Selasa, 10 Januari 2012

Addin

Addin


Panas!! Muhyiddin Tawar Keahlian UMNO Kepada Hassan Ali?

Posted: 10 Jan 2012 09:55 AM PST

UMNO tidak tawar keahlian kepada Hassan Ali? Tetapi sampai bila? Yang menjadikan Hassan Ali seperti ini adalah kerana UMNO. Mungkin pengaruh UMNO yang kuat dalam diri Hassan Ali membuatkan beliau tidak tentu arah. Rentetan daripada isu kerajaan perpaduan yang di pelopori oleh segelintir pimpinan PAS dan UMNO yang sehingga kini menjadikan Hassan Ali sebagai duri dalam daging. Umum mengetahui ini, tidak boleh berselindung lagi. 

Kenyataan Muhyiddin Yassin mengenai isu pemecatan Hassan Ali mengesahkan bahawa UMNO menyimpan pemimpin-pemimpin yang bermasalah. Jadi satu hari nanti UMNO pasti juga akan melamar Hassan Ali selaku bekas pemimpin yang bermasalah di dalam PAS. Yang pasti cakap-cakap UMNO memang tidak boleh di pakai..

UMNO Tidak Tawar Keahlian Kepada Hassan Ali

PUTRAJAYA – UMNO tidak membuat apa-apa tawaran keahlian kepada anggota exco kerajaan negeri Selangor Datuk Dr Hasan Ali yang dipecat oleh Pas semalam, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin, yang juga Timbalan Presiden UMNO ketika ditanya kemungkinan Hasan menyertai UMNO, berkata bahawa sebagai pemimpin bijak dan berpengalaman, Hasan boleh memilih mana-mana parti politik yang dianggap sesuai dengan perjuangannya.

"Kita (UMNO) tidak terburu-buru dalam hal ini, malah kita tidak membuat apa-apa tawaran pun. Mungkin dia (Hasan) dapat fahami secara dalam apa Pas sebenarnya.

"Kita tak pula kata nak halang tetapi seperti semua sedia maklum, UMNO membuka pintunya kepada sesiapa yang menyokong perjuangan kita," katanya pada sidang akhbar selepas menyampaikan perutusan khas sempena tahun baru kepada warga Kementerian Pelajaran di sini hari ini.

Muhyiddin berkata, apa yang berlaku kepada Hasan adalah urusan dalaman Pas dan UMNO tidak mencampuri masalah parti lain. Beliau menjelaskan bahawa amalan demokrasi UMNO ialah tidak menyingkirkan mana-mana ahlinya tanpa diberi peluang membela diri.

"Dalam UMNO, kita ada Jawatankuasa Disiplin yang akan mengeluarkan notis tunjuk sebab terhadap ahli berkenaan, kita bagi tempoh untuk beliau memberi penjelasan dan selepas itu baru kita buat keputusan, lebih-lebih lagi jika membabitkan seorang pemimpin.

"Ini yang berlaku dalam UMNO sejak zaman berzaman. Pas ada sistem tersendiri, kuasa mutlak untuk melakukan apa yang dibuat terhadap Hasan Ali. Lihat sendiri bagaimana berhemahnya Umno berbanding yang lain," katanya. ~bernama

Ini Bukti Raja Petra Berbohong Isu Guaman MBPJ

Posted: 10 Jan 2012 08:20 AM PST

Maklumbalas terhadap artikel bertajuk "Just Do it, Not Duit" oleh Raja Petra Kamaruddin di laman web Malaysia Today pada 6 Januari 2012; Pihak Majlis Bandaraya Petaling Jaya ingin menjelaskan mengenai tuduhan liar mengenai pengendalian kes mahkamah kepada Ahli-ahli Majlis MBPJ, Encik Derek Fernandez dan Latheefa Koya atau syarikat guamannya adalah tidak benar dan berunsur fitnah. Adalah disahkan bahawa Firma Guaman Ahli Majlis MBPJ (En. Derek Fernandez) atau firma guamannya Tetuan Fernandez & Selvarajah, adalah bukan dalam senarai Panel Peguam MBPJ dan beliau tidak pernah diberikan apa-apa kerja guaman bagi kes-kes MBPJ.

Tambahan pula adalah ditegaskan bahawa tidak ada syarikat guaman di bawah nama Derrick Fernandez & Co dalam senarai Panel Peguam MBPJ.

Sebagai salah seorang Ahli Majlis di MBPJ, En Derek Fernandez tidak pernah menerima sebarang ganjaran daripada Majlis dalam memberikan khidmat nasihat guaman. Segala khidmat nasihat dan pendapat professional En Derek Fernandez sebagai peguam diberikan tanpa sebarang caj dalam Mesyuarat Jawatankuasa Majlis berhubung isu-isu berkaitan perundangan dengan Majlis.

Seterusnya adalah juga ditegaskan bahawa majlis tidak pernah melantik Encik N Surendran sebagai peguam Majlis dan firma guaman beliau iaitu Tetuan Edwin,Lim Soh and Suren tidak pernah berada dalam senarai guaman MBPJ.

Berhubung dengan kedudukan Ahli Majlis MBPJ, Cik Latheefa Koya di dalam firma guaman Tetuan Daim dan Gamany, dan perlantikan YB Sivarasa rakan kongsi firma guaman Tetuan Daim dan Gamany, perkara ini telah pun dibincangkan di dalam Perbincangan Khas selepas Mesyuarat Majlis Penuh bertarikh 25 Ogos 2009, yang dihadiri oleh semua Ahli-ahli Majlis tanpa kehadiran Cik Latheefa Koya, di mana Penasihat Undang-undang Majlis Bandaraya Petaling Jaya telah memberi pendapat bertulis bahawa oleh kerana Cik Latheefa Koya, bukan rakan kongsi dalam firma guaman tersebut, beliau hanya sebagai pekerja (legal assistant), maka tidak berlaku percanggahan kepentingan (conflict of interest), bagi firma guaman Daim dan Gamany dimasukkan dalam senarai panel peguam Majlis.

Dalam perkara perlantikan panel peguam, kuasa melantik adalah di bawah bidang kuasa Datuk Bandar sahaja. Ahli-ahli Majlis tidak boleh melantik firma peguam dan hanya boleh memberi pandangan secara kolektif tentang kebolehan dan/atau kepakaran sesebuah firma guaman untuk mengendalikan sesuatu kes Majlis berdasarkan kriteria berikut :

i.    Kepakaran firma guaman dalam mengendalikan sesuatu kes yang rumit
ii.   Sebutharga yang ditawarkan adalah dalam batasan dasar skala fi guaman
iii.  Prestasi dan kejayaan firma dalam pengendalian kes

Sejak tahun 2008 sehingga 2011, firma guaman Daim dan Gamany hanya mengendalikan empat (4) kes daripada jumlah keseluruhan sebanyak 53 kes. Pada sepanjang masa, Cik Latheefa Koya tidak pernah menduduki mana-mana jawatankuasa untuk berbincang tentang perlantikan firma guaman Tetuan Daim & Gamany.

Secara tegasnya artikel tersebut adalah suatu pernyataan palsu dan menimbulkan persepsi negatif masyarakat. Sehubungan itu, pihak Puan adalah diminta untuk menyiarkan maklumbalas ini tanpa suntingan di dalam blog kendalian pihak puan.

Sekian, terima kasih. ~jalanpulang

Sumber :  Ini Bukti Raja Petra Berbohong Isu Guaman MBPJ



Gempar!! Parti KITA Pimpinan Zaid Ibrahim Bakal Di Bubar Esok

Posted: 10 Jan 2012 07:30 AM PST

Jawatankuasa penaja penubuhan parti Keadilan Insan Tanah Air (Kita) Melaka akan mengadakan sidang akhbar esok bertempat di 34-A Taman Gadong Perdana, Jalan Pulau Gadong Melaka untuk acara pembubaran jawatankuasa parti Kita negeri itu. Menurut setiausaha penaja Yahaya Mat Idris sebagai simbol pembubaran itu, papantanda parti berkenaan akan diturunkan.

Jawatankuasa penaja itu diketuai oleh Kol Hashim Puteh. Sehingga ini seramai 60 orang kebanyakan penyokong PKR sebelum ini telah menyertai Kita. Pembubaran itu itu memberi pukulan maut kepada parti itu yang baru mula hendak membuka kepak.

Menurut Yahya antara punca menyebabkan jawatankuasa berkenaan dibubar ialah kerana tidak bersetuju dengan tindakan Presidennya yang menyokong beberapa transformasi cadangan Najib Razak termasuk untuk membubarkan ISA. Media massa dijemput hadir ke upacara berkenaan. ~mso

Sumber : Gempar!! Parti KITA Pimpinan Zaid Ibrahim Bakal Di Bubar Esok

Gempar!! Ustaz Nasharuddin Bakal Di Pecat?

Posted: 10 Jan 2012 04:24 AM PST

Selepas pemecatan Hassan Ali baru-baru ini, Ustaz Nasharuddin di khabarkan berada bersama Hassan Ali semasa kenyataan media di rumahnya. Permuafakatan Hassan Ali dan Ustaz Nasharuddin sudah lama di ketahui oleh umum. Ustaz Nasharuddin juga menyatakan simpati terhadap pemecatan Hassan Ali. Adakah Ustaz Nasharuddin bakal mengikuti jejak Hassan Ali.. bakal di pecat? Sebelum keadaan bertambah keruh eloklah Ustaz Nasharuddin kembali ke pangkal jalan.. sebelum nasi menjadi bubur. Berwaspadalah Ustaz Nasharuddin, musuh-musuh PAS sekarang tengah memancing kamu.. supaya kamu meninggalkan perjuangan ini.

Nasharuddin Bakal Ikut Jejak Hassan Ali?

Bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa adalah satu-satunya pimpinan PAS yang menyatakan simpati kepada Hassan Ali yang dipecat oleh PAS. Malah Nasharuddin turut sama bersama Ibrahim Ali menyertai Hassan Ali dalam kenyataan akhbar di rumah Adun Gombak Setia itu pada hari beliau dipecat.

Apa tujuan dan niat Nasharuddin tidak pula kita tahu. Kita mengharapkan Nasharuddin tidak mengeruhkan suasanan dan menambahkan lagi syak wasangka kita semua tentang wala' dan ketaatan beliau kepada parti. Sebagai seorang yang senior dan pernah memegang jawatan penting dalam jemaah Nasharuddin tidak sepatutnya mengikut rentak Hassan. Jemaah telah membuat keputusan kita patut taat kepada keputusan jemaah bukannya mengkritik kepimpinan PAS.

Hassan diberikan peluang untuk merayu dan memberikan penjelasan dengan mengemukakan rayuan kepada PAS. Ini proses biasa dan semua parti mempunyai persamaan dari segi proses rayuan. Cuma berlainan sedikit kerana kita mempunyai Majlis Syura Ulama'.

Harapan kita janganlah Nasharuddin menggunakan media untuk mengkritik dan menghentam PAS kerana beliau adalah AJK PAS Pusat dan boleh menegur kepimpinan dalam mesyuarat AJK Pusat. Tidak perlu melaung dalam media yang menyebabkan ianya dijadikan senjata oleh musuh. ~mutaligat


Gempar!! 10 Syarikat Bas Henti-Henti Di Melaka Terpaksa Gulung Tikar

Posted: 09 Jan 2012 08:50 PM PST

Melaka Maju, 10 syarikat bas henti-henti di negeri Melaka di jangka menghentikan perkhidmatannya pada 1 Feb 2012. Penamatan perkhidmatan bas henti-henti terpaksa di lakukan kerana mengalami kerugian. Penamatan perkhidmatan ini akan menjejaskan 30,000 pengguna perkhidmatan ini.
 
Dalam Ali Rustam bergah-gah pelbagai projek pelancongan di negeri Melaka, bahawasanya dia terlupa akan kebajikan rakyat bawahan. Sehingga mengabaikan perkhidmatan yang penting buat masyarakat bawahan. Kisah ini menjadikan tamparan hebat buat pentadbiran Ali Rustam dan Najib.. 

Klik untuk besarkan
Harga tiket kerajaan kawal tapi harga barangan keprluan tidak di kawal oleh kerajaan.. inilah kebanyakannya punca beberapa syarikat kebelakangan ini gulung tikar. Menanggung kos dan hutang operasi yang terlalu tinggi.

Sumber : Gempar!! 10 Syarikat Bas Henti-Henti Di Melaka Terpaksa Gulung Tikar

Koleksi Video Temubual Anwar Dengan Media Antarabangsa Sejurus Pembebasannya

Posted: 09 Jan 2012 07:59 PM PST

Tiada ulasan: