Addin |
- Saiful Bukhari Bakal Menerima Nasib Seperti Altantuya?
- Wajib Lihat!! Jom Pakat Gelak Ramai-Ramai..
- Menteri Ni Memang Patut Di Carut..
- Presiden Kesatuan Ulama Dunia Ucap Tahniah Sempena Pembebasan Anwar
- Najib Panggil Hassan Ali Mengadap?
| Saiful Bukhari Bakal Menerima Nasib Seperti Altantuya? Posted: 13 Jan 2012 03:00 PM PST Apakah Saiful akan senasib dengan Altantuya ? Altantuya menemui ajal melalui ledakan bom c4,.bahan letupan yang sepatutnya sentiasa berada dalam kawalan rapi kementerian pertahanan. Amat menyedihkan apabila mengetahui mayat Altantuya hancur berkecai,..ngeri !, dan amat memilukan ! Namun Datuk Seri Najib Tun Razak menteri pertahanan ketika itu tidak pula mahu menyiasat punca bagaimana bahan itu boleh terlepas ! Hingga sekarang nampaknya nasib Altantuya belum terbela ! Semuanya berlaku kerana wang dan kerana nak menutup konspirasi pihak tertinggi yang melibatkan pemimpin negara. Apakah perkara yang sama mungkin berlaku ke atas diri Saiful Bukhari Azlan ? mohon dijauhkan Allah ! Tetapi sampai bila Saiful sanggup bertahan ? Sampai bila dia sanggup diperalatkan oleh pemimpin Umno? Sudah berapa banyak habuan yang dia terima? Berapa cengkeram yang sudah diperolehinya hasil kesanggupannya berdusta kononnya dia diliwat? Atau dia belum menerima satu sen bayaran pun? Semua persoalan ini bermain di kepala kita ! Keputusan mahkamah sudah pun dibuat, sudah diketahui umum. Anwar bebas dan tidak bersalah. Seluruh masyarakat dunia sudah mengetahui bahawa semua dakwaan Saiful adalah palsu. Saiful berbohong atau dipaksa berbohong ! dan orang yang berada dibelakangnya sudah tentu Umno. Umno sangat memerlukan khidmatnya demi untuk menjatuhkan Anwar kerana mereka teramat-amat percaya jika Anwar jatuh, Anwar dimalu atau dipenjararakan Umno boleh terus berkuasa. Bukti Umno di belakang Saiful, rakyat perlu tahu motif sebenar ! Sebelum ini Saiful sama ada dengan sengaja atau tidak pernah menyatakan beliau ada bertemu dengan tokoh-tokoh tertentu seperti Perdana Menteri Datuk dan isterinya Rosmah Mansor (ketika itu masih TPM). Saiful juga ada berhubung dengan Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan, ASP Rodwan Yusoff dan bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Ezam Md Nor sebelum beliau membuat laporan polis mengatakan dia diliwat. Tentu ada motif kenapa beliau bertemu dengan pihak yang berkenaan! Diperingkat awal Najib pernah menafikan yang ada bertemu Saiful. Lepas itu Najib mengaku pula Saiful ada berjumpanya untuk memohon biasiswa, kemudian akhir sekali Najib membuat pengakuan yang Saiful berjumpanya kerana mengadu dia diliwat. Tiga kali kenyatan najib berbeza. Kenapa Najib bercakap flip flop tentu ada sebabnya !? Pengakuan Si Saiful yang mendakwa beliau diliwat Anwar,.. sama ada benar atau tidak, ia sudah menjadi isu penting ! isu besar yang melibatkan pemimpin Umno. Ia secara tidak langsung telah menjadi isu negara !! Maka tidakkah mungkin keselamatan Saiful akan terancam sekiranya dia mendedahkan rahsia ini. Saiful dan penyokong-penyokongnya wajar menerima kenyataan bahawa beliau sebenarnya bukanlah mangsa liwat DS Anwar Ibrahim, tetapi dia menjadi mangsa "Konspirasi Jahat" terhadap Anwar selama ini. Apapun, semoga Saiful terus tabah menghadapi hadapi dugaan ini. Terimalah nasihat dari ulamak-ulamak berkecuali atau tersohor, asal jangan ulamak Umno ! Bertaubatlah ! kerana anda masih punya masa depan! Mengaku yang kita sudah tersalah langkah bukan bererti kalah ! Sesat dihujung jalan balik kepangkal jalan !!. ~rakyatmarhaen Sumber : Saiful Bukhari Bakal Menerima Nasib Seperti Altantuya? | ||
| Wajib Lihat!! Jom Pakat Gelak Ramai-Ramai.. Posted: 13 Jan 2012 08:07 AM PST
"Khazanah kekayaan di Perak tiada tertinggal walaupun sejengkal".. "Rakyat Perak tiada terpinggir dari kezaliman UMNO BN".. itu maksud tersirat billboard ni kot.. Rakyat terus diperbodohkan oleh UMNO BN.. kah..kah..kah.. Gambar ~ wartamaya Sumber : Wajib Lihat!! Jom Pakat Gelak Ramai-Ramai.. | ||
| Menteri Ni Memang Patut Di Carut.. Posted: 13 Jan 2012 03:16 AM PST Aku sikit lagi nak mencarut. Siyes neh beb. Siyes. Aku rasa jamil khir tak faham isu. Aku percaya ramai orang islam di malaysia neh tak kesah kalau wang zakat digunakan untuk jihad fisabillah. Amek lah oii. Amek. Amek banyak2. Orang islam di malaysia lagi suka. Amek bantu orang islam yang berpenyakit tapi tak mampu nak rawat sebab kos perubatan sangat mahal. Amek bantu orang yang terdesak. Amek bantu buat taska2 islam. Amek bantu beli Alquran or upah guru2 yang boleh mengajar Alquran untuk orang2 yang miskin yang tak mampu hantar anak2 dia pergi sekolah agama. Amek. Amek banyak2. Silakanlah!!! Tapi beb, ini lue amek bayar kos guaman lue. Kos guaman lue bukan jihad fisabillah bagi tafsiran gua. Gua cuba faham benda neh dengan teliti. Tapi setelah gua godek pelbagai persepsi dan ceruk, gua siyes bagitau lue, gua tetap tak boleh terima perlakuan lue. Lue melawan qazaf. Dan lue anggap dengan melawan qazaf ialah jihad fisabillah? Jihad fisabillah apa bila lue lawan hukum islam? Macam mana gua nak faham beb. Macam mana? ~amenoworld Addin : Addin tak sampai hati nak carut mamat ni.. nanti bila PR perintah pakat-pakat bicara di mahkamah terbuka puak-puak Umno ni.. biar semua rakyat tau perilaku pak-pak menteri ni. Termasukalah yang puak-puak totok dan penjilat Umno nih.. biar dia reti skit.. apamacam?? setuju?? Sumber : Menteri Ni Memang Patut Di Carut.. | ||
| Presiden Kesatuan Ulama Dunia Ucap Tahniah Sempena Pembebasan Anwar Posted: 12 Jan 2012 10:44 PM PST Laman web rasmi Presiden Kesatuan Ulama Dunia, Sheikh Yusuf Al-Qaradhawi menyiarkan ucapan tahniah daripada Ulama kotemporari terkenal dunia Islam itu kepada Anwar Ibrahim berhubung pembebasannya terhadap tuduhan liwat baru-baru ini. Ulama yang menjadi rujukan dan begitu dihormati oleh dunia Islam itu dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh laman web itu menyampaikan mesej tahniah kepada Anwar Ibrahim yang juga bekas Presiden Parti Keadilan Rakyat. "Kami kirimkan kepada anda hati yang dipenuhi dengan kegembiraan, mulut yang tersenyum kerana telah ditunjukkan oleh Allah bahawa anda tidak bersalah melalui kuasa mahkamah, dan kerana Allah bersama anda disertai kasih dan hormat dari rakyat" Seperti biasa, media propaganda seperti Utusan, tidak akan menyiarkan berita ini, sebaliknya hari ini Utusan menyiarkan berita kononnya Gay Philipina gembira dengan pembebasan Anwar Ibrahim dari tuduhan liwat. Utusan seperti biasa akan terus mencari jalan untuk memburukkan Anwar Ibrahim, mereka akan terus memperbodohkan orang kampung, ayam itek lembu dan kambeng. Addin : Sheikh Yusuf Qardawi tak sokong Saiful pun, Umno je sokong.. | ||
| Najib Panggil Hassan Ali Mengadap? Posted: 12 Jan 2012 08:37 PM PST Panas!! panas!! Najib panggil Hassan Ali mengadap? Mengadap di luar negara ke ...? Macam Zulkifli Noordin, lepas keluar PKR mengadap Najib di Instanbul.. Lepas tu buat kunjungan hormat bersama Najib ke makam Mustapa Kamal Artartuk, Bapak Sekular Turki. Sebab tu kot dia tak hadir mesyuarat Exco dan tak hadir sidang media di rumah sendiri ...? Betul ker ni? Kenapa jadi lagu ni..? Sesiapa ada maklumat boleh kita kongsikan...? Sumber : Najib Panggil Hassan Ali Mengadap? |
| You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |




Tiada ulasan:
Catat Ulasan