shalehudin |
- UMNO tu tau ka Perlembagaan tu menatang apa... kahkahkah...
- Sebab musabab Anwar wajib dipenjara...
- Sebab terbaik untuk membenci UMNO... kahkahkah...
- Kesian la sapa yang dok cium bontot Hassan Ali... kahkahkah...
- UMNO tu memang sarang depa... kahkahkah...
- Piem ucap selamat tinggai... kahkahkah...
- Pegganti Anwar mau dok siap sedia laa...
- Apakah Anwar akan di 'C4' kan...
- TERKINI!!! Hassan Ali ditendang... kahkahkah...
- TERNOW!! Dua blogger UMNO sah join DAP... kahkahkah...
- Chiss!! Sebesaq tungau pun tak dak hormat dah... kahkahkah...
- 901: Ni sebabnya Polis bagi berhimpun.. kahkahkah...
- Tak termasuk Hassan Ali tau... kahkahkah...
- PANAS!! Betoi ka sasarannya Wan Azizah?
- Bedebah punya tok bisan... kahkahkah...
UMNO tu tau ka Perlembagaan tu menatang apa... kahkahkah... Posted: 08 Jan 2012 10:30 AM PST PERHIMPUNAN AMAN 901 MENGIKUT LUNAS HAK BERKUMPUL DI BAWAH PERLEMBAGAAN Saya ingin menegaskan bahawa KEADILAN menerimapakai persetujuan dengan Ketua Polis Kuala Lumpur, Dato' Mohamad Salleh yang dimuafakati dan diumumkan selepas mesyuarat bersama pada pagi Jumaat, 6 Januari 2012. Persetujuan itu tidak menyentuh beberapa sekatan yang diumumkan kemudiannya oleh pihak PDRM. Oleh yang demikian, saya mengulangi seruan agar semua rakyat turun untuk menunjukkan solidariti dengan Dato' Seri Anwar Ibrahim dalam menuntut keadilan dan integriti sistem kehakiman di negara ini, selaras dengan hak berkumpul dan amalan perhimpunan awam yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan. AZMIN ALI TIMBALAN PRESIDEN PARTI KEADILAN RAKYAT 7 JANUARI 2012 |
Sebab musabab Anwar wajib dipenjara... Posted: 08 Jan 2012 09:30 AM PST Mengapa DSAI akan Dipenjara : YB Khalid Samad Ada yang bertanya kepada saya sebelum saya bertolak ke Saudi, bagaimana dengan kes Anwar? Saya menjawab, dia akan didapati bersalah dan akan dipenjarakan. Bukan kerana beliau bersalah tetapi kerana pihak berkuasa tiada pilihan melainkan mendapati beliau bersalah. Sekian lama telah diwar-warkan bahawa beliau bersalah dan dihina dengan sebegitu rupa, kalau didapati tidak bersalah sudah pasti akan merupakan pukulan hebat terhadap Najib. Pada masa yang sama Anwar akan menyatakan keputusan tidak bersalah adalah bukti betapa beliau difitnah dan dizalimi selama ini. Oleh itu, pada saat sebelum pilihan raya seperti sekarang, ianya mampu mengalihkan sokongan rakyat kepada PR dengan lebih lagi sehingga mengakibatkan BN akan terus terkubur di seluruh Negara. Oleh itu Anwar akan didapati bersalah dan dipenjarakan. Anwar sudah berusia 64 tahun, dengan segala masalah kesihatannya, bersiap sedia untuk mengharungi kekejaman BN sekali lagi. Beliau sedang bergerak ke seluruh Negara, meninggalkan pesan supaya rakyat tidak putus asa dan perlu terus bangkit untuk mencapai kebebasan dari kerajaan yang zalim. Kecekalannya membanggakan semua. Kalau beliau ingin bersara dan menikmati sisa hidupnya dengan keluarganya, bebas dari ancaman dan ugutan, tiada siapa boleh menyalahkannya. Namun beliau terus berjuang kerana faham betapa besarnya perjuangan yang dibawanya. Ada yang mengatakan ianya soal peribadi. Hakikatnya, kalau tidak kerana Anwar menentang penyelewengan BN, sudah pasti beliau menjadi PM selepas Mahathir. Kalau Anwar memikirkan peribadinya, mengapa digadaikan kedudukan dan jawatan demi perjuangan ini? Ianya bukan persoalan peribadi, ianya persoalan keadilan. Ianya persoalan masa depan rakyat dan Negara. Dan beliau sedar bahawa beliau akan dipenjarakan dan mungkin dikasari seperti dahulu, wa naudzubillahi min dzalik. Namun beliau terus berjuang kerana faham, tiada siapa yang akan hidup buat selama-lamanya. Dengan peluang hidup yang satu ini, beliau ingin membuka jalan untuk seluruh rakyat supaya bebas dari kongkongan pemimpin BN yang zalim. AYAT QURAN UNTUK DIRENUNGI "Dan jika ada dua golongan dari orang-orang mukmin berperang maka damaikanlah antara keduanya. Jika salah satu dari kedua golongan itu berbuat aniaya terhadap golongan yang lain maka perangilah golongan yang berbuat aniaya itu sehingga golongan itu kembali, kepada perintah Allah; jika golongan itu telah kembali (kepada perintah Allah), maka damaikanlah antara keduanya dengan adil dan berlaku adillah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil. (Al-Hujurat 9) Ayat ini adalah sebelum ayat "Sesungguhnya orang beriman adalah bersaudara…". Jika dilihat pada ayat ini Allah dengan jelas memerintah ummat Islam supaya memerangi golongan orang beriman yang tidak mahu berdamai dengan kembali kepada perintah Allah. Golongan ini terus ingin melakukan perperangan dan kezaliman terhadap yang satu lagi walaupun dinasihati untuk berdamai dan menerima apa yang ditetapkan oleh Allah sebagai kaedah penyelesaian. Walaupun Allah memperakui mereka sebagai golongan orang beriman, namun perintah untuk memerangi mereka jelas diberi. Dan mereka perlu diperangi sehingga mereka kembali berdamai atas apa yang telah Allah tetapkan. Ayat ini mempunyai maksud yang jelas bahawa walaupun orang beriman adalah bagaikan saudara, namun perintah Allah mengatasi persaudaraan itu. Golongan zalim di kalangan orang beriman wajib ditentang oleh ummat Islam seluruhnya. Tidakkah penafian royalti itu zalim? Tidakkah fitnah liwat itu zalim? WaLlahu 'Alam KHALID SAMAD |
Sebab terbaik untuk membenci UMNO... kahkahkah... Posted: 08 Jan 2012 08:00 AM PST 2012 : Kalau tak ubah, gelap masa depan kita di bawah Bn Mengikut kalendar kaum Maya di Amerika Selatan, mereka percaya bahawa tahun 2012 merupakan tahun dunia yang kita ketahui bakal kiamat. Apakah 'dunia' pemerintahan kerajaan paling lama di dunia juga akan mengalami nasib yang sama? Semakin lama di bawah UMNO-Barisan Nasional, semakin parah dan teruk negara yang kita cintai ini. Amanah rakyat dianggap sebagai hak mereka, penindasan dan kezaliman terus berleluasa, dan rakyat diporakperandakan dengan perkauman melampau agar mereka terus dapat mencengkam kuku mereka menggenggam kuasa. Apakah yang menanti rakyat untuk tahun 2012 di bawah UMNO-BN? Ini adalah antara ramalan Nujum Pak Atan. Walau pun Pak Atan tak sekolah tinggi, Pak Atan belajar sendiri tentang ekonomi dan isu semasa dari internet. Maklumlah semua maklumat yang ada dalam surat khabar hanya omong kosong BN saja. 1. Ketirisan Wang Perbendaharaan Negara terus didedahkan Laporan Ketua Audit Negara dan peningkatan hutang negara. Tahun demi tahun, bajet belanjawan negara sentiasa berada dalam defisit sehinggakan ia dianggap normal. Mana tidaknya, apabila jabatan kerajaan membeli teropong lebih mahal daripada kereta Myvi dan banyak lagi contoh lain telah didedahkan Laporan Ketua Audit Negara 2011 dan ia bukanlah suatu pekara yang baru. Ketirisan dan kebocoran seperti inilah yang menyebabkan kerugian wang rakyat. Belum lagi dikira berapa banyak wang negara telah hilang akibat rasuah. Malah negara telah mencapai kedudukan nombor 4 dunia tahun ini dalam carta pengaliran wang haram ke luar negara untuk tahun 2011. Malahan, jika dikira jumlah pengaliran wang haram ke luar negara dalam dekad ini sahaja ia sudah melebihi RM1 trilion (iaitu RM1,000,000,000,000.00). Kesan langsung daripada ketirisan, kebocoran, rasuah, dan penyelewengan oleh sebuah kerajaan yang tidak bertanggungjawab ialah peningkatan kadar hutang negara. Tahun demi tahun kadar hutang negara terus meningkat. Pada tahun 2006, hutang negara ialah RM242 bilion, dan ia kian melonjak setiap tahun. Kini pada tahun 2011, jumlah hutang kerajaan pusat ialah RM456 bilion. Tahun demi tahun ia meningkat dan ini tidak akan berubah untuk 2012. Sejarah telah membuktikan ramalan ini. Pasal apa hutang ini penting untuk kita tahu? Sebab hutang kerajaan itu duit rakyat. Jadi kita sebagai rakyat yang kena tanggung dan kena bayar. Tengoklah nanti, macam-macam jenis cukai, bayaran perkhidmatan dan entah apa lagi kita dipaksa bayar. Ramalan Pak Atan: Laporan Ketua Audit Negara 20112 akan menjumpai perbelanjaan yang tidak masuk akal oleh jabatan awam, orang yang berkaitan perbelanjaan itu hanya akan diberi 'surat amaran'. Defisit bajet sudah pasti, dan hutang awam negara turut meningkat. 2. Pemotongan subsidi, peningkatan harga barangan, pengenalan cukai-cukai baru Apabila sebuah kerajaan bersikap boros dan tidak bertanggungjawab, maka hanya terpaksa menanggung ialah rakyat. Untuk menambah hasil, maka subsidi harus dikurangkan dan cukai akan ditambah atau cukai baru terpaksa diperkenalkan. Ini sudah terlihat dengan pelbagai pengenalan cukai baru yang akan dilaksanakan pada tahun ini seperti cukai 6% untuk perkhidmatan telefon bimbit pra-bayar dan goods and services tax (GST). GST ini dianggap satu sistem pencukaian yang amat tidak adil dan akan menyusahkan rakyat, terutamanya yang berpendapatan rendah. Jika ingin tahu tentang GST ini, sila lihat kembali berita dan rencana tentangnya di roketkini.com mahu pun di internet. Sama ada kita rakyat biasa atau pakar ekonomi Harvard, terdapat dua jaminan yang tidak boleh disangkal dengan wujudnya GST ini. Yang pertama, lagi miskin seseorang itu, maka lagi banyak cukai dia terpaksa bayar atas prinsip ekonomi yang mudah. Yang kedua, pelaksanaan GST menjanjikan inflasi sekurang-kurangnya sekali, dan kesannya amat buruk. Manakan tidak, setiap benda pun akan dicukaikan. Jika sebab harga petrol meningkat maka harga makanan meningkat. Cuba bayangkan apa akan jadi jika semua benda meningkat harganya kerana GST? Sudah pasti pihak pengeluar tidak akan menyerap, malah memindahkan beban tersebut kepada pengguna. Bukan itu sahaja, malah infrastruktur dan tenaga kerja untuk mengutip cukai GST yang dikenakan kepada setiap benda hidup atau mati pun pasti akan mengambil kos yang tinggi. Bersiap sedialah rakyat Malaysia untuk mengalami satu inflasi terbesar negara dengan pelaksaan GST. Ramalan Pak Atan: GST dilaksanakan dalam setahun jika BN mengekalkan kuasa Putrajaya. Satu inflasi besar akan berlaku dan pemimpin BN akan menyuruh rakyat untuk mengubah gaya hidup. 3. Negara semakin bergolak dengan sentimen perkauman. Sejak azali kita mengetahui BN tiada modal untuk mengekalkan kerelevanannya melainkan memisahkan setiap rakyat Malaysia berdasarkan kaum. Ini terutamanya diamalkan oleh parti UMNO. Agama dan penganut Kristian, kaum-kaum Cina dan India, Majlis Peguam, lembu, katak dan sebagainya dijadikan musuh dalam imaginasi liar mereka untuk mengajak manusia ke jalan kebencian dan bukannya kasih saying. Sejak 2008, ada saja fitnah untuk mencipta imej bahawa semua orang di Malaysia adalah musuh orang Melayu. DAP dikatakan ejen Kristian, DAP dituduh nak menubuhkan republik, semua orang yang bersimpati, menyokong dan menjadi ahli DAP ditohmah sebagai 'bangsat'. Malah skandal barangan tidak selamat dimakan di Kedai Rakyat 1Malaysia pun dijadikan isu perkauman. Sehingga skandal wang rakyat untuk ternak lembu yang digunakan oleh keluarga seorang menteri untuk membeli kondo mewah dikatakan usaha menghancurkan Melayu. Tanpa penciptaan benci ini, maka UMNO-BN dilihat sebagai tidak relevan lagi. Selain perkauman, apa yang mereka boleh sumbangkan kepada rakyat di negara kita? Ekonomi teruk, rasuah teruk, kesemuanya teruk belaka. Inilah apa yang rakyat perlu fikirkan. Siapakah yang mencipta pergolakan kaum? Siapa yang akan memperoleh keberuntungan dengan pergolakan kaum? Tanpa kebencian, tanpa perkauman, UMNO-BN tidak mungkin relevan. Rakyat Malaysia terutamanya orang Melayu harus mengorak langkah ke hadapan dan jangan terperangkap ke kancah perkauman dan kebencian yang diciptakan oleh UMNO-BN untuk melemahkan orang Melayu supaya kononnya orang Melayu boleh berlindung di bawah payung UMNO-BN. Ramalan Pak Atan: Penganut agama Hindu dan Kristian sudah menjadi mangsa para pemimpin UMNO, selepas ini penganut-penganut agama lain yang berani menuntut hak akan menjadi sasaran pula. Pertubuhan-pertubuhan perkauman yang seangkatan dengan UMNO akan semakin menjadi-jadi dalam mengeluarkan kenyataan perkauman. 4. Undang-Undang baru lebih bebas dan adil? Tunggulah kucing bertanduk… Dengar ceritanya, pada tahun 2012 ini kerajaan UMNO-BN nak 'menukar 'undang-undang yang dianggap sebagai zalim atau menghapuskannya terus! Baik sungguh UMNO-BN. Terima kasih UMNO-BN…selepas ini ramailah pemimpin pembangkang, pelajar dan aktivis menjadi mangsa undang-undang baru. Jika dilihat dengan janji-janji yang terdahulu, Datuk Seri Najib Razak belum pernah menunaikan janji yang tidak menyokong kepentingan beliau. Daripada janji nak beri Stadium Merdeka untuk perhimpunan aman Bersih 2.0 kepada pembelasahan peserta Bersih 2.0, dan kini kepada serangan ganas polis terhadap mahasiswa yang berhimpun secara aman di Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI), inilah wajah sebenar Perdana Menteri. Jika PM telah menjanjikan undang-undang yang lebih bebas untuk orang ramai berhimpun, kita ucapkan tahniah kerana ia adalah perubahan yang baik ke arah kematangan demokrasi. Namun jika undang-undang tersebut lebih teruk daripada undang-undang perhimpunan di Myanmar yang dipimpin oleh rejim tentera, kita pun amat marah bagaikan panglima perang ludah UMNO Petaling Jaya kerana rakyat cuba diperbodohkan dan diperlekehkan. Ramalan Pak Atan: Undang-undang yang menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (PPPA) akan lebih teruk dari rejim-rejim diktator di dunia. Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) akan terus kekal, atau sedikit dipinda, kerana kerajaan UMNO-BN amat takut jika pelajar dan mahasiswa bangkit menuntut perubahan. Jelas, semakin lama di bawah UMNO-BN, lebih parah keadaannya di negara yang kita cintai ini. Kalau kita cinta orang yang disayangi, kasih kepada anak-anak dan cucu-cucu kita, dan tidak mahu ibu bapa serta generasi akan datang menjadi bangsa yang hina di bumi sendiri, maka kita perlu ubah sekarang untuk selamatkan Malaysia. – Roketkini.com |
Kesian la sapa yang dok cium bontot Hassan Ali... kahkahkah... Posted: 08 Jan 2012 07:24 AM PST Setelah Menghina Presiden, Hasan Ali akan .... Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar menyifatkan Datuk Dr Hasan Ali telah menghina presiden parti Islam itu kerana mengeluarkan kenyataan "melawan arus" yang tidak sepatutnya dilakukan oleh mana-mana pemimpin. PAS akan memanggil Dr Hasan Ali untuk memberikan penjelasan dan tindakan akan diambil dengan mengikut perlembagaan parti. Beliau menambah tindakan yang akan diambil PAS bukan disebabkan pengaruh atau desakan sesiapa. "Kita mempunyai prosedur dan pendirian sendiri," katanya di sini Tahukah anda prosedur dan tindakan seterusnya ? Hasan Ali akan jilat ludah dan kahaknya semula kat muka presiden dan minta maaf kat Presiden. Kemudian apa? Presiden akan minta PAS Pusat buat kenduri kesyukuran. Hasan Ali akan teruskan kerenahnya selagi ada yang suka cium bontot Hasan Ali ..... |
UMNO tu memang sarang depa... kahkahkah... Posted: 08 Jan 2012 05:00 AM PST Dalam Umno Tu Yang Ramai Peliwat Dan Penzina Keputusan DSAI samada ke penjara atau dibebaskan akan diketahui 9hb. Januari ini. Namun begitu, sekiranya beliau di penjarakan, perjuangan tetap diteruskan. Kita berjuang bukan semata-mata kerana DSAI tetapi demi untuk agama, bangsa dan negara dari kezaliman UMNO/BN. Dalam suasana hiruk pikuk UMNO mendakwa DSAI ini seorang peliwat, perlu kita tanya kepada mereka, sepanjang enam tahun beliau ditahan di dalam penjara dengan percuma tanpa sebarang bukti kesalahan yang dilakukanya, berapa ramaikah banduan yang telah beliau liwat? Enam tahun beliau dipenjara dengan penuh kezaliman tanpa melakukan kesalahan tersebut yang hanya merupakan fitnah dari puak UMNO, siapakah yang akan menanggung dosa-dosa tersebut kelak? Beliau dipisahkan dari keluarga tercinta, dari sahabat handai semata-mata kerana atas nafsu iblis puak UMNO laknatullah itu. Kini, jika beliau dipenjara lagi tanpa kesalahan yang dilakukan, apakah kita perlu lihat dan sekadar berceramah dan bercakap dalam akhbar sahaja? Tidak perlu lagi kita bertolak ansur dengan puak UMNO ini, lakukan solat hajat selama empat puluh malam secara berjemaah diseluruh negeri dan mohon Allah hancurkan UMNO dan orang-orang yang zalim (sebut UMNO dan orang-orang yang terlibat melakukan dan bersubahat dengan fitnah ini termasuk fitnah video seks itu dalam doa solat hajat tersebut), tidak ada bahasa kiasan lagi. Beliau kerap kali dijemput ke luar negara untuk menyampaikan ceramah, jika beliau ingin melakukan perbuatan terkutuk itu, sudah tentu beliau lebih selesa melakukanya di luar negara apatah lagi di sana terkenal dengan ramainya "gay" atau peliwat. Mengapa perlu beliau melakukanya di dalam negara sendiri yang mana di sini beliau mencari rezeki, punya keluarga dan sahabat-sahabatnya disini? Tahukah kita semua bahawa peliwat, penzina, kaki judi dan peminum arak sebenarnya terlalu ramai dalam UMNO itu? UMNOlah tempat bersarangnya pelaku-pelaku maksiat dan mungkar ini tetapi ditutup kerana mereka dilindungi dari semua sudut. Tidak ada siapa yang berani menangkap atau mendedahkan aktiviti-aktiviti jijik mereka kerana takutkan kehilangan jawatan dan pangkat. Penulis amat bersetuju dengan pendirian DSAI supaya tidak melakukan sumpah laknat seperti yang diminta oleh puak-puak laknat itu. Ini adalah membuktikan keimanan yang kukuh dalam diri beliau yang hanya merujuk kepada ulama-ulama dalam urusan yang berkaitan dengan hukum agama, bukanya melayan kerenah dan cabaran puak kaki arak, kaki zina dan kaki judi serta perasuah itu. Dalam apa situasi sekali pun maruah agama dan syariat Allah perlu diutamakan walaupun terpaksa menggadai tubuh badan dan nyawa. Mempertahankan golongan yang dizalimi adalah wajib hukumnya. Ini adalah perintah Allah dan Rasul. Bukan saja suka-suka. Sekiranya ada kalangan dalam UMNO sekalipun yang difitnah sedemikian rupa, kita akan tetap mempertahankan dan membela mereka itu. Ini tuntutan agama bukanya tuntutan parti politik. Tapi yang menjadi masalahnya ialah tiada fitnah terhadap puak UMNO kerana semua kezaliman dan penyelewengan yang mereka lakukan adalah benar belaka. Dalam Islam, walau apa sekalipun alasan yang diberikan, tanpa saksi yang diizinkan oleh agama dan tanpa bukti yang kuat, semua tuduhan samada liwat atau zina perlu ditolak walaupun perkara itu memang berlaku. Islam bukan agama untuk mengaibkan pesalah tetapi lebih bersifat menutup aib orang lain dan memintanya bertaubat kepada Allah. Menghukum adalah jalan terakhir sekiranya perkara itu sudah tersebar kepada umum dan mempunyai saksi dan bukti yang boleh disabitkan dengan kesalahan itu yang berasaskan syariat Allah dan bukanya berasaskan Perlembagaan Persekutuan atau Perlembagaan UMNO. Allah yang mencipta alam dan makhluknya dan Allah juga yang mencipta undang-undang dan syariatnya demi untuk menyelamatkan manusia dan memberi keamanan kepada makhluk ciptaanya. Kerana Allah lebih mengetahui apa yang diciptanya dan apa yang perlu untuk menyelesaikan segala masalah yang timbul. Menolak syariat Allah dalam apa juga masalah yang timbul adalah kufur dengan nyata walaupun solat, haji, puasa dan lain-lainya. Oleh itu, sokongan terhadap terhadap DSAI adalah salah satu dari tuntutan agama. Mempercayai fitnah dan tuduhan terhadap beliau tanpa bukti dan saksi seperti yang ditetapkan oleh Allah dan Rasul adalah kufur dan sesat. Kita akan lihat ramai juga golongan kufur dan sesat pada 9hb. Januari nanti kerana mempercayai fitnah dan tuduhan itu. Mereka inilah sebenarnya golongan penzina, peliwat, perasuah dan kaki judi. Tetapi sifak munafiq mereka yang begitu menebal dalam diri mereka , maka mereka hanya berpura-pura kononya merekalah pejuang keadilan dan mempertahankan kebenaran, dan mereka itulah puak UMNO dan Perkasa serta kuncu-kuncu mereka laknatullah. Untuk selamat dunia dan akhirat, jauhilah golongan ini. Ingatlahlah, walaupun DSAI mungkin dipenjarakan, tetapi perjuangan kita yang utama ialah untuk memastikan UMNO ditumbang dan dihancurkan pada PRU13 kelak demi untuk agama, bangsa dan negara. Tidak ada tolakansur dan simpati dengan UMNO. Jika arak adalah ibu kepada segala kejahatan, UMNO dan Mahathir pula adalah ibu segala kezaliman, kemusnahan dan penipuan. Wallahualam. |
Piem ucap selamat tinggai... kahkahkah... Posted: 08 Jan 2012 03:00 AM PST |
Pegganti Anwar mau dok siap sedia laa... Posted: 08 Jan 2012 01:30 AM PST Pengganti Anwar sudah ditemui ! Tarikh 9hb ditunggu-tunggu oleh semua rakyat Malaysia. Tarikh itu menentukan nasib Anwar Ibrahim samada bakal menjadi warga Sungai Buloh atau masih bebas menjelajah negara. Persoalan kini, siapakah yang bakal mengambil tempat Anwar jika beliau menjadi warga Sungai Buloh? Jika sekadar pimpinan PKR, rasanya ramai yang boleh menggantikannya. Antaranya seperti Azmin Ali, Nurul Izzah bahkan Dr Wan Azizah pun boleh mengambil tempatnya. Tetapi bagaimana dengan Pakatan Rakyat? Tidak dinafikan tertubuhnya Pakatan Rakyat adalah hasil idea Anwar sendiri. Bahkan "aroma" Anwar begitu terasa dalam Pakatan Rakyat. Pengaruh Anwar dalam PR begitu kuat. Maksudnya bukan Anwar menguasai PR tetapi cara kendalian dan menyelesaikan percanggahan idea antara PAS dan DAP oleh Anwar begitu dihormati dan diterima oleh kedua parti. Barangkali Anwar telah "menurunkan ilmunya" dan menunjukkan jalan kepada PAS dan DAP bagaimana menyelesaikan masalah jika beliau berkelana di Sungai Buloh. Walaubagaimanapun, seseorang perlu dicari untuk mengambil tempat Anwar. Antara yang dikira layak adalah TG Nik Aziz Nik Mat Mursyidul AM PAS. Pengaruh beliau bukan sahaja di kalangan orang Melayu tetapi juga orang Cina dan India. Banyak bicaranya lebih menjuruskan kepada Islam dan tidak kepada Melayu sahaja. Lihat isu ADUN Bukit Lenjan Elizaberth Wong MP Serdang Teo Nie Ching dan MP Taiping Nga Kor Ming . Lihat bagaimana ketiganya "mencari" TG Nik Aziz untuk meminta pendapat dan "fatwa". Di sini non Muslim menjadikan TG Nik Aziz sebagai tempat pengaduan dan rujukan. Banyak kenyataan TG Nik Aziz tidak menjuruskan kepada semangat perkauman. Misalnya soal calon Perdana Menteri. Beliau melihat isu kaum untuk menjadi PM bukanlah mutlak untuk orang Melayu sahaja. Apa yang penting Islamlah yang perlu diutamakan. Maknanya PM itu terbuka kepada semua kaum asalkan Islam. Inilah antara sikapnya yang diterima oleh semua kaum. Beliau sanggup membela kaum lain yang dizalimi oleh kaumnya sendiri demi keadilan Islam. Kaum Cina dan India menjadikan TG Nik ikon terbaik untuk di contohi dari segi kehidupan yang sederhana, sikap politiknya dan pembelaanya. Sudah ramai pimpinan muda DAP yang boleh menerima TG Nik Aziz sebagai "penyatu dan penyelesai masalah". Barangkali Karpal Singh sahaja yang "balah cakap" dengan TG Nik Aziz. Biasalah sama-sama mempunyai usia yang sama. Sama-sama tua. Orang tua jika "bergaduh" itu tandanya mereka berkasih sayang! Lihat bagaimana TG Nik Aziz bergurau dengan Karpal Singh, " Saya lihat bulan ada di dada Karpal Singh..." Sesungguhnya kita sudah "letih bergaduh" atas isu yang ditimbulkan oleh UMNO. Ingat, jika kita "bergaduh" semasa Anwar di Sungai Buloh, bermakna kita memerlukan 30 tahun lagi untuk bersatu seperti sekarang. Fikir-fikirlah wahai pimpinan atasan PKR, PAS dan DAP. |
Apakah Anwar akan di 'C4' kan... Posted: 08 Jan 2012 12:00 AM PST ANWAR : Adakah C4 sesuai untuknya? Anwar Ibrahim pernah di ISA berikutan peristiwa Baling 1974. Selepas itu ditumbuk matanya oleh IGP Rahim Nor. Di sumbat dalam ISA kali kedua selepas dibuang dari UMNO 1998. Akhirnya dipenjarakan selama 6 tahun akibat fitnah liwat. Selepas dibebaskan semasa era Abdullah Badwi, Anwar kembali di fitnah atas isu yang sama oleh Regim Najib pula. Menjelang perhimpunan 901 esok, pengawal peribadi Anwar dan Dr.Wan Azizah Ismail pula diserang buat kali kedua. Dulu semasa BERSIH 2.0, tulang pipinya patah dan semalam tangannya disuntik. Bahkan anak Anwar, Nurul Izzah pernah diugut untuk dirogol. Jika kesemua cara di atas masih tidak berkesan untuk "menggula-gulakan" Anwar agar berhenti dari memperjuangkan keadilan, apakah "cara terbaik" untuknya ? Semua "benda" sudah dirasai oleh Anwar demi kebenaran. ISA, Penjara, racun, fitnah, tumbuk dan sepak terajang. Apakah nasib Anwar bakal senasib Benigno Aquino? Jika C4 begitu mudah digunakan apatah lagi yang lain. Perketatkan keselamatan Anwar dan keluarganya." |
TERKINI!!! Hassan Ali ditendang... kahkahkah... Posted: 07 Jan 2012 11:03 PM PST PAS pecat Hasan Ali. KUALA LUMPUR, 8 Jan: PAS Pusat dalam mesyuarat yang diadakan pada hari ini, telah membuat keputusan berdasarkan Fasal 82(9) iaitu memecat keahlian YB Dato' Dr Hasan Mohd Ali (gambar) sebagai ahli PAS berkuatkuasa serta merta. KENYATAAN MEDIA PRESIDEN PAS Setelah mempertimbangkan segala pandangan yang diberikan oleh ahli-ahli jawatankuasa PAS Pusat dalam mesyuarat yang diadakan pada hari ini, PAS Pusat telah membuat keputusan berdasarkan Fasal 82(9) iaitu memecat keahlian YB Dato' Dr Hasan Mohd Ali sebagai ahli PAS berkuatkuasa serta merta. Keputusan ini dibuat berdasarkan kepada tindakan-tindakan YB Dato' Hasan Ali yang menyalahi dan merugikan kepentingan Parti sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perlembagaan PAS. Abdul Hadi Awang, Presiden PAS |
TERNOW!! Dua blogger UMNO sah join DAP... kahkahkah... Posted: 07 Jan 2012 10:59 PM PST Sabri, Aspan Sah Sertai DAP SHAH ALAM: Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Manis, Pekan, Pahang, Datuk Mohd Sabri Ariff Abdul Aziz dan veteran Umno Negeri Sembilan, Aspan Alias disahkan menyertai DAP. Perkara itu diumumkan oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng di sini Ahad. Beberapa tahun kebelakangan ini, Sabri yang menggunakan nama pena Sakmongkol AK47 dan Aspan, meninggalkan parti politik untuk aktif menulis dalam blog dan sering mengkritik kerajaan dan Umno. Berita selanjutnya selepas ini.- mStar |
Chiss!! Sebesaq tungau pun tak dak hormat dah... kahkahkah... Posted: 07 Jan 2012 10:53 PM PST RPK sedia pulang jika kebebasannya dijamin Penulis blog Raja Petra Kamarudin berkata beliau sedia menamatkan kehidupan dalam buangan dan pulang ke Malaysia jika dijamin kebebasannya di negara ini. Dalam temubual melalui e-mel dengan Malaysiakini semalam, Raja Petra berkata walaupun tiada waran tangkap dikeluarkan terhadapnya tetapi dia bimbang mungkin ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) jika pulang ke Malaysia. Raja Petra ditahan dua kali di bawah ISA pada tahun 2001 dan 2008. Pada tahun 2009, beliau hidup dalam buangan atas alasan dia tidak akan mendapat perbicaraan yang adil di Malaysia selepas pihak berkuasa mendakwanya atas tuduhan hasutan dan fitnah jenayah terhadap Datin Seri Rosmah Mansor - isteri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Kemudian, mahkamah terpaksa melepas tanpa membebaskannya. Ini bermakna dia boleh didakwa atas tuduhan yang sama sekiranya dia pulang ke Malaysia. Mengenai kritikan terhadap temubualnya dengan media arus perdana baru-baru ini, Raja Petra menafikan bahawa tindakannya itu telah melemahkan pihak pembangkang. "Saya tidak boleh melemahkan pembangkang. Saya bukan seberkuasa itu. Jika saya boleh merosakkan pembangkang maka saya akan lebih berkuasa daripada perdana menteri. Malah, beliau pun gagal melemahkan pembangkang. "Satu-satunya cara pembangkang boleh dilemahkan ialah jika mereka melemahkan diri mereka sendiri," katanya, tetap enggan mendedahkan siapa yang mengatur temubual kontroversinya, yang diadakan di Singapura. Raja Petra, yang kini dipercayai berada di Chiang Mai, Thailand, juga menafikan dakwaan bahawa Gerakan Kebebasan Sivil Malaysia (MCLM), yang diasaskannya, telah ditinggalkan oleh penyokongnya, termasuk presiden pengasasnya, Haris Ibrahim, selepas temubualnya itu disiarkan. Bagaimanapun, Raja Petra menafikan telah beralih soongan, tetapi sebaliknya menegaskan bahawa dia tetap setia berpegang kepada perjuangan untuk menumbangkan Umno sepanjang sembilan pilihan raya - dari 1974 hingga 2008.- Malaysiakini |
901: Ni sebabnya Polis bagi berhimpun.. kahkahkah... Posted: 07 Jan 2012 08:55 PM PST 901: Kenapa Polis Benarkan Berhimpun? Sebelum ini beratus malah mungkin beribu lapuran polis telah dibuat diseluruh negara untuk menghalang diadakan perhimpunan pada 9/1/2012 oleh kebanyakan NGO/pertubuhan yang pro UMNO malah ramai juga yang tidak bersetuju dengan perhimpunan tersebut terutamanya daripada YB yang melompat.Polis dan juga DBKL awal2 lagi telah mengeluarkan amaran yang agak keras kepada penganjur dan juga sesiapa yang terlibat berhimpun pada tarikh tersebut.. DBKL awal2 lagi telah mengeluarkan amaran yang pihaknya akan memantau perhimpunan tersebut melalui CCTV yang terdapat disekitar kawasan Ibu Kota dan juga sekitar kawasan mahkamah Jalan Duta. Siapa sangka kesudahannya Polis dengan mudah boleh memberi kebenaran dan membenarkan perhimpunan tersebut boleh diadakan dengan beberapa syarat yang perlu dipatuhi..Walaupun syarat2 yang diberikan itu agak terlewat dikeluarkan. Pihak polis melalui unit risikan sudah dapat menghidu sekiranya perhimpunan tersebut dihalang atau permit tidak dikeluarkan..Orang ramai termasuk penyokong PR akan tetap hadir dalam jumlah yang besar. Kita jangan lupa 2 minggu sebelum tarikh DSAI akan dijatuhi hukuman DSAI telah menjelajah keseluruh negeri berjumpa dengan rakyat dan setiap kali DSAI turun kesetiap negeri jumlah yang hadir mendengar ucapan DSAI mencecah ribuan orang..Petang Jumaat 6/1/2011 DSAI telah memberi taklimat pada diplomat asing berkaitan dengan kes yang beliau hadapi dan kemungkinan2 yang akan berlaku kepada beliau.Difahamkan perjumpaan dengan kawalan yang agak ketat dari pihak hotel pun masih ada SB yang berkeliaran disekitar lobi hotel. Kesimpulan yang boleh kita fahami adakah kerajaan dan polis telah mendapat tekanan dari negara luar.Jawapannya ya!.. Soal DSAI salah atau tidak itu soal kedua..yang pasti seluruh dunia sedang memerhati negara kita..Mengikut jadual DSAI selepas kes mahkamah beliau akan terbang ke India bertemu dengan cucu Mahatma Gandhi dan selepas itu beliau akan terbang ke Istambul bertemu dengan PM Turki..DSAI adalah pemimpin ulung negara kita yang mendapat tempat dan dihormati diseluruh dunia..Itu sebab kebanyakan pemimpin UMNO cukup marah dan dengki dengan DSAI. Apabila negara luar memberi sokongan dan bantuan pada DSAI tidak semestinya beliau boneka pada negara luar.Kita di Malaysia sesama Islam pun masih mempunyai perasaan hasad dengki dan fitnah telah menjadi darah daging buat UMNO..Semudah2 jawapan buat pencacai UMNO kita harus bertanya pada diri kita sendiri sekiranya DSAI bersikap pentingkan diri sendiri lebih baik DSAI ambil nasihat Mahatir letak jawatan secara terhormat sebagai TPM semasa kes liwat 1 dulu.Sekurang2nya sekarang nie mungkin DSAI dah bergelar TUN dan mungkin juga dilantik sebagai Pengerusi mana2 GLC milik kerajaan setidak2nya kes liwat 2 tak akan timbul. Oleh kerana DSAI sanggup membujur lalu melintang patah beliau sanggup mengambil risiko dan sedia menghadapi sebarang kemungkinan semata mata berjuang untuk rakyat yang sudah lebih 50 tahun ditindas dan ditipu hidup2 oleh rejim UMNO/BN.Sekiranya berlaku pada lain2 pemimpin UMNO adakah mereka sanggup mengambil risiko seperti DSAI? Kebanyakan pemimpin UMNO malah menteri tak ada yang mempunyai rekod yang bersih seperti DSAI,Masanya telah tiba untuk kita nyahkan UMNO dari muka bumi ini.Kadang2 kita pun kesian dekat orang2 kampung yang ditipu dan selalu kena tipu dengan rejim UMNO.. PM Najib awal2 lagi telah cabut ke Afrika,begitu jugalah kebanyakan PM kita yang lepas2 apabila berlaku sesuatu kes dalam negara mereka lebih rela keluar dari Malaysia umpama takut pada bayang2 sendiri..Bagi kita rakyat Malaysia dan penyokong PR samada DSAI bebas,sabit kes atau dijamin pecayalah selepas PRU13 UMNO/BN akan berkubur. Kekuatan yang ada pada UMNO/BN sekarang ini banyak bergantung pada negeri Sabah dan Sarawak.Kalau 2 negeri ini berlaku pergolakan atau krisis keyakinan tidak mustahil UMNO akan hilang sokongan dari negeri tersebut..Itu sebab sampai sekarang Najib tidak berani mengambil tindakan atau mendakwa Ketua Menteri Sabah dan Sarawak dengan perbagai isu berkaitan rasuah.Adakah Ketua Polis Negara berani menangkap Taib Mahmud dan menyerah Taib Mahmud pada Interpol..?Sekiranya Ketua Polis Negara berani mengambil tindakan keatas Taib Mahmud..umpama…kalau hari ini Taib Mahmud ditangkap tak sampai 24jam kerajaan yang ada sekarang ini akan tumbang..kebanyakan ahli parlimen dari Sarawak akan keluar dari BN.Sarawak mempunyai 31 kawasan parlimen dan Sarawak satu2nya negeri yang tidak ada UMNO maupun ahli.Dan Sabah mempunyai 25 kawasan parlimen dan sebahagian nya bukan dari UMNO.Kalau berlaku situsi tersebut UMNO hanya akan mempunyai kerusi parlimen kurang dari 100 termasuk ahli parlimen yang melompat daripada keseluruhan 222 kerusi parlimen yang ada. Kurang 48jam detik 901 akan tiba ayuhlah kita semua sebagai rakyat yang cintakan keadilan dan menolak pemimpin yang rasuah marilah kita berdoa semoga perjalanan dan perjuangan kita untuk bersama2 DSAI akan tercapai dan doa kita dimakbul oleh NYA…Amin |
Tak termasuk Hassan Ali tau... kahkahkah... Posted: 07 Jan 2012 07:37 PM PST PAS Selangor minta 75,000 ahli sertai perhimpunan 901 KUALA LUMPUR, 7 Jan — Berikutan kesediaan Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyertai perhimpunan 901 pada 9 Januari ini, PAS Selangor meminta semua ahli parti Islam di negeri itu untuk sama-sama hadir memberikan sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kompleks Mahkamah Tinggi, Jalan Duta di sini. Menurut Setiausaha PAS Selangor Mohd Khairuddin Othman, pesuruhjaya negeri Dr Abdul Rani Osman meminta semua ahli yang dianggarkan melebihi 75,000 orang untuk mengiringi Abdul Hadi, Presiden PAS ke perhimpunan aman itu di kawasan parkir kereta di luar Kompleks Mahkamah Tinggi. "Berikutan kesediaan Presiden PAS untuk sama-sama hadir dalam himpunan 9 Januari ini, maka Pesuruhjaya PAS Selangor dengan ini meminta semua ahli-ahli PAS di Selangor yang berjumlah melebihi 75,000 orang untuk bersama-sama hadir dan mengiringi Presiden PAS ke perhimpunan aman 901, di Kompleks Mahkamah Tinggi Jalan Duta," katanya dalam satu khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada The Malaysian Insider. Abdul Hadi telah mengesahkan diri untuk sama-sama menyertai perhimpunan menyokong Anwar menambah "untuk ahli PAS pula terserah kepada masing-masing." Perkara itu disampaikan Setiausaha Politik beliau, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar kepada Harakahdaily. Anwar, Ketua Umum PKR didakwa atas kesalahan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan, satu tuduhan yang mana beliau telah menafikan sekeras-kerasnya dan menyifatkan ia satu konspirasi untuk memusnahkan kerjaya politiknya. Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah dijangka akan mengumumkan keputusan kes liwat itu pada Isnin ini. Tambah Mohd Khairuddin, semua ahli PAS yang akan menyertai perhimpunan aman itu perlu mematuhi arahan yang dikeluarkan kepimpinan parti. "Sepanjang perhimpuan tersebut, semua ahli PAS diminta untuk mematuhi semua bentuk arahan yang dikeluarkan oleh kepimpinan parti," katanya. Anwar, 64, dituduh telah melakukan liwat terhadap Mohd Saiful di sebuah kondominium di Damansara Heights pada Jun 2008, beberapa bulan sebelum kembali dan memenangi kerusi Parlimen Permatang Pauh. Ini merupakan kali kedua dirinya berdepan tuduhan liwat. Sekiranya disabitkan kesalahan, Anwar akan dijatuhkan hukuman 20 tahun penjara, tetapi akan terlepas hukuman sebat kerana umurnya sudah melebihi 60 tahun. |
PANAS!! Betoi ka sasarannya Wan Azizah? Posted: 07 Jan 2012 05:30 PM PST Pengawal peribadi pengsan, cubaan racuni Wan Azizah? PULAU PINANG: Fayyadh Afiq Albakqry, pengawal peribadi kepada Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail disyaki disuntik racun dan menyebabkannya pengsan sebelum dikejarkan ke Hospital Seberang Jaya, tengah malam tadi. Fayyad dipercayai diserang menerusi suntikan di telapak tangan kiri sewaktu mengiringi Wan Azizah meredah kesesakan orang ramai ke pentas ceramah di Kampung Cherok Tokkun . Mangsa dikatakan ada meminta ais daripada wartawan PenangDaily, Zainulfaqar kerana tangannya berasa kebas, sebelum pengsan kira-kira 15 minit selepas terkena suntikan itu. "Masa nak masuk sini, dia (Fayyad) dah minta ais sebab tangannya kebas. Masa bawa Kak Wan Azizah keluar tadi, dia dikejar ke hospital," tulis Zainulfaqar di twitter. Beliau juga memetik sumber dikenali sebagai Zul Saad yang menyatakan Wan Azizah menangis berikutan keadaan Fayyah ketika pengawal peribadi itu belum sedarkan diri. Fayyad adalah pegawal peribadi Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang patah tulang pipi akibat terkena kelongsong gas pemedih mata ketika demonstrasi Bersih 2.0. Semakan melalui akuan blog mikro itu mendapati rakyat yang begitu marahkan kejadian itu, percaya Fayyah bukan sasaran sebenar suntikan racun berkenaan, sebaliknya ia disyaki disasarkan kepada Wan Azizah. Timbalan Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Najwan Halimi pula berkata, keadaan Fayyad stabil dan sudah sedarkan diri tetapi tangan kiri sehingga bahu dilapor kebas dan gagal digerakkan. "Doktor sedang membuat ujian darah dan air kencing utk pastikan jenis racun," katanya melalui twitter selepas menghubungi Wan Azizah tidak lama selepas kejadian.- Kerabu Bersuara |
Bedebah punya tok bisan... kahkahkah... Posted: 07 Jan 2012 03:30 PM PST Duit palsu jadi hantaran kahwin Wanita yang mahu dikenali sebagai Juli berkata, dia tidak menyangka perkara ini boleh berlaku, apatah lagi urusan perkahwinan anak perempuannya dibuat secara teratur dan mengikut adat. Katanya, majlis perkahwi nan anak perempuannya itu diadakan secara serentak dengan majlis menghantar tanda, tunang dan akad nikah pada 1 Januari, lalu. Katanya, setelah menerima barang hantaran dan wang belanja sebelum akad nikah dilangsungkan, dia membawa barang itu ke dalam bilik untuk diperiksa. Namun begitu, dia terkejut apabila membuka bingkai kayu tempat wang itu diletakkan, dan mendapati ia adalah wang palsu. Juli segera memberitahu bekas suaminya yang hadir sebagai wali untuk anak perempuannya dan meminta menghentikan pernikahan itu. Bekas suaminya menolak kerana bimbang keputusan itu akan mengaibkan keluarga mereka. Tetapi, Juli berkeras kerana wang hantaran adalah hak anaknya dan perkara itu menyalahi adat dan perjanjian kedua-dua keluarga. Namun, upacara akad nikah diteruskan dan sebaik saja ia selesai, perkara itu diberitahu kepada suami anak perempuannya. Suami anak perempuannya, yang dikenali sebagai Joe merasa terkilan dengan ibu bapanya yang menyediakan "wang palsu" untuk hantaran. Setelah berbincang, keluarga Joe bersetuju untuk menggantikan wang palsu itu dengan wang pendahuluan B$1,000 (RM2,427) kepada pihak perempuan. "Yang buat saya terkejut, kenapa beri wang palsu dan perkara itu tidak dibincang dulu," kata Juli. Kata Juli, setelah ditanya kepada menantunya, Joe memberitahu, ibu bapanya berbuat demikian "kerana mereka tidak mempunyai wang." – Media Permata |
You are subscribed to email updates from shalehudin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan