shalehudin |
- Jamil Khir nak buat HONAR... kahkahkah...
- Syok la Ezam, ada ahli baru nak join... kahkahkah...
- Kadir Sheikh Fadzil keluar UMNO?
- Perlu ka Haji Hadi jawab nih...
- Berkilatnya dahi Rais... kahkahkah...
- Hassan Ali yang bodo sombong... kahkahkah...
- Kencing ataih muka mayat...
- Kenyataan akhbar terkini Hassan Ali...
- Sudah sudah la woiii...
| Jamil Khir nak buat HONAR... kahkahkah... Posted: 14 Jan 2012 10:04 AM PST Isu Zakat Jamil Khir: Strategi Blogger UMNO Didedah PENULIS difahamkan bahawa Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Mejar Jeneral (B) Jamil Khir Baharum telah memanggil sekumpulan blogger UMNO ke pejabatnya di tingkat 9 Bangunan Jakim untuk taklimat cara-cara menjawab isu penyalahgunaan wang zakat bagi tujuan yuran guaman oleh dirinya dan 3 yang lain dalam kes perbicaraan Qazaf Datuk Seri Anwar Ibrahim. Selain penjelasan berterusan melalui media arus perdana, para blogger UMNO telah diperuntukan sejumlah wang untuk menggunakan blog masing-masing bagi membantu Jamil Khir menjawab isu tersebut di alam siber. Antara maklumat-maklumat yang diarahkan kepada blogger UMNO untuk menjawab ialah:- 1. Yuran guaman tersebut dibayar oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menggunakan wang zakat kerana pertikaian undang-undang tersebut melibatkan pihak Majlis, bukan individu. 2. Membangkitkan soal pembayaran yuran guaman oleh kerajaan negeri Selangor dalam kes menghina Sultan Selangor oleh ADUN Seri Muda, Shuhaimi Shafei yang menurut sumber tersebut adalah masalah peribadi dan tidak membabitkan kerajaan negeri (tapi yuran guaman masih dibayar kerajaan negeri). 3. Membangkitkan soal penerimaan zakat pelajaran oleh anak-anak Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang dikatakan tidak layak kerana selain Ahli Parlimen, Khalid juga adalah seorang jurutera yang mampu menampung kos pengajian anak-anaknya. 4. Memberi gambaran bahawa perkara ini sengaja dipolitikkan kerana melibatkan ketua pembangkang. 5. Mewujudkan 'asnaf fisabillilah' untuk menutup penyalahgunaan dana zakat bagi tujuan yuran guaman. 6. Pemberi maklumat yang membekalkan 'payment voucher' kepada PKR telah dikenal pasti dan akan dikenakan tindakan disiplin termasuk pembuangan kerja. Penulis difahamkan ada beberapa ketetapan lain juga telah diputuskan tapi oleh kerana maklumatnya tidak lengkap, penulis tidak yakin untuk menyiarkannya di laman ini. Selain penulis juga perlu melindungi sumber yang mendedahkan perkara ini kepada penulis. Ada diantara strategi yang disebutkan diatas sudah pun mula digunakan, seperti dalam contoh 'asnaf fisabilillah'. Penulis difahamkan bahawa sebelum ini, kategori 'asnaf' tersebut tidak wujudi (atau dormant)tapi sengaja diadakan untuk melepaskan Jamil Khir dari sebarang tuduhan salah laku. Mungkin PKR boleh mengesahkan maklumat mengenai kewujuduan asnaf ini melalui sumber dalaman yang membekalkan salinan 'payment voucher' tersebut, sebelum beliau dikenakan tindakan disiplin seperti yang disebutkan di atas. Kelihatannya Jamil Khir dan UMNO begitu bersungguh-sungguh untuk menutup isu ini dengan segera. 'Kesungguhan' Jamil Khir itu menimbulkan banyak tanda tanya – apa yang sebenarnya cuba disembunyikan? Penulis difahamkan yang Jamil Khir tertarik untuk menggunakan pendekatan sama yang oleh Shahrizat dan suaminya dalam isu National Fedlot Corporation (NFC) dengan menggunakan sepenuhnya kekuatan blogger UMNO untuk mematahkan hujah Pakatan Rakyat. Selain dari isu wang zakat, blogger UMNO juga diarahkan untuk membela Jamil Khir dalam soal pembinaan rumah mewahnya yang dibeli pada 1994 untuk dibandingkan dengan rumah Datuk Seri Anwar di Segambut Dalam. Pelbagai cerita bohong mengenai rumah Anwar, termasuk kolam renang dalam rumah, telah direka cipta untuk disebarkan.- SPR |
| Syok la Ezam, ada ahli baru nak join... kahkahkah... Posted: 14 Jan 2012 04:10 AM PST Tragikomedi RPK Blogger yang hidup dalam buangan, Raja Petra Kamaruddin patut berhenti berfikir bahawa dia masih tidak boleh kembali ke Malaysia. Apa alasan BN memenjarakan dia sedangkan sudah jelas bahawa mereka adalah sekutu. Dia telah membuktikan siapa dirinya yang sebenar dengan menyerang Pakatan sebelum pilihanraya di Sarawak. Sekarang, dia sudah buat hal lagi, dengan menyerang Pakatan sebelum Pilihanraya Umum. Minggu lalu, Raja Petra megumumkan bahawa dia 90% pasti bahawa Anwar Ibrahimlah yang lelaki didalam video yang didedahkan oleh trio UMNO Datuk T. Raja Petra tidak menerangkan kenapa dia mengambil masa yang lama untuk membuat kesimpulan yang memeranjatkan itu. Namun, yang pasti ianya adalah kerana Pilihanraya Umum yang semakin hampir. Tidak juga dijelaskan apakah kaedah saintifik yang digunakan olehnya untuk membuat kesimpulan siapa lelaki didalam video itu, dan kita sudah maklum sememangnya tiada! Boneka wayang kulit Raja Petra sekarang tidak ubah seperti boneka wayang kulit, didalangi oleh puak Umno dimana tindak tanduknya mengikut sahaja skrip mereka. Mulutnya juga sudah mula melaungkan propaganda-propaganda BN, NST dan utusan. Mari kita lihat kebenarannya, sememangnya RPK bukanlah seorang wartawan yang beretika. Dia lebih suka menghiasi ruang berita daripada melaporkannya. Sumber-sumber berita darinya merupakan karekter-karekter fiksyen dengan harapan ianya akan menambah rencah kepada berita itu. Ini termasuk pada era sebelum 2008 dimana dia nampak lebih menyebelahi Pakatan. Kebanyakkan pemimpin dan penyokong pakatan tidak berupaya untuk mendiamkan diri bila RPK membuat kenyataan palsu yang memfitnah beberapa orang personaliti BN. Sekarang dia melakukan perkara yang sama kepada personaliti Pakatan. Namun, RPK sudah melakukan kesilapan yang besar dengan memikirkan bahawa dia seorang yang boleh mensensasikan sesuatu sahaja dan sekarang dirinya pula sedang dicemuh. Blog dan forum yang menjadikan dia terkenal sekarang memaparkan penipuannya. Para pemberi komen juga kejam. Dia menyangka dirinya sebagai ketua tapi sebenarnya hanyalah pemberi maklumat sahaja. Blognya hanya menjadi tempat dimana orang boleh meluahkan kemarahan mereka dengan membenarkan ia menjadi tidak ubah seperti kedai kopi yang dicetak lengkap dengan ruangan teori konspirasi. Namun, dalam usaha untuk menukar sokongan pembacanya dari Pakatan ke BN, RPK sudah sama sekali gagal. Selain daripada menganalisa video yang dibicarakan di atas tadi tanpa bantuan elektronik mahupun kaedah saintifik, RPK juga menuduh beberapa orang peguam menerima laba dari MBPJ, Majlis Perbandaran Petaling Jaya. Ia secara faktanya tidak benar. Tidak seorang pun diantara peguam yang dinamakan,iaitu Derek Fernandez, Latheefa Koya, N.Surendran dan R.Sivarasah telah menerima apa-apa habuan dari MBPJ. Paling menghairankan, mereka semua merupakan peguam-peguam yang memperjuangkan Alam Sekitar, Hak Asasi Manusia dan Haiwan serta sering melakukan tugasan pro-bono. Tidak jelas mengapa RPK telah menjadi terlalu bodoh untuk berani mati memfitnah kumpulan peguam yang tidak korupsi dan terbilang ini. Sivarasah juga dituduh mempunyai pejabat yang tidak mesra pelanggan. Pengunjung yang ingin tahu tentang pejabatnya akan mendapati ia tidak sedikitpun sombang dengan keadaan yang seba kekurangan sahaja. 'Sumber' maklumat RPK ini tidak syak lagi datang dari salah seorang dari kawan-kawan fiksyennya. Mengapa perubahan yang mendadak Jadi mengapa RPK berubah dengan mendadak terhadap Pakatan? Kita boleh membuat spekulasi bahawa ia adalah gabungan dari rundingan dalam Pakatan Rakyat dan dari BN. Rundingan dari BN biasanya adalah dalam bentuk wang, Ini kerana BN sudah menjadi parti politik yang hanya mampu menawarkan wang sahaja. Disamping kebodohan RPK, dia telah mempunyai idea untuk membentuk sebuah parti alternatif, MCLM. Ia telah gagal sebelum ia bermula kerana ia akan hanya berperanan mengurangkan undi Pakatan berbanding BN. MCLM pula dijangka akan menarik beberapa undi. Haris Ibrahim, yang tersilap langkah dalam menyertai MCLM, cuba untuk menjadi seorang yang mampu menarik calon-calon Pakatan tetapi diperlekehkan oleh parti-parti komponen Pakatan. Berikutan komen RPK terbaru, Haris telah meletak jawatan dari MCLM dan beberapa orang yang lain telah mengikut jejak langkahnya. Haris sebenarnya seorang yang jujur dan mungkin,merasa terbeban oleh niat RPK yang jahat itu. RPK akan kembali dalam persada berita di Malaysia tidak lama lagi, mungkin dalam masa seminggu dua ini. Tapi yang pastinya sebelum pilihanraya umum nanti. Trio Ezam, Nalla dan Ummi juga memerlukan seorang lagi untuk menyertai geng itu. Malaysia Chronicle |
| Kadir Sheikh Fadzil keluar UMNO? Posted: 14 Jan 2012 01:30 AM PST Zaid Ibrahim dipecat dari Umno suatu ketika dahulu kerana menghadiri program PKR. Hanya kerana itu Zaid dipecat dan tidak diampunkan oleh Umno. Lantas selepas itu Zaid menyertai PKR dan mengasaskan partinya sendiri KITA selepas beliau keluar dari PKR. Isnin lepas bekas Ahli Majlis Tertinggi Umno dan Menteri Kabinet BN tanpa segan silu hadir bersama-sama Anwar di Kompleks Mahkamah Jalan Duta bagi memberikan sokongan kepada Anwar. Bukan itu sahaja Kadir juga berkata Anwar adalah pemimpin hebat dan mampu menjadi PM yang hebat. Beliau hadir ke rumah Anwar dan menemani mantan timbalan perdana menteri itu ke mahkamah pada hari keputusan diumumkan. Tindakan Kadir ini juga boleh dilihat sebagai isyarat jelas beliau tidak bersama Najib. Jika Datuk Zaid Ibrahim pada satu ketika dahulu dipecat dari Umno kerana hadir di kongres PKR, apa pula tindakan yang bakal dikenakan terhadap Kadir yang juga merupakan timbalan presiden AMANAH – di bawah pimpinan Ku Li. Setidak-tidaknya, penyokong Kadir akan mengikut jejak langkah beliau untuk memberikan sokongan kepada Anwar Ibrahim. Ini merupakan satu kerugian politik kepada Najib Razak. Mungkinkah Kadir yang kini menjadi Bendahari Umno Bahagian Kulim Bandar Baru juga akan dipecat dari Umno sebagaimana Zaid dipecat. Kalau mengambil kes Zaid sebagai rujukan, sudah tentu Kadir dipecat oleh Umno. Kita tunggu adakah Umno berani memecat Kadir?????? |
| Perlu ka Haji Hadi jawab nih... Posted: 14 Jan 2012 12:00 AM PST Kerajaan Perpaduan: Haji Hadi Perlu Jelaskan Dakwaan Alwi DATUK Seri Abdul Hadi Awang perlu tampil menjelaskan kepada rakyat, benarkah beliau ada berjumpa dengan mantan Perdana Menteri Abdullah Badawi pada 2008 untuk berbincang tentang pembentukan kerajaan perpaduan, seperti yang didakwa bekas Setiausaha Politik Abdulah, Datuk Md. Alwi Che Mat. Benarkah perbincangan yang didakwa Alwi itu wujud? Sepengetahuan penulis, isu kerajaan perpaduan ini dimulakan oleh UMNO, bukan PAS. UMNO yang dikhabarkan beria-ia ingin mengadakan kerjasama tersebut dengan PAS, tapi dibantah sebahagian besar pemimpin utama PAS termasuk Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Tidak tahu pula penulis sudah ada perbincangan antara 2 Presiden parti diadakan ke arah itu? Pendedahan ini, jika benar, akan memalukan seluruh warga PAS yang selama ini percaya UMNO yang terhegeh-hegeh ingin bekerjasama menubuhkan kerajaan perpaduan, bukan sebaliknya. Penulis ingin ingatkan Haji Hadi, kesan kepada pendedahan ini amat besar walaupun isu ini telah agak lama berlalu. Tidak keterlaluan kalau penulis katakan, kesalahan ini amat besar, jauh lebih besar dari kesalahan yang membawa kepada pemecatan Hasan Ali dari PAS. Kalau Hasan Ali diibaratkan membakar jambatan antara dirinya dan PAS, tindakan sedemikian (jika benar) oleh Haji Hadi, ibarat mahu membakar PAS itu sendiri!! Seingat penulis, perbincangan sedemikian tidak pernah mendapat kelulusan Majlis Syura Ulama, mahupun Muktamar Tahunan PAS sebagai antara 2 badan tertinggi selain Mursyidul Am. Persoalannya sekarang, siapa yang memberi kuasa kepada Haji Hadi untuk memulakan perbincangan tersebut? Lebih penting, siapa lagi yang turut terlibat? Seperti didakwa Alwi, perbincangan tersebut dijalankan di kediaman rasmi Perdana Menteri di Seri Perdana. Tidak seperti kediaman biasa yang lain, sudah tentu ada rekod kemasukan yang boleh dirujuk untuk membuktikan pertemuan tersebut berlangsung atau tidaknya. Ini yang penulis bimbangkan kerana dengan rekod itu, tidak mungkin Alwi berbohong sementara sukar juga untuk Haji Hadi mengelak dari mengakui perkara tersebut nanti. Justeru, amat penting untuk Haji Hadi tampil dengan kisah sebenar kepada umum. Perkara ini perlu dijelaskan dengan segera kerana sikap membisu akan hanya menimbulkan lebih banyak prasangka kepada kepimpinan Haji Hadi sebagai Presiden PAS. Penulis tidak mahu membayangkan kesannya kepada kerjasama PAS dengan parti komponen lain dalam Pakatan Rakyat, lebih lagi dalam keadaan sekarang semua pihak bersiap sedia menghadapi pilihanraya umum yang dijangka pada bila-bila masa. Penulis juga tidak malu mengakui, jauh di sudut hati, penulis benar-benar berharap perkara ini tidak berlaku atas apa alasan sekalipun.- SPR |
| Berkilatnya dahi Rais... kahkahkah... Posted: 13 Jan 2012 10:20 PM PST Kes rogol amah tangguh kerana penulis blog 'hilangkan diri' KUALA LUMPUR- Mahkamah Tinggi di sini hari ini menangguhkan prosiding menghina mahkamah melibatkan penulis blog Amizudin Ahmat yang disaman Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim kerana Amizudin telah 'menghilangkan diri'. Peguam Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Rais, berkata keadaan tersebut menyebabkan beliau gagal menyerahkan dokumen prosiding menghina mahkamah dan pihaknya telah berusaha menyerahkan dokumen itu sebanyak tujuh kali bermula 25 November hingga 7 Disember tahun lalu. Muhammad Shafee berkata pada 11 Januari lalu, pihaknya cuba mengambil peluang untuk berjumpa Amizudin yang menghadirkan diri untuk pendengaran kes rayuannya di Mahkamah Rayuan, Putrajaya tetapi ia gagal kerana Amizudin sekali lagi menghilangkan diri. Berikutan keadaan itu, Hakim Datin Zabariah Mohd Yusof memutuskan 2 Februari ini untuk perbicaraan menghina mahkamah terhadap Amizudin. Pada 21 November tahun lalu, Mahkamah Tinggi memberi kebenaran kepada Rais untuk memulakan prosiding menghina mahkamah kerana penulis blog berkenaan telah melanggar sebahagian perintah yang melarangnya daripada terus menerbitkan artikel memfitnah Rais dalam blognya. Perintah yang dikeluarkan Hakim Zabariah itu ialah susulan daripada keputusan saman fitnah pada 19 Julai tahun lalu yang difailkan Rais terhadap Amizudin. Rais memenangi saman berkenaan dan Amizudin diperintah membayar ganti rugi RM300,000 kepada menteri itu. Hakim Zabariah turut memerintahkan Amizudin membayar kos RM100,000 kepada Rais. Pada 31 Januari 2011, Rais, 69, memfailkan saman terhadap Amizudin, 42, yang juga anggota jawatankuasa Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR) berhubung artikel yang disiarkan dalam blog sharpshooterblogger.blogspot.com, pada atau sekitar 28 Disember 2010. Dalam samannya itu, Rais berkata artikel berbahasa Melayu itu berniat jahat dan memfitnah beliau serta bermaksud beliau melakukan kesalahan besar merogol dan mampu membunuh pembantu rumah beliau dari Indonesia. Seorang wanita yang pernah bekerja dengan menteri itu kemudiannya dilaporkan telah memberitahu sebuah portal berita Indonesia bahawa beliau tidak pernah dirogol atau dilayan dengan buruk oleh majikannya itu. - BERNAMA |
| Hassan Ali yang bodo sombong... kahkahkah... Posted: 13 Jan 2012 08:00 PM PST Hassan Ali dipecat kerana Anwar atau dirinya sendiri Orang yang bersalah sentiasa menyalahkan orang lain kerana kesilapan mereka sendiri. Dan inilah yang terjadi pada Hasan Ali. Jaguh mempertahankan Islam, raja-raja Melayu dan bangsa Melayu telah disingkirkan oleh PAS berkuat kuasa serta-merta, sehari sebelum keputusan Anwar Ibrahim yang didapati tidak bersalah. Sebaliknya, Hasan Ali menyalahkan Anwar sebagai penyebab bagi pemecatan beliau, walaupun tiada siapa yang benar-benar terkejut memandangkan Umno sentiasa cuba untuk menjatuhkan Ketua Pembangkang yang berkarisma itu dengan mengurangkan simpati orang ramai terhadapnya dengan apa jua cara. "Anwar Ibrahim adalah punca saya dipecat," kata bekas Pesuruhjaya PAS Selangor itu pada sidang akhbar di rumahnya."Saya tidak mahu dia mengheret orang ramai ke dalam perjuangannya, yang saya rasa adalah sangat kotor. Saya tidak berani untuk menyokong Anwar di perhimpunan tersebut, saya adalah di antara beberapa ahli PAS yang tidak akan membuat kenyataan mengapa Anwar perlu menjadi perdana menteri, "tanbahnya lagi. Sudah Nampak sejak 'muktamar' Walau bagaimanapun, ramai yang percaya Hasan Ali patut dipecat dari dulu lagi. Kredit harus diberikan kepada PAS kerana bertolak ansur dengan Hasan Ali, tetapi pada kongres tahunan parti apabila undi diberi kepada kepimpinan yang bercorak sederhana pada tahun lepas, sudah ada tanda-tanda Hasan yang cuba menjadi batu api. Menurut Hasan, beliau bersedia untuk memimpin 'perang salib' peribadi terhadap apa-apa yang difikirkannya adalah 'cabaran' terhadap Islam. Ini termasuk menyokong serbuan Jabatan Hal Ehwal Agama Selangor atau JAIS di Damansara Utama ke atas Methodist Centre, dan juga mengambil bahagian dalam serbuan terbaru di pertubuhan hiburan. Tidak perlu ditegaskan lagi, dia medakwa wujudan golongan Kristian yang cenderung memurtadkan umat Islam dan ini telah berleluasa dengan disini, Puak Kristian ini lah yang akan menganggu ketenteraman kita semua. Sememangnya, pemecatan Hasan Ali yang disebabkan oleh dirinya sendiri dan tiada kaitan dengan Anwar Ibrahim. Akhirnya, tembelang Hasan Ali sudah pecah. Buktinya adalah kesediaan beliau untuk berbincang dengan UMNO mengenai kemungkinan penggabungan antara UMNO dan PAS. Sesuatu yang sudah jelas tidak boleh diterima oleh sesiapa sahaja pemimpin PAS. Hasan Ali telah merancang satu strategi memberontak dan ini adalah alasan yang cukup untuk pemecatan dari mana-mana parti politik, bukan sahaja PAS. Lain dari yang lain Hasan Ali yang tidak sebulu dengan yang lain mengambil pendirian egonya bahawa dia sememangnya betul dan PAS pula salah. Pendirian bodoh sombong mengenai Islam dalam negara yang berbilang kaum, berbilang agama tidak akan menjadikan PAS menarik kepada sesiapa pun. Dan kebodohan Hasan Ali terbukti dari sejak awal lagi, sejak tahun 2002 sebenarnya. Pada 4 Januari 2002 Harakahdaily, melaporkan Hasan Ali mewakili PAS pada forum yang dianjurkan oleh Pusat Penyelidikan Katolik. yang tertutup yang telah diadakan di dewan gereja yang terkemuka di Petaling Jaya. Peserta lain termasuk Lim Kit Siang dari DAP, Anuar Razak dari Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), dan dipengerusikan oleh Dr Patricia Martinez, seorang ahli akademik pakar dalam agama Islam dan perbandingan. Setiap penceramah telah diberikan 20 minit untuk membincangkan topik "Apakah Malaysia Sebuah Negara Islam", yang mencerminkan minat dan kebimbangan orang bukan Islam mengenai "pengumuman menteri perdana" September sebelumnya bahawa Malaysia adalah sebuah negara Islam. Apabila ia tiba giliran, Hasan Ali seperti dirasuk apabila menghentam UMNO. Beliau kemudiannya beralih pula kepada isu ketidakadilan pilihan raya pelajar di UiTM dan UKM; dan membuat penonton gerun terutamanya orang Kristian! Beliau juga kelihatan tersasul apabila penonton mempersoalkan pandangannya terhadap orang Islam yang murtad, mengaitkannya dengan kebebasan amalan beragama. Untuk ini, Hasan memberikan jawapan persis anak-anak sekolah bahawa ia adalah peraturan yang ditetapkan oleh Tuhan dan oleh itu ia adalah sukar untuk dirasionalisasikan. Alkitab elektronik untuk mempengaruhi umat Islam! Pada tahun 2002, Hasan Ali masih gagal dalam usahanya mempolitikkan masalah murtad demi meraih penyokong. Dan keadaan semakin kritikal pada tahun 2011. Kitai dihidangkan pula dengan dakwaan Alkitab solar elektronik yang 'bercakap' dan kononnya digunakan untuk mempengaruhi orang Islam. Walaupun dia mendakwa ribuan telah memeluk agama Kristian, kita masih belum menerima atau melihat bukti yang menyokong dakwaan ini. Hasan Ali memang patut dipecat, dan PAS sepatutnya telah dilakukan itu lama dahulu! Mungkin pada 2008 apabila dia mendedahkan bahawa beliau No 1 dan PAS No 2 Nasharudin Mat Isa telah cuba menggabungkan PAS dan UMNO. Hasan pula menyindir PAS dan memalukan parti dikhalayak ramai. Dalam Negara yang berbilang kaum, budaya dan agama seperti Malaysia, yang telah menajadikan diri mereka lebih matang sejak beberapa tahun yang lalu, PAS mahu semakin relevan kepada generasi yang baru. Kesederhanaan adalah kunci kemenangan ke atas bukan hanya orang Melayu Islam tetapi juga bukan Islam di Malaysia. Nasharudin dan Ibrahim Ali Dengan UMNO semakin menunjukkan sisi fasis mereka, PAS telah disambut baik oleh orang bukan Melayu. Dengan watak-watak seperti Hasan Ali yang tidak mempunyai keberanian intelektual untuk membaca sentimen rakyat berpotensi membawa maut kepada perjuangan parti. Atas sebab ini sendiri, dia dikeluarkan daripada PAS. Dan adalah tidak perlu bagi PAS untuk menjelaskan penyingkirannya. Membuang ahli-ahli yang bermasalah adalah hak parti. Keputusan PAS untuk memecat Hasan Ali adalah satu langkah yang baik apabila anda menyaksikan tindak-tanduk Hasan Ali itu. Turut hadir pada sidang akhbar itu ialah Nasha, bekas Timbalan Presiden PAS, yang telah dibuang oleh perwakilan kerana kecenderungannya untuk pro-UMNO, dan Ibrahim Ali, pengasas presiden sayap kanan kumpulan nasionalis Melayu Kuasa. Semestinya tidak perlu ada sebab yang lebih baik lagi untuk memecat Hasan Ali. Malaysia Chronicle |
| Posted: 13 Jan 2012 07:14 PM PST Askar Amerika Kencing Atas Muka Mayat Orang Islam Oleh: ahmadhadeed "Semasa kita sibuk pecat memecat ahli, fitnah memfitnah, laga melaga- orang Kafir aktif menghina orang Islam dengan kencing di atas mayat orang Afghanistan. Inilah video askar Amerika laknatullah sedang kencing atas muka mayat orang Islam. Mungkin ada muslim liberal atau orang politik cuba water down issue atau meremehkan isu ini dengan mengatakan ini video yang di buat buat atau video tidak jelas sebagai evidence atau ini adalah 0,00001 percent case namun kencing tetap kencing dan ini hanya video yang berjaya di sebar. Cuba bayangkan banyak mana lagi video menghina ummah yang tersimpan dalam private collection mereka untuk tertawa sambil meminum arak . Kita sibuk pecat memecat, hina menghina golongan yang di pecat dan akan di pecat, berhusnul zon pada yang kafir dan berhusnul suq pada yang Islam namun sunnatullah berlaku dan ia sedang berlaku. Apa yang Allah kata adalah benar iaitu Jangan jadikan orang Kafir wali kamu teman rapat kamu namun kita bangsa yang lalai |
| Kenyataan akhbar terkini Hassan Ali... Posted: 13 Jan 2012 04:00 PM PST Tidak lama selepas dipecat, mantan Naib Presiden, mantan AJK PAS Pusat dan mantan Ahli PAS, Dato' Dr Hassan Ali menyatakan bahawa beliau akan membuat kenyataan akhbar pada hari Khamis iaitu semalam. Tunggu punya tunggu tidak ada pula dilaporkan beliau membuat kenyataan akhbar. Apa agaknya sebab beliau tidak membuat kenyataan akhbar seperti dijanjikan. Blog ini dihujani dengan pertanyaan tentang kenyataan akhbar tersebut. Ini kerana peminat-peminat dan pencandu politik Malaysia ingin sangat hendak tahu langkah Dr Hassan seterusnya samada langkahnya pendek atau panjang. Mereka hendak tahu samada :- 1) Beliau akan merayu kepada Majlis Syura 2) Beliau menyertai Perkasa 3) Beliau menyertai Umno 4) Beliau kekal bebas tidak menyertai mana-mana parti politik 5) Beliau akan menubuhkan parti baru 6) Atau beliau masih belum membuat keputusan Hari ini timbul pula spekulasi yang beliau akan mengadap Haji Najib. Kalau benar apa salahnya. Biarkan dia bertemu dengan siapa sahaja sebelum buat keputusan. Pandangan dan kenyataan beliau sejak akhir-akhir ini pun memang sesuai dengan parti Hj Najib. Kita tungggu dan lihat apa tindakan Dr Hassan sehari dua ini........... |
| Posted: 13 Jan 2012 02:30 PM PST Sudahlah, hentikanlah fitnah- Anwar (Oleh: Masdar Wahid) KUALA LUMPUR 13 Jan: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta pihak yang berterusan memfitnah beliau supaya menghentikan perbuatan itu. "Sudah-sudahlah berbuat fitnah, hentikanlah," tegasnya ketika ditemui selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Jamek Kampung Baru, di sini hari ini. Anwar yang baru pulang dari lawatan ke India dan Turki selepas dibebaskan mahkamah atas tuduhan Fitnah II, disambut ratusan masyarakat Islam yang menunaikan solat Jumaat di masjid berkenaan. Berhubung keputusan pendakwa yang mahu memfailkan rayuan terhadap keputusan pembebasan beliau, Anwar berkata, ia terserah kepada Peguam Negara, Tan Sri Abdul Ghani Patail untuk memutuskan. "Itu terserah pada peguam negara. Saya ikut fakta dan undang-undang," katanya ringkas. Sementara itu, kehadiran beliau di sini menarik perhatian umum apabila rakyat yang hadir berpusu-pusu untuk bersalam dengan beliau. Situasi itu menyebabkan jalan dari dalam masjid hingga ke tapak meletak kenderaan sesak sehingga kenderaan yang membawa Anwar beredar. Pada Isnin lalu, Hakim Mahkaman Tinggi Kuala Lumpur Datuk Zabidin Mohd Diah membebaskan Anwar atas tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan. Dalam penghakimannya, Zabidin berkata, mahkamah tidak dapat menerima bukti DNA dan bukti lisan yang dikemukakan. Keputusan itu,- yang turut mendapat liputan meluas media antarabangsa- disambut sebagai satu kemenangan rakyat dan dialukan oleh pelbagai pertubuhan, badan perundangan dan pemimpin antarabangsa. |
| You are subscribed to email updates from shalehudin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |








Tiada ulasan:
Catat Ulasan