Selasa, 10 Januari 2012

shalehudin

shalehudin


Mana pi Berahim Ali nih, diam pun... kahkahkah...

Posted: 10 Jan 2012 11:00 AM PST

Pssttt... !!! jangan bising, dia demam... kahkahkah...

Lain macam Guan Eng punya bodek... kahkahkah...

Posted: 10 Jan 2012 09:30 AM PST

Guan Eng Anggap Anwar Pemimpin 'Paling Bersih' Jadi Perdana Menteri

BUTTERWORTH -- Pakatan pembangkang mengulangi pendirian bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dilantik Perdana Menteri sekiranya mereka memenangi pilihan raya umum ke-13 nanti kerana beliau dianggap "paling bersih".

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata tiada pemimpin Parti Keadilan Rakyat, DAP dan Pas yang lebih layak daripada Anwar untuk menjadi Perdana Menteri yang ketujuh sekiranya pakatan mereka menang pilihan raya akan datang.

"Ini bukan soal kita bela Anwar saja tetapi kita bela kerana beliau saja (pemimpin di negara ini) yang paling bersih untuk menjadi Perdana Menteri," katanya ketika berucap pada Himpunan Rakyat Menuntut Keadilan di Tapak Ekspo Seberang Jaya di sini Isnin malam.

Perhimpunan anjuran PKR itu adalah untuk memberi penerangan kepada orang ramai berhubung isu semasa serta meraikan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam yang membebaskan dan melepaskan Anwar daripada tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 27, empat tahun lalu.

Terdahulu, Timbalan Presiden PKR Azmin Ali berkata sepanjang penganjuran perhimpunan aman oleh PKR, Pas dan DAP, tiada sebarang kekecohan yang berlaku kerana kehadiran peserta adalah untuk menuntut keadilan.

"Saya yakin selama 10 tahun pelbagai perhimpunan aman dilakukan, tiada sebarang insiden yang berlaku melainkan provokasi oleh Umno dan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA)," katanya.

Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail, pula berkata pihaknya kini dalam kaedah untuk menyerang BN bagi berdepan pilihan raya umum ke-13 berikutan pembebasan Anwar daripada tuduhan meliwat.

"Datuk Seri Anwar tidak masuk penjara jadi beliau boleh menjelajah ke seluruh negara, sama-sama merancang serta memberikan semangat untuk mengerakkan jentera parti untuk berdepan dengan pilihan raya," katanya.

-- BERNAMA

Jangan biaq Mahathir beli tiket woii... kahkahkah...

Posted: 10 Jan 2012 08:00 AM PST

Pembebasan Anwar : Mahathir dah beli tiket ....?
Anwar Ibrahim di bebaskan semasa PMNajib berada di angkasaraya menuju Kuala Lumpur dari Afrika Selatan. Tidak dapat dibayangkan bagaimana kepulangan PMNajib sebaik menjejak kaki di bumi Malaysia sekiranya Anwar di hantar ke Penjara Sungai Buloh. Barangkali kapalterbang yang membawa PMNajib terpaksa berpatah balik ke Afrika Selatan akibat tidak dapat mendarat kerana bantahan rakyat di lapangan terbang. Pelbagai lapisan rakyat menyambut gembira pembebasan Anwar sehinggakan MB Kelantan TG Nik Aziz berpuasa sunat kesyukuran.

Pembebasan Anwar amat bermakna bagi rakyat yang cintakan keadilan. Ianya satu langkah ke depan daripada 1000 langkah menuju Putrajaya. Perjalanan masih jauh lagi.

Banyak lagi kerja yang belum selesai untuk membersihkan sistem keadilan dan kehakiman negara ini.

Kes Anwar ini "menyangkut" beberapa individu. Antaranya :
1) Penggunaan wang zakat oleh Menteri Jamil Khir.
2) Pendakwaan ke atas Saiful atas tuduhan palsu.
3) Pemecatan Hasan Ali dari PAS kerana ulasan kes ini.

Apapun, barangkali Mahathirlah agaknya manusia yang paling kecewa dengan pembebasan Anwar. Mahathir masih tidak lena tidur bahkan dalam tidurnya diganggu mimpi-mimpi yang menggerunkan seperti melihat Hosni Mubarak di usung turun naik masuk mahkamah. Itu belum lagi kisah nasib Marcos dan Suharto.

Barangkali Mahathir juga teringat ramai "kawan-kawan" nya sudah tiada seperti Hakim Hacks, Hakim Ariffin Jaka dan AG Mokhtar.

Apakah Mahathir tidak sedar lagi keadaan sekelilingnya ? Adakah Mahathir belum sedar lagi mengapa Tuhan masih memberinya peluang untuk hidup ?"

Syok ooo boleh dok tibai Hassan Ali camni... hihi...

Posted: 10 Jan 2012 06:30 AM PST

Hassan perlu menjelajah seluruh negara untuk buktikan kekotoran Anwar!

Assalamualaikum, Bercakap kepada Malaysia kini, Hassan Ali menyalahkan Anwar menjadi punca kenapa dia dipecat dari PAS.Antara katanya, "Saya tidak mahu beliau (Anwar) mengheret rakyat menjunjung perjuangannya yang saya rasa amat kotor, ini yang saya perjuangkan".Berita lanjut di sini Sikap seorang doktor falsafah menuding kepada orang lain atas apa yang menimpa dirinya. Apa sebenarnya maksud perjuangan kotor DSAI kurang pasti pula. Apakah perjuangan untuk Malaysia yang baru yang diusahakan DSAI itu kotor?

Apakah janji untuk menurunkan harga minyak itu kotor?Apakah janji untuk memberi perkhidatan kesihatan yang lebih baik kepada rakyat itu kotor?Apakah janji mentadbir negara bebas dari rasuah dan penyelewengan itu kotor?

Hassan kena bukti kesemua ini kotor, bukan bertegas kepada kes liwat yang belum tentu hujung pangkalnya sudah dikira kotor.Untuk itu Hassan perlu menyaingi kemampuan DSAI menarik sokongan rakyat.Tidak ada gunakan mendakwa mahu menyelamatkan rakyat dari kekotoran DSAI cuma dengan bercakap kepada media dan TV sahaja tetapi Hassan kena menjelajah negara seperti DSAI membawa segala hujah dan bukti untuk ditunjukkan kepada rakyat.

Masa untuk membuktikan dakwaannya demi untuk rakyat.Begitu juga orang orang yang menyokong perjuangannya harus bersama sama menjelajah negara membawa bersama hujah dan bukti yang ada untuk ditunjukkan kepada rakyat.Hassan tidak seharusnya menjadikan dirinya "one time Hero" dengan muncul di TV saban malam untuk satu tempoh waktu yang terhad dan kemudian hilang, kalau benar dia mahu menyelamatkan rakyat dari kekotoran DSAI.Hassan perlu berjanji dengan rakyat untuk kehidupan yang lebih baik dari apa yang dijanjikan oleh DSAI.

Aku pun syok pasai dia tersilap... kahkahkah...

Posted: 10 Jan 2012 05:50 AM PST

Saya Gembira Kerana Tersilap!

Oleh KHALID SAMAD

Amat jarang sekali seseorang berasa gembira apabila terbukti jangkaan dan ramalannya meleset dan tersilap. Barangkali ini adalah di antara masa-masa yang jarang itu.Saya ucapkan tahniah pada DSAI dan keluarga atas kemenangan mereka. Semoga kemenangan ini menambahkan lagi pacuan kita bersama ke arah Putrajaya.

Saya ucapkan tahniah dan syabas kepada ahli dan penyokong parti komponen PR di atas kehadiran mereka di mahkamah pagi tadi. Kehadiran yang ramai, jelas menzahirkan angin perubahan yang bakal melanda dan menggegarkan BN.

Walaubagaimanapun, saya berasa sedih kerana tidak dapat bersama kerana masih sedang berada di Saudi, menunggu visa untuk keluar. Exit Visa mungkin sesuatu yang pelik, tetapi perlu dilalui bagi mereka yang datang ke Saudi seperti saya.

Saya perlu juga mengucapkan tahniah dan syabas pada Tuan Hakim Mohamad Zabidin yang berani menghukum mengikut lunas-lunas keadilan dan menegakkan prinsip kebebasan institusi kehakiman. Semoga diberkati dan dijadikan titik tolak untuk mengembalikan maruah institusi kehakiman supaya tidak lagi dikudakan pihak pemerintah.Tidak lupa juga tahniah dan syabas kepada pasukan peguam DSAI di atas pencapaian dan prestasi mereka.

Sebelum ini Zaid Ibrahim telah meminta maaf dengan DSAI. Seterusnya tukang pura-pura telah dikeluarkan dari PAS. Sekarang DSAI didapati tidak bersalah. Ianya bagaikan mengiyakan perpatah Inggeris yang berbunyi, "All good things come in threes".

WaLlahu 'Alam

Tolong la jangan dok gelak... kahkahkah...

Posted: 10 Jan 2012 04:46 AM PST

Hoi, kudung la kepala Hassan Ali camni... kahkahkah...

Posted: 10 Jan 2012 03:55 AM PST

UMNO tidak tawar keahlian kepada Hasan Ali: Muhyiddin

PUTRAJAYA: UMNO tidak membuat apa-apa tawaran keahlian kepada anggota exco kerajaan negeri Selangor Datuk Dr Hasan Ali yang dipecat oleh Pas semalam, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin, yang juga Timbalan Presiden UMNO ketika ditanya kemungkinan Hasan menyertai UMNO, berkata bahawa sebagai pemimpin bijak dan berpengalaman, Hasan boleh memilih mana-mana parti politik yang dianggap sesuai dengan perjuangannya.

"Kita (UMNO) tidak terburu-buru dalam hal ini, malah kita tidak membuat apa-apa tawaran pun. Mungkin dia (Hasan) dapat fahami secara dalam apa Pas sebenarnya.

"Kita tak pula kata nak halang tetapi seperti semua sedia maklum, UMNO membuka pintunya kepada sesiapa yang menyokong perjuangan kita," katanya pada sidang akhbar selepas menyampaikan perutusan khas sempena tahun baru kepada warga Kementerian Pelajaran di sini hari ini.

Muhyiddin berkata, apa yang berlaku kepada Hasan adalah urusan dalaman Pas dan UMNO tidak mencampuri masalah parti lain.

Beliau menjelaskan bahawa amalan demokrasi UMNO ialah tidak menyingkirkan mana-mana ahlinya tanpa diberi peluang membela diri.

"Dalam UMNO, kita ada Jawatankuasa Disiplin yang akan mengeluarkan notis tunjuk sebab terhadap ahli berkenaan, kita bagi tempoh untuk beliau memberi penjelasan dan selepas itu baru kita buat keputusan, lebih-lebih lagi jika membabitkan seorang pemimpin.

"Ini yang berlaku dalam UMNO sejak zaman berzaman. Pas ada sistem tersendiri, kuasa mutlak untuk melakukan apa yang dibuat terhadap Hasan Ali. Lihat sendiri bagaimana berhemahnya Umno berbanding yang lain," katanya. - BERNAMA

Panas!! Betoi ka nyawa si Saiful dalam bahaya...

Posted: 10 Jan 2012 02:17 AM PST

Panas: Dato' Fauzi Gusar Nyawa Si Saiful Bukhari Terancam Gara-Gara Tewas Isu Liwatnya Hari Ini


KUANTAN, 9 Jan - Pengerusi PKR Pahang, Dato' Fauzi Abd Rahman (foto) hari ini menegaskan beliau gusar dengan keselamatan Mohd Saiful Bukhari Azlan dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

Ia kerana, sebelum ini Saiful dengan berani mendedahkan beliau ada bertemu dengan tokoh-tokoh tertentu seperti Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya Rosmah Mansor (ketika itu masih TPM), berhubung dengan Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan, bertemu dengan ASP Rodwan Yusoff dan bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Ezam Md Nor sebelum beliau membuat laporan polis mengatakan dia diliwat.

"Persoalannya, apa motif beliau bertemu mereka?. Saya risau Saiful akan diancam dan bakal menjadi seperti Altantunya Shaariibuu sekiranya dia mendedahkan rahsia ini. Rakyat perlu tahu motif sebenar, sedangkan Saiful ternyata tidak diliwat oleh sesiapa", kata Dato' Fauzi ketika dihubungi krew PDO siang tadi.

"Kenapa mereka tidak halang Saiful ketika itu?. Kenapa biarkan anak muda itu membuat laporan palsu tentang kes ini?", kata beliau lagi.

Terdahulu, Saiful dalam satu kenyataan hari ini reda dengan keputusan mahkamah dan beliau berharap pihak Pendakwaraya akan membuat rayuan kes itu demi keadilan yang dituntutnya. Malah Saiful juga mahu mahkamah yang lebih tinggi mendengar kes berkenaan selepas ini.

Soalnya sekarang, ke mana harus Saiful membawa diri selepas ini?. Walau pun DNA yang dipertikaikan mahkamah, namun rakyat sebenarnya sudah lama musykil dan keliru dengan berbagai-bagai lagi episod memalukan terhadap kes ini. Penyokong Saiful wajar menerima kenyataan bahawa beliau bukanlah mangsa liwat Anwar sebenarnya, tetapi dia menjadi mangsa "Konspirasi Jahat" terhadap Anwar selama ini.

Apapun, semoga Saiful terus tabah hadapi dugaan ini. Terimalah kenyataan bahawa anda masih teruna lagi.- PDO

Klasik sungguh jawapan Nik Aziz nih...

Posted: 10 Jan 2012 01:00 AM PST

Cerita Hassan Ali

Posted: 09 Jan 2012 10:30 PM PST

Sekarang ini heboh fasal Hassan Ali yang semakin celupar mulutnya dan didakwa pula sudah termasuk perangkap gerombolan. Sebenarnya dia bukan termasuk perangkap, tetapi sengaja memerangkapkan diri dengan hasrat dan tujuan yang tersembunyi.

Melihat watak Hassan Ali ini dia sebenarnya seorang yang egoist. Ini dapat dilihat daripada cara dia mengacarakan Forum Perdana di Tv beberapa tahun lalu. Juga dalam ucapan-ucapannya, jelas nada suara dan gayanya membayangkan dia seorang yang ego.

Sebagai individu dia mungkin tidak perasaan gelagat dan tingkah lakunya. Tetapi sebagai pakar motivasi dia kelihatan tidak mampu untuk muhasabah dirinya, lantas akan menimbulkan kekeliruan dalam kalangan para pelajarnya. Tentu sekali menimbulkan persoalan di kalangan pelajarnya sekiranya apa yang diajarnya bertentangan dan perilaku dirinya sendiri.

Ego bererti bahawa sesorang itu sentiasa menganggap dirinya lebih daripada orang lain, lebih pandai, lebih tahu, segala-galanya lebih, yakni lebih daripada orang lain; maka dengan itu menganggap orang lain kurang tahu dan dia saja yang tahu serba serbinya. Demikianlah watak ego sesorang itu.

Tentang perangkap, aku kira dia sengaja masuk perangkap gerombolan dengan harapan dilamar dan mungkin bercita-cita menggantikan Jamil Khir. Kalau tidak apa-apa, masakan tempua bersarang rendah. Oleh kerana kerelaannya mencerca partinya sendiri dalam wawancara oleh Utusan dan TV 3, maka dia mendapat liputan meluas daripada media tersebut. Kalau tidak kerana komen dia memburukkan Pas, tak mungkin dia mendapat liputan meluas begitu. Bukan mudah nak keluar muka di tv.

Hassan Ali ni tidak mengikut jemaah atau suara majoriti. Muktamar Pas telah bersetuju supaya tidak diadakan rundingan untuk berkerjasama dengan gerombolan. Begitu juga dengan negara kebajikan, sudah diluluskan oleh muktamar. Belajarlah menghormati suara ramai.

Cerita Hassan Ali nak jadi MB Selangor sudah diketahui ramai. Khabarnya dia awal-awal lagi sudah berunding dengan Khir Toyo untuk tubuhkan kerajaan campuran Pas /Umno ketika PR menang PRU 12 lalu. Sekarang macam-macam tembelang terbuka. Musatffa Ali mempersoalkan apa yang dia buat pada bulan puasa lalu (Ogos) di sebuah hotel bersama- Nasa dan 3 orang lagi. Yang 3 orang itu tidak pula dijelaskan oleh Mustaffa.

Siapa agaknya mereka itu? Mungkin orang atau agen-agen gerombolan. Mungkin si kitul Zul yang lantang menjadi jurucakap gerombolan? Ini disahkan oleh Hassan apabila dalam kenyataannya seperti dilapor Harakahdaily bahawa dia pernah bertemu Zul dan sependapat dengannya. Tak taulah!

Hassan Ali ni pelik juga. Kalau tak setuju dengan pucuk pimpinan, kenapa tidak saja bersemuka dan lahirkan pandangannya kepada kepimpinan. Kalau mereka tidak terima dan dia tak setuju, keluar saja, tinggalkan parti dan masuk parti lain. Janganlah rosakkan rumah tempat kita berlindung daripada hujan dan panas. Kalau rumah itu sudah tidak boleh dibaiki lagi, keluar dan tinggalkan, masuk rumah lain atau bina rumah baru. Barulah orang respect!

Cukuplah seorang Zul. Jangan ditambahkan lagi Zul, Zul yang sengaja membuat onar dunia politik tanah air. Biarkanlah si Zul itu terjun dengan labu-labunya.

Anwar vs Najib... kahkahkah...

Posted: 09 Jan 2012 09:35 PM PST

Ini Bukti Anwar Lebih Berpengaruh Daripada Najib Di Mata Dunia

Berita pembebasan Anwar Ibrahim siang tadi menjadi tajuk akhbar dan portal seluruh dunia. Hampir kesemua portal berita dan stesen tv antarabangsa membuat liputan tentang berita terhangat hari ini. Tumpuan media antarabangsa terhadap berita pembebasan Anwar berbanding lawatan Najib ke Afrika Selatan membuktikan Anwar lebih berpengaruh daripada Najib.

Memang agak melucukan apabila hari keputusan kes Anwar di keluarkan, Najib buat lawatan ke luar negara. Perangai Najib seperti mentornya.. Mahathir Kutty. Penerimaan Anwar oleh masyarakat dunia membuktikan Anwar lebih berkarismatik untuk memimpin negara ke landasan yang sebenar selepas PRU 13 nanti. Kita ikuti ulasan berita yang Addin petik dari blog Jalan Pulang..

TERKINI!! Pembebasan Anwar Ibrahim Jadi Tajuk Utama SELURUH DUNIA!!

Laporan tentang keputusan perbicaraan fitnah liwat tehadap Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim hari ini mendapat liputan meluas di seluruh dunia.

Hampir kesemua akhbar utama di dunia serta stesen televisyen negara asing menjadikan carian Anwar Ibrahim paling popular termasuk di Amerika Syarikat dan negara-negara Eropah.

CNN International di New York dan CNN Asia di Hong Kong mendahului senarai dengan tajuk utama jam 1245 tengah hari tadi iaitu Malaysian court finds opposition leader Anwar not guilty of sodomy (Mahkamah Malaysia mendapati ketua pembangkang Anwar tidak bersalah atas tuduhan liwat)

Al Jazeera yang berpangkalan di Doha, Qatar pula tidak ketinggalan mendapat perhatian pelayar internet apabila sebahagian besar rantau Timur Tengah yang masih awal pagi memperolehi berita dalam Bahasa Inggeris sebelum diterjemahkan ke dalam Bahasa Arab.

Di United Kingdom, The Guardian dan Sky News memaparkan berita terkini masing-masing sebelum menjadi berita penuh dengan video rakaman Anwar Ibrahim dibebaskan.

BBC News dalam laporannya memaparkan Anwar Ibrahim sebagai tajuk utama lebih awal dengan berita utama sekitar jam 1140 pagi tadi dengan tajuk Anwar Found Not Guilty Of Sodomy (Anwar Tidak Bersalah Atas Tuduhan Liwat)

Tidak ketinggalan rantau Afrika termasuk Kenya, Nigeria dan Somalia serta Afrika Selatan memaparkan tajuk utama sekitar jam 12 tengah hari sebagai berita terkini.

Manakala di rantau Asia, The Straits Times Singapura mendahului senarai dengan carian lebih 45 ribu hits sejak keputusan Zabidin Mohd Diah diumumkan.

Di Jepun, akhbar uatama negara itu, Asahi Shimbun menulis tajuk utama iaitu Malaysian court finds Anwar not guilty of sodomy (Mahkamah Malaysia Mendapati Anwar Tidak Bersalah Atas Tuduhan Liwat)

Ini sekaligus membuktikan bahawa pengaruh Anwar Ibrahim adalah jauh lebih besar berbanding musuh politiknya Najib Altantuya walaupun menjawat jawatan perdana menteri!


Keputusan perbicaraan kes liwat melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim mencuri perhatian media di seluruh dunia, yang menjadikan laporan berkaitan sebagai berita utama organisasi masing-masing.

Badan penyiar CNN dan Al Jazeera mengutarakan laporan itu dalam edisi Asia mereka. Manakala media lain termasuk akhbar United Kingdom Sky News dan ABC yang berpengkalan di Australia.

Badan penyiaran British BBC pula menjadikan Anwar sebagai personaliti utama dengan melaporkan sekitar keputusan hari ini, diikuti rencara berhubung ahli politik itu dan sejarah panjang kariernya.

Tulisan itu, antara lain mendakwa, masyarakat Cina masih berhati-hati terhadap "akar radikal Islam", walaupun masyarakat antarabangsanya melihatnya sebagai "peneraju pembaharuan di Malaysia".

Harian United Kingdom Guardian pula melaporkan "keputusan mengejutkan" itu sebagai berita utama, dengan menyifatkan pembebasan itu akan mempercepatkan 'comeback' perdana menteri.

Laporan berkenaan dihasilkan oleh koresponden mereka, yang mana Anwar sebelum ini memberikan wawancara eksklusif.

Ketua pembangkang juga diwawancara media asing di rumahnya sejurus selepas keputusan diumumkan hari ini. Kebanyakan mereka telah mengikuti perjalanan kes itu sejak dua tahun lalu.

Laporan agensi berita antarabangsa juga dimuatkan semula di Kenya, India, China dan Baitul Maqdis yang menceritakan tentang letupan di mahkamah dalam bahagian berita antarabangsa. ~jalanpulang

UMNO pakat mati pucuk habih... kahkahkah...

Posted: 09 Jan 2012 07:47 PM PST

Membujur lalu melintang patah...

Pasai apa Zaid mintak maaf kat Anwar...

Posted: 09 Jan 2012 06:26 PM PST

Zaid Ibrahim Minta Maaf Kepada Anwar
KUALA LUMPUR, 8 Jan: Presiden Kita, Datuk Zaid Ibrahim yang satu ketika dulu meninggalkan PKR dengan kritikan keras terhadap ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengambil inisiatif untuk bermaaf-maafan dengan Ketua Umum PKR, hari ini, sehari sebelum tarikh 901. Pada 9 Januari ini, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akan mengumumkan keputusan perbicaraan kes liwat versi II selepas perbicaraan yang penuh kontroversi berlangsung tahun lepas.

Anwar, 64, dituduh telah melakukan liwat terhadap Mohd Saiful di sebuah kondominium di Damansara Heights pada Jun 2008, beberapa bulan sebelum kembali dan memenangi kerusi Parlimen Permatang Pauh.

" Anwar, I hav said some harsh things abt you. I am sorry. Politics sometimes bring the worst in us. I hope you will be fairly treated.

(Anwar, saya telah mengatakan sesuatu yang amat kasar pada anda. Saya mohon maaf. Politik ini kadang-kadang membuat kita melakukan benda terburuk. Saya harap anda akan dilayan dengan adil)," tulis Zaid di Twitter.

Dalam jawapannya, Anwar menjawab, "Thank you and continue to support the reform agenda (Terima kasih, dan teruskan menyokong agenda reformasi)."

Tahun lepas, Zaid meninggalkan parti PKR selepas pertarungan sengit dengan Azmin Ali, untuk jawatan timbalan presiden parti, yang dimenangi Azmin pada akhirnya.

Akhirnya Zaid menubuhkan parti Kita. Zaid mula berbaik dengan pembangkang semula sejurus perhimpunan agong Umno selesai dan mengumumkan tidak akan bertanding dalam pilihan raya umum akan datang sebaliknya akan memberikan sokongan kepada parti pembangkang.

Zaid menyifatkan ucapan-ucapan pemimpin Umno semasa perhimpunan agong sebagai merbahaya dan tidak bertanggungjawab, dan oleh itu, bagi menunjukkan perpaduan kita kepada rakyat Malaysia, dan penolakan Kita kepada apa jua idea fasis dan berkuku besi, Zaid menyatakan bahawa Kita akan terus menyokong platform pembangkang dengan harapan untuk membawa perubahan sebenar.

Selasa lepas, Zaid mempertahankan Pakatan Rakyat daripada kutukan dan perbuatan Raja Petra Kamaruddin, yang disifatkan ramai sebagai kawan akrabnya, yang mengutuk Anwar dan Pakatan Rakyat dengan tuduhan tidak berasas pada January 1, di semua media Umno.

Menulis di blognya ketika itu, Zaid berkata walaupun ada perkara yang beliau berbeda dengan Anwar, tapi beliau mengakui jasa Anwar dalam menguatkan barisan pembangkang negara.

Dalam temubual bersama Malaysiakini, Anwar berkata tiada siapapun, termasuk Zaid yang patut dikutuk untuk seumur hidup dalam politik.

901: Memang hebat dan cukup klasik...

Posted: 09 Jan 2012 05:55 PM PST

Anwar : Perjuangan Ini Bukan Untuk Saya

KUALA LUMPUR 9 JAN: Di dalam ceramahnya yang terakhir sebelum menerima keputusan mahkamah, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menyeru rakyat mendokong dan memenangkan Pakatan Rakyat walaupun dia di penjarakan atau dibebaskan.

Sambil mengulangi kenyataan yang dia tidak bersalah, Ketua Pembangkang itu tegas berkata perjuangan beliau bukan untuk dirinya tetapi ia adalah perjuangan Pakatan Rakyat.

"Samada ada saya didapati bersalah atau tidak, dipenjarakan atau tidak, adalah tidak penting kerana perjuangan menegakkan keadilan adalah perjuangan rakyat dan Pakatan Rakyat."

"Ini bukan soal Anwar, Anwar hanya simbol. Anwar tidak adapun perjuangan tetap akan diteruskan," Anwar berkata di dalam ucapannya di depan lebih kurang 5,000 hadirin di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, di sini semalam.

Hari ini, Ahli Parlimen Permatang Pauh itu akan mengetahui keputusan Mahkamah Tinggi bersabit tuduhan meliwat bekas pembantunya Saiful Bukhari Azlan.

Di dalam ceramahnya, Anwar, yang juga Ketua Umum PKR, berkata Pakatan sudah bersedia menghadapi pilihanraya ke-13 dan ketiga-tiga parti gagasan itu telah mencapai persetujuan di dalam banyak perkara.

Tambah beliau, hanya sedikit perkara seperti pengagihan satu atau dua kerusi yang belum selesai.

Anwar juga yakin dengan sokongan yang diberi rakyat dan ketetuan Allah.

"Kalau dalam penjara atau di luar, di atas atau di bawah kamu akan dilantik dengan izin Allah. Kita yakin dengan kekuatan Allah dan bukan manusia," dia berkata.- TVS

Anwar, jaga-jaga langkah hang tu sama...

Posted: 09 Jan 2012 03:40 PM PST

TEKAD DAN AZAM BARU UNTUK ANUAR DAN PAKATAN

Begitu lama Anuar Ibrahim berjuang menentukan nasibnya sama ada timbul ataupun tenggelam didalam arena politik tanah air, dalam masa dia menghadapi kes liwatnya dia tentunya merasa tidak selesa melakukan tugas sebagai seorang politik dan ketua parti pembangkang di negara ini, fikiran dan masanya habis begitu saja untuk mengendalikan dirinya supaya bersih pada mata rakyat, tekanan fikirannya terganggu apabila mengenang kesnya yang belum selesai

Hari ini tanggal 9 January 2012 adalah tarikh akhir nasibnya disebut di Mahkamah K . Lumpur Jalan Duta, ramai yang meramalkan dia tetap akan dipenjaran bahkan dirinya sendiripun tidak yakin yang dia akan dibebaskan dari sabit pertuduhan terhadap dirinya, dia berkira-kira bahawa dia akan kedalam, akhirnya kuasa Allah menentukan sesuatu untuk dirinya, kini DIA TELAH DIBEBASKAN DARI SEBARANG TUDUHAN setelah 3 tahun dia memperjuangkannya untuk bebas

Kini dia telah bersih, rakyat kebanyakannya juga tahu bahawa dia telah bersih sekalipun ada segelintir suara yang sumbang tetap tidak berpuas hati atas keputusan Mahkamah tersebut, semua itu tidak penting difikirkan, apa yang penting bagi diri dan kumpulannya ialah merangka satu operasi yang lebih berkesan untuk menumbangkan parti lawan iaitu Barisan Nasional pada PRU 13 tidak lama lagi, disamping itu dia perlu diperhatikan oleh rakan seperjuangan dan dirinya sendiri dari diperangkap oleh musuh politiknya

Kini BN dikatakan sudah mula merasa cemas dan kelamkabut atas bebasnya Anuar ini, sementara kawan-kawan didalam Pakatan Rakyat sudah mula lega dan mereka mula berazam untuk bekerja lebih keras lagi, menyusun program untuk memperkemaskan parti didalam Pakatan Rakyat perlu dikemaskinikan disamping membersihkan anggota parti dari onak dan duri yang boleh menjejaskan maruah parti perlu disegerakan. - Pak Karamu

Tiada ulasan: