Isnin, 9 Januari 2012

Addin

Addin


Panas!! Azwan Ali Kutuk Saiful Bukhari Di Twitter

Posted: 09 Jan 2012 11:40 AM PST

Addin pada awalnya memang tak mau masukkan posting ni dalam blog Addin memandangkan perkataan yang di gunakan oleh Azawan Ali agak keterlaluan. Namun setelah difikir-fikir, Addin terpaksa erase beberapa perkataan untuk tatapan umum. Di fahamkan ustaz-ustaz pencacai UMNO membantai Azwan Ali ekoran twitter mengutuk Saiful ini. Walaubagaimanapun, ramai yang agak bersetuju dengan kutukan pedas Azwan Ali ini, walaupun ada beberapa perkataan yang digunakan beliau agak sensor.



Sumber : Panas!! Azwan Ali Kutuk Saiful Bukhari Di Twitter


Ini Bukti Anwar Lebih Berpengaruh Daripada Najib Di Mata Dunia

Posted: 09 Jan 2012 08:13 AM PST

Berita pembebasan Anwar Ibrahim siang tadi menjadi tajuk akhbar dan portal seluruh dunia. Hampir kesemua portal berita dan stesen tv antarabangsa membuat liputan tentang berita terhangat hari ini. Tumpuan media antarabangsa terhadap berita pembebasan Anwar berbanding lawatan Najib ke Afrika Selatan membuktikan Anwar lebih berpengaruh daripada Najib.

Memang  agak melucukan apabila hari keputusan kes Anwar di keluarkan, Najib buat lawatan ke luar negara. Perangai Najib seperti mentornya.. Mahathir Kutty. Penerimaan Anwar oleh masyarakat dunia membuktikan Anwar lebih berkarismatik untuk memimpin negara ke landasan yang sebenar selepas PRU 13 nanti. Kita ikuti ulasan berita yang Addin petik dari blog Jalan Pulang..


TERKINI!! Pembebasan Anwar Ibrahim Jadi Tajuk Utama SELURUH DUNIA!! 



Laporan tentang keputusan perbicaraan fitnah liwat tehadap Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim hari ini mendapat liputan meluas di seluruh dunia.

Hampir kesemua akhbar utama di dunia serta stesen televisyen negara asing menjadikan carian Anwar Ibrahim paling popular termasuk di Amerika Syarikat dan negara-negara Eropah.

CNN International di New York dan CNN Asia di Hong Kong mendahului senarai dengan tajuk utama jam 1245 tengah hari tadi iaitu Malaysian court finds opposition leader Anwar not guilty of sodomy (Mahkamah Malaysia mendapati ketua pembangkang Anwar tidak bersalah atas tuduhan liwat)

Al Jazeera yang berpangkalan di Doha, Qatar pula tidak ketinggalan mendapat perhatian pelayar internet apabila sebahagian besar rantau Timur Tengah yang masih awal pagi memperolehi berita dalam Bahasa Inggeris sebelum diterjemahkan ke dalam Bahasa Arab.



Di United Kingdom, The Guardian dan Sky News memaparkan berita terkini masing-masing sebelum menjadi berita penuh dengan video rakaman Anwar Ibrahim dibebaskan.

BBC News dalam laporannya memaparkan Anwar Ibrahim sebagai tajuk utama lebih awal dengan berita utama sekitar jam 1140 pagi tadi dengan tajuk Anwar Found Not Guilty Of Sodomy (Anwar Tidak Bersalah Atas Tuduhan Liwat)

Tidak ketinggalan rantau Afrika termasuk Kenya, Nigeria dan Somalia serta Afrika Selatan memaparkan tajuk utama sekitar jam 12 tengah hari sebagai berita terkini.

Manakala di rantau Asia, The Straits Times Singapura mendahului senarai dengan carian lebih 45 ribu hits sejak keputusan Zabidin Mohd Diah diumumkan.

Di Jepun, akhbar uatama negara itu, Asahi Shimbun menulis tajuk utama iaitu Malaysian court finds Anwar not guilty of sodomy (Mahkamah Malaysia Mendapati Anwar Tidak Bersalah Atas Tuduhan Liwat)

Ini sekaligus membuktikan bahawa pengaruh Anwar Ibrahim adalah jauh lebih besar berbanding musuh politiknya Najib Altantuya walaupun menjawat jawatan perdana menteri!


Keputusan perbicaraan kes liwat melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim mencuri perhatian media di seluruh dunia, yang menjadikan laporan berkaitan sebagai berita utama organisasi masing-masing.


Badan penyiar CNN dan Al Jazeera mengutarakan laporan itu dalam edisi Asia mereka. Manakala media lain termasuk akhbar United Kingdom Sky News dan ABC yang berpengkalan di Australia.

Badan penyiaran British BBC pula menjadikan Anwar sebagai personaliti utama dengan melaporkan sekitar keputusan hari ini, diikuti rencara berhubung ahli politik itu dan sejarah panjang kariernya.

Tulisan itu, antara lain mendakwa, masyarakat Cina masih berhati-hati terhadap "akar radikal Islam", walaupun masyarakat antarabangsanya melihatnya sebagai "peneraju pembaharuan di Malaysia".

Harian United Kingdom Guardian pula melaporkan "keputusan mengejutkan" itu sebagai berita utama, dengan menyifatkan pembebasan itu akan mempercepatkan 'comeback' perdana menteri.

Laporan berkenaan dihasilkan oleh koresponden mereka, yang mana Anwar sebelum ini memberikan wawancara eksklusif.


Ketua pembangkang juga diwawancara media asing di rumahnya sejurus selepas keputusan diumumkan hari ini. Kebanyakan mereka telah mengikuti perjalanan kes itu sejak dua tahun lalu.

Laporan agensi berita antarabangsa juga dimuatkan semula di Kenya, India, China dan Baitul Maqdis yang menceritakan tentang letupan di mahkamah dalam bahagian berita antarabangsa. ~jalanpulang

Gempar!! Saiful Bukhari Bakal Di Tangkap?

Posted: 09 Jan 2012 05:23 AM PST

Keputusan Hakim Mahkamah Tinggi KL hari ini telah membebaskan Anwar. Ini bermakna Saiful Bukhari boleh di dakwa kesalahan menipu dan memfitnah. Saiful Bukhari boleh didakwa untuk kesalahan tersebut. Menurut hukum Islam si penuduh yang gagal membawa 4 orang saksi yang tidak fasik boleh dikenakan hukuman Qazaf sekiranya didapati bersalah. 

Jadi apa tunggu lagi, Saiful Bukhari mesti di bawa kemuka pengadilan untuk di dakwa kesalahannya pula. Beliau patut di pertanggungjawabkan ke atas segala tindakan yang beliau lakukan selama ini...

Saya akhirnya 'dibersihkan', kata Anwar


Dalam keputusan yang kurang dijangkakan oleh banyak pihak, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur daripada tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 23.  Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah dalam penghakiman ringkasnya yang tidak melebihi lima minit berkata kedua-dua bukti iaitu DNA dan oral-lisan tak boleh sabit kesalahan.

"Selepas meneliti bukti, saya tidak boleh pasti 100 peratus bahawa bukti telah diusik. "Justeru, mahkamah keberatan menerima bukti sedemikian dari SP1 Saiful." Isteri Anwar, Dr Wan Azizah Wan Ismail kelihatan menanggis sambil memeluk suaminya dalam kegirangan.

Seluruh mahkamah kecoh seketika dengan penyokong Anwar menjerit gembira. Dalam reaksi spontannya, Ketua Pembangkang itu mengucapkan alhamdulillah dan bersyukur kerana kebenaran akhirnya dapat ditegakkan. "Saya berterima kasih kepada Wan Azizah dan keluarga kerana menyokong dan juga barisan peguam.  "Saya akhirnya dibebaskan selepas diaibkan sedemikian," katanya di luar mahkamah.

Beliau mengucapkan terima kasih atas sokongan pemimpin Pakatan dan ahli-ahli serta orang ramai yang menyokongnya. Katanya, agenda reformasi bagi menentang rasuah dan kebebasan media mesti diteruskan.Anwar mengucapkan terima kasih kepada peguamnya.

Pada perbicaraan sejak tahun 2008 itu Anwar diwakili oleh pasukan peguam yang diketuai oleh Karpal Singh manakala peguam cara II negara Mohd Yusof Zainal Abiden mengetuai pihak pendakwaan. Beliau didakwa meliwat pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan di Kondominium Desa Damansara pada 26 Jun 2008. ~malaysiakini

Bongkar!! Polis Maklum 10 Syarat Perhimpunan 901 Hanya Selepas Berunding Dengan PKR

Posted: 08 Jan 2012 07:47 PM PST

Apa yang Addin faham, kenyataan media yang di keluarkan oleh Naib Presiden PKR, N. Surendran adalah.. polis telah memberi 10 syarat perhimpunan 901 selepas berunding dengan PKR. Surat yang ditandatangani oleh Ketua AMK, Shamsul Iskandar adalah sebagai tanda menerima surat yang dikeluarkan oleh pihak polis dan bukannya menerima syarat-syarat yang dikenakan untuk perhimpunan 901.

Jika ini benar-benar berlaku adalah amat malang, ia menghakis integriti polis yang semakin tercalar di mata masyarakat. Sekiranya benar juga, tindakan pihak polis ini adalah titik hitam dalam sejarah perkhidmatan polis... sanggup membelakangi kebenaran dan keadilan bagi mengikut kehendak golongan pemerintah.

KENYATAAN MEDIA UNTUK EDARAN SEGERA

SEBAGAI salah seorang dari pimpinan parti yang sama-sama berunding dengan pegawai tertinggi PDRM Kuala Lumpur, saya menegaskan pendirian KEADILAN bahawa muafakat yang dicapai dalam mesyuarat pada hari Jumaat, 6 Januari 2012 tidak menyentuh syarat-syarat yang diberikan oleh PDRM kemudiannya.

Malah, 10 syarat tersebut hanya dimaklumkan kepada KEADILAN melalui Saudara Shamsul Iskandar Mohd Akin selepas ia diedarkan kepada pihak media melalui satu surat sahaja. 

Tandatangan yang dirujuk oleh pihak PDRM adalah tandatangan Saudara Shamsul mengesahkan beliau ada menerima surat tersebut. Ia bukanlah tandatangan menyetujui syarat-syarat seperti digambarkan oleh sesetengah pihak.

Lampiran A yang diminta oleh PDRM ditandatangani
oleh Shamsul yang mengesahkan PENERIMAAN SURAT
dan BUKAN PENERIMAAN SYARAT!
Walaupun pihak PDRM ada menyuarakan beberapa perkara mengenai kawalan orang ramai dan keselamatan dalam perbincangan tempoh hari, saya tegaskan tidak ada sebarang persetujuan mengenai syarat-syarat khusus kerana pimpinan PDRM Kuala Lumpur berpuas hati dengan penerangan KEADILAN.

Oleh yang demikian, kami tetap dengan keyakinan bahawa perhimpunan aman ini akan berjalan dengan aman tanpa perlunya syarat-syarat yang dikemukakan pihak polis.

KEADILAN menggesa rakyat Malaysia yang cintakan keadilan untuk hadir menyuarakan sokongan dan solidariti kepada Dato' Seri Anwar Ibrahim dan usaha mengembalikan integriti kepada sistem kehakiman negara.

N SURENDRAN
Naib Presiden KEADILAN

Tiada ulasan: