Isnin, 9 Januari 2012

shalehudin

shalehudin


Perkasa, Pekida lari sampai terlondeh... kahkahkah...

Posted: 09 Jan 2012 09:20 AM PST

Kahkahkah.... Kahkahkah...
Kahkahkah... Kahkahkah... Kahkahkah...
Kahkahkah... Kahkahkah... Kahkahkah... Kahkahkah...

901: Terkini dari Ptg Pauh (Updated)

Posted: 09 Jan 2012 07:30 AM PST

 Ribuan orang ramai membanjiri majlis kesyukuran keatas pembebasan DSAI di tapak ekspo Sbg Jaya, Ptg Pauh...

Tanpa mengira latar belakang agama dan bangsa, mereka berasak-asak tanda sokongan padu terhadap Anwar dan Pakatan Rakyat khususnya...

Dari lensa Azmin Ali... 2217hrs


Dari lensa Zuraida... 2238hrs

Sumber: Twitter Rafizi and Saifuddin

Anwar berjalan tak tengok belakang dah...

Posted: 09 Jan 2012 05:50 AM PST

Anwar tetap jadi PM walaupun dipenjara


KUALA LUMPUR- Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa beliau tetap akan menjadi Perdana Menteri biar pun dipenjarakan atas tuduhan meliwat oleh Mahkamah Tinggi pada Isnin ini.

Dalam wawancara dengan portal berita Malaysiakini, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu berkata, pembangkang akan melantik seorang 'Perdana Menteri sementara' jika mereka berjaya membentuk kerajaan ketika beliau menjalani hukuman nanti.

Malah, beliau juga tidak menjangka dipenjarakan begitu lama walaupun hukuman bagi dakwaan mengikut Seksyen 377 (B) Kanun Keseksaan itu memperuntukkan pemenjaraan sehingga 20 tahun.

''Kita ada bincang perkara ini dengan pemimpin pakatan (sekiranya dipenjarakan). Tapi adakah itu masalah sebenar? Tidak. Sebab jika kita menang, akan ada seorang PM sementara.

"Tentulah saya mahu sebaik kita menang, saya tidak akan dipenjara untuk begitu lama," katanya dalam wawancara tersebut.

Beliau mengambil contoh tindakan yang dilakukan Parti AK di Turki, apabila parti tersebut memenangi pilihan raya pada 2002 ketika pemimpin parti mereka, Recep Tayyip Erdogan dipenjarakan.

Pada masa itu jawatan Perdana Menteri sementara disandang oleh Abdullah Gul dan beliau berjaya melaksanakan pindaan undang-undang untuk membenarkan Erdogan kembali menyertai politik dan mengambil alih jawatan sebagai perdana menteri.

Sementara itu ketika menyampaikan ceramah di Machang, malam tadi, Anwar melahirkan keyakinan akan dibebaskan daripada penjara jika pakatan pembangkang berjaya membentuk kerajaan baru pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Sehubungan itu, Ketua Pembangkang tersebut mahu jentera pakatan rakyat bergerak habis-habisan bagi memastikan mereka memenangi setiap kerusi yang ditandingi supaya dapat membentuk kerajaan dan seterusnya membebaskan beliau daripada penjara.

Dakwa beliau, tuduhan liwat yang dikenakan ke atasnya adalah tuduhan politik dan ia boleh diselesaikan melalui tindakan politik oleh pakatan pembangkang selepas mereka berjaya membentuk kerajaan.

"Hukuman kita pun politik, jadi dalam pilihan raya pastikan setiap kerusi yang dipertandingkan di Kelantan dan kawasan-kawasan yang kita bertanding baik Pas, PKR mahu pun DAP, kita pastikan kita menang,'' katanya.

Menurut Anwar, beliau percaya dengan kesetiaan rakan-rakan dalam pakatan pembangkang terhadapnya.

Sehubungan itu katanya, kemenangan pakatan pembangkang pada pilihan raya umum akan datang adalah lebih utama berbanding keputusan kes liwatnya.

-Utusan

Rosmah Mansor dah melampau sangat... kahkahkah...

Posted: 09 Jan 2012 03:55 AM PST

Rosmah Mansor Sudah Melampau Sangat !

Rosmah Mansor, isteri kesayangan PM Najib memang terkenal sebagai wanita yang boroi dan sangat boros.Aku tidak marah Rosmah Mansor beli cincin berharga RM24.5 Juta.


Aku juga tidak marah Rosmah Mansor bila orang heboh cerita pasal dia beli beg Hermès Himalaya Crocodile Birkin RM300,000.00.


Atau bila orang ramai heboh memperkatakan perihal Rosmah Mansor beli beg tangan Jenama Birkin Berharga RM636,100...

Begitu juga, bila orang kampung heboh bersoksek tentang Rosmah Mansor beli gelang tangan berharga RM 1.65 juta

Tetapi aku sangat marah dan sungguh marah tak terhingga, bila Rosmah Mansor sudah melampau sangat dengan perangai borosnya ...

Patutla Hassan Ali meluat sangat kat Anwar... kahkahkah...

Posted: 09 Jan 2012 01:30 AM PST

Shuhaimi : Hassan Ali Naik Atas Bantuan Anwar

SHAH ALAM, 7 JAN : Datuk Dr Hasan Ali diingatkan supaya sedar bahawa kejayaan yang dimilkinya hari ini adalah atas bantuan dan ihsan Datuk Seri Anwar Ibrahim sehingga melayakkan beliau memenangi pilihan raya ke-12 sekaligus menduduki jawatan Exco Selangor.

Ketua Penerangan KEADILAN Selangor, Shuhaimi Shafiei berkata Hasan dilihat seolah-olah terperangkap dengan hujah 'counter-intelligence' UMNO bahawa kes mahkamah Anwar adalah isu yang bersifat peribadi.

"Isu ini adalah isu nasional. Buktinya adalah perjuangan beliau (Anwar) dan rakan-rakan semuanya berlandaskan kepentingan rakyat. Polisi Pakatan Rakyat dimodelkan atas premis primer ini dan kini Rakyat dapat merasakan hasil titik peluh mereka sendiri walau dinafikan oleh UMNO selama ini.

Sedangkan UMNO dan PDRM (Polis DiRaja Malaysia) sendiri menyatakan bahawa ini melibatkan keselamatan persekutuan! Bagaimana Hasan boleh mengatakan ia bersifat peribadi?" soal beliau.

Shuhaimi berkata demikian menerusi satu surat terbuka bagi mengulas kenyataan Hasan yang bertegas untuk tidak menyertai Perhimpunan 901:Bebaskan Anwar pada 9 Januari ini.

Justeru, beliau menyeru Hasan supaya segera memuhasabah diri selain tidak bertindak melulu dalam membuat kenyataan mahupun keputusan terutama melibatkan kredibiliti Pakatan.

"Saya menyeru agar Datuk Hasan jangan terlalu mengikut perasaan. Jangan kita merajuk sampai terlupa kita sebenarnya membakar rumah kita sendiri. Masih ada ruang 'untuk berjiwa besar' dengan menoleh sejenak ke belakang.

"Apakah langkah Datuk sederap dengan pimpinan, atau ia semakin sumbang? Datuk lebih mengerti dengan maksud 'kura kura dalam perahu'," ujar Shuhaimi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sri Muda.

Kelmarin, Hasan menggesa orang ramai supaya mengikut jejaknya untuk tidak hadir di perhimpunan tersebut kerana menganggap kes Anwar sebagai isu peribadi yang bukan melibatkan kepentingan negara.

Perhimpunan itu dianjurkan oleh PKR dan akan dihadiri oleh pemimpin dan penyokong Pakatan sebagai menunjukkan sokongan kepada Anwar apabila Mahkamah memberi keputusan pada tuduhannya meliwat bekas pembantunya Saiful Bukhari Azlan.- TVS

Najib menyorok tang mana la nih... kahkahkah...

Posted: 09 Jan 2012 12:00 AM PST

Di manakah agaknya Perdana Menteri DS Najib Razak berada sekarang?

Blog SiSI Bukit

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, 7 Januari 2011,Sabtu, berlepas ke Afrika Selatan bagi mengadakan lawatan kerja selama dua hari atas jemputan Presiden Afrika Selatan, Jacob Zuma yang juga Presiden Parti Kongres Kebangsaan Afrika (ANC).

Beliau yang diiringi isteri DS Rosmah Mansor berlepas dari Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini pada pukul 3 petang.

Pada bulan lalu, Najib telah pergi China, Indonesia, Australia, Arab Saudi, dan kemudian kembali ke Arab Saudi lagi; dan kini beliau pergi ke Hawai!

Seperti biasa dalam semua perjalanan ini Najib tidak mencapai sebarang matlamat selain daripada membazir wang awam dan wang rakyat.Peneman setia beliau dan yang terus menjadi bebanan pembayar cukai, ialah isteri beliau yang juga popular dengan panggilan "Datin Maimun", Rosmah Mansor.

Lawatan Najib ke Arab adalah yang paling tidak berbaloi dan membazir dalam keadaan ekonomi kita yang makin teruk ini. Lawatan Najib ke Arab Saudi yang pertama adalah untuk upacara pengebumian Putera Mahkota Arab.

Beliau sebenarnya boleh menghantar orang lain supaya kos perjalanan lebih murah untuk menghadiri pengebumian tokoh Timur Tengah itu.Cukup sekadar Menteri Luar atau untuk lebih jimat Timbalan Menteri Luar.

Begitu juga lawatan ke Afrika Selatan sekadar untuk meraikan ulangtahun parti pemerintah ANC,cukup untuk menghantar Anifah Aman ,Menteri Luar.Tapi apabila Datin bercakap..Najib agak lemah longlai.

Sementara itu, rakyat Malaysia merintih dengan beban inflasi 5 hingga 8% untuk makanan, disebabkan oleh dasar tidak cekap yang dilaksanakan Najib.

Seperti kelaziman Najib dan Rosmah Mansor enjoy dan holiday ,menghabiskan sisa masa menjadi Perdana Menteri.Duit rakyat juga yang melayang....!

Keluarga Anwar bin Ibrahim...

Posted: 08 Jan 2012 10:30 PM PST

Anwar vs Najib... haha...

Posted: 08 Jan 2012 08:00 PM PST

Anwar vs Najib: Siapa lebih bijak dalam tadbir urus hutang kerajaan?

William Leong Jee Keen
Defisit fiskal yang berlarutan serta hutang kerajaan yang tinggi telah mencorakkan pentadbiran Kerajaan Barisan Nasional (BN) sejak beberapa dekad yang lalu. Akaun fiskal Kerajaan Persekutuan di bawah pentadbiran UMNO-BN telah mencatatkan defisit selama ini kecuali bagi suatu tempoh singkat dari tahun 1993 hingga 1997 apabila lebihan fiskal direkodkan di bawah pemantauan Anwar Ibrahim sebagai Menteri Kewangan.

Laporan Ketua Audit Negara 2010 mendedahkan lagi pemborosan perbelanjaan oleh jabatan-jabatan kerajaan serta kelemahan tadbir urus yang menjadi punca kepada masalah defisit dan hutang yang termaktub dalam pentadbiran Kerajaan UMNO-BN. Penemuan kajian yang disampaikan dalam laporan ini mengenai peningkatan hutang awam yang membimbangkan turut menggambarkan kepentingan isu tersebut. Perhatian yang sewajarnya hendaklah diberikan ke atas pengurusan hutang oleh Kerajaan UMNO-BN yang meragukan.

Defisit fiskal tidak semestinya buruk. Walau bagaimanapun, kewujudan defisit fiskal yang berterusan semasa ekonomi berkembang menggambarkan kelemahan serius dari segi disiplin fiskal. Perkembangan seumpama melemahkan kedudukan kerajaan untuk memenuhi obligasi hutangnya pada masa akan datang, terutamanya dalam suasana kemelesetan ekonomi. Dengan kata lain, generasi masa depan kita terpaksa menanggung beban hutang awam yang semakin berat.

Perangkaan sebuah Belanjawan Negara amat bergantung kepada unjuran pertumbuhan ekonomi negara bagi tahun yang akan datang, iaitu nilai nominal Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK). Pertumbuhan kukuh akan disertai KDNK dan hasil yang lebih tinggi. Pertumbuhan kukuh juga akan menghasilkan nilai anggaran defisit belanjawan dan hutang awam yang lebih rendah.

Apabila pertumbuhan ekonomi merosot, nilai cukai serta hasil lain yang dikutip adalah lebih kecil daripada jangkaan. Dengan itu, nilai nominal KDNK adalah lebih rendah. Ini akan membawa kepada defisit belanjawan serta hutang awam yang lebih tinggi.

Ekonomi dunia semakin merudum pada masa kini. Sebagai salah satu daripada ekonomi yang paling terbuka di rantau ini yang amat bergantung kepada perdagangan antarabangsa, kadar pertumbuhan ekonomi Malaysia dijangka menurun berdasarkan pelbagai unjuran yang telah dibuat. Walau bagaimanapun, Perdana Menteri Najib Razak (gambar kanan) meramalkan pertumbuhan 5.0 hingga 6.0% dan defisit sebanyak 4.7% bagi tahun 2012 dalam Belanjawan Negara bernilai RM232.833 bilion yang dibentangkan pada 7 Oktober 2011.

Kebanyakan firma penyelidikan telah menurunkan unjuran pertumbuhan bagi Malaysia walaupun cadangan-cadangan dalam Belanjawan Negara 2012 lebih bersifat optimis. Dengan itu, cadangan-cadangan tersebut disifatkan oleh pengkritik sebagai program pilihan raya yang direka khas untuk Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU Ke-13) yang bakal dijalankan dalam masa yang terdekat.

Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) telah menurunkan kadar pertumbuhan tahunan KDNK bagi tahun 2011 kepada 4.6%. Bagi tahun 2012, MIER telah menyemak semula ramalan pertumbuhan KDNK kepada 5.0% Menurut RHB Research Institute, pertumbuhan ekonomi Malaysia bakal merudum kepada 3.6% pada tahun depan daripada 4.3% yang diunjur bagi tahun ini disebabkan risiko kemelesetan global double-dip yang semakin tinggi.

Memandangkan unjuran yang dibuat dan cabaran yang bakal dihadapi, kadar defisit akan menjadi lebih tinggi. Jika kita tergelincir ke dalam kemelesetan, kita akan berhadapan dengan kadar defisit dan hutang awam yang tidak pernah dilihat. Ketika ia berlaku, Kerajaan akan hilang keupayaan untuk menyelesaikan obligasi hutang, dan kita terpaksa menerima realiti bahawa kita adalah jauh lebih miskin daripada dahulu.

Menurut Laporan Ketua Audit Negara 2010 yang dikeluarkan pada 24 Oktober 2011, hutang awam Malaysia meningkat sebanyak 12.3% atau RM44.72 bilion kepada RM407.11 bilion tahun lepas berbanding RM362.39 bilion pada tahun 2009. Ketua Audit Negara berkata dalam laporan bahawa hutang kerajaan adalah 53.1% daripada KDNK, iaitu sedikit lebih rendah daripada 53.3% yang dicatatkan tahun lepas. 2010 merupakan tahun kedua berturut-turut yang mana nisbah hutang Kerajaan Persekutuan kepada KDNK melepasi paras 50%.

Dengan merujuk kepada carta yang dipaparkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2010, hutang awam daripada sumber domestik meningkat sebanyak RM41.76 bilion kepada RM390.36 bilion manakala hutang luar negara meningkat sebanyak RM2.96 bilion kepada RM16.75 bilion.

Dalam konteks ini, kami ingin menekankan bahawa disiplin fiskal serta pengurusan hutang yang berhemat oleh kerajaan perlu diambil serius sebagai elemen-elemen tadbir urus baik yang paling asas.

Carta defisit Kerajaan Persekutuan berikut yang disusun oleh Kajian Politik Untuk Perubahan (KPRU), sebuah institut penyelidikan dan badan pemikir, menunjukkan kecacatan disiplin fiskal yang serius dalam pentadbiran Kerajaan Persekutuan di bawah pemantauan Mahathir Mohamad (1998-1999, 2001-2003) Daim Zainuddin (1999-2001), Abdullah Badawi (2003-2008) dan Najib (2008-kini) sebagai Menteri Kewangan.

Perlu diambil perhatian bahawa negara ini telah mengalami defisit selama 14 tahun berturut-turut, dan ia akan diteruskan pada tahun 2012. Trend ini bermula pada tahun 1998 selepas krisis kewangan Asia, serentak dengan pemecatan Anwar yang merupakan Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri pada masa itu.

Malah, sejak Anwar dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri pada tahun 1993, Belanjawan Negara telah mencatatkan lebihan setiap tahun berturut-turut sehingga pemecatan beliau. Selepas dilantik Menteri Kewangan pada tahun 1991, Anwar telah memulihkan defisit belanjawan kepada lebihan dalam tempoh dua tahun, walaupun kedudukan kewangan negara telah mencatatkan defisit berterusan selama lebih daripada 20 tahun sebelum pelantikan beliau.

Lebihan berjaya direkodkan dalam tempoh yang singkat dari tahun 1993 sehingga 1997, yang mana kadar lebihan adalah 0.2% pada tahun 1993, 2.3% pada tahun 1994, 0.8% pada tahun 1995, 0.7% pada tahun 1996 dan 2.4% pada tahun 1997. Sebaliknya, Kerajaan di bawah pimpinan Najib telah ditadbir dengan defisit belanjawan disertakan hutang Kerajaan Persekutuan yang kian meningkat.

Jika angka-angka tersebut dilihat secara mendalam, jelas bahawa prestasi Anwar sebagai Menteri Kewangan adalah mengagumkan. Jumlah hutang Kerajaan Persekutuan sebenarnya berjaya dikurangkan dari tahun 1992 sehingga tahun 1996 selepas peningkatan berterusan selama lebih daripada 20 tahun. Paras hutang Kerajaan Persekutuan juga dapat dikekalkan di antara RM89 bilion dan RM100 bilion dari 1991 hingga 1997.

Dalam era Anwar (gambar kiri), selain peningkatan hutang Kerajaan Persekutuan sebanyak 4.6% pada dalam tahun pertama beliau sebagai Menteri Kewangan, serta lonjakan sebanyak 0.3% dan 14.7% pada tahun 1997 dan 1998 masing-masing apabila negara dilanda krisis ekonomi, paras hutang telah menurun dengan kadar yang stabil sebanyak 1 hingga 3% setiap tahun. Sebaliknya, jumlah hutang Kerajaan Persekutuan telah meningkat secara pesat pada kadar lebih daripada 10% setiap tahun sejak Najib mengambil alih jawatan Menteri Kewangan pada tahun 2008.

Untuk memburukkan lagi keadaan, Kerajaan Najib mempunyai kecenderungan untuk seringkali meluluskan belanjawan tambahan yang berunsur boros tanpa alasan yang sah. Prinsip asas pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan Tambahan adalah apabila perbelanjaan yang tidak dijangka terpaksa dibuat terutamanya ketika sesebuah negara dilanda krisis seperti bencana alam atau krisis nuklear.

Selepas dilontar kritikan atas perbelanjaan berlebihan dan defisit belanjawan yang berterusan, Kerajaan UMNO-BN telah memanipulasikan belanjawan tambahan sebagai alat politik bagi menyembunyikan angka-angka defisit dan hutang yang semakin meningkat semasa pengumuman belanjawan Negara dan bukan menggunakannya untuk mengatasi masalah perbelanjaan di luar jangkaan.

Sebagai contoh, dalam RUU Perbekalan Tambahan (2011) 2011 yang dibentangkan pada Jun 2011, pentadbiran Najib didapati memanipulasikan peruntukan RM1 bilion untuk emolumen Kementerian Kewangan sedangkan emolument tidak sepatutnya diklasifikasikan sebagai perbelanjaan di luar jangkaan. Ini merupakan salah satu punca utama ramalan awal angka defisit yang diumumkan semasa sesi pembentangan belanjawan tahunan adalah lebih rendah daripada angka defisit sebenar.

Jadual yang disusun oleh KPRU menunjuk bahawa Kerajaan BN telah membentangkan dua RUU perbekalan tambahan selain Belanjawan Negara 2009, dua lagi RUU Perbekalan Tambahan selain Belanjawan Negara 2010 dan setakat ini, satu RUU Perbekalan Tambahan selain Belanjawan Negara 2011. Walaupun Belanjawan Negara 2012 baru sahaja dibentangkan, rekod yang lepas membuktikan Kerajaan BN boleh membentangkan satu lagi RUU Perbekalan Tambahan dalam sesi parlimen akan datang atau pada tahun 2012.

Pada 7 Oktober 2011, dalam acara politik yang paling penting demi kelangsungan hidup Najib dan UMNO-BN, beliau memberikan prognosis positif terhadap ekonomi Malaysia dengan mendakwa secara bangganya kadar pertumbuhan 5.0 hingga 5.5% bagi tahun 2011 dan mengunjurkan kadar pertumbuhan 5.0 hingga 6.0% bagi tahun 2012 yang sebenarnya tidak realistik. Selain itu, beliau juga meramalkan pengurangan defisit Kerajaan Persekutuan (ms6) kepada 4.7% daripada KDNK bagi tahun 2012, berbanding 5.4% pada tahun 2011.

Sebaliknya, beliau tidak berani mengumumkan angka hutang negara, hutang luar, atau jumlah hutang Kerajaan Persekutuan dalam ucapan belanjawannya. Malah, kali terakhir isu tersebut disentuh semasa ucapan belanjawan adalah pada dua tahun yang lalu (2009) apabila Najib (ms 36) mengakui bahawa paras hutang negara adalah semakin tinggi. Tahun 2009 juga merupakan tahun di mana jumlah hutang Kerajaan Persekutuan mencatat peningkatan ketara kepada 53.3% KDNK daripada 41.3% pada tahun sebelumnya. Sejak itu, nisbah hutang Kerajaan Persekutuan (ms145) kepada KDNK masih kekal pada paras sekitar 53% hingga 54%, dengan angka 2011 diunjurkan pada 53.8%.

Menurut laporan terkini Bank Negara Malaysia, setakat 30 Jun 2011, hutang Kerajaan Persekutuan adalah RM437 bilion, yang mana RM421 bilion merupakan hutang dalam negeri dan RM16 bilion merupakan hutang luar negara.

Menurut Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan 2010 yang disediakan oleh Akauntan Negara Malaysia, jumlah hutang Kerajaan Persekutuan meningkat sebanyak 12 peratus kepada RM407.101 bilion berbanding RM362.386 bilion pada tahun 2009. Pinjaman telah meningkat sebanyak RM45.062 bilion atau 13% kepada RM399.711 bilion daripada RM354.649 bilion pada tahun 2009.

Mengulas mengenai angka-angka hutang tersebut, Anwar yang kini merupakan Ketua Pembangkang memberi amaran bahawa Malaysia bakal melebihi had hutang awam disebabkan kegagalan Kerajaan Persekutuan untuk memulihkan semula ekonomi negara yang lemah. Berdasarkan Akta Pinjaman (Tempatan) 1959 (Pindaan 2004) dan Akta Pelaburan Kerajaan 1983, gabungan pinjaman tempatan tidak boleh melewati kadar 55% dari KDNK Negara. Di samping itu, pinjaman luar negeri dihadkan pada RM35,000 juta pada sesuatu masa berdasarkan Akta Pinjaman Luar Negeri 1963 (Pindaan).

Melihat keadaan ini dari perspektif yang lain, kita beralih kepada karya Carmen Reinhart dan Ken Rogoff bertajuk "This Time Is Different: Eight Centuries of Financial Folly". Mereka telah mengkaji faktor-faktor di sebalik 29 kes kegagalan membayar yang lalu dan mendapati bahawa kegagalan membayar dan penstrukturan semula berlaku secara puratanya apabila hutang luar negeri telah mencecah 73% daripada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Berdasarkan carta yang disusun oleh KPRU, jumlah hutang Kerajaan Persekutuan adalah RM99.073 bilion pada tahun 1991, semasa Anwar baru dilantik Menteri Kewangan. Ia susut sehingga RM97.005 bilion pada tahun 1992, RM95.898 bilion pada tahun 1993, RM93.078 bilion pada tahun 1994, RM91.369 bilion pada tahun 1995, dan RM89.681 bilion pada tahun 1996, sebelum ia meningkat secara minimal sehingga RM89.920 bilion pada tahun 1997, dan secara lebih ketara sehingga RM103.121 bilion pada tahun 1998.

Jumlah hutang Kerajaan Persekutuan adalah RM306.437 bilion pada tahun 2008 apabila Najib mengambil alih sebagai Menteri Kewangan. Ia meningkat sehingga RM362.387 bilion pada tahun 2009 dan RM407.101 bilion pada tahun 2010. Ia dijangka mencecah RM455.745 bilion pada tahun 2011. Menurut laporan terkini oleh Bank Negara Malaysia, sehingga 30 Jun 2011, hutang Kerajaan Persekutuan telah mencecah RM437 bilion.

Berdasarkan maklumat yang dikumpul oleh KPRU, pengurusan paras hutang yang mantap oleh Anwar dikaitkan dengan pengurusan hutang dalam negeri yang cekap. Anwar mampu mengekalkan paras hutang dalam negeri di bawah RM80 bilion sehingga tahun 1997 sebelum ia mencecah RM88.197 bilion pada tahun 1998.

Dengan membandingkan angka tahun 1998 dengan angka tahun 1991, hutang dalam negeri didapati meningkat sebanyak RM14.542 bilion atau 19.7% secara keseluruhan dalam tempoh tujuh tahun tersebut, yang mana peningkatan yang paling besar dicatatkan pada tahun 1998. Dalam tempoh singkat selama tiga tahun dari 2008 hingga 2011, hutang dalam negeri telah meningkat sebanyak RM152.346 bilion atau 53.2%. Ini menunjukkan paras hutang dalam negeri telah meningkat secara mendadak sejak Najib memegang jawatan Menteri Kewangan.

Malah, pengurusan hutang Najib boleh dikatakan lebih buruk daripada pendahulunya, Abdullah Badawi. Berdasarkan carta di atas yang disusun oleh KPRU, jumlah hutang Kerajaan Persekutuan meningkat sebanyak 5.6% pada tahun 2005 dan 5.9% pada tahun 2006. Peningkatan tersebut adalah yang paling kecil sejak peningkatan 8.7% dicatatkan pada tahun 1999.

Berdasarkan carta di atas yang disusun oleh KPRU, tempoh yang mana Anwar menerajui perbendaharaan negara juga menyaksikan penurunan nisbah hutang Kerajaan Persekutuan kepada KDNK yang luar biasa, iaitu daripada 73.3% pada tahun 1991 kepada 31.9% pada tahun 1997. Sebaliknya, pemegangan pejabat perbendaharaan oleh Najib ditandai peningkatan nisbah hutang Kerajaan Persekutuan kepada KDNK sebanyak lebih daripada 10% dari 2008 hingga 2009.

Statistik menunjukkan bahawa Anwar merupakan seorang pengurus ekonomi yang lebih cekap dan berhemah berbanding Najib. Najib boleh berulang kali menyalahkan kelemahan ekonomi dunia, tetapi perbelanjaan boros bagi tujuan yang bukan-bukan serta tadbir urus yang berpandukan rasuah adalah punca-punca paras hutang negara kita yang tinggi lagi berterusan.

Berapa banyak wang rakyat telah hilang kerana rasuah? Berapa banyak wang rakyat telah dijadikan subsidi kepada syarikat gergasi? Berapa yang telah disalahgunakan untuk membayar "komisen" bagi urus niaga kerajaan yang bernilai berjuta-juta atau berbilion-bilion ringgit? Kita tidak tahu angka sebenar. Yang kita tahu, ia adalah satu angka yang amat mengejutkan.

"Hak" sebuah kerajaan korup untuk memaksa generasi akan datang membayar balik pemiutang asing, sama ada dari segi moral atau undang-undang, wajar dipersoalkan. Ini adalah permulaan, bukan penghujung, rentetan krisis yang bakal menjejaskan kehidupan dan meretakkan masyarakat kita. Sudah tiba masanya kerajaan mengamalkan tadbir urus yang baik dengan melaksanakan pengurusan hutang yang berkesan agar masa depan negara terjamin.

*Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) merupakan sebuah pusat kajian yang baru dan kritikal. KPRU ditubuhkan pada era pasca 8 Mac dengan tujuan membawa idea perubahan kepada warga Malaysia melalui kajian dan sesi dialog.

KPRU memberikan fokus kepada kajian terhadap bidang ekonomi politik dan sektor strategik yang dapat membawa impak jangka masa panjang kepada masyarakat. Dengan penerapan idea baru dan interaksi dengan pelbagai pihak berkepentingan, kajian KPRU diyakini akan membawa pemikiran dan wacana segar untuk menghadapi cabaran negara dalam dekad yang akan datang.

**William Leong Jee Keen ialah ahli parlimen Selayang, merangkap Bendahari Agung PKR.

Hassan Ali ada ajak Nasharudin sekali ka... kahkahkah...

Posted: 08 Jan 2012 07:00 PM PST

Pertikai Anwar PM, Nasharudin Patut Dipecat Juga

PENULIS tidak mahu bincang banyak soal pemecatan Datuk Dr. Hasan Ali kerana tindakan pemecatan itu sepatutnya sudah dibuat lama dahulu, bukan selepas satu demi satu 'kemungkaran' yang dilakukannya sehingga membebankan PAS dan Pakatan Rakyat.

Tapi bak kata pepatah lama, "Better Late Than Never".

Masalahnya, terbaru ini penulis dimaklumkan bahawa bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa pula sebentar tadi muncul di TV3 mempertikaikan kelayakan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat menang dalam pilihanraya umum akan datang.

Tidak setakat itu Nasharudin juga mempersoalkan usaha mengadakan himpunan rakyat untuk membebaskan Anwar esok (Gerakan 901). Alasan Nasharudin ialah meletakkan kewibawaan dan kedaulatan mahkamah di tempat yang sewajarnya.

Jika semua perasan, ulasan Nasharudin ini senada dengan Hasan Ali beberapa hari yang lepas cuma yang berbeza, Hasan Ali menjadikan soal moral Anwar dan jadual peperiksaan yang sedang berlangsung di hampir kesemua Universiti tempatan sebagai alasan utama

Begitu juga dengan medium yang dipilih untuk menyatakan pendirian, TV3 (tidak perlu diulas panjang).

Kebetulan, Nasharudin adalah antara 2 pemimpin PAS selain Hasan Ali (kini bekas pemimpin) yang sama terlibat dengan 'pemberontakan' yang berlaku dalam PAS tempoh hari, gara-gara tidak akan dicalonkan dalam pilihanraya akan datang.

Soalnya, baru sahaja Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang mengeluarkan kenyataan PAS akan menyokong Anwar sebagai Perdana Menteri. Tidak berapa lama sebelum itu, DAP juga menyatakan pendirian yang sama.

Kenapa Nasharudin pula memilih pendirian berbeza, melainkan dia juga mahu mengikut jejak Hasan Ali?

Penulis boleh menerima kenyataan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustapha Ali yang mempertikaikan soal perlantikan Perdana Menteri interim bagi menggalas tugas sebagai Perdana Menteri sementara menunggu beliau dibebaskan dari penjara.

Tapi tidak sama dengan kenyataan Nasharudin kerana persetujuan untuk memilih Anwar sebagai Perdana Menteri Pakatan Rakyat itu bukan perkara baru malah sudah lama diperkatakan, terutama sejak pembentukan Pakatan Rakyat pada April 2008.

Penulis harap, PAS tidak lagi mengulangi kesilapan sama mengendalikan masalah Hasan Ali dalam hal berkaitan Nasharudin Mat Isa ini juga.

Kelihatan pada mata penulis, media-media pro UMNO sedang mula mendekati Nasharudin setelah Hasan Ali 'hilang nilai' apabila dipecat dari PAS.- SPR

Bukan pasai Anwar laa...

Posted: 08 Jan 2012 05:30 PM PST

Dalam Umno Tu Yang Ramai Peliwat Dan Penzina

Keputusan DSAI samada ke penjara atau dibebaskan akan diketahui 9hb. Januari ini. Namun begitu, sekiranya beliau di penjarakan, perjuangan tetap diteruskan. Kita berjuang bukan semata-mata kerana DSAI tetapi demi untuk agama, bangsa dan negara dari kezaliman UMNO/BN.

Dalam suasana hiruk pikuk UMNO mendakwa DSAI ini seorang peliwat, perlu kita tanya kepada mereka, sepanjang enam tahun beliau ditahan di dalam penjara dengan percuma tanpa sebarang bukti kesalahan yang dilakukanya, berapa ramaikah banduan yang telah beliau liwat? Enam tahun beliau dipenjara dengan penuh kezaliman tanpa melakukan kesalahan tersebut yang hanya merupakan fitnah dari puak UMNO, siapakah yang akan menanggung dosa-dosa tersebut kelak? Beliau dipisahkan dari keluarga tercinta, dari sahabat handai semata-mata kerana atas nafsu iblis puak UMNO laknatullah itu. Kini, jika beliau dipenjara lagi tanpa kesalahan yang dilakukan, apakah kita perlu lihat dan sekadar berceramah dan bercakap dalam akhbar sahaja? Tidak perlu lagi kita bertolak ansur dengan puak UMNO ini, lakukan solat hajat selama empat puluh malam secara berjemaah diseluruh negeri dan mohon Allah hancurkan UMNO dan orang-orang yang zalim (sebut UMNO dan orang-orang yang terlibat melakukan dan bersubahat dengan fitnah ini termasuk fitnah video seks itu dalam doa solat hajat tersebut), tidak ada bahasa kiasan lagi.

Beliau kerap kali dijemput ke luar negara untuk menyampaikan ceramah, jika beliau ingin melakukan perbuatan terkutuk itu, sudah tentu beliau lebih selesa melakukanya di luar negara apatah lagi di sana terkenal dengan ramainya "gay" atau peliwat. Mengapa perlu beliau melakukanya di dalam negara sendiri yang mana di sini beliau mencari rezeki, punya keluarga dan sahabat-sahabatnya disini?

Tahukah kita semua bahawa peliwat, penzina, kaki judi dan peminum arak sebenarnya terlalu ramai dalam UMNO itu? UMNOlah tempat bersarangnya pelaku-pelaku maksiat dan mungkar ini tetapi ditutup kerana mereka dilindungi dari semua sudut. Tidak ada siapa yang berani menangkap atau mendedahkan aktiviti-aktiviti jijik mereka kerana takutkan kehilangan jawatan dan pangkat.

Penulis amat bersetuju dengan pendirian DSAI supaya tidak melakukan sumpah laknat seperti yang diminta oleh puak-puak laknat itu. Ini adalah membuktikan keimanan yang kukuh dalam diri beliau yang hanya merujuk kepada ulama-ulama dalam urusan yang berkaitan dengan hukum agama, bukanya melayan kerenah dan cabaran puak kaki arak, kaki zina dan kaki judi serta perasuah itu. Dalam apa situasi sekali pun maruah agama dan syariat Allah perlu diutamakan walaupun terpaksa menggadai tubuh badan dan nyawa.

Mempertahankan golongan yang dizalimi adalah wajib hukumnya. Ini adalah perintah Allah dan Rasul. Bukan saja suka-suka. Sekiranya ada kalangan dalam UMNO sekalipun yang difitnah sedemikian rupa, kita akan tetap mempertahankan dan membela mereka itu. Ini tuntutan agama bukanya tuntutan parti politik. Tapi yang menjadi masalahnya ialah tiada fitnah terhadap puak UMNO kerana semua kezaliman dan penyelewengan yang mereka lakukan adalah benar belaka.

Dalam Islam, walau apa sekalipun alasan yang diberikan, tanpa saksi yang diizinkan oleh agama dan tanpa bukti yang kuat, semua tuduhan samada liwat atau zina perlu ditolak walaupun perkara itu memang berlaku. Islam bukan agama untuk mengaibkan pesalah tetapi lebih bersifat menutup aib orang lain dan memintanya bertaubat kepada Allah. Menghukum adalah jalan terakhir sekiranya perkara itu sudah tersebar kepada umum dan mempunyai saksi dan bukti yang boleh disabitkan dengan kesalahan itu yang berasaskan syariat Allah dan bukanya berasaskan Perlembagaan Persekutuan atau Perlembagaan UMNO.

Allah yang mencipta alam dan makhluknya dan Allah juga yang mencipta undang-undang dan syariatnya demi untuk menyelamatkan manusia dan memberi keamanan kepada makhluk ciptaanya. Kerana Allah lebih mengetahui apa yang diciptanya dan apa yang perlu untuk menyelesaikan segala masalah yang timbul. Menolak syariat Allah dalam apa juga masalah yang timbul adalah kufur dengan nyata walaupun solat, haji, puasa dan lain-lainya.

Oleh itu, sokongan terhadap terhadap DSAI adalah salah satu dari tuntutan agama. Mempercayai fitnah dan tuduhan terhadap beliau tanpa bukti dan saksi seperti yang ditetapkan oleh Allah dan Rasul adalah kufur dan sesat. Kita akan lihat ramai juga golongan kufur dan sesat pada 9hb. Januari nanti kerana mempercayai fitnah dan tuduhan itu. Mereka inilah sebenarnya golongan penzina, peliwat, perasuah dan kaki judi. Tetapi sifak munafiq mereka yang begitu menebal dalam diri mereka , maka mereka hanya berpura-pura kononya merekalah pejuang keadilan dan mempertahankan kebenaran, dan mereka itulah puak UMNO dan Perkasa serta kuncu-kuncu mereka laknatullah. Untuk selamat dunia dan akhirat, jauhilah golongan ini.

Ingatlahlah, walaupun DSAI mungkin dipenjarakan, tetapi perjuangan kita yang utama ialah untuk memastikan UMNO ditumbang dan dihancurkan pada PRU13 kelak demi untuk agama, bangsa dan negara. Tidak ada tolakansur dan simpati dengan UMNO. Jika arak adalah ibu kepada segala kejahatan, UMNO dan Mahathir pula adalah ibu segala kezaliman, kemusnahan dan penipuan. Wallahualam.

Najib dah berselerak lari pi Afrika... kahkahkah...

Posted: 08 Jan 2012 04:00 PM PST

NAJIB KE LUAR NEGARA!!!! Adakah petanda Anwar akan dihukum penjara?

Dalam sibuk seluruh negara tertumpu ke arah keputusan paling besar dalam sejarah negara tahun baru 2012 ini berkenaan kes fitnah liwat Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim, rupanya Perdana Najib sudah cabut lari nun jauh ke bumi Afrika!

Mengulangi sejarah mentor politiknya, Mahathir Mohamad yang culas ke China semasa tragedi berdarah Memali pada 1985, Najib juga dilihat mengambil pendekatan selamat untuk mengelak dari dilibatkan dengan keputusan mahkamah yang dilihat sudah boleh dijangka, dan paling penting siapa dalang di sebalik keputusannya!

Muslihat Najib sudah lama diduga dek kerana apabila sudah berada di Afrika Selatan, kira-kira 12 ribu kilometer dari tanah air, dia dilihat kununnya tidak cuba mempengaruhi keputusan mahkamah yang jelas sekali berat sebelah dan prejudis!

Rosmah Mansor yang mengikuti isterinya juga dilihat tidak mahu dikaitkan dengan keputusan mahkamah dan membiarkan timbalannya, Muhyiddin Yassin terkontang-kanting menjawab apa saja keputusan yang bakal diputuskan oleh mahkamah Isnin ini.

Musa Hitam juga tidak terlepas dari serangan bertali arus media semasa ketiadaan Mahathir dulu walaupun dia Menteri Dalam Negeri yang bertanggungjawab sepenuhnya terhadap tindakan menyerang Memali di Mukim Siong, Baling, Kedah lama dahulu.

Apa pentingnya menghadiri sambutan ulang tahun ke-100 Kongres Kebangsaan Afrika (ANC) di Johannesburg yang tidaklah begitu penting sebenarnya selain dari mengahbiskan duit rakyat semata-mata!

Alasan hubungan baik yang terjalin semasa Mahathir menjadi Perdana Menteri dulu tidak boleh dijadikan alasan kerana syarikat penerbangan kebangsaan, Malaysia Airlines (MAS) sudah pun menghentikan perkhidmatannya ke Johannesburg dan Cape Town atas alasan kekurangan penumpang selain mengurangkan hutang menimbun yang dialami MAS!

Penganalisis politik berpendapat, tindakan Najib ini lebih didorong oleh rasa takutnya akan apa saja persepsi rakyat yang akan memerhatikan setiap tindak tanduk keputusan mahkamah yang bakal dibuat Zabidin Mohd Diah.

Malahan Najib kini terdesak untuk meraih sokongan rakyat disebabkan gerakan Bebas Anwar 901 semakin mendapat perhatian dan buktinya lebih 740 laporan polis dibuat pencacai setianya setakat jam 2.40 petang tadi.

Apa yang pasti, Najib , walau berada di mana sekalipun di planet ciptaan Allah SWT ini mesti bertanggungajwab di atas segala keputusannya sama ada penghakiman Zabidin memihak Anwar Ibrahim atau pun tidak!

AYUH TURUN SEMUA RAKYAT!! ASALKAN BUKAN Umno-APCO!!
JALAN PULANG


*************************************

PM berlepas ke Afrika Selatan hadir sambutan ulang tahun ke-100 ANC

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebentar tadi berlepas ke Afrika Selatan bagi mengadakan lawatan kerja selama dua hari atas jemputan Presiden Afrika Selatan, Jacob Zuma yang juga Presiden Parti Kongres Kebangsaan Afrika (ANC).

Beliau yang diiringi isteri, Datin Seri Rosmah Mansor berlepas dari Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini, pada jam 3 petang.

Turut hadir mengucapkan selamat jalan adalah Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Maglin Dennis D'Cruz dan Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Hassan Malek.

Najib yang pertama kali melawat ke Afrika Selatan adalah antara 46 ketua negara yang akan berhimpun di Bloemfontein, kira-kira lima jam perjalanan dari Johannesburg untuk menyaksikan detik bersejarah sambutan ulang tahun ke-100 parti pemerintah, ANC.

Menurut kenyataan Kementerian Luar, kehadiran Najib pada sambutan ulang tahun itu melambangkan sokongan Malaysia kepada ANC yang berjuang ke arah pembebasan Afrika Selatan daripada dasar aparteid, yang berjaya dicapai pada 1994.

Sepanjang lawatannya, Najib juga dijangka mengadakan perjumpaan dengan Presiden Zuma serta menerima kunjungan Naib Presiden Kenya, Stephen Kalonzo Musyoko dan Ketua Menteri Wilayah Free State, Afrika Selatan, Sekgobelo Elias Magashule.

Menurut kenyataan itu, Malaysia dan Afrika Selatan mempunyai hubungan akrab yang sekian lama terjalin serta bercirikan kerjasama pelbagai bidang.

Afrika Selatan juga adalah rakan dagang terbesar Malaysia di benua Afrika.

- TIEWNAMA

Bangang terhadap Anwar berulang hari ni?

Posted: 08 Jan 2012 03:00 PM PST

Kedangkalan Umno terhadap Anwar berulang 9 Januari ini?

PELBAGAI peristiwa 'pelik' berlaku dalam perjalanan perbicaraan kes liwat membabitkan Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim dengan bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan sejak ia mula dibicarakan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Di awal perbicaraan, pasukan pembelaan yang diketuai Karpal Singh menghadapi kesukaran untuk mendapatkan laporan perubatan dari Hospital Kuala Lumpur hingga menyebabkan beberapa kali perbicaraan terpaksa ditangguhkan.

Namun paling menarik perhatian, dalam perbicaraan pada 17 Februari 2011, saksi pendakwaan yang juga Ketua Jabatan Kimia, Hospital Kuala Lumpur, Dr Seah Lay Hong memberitahu mahkamah bahawa beliau telah menemui satu sampel 'DNA Y' lelaki misteri pada satu bahagian di seluar dalam Saiful.

Pada masa sama, beliau turut mengesahkan, hasil calitan di kawasan dubur Mohd Saiful mempunyai campuran DNA milik Saiful dan lelaki 'Y' serta seorang lelaki misteri.

Ketika menjelaskan sama ada wujud pihak ketiga sebagai penyumbang DNA 'misteri' itu, Dr Lay Hong berkata, jika berdasarkan andaian berkemungkinan akibat tercemar seperti penggunaan mangkuk tandas sama atau barang mandian lain.

Menurutnya, andaian itu diberikan kerana beliau bukan pakar untuk memperjelaskan mengenai keadaan itu.

Dr Lay Hong memberi keterangan berdasarkan laporan hasil ujian DNA beliau ke atas sampel Mohd Saiful ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya, Noorin Badaruddin.

Entah bagaimana tiba-tiba ada pula 'kesan air mani' yang entah datang dari mana agaknya terdapat di dubur dan melekat di seluar dalam Saiful.

Dalam keterangannya sebagai saksi pada 17 Februari, Dr Cheah berkata, sampel DNA sama itu telah ditemui pada empat spesimen yang diambil daripada bahagian anus dan usus besar Saiful.

Dr Seah berkata dua ujian dijalankan ke atas tompokan spesimen B iaitu ujian PSA dan ujian menentukan kehadiran sperma. Tiga ujian dilakukan pada kesan tompokan mani – iaitu ujian asid phosphosate, PSA dan ujian kehadiran sperma.

Dr Seah berkata beliau berjaya mengesan dua tompokan mani di bahagian depan dan juga di bahagian bawah seluar dalam Saiful.

Doktor itu juga menjumpai dua kesan tompokan mani pada seluar hitam yang digunakan oleh Saiful. Tompokan itu dikesan berhampiran kawasan zip depan.

Dr Seah berkata beliau hanya mengetahui lokasi calitan kapas diambil berdasarkan tanda-tanda yang dibuat. Antaranya: Calitan B5 yang ditanda P36 ialah kawasan sekitar peri-anal atau dubur.

Calitan kapas B7 dan B 39 yang ditanda P38 dan P 39, masing-masing adalah sekitar dubur atas manakala calitan B9 yang dilabel sebagai P40 adalah di kawasan sekitar dubur bawah.

Dr Seah menyambung keterangan dan berkata ujian DNA dimulakannya pada 1 Julai 2008. Ujian kedua pula dilakukan pada 2 Julai 2008.

Katanya, analisis DNA itu selesai pada 5 Julai 2008 dan hasilnya beliau mendapati kesan air mani pada calitan kapas bertanda B5, B7, B8 dan B9.

Mahkamah diberitahu semua barangan termasuk permaidani dan selimut disimpan di bilik sejuk Jabatan Kimia.

Seah berkata calitan kapas yang ditandakan sebagai B7 mempunyai DNA dua lelaki yang satu daripadanya sama dengan Saiful manakala satu lagi milik 'Lelaki Y'. Sampel B7 diambil daripada kawasan atas dubur.

"Ada juga ekstrak sperma yang dominan iaitu 'Lelaki Y', ujar Dr Seah dan menambah sampel B5 bukan ekstrak sperma. "Oleh kerana ia adalah calitan pada perianal, ia terdedah di kawasan sekitar dubur," katanya.

Dr Seah berkata ujian DNA pada calitan kapas B5 pula (dari kawasan peri anal) menunjukkan ia milik Saiful dan campuran DNA termasuk Saiful, lelaki Y dan seorang lelaki penyumbang lelaki.

"Tiada profil DNA pada calitan B, B1, B2, B3, B4 dan B6," kata Dr Seah.

Dr Seah pada mulanya mendedahkan, tompokan pertama air mani daripada seluar milik Saiful dalam tersebut menunjukkan ia mengandungi DNA Saiful.

Tompokan kedua air mani itu mempunyai dua DNA, satu miliki Saiful manakala satu lagi miliki seorang lelaki yang tidak dikenali dan dilabelnya sebagai 'lelaki Y'.

Seah berkata berdasarkan ujian yang dijalankannya, kesan tompokan mani di seluar hitam itu adalah milik Saiful sendiri.

Lebih memeranjatkan, dalam perbicaraan yang sama, beberapa pendedahan memeranjatkan berlaku melibatkan borang pro-forma oleh doktor yang mengendalikan kes berkenaan.

Dalam satu keterangannya, Dr Seah memberi makluman dalam borang tersebut Saiful hanya terlibat dalam 'cubaan liwat' dan 'cubaan seks oral'.

Sedangkan, Doktor Hospital Kuala Lumpur Dr Khairul Nizam Hassan sebelum ini memberitahu mahkamah bahawa Saiful mendakwa telah diliwat dan diminta melakukan seks oral.

Bagaimanapun, pasukan yang mewakili Anwar, yang diketuai peguam Karpal Singh berjaya menimbulkan keraguan berhubung kenyataan berkenaan.

Turut hadir di mahkamah dalam perbicaraan 17 Februari ialah wakil daripada Kedutaan Australia dan dua orang pakar daripada negara itu iaitu ahli patologi forensik Dr David Wells dan pakar DNA Dr Brian McDonald.

Dalam perbicaraan tersebut, pihak pendakwa juga gagal membekalkan carta DNA kepada pihak pembelaan kerana tidak mencukupi.

Terdahulu, pada bicara sebelah pagi hari yang sama, tiga bukti baru dikemukakan di hadapan Hakim, Dato' Mohamad Zabidin Mohd Diah, sehelai permaidani pelbagai warna, sehelai selimut tebal dan bulu kemaluan.

Manakala empat bahan bukti sebelum ini turut dibuka melibatkan sehelai seluar panjang hitam, kemeja Ralph Lauren, sehelai kemeja hijau G2000, dua seluar dalam warna biru gelap dan kelabu jenama Levis.

Menerusi perbicaraan itu, Anwar diwakili Peguam Sankara Nair dan Ram Karpal Singh. Hadir sama, Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden dan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Nordin Hassan.

Persoalannya di sini siapa sebenarnya individu terbabit (yang memiliki DNA Y) yang 'mungkin bersama' dengan Saiful dalam masa yang sama meninggalkan kesan mungkin 'selepas bersama'.

Siapakah sebenarnya Saiful dalam kes ini dan apakah kewujudan individu lain dalam kes ini akan nanti membawa interpretasi dan kesan lain dalam perbicaraan.

Namun Dr Cheah sendiri tidak menolak pandangan campuran DNA yang ditemui itu mungkin akibat penggunaan atau perkongsian mangkuk tandas yang sama.

Hingga kini, persoalan kewujudan DNA lelaki Y masih membayangi kes perbicaraan, malah permintaan Anwar untuk memaksa Najib serta Rosmah berdepan di mahkamah menjadi saksi tidak juga dibenarkan.

Kini dalam perbicaraan terakhir, pihak tertentu cuba memesongkan pemikiran rakyat bahawa benar Anwar meliwat Saiful tetapi bukan dengan keadaan seperti yang disebutkan Saiful iaitu secara ganas dan rakus.

Walhal, keterangan Saiful mengesahkan beliau dipaksa, diperlakukan dengan rakus kononnya ketika bersama dengan Anwar. Awal Januari ini bakal menentukan nasib Anwar, sama ada akan didapati bersalah atau sebaliknya. Keadilan yang dikenakan ke atas Anwar seolah-olah 'tersangat berpihak'.

Sementara, permintaan Anwar untuk mengukuhkan hujah pembelaan tidak kesampaian kerana seperti kata Saifuddin Nasution, kes ini telah diskripkan sejak daripada awal lagi.

Segala kedangkalan ini menyelaputi pertuduhan terancang yang dilakukan Umno- BN untuk membunuh karier politik Anwar.

Kita tidak pasti apakah keputusan Mahkamah Tinggi 9 Januari ini, tetapi berdasarkan suasana politik hari ini, tidak mustahil Anwar disumbat ke dalam penjara sekali lagi, untuk menyelamatkan masa depan politik Umno.

Berpengaruh besaq Dr Hassan Ali nih...

Posted: 08 Jan 2012 02:00 PM PST

Ustaz Nasha dan Ibrahim Ali Turut Beri Sokongan

KUALA LUMPUR, 8 Jan - Mantan Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa dan Presiden Perkasa, Dato' Ibrahim Ali adalah diantara tetamu yang hadir memberi sokongan moral kepada Dr Hasan berikutan pemecatan beliau hari ini.

Presiden PAS, Dato' Seri Hadi Awang mengumumkan pemecatan beliau sebagai ahli PAS adalah berdasarkan Fasal 82(9) perlembagaan parti dan berkuatkuasa serta merta.

Hampir 1,000 penyokong beliau membanjiri perkarangan luar rumah sebagai tanda sokongan moral yang tidak berbelah bagi kepada bekas Pesuruhjaya PAS Selangor itu.

Dalam pada itu, Timbalan Mursidul Am Pas, Dato' Dr Haron Din dan bekas ADUN Gombak Setia Ustaz Ismail Kamus dijangka akan turut hadir memberi sokongan moral kepada Dr Hasan Ali.- klpos

Tiada ulasan: