Addin |
- Mstar Online Berbohong, Gambar Di Ambil Sebelum Konvensyen PR Bermula
- Najib Belum Bersedia Hadapi PRU 13.. Ini Buktinya
- (Video) Pembunuhan Kejam Di Depan Orang Ramai
- Terkini!! Najib Arah Beku Semua Aset NFC
- Bongkar!! Jamil Khir Upah Blogger UMNO Bagi Jawab Isu Wang Zakatnya
- Pejabat Kedutaan Malaysia Di UK Sediakan Khidmat Pelacuran?
- (Kemaskini) Konvensyen Pakatan Rakyat : PR Dapat Kerjasama Dari Dalam BN - Mat Sabu
- Ahli UMNO Padang Besar Bakal Bagi Undi Protes Pada Najib Di PRU 13
- (Video) Wajib Lihat!! Persembahan Istimewa Dari Zambry Kadir Buat PM Najib Sempena Lawatan Ke Perak
| Mstar Online Berbohong, Gambar Di Ambil Sebelum Konvensyen PR Bermula Posted: 14 Jan 2012 10:00 AM PST Beginilah para pendokong dan penyokong Pakatan Rakyat yang hadir pada hari ini. Dan inilah keadaan dan suasana sebenar di ruang utama Stadium Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah Suka Menanti pada Konvensyen Pakatan Rakyat ke-3 di Alor Setar, Kedah. Tetapi yang Addin geram.. media pencacai dan penjilat UMNO telah 'spin' cerita dan gambar keadaan sebenar konvensyen Pakatan Rakyat ini. Jikalau nak menipu merangkap membodek tuan tanah UMNO.. agak-agaklah. Rakyat bukannya bodoh macam UMNO dan media pencacainya..
Dari pemerhatian Addin, integriti blogger Pakatan Rakyat lebih tinggi daripada media pencacai UMNO BN. Bawak cerita fitnah dan lucah je yang tau.. Media pencacai patut pun jadi bahan makian rakyat jelata. | ||||
| Najib Belum Bersedia Hadapi PRU 13.. Ini Buktinya Posted: 14 Jan 2012 08:08 AM PST Ramai pasti yang tertanya bilakah tarikh Pilihanraya Umum Ke 13. Ramai pemerhati politik mengatakan yang pilihanraya umum 13 bakal jatuh pada tahun 2012. Itu sudah hampir pasti. Tetapi yang jadi persoalan. Bilakah tarikh yang sebenar-benarnya? Memang daripada dulu lagi kalau dah namanya Perdana Menteri Malaysia, sudah jadi amalan di Malaysia tarikh pilihanraya umum akan menjadi hak mutlak kepada seorang yang bergelar Perdana Menteri Malaysia, kalau sekarang pastilah kuasanya diberikan kepada Datuk Seri Najib Razak untuk menentukannya "tarikh keramat" tersebut. Ia tidak boleh dikongsikan dengan rakyat Malaysia sendiri apatah lagi terhadap pembangkang jauh sekali. Pilihanraya secara umumnya akan berlangsung 5 tahun sekali. Tidak kira di negara-negara jiran kita sehinggalah ke negara maju :
Mereka akan umumkan tarikh pilihanraya umum jauh lebih awal iaitu sekurang-kurangnya setahun daripada berlangsung pilihanraya umum di negara mereka. Apa Yang Bagusnya Kalau Diumumkan Lebih Awal Pilihanraya Umum?
Sebenarnya, apabila tibanya pilihanraya umum ke 13 nanti semua kita di sini yang bergelar rakyat Malaysia merangkap pengundi adalah juga merupakan pemegang saham (shareholder) kepada sebuah syarikat yang bernama Malaysia. Manakala menteri-menteri serta wakil rakyat, baik daripada Barisan Nasional mahupun Pakatan Rakyat adalah ahli lembaga pengarah dan Perdana Menteri diibaratkan sebagai pengarah.
Kalau sebelum ini, ramai pemerhati politik mengatakan termasukklah akhbar Reuters sendiri buat ramalan pilihanraya umum ke 13 akan berlangsung sekitar bulan Mac 2012 ini. Ramalan Tarikh Pilihanraya ke 13 (PRU). Antara Faktor Yang Diberikan Mereka :
Walaubagaimanapun, berita terbaru melalui laporan Wall Street Journal (WSJ) menunjukkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak belum lagi bersedia untuk membuat pilihanraya umum ke 13 selagi tranformasi ekonomi yang ingin beliau laksanakan belum lagi berjaya. 2 petikan daripada kenyataan Datuk Seri Najib Razak kepada Wall Street Journal (WSJ) yang menarik perhatian kami :
Rupanya lambat lambat lagi ilham Perdana Menteri untuk mendapatkan tarikh pilihanraya umum ke 13 yang sesuai. Dan hati kecil kami juga merasakan yang pilihanraya umum ke 13 tidak akan dijalankan dalam masa yang terdekat iaitu bulan Mac 2012 ini
Itu hanya beberapa perkiraan yang diambil oleh kami buat masa ini. Yang hampir pastinya, pilihanraya umum ke 13 akan dijalankan pada tahun ini. ~beritasemasa | ||||
| (Video) Pembunuhan Kejam Di Depan Orang Ramai Posted: 14 Jan 2012 04:59 AM PST CHINA – Seorang wanita telah menjadi mangsa pembunuhan kejam apabila ditikam dengan senjata tajam bertubi-tubi sehingga mati oleh seorang lelaki yang tidak dikenali di dalam satu kejadian ngeri yang berlaku di sini baru-baru ini. Kejadian yang mendapat liputan meluas di seluruh dunia itu turut dirakamkan kamera litar tertutup (CCTV) dan telah dimuat turun di laman Youtube oleh individu yang dikenali sebagai nkwopara32. Menurut nota yang diletakkan oleh nkwopara32 di lama Youtube tersebut, wanita itu dipercayai berusia 28 tahun yang sedang berjalan kaki di tepi jalan sebelum disapa oleh seorang lelaki yang tidak dikenali. Di dalam video sepanjang lima minit itu, difahamkan bahawa lelaki itu cuba memujuk dan memaksa wanita tersebut untuk masuk ke pusat hiburan karaoke yang berhampiran untuk berhibur. Bagaimanapun, wanita itu dikatakan menolak desakan lelaki itu dan menyebabkan lelaki itu berang lantas menyerang serta menikam mangsa berkali-kali sehinga mati dengan menggunakan objek tajam yang dipercayai pisau. Mengejutkan, lelaki itu jelas 'berhati kering' apabila berani membunuh mangsa di tempat awam di mana ramai orang ramai lalu lalang di situ pada siang hari. Namun, agak malang bagi wanita itu apabila tidak ada seorang pun dari kalangan orang ramai yang berada di lokasi kejadian yang sanggup memberi bantuan kepadanya. Menurut pemuat turun video tersebut, lelaki kejam itu telah ditahan oleh pihak berkuasa negara itu dan di dakwa di mahkamah atas pertuduhan membunuh mangsa. Persoalannya, apakah kejadian tersebut merupakan perkara biasa yang berlaku di negara tanah besar China itu? Apakah warga China kurang prihatin terhadap kekejaman atau takut untuk menghentikan jenayah yang berlaku di depan mata? Bagaimana pula situasi di Malaysia dan masyarakat negara kita sekiranya 'budaya' tersebut menular di sini? Apakah ada jaminan bahawa insiden tersebut tidak akan berlaku di Malaysia? ~mynewshub Sumber : (Video) Pembunuhan Kejam Di Depan Orang Ramai | ||||
| Terkini!! Najib Arah Beku Semua Aset NFC Posted: 14 Jan 2012 04:06 AM PST KUALA LUMPUR – Kerajaan mula mengambil tindakan yang lebih tegas dalam isu Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) apabila membekukan semua aset milik perbadanan itu. Selain itu, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Pertanian, Datuk Seri Noh Omar pula diarahkan agar mengawasi perjalanan perbadanan berkenaan. Arahan berhubung langkah itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu sidang akhbar di Perak, sebentar tadi. NFC diPengerusikan oleh Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail yang juga suami kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil. NFC menjadi perhatian dan diasak pembangkang apabila pihak Jabatan Audit Negara menyebut projek tersebut berada dalam kedaan kacau-bilau dalam laporan terbaru meraka yang diterbitkan akhir tahun lalu. Antara yang dipertikaikan banyak pihak adalah tindakan NFC yang menggunakan dana yang diperuntukan untuk membeli beberapa unit kondominium mewah dalam dan luar negara. Terkini, Shahrizat beberapa hari lalu mengumumkan akan bercuti selama tiga minggu bagi membolehkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat kes NFC secara bebas sepenuhnya. Selain pembangkang, beberapa pemimpin UMNO seperti mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad turut mengesa Shahrizat agar meletak jawatan dan jangan menjadi liabiliti kepada kerajaan dan parti. Mengulas mengenai cuti panjang Shahrizat, Najib berkata, itu adalah satu tindakan yang tepat. Katanya, menteri berkenaan telah berbincang dengan beliau dan bersetuju tindakan lanjutnya tertakluk kepada hasil siasatan SPRM. ~mynewshub | ||||
| Bongkar!! Jamil Khir Upah Blogger UMNO Bagi Jawab Isu Wang Zakatnya Posted: 13 Jan 2012 09:40 PM PST Pendedahan yang di keluarkan oleh blog Suara Pakatan Rakyat bukanlah memeranjatkan pun kerana ini adalah kebiasaan pemimpin UMNO. Tapi setahu Addin, kebiasaannya pemimpin UMNO akan menggunakan bloggernya untuk menjawab setiap isu di alam maya. Contohnya, isu NFC.. beria-ria blogger UMNO mempertahankan 'biawak hidup' dalam UMNO. Hasilnya.. tak kemana pun. Kita sama-sama lihat isu wang zakat Jamil Khir Baharom nih.. sejauh mana kehandalan blogger UMNO untuk menyelamatkannnya. Isu Zakat Jamil Khir : Strategi Blogger UMNO Di Dedah Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Mejar Jeneral (B) Jamil Khir Baharum telah memanggil sekumpulan blogger UMNO ke pejabatnya untuk taklimat cara-cara menjawab isu penyalahgunaan wang zakat bagi tujuan yuran guaman. Selain penjelasan berterusan melalui media arus perdana, para blogger UMNO telah diperuntukan sejumlah wang untuk menggunakan blog masing-masing bagi membantu Jamil Khir menjawab isu tersebut di alam siber. Antara maklumat-maklumat yang diarahkan kepada blogger UMNO untuk menjawab ialah:- 1. Yuran guaman tersebut dibayar oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menggunakan wang zakat kerana pertikaian undang-undang tersebut melibatkan pihak Majlis, bukan individu. 2. Membangkitkan soal pembayaran yuran guaman oleh kerajaan negeri Selangor dalam kes menghina Sultan Selangor oleh ADUN Seri Muda, Shuhaimi Shafei yang menurut sumber tersebut adalah masalah peribadi dan tidak membabitkan kerajaan negeri (tapi yuran guaman masih dibayar kerajaan negeri). 3. Membangkitkan soal penerimaan zakat pelajaran oleh anak-anak Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang dikatakan tidak layak kerana selain Ahli Parlimen, Khalid juga adalah seorang jurutera yang mampu menampung kos pengajian anak-anaknya. 4. Memberi gambaran bahawa perkara ini sengaja dipolitikkan kerana melibatkan ketua pembangkang. 5. Mewujudkan 'asnaf fisabillilah' untuk menutup penyalahgunaan dana zakat bagi tujuan yuran guaman. 6. Pemberi maklumat yang membekalkan 'payment voucher' kepada PKR telah dikenal pasti dan akan dikenakan tindakan disiplin termasuk pembuangan kerja. Penulis difahamkan ada beberapa ketetapan lain juga telah diputuskan tapi oleh kerana maklumatnya tidak lengkap, penulis tidak yakin untuk menyiarkannya di laman ini. Selain penulis juga perlu melindungi sumber yang mendedahkan perkara ini kepada penulis. Ada diantara strategi yang disebutkan diatas sudah pun mula digunakan, seperti dalam contoh 'asnaf fisabilillah'. Penulis difahamkan bahawa sebelum ini, kategori 'asnaf' tersebut tidak wujud (atau dormant) tapi sengaja diadakan untuk melepaskan Jamil Khir dari sebarang tuduhan salah laku. Mungkin PKR boleh mengesahkan maklumat mengenai kewujuduan asnaf ini melalui sumber dalaman yang membekalkan salinan 'payment voucher' tersebut, sebelum beliau dikenakan tindakan disiplin seperti yang disebutkan di atas. Kelihatannya Jamil Khir dan UMNO begitu bersungguh-sungguh untuk menutup isu ini dengan segera. 'Kesungguhan' Jamil Khir itu menimbulkan banyak tanda tanya – apa yang sebenarnya cuba disembunyikan? Penulis difahamkan yang Jamil Khir tertarik untuk menggunakan pendekatan sama yang oleh Shahrizat dan suaminya dalam isu National Fedlot Corporation (NFC) dengan menggunakan sepenuhnya kekuatan blogger UMNO untuk mematahkan hujah Pakatan Rakyat. Selain dari isu wang zakat, blogger UMNO juga diarahkan untuk membela Jamil Khir dalam soal pembinaan rumah mewahnya yang dibeli pada 1994 untuk dibandingkan dengan rumah Datuk Seri Anwar di Segambut Dalam. Pelbagai cerita bohong mengenai rumah Anwar, termasuk kolam renang dalam rumah, telah direka cipta untuk disebarkan. ~suaraPR | ||||
| Pejabat Kedutaan Malaysia Di UK Sediakan Khidmat Pelacuran? Posted: 13 Jan 2012 08:49 PM PST Benarkah pejabat Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di United Kingdom kini bukan saja menyediakan perkhidmatan permohonan pasport, tetapi juga perkhidmatan pelacuran? Mungkin ia kedengaran seperti tidak masuk akal, tetapi itulah hakikatnya!Inilah yang anda temui sekiranya anda hendak mencari maklumat berkaitan pejabat tersebut dalam enjin pencarian Google. Penulis pada mulanya agak meragui perkara itu, lalu penulis cuba untuk menaip perkataan 'Malaysian High Commission in London' di laman berkenaan. Memang benar, selain gambar pejabat, ada disenaraikan peta lokasinya sekali. Tetapi yang lawaknya, turut tertulis perkataan PROSTITUTION di situ sekaligus memberi gambaran seolah-olah pejabat kedutaan kita turut menyediakan perkhidmatan persundalan, pergh! Sementara itu portal The Malaysian Insider yang turut menyedari 'masalah' tersebut ada menghubungi pihak Google untuk mendapatkan maklumat lanjut daripada pihak berkenaan. Menurut ketua komunikasi dan hal ehwal awam Google Malaysia, Zeffri Yusof, kesilapan yang terjadi mungkin disebabkan terdapat 'data yang tidak betul'. Dia menjelaskan, pihak Google sedang menyiasat bagaimana 'perkataan' itu boleh tertera tetapi pihaknya belum boleh membuat apa-apa pindaan kerana ia akan dilihat percubaan untuk membuat tapisan sendiri. Sementara itu jurucakap Kementerian Luar mengesahkan menyedari perkara itu dan telah memfailkan aduan kepada pihak Google untuk membetulkan perkara berkenaan. Baguslah kalau orang kementerian cepat sedar dan ambil tindakan pantas kerana ini boleh mencemarkan nama baik negara kita di pihak luar. Kena ingat, Google merupakan enjin pencarian paling popular dan digunakan secara meluas di seluruh dunia untuk pelayar internet mencari maklumat mengenai satu-satu perkara. Dan kena ingat, perkataan seperti PROSTITUTION juga sering dicari dalam internet. Tak sanggup rasanya kalau pejabat kedutaan kita tiba-tiba didatangi ramai pengunjung, bukan kerana nak buat pasport, tetapi kerana diserbu lelaki durjana yang mahu melampiaskan nafsu serakah mereka, malu boboi!!! ~mynewshub | ||||
| (Kemaskini) Konvensyen Pakatan Rakyat : PR Dapat Kerjasama Dari Dalam BN - Mat Sabu Posted: 13 Jan 2012 08:23 PM PST Timbalan presiden PAS Mohamad Sabu berkata Pakatan Rakyat kini mendapat "kerjasama daripada dalam" BN untuk membentuk kerajaan selepas pilihan raya umum akan datang. Kerjasama itu diperolehi daripada kakitangan awam termasuk anggota keselamatan dan juga bekas menteri BN, katanya dalam ucapan pembukaan di konvensyen Pakatan Rakyat di Alor Setar hari ini. "Malah yang sedang bertugas dalam jawatan tanya apakah sumbangan yang akan kita beri untuk tumbangkan kerajaan BN," katanya lagi. ~mk Bersihkan Malaysia Dari BN Konvensyen Pakatan Rakyat kali ke-3 bertemakan 'Bersihkan Malaysia' berlangsung di Stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti, Alor Setar, bermula hari ini, 14 Januari 2012. Konvensyen diadakan pada saat Pakatan Rakyat berada di landasan terbaik dan kukuh, selepas semua tohmahan yang melanda kepimpinannya, sama ada yang bersifat peribadi, mahu pun serangan kepada Kerajaan-Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat, dapat ditepis dengan sebaik-baiknya. Empat tahun penubuhan Pakatan Rakyat, dengan empat negeri (selepas Perak dirampas Barisan Nasional), selepas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dibebaskan dengan segala pertuduhan, Pakatan Rakyat dilihat semakin kukuh dan semakin tersemat di hati rakyat, bahawa ia merupakan alternatif terbaik untuk menggantikan BN. Itulah persepsi rakyat Malaysia kebanyakannya. Rakyat sudah bersedia menolak Umno-BN, selepas segala macam fitnah dan pertuduhan dilemparkan media arus perdana terhadap individu, parti dan kerajaan Pakatan Rakyat, semuanya terbukti palsu dan tersasar. Rakyat sudah menyedari bahawa, selama ini Umno-BN sengaja menciptakan kepalsuan, mengaibkan, menghina serta memomok-momokkan Pakatan Rakyat semata-mata untuk menyelamatkan kedudukan politik mereka. Umno-BN menyangka, dengan memahatkan politik jijik dan lucah, kononnya dilakukan pemimpin Pakatan Rakyat akan dapat memesongkan sokongan rakyat pada Pilihan Raya Umum 2008, kembali kepada mereka. Bukannya rakyat kembali kepada Umno-BN, malah rakyat semakin berpaling jauh daripada seluruh anggota komponen BN, termasuk pemimpin-pemimpin Umno-BN itu sendiri. Rakyat nampaknya sudah bersedia untuk memilih Pakatan Rakyat untuk menggantikan Umno-BN. Sama ada dari kalangan pegawai tinggi kerajaan, sehinggalah ke kaum buruh, petani dan nelayan, sebahagian besar mereka sudah sedar, bahawa kerajaan yang didokong sejak sebelum merdeka, merupakan kerajaan yang gagal membela nasib rakyat. Mereka sudah melihat dan merasakan sendiri, bahawa di bawah kepimpinan PAS di Kelantan sejak 1990 dan Kedah, Pulau Pinang serta Selangor dalam tempoh empat tahun ini, Pakatan Rakyat boleh memerintah, jauh lebih baik daripada 50 tahun di bawah Umno-BN. Pakatan Rakyat menawarkan kesejahteraan kehidupan kepada rakyat. Pakatan Rakyat membuktikan ia berjaya menyelamatkan wang negeri dan mendapat pujian daripada Ketua Audit Negara, kerana berjaya menaikkan hasil negeri, sekaligus berbelanja dengan berhemah. Manakala pemimpin-pemimpin kerajaan Pakatan Rakyat dilihat bersih dari sebarang pertuduhan salahguna kuasa, bersih dari rasuah dan amalan kronisme, walaupun diserang dan dicaci media pro Umno-BN saban hari. Dengan amalan islamik, ketelusan dan pertanggungjawab pemimpin-pemimpin politik Pakatan Rakyat, maka golongan di bawah tadbir mereka, sama ada pegawai-pegawai kerajaan dan agensi-agensi berkaitan, mula berusaha membaiki kepincangan kerajaan terdahulu sedikit demi sedikit. Hasilnya, prestasi kerajaan Pakatan Rakyat diakui dan dipuji Audit Negara, berbanding dengan kerajaan Umno-BN yang penuh dengan kritikan, akibat ketirisan, salahguna kuasa dan amalan rasuah yang berleluasa. Jika dalam tempoh sesingkat empat tahun Pakatan Rakyat boleh membersihkan kerajaan-kerajaan negeri dari segala kepincangan yang dilakukan Umno-BN selama 50 tahun, maka apakah dalam masa yang singkat juga Pakatan Rakyat tidak boleh membersihkan Malaysia? Sudah tentu boleh. Sudah tentu Pakatan Rakyat boleh membersihkan segala kepincangan politik, ekonomi dan sosial yang punah akibat kebobrokan pemimpin Umno-BN. Tidak lain dan tidak bukan, cara yang terbaik untuk membersihkan Malaysia ialah dengan membersihkannya dari terus dikuasai Umno-BN pada PRU akan datang. ~hrkh Berita lanjut akan menyusul | ||||
| Ahli UMNO Padang Besar Bakal Bagi Undi Protes Pada Najib Di PRU 13 Posted: 13 Jan 2012 07:22 PM PST Umno semakin goyah.. ahli Umno sendiri tidak berpuas hati dengan cara pentadbiran Najib menangani beberapa isu kebelakangan ini. Yang terbaru, mereka tidak berpuas hati cara Najib menangani kes Anwar. Situasi ini menunjukkan kucar kacirnya pentadbiran Najib selama ini. Hanya mementingkan dan menyelamatkan kroni-kroninya, sehinggakan ahli Umno sendiri rasa terpinggir dan tersisih. Yang menyokong Najib adalah Ketua Bahagian dan jawatan-jawatan yang berkepentingan. Laporan yang tidak betul dan membodek ini akan menghancurkan Najib dan Umno sendiri. Jika undi protes benar-benar berlaku harapan Pakatan rakyat menawan Putrajaya dilihat semakin cerah. Ketua Umno Bahagian Dakwa Ahli Tidak Puas Hati Dengan Najib PETALING JAYA - Ketua Umno Padang Besar, Datuk Zahidi Zainul Abidin mendakwa ada ahli Umno dan orang Melayu tidak puas hati dengan pentadbiran negara pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak. Bekas timbalan pengerusi Umno Perlis itu berkata, antara sebab mereka tidak puas hati ialah konsep 1Malaysia yang diperkenalkan Najib pada 2009. Katanya, konsep 1Malaysia itu telah memberi banyak ruang kepada kaum lain. "1Malaysia ini untuk menarik undi dari bukan Melayu tetapi nampaknya tiada tanda-tanda mereka menyokong kerajaan," katanya. Zahidi menambah, orang terima Najib dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana Umno tidak ada pemimpin lain. "Siapa yang layak jadi pemimpin Umno selain Najib dan Muhyiddin?" tanyanya. Pilihan raya penentu "Pilihan raya umum ke 13 ini akan menjadi menjadi penentu kepada Najib dan timbalannya itu," tambah beliau. Menurut Zahidi, orang Umno dan orang Melayu juga tidak puas hati dengan cara kerajaan mengendalikan kes ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim. Anwar dibebaskan oleh mahkamah tinggi Kuala Lumpur atas tuduhan liwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan Isnin lalu. Bagaimanapun, beberapa pemimpin Umno lain ketika dihubungi mendakwa sebaliknya dengan mengatakan konsep 1Malaysia adalah yang terbaik untuk negara. Ketua Umno Bukit Mertajam, Datuk Musa Sheik Fadzir berkata, kita tidak boleh bersikap rasis kerana Malaysia adalah masyarakat berbilang kaum. Pendapat sana disuarakan oleh Setiausaha Umno Kubang Pasu, Samsuddin Ahmad. "1Malaysia ok. Hak orang Melayu tidak terjejas. Kita (orang Melayu) kena terima. "Saya tidak mendengar rungutan bahawa orang Umno atau orang Melayu tidak suka konsep 1Malaysia ini," katanya. ~freemalaysiatoday | ||||
| (Video) Wajib Lihat!! Persembahan Istimewa Dari Zambry Kadir Buat PM Najib Sempena Lawatan Ke Perak Posted: 13 Jan 2012 03:47 PM PST PM Najib Razak bakal bertandang ke Perak hari ini. Najib di jangka merasmikan Program Pemukiman Adun-Adun Barisan Nasional (BNBBC) dari seluruh Malaysia di Parlimen Bukit Gantang, Jalan Simpang-Taiping, pada malam ini. Majlis perasmian program ini bakal diadakan jam 8.30 malam ini dan di jangkakan MB Haram Perak bakal menyediakan satu persembahan istimewa buat PM Najib dan isteri tercinta Rosmah Mansor yang di usung kehulu dan ke hilir. Di antara event bakal di adakan sempena kedatangan PM Najib itu ialah tarian 'Senaman 1Malaysia' persembahan dari MB Haram Zambry Kadir sendiri. Mari kita layan persembahan istimewa dari MB Haram Zambry Kadir nih.. kah..kah..kah... Lepas ko orang semua lihat video ni, ko orang bagilah star rating sikit kat bawah ni..ok?? Video ~ alhusseyn Sumber : (Video) Wajib Lihat!! Persembahan Istimewa Dari Zambry Kadir Buat PM Najib Sempena Lawatan Ke Perak |
| You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |









Tiada ulasan:
Catat Ulasan