shalehudin |
- Sekarang bukan masa cakap kosong Sam, saman jaa...
- Berahim Ali mengaku bacul? Kahkahkah...
- Yang bom Altantuya pun profesional gak... haha...
- Tak habih lagi pasai Hassan Ali... hihi...
- Betoinya Najib ni boneka sapa... haha...
- UMNO dan seks berpisah tiada... kahkahkah...
- Nasib hang la Berahim oii, jadi bomoh tenaga batin... kahkahkah...
- Kahkahkah... Fathul Bari tak layak jadi ostad, buat lawak bodo
- Utusan lancar projek langgar Hadi pulak dah... kahkahkah...
- Shahrizat tu ada lagi ka ayaq muka dia... kahkahkah...
| Sekarang bukan masa cakap kosong Sam, saman jaa... Posted: 13 Jan 2012 09:00 AM PST Shamsul: Saya pun boleh saman Perkasa (Oleh: Rusnizam Mahat) KUALA LUMPUR 12 Jan: Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin tidak ada halangan sekiranya Pertubuhan Peribumi Perkasa (Perkasa) mahu memfailkan saman terhadap beliau. Ia ekoran desakan beliau meminta pertubuhan itu menafikan penglibatan mereka dalam insiden letupan berhampiran Mahkamah Jalan Duta pada Isnin lalu. Sebaliknya, kata Shamsul, beliau juga boleh mengambil tindakan undang-undang terhadap pertubuhan itu kerana memutar belitkan kenyataannya. "Saman itu adalah hak Perkasa.. saya bersedia untuk menjawab persoalan yang dikemukakan sekiranya mereka benar ingin mengemukakan saman. Tetapi saya juga mempunyai hak untuk menyaman mereka sekiranya dakwaan mereka kosong," kata Shamsul. Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Melaka itu mengulas laporan portal Sinar Harian hari ini yang memetik kenyataan Setiausaha Agung Perkasa, Syed Hassan Syed Ali yang mahu mengkaji tindakan perundangan ke atas beliau. "Biar lah mereka nak saman..tapi isu yang saya bangkitkan di dalam media ialah saya membuat desakan kepada Perkasa menafikan mereka terlibat dalam insiden letupan itu. "Ini kerana mereka juga kelompok yang berada di situ (mahkamah)," "Saya fikir mungkin Perkasa tidak dapat membezakan desakan untuk menafikan dengan tuduhan," ujar beliau yang juga seorang peguam. Dalam pada itu, Shamsul meminta pihak polis mengambil tindakan terhadap laporan Utusan Malaysia yang kononnya memetik sumber polis dengan mendakwa bom berkenaan dibawa peserta himpunan 901. "Mengapa Utusan Malaysia melabel hanya satu kumpulan iaitu penyokong kempen Anwar Bebas sahaja yang terlibat (insiden letupan), sedangkan ada kumpulan-kumpulan lain termasuk penyokong Saiful dan Perkasa," tegas beliau. Sehingga kini, katanya, tidak ada sebarang kenyataan rasmi dari pihak polis mengesahkan laporan berkenaan. "Sekiranya tidak betul mereka (Utusan) harus membuat jawapan balas atau mengemukakan kenyataan atau sumber dari pihak polis. "Ia perkara sulit. Mana boleh perkara itu bocor kecuali pihak polis sendiri mahu membocorkan, sebab itu perlu ada jawapan segera dari PDRM. Kalau tidak rakyat akan semakin hilang kepercayaan terhadap pihak polis," katanya. |
| Berahim Ali mengaku bacul? Kahkahkah... Posted: 13 Jan 2012 07:20 AM PST Akhirnya Ibrahim Ali Mengaku Dirinya Bacul? Masihkah kita ingat tanggal 907? Dimana ribuan rakyat Malaysia 'bertekad' untuk turun ke jalan-jalan bagi menyatakan amarah mereka? Rakyat menuntut pilihanraya bersih dan adil. Ingatkah kita, pada hari tersebut juga PERKASA dan Presidennya bertekad untuk sama turun ke jalanraya. Tetapi agenda mereka berbeza. Kononnya mereka turun ingin mempertahankan keamaanan negara. Mungkin Ibrahim Ali tidak reti membezakan perhimpunan aman dan rusuhan. Rakyat tidak gentar dengan ugutan, lagi tekan lagi LAWAN! 907(BERSIH 2.0) BERSIH 2.0 Tetapi rakyat tidak lupa bagaimana Ibrahim Ali beriya-iya bertekad mahu menghalang perhimpunan bersih. Rakyat juga tidak lupa bagaimana Ibrahim Ali memberi 'amaran' dan melantik dirinya sendiri sebagai general perang pada hari tersebut. Ugutan yang berbau perkauman oleh Ibrahim Ali juga membuatkan lebih ramai rakyat Malaysia untuk turun bersama-sama. Tetapi pada 907, dimanakah Ibrahim Ali? Tepuk dada tanya selera Masihkah kita ingat, pada 901 tempoh hari, hari hukuman kepada Dato Seri Anwar di Mahkamah Tinggi Jalan Duta. PERKASA dan Presidennya juga beriya-iya kononnya bersedia berhadapan dengan peserta 901. PERKASA dengan angkuh dan bongkaknya mengatakan misi keamanan mereka akan bermula selepas subuh dan mereka akan berarak dari Masjid Wilayah Persekutuan hingga ke Mahkamah. Mereka juga sanggup untuk bertembung dengan penyokong 901. Adakah mereka fikir apa yang mereka lakukan ini benar-benar jihad untuk negara? Dari bermulanya 901 hingga tamatnya 'majlis' 901, wajah 'bengis' ahli-ahli PERKASA dan Presidennya yang vokal tidak kelihatan. Adakah Ibrahim Ali cuba memperbodohkan ahlinya untuk turun? Sedangkan terbukti dirinya bacol dan penakut untuk berhadapan secara realitinya. PERKASA SEDIA TEMPUR** Kesimpulan Apa yang dapat dilihat, sudah terbukti. Secara tersirat Ibrahim Ali mengaku dirinya bacul dan penakut. Ini sudah terbukti. Adakah ahli PERKASA ingin memperbodohkan dirinya lagi dan diperkudakan Presiden mereka yang secara luar dan dalamnya penakut? Inikah yang dikatakan pendekar Melayu? Inikah NGO pertahankan Melayu? Atau NGO bertopengkan 'FASIS' untuk mempertahankan Ketuanan Elitis dan Kapitalis Melayu di dalam negara. Wahai Ibrahim Ali, kekuatan NGO kamu tidak sesekali dapat menangini kekuatan solidariti rakyat Malaysia." |
| Yang bom Altantuya pun profesional gak... haha... Posted: 13 Jan 2012 04:55 AM PST Letupan Dilakukan Profesional, Bukan Polis - Ketua Polis KL ![]() Ketua Jabatan Pengurusan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah (dua, kiri)menunjukkan hasil siasatan awal kepada media mengenai bahan letupan yang digunakan pada perhimpunan "Bebaskan Anwar 901" lalu. Turut kelihatan Ketua Mohmad Salleh (kanan). Foto BERNAMA. KUALA LUMPUR: Letupan di Kompleks Mahkamah Jalan Duta Isnin lepas dilakukan golongan profesional dalam pembuatan bahan letupan dan bukan oleh polis, kata Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh. Beliau berkata, siasatan di tempat kejadian mendapati ia dilakukan dengan menggunakan bahan peledak dan kon yang mudah diperoleh. "Ketebalan tapak kon juga berbeza di mana pada tapak letupan pertama dan kedua, kedua-kedua kon ketebalannya hanya 3 milimeter dan kon ketiga hanya 2 milimeter, manakala tapak kon polis adalah setebal 7 milimeter," katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Penyerahan Cek Dari Tabung Amanah Perwira Negara (TAPPN) kepada balu anggota polis yang terkorban ketika bertugas, di sini Khamis. Mohmad berkata, tapak kon yang ditemui di lokasi kejadian ada yang berbentuk bulat dan segi empat manakala kon polis berbentuk segitiga. Beliau juga mengesahkan komponen jam penggera, paip PVC serta bateri, bahanletupan yang digunakan adalah daripada jenis 'Jerangkap Rekaan Elektrik' danbukan bom seperti yang diuar-uarkan sebelum ini. Dalam insiden itu, tiga letupan berlaku pada perhimpunan penyokong Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas Mahkamah Tinggi membebas danmelepaskan beliau daripada pertuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd SaifulBukhari Azlan pada 2008. Mohmad meminta mana-mana pihak yang mengetahui atau menyedari ada individumembeli komponen berkenaan dalam kuantiti lebih daripada tiga, memaklumkannya kepada balai polis terdekat atau menghubungi Pegawai Penyiasat DSP Yahya Abdul Rahman di talian 019-470 8946. Beliau berkata setakat ini, tidak ada pihak yang dipanggil untuk diambil keterangan dan siasatan masih diteruskan kerana polis hanya mempunyai rakaman selepas letupan itu berlaku. Katanya, tiga siri letupan itu dipercayai dilakukan sekadar untuk mengucar-ngacirkan keadaan dan bukan untuk membunuh atau mencederakan mana-mana individu. Mohmad juga kesal dengan spekulasi laporan muka depan sebuah akhbar berbahasa Melayu bahawa peserta perhimpunan itu yang membawa bahan letupan berkenaan. - BERNAMA |
| Tak habih lagi pasai Hassan Ali... hihi... Posted: 13 Jan 2012 01:30 AM PST Tersingkirnya Hasan Ali Oleh Fathi Aris Omar ![]() Ibarat duri dalam daging PAS, Hasan Ali akhirnya terpaksa dibuang setelah tidak berganjak daripada terus mencucuk-cucuk parti dan Pakatan Rakyat.Dengan keputusan berani dan menggemparkan itu, PAS dijangka tidak akan berundur lagi walaupun anggota exco kerajaan Selangor itu boleh merayu kepada majlis syura. Keputusan kali ini, biarpun bagi sesetengah orang sudah terlambat, kelihatan sudah muktamad. Majlis syura yang disertai barisan teratas pemimpin parti dan beberapa tokoh ulama dikatakan berat hati untuk merombak kembali keputusan semalam. Menurut sumber parti, walaupun ahli-ahli jawatankuasa mencadangkan ADUN Gombak Setia itu sekadar digantung keahliannya, pucuk pimpinan atasan PAS bertegas inginkan beliau dipecat. Malah mereka yang menyokongnya, dan bersimpati dengannya, sendiri bersedia menerima saranan agar tindakan disiplin dikenakan kepada bekas pesuruhajaya PAS Selangor itu. Mereka setidak-tidaknya boleh menerima cadangan menggantung keahlian Hasan. Rancakkan pendedahan blog Dan, menurut sumber lagi, kesan negatif terhadap parti akibat pemecatan ini tidaklah besar dan akan boleh dikawal. Namun, tugasan mengawal publisiti buruk itu tidaklah mudah apabila media arus perdana mengeksploitasi isu ini nanti. Apatah lagi masih ada saki-baki penyokong Hasan dalam parti yang membangunkan blog-blog untuk menyerang pihak-pihak tertentu dalam PAS. Pemecatan ini pastilah merancakkan lagi pendedahan blog-blog tersebut. Keputusan ini juga, di satu sisi lain, menunjukkan PAS sudah bersedia mengambil risiko tersebut membenarkan telahan politik sebelum ini bahawa parti memang merancang membuang duri dalam daging tersebut menjelang pilihan raya umum. Pemecatan ini turut menyelesaikan dua masalah sekali gus: bukan sahaja membuang duri dalam parti tetapi juga nanah dalam barisan kepemimpinan kerajaan Selangor. Keputusan ini tentunya melegakan PAS dan menggembirakan beberapa pihak dalam Pakatan Rakyat sejak isu Hasan tidak reda-reda mulai akhir tahun lalu. Dua medan tempur Penceramah motivasi itu pula tidak serius menunjukkan beliau sudah 'insaf'. Malah ia makin kuat mencabar kepemimpinan parti dan simbolnya walaupun setelah bertemu dengan mursyidul am Nik Abdul Aziz Nik Mat dan presiden Abdul Hadi Awang tidak lama dulu. Seperti juga sifat 'mohon maafnya' dalam isu dasar negara berkebajikan PAS, Hasan pada masa yang sama memperlekehkan setiausaha agung Mustafa Ali. Kali ini, selepas menteri besar itu menyatakan Hasan telah memohon maaf, bekas pegawai kanan kerajaan itu memperlekehkan Harakahdaily (yang menyiarkan kenyataan Nik Abdul Aziz) sehingga organ parti itu terpaksa menyiarkan transkrip lengkap sidang media tersebut. Dalam siri pertempurannya dengan parti sebelum ini, Hasan kelihatan sering membuka medan-medan baru mempertikai Harakah yang dikatakan tidak memberikan liputan kepadanya dan juga kenyataan ketua penerangan PAS Selangor Saari Sungib dalam isu pencalonannya semula di Gombak Setia. Khamis lalu, setelah konflik Hasan-PAS boleh dianggap mereda susulan pertemuan di Kota Bharu, Hasan membuka dua (atau, tiga) medan tempur sekali gus. Dalam sidang media di pejabat Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), exco agama itu menggesa penguatkuasa agama itu mengenakan tindakan terhadap Badrul Amin Baharon, seorang ahli majlis tertinggi PKR, atas alasan beliau menyamakan Anwar Ibrahim dengan 'Imam Mahdi'. Berlagak menteri pengajian tinggi Tidak cukup mempertikaikan perhimpunan pro-Anwar di mahkamah Kuala Lumpur semalam, dan menolaknya mentah-mentah, Hasan malah mempertikaikan arahan pucuk pimpinan PAS Selangor yang menggesa ahli menyertai rapat umum 901. Padahal, Abdul Hadi bersama tokoh besar DAP Lim Kit Siang sudah beriltizam akan turut serta dalam mobilisasi 901. Hasan sebaliknya mengatakan tiada arahan rasmi dikeluarkan untuk itu dan menggalakkan PAS agar tidak menyertainya. Atas kenyataannya itu sahaja, Abdul Hadi dan timbalannya Mohamad Sabu terpaksa tampil menegaskan sikap mereka berdua dan PAS. Jika kerja beberapa tokoh kanan parti ini hanyalah untuk melayan karenah Hasan, tentulah keseluruhan citra dan wibawa parti akan luntur. Tidak memadai dengan semua itu, Hasan juga berlagak menteri pengajian tinggi dengan menggesa pelajar agar tidak menyertai perhimpunan tersebut! |
| Betoinya Najib ni boneka sapa... haha... Posted: 13 Jan 2012 12:00 AM PST Najib, Perdana Menteri boneka Memasuki 2012, Datuk Seri Najib Abdul Razak masih tidak dilihat sebagai pemimpin yang berkaliber oleh rakyat jelata. Pada pendapat orang ramai, kisah peribadi, sosial dan ekonomi yang menghantui beliau akan berterusan sehingga pilihan raya umum akan datang – yang dipercayai akan diadakan sebelum Jun 2012. Hubungan antara kaum di negara ini tidak menjadi lebih baik dan ternyata agama secara meluas dilihat sebagai gizmo yang mudah digunakan oleh UMNO untuk memecah-belahkan rakyat. Juga terdapat kalangan pemimpin UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang terlibat dengan penyalahgunaan wang rakyat, merangka strategi ekonomi yang tidak berkesan dan kegagalan kerajaan untuk meyakinkan orang ramai. Hampir empat tahun BN menerajui negara selepas pilihan raya umum Mac 2008 dan tidak dapat dilihat UMNO atau Najib membawa negara ke landasan yang betul. Populariti mereka seolah-olah menurun. Banyak masalah sosial dan ekonomi yang berkaitan dengan hubungan antara kaum, agama dan ekonomi telah disajikan kepada rakyat jelata. Rasuah semakin menjadi-jadi di kalangan mereka yang berkuasa dan lebih kerap ia disapu di bawah permaidani atas sebab-sebab politik. Mereka hanya menerima sisa Pembayaran RM100 dan RM500 secara 'one-off' kepada pelajar dan golongan miskin baru-baru ini telah dianggap oleh orang ramai sebagai percubaan merasuah untuk undi dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang. Malah pinjaman RM5, 000, 1Malaysia kepada golongan miskin untuk melabur di bawah skim amanah kebangsaan tidak akan mejamin rakyat akan mengundi BN. Bagi penerima bantuan di Kedah, beliau tidak memuji kerajaan: "Ini tidak penting, kerana wang yang diberikan kepada rakyat bukan dari poket UMNO sendiri, tetapi wang hasil titik peluh pembayar cukai. Kita perlu memperbaiki mentaliti rakyat tentang strategi politik UMNO ini. Buat masa ini, wang yang diterima itu adalah wang rakyat, bukan UMNO atau BN. Apabila tiba masa untuk mengundi, ini benar-benar akan menjadi satu isu yang berbeza. " Rakyat yakin bahawa jumlah wang yang diberikan kepada golongan miskin hanyalah berjumlah sedikit dan tidak dapat membuat hidup lebih selesa sedang negara dilanda masalah inflasi yang tinggi sekarang. "Ini 'rasuah' untuk menggembirakan rakyat untuk jangkamasa pendek," kata seorang petani di Kedah. "Kerajaan tidak membentangkan pelan konkrit jangkamasa panjang untuk mengurangkan inflasi dan menurunkan kos sara hidup bagi membantu golongan miskin." Tambah beliau, "Meningkatkan gaji mereka yang sudah bergaji besar tidak akan membantu mengurangkan harga makanan. Hanya yang kaya dilihat seperti diberi insentif dan ganjaran yang besar untuk menjadi lebih kaya. Golongan miskin menjadi lebih miskin, kerana mereka hanya menerima sisa " Apa yang lebih menarik untuk orang ramai adalah mereka ingin tahu kualiti kepimpinan negara ini. Yang hangat dikalangan pengundi, "Siapakah yang sebenarnya yang mentadbir negara ini?" Ini adalah soalan yang ditanya oleh mereka yang berada di dalam dan di luar UMNO dan BN. Semua orang tahu bahawa secara rasminya Najib ialah PM. Tetapi Najib telah dilihat sebagai seorang pemimpin yang tidak dapat memimpin negara dengan bebas tanpa pengaruh Mahathir. "Selagi, Anwar masih ada, Mahathir tidak akan berputus asa mengganggu pentadbiran Najib. Beliau takut UMNO dan BN akan kalah besar pada pilihan raya umum akan datang dengan populariti Pakatan Rakyat yang semakin meningkat " kata pengundi muda di Kerian. Ingin melihat Najib jatuh Orang ramai mula melihat peranan Mahathir dalam pentadbiran Najib yang tidak akan surut tetapi lebih kuat. Rupa-rupanya, Abdullah Ahmad Badawi telah disingkirkan daripada jawatannya sebagai Perdana Menteri pada tahun 2009 oleh Mahathir. Perkara yang sama boleh berlaku kepada Najib jika beliau memutuskan untuk 'mengingkari' Mahathir. Mahathir masih berpengaruh dalam politik UMNO bukan kerana beliau adalah seorang ahli politik yang bijak tetapi kerana ada puak dalam UMNO yang mahu melihat Najib jatuh. "Tetapi jika Najib dan UMNO jatuh, BN turut hancur," kata seorang pemerhati politik. "Pakatan Rakyat akan membentuk kerajaan baru." Mahathir dianggap oleh sesetengah pemerhati politik sebagai satu-satunya manusia yang boleh menentukan nasib Najib dan mungkin memberikan harapan kepada UMNO dan banyak lagi yang lain untuk menaiki tangga politik. Yang hebat diperkatakan sebelum ini adalah semasa Najib membuat keputusan memilih barisan kabinet, beliau telah diberi 'amaran' oleh Mahathir bahawa Khairy Jamaluddin – Ketua Pemuda UMNO yang dipilih - harus dikecualikan daripada Kabinet. Dan seperti yang dijangka, apabila barisan Kabinet diumumkan, Khairy diketepikan.Mungkin ini adalah kali pertama dalam sejarah UMNO di mana pemimpin Pemuda tidak diberikan apa-apa jawatan dalam kabinet. "Dengan langkah itu, nasib politik Khairy dimeterai," kata seorang ahli parlimen UMNO. Bagi sesetengah pemerhati politik, prestasi Khairy sebagai pemimpin Pemuda sememangnya suram: "Beliau tidak mempunyai karisma sebagai seorang pemimpin. Pilihan raya umum yang akan datang besar kemungkinan akan menyaksikan Khairy tidak bertanding." Khairy akan kehilangan jawatan sebagai Ketua Pemuda dalam pemilihan UMNO yang akan datang dan ini akan menggembirakan Mahathir. Bukan itu sahaja, Mahathir memberi isyarat kepada Najib bahawa semua orang-orang Abdullah juga perlu dibuang dari barisan kabinet. Shahrir Abdul Samad - seorang ahli politik yang bijak menyedari hakikat terebut dan telah membuat satu langkah pencegahan. Beliau memutuskan untuk meletak jawatan sebagai menteri walaupun sebelum barisan Kabinet baru diumumkan. Beliau berundur sebelum kapak jatuh ke atasnya. Beliau dapat merasakan bahawa Kabinet baru itu akan menjadi Kabinet Mahathir. Tetapi apabila Najib dengan ihsannya termasuk beberapa orang-orang Abdullah, ada yang mengatakan bahawa Mahathir merungut bahawa Kabinet itu masih dipenuhi dengan beberapa watak-watak 'tercemar'. Najib tidak mempunyai pilihan, kerana beliau melihat mereka ini sebagai orang kuat UMNO dan penyokong setia. Sebagai seorang yang lemah, Najib memerlukan mereka untuk membantu beliau melawan parti-parti pembangkang dan untuk sokongan kerana begitu banyak kontroversi dan banyak tuduhan ke atasnya. Beliau sedar bahawa beliau bukan seorang pejuang dan tidak begitu pandai dalam percaturan politik. Beliau dilihat oleh rakyat sebagai seorang pemimpin yang 'bermain selamat', tidak seperti Mahathir dahulu. Dasar turun naik Abdullah telah membatalkan projek jambatan separuh bengkok atau melengkung di Selat Tebrau bagi menggantikan separuh daripada Tambak Johor yang menghubungkan Johor Bahru dan Singapura pada tahun 2006. Projek ini diilhamkan oleh Mahathir semasa beliau masih Perdana Menteri. Apabila jambatan separuh bengkok itu sekali lagi ditimbul oleh Mahathir kepada Najib, Najib membisu mengenai isu itu. Mungkin beliau sedar bahawa projek itu tidak berbaloi. Mahathir sekali lagi tidak puas hati tentang perkara ini, kerana beliau masih berkeras bahawa projek itu perlu diteruskan. Najib masih juga senyap. Projek jambatan telah dihentikan dan kerajaan kerugian lebih RM740 juta wang pembayar cukai. Abdullah memansuhkan projek keretapi berkembar dari Johor ke Padang Besar yang menelan kos RM14 billion semasa beliau PM. Najib juga tidak menunjukkan minat dalam projek ini. Sebaliknya, projek keretapi ini kemudiannya ditetapkan hanya dari Ipoh ke Padang Besar dan kelewatan projek ini telah menelan kos RM12 billion, hanya untuk satu jarak yang agak singkat. Mahathir marah kerana beliau merasakan sekiranya projek yang dilaksanakan lebih awal, dengan pertambahan RM 2 billion, landasan berkembar itu akan menyambung Johor Baru dengan Padang Besar. Penggunaan bahasa Inggeris untuk mengajar Sains dan Matematik (PPSMI) - ilham Mahathir juga sedang dijatuhkan oleh kerajaan Najib. Mahathir dilaporkan telah tidak bersetuju dengan idea menjatuhkan pelan yang dilaksanakannya pada tahun 2003. Benci kepada isu-isu kontroversi, Najib bijak melambung 'kentang panas' kepada Muhyiddin Yassin untuk melakukan keputusan yang tidak popular untuk melenyapkan polisi. Muhyiddin kini telah menjadi menteri pendidikan yang sangat tidak popular. Isu ini telah mengkemikkan kerjaya politik beliau, sedang Najib terus menerus senyap mengenai perkara itu. Ibu bapa masih tidak berpuas hati dengan dasar turun naik dalam bidang pendidikan. BN dijangka kehilangan lebih banyak undi kerana isu ini dan Mahathir sedar akan hal ini. Muhyiddin berkeras bahawa dasar itu harus dimansuhkan sepenuhnya. RM5 billion ringgit wang pembayar cukai telah disia-siakan pada PPSMI yang berlangsung hanya selama sembilan tahun sebelum ia dijumudkan. Sekiranya ini adalah negara demokrasi lain, seluruh ahli-ahli kabinet akan meletak jawatan dan pemimpin tersebut akan dihantar ke penjara politik. Bagasi peribadi Kempen beberapa pilihan raya kecil semasa Najib Perdana Menteri telah menggunakan taktik kotor pada mata rakyat. ''Cukuplah memburukkan saya," Najib dilaporkan berkata dalam satu perang dingin dengan pembangkang. Malangnya, Najib tidak dilihat oleh rakyat sebagai pemimpin yang bebas daripada bagasi peribadi dan ini bukan satu petanda baik untuk UMNO dan BN. Bagi pemerhati politik, Mahathir lebih berminat untuk menyelamatkan UMNO daripada memikirkan masalah peribadi pemimpin UMNO. Dalam pilihan raya kecil di mana Najib agak keberatan untuk melangkah, Mahathir dilihat lebih bersebeliau untuk berjuang. Tetapi, jika Mahathir dilihat turun padang tanpa Najib, apakah mesej yang akan diperoleh oleh rakyat? Walaupun dengan pertolongan Mahathir, UMNO telah kalah dalam beberapa pilihan raya kecil dan ini memburukkan lagi imej Najib. Pada masa itu, Najib sangat terasing apabila BN kehilangan beberapa pilihan raya kecil. Najib akhirnya menjadi bahan seloroh pihak pembangkang dan ramai musuhnya dalam UMNO. "Najib, yang dibesarkan dalam sebuah keluarga bangsawan politik secara semulajadi akan mengambil jalan selamat. Yang paling mungkin beliau lakukan adalah untuk menyuruh penyokongnya berjuang untuk beliau. Tetapi beliau telah gagal untuk menyedari bahawa orang lain tidak boleh terus melakukan 'aksi ngeri' untuk beliau. Sebagai PM, halangan besar masih akan tergantung di lehernya, "kata seorang pemerhati politik. Mahathir menyelamatkan imej Kehadiran Mahathir agak ketara semasa pilihanraya kecil Bukit Gantang dan Bukit Selambau, tahun 2009. Najib - PM dijauhkan daripada pilihanraya itu. Mahathir turun padang untuk menyelamatkan UMNO dan BN tetapi telah disakiti menerima rintangan dari kedua-dua kawasan pilihan raya tersebut dan kedua-dua kerusi itu akhirnya pergi kepada Pakatan - PAS dan PKR. Mahathir secara umum 'bersara' selepas menerajui negara selama 22 tahun dan tidak boleh hidup dengan aman melihat UMNO runtuh di bawah Najib walaupun BN memenangi beberapa pilihan raya kecil selepas itu. Najib seolah-olah akan kehilangan lebih banyak sokongan kini kerana bergantung kepada Mahathir untuk menyelamatkan imejnya.Mahathir mungkin tidak berpuas hati melihat Najib lebih banyak berusaha membina imej beliau dan bukannya memberi tumpuan lebih kepada pembangunan ekonomi negara. Mahathir juga sedar bahawa jika perjalanan menjadi sukar untuk Najib, beliau akan meminta menteri-menteri Kabinet yang lain untuk melakukan tugas baginya. Najib telah senyap dalam banyak isu - khususnya PPSMI dan pinjaman RM250 juta yang diberi kepada sebuah syarikat milik suami seorang Menteri Kabinet. Projek Feedlot Negara itu telah ditubuhkan pada tahun 2008 semasa Abdullah menjadi Perdana Menteri. Khairy pada mulanya bulat-bulat mempertahankan syarikat itu tetapi setelah lebih banyak bukti yang timbul mengenai penyalahgunaan wang yang dipinjamkan oleh kerajaan kepada syarikat tersebut, beliau juga menjadi senyap. Boneka kelas ini Mengetahui Mahathir, beliau sememangnya seorang pejuang dan beliau akan terus berjuang walaupun selepas bendera perang telah jatuh ke tanah. Dalam wayang kulit tradisional, Tok Dalang menarik tali boneka dan bercakap dari belakang tabir untuk memikat dan menarik perhatian mereka yang menonton persembahan pada skrin putih. Najib boleh memilih untuk tidak menjadi boneka kelas ini. Tetapi beliau dilihat sebagai pemimpin yang lemah oleh pasukannya dan juga oleh musuh politiknya,beliau tidak mampu untuk mengabaikan Mahathir – yang jelas adalah Tok Dalang. Satu silap langkah Najib akan menyebabkna beliau menghadapi masalah dan akan menemui nasib yang sama seperti Abdullah. Najib, seperti semua ketua-ketua kerajaan, bercita-cita untuk menjadi perdana menteri yang bebas tetapi duri yang menusuk hati nuraninya daripada mereka yang jelas kelihatan adalah terlalu banyak untuk beliau tanggung. Malangnya, beliau seolah-olah tidak dapat bertahan, tetapi perjuangan menentang hati nuraninya adalah penting untuk survival politik beliau. "Nasihat untuk Najib - kesedaran sendiri untuk memutuskan apa yang beliau mahu lakukan sebagai seorang perdana menteri. Beliau perlu berdiri dengan prinsip itu. Beliau tidak harus ditolak ke tepi oleh sesiapa pun. Ia mungkin pahit ditelan, tetapi ini adalah pil yang harus ditelan untuk dihormati, jika tidak ia akan menjejaskan imej beliau sebagaiPerdana Menteri. Tetapi beliau dilihat sebagai seorang pemimpin yang tidak bertenaga." kata seorang ahli UMNO kanan. Pemimpin seterusnya untuk UMNO Yang hangat diperkatakan sekarang, "Siapakah Perdana Menteri sekarang? Najib atau Mahathir?"Kebanyakan orang sudah mempunyai jawapan yang jelas kepada soalan ini. Buat masa ini Najib hanyalah mengikut tulunjuk Mahathir semata-mata. Tetapi Najib adalah pilihan Mahathir selepas Abdullah. Mahathir sepatutnya mula melatihNajib untuk menjadi 'pejuang' sebelum diletakkan di atas pentas. Mahathir tergesa-gesa menolak Abdullah keluar dari tempat kejadian dan dengan itu pelantikan Najib sebagai PM disegerakan. Mahathir akan memastikan Najib berdiri di atas kakinya sehingga pilihan raya umum akan datang. Najib sedar bahawa jika beliau memutuskan untuk tidak mendengar nasihat daripada penasihat yang dilantik secara sendiri itu, beliau akan menghadapi masalah. Ini adalah yang harus dielaknya sebelum menghadapi sebelum pilihan raya umum akan datang. Tetapi jika beliau terus mengikut telunjuk Mahathir, musuh politik akan melabel beliau sebagai PM tanpa pendirian sendiri. Jika UMNO dan BN gagal dalam pilihan raya umum akan datang - yang dijangka akan berlaku adalah Mahathir akan mendesak perletakan jawatan Najib sebagai Perdana Menteri seperti apa yang beliau lakukan kepada Abdullah dahulu. Mahathir berharap agar dapat hidup lama untuk melihat nasib Najib selepas pilihan raya umum akan datang. Mahathir bolehlah, selepas itu, membuat keputusan siapa pula yang akan menjadi orang seterusnya untuk memimpin UMNO. Malaysia Chronicle |
| UMNO dan seks berpisah tiada... kahkahkah... Posted: 12 Jan 2012 11:23 PM PST Video Seks Anwar Dengan 2 Orang Pelacur Akan Disebarkan? MAKAN-makan di sekitar Wangsa Maju memang sudah menjadi kebiasaan penulis sejak sekian lama. Paling tidak 2 kali dalam seminggu, penulis akan berkunjung ke sana untuk memenuhi tabiat yang disebutkan di atas. Selain tempat yang menarik untuk mendapatkan bahan bagi tujuan penulisan. Mungkin sudah tercatit dalam kalam hidup penulis bahawa kunjungan ke Wangsa Maju semalam tidak hanya dipenuhkan dengan aktiviti makan tapi juga penulis secara kebetulan terdengar dari kalangan yang 'melantak' sama bahawa tidak berapa lama saja lagi, satu lagi video seks membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim akan tersebar meluas. Kali ini katanya adegan tersebut dirakam disebuah hotel di Thailand dan membabitkan 2 pelacur sekaligus. Setakat itu sahaja yang penulis terdengar, lebih dari itu penulis tidak dapat perinciannya. Yang sebetulnya penulis tidak langsung terkejut dengan makluman tersebut kerana penulis sedia maklum, UMNO wajib melangsaikan hutangnya ke atas Anwar walau dalam apa keadaan sekarang. Penulis sendiri tak pasti dimana masalahnya kali ini sehingga UMNO gagal mengaitkan Anwar dengan tuduhan meliwat Saiful Bukhari, maka itu sesuatu perlu dibuat untuk menjatuhkan imej Anwar dimata masyarakat. Dan bila bercakap pasal Anwar, apa lagi yang paling sesuai melainkan isu seks. Lagipun soal video seks di Thailand ini bukan pertama kali disebut, malah 'sedutan' daripada video itu (dalam bentuk gambar) sudah pun disebarkan beberapa blog pro UMNO sejak 2 ke 3 bulan lepas dengan yang paling ke depan papagomo.com. Apa yang penulis faham dari perbualan tersebut, video itu sepatutnya diedarkan dalam kempen pilihanraya akan datang tapi dengan keputusan mengejutkan pada Isnin, tempoh itu dipercepatkan, mungkin dalam sehari dua lagi, sebelum Anwar membina semula imejnya sebagai orang teraniaya dan diselamatkan dengan kuasa Tuhan yang tidak mampu diatasi UMNO, katanya. UMNO nampaknya semakin ketandusan idea untuk menjatuhkan Anwar. Guna jantan tak boleh, guna pelacur pun tak boleh (video seks pertama) tapi itulah juga yang dimainkan setiap kali walaupun sudah terbukti gagal mengalihkan sokongan rakyat kepada beliau. Mungkin kumpulan yang penulis jumpa semalam hanya nak tunjuk bagus macam ada semua rahsia mengenai Anwar, tapi boleh jadi juga mereka adalah puak-puak sama yang ligat menggunakan pendekatan jijik seperti video lucah ini untuk menjatuhkan pemimpin seperti Anwar. Penulis benar-benar tidak tahu dan begitu pasti sejauh mana kebenaran video tersebut sebab penulis sendiri pun belum menonton, apatah lagi memilikinya. |
| Nasib hang la Berahim oii, jadi bomoh tenaga batin... kahkahkah... Posted: 12 Jan 2012 08:00 PM PST Perkasa, beban UMNO di PRU-13: Ibrahim Ali memalukan orang Melayu Jika anda pergi ke kampong-kampung atau desa dan bertanya jika orang-orang Melayu disitu tahu apa itu PERKASA atau perjuangannya. Kebanyakkan daripada mereka tidak akan tahu apa-apa mengenainya dan mungkin juga ada diantara mereka akan ingat ia adalah ubat untuk tenaga batin. Mereka yang tahu apa itu PERKASA dan pemimpin kontroversinya, Ibrahim Ali selalunya tidak menyokong pertubuhan ini. Mereka tidak mempunyai komen yang baik buat si penegak hak Melayu ini dan hanya membaca berita tentang aktiviti mereka di dalam akhbar atau online. Sememangnya, tiada siapa yang sebenarnya menyokong PERKASA dari kalangan orang Melayu- di bandar mahupun di desa. Walaupun mereka yang menyokong UMNO tidak mempedulikan PERKASA dan menganggap mereka sebagai orang tua yang berlagak seperti badut yang gemuk. Di Kelantan, Ibrahim Ali dikenali sebagai ahli parlimen bebas di Pasir Mas. Menurutnya, PERKASA ditubuhkan berikutan kemelut politik mengenai hak sama rata dan meritokrasi selepas pilihan raya umum 2008 semasa UMNO kehilangan banyak kerusi bagi memerintah kerajaan persekutuan. Jaguh politik yang gagal mendapatkan sokongan orang Melayu Walaupun mendakwa sedemikian, idea untuk menubuhkan perkasa bukanlah sebenarnya untuk memperjuangkan hak orang Melayu tetapi untuk memberi dirinya peluang untuk berada di khalayak ramai dan sentiasa relevan. Jika tidak, dirinya sudah pasti hilang di persada politik. Juga, mereka juga adalah 'tukang karut' untuk UMNO. Bosan dengan Pemuda UMNO yang sudah hilang taringnya dibawah pimpinan Khairy Jamaluddin, pemimpin parti veteran seperti Mahathir juga menggunakan PERKASA, sayap pelampau mereka yang rasis. Ahli PERKASA yang terdiri daripada orang UMNO yang diakui oleh Ibrahim Ali dalam sebuah temuramah dengan media online. "Beberapa orang ahli parlimen dan ahli majlis tertinggi UMNO," kata Ibrahim dengan nada berlagak sambil menolak untuk untuk memberi nama mereka kecuali Mahathir Mohamad, penaung PERKASA. Ramai juga adalah bekas tentera dan penjawat awam dari bahagian teknikal sehinggalah pengkeranian. Ada juga sebilangan kecil merupakan ahli PAS dan PKR. "Saya juga tidak sangka akan sambutan ini kerana saya tidak meletak target untuk keahlian. Ia jauh melepasi jangkaan saya," dia dilaporkan berkata. Memang sepatutnya dia terkejut kerana telah menjangkakan sambutan yang lebih. Sebenarnya, dia mengharapkan semua orang Melayu untuk menyokong PERKASA tetapi hanya mampu mendapat sebilangan kecil sahaja yang berada dalam situasi serba salah kerana mereka juga penyokong dan terlibat dalam parti politik. \Si Penaung Mahathir juga dibenci orang Melayu saya telah memutuskan bahawa NGO ini berkemungkinan akan menjejaskan UMNO dan BN dalam pilihanraya yang akan datang jika mereka mahu. Jadi, saya sudah nekad untuk bersama PERKASA untuk memastikan mereka tidak beralih kepada pembangkang. Saya jamin, PERKASA menyokong Barisan Nasional pada pilihanraya umum yang akan datang. Walaupun begitu, sokongan dari Mahathir dan bekas ketua polis Rahim Noor tidak boleh meyakinkan orang Melayu bahawa PERKASA bagus buat mereka. Ramai yang masih menjauhkan diri dari PERKASA. Kenapa? Adakah kerana orang Melayu tidak begitu pedulikan Mahathir dan juga Rahim Noor? Jujurnya, Melayu sudah ada UMNO, PAS dan PKR jika berminat. Dalam pada itu, selain Barisan Nasional, mereka juga ada Pakatan Rakyat sebagai alternatif; jadi mereka sudah mempunyai pilihan. Sifat Melayu dan kenapa PERKASA dipinggirkan Sebelum merdeka lagi, Melayu sudah boleh menerima pendatang Cina dan India. Orang Melayu juga telah membiarkan pendatang ini bersetinggan di tanah mereka dan membina rumah, bercucuk tanam dan membela ayam dan itik. Orang Melayu sememangnya baik hati dan bersopan santun. Jadi, cara dan pendirian yang digunakan oleh Ibrahim Ali dan PERKASA tidak memberi kesan yang baik kerana ia amat asing bagi orang Melayu. Orang boleh berkata bahawa Melayu tidak semuanya bersopan santun kerana pada masa demonstrasi menentang pembentukan Malayan Union pada tahun 1950-an, ramai Melayu yang menyertainya. Walaubagaimanapun, mereka bukan disana untuk berdemonstrasi. Sedihnya, mereka datang kerana dijanjikan wang. Wang adalah sebabnya kerana mereka sangat miskin. Masih miskin Orang Melayu tidak berminat pada cakap-cakap kosong, slogan, ugutan dan teriakkan. Namun, ini sahajalah yang mampu dibuat UMNO dan PERKASA. Orang Melayu mahukan jawapan. Mereka mungkin miskin, tapi bukan dungu. Orang Melayu sudak muak dengan UMNO dan PERKASA dan lebih muak lagi apabila tiada apa yang dijanjikan telah dikotakan atau membuahkan hasil. PERKASA mungkin boleh membantu jika ia menyoalkan apa yang telah dilakukan oleh UMNO untuk orang Melayu, dan bertanya juga mengapa hanya beberapa orang Melayu sahaja, menteri UMNO dan orang UMNO sahaja yang kaya raya. Kumpul semua kemungkinan dan siasat untuk pembaikan, bukan hanya memilih siapa yang patut kerana hanya talibarut UMNO sahaja yang akan berbuat begitu. PERKASA hanya menyalahkan orang lain atas masalah yang dihadapi orang Melayu, dan meminta supaya orang Cina dan India untuk balik ke Negara asal dan meminta agar kerakyatan mereka dilucutkan dan memberi tekanan kepada mereka dari segi kaum dan agama. Contoh terbaru adalah pertikaman lidah antara Ibrahim Ali dan Rev Eu Hong, dimana PERKASA dan Ibrahim Ali terutamanya, telah memalukan nama baik orang Melayu. Bilakah Ibrahim Ali akan sedar dan bangun dari mimpi buruk ini. Dia tidak sedar bahawa dia gagal untuk mengumpul sokongan orang Melayu dan membawa mereka untuk berhimpun menentang perhimpunan 9 Julai, bermaksud, PERKAS bukan sahaja tidak relevan kepada orang Melayu, tapi dia, Ibrahim Ali juga pembawa sakit. Malaysia Chronicle |
| Kahkahkah... Fathul Bari tak layak jadi ostad, buat lawak bodo Posted: 12 Jan 2012 06:00 PM PST Lawak Bodoh Dari Fathul Bari Mat Jahya Mengikuti talkshow dalam mobtv yang mana Fathul Bari Mat Jahya, Ketua Pegawai Eksekutif Ilmuan Muda Malaysia mengulas tentang kes DS Anwar Ibrahim merupakan satu lawak bodoh dari seorang yang mengaku cerdik agama. Kalau diamati ulasan beliau, mungkin orang akan berpendapat bahawa beliau merupakan tokoh agama muda yang amat berkaliber tetapi seperti yang saya katakan diawal tadi, ianya merupakan satu lawak bodoh dari beliau. Kalau beliau bercakap dari sudut Islam, maka beliau harus melihat kenapa kes ini yang melibatkan mangsa dan tertuduh yang beragama islam dibawa ke Mahkamah Penjajah dan bukannya mahkamah syariah. Itulah lawak bodoh pertama beliau dalam ulasan itu kerana beliau mengulas dari perspektif islam. Takkan lah beliau tidak mengetahui bahawa mahkamah warisan penjajah mempunyai pelbagai tipu muslihat untuk membuat orang benar bersalah dan orang salah menjadi benar. Beliau harus menekankan bahawa perbicaraan di mahkamah syariah adalah lebih adil berbanding mahkamah warisan penjajah. Itu dari sudut perspektif islam. Lawak kedua pula ialah bila beliau mempertikaikan tindakan penyokong pakatan rakyat yang tidak percayakan system kehakiman Malaysia dan bagi beliau itu merupakan fitnah kepada system kehakiman itu. Fathul Bari sepatutnya tidak melihat kepada kes DS Anwar Ibrahim sahaja dalam menilai kepercayaan rakyat kepada ketelusan system kehakiman Negara. Kita boleh lihat dalam kes yang melibatkan Pakatan Rakyat melawan Barisan Nasional, banyak keraguan munasabah yang berlaku. Contohnya kes Perlembagaan Negeri Perak yang mana pihak Mahkamah boleh mencampuri kes tersebut tetapi dalam kes ADUN di Kedah, berbeza pula keputusannya. Hari ini hakim mahkamah Tinggi memutuskan keputusan A tetapi dengan fakta yang sama Hakim Mahkamah Rayuan memutuskan keputusan B. Disini sahaja kita boleh dapati bahawa para hakim yang ada di Malaysia ini memiliki ilmu undang-undang yang berbeza walaupun berpaksikan kepada perlembagaan Malaysia. Sebab itulah saya katakan lebih baik kalau Fathul Bari menutamakan Mahkamah Syariah kerana ia berpaksikan kepada Al Quran itu pun kalau Fathul Bari mementingkan agama islam. Lawak ketiga yang Fathul Bari katakana dalam talk show tersebut ialah tentang perpecahan umat islam di Malaysia dan kononnya satu tindakan perlu dilakukan untuk mengelak perpecahan itu. Sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Ilmuan Muda Malaysia, saya rasa beliau boleh melihat bagaimana perpecahan itu berlaku. Tindak tanduk kerajaan sokongan Fathul Bari lah yang banyak melakukan perpecahan umat Islam pada hari ini dengan bantuan-bantuan NGO-NGO yang menyokong kerajaan. Tidakkah Fathul Bari melihat ilmuan yang lebih handal dari beliau disaman kerana mengajar tanpa tauliah. Adakah ilmu Fathul Bari lebih hebat dari Tuan Guru Nik Aziz dan Tuan Guru Hj. Hadi untuk mengajar tentang Islam. Adakah ilmu Fathul bari lebih hebat dari Mantan Mufti Negeri Perlis, Dr. Asri. Kehebatan Fathul Bari hanyalah kerana beliau merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Ilmuan Muda Malaysia yang tidak dimiliki oleh Dr. Asri, TG Nik Aziz dan juga TG Hj. Hadi. Perpecahan yang dilakukan dengan menafikan hak orang Kelantan, menafikan hak pembangkang dan menafikan hak rakyat Malaysia dilakukan oleh kerajaan yang disokong oleh Fathul Bari. Tidak perlulah Fathul Bari menerangkan sejarah Islam kalau hanya untuk menghalalkan cara kerajaan memerintah kerana cara itu lebih keji pada pandangan ramai. Seelok-eloknya Fathul Bari menegur kes penyalahgunaan wang zakat oleh Menteri dan juga MaiWP serta penyelewangan wang rakyat dalam projek Fidlot oleh keluarga menteri. Sebenarnya saya malu bila melihat Fathul Bari memperboodohkan diri dalam talk show tersebut sebab "HANG ORANG PERLIS, AKU PUN ORANG PERLIS". ps: Maap aku tak panggil hang ustaz sebab hang tak layak jadi ustaz |
| Utusan lancar projek langgar Hadi pulak dah... kahkahkah... Posted: 12 Jan 2012 04:00 PM PST Abdul Hadi juga patut dipecat? KOTA BHARU - Majlis Syura Pas yang diketuai oleh Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sepatutnya memecat presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana mengadakan pertemuan dengan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi untuk membentuk kerajaan perpaduan. Bekas Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Datuk Md. Alwi Che Ahmad berkata, Abdul Hadi telah datang ke kediaman rasmi Perdana Menteri untuk membincangkan perkara tersebut dan bersetuju membentuk kerajaan perpaduan dengan UMNO selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu. Beliau yang juga Setiausaha Barisan Nasional (BN) Kelantan bagaimanapun berkata, rancangan itu tidak menjadi kenyataan kerana ditentang oleh Nik Abdul Aziz dan beberapa pemimpin lain dalam Pas. "Abdul Hadi bersetuju untuk tubuh kerajaan perpaduan. Saya tahu kerana pada ketika itu saya adalah Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, malah saya terlibat secara langsung bertemu dengan beberapa pemimpin Pas untuk menubuhkan kerajaan perpaduan. "Kalau bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali dipecat maka Nik Abdul Aziz sewajarnya memecat Abdul Hadi kerana membelakangi parti. Nik Abdul Aziz adalah Mursyidul Am Pas yang mengetuai Majlis Syura dan kedudukannya lebih tinggi daripada Abdul Hadi. "Sebab itu saya melihat tindakan Pas pecat Hasan tidak mengikut syariat tetapi mengikut kepentingan parti selepas ditekan oleh DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR)," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Bantuan Baucar Buku 1Malaysia kepada pelajar institusi pengajian tinggi di Politeknik Kota Bharu di sini, hari ini. Beliau berkata demikian ketika mengulas tindakan Pas memecat Hasan kerana mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dengan dasar parti itu. Kontroversi membabitkan Hasan bermula apabila dia bersetuju dengan tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) membuat pemeriksaan terhadap sebuah gereja di Damansara tahun lalu yang disyaki memurtadkan beberapa orang Islam. Hasan menjadi tumpuan lagi apabila mempertikaikan perubahan dasar perjuangan Pas daripada negara Islam kepada negara berkebajikan. Kelantangan Hasan dalam memperjuangkan isu-isu berkaitan agama Islam telah mengundang rasa tidak senang DAP serta beberapa pemimpin tertinggi PKR sehingga ada yang menganggap beliau sebagai 'duri dalam daging' kepada pakatan pembangkang. Hasan sekali lagi menjadi perhatian apabila tidak menyokong perhimpunan Bebaskan Anwar 901 kelmarin dan menyarankan orang ramai khususnya mahasiswa tidak menyertainya. Kenyataan tersebut mengundang kemarahan PKR selaku penganjur perhimpunan sehingga Timbalan Presidennya, Azmin Ali menggesa Pas mengambil tindakan terhadap Hasan. Md. Alwi yang juga Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri Kelantan berkata, Hasan perlu dipertahankan supaya beliau dapat meneruskan agenda menegakkan Islam, Melayu dan mempertahankan institusi kesultanan Melayu. "Pas pecat Hasan kerana perbuatan mencegah nahi mungkar. Orang macam Hasan patut dipertahankan bukannya terus pecat serta merta, tetapi disebabkan DAP dan PKR, Hasan dipecat. "Pas adalah parti 'remote control'. Pas tidak perjuangkan Islam, disebabkan itu Nik Abdul Aziz buat keputusan pecat Hasan. Bohong kalau dia letak Islam di depan," katanya. -Utusan |
| Shahrizat tu ada lagi ka ayaq muka dia... kahkahkah... Posted: 12 Jan 2012 02:30 PM PST Ia untuk selamatkan air muka Shahrizat, kata PKR Setiausaha agung PKR, Saifuddin Nasution menganggap cuti tiga minggu daripada tugas menteri yang dipohon oleh Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil mulai esok - sewaktu siasatan dijalankan ke atas Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) - merupakan "langkah pertama" sebelum digugurkan daripada senarai calon BN. ![]() Beliau juga menyifatkan percutian tersebut hanya satu langkah untuk menyelamatkan air muka menteri berkenaan. Saifuddin (kiri) yakin menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat itu tidak akan disenaraikan oleh perdana menteri sebagai calon dalam pilihan raya umum nanti kerana beliau dilihat sebagai satu satu liabiliti. Ahli parlimen Machang itu berkata kes yang membabitkan Shahrizat yang juga ketua Wanita Umno itu, jauh lebih besar daripada yang membabitkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom dan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussin. "Ini tidak mengejutkan langsung, " kata Saifuddin yang mendakwa bukti yang mengaitkan Shahrizat dengan NFC "adalah terlalu banyak". Shahrizat menjadi sasaran kritikan sejak Laporan Ketua Audit Negara 2010 dikeluarkan Oktober lalu. Laporan itu menyatakan NFC, yang diuruskan oleh suami dan anak menteri berkenaan, berada dalam keadaan "kucar-kacir" selepas diperuntukkan RM250 juta daripada dana awam. Shahrizat pula bertegas bahawa NFC - yang sedang disiasat berkaitan dakwaan pecah amanah jenayah oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis - tidak ada kaitan dengannya. ![]() PKR mendakwa NFC telah menyalahgunakan sebahagian daripada peruntukan RM250 juta untuk projek ternakan lembu itu, dengan membeli hartanah mewah dan tanah yang tidak berkaitan dengan projek tersebut. Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin (kiri) pula berkata Shahrizat sepatutnya sudah lama berbuat demikian. "Beliau sepatut mengambil cuti daripada jawatannya sehinggalah isu tersebut selesai," kata Zuraida yang juga ahli parlimen Ampang.- Malaysiakini |
| You are subscribed to email updates from shalehudin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |











Tiada ulasan:
Catat Ulasan