA Anwar ditemui dalam duburnya. Tanpa ragu lagi, ini membuktikan Anwar bersalah dakwa beliau, walaupun semua doktor yang memeriksa Saiful telah mengesahkan bahawa tidak terdapat bukti tusukan ke dalam dubur Saiful. Memandangkan sekarang ini bukti DNA telah dibuang maka kes ini bergantung hanya kepada kata-kata Saiful. Sejauh mana kredibiliti dan kesahihan bukti daripada Saiful? Jawapannya terdapat dalam keputusan pihak pendakwaraya yang mendakwa sodomi yang berlaku di antara Anwar dan Saiful adalah secara sukarela, berbanding sodomi yang dipaksakan seperti yang didakwa oleh Saiful. Ini menunjukkan pihak pendakwaraya sendiri tidak bersetuju dengan dakwaan Saiful. Jika pihak pendakwaraya tidak percaya dengan apa yang dikatakan oleh Saiful, kenapa mahkamah mempercayai kata-kata beliau? Rayuan menemui jalan buntu Persoalannya bolehkah bukti-bukti yang tidak menyokong pengadu, (pihak pendakwaraya menyatakan mereka tidak yakin seperti mana dalam kertas dakwaan), dijadikan bukti kukuh untuk kesalahan jenayah yang boleh mengakibatkan tertuduh dipenjara selama 20 tahun? Pemimpin-pemimpin Umno yang ekstrem yang enggan menerima keputusan penghakiman ini kerana ingin menyingkir Anwar dari medan politik harus merenung betul-betul perkara ini. Sekiranya terdapat rayuan, bolehkah panel hakim duduk bersama dalam Mahkamah Rayuan termasuk Mahkamah Persekutuan, yang kebanyakan daripada mereka mengikut telunjuk pemimpin-pemimpin politik, menjawab persoalan ini? Jika mereka berbuat demikian maka dunia akan mentertawakan Malaysia, dan ini akan mencetuskan krisis keyakinan dalam sistem perundangan dan seterusnya akan membantut pertumbuhan ekonomi negara? Akhirnya, adakah mereka yang ekstrem dalam Umno ini benar-benar pasti bahawa ketidakadilan terhadap Anwar ini boleh menyekat kebangkitan rakyat atau sebaliknya menghumban Umno ke dalam tong sampah politik negara. ~freemalaysiatoday |
Azwan Ali Kutuk Mahathir Dan Hassan Ali Di Twitter Posted: 16 Jan 2012 07:40 AM PST Addin di fahamkan Twitter ini di keluarkan oleh Azwan Ali ekoran pertelingkahan Azmin Ali dengan Mahathir. Dengan nada yang tak puas hati, Azwan Ali telah mengutuk Mahathir di Twitter.. Maka ramailah blogger-blogger pencacai UMNO memaki hamun balik Azwan Ali ekoran kenyataan beraninya di Twitter. Ikuti Twitter Azwan Ali yang mengutuk Mahathir dan Hassan Ali...... Sumber : Azwan Ali Kutuk Mahathir Dan Hassan Ali Di Twitter |
(Video) Wajib Lihat!! Ahli UMNO Maki Hamun Pemimpin Sendiri Posted: 16 Jan 2012 02:56 AM PST Addin rasa, kalau ahli-ahli Pakatan Rakyat buat macam ni dah lama keluar tv, silap-silap berbulan di mainkan isu ini. Tapi memandangkan isu panas macam ni berlaku kat UMNO BN, tutup rapat-rapat jangan bagitau orang luar. Begitulah punya busuk hati gerombolan lembu yang dinamakan UMNO nih. Kalau kita tengok Tv3suku sekarang, bolah di katakan tiap-tiap malam di siarkan kisah rakyat-rakyat di negeri Pakatan Rakyat buat demonstrasi tak puas hati dengan pentadbiran Pakatan Rakyat. Walaupun perkara tu kecil,tapi Tv3suku siarakan supaya menampakkan isu itu terlalu besar daripada isu nasioanl sekarang seperti NFC, PKFZ dan bermacam-macam isu lagi. Jikalau di tengokkan video nih, puas jugak ler pemimpin UMNO nak menjawab.. |
Posted: 15 Jan 2012 11:14 PM PST Lawatan Najib dan Zambry Kadir di sekitar Taiping bermula malam tadi berakhir dengan adegan tidak puas hati oleh saudara Simon Uthaya Kumar kerana beliau mendakwa telah ditumbuk dan ditendang oleh pihak Majlis Perbandaran Taiping (MPT) semasa berurusan di pejabat MPT pada 12 Januari 2012. Beliau mengambil kesempatan ini untuk meluahkan ketidak puasan hati terhadap pentadbiran MPT kepada Najib dan Zambry yang kononnya mendengar dan menyelami hati rakyat. Sdr Simon Uthaya Kumar yang juga pesara tentera telah membuat satu laporan polis di sini pada hari kejadian beliau dikasari pihak MPT. Bagaimanapun, Zambry terkedu kerana Simon mendakwa kakitangan kerajaan negeri yang telah memperlakukannya sedemikian membuatkan Najib turut buat-buat terkejut. Kejadian ini disaksikan puluhan rakyat yang berdemonstrasi di hadapan bas yang membawa Najib dan rombongannya yang tiba dari Kerian, Perak, hari sebelumnya. Zambry yang panik terus merah padam mukanya kerana tidak menyangka ada yang berjaya membuat demonstrasi sebaik Najib tiba! ~paspb |
Pelajar USM Dah Di Tangkap, Pemuda Ni Bila Pulak? Posted: 15 Jan 2012 08:37 PM PST Syabas kepada pasukan polis kita kerana bertindak cekap dan efisien. Dalam masa yang singkat sahaja pihak polis dapat mengesan dan menangkap suspek ugutan bunuh PM. Suspek adalah pelajar jurusan kejuruteraan di USM. Yang paling cekap lagi, pihak polis akan mendakwa suspek ini di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya. Tapi dalam kecekapan anggota polis kita menjaga keselamatan negara... ada kemusykilan di dada Addin ni. Apa cerita yek pemuda yang buat ugutan bunuh terhadap Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Nik Aziz? Tak akan senyap je.. Ugut letup helikopter PM: Pelajar USM ditangkap Polis menahan seorang pelajar Universiti Sains Malaysia (USM) kampus kejuruteraan selepas membuat kenyataan berunsur ugutan menerusi laman blognya, di Georgetown hari ini. Dalam kenyataannya pelajar terbabit dikatakan mahu meletakkan bom pada helikopter yang akan dinaiki Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam lawatannya ke kampus itu minggu hadapan. Pelajar terbabit akan disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya. Ketua Polis Negeri Datuk Ayub Yaakob yang dihubungi mengesahkan perkara itu dan akan mengadakan sidang media mengenainya esok. ~bernama |
Kini UMNO Terang-Terangan Berpolitik Di Sekolah.. Ini Buktinya Posted: 15 Jan 2012 05:48 PM PST Satu lagi bukti bahawa, larangan berpolitik di sekolah hanyalah terhadap penyokong Pakatan Rakyat. Jika mahu berpolitik menyokong Barisan Nasional di sekolah, dibenarkan malah dialu-alukan. Salah seorang forumer di Forum Lowyat mendedahkan bagaimana buku komik Transformasi Najib yang dipenuhi dengan unsur propaganda mendidik murid sekolah menyokong Barisan Nasional disebarkan di sekolah anaknya. Di bawah ini beberapa gambar buku komik yang dimaksudkan. Dalam komik ini, Lady Gajah digambarkan sebagai wanita jelita yang menjadi tulang belakang kepada Najib. Rakyat yang tidak menyokong Barisan Nasional pula digambarkan sebagai musuh di dalam selimut. Jika mereka boleh menyebarkan fahaman politik di sekolah dan Universiti, sepatutnya Pakatan Rakyat juga dibenarkan berbuat demikian. Tapi perkara sebaliknya yang berlaku. Nak berpolitik boleh, tapi kena sokong BN. ~milosuam |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan