Ahad, 8 Januari 2012

Addin

Addin


Gempar!! Dr. Hassan Ali Masuk UMNO?

Posted: 08 Jan 2012 09:07 AM PST

Tidak sampai LIMA JAM selepas pengumuman pemecatan Exco Selangor yang juga ADUN Gombak Setia, Hasan Ali dari PAS dikeluarkan, kini timbul cakap-cakap bahawa dia sedang dilamar untuk menjadi calon Umno-APCO bagi DUN yang pernah diwakilinya pada 1999 hingga 2003. Perkembangan ini sebenarnya tidaklah mengejutkan kerana rentetan hubungan erat dan intim antara Hasan Ali dengan pencacai Umno-APCO sudah dihidu sejak isu pengharaman penjualan minuman keras pada 2009 yang membawa kepada pertikaian antaranya dengan seorang lagi Exco dari DAP, Ronnie Liu.

DUN Sungai Burong terletak dalam Parlimen Tanjong Karang di mana Noh Omar menjadi wakilnya, manakala DUN ini disandang oleh Shamsuddin Lias, yang juga kroni rapat bekas Menteri Besar Selangor yang disingkirkan Khir Toyo.

Selama memegang jawatan di Sungai Burong, penduduk di situ telah menolak Hasan kerana tidak menepati janji mengadakan kursus motivasi seperti yang terkandung dalam manifesto pilihanraya umum ke 10 pada 1999 lalu.

Dan ini menyebabkan Hasan Ali kalah teruk di sana pada 2004 yang mengakibatkan PAS membuat keputusan menukarkan Hasan ke DUN Gombak Setia sehingga sekarang.

Kini apa jua alasan Hasan sudah tidak bermakna lagi kerana keputusan Jawatankuasa Kerja PAS yang dipengerusikan Presiden, Tuan Guru Abdul Hadi Awang sudah membuat langkah Hasan dalam parti Islam itu terhenti, sekurang-kurangnya sehingga rayuan diterima dalam tempoh 14 hari bermula hari ini.

Dari sumber yang rapat dengan presiden PAS, antara alasan pemecatannya ialah Hasan Ali menyebarkan fitnah terhadap Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim dan cuba melaga-lagakan antara sesama parti DAP dan PKR.

Jelaslah, keputusan tepat yang dicapai petang tadi bermakna Umno-APCO kini menanggung seekor lagi biawak hidup yang tidak lagi berguna kerana maklumat yang ada di tangan Hasan Ali tentang rahsia sulit Kerajaan Selangor sudah tidak bermakna lagi. ~jalanpulang

Sumber :  Gempar!! Dr. Hassan Ali Masuk UMNO?





(Video) Kenyataan Penuh Presiden PAS Berkenaan Pemecatan Dr. Hassan Ali

Posted: 08 Jan 2012 04:08 AM PST


KUALA LUMPUR, 8 Jan - PAS Pusat dalam mesyuarat yang diadakan pada hari ini, telah membuat keputusan berdasarkan Fasal 82(9) iaitu memecat keahlian YB Dato' Dr Hasan Mohd Ali sebagai ahli PAS berkuatkuasa serta merta.

KENYATAAN MEDIA PRESIDEN PAS

Setelah mempertimbangkan segala pandangan yang diberikan oleh ahli-ahli jawatankuasa PAS Pusat dalam mesyuarat yang diadakan pada hari ini, PAS Pusat telah membuat keputusan berdasarkan Fasal 82(9) iaitu memecat keahlian YB Dato' Dr Hasan Mohd Ali sebagai ahli PAS berkuatkuasa serta merta.

Keputusan ini dibuat berdasarkan kepada tindakan-tindakan YB Dato' Hasan Ali yang menyalahi dan merugikan kepentingan Parti sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perlembagaan PAS.

Abdul Hadi Awang,
Presiden PAS

Rakyat Malaysia Mati Dipercayai Terlebih Ambil Ubat Peransang Seks

Posted: 07 Jan 2012 11:45 PM PST

JAKARTA, 8 Jan - Seorang lelaki warganegara Malaysia ditemui mati di sebuah bilik hotel di sini pagi Ahad dan polis percaya beliau mati akibat terlebih mengambil ubat kuat (peransang seks). Difahamkan mayat lelaki berusia 56 tahun itu dijumpai pada kira-kira pukul 5 pagi. Beliau berasal dari Selangor. Polis tidak mengesyaki sebarang perbuatan khianat. Jenazahnya dihantar ke rumah mayat Hospital Cipto Mangunkusumo (RSCM) untuk bedah siasat.

Polis telah memaklumkan kejadian itu kepada Kedutaan Besar Malaysia di sini. ~bernama

Kebodohan Najib Yang Terburuk Sepanjang 2011

Posted: 07 Jan 2012 11:01 PM PST

Isu NFC merupakan satu 'taboo' buat UMNO . Skandal yang melibatkan RM250 juta dana awam boleh di diamkan begitu sahaja oleh pimpinan UMNO. PM dan TPM boleh membela Kak Jat walaupun bukti yang di kemukan oleh PKR kukuh dan boleh di dakwa oleh SPRM. Namun kerana UMNO tidak pernah belajar dari kesilapan, setakat hari ini tiada tindakan yang di ambil malah mengupah 'kambing hitam' untuk di persalahkan. 

Begitulah taktik UMNO dari dulu hinggalah sekarang. Tetapi rakyat bukannya bodoh macam sesetengah pemimpin UMNO.. rakyat tengah memerhati gelagat dan permainan UMNO yang akan di hukum pada PRU 13 nanti. Adakah skandal ini menunjukkan kebodohan Najib yang terburuk sepanjang tahun 2011??
 
Kebodohan Najib: 'Datuk Fix-it' dijadikan kambing hitam keluarga Sharizat
 
Mendakwa Shamsubahrin Ismail juga dikenali sebagai 'Datuk Fix-it' dengan menipu Salleh Ismail, bos NFC yang juga suami kepada menteri Sharizat Jalil adalah penghinaan kepada tahap pemikiran rakyat Malaysia. Terutama sekali jumlah yuran konsultasi Shamsuharin yang mencapai RM 1.76 juta berbanding RM250 juta kemudahan kredit dari kerajaan yang telah diberikan kepada Salleh dan anak-anaknya yang telah diselewengkan.

Yang sebenarnya menjadi isu adalah kegagalan projek lembu NFC yang telah mencetuskan kemarahan rakyat dan meminta siasatan sepenuhnya dijalankan. Sharizat bukanlah menteri yang menyerlah dan mempunyai personality yang akan meragukan untuk dibiarkan begitu sahaja. Sharizat sepatutnya lebih arif tetapi dia tidak belajar dari kesilapan atau sememangnya dia sudah tidak ada jalan keluar selain dari meletak jawatan yang nampaknya bukanlah sesuatu yang mahu dilakukan.

Salleh dan seluruh keluarganya, termasuk mereka yang memberi projek itu kepada mereka telah didakwa korupsi di tahap tinggi dan bukan orang yang telah menipunya. Ini merupakan kes tersalah ambil tindakan keatas orang.

Tidak hairanlah apabila nampaknya si Shamsubahrin tersenyum ke stesen polis, kemudian ke mahkamah dimana rakyat Malaysia akan menyaksikan dirinya dipenjarakan buat masa yang singkat. Akhirnya, dia akan menuntut haknya di bank nanti setelah selesai semuanya.

Najib, sebahagian daripada konspirasi untuk mengalihkan perhatian

Bagaimana Perdana Menteri Najib Razak, yang juga Presiden UMNO boleh menganggap rakyat itu bodoh? Nyanyukkah dia? Mungkin juga ya, kerana telah menghadapi pelbagai tekanan dari dalam dan luar UMNO. Tapi, ini masih bukanlah alasannya untuk tidak memberi arahan yang betul kepada pihak SPRM dan juga polis.

Jawapan yang paling logik bagi sandiwara ini ialah untuk memberi Sharizat lembaran baru kerana skandal NFC adalah sesuatu yang agak rumit dan para pemimpin UMNO sedang bergelut dalam merebut kuasa. Bagi pemimpin UMNO yang sama spesis Sharizat, ini adalah sesuatu yang agak buruk. Tapi bagi mereka seperti Raja Nong Chik, yang khabarnya diberi lampu hijau dari NAjib untuk mencabar Sharizat di kerusi Lembah Pantai yang sedang disandang oleh Nurul Izzah, timbalan presidan PKR dan juga anak kepada ketua pambangkang, Anwar Ibrahim.

Seorang lagi broker kuasa UMNO, Mahathir Mohammad boleh menggunakan skandal ini untuk menjatuhkan Najib tetapi dalam pada itu boleh juga terus menghancurkan parti. Najib juga boleh menggunakan episod NFC ini untuk memberi amaran kepada semua supaya jangan berani mencabarnya. Dia boleh menggunakan kuasanya untuk mengenepikan semua kritikan yang mengejeknya sebagai lembu cucuk hidung oleh isterinya Rosmah Mansur, dengan membongkar juga skandal NFC ini. Tapi sedihnya, Najib dan UMNO sedang mengambil masa yang lama agar strategi lain boleh diambil dan melenyapkan isu skandal dan rasuah NFC diri sendiri sebelum PRU ke 13 nanti.

Buat rakyat pula, sudah dihidu permainan Najib yang cuba untuk mengalihkan perhatian daripada isu sebenar; penyelewengan wang rakyat oleh keluarga Sharizat untuk membeli harta dan kediaman mewah yang tiada kena mengena dengan perladangan. Walau apa pun, Pakatan Rakyat akan menggunakan isu ini ke atas UMNO dan lebih banyak lagi perbuatan keji akan dibongkar seperti Scorpene dan pembunuhan Altantuya dan kegagalan UMNO dalam mengambil tindakan yang sepatutnya dan membiarkan mereka yang bersalah terlepas begitu sahaja.

Ahli parti cuma mampu menyaksikan pemimpin bergelut merebut kuasa

Malangnya, apabila pemimpin atasan didapati menyalahguna kuasa, dan korup, ahli UMNO Cuma mampu memerhatikan saja apa yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin mereka ini. Mereka mungkin juga akan melupakan semua ini dan membiarkan ianya terkubur begitu sahaja seperti apa yang sering berlaku sebelum ini.

Ada di pemerhati politik percaya yang kali ini, tidak semua ahli yang akan bersetuju untuk membiarkan pemimpin tertinggi cuba mendiamkan sahaja. Kebanyakkan mereka akan dijangka menggunakan isu ini sebagai jalan untuk menaikkan karier politik sendiri seperti yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin mereka dan apa tidaknya? Mereka tak akan kehilangan apa-apa pun.

Jadi, bila ramai ahli UMNO melihat musibah Sharizat dan NFC ini sebagai cara untuk menaikkan diri sendiri, cara Najib menggunakan Shamsubahrin sebagai kambing hitam untuk menyelesaikan dakwaan ke atas Sharizat hanya akan menangguhkan kesannya nanti. Pergelutan dalam UMNO tidak dapat dibendung lagi kerana ianya semakin memuncak. Menikam dari belakang dan merancang kejatuhan yang lain adalah budaya UMNO dan saling tidak percaya sudah menular didalam parti yang terbesar di dalam Malaysia.

Sememangnya, pergelutan dalaman sudah semakin sengit hampirnya PRU ke 13 ini. Cerita sudah semakin menjadi-jadi dan sekutu berubah dalam sekelip mata. Jadi, mendakwa Shamsubahrin adalah satu tindakan yang bodoh untuk menarik perhatian rakyat, mencerminkan tekanan yang tinggi dan terdesaknya Najib sekarang. Najib sudah tidak tahu apa nak dibuat dalam kes Sharizat dan skandal ini telah memberi tekanan pula pada PRU ke-13 dari segi cara pengundi menilai kepimpinannya sehinggakan kepada senarai calon boleh menang yang akan membolehkan dia terus memegang kuasa.

Kesannya benar-benar menakutkan bagi mereka yang berada dalam Umno. NFC tidak boleh menjadi batu nisan akhir untuk Umno tetapi ia pasti akan memikirkan sebagai salah satu faktor utama yang menyumbang kepada terkuburnya UMNO nanti yang dulunya sebuah parti makmur tetapi kini sudah merundum dan dicemari rasuah. ~malaysia chronicle 

Sumber :  Kebodohan Najib Yang Terburuk Sepanjang 2011


Perhimpunan 901 : Antara Jalan - Jalan Yang Di Jangka Sesak

Posted: 07 Jan 2012 09:59 PM PST


Untuk makluman semua pengguna jalan raya, pada 9.1.2012 kesesakan jalan raya dijangka akan berlaku di sekitar jalan-jalan menuju ke Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Matrade, Bangunan Kompleks Kerajaan, Hentian Bas Jalan Duta, Masjid Wilayah dan sekitarnya mulai jam 7 pagi. 

Jalan-jalan yang terlibat adalah :-

1. Jalan Duta dari kedua-dua arah

2. Jalan Kuching

3. Bulatan Segambut

4. Jalan Khidmat Usaha

5. Jalan Ibadah

6. Jalan Dutamas

7. Jalan Persiaran Dutamas

8. Jalan Hikmat Usaha

Oleh yang demikian, Ketua Trafik Kuala Lumpur menasihatkan semua penguna jalan raya supaya mengambil langkah berikut :-

1. Elak dari menggunakan jalan -jalan tersebut jika tiada sebarang urusan penting.

2. Kakitangan pejabat yang bertugas dan orang ramai yang mempunyai urusan di sekitar kawasan tersebut dinasihatkan supaya menggunakan Pengangkutan Awam.

3. Patuhi arahan dan beri kerjasama sepenuhnya kepada anggota polis yang bertugas.

4. Pastikan kenderaan yang diletakkan tidak menghalang lalulintas. ~mynewshub


Gempar!! Cubaan Membunuh Dr. Wan Azizah?

Posted: 07 Jan 2012 08:46 PM PST

Dimaklumkan, Fayyadh Afiq Albakqry, pengawal peribadi kepada Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail disyaki disuntik racun dan menyebabkannya pengsan sebelum dikejarkan ke Hospital Seberang Jaya, tengah malam tadi. Dari maklumat yang di terima, Fayyad dipercayai diserang menerusi suntikan di telapak tangan kiri sewaktu mengiringi Wan Azizah meredah kesesakan orang ramai ke pentas ceramah di Kampung Cherok Tok Kun. Addin berpandangan Fayyah bukanlah sasaran sebenar dalam serangan suntikan racun berkenaan, kemungkinan sasaran sebenarnya ialah Dr. Wan Azizah. Sungguh keji dan jelek permainan golongan-golongan yang tidak berhati perut ini.

Pengawal peribadi Dr Wan Azizah pengsan, didakwa diracun

Pengawal peribadi presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dimasukkan ke hospital semalam selepas disyaki diserang dengan didakwa dicucuk dengan objek tajam yang beracun. Menurut seorang pembantu ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kejadian itu berlaku selepas tamatnya satu ceramah di kampung halamannya di Cherok Tok Kun, Pulau Pinang.

Pengawal peribadi tersebut, Fayyadh Afiq Albakqry (gambar terbaring), mengiringi Wan Azizah beredar melalui orang ramai yang hadir di ceramah tersebut pada kira-kira jam 10 malam apabila kejadian tersebut dikatakan berlaku. Fayyadh sedang mengiringi Wan Azizah ke satu lagi ceramah di Parit Buntar, Perak tetapi dia mula berasa sakit dan akhirnya tidak sedarkan diri sewaktu dalam perjalanan tersebut.

Berikutan itu, Wan Azizah mengarahkan pemandunya berpatah balik menuju ke utara untuk membawa Fayyadh ke hospital Jaya Seberang. Menurut ketua Pemuda PKR Pulau Pinang, Syed Mikael Rizal Aidid, pada mulanya, Fayyadh berdarah selepas tangannya cedera terkena objek yang tajam, tetapi mereka memutuskan untuk meneruskan perjalanan ke Parit Buntar.

Bagaimanapun, katanya, selepas Fayyadh sakit, mereka mengesyaki dia mungkin diracun semasa serangan tersebut. Berita mengenai serangan tersebut tersebar dengan cepat melalui Twitter dengan beberapa individu mendakwa Fayyadh mungkin menghalang serangan terhadap Wan Azizah.

Sesetengah tweets mendakwa jantung Fayyadh berhenti berdenyut berikutan dakwaan serangan tersebut, tetapi para pemimpin PKR kemudian menulis melalui tweet menyatakan pengawal peribadi itu dalam keadaan stabil dan telah sedar semula. Juga dilaporkan di twitter bahawa lebih daripada 100 penyokong PKR dan Pakatan Rakyat berada di hospital untuk mendoakan supaya Fayyadh pulih.

Wan Azizah adalah antara puluhan pemimpin PKR yang sedang menjelajah ke negara dalam siri ceramah umum menjelang keputusan perbicaraan kes liwat II Isnin ini. Anwar pula berada di Kuala Terengganu menghadiri satu lagi ceramah umum di negeri itu ketika serangan tersebut dikatakan berlaku.

Fayyadh juga merupakan pengawal peribadi yang sama yang didakwa terkena tembakan kanister gas pemedih mata ketika melindungi Anwar semasa perhimpunan BERSIH 2.0. Fayyadh dijadual menghadiri pendengaran Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) mengenai dakwaan kekerasan pihak polis semasa perhimpunan BERSIH pada 9 Julai. ~jalanpulang

Sumber : Gempar!! Cubaan Membunuh Dr. Wan Azizah?






Tiada ulasan: