Rabu, 4 Januari 2012

shalehudin

shalehudin


UMNO oiii, nah ambik hang... kahkahkah...

Posted: 04 Jan 2012 08:00 AM PST

Hutang Umno pada budi orang Melayu

Oleh Sakmongkol AK47

Dalam masa seminggu ini saya di hujani soalan adakah benar saya dan saudara Aspan Alias akan memasuki DAP? Cuba baca berita yang mula2 di keluarkan oleh The Malaysian Insider. Disana di nyatakan bahawa tiada keputusan yang di capai. Ertinya, karya TMI itu bersifat spekulatif. Demikian juga rencana yang di keluarkan oleh Free Malaysia Today. Artikel itu juga bersifat spekulatif dan menimbulkan lebih banyak persoalan dari memberi jawapan.

Tidakkah terfikir oleh sesiapa bahawa jika kami berdua cederung menyokong DAP atau parti lawan Umno, sikap tersebut ialah kerana di dorongi oleh kepercayaan dan prinsip2 tertentu? Kita tidak boleh konsisten jika hanya di dorong oleh rasa frust, dendam dan sebagainya. Sikap konsisten hanya datang dari asas yang lebih stabil dan kekal- seperti di pacu oleh keyakinan dan kepercayaan kepada prinsip2.

Sebagai contoh, kami berdua merasakan Umno sudah bertukar watak menjadi suatu Frankenstein yang tidak lagi boleh di kawal. Ia menjadi wadah untuk mencuri harta benda rakyat, membelakangkan political decency, memanipulasi rule of law, dan paling dasyat sekali melupakan budi orang Melayu kepada Umno. Dan kami telah lama menerima apa yang di sebut oleh Presiden Umno yang paling lama mengetuai Umno iaitu Dr Mahathir yang menyatakan Umno is rotten to the core dan kerajaan Umno korap dari atas hingga ke bawah. Izinkan saya membawa perhatian orang Melayu kepada suatu perkara yang sangat tidak betul pada Umno. Seringkali kita di banjiri dengan nasihat supaya orang Melayu mengenang budi Umno. Tapi bagaimana pula dengan Umno yang tidak mengenang budi orang Melayu? Bukankah Umno itu hidup atas budi orang Melayu dan amanah yang di pertanggungjawabkan?

Biarkan saya menyimpul pendekatan Umno hari ini. Pimpinan Umno hari ini meniru apa yang John Kennedy ucapkan dalam pidato sulung ketika menerima perlantikan sebagai Presiden USA. Kita dapat membayangkan mana2 pemimpin Umno hari ini menyatakan: jangan tanya apa Umno boleh lakukan kepada kamu, tanya apa yang kamu boleh lakukan kepada Umno.

Inlah titik tolak penentangan kami kepada Umno kerana sikap seperti ini merosakkan orang Melayu. Ia menjadi orang Melayu peminta sedekah kepada Umno. Umno bukan pemberi rezeki orang Melayu yang beragama Islam. Sanggupkah kita menerima dan melihat orang Melayu tertunduk tunduk sebagai tambi suruhan? Inilah yang di lakukan oleh Umno hari ini kepada orang Melayu.

Bahagian pertama ungkapan tersebut jangan tanya apa Umno boleh lakukan kepada kamu memberi pengertian bahawa Umno itu tuan dan ahlinya adalah hamba. Umno itu penaung dan rakyat adalah yang bergantung kepada mereka. Umno itu bersifat ketuhanan yang mesti disembah kerana ianya pemberi segala rezeki kepada orang Melayu.

Bahagian kedua ungkapan tersebut tanya apa kamu boleh lakukan kepada Umno membawa erti bahawa Umno itu sesuatu yang perlu ditaati dan di takuti serta punca segala kesenangan untuk orang Melayu.

Kedua2 bahagaian ungkapan tersebut merosakkan orang Melayu dan bertentangan dengan piagam orang yang berjiwa merdeka. Orang Melayu yang berjiwa merdeka akan melihat Umno sebagai suatu wadah dengan dan melalui nya, mencapai obejektif 2 besar dalam masyarakat. Umno bukan sesuatu yang mesti disembah atau dalam bahasa yang selalu di sebut oleh pimpinan Umno — mesti mengenang budi Umno.

* Sakmongkol AK47 is the nom de plume of Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz. He was Pulau Manis assemblyman (2004-2008).

Berahim dah hilang akai... kahkahkah...

Posted: 04 Jan 2012 07:00 AM PST

Kenapa PERKASA tak sentuh isu zakat?

Kumpulan pendesak Melayu PERKASA tidak membuat sebarang aduan berhubung dakwaan salah guna wang zakat kerana ia merupakan isu yang sedang berjalan, kata presidennya Ibrahim Ali.

Dakwanya, isu itu berbeza dengan reaksi mereka terhadap ucapan hari Natal oleh paderi Eu Hong Seng yang dituduhnya merupakan isu nasional dan boleh menyebabkan permusuhan kaum.

Bercakap paad sidang media di Kuala Lumpur hari ini, Ibrahim berkata, isu seperti dakwaan salah guna wang zakat, Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) dan dakwaan melibatkan menantu menteri besar Kelantan merupakan isu berterusan yang melibatkan kerajaan.

Sehubungan itu, tambahnya, beliau hanya akan memilih isu bersangkutan dengan keselamatan negara dan menyerahkan isu lain kepada NGO lain.

PERKASA pada 29 Disember lalu membuat laporan polis terhadap Ee sebagai pemimpin National Evangelical Christian Fellowship dengan mendakwanya mempersoal Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan berhubung hak istimewa orang Melayu.

Mengulas komen oleh pembaca Malaysiakini mengenai sikap membisu PERKASA berhubung dakwaan salah guna wang zakat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan dua pegawai kerajaan yang lain, Ibrahim berkata bukan kerja mereka melakukan segala-galanya.

"Jika saya terpaksa buat laporan mengenai segala-galanya, saya kena buat rumah saya di depan balai polis. Saya ada perkara lain yang perlu dilakukan. Saya ada kerja dan saya juga sibuk seperti Perdana Menteri.

"PERKASA tidak boleh melakukan segala-galanya, jadi biar kita bekerjasama ... jika awak sayangkan negara dan berjuang untuk tadbir urus yang baik, mengapa tunggu PERKASA? Buat laporan dulu dan minta PERKASA menyokongnya, " kata Ibrahim.

Anwar dah pastikan Pakatan hidup...

Posted: 04 Jan 2012 05:00 AM PST

Pakatan hadapi kemungkinan Anwar dipenjara

Pakatan Rakyat tidak gentar sekalipun Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dihumban ke penjara apabila penghakiman kes perbicaraan liwat II disampaikan pada 9 Januari ini.

"Kepimpinan Pakatan Rakyat, bukan sahaja saya atau Azizah sahaja tetapi juga Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang dan supremo DAP Lim Kit Siang. Kami telah bincangkan segala kemungkinan.

"Jika saya dipenjarakan, terlibat dalam kemalangan atau ditembak, kami telah bincangkan situasi satu, dua dan tiga itu secara kolektif sebagai satu kumpulan," kata Anwar pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Kepimpinan Pakatan di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini.

Katanya, kepimpinan Pakatan juga mempunyai pelan kontingensi dan sedar mengenai apa yang mungkin terjadi pada 9 Januari, apabila keputusan perbicaraan kes liwat keduanya akan disampaikan.

"Jika ada orang dalam Umno yang berpendapat bahawa dengan memusnahkan Anwar, perjuangan Pakatan Rakyat akan terbantut, perkara yang sebaliknya akan berlaku.

"Kami akan teruskan perjuangan dan dipimpin oleh dasar-dasar Pakatan Rakyat," jamin Anwar.

Pembela Melayu konon... kahkahkah...

Posted: 04 Jan 2012 04:23 AM PST

Ambik kau UMNO pembela melayu konon!!!!

Assalamualaikum....

Tertarik dengan satu berita di Malaysiakini mengenai seorang bloger UMNO yang menyertai DAP! Tak percaya baca di sini. Penulis blog Sakmongkol AK47 yang juga bekas ADUN Pulau Manis dari Umno, Mohd Ariff Sabri Aziz dilaporkan telah menyertai DAP. Selain Sakmongkol yang merupakan bekas Ketua Penerangan Umno Bahagian Pekan sehingga tahun 2004, turut dikatakan berbuat demikian ialah seorang lagi penulis blog Umno dan veteran parti itu, Aspan Alias

Antara katanya " "Sebagai contoh, kami berdua merasakan Umno sudah bertukar watak menjadi suatu Frankenstein yang tidak lagi boleh dikawal.UMNO yang telah lama disebarkan sebagai perosak melayu akhirnya disedari oleh ahlinya sendiri yang kini mula tertarik dengan DAP yang menurutnya lagi:

"Saya percaya DAP kini lebih relevan dan berfungsi daripada Umno dalam membina negara yang lebih demokratik dan bebas". Dan

"Dalam DAP saya boleh bercakap tentang jerih perih Melayu terpinggir dengan lebih bertenaga berbanding dengan di dalam Umno".

Selanjutnya boleh baca sendiri di berita asal Malaysiakini untuk mengetahui cerita penuh mengenai perkembangan ini. Arif Sabri dengan tegas menyatakan:

"Sebagai Muslim, saya menukar wadah, bukan akidah…dan ini sangat ditakuti Umno. Mereka risau monopoli mereka ke atas Melayu kini berakhir,"

Sekaligus mendedahkan pembohongan UMNO terhadap DAP selama ini.Mat Sabu turut melapurkan bahawa semakin ramai anak muda melayu tertarik dengan DAP, bukan UMNO atau PAS atau PKR.Fenomena politik baru!!!!!

Ambik kau! UMNO pembela melayu konon!

Ni bukan penampaq, dah penendang ke muka dah nih... kahkahkah...

Posted: 04 Jan 2012 01:30 AM PST

Lagi tamparan kepada MCLM berhubung kenyataan RPK

Gerakan Kebebasan Awam Malaysia (MCLM) menerima satu lagi tamparan hari ini apabila dua lagi calon mereka telah dikenal pasti untuk diketengahkan sebagai calon bebas pada pilihan raya umum ke-13 akan datang menarik diri.

Semua ini gara-gara tidak berpuas hati dengan pandangan pengerusi MCLM, Raja Petra Kamaruddin yang disiarkan dsemasa temu bualnya dengan media arus perdana hujung minggu lalu.

"Dukacita dimaklumkan, saya tidak lagi mahu dikaitkan Gerakan Kebebasan Awam Malaysia," kata Malik Imtiaz Sarwar dalam satu kenyataan hari ini.

"Saya telah membincangkan perkara berkenaan dengan Encik Sreekant Pillai yang juga meminta saya menyatakan bahawa beliau berkongsi pandangan dengan saya dan juga mahu dirinya diasingkan daripada gerakan itu," katanya.

Semalam, Presiden MCLM Haris Ibrahim meletakkan jawatan daripada organisasi itu kerana tidak puas hati dengan kenyataan Raja Petra itu.

Haris berkata, isu yang dibangkitkan Raja Petra dalalam wawancara itu bertentangan dengan apa yang difahami sebagai pendirian organisasi itu.

"Komen-komen itu... banyak melemahkan usaha saya, termasuk melalui MCLM, dalam usaha (kempen) Asalkan Bukan Umno/BN (ABU)," katanya.

Beliau juga berkata sedih apabila Raja Petra terus melihat rakyat Malaysia berdasarkan warna kulit -- Melayu, Cina dan India -- sedangkan pihaknya dari hari ke hari memperjuangkan agenda seperti Saya Anak Bangsa Malaysia (SABM).

Cari sakit dia ni, dok sokong Anwar buat hapa... kahkahkah...

Posted: 04 Jan 2012 12:00 AM PST

Majlis Peguam: Himpunan 901 Dibenarkan Perlembagaan

Oleh Mat Zahari Bin Ali

SHAH ALAM, 3 JAN : Isu berhubung himpunan 901 sempena dengan pengumuman kes fitnah Liwat ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) sama sekali tidak bercanggah dengan undang-undang negara malah dibenarkan oleh Perlembagaan.

Ini kerana himpunan yang bakal diadakan itu sekadar perhimpunan untuk memberi sokongan kepada DSAI yang dibicarakan semenjak hampir 3 tahun lalu berhubung konspirasi untuk mengaibkan Anwar di mata rakyat oleh musuh-musuh politik beliau.

Menurut Presiden Majlis Peguam, Lim Chee Wee tidak tertulis di mana-mana perlembagaan pun bahawa kehadiran sebagai tanda sokongan kepada tertuduh di mahkamah adalah satu kesalahan.

"Mahkamah adalah tempat terbuka kepada orang ramai untuk hadir mendengar perbicaraan.

"Malah orang ramai mempunyai hak untuk hadir ke mahkamah apa lagi untuk memberi sokongan kepada tertuduh selain mendengar keputusan yang akan diberikan," ujar Lim memberi ketika dihubungi TV Selangor.

Lim turut memberitahu bahawa jumlah yang akan hadir ke perhimpunan itu nanti bukan satu isu untuk dijadikan alasan pihak berkuasa bahawa perkara tidak diingini akan berlaku.

"Sebaliknya jika pihak polis memberi kerjasama mengawal keadaan, saya tidak melihat sebarang masalah untuk rakyat yang prihatin berhimpun memberi sokongan kepada sesiapapun yang mereka ingini," tegas Lim yang dihubungi melalui panggilan telefon.

Berhubung dakwaan seorang menteri bahawa Majlis Peguam menjadi alat politik, Lim pantas menjelaskan itu bukan isu yang perlu dibangkitkan.

"Kami tidak menyebelahi mana-mana pihak atau individu. Sebagai pengamal dan penegak perundangan kami cuma berminat pada asas perundangan iaitu keadilan yang menjadi hak setiap manusia," katanya lagi.

Lim turut membangkitkan sikap 'Double Standard' pihak berkuasa dalam menangani isu-isu seperti ini bilamana perhimpunan yang membabitkan PKR seringkali diprovokasi dengan isu keselamatan.

"Sikap double standard ini sangat mendukacitakan malah menjatuhkan karisma, keupayaan dan professionalisme pihak berkuasa polis dalam menjalankan tugas mereka.

"Sambutan Tahun Baru dihadiri oleh puluhan ribu rakyat dibolehkan dan dapat berlaku dengan baik hasil kerjasama pihak berkuasa juga. Tapi mengapa pula kes seperti ini yang tidak pun melanggar mana-mana undang-undang dijadikan isu?," soal Lim kembali.

Lim dengan positif juga menyatakan bahawa mereka yang akan hadir 9 Januari ini pasti terdiri dari golongan yang cintakan perundangan yang adil dan tidak akan sesekali mencetuskan huru-hara walau apapun keputusan mahkamah seperti yang cuba digemburkan sesetengah pihak.

"Saya harap orang ramai akan hadir memberikan sokongan kepada DSAI. Himpunan ini penting bukan sekadar membela DSAI semata-mata sebaliknya penting kepada orang awam juga berkenaan sistem perundangan negara yang semakin parah.

"Hadirlah beramai-ramai untuk menunjukkan bahawa rakyat hari ini sudah bosan dan jemu dengan konspirasi dan fitnah seperti ini dan rakyat menolak sebarang ketidakadilan dan kezaliman yang berlaku," ujar Lim lagi.

Kesian kat Harussani, tetiba jadi bisu... kahkahkah...

Posted: 03 Jan 2012 10:00 PM PST

Insiden Mahasiswa Dibelasah Polis : Mengapa Harussani Membisu?

Oleh Mohd Sayuti Omar

Mufti Perlis Dr Juanda Jaya dan bekas Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainal Abidin masing-masing telah memberi reaksi ke atas insiden polis membelasah membuta tuli sekumpulan mahasiswa di pintu UPSI Tanjung Malim, Perak .

Asri menulis surat terbuka memberi pesan dan peringatan kepada polis. Menjelaskan tugas dan apakah sikap yang perlu polis negara ini amalkan. Asri juga menyebut tugas polis sebenarnya dan pasukan

itu adalah satu pasukan terpuji. Justeru gulungnya harapan atau impian itu perlulah dipertahankan dengan bersikap lunak dalam tugas dan tanggungjawabnya.

Katanya menjadi tanggungjawab polis menjaga keselamatan, mencegah kemungkaran.

Dr Juanda pula mengeaksan anggota polis perlu mengambil tindakan dengan bijak dan bukan bertindak di luar batasan sehingga menyebabkan berlaku kecederaan orang awam.

Katanya sekiranya tindakan itu diambil dengan perasaan marah ia tidak akan menyelesaikan masalah sebaliknya akan bertambah teruk. Juanda barang kali nampak tindakan polis (FRU) di dalam kejadian itu diluar pertimbangan anggota pasukan keselamatan.

Beliau juga mencadangkan untuk mengelak insiden sampai tumpah darah ke bumi itu sepatutnya kedua-dua belah pihak berunding.

Saya puji atas kepekaan Juanda dan Asri dalam memberi reaksi. Seharusnya orang berilmu bangun segera memberi nasihat dan pedoman kepada mereka yang jahil mengenai hak dan kepentingan awam dalam konteks Islam. Para ulmak yang dilihat manusia soleh seharusnya bercakap dalam hal seperti itu dan bukan saja bercakap fasal anak bulan dan nilai zakat setiap tahun.

Tetapi saya merasa anih sedikit di mana Mufti Perak Harussani Zakaria. Biasanya beliau akan ikut memberi ulasan, pandangan dan nasihat bila terjadi sesuatu. Bila timbul isu Umno hendak berbaik dengan Pas beliau akan cepat-cepat iktidal memberi pandangan. Begitu juga bila Pas enggan bersama Umno beliau cepat-cepat memberi salam dan terus mengkritik Pas.

Katanya dia sanggup bekereta tengah malam dalam hujan pergi berjumpa Nik Aziz untuk mengajak Pas bersama Umno?

Tindakan Harusani selama ini seolah dia seorang ulamak yang celik dan peka. Dalam perihal Melayu beliau akan ke depan dan menyokong mana-mana NGO yang obses kepada Melayu. Harussani tidak peduli atau meneliti latar belakang NGO itu asal Melayu beliau akan puji. Akan keluarlah wajahnya di tv memberi pandangan dan sokongan.

Tetapi berlainan dalam kes mahasisiwa di belasah kali ini. Harussani diam membisu seolah merasakan kejadian itu tidak termasuk dalam kitab tegurannya. Apakah beliau masih belum selesai mendirikan solat tahjud atau solat Subuh. Atau beliau tidak ada dalam negeri. Kejadian di Perak di mana negeri yang dibawah takluki ilmu Harussani.

Saya tidak kira Harussani tidak mengetahui akan kejadian itu. Beliau mungkin sedang mendapat maklumat dari polis. Sebagai mufti beliau kena berhati-hati dan kena siasat dulu sebelum membuat teguran. Itu sifat ulamak. Sekiranya tindakan mahasiswa itu menentang pemerintah beliau terus akan diam.

Kita tunggu apa kata Harussani terhadap kejadian itu. Kita tunggu apakah fatwa beliau mengenai kejadian itu. Kita boleh kenal apakah dia Mufti untuk semua atau Mufti untuk satu puak sahaja. Adalah malang kalau tiba-tiba beliau mengeluarkan fatwa tindakan mahasiswa itu sebagai boleh disifatkan penderhaka kepada pemerintah.

http://msomelayu.blogspot.com/

Umno Takut Jin Kacau Kampung... kahkahkah...

Posted: 03 Jan 2012 08:00 PM PST

Ustaz Azhar digeruni UMNO!!

Oleh: umnopenyangak

Assalamualaikum,,..

Seorang sahabat dari BTN pernah memberitahu Ustaz Azhar sekarang ini digeruni oleh UMNO kerana pengaruhnya yang semakin merebak ke seluruh negara. Ustaz Azhar dilihat oleh UMNO mampu menyebabkan mereka tewas PRU 13 nanti. Kalau sebelum ini nama ustaz Azhar tidak begitu dihiraukan tetapi muktakhir ini, Ustaz Azhar sudah mula menjadi target pencacai UMNO dan turut mendapat perhatian ulamak muda UMNO.

Perkembangan baru ini mengesahkan maklumat dari BTN tersebut dan perkara ini mungkin memberikan satu tekanan kepada BTN untuk mengolah serang balas terhadap Ustaz Azhar yang nampaknya tidak memberi peluang kepada mereka untuk berbuat demikian.

Ustaz Azhar sejak tersingkir dari masjid Ladang sehingga kini tetap istiqamah dengan penyampaian bersandarkan nas nas dari alquran, al hadis dan ulamak muktabar. Perkara ini menyukarkan pemikir pemikir UMNO untuk menyerangnya sehinggalah mereka mendapat peluang pada sudut ijtihad mengenai zakat yang khilaf. Peluang ini digunakan oleh ulamak muda mereka untuk menyatakan kesilapan ustaz Azhar tetapi tidak seorang pun yang berani membantah kata kata Ustaz Azhar mengenai kemungkaran yang tidak dicegah dalam negara, tidak seorang pun sanggup menyanggah ulasan Ustaz Azhar mengenai negara yang tidak berada di bawah payung ulamak.

Begitu juga seorang blogger pencacai UMNO yang menyifatkan Ustaz Azhar sebagai agen iblis kerana muncul di sambutan tahun baru sambil bermain gitar bersama Zizan raja Lawak. Dibawanya sebuah hadis yang kononnya mengharamkan alat muzik sebagai hujah. Apa yang boleh dilihat, UMNO mula panik dengan Ustaz Azhar walaupun sebelum ini mereka lebih leka dengan DSAI.

Ustaz Azhar turut memberi tekanan kepada UMNO kerana kelebihan yang ALLAH berikan kepada beliau, mampu menarik ramai golongan muda termasuk awang awang rempit, mampu menarik perhatian ahli ahli UMNO juga di mana dewasa ini semakin ramai ahli UMNO tertarik dengan pengajaran Ustaz Azhar terutama kemampuan Ustaz Azhar menjawab semua soalan secara spotan tanpa sedikitpun lari dari nas nas yang benar.

Kalau di Terengganu, Ustaz Azhar sepatutnya dibenci oleh ahli UMNO kerana secara konsistan mengenakan JKK dalam kuliahnya, istilah Jin Kacau Kampung menjadi popular kerana Ustaz Azhar, tetapi apa yang berlaku ialah tidak semua JKK yang sering dikutuk Ustaz Azhar (kerana perlakuan mungkar mereka) marahkan Ustaz Azhar sebaliknya tetap setia menjadi pendengar kuliah Ustaz Azhar. Malah di setengah tempat, yang menjadi penganjur ceramah Ustaz Azhar ialah JKK sehingga hari ini.

Inilah antara yang tidak disenangi oleh beberapa pemimpin UMNO (terutama mereka yang bercita cita nak jadi calon). Fenomena yang bermula di Terengganu ini sudah menular ke negeri negeri lain, terutama Pahang, Johor, Perak dan Selangor.Ustaz Azhar kini sudah menjelajah di kesemua negeri negeri ini dan di semua tempat, kuliah Ustaz Azhar pasti mendapat sambutan. Walaupun loghat Ustaz Azhar ialah loghat Terengganu, tetapi yang menakjubkan ialah kesemua yang hadir mendengar faham apa yang disampaikan sehingga Ustaz Azhar digelar duta Terengganu kerana mempopularkan loghat Terengganu di mana jua dia berkuliah.

UMNO semakin gerun apabila di malam tahun baru, Ustaz Azhar muncul sebagai selebriti bersama Zizan Zaja Lawak. Dua personel dari Terengganu (tak silap dari kampung yang sama) menggegarkan Shah Alam pada satu acara yang menjadi fenomena kepada sambutan tahun baru negara. Kemunculan Zizan agak memeranjatkan tetapi ketika Zizan dihentam kerana satu lirik filem lakonannya, satu satu orang yang dirujuknya ialah Ustaz Azhar, jadi tidaklah menghairankan kalau Zizan juga turut menyedari usaha ikhlas ustaz Azhar dan ingin turut serta (kita mengharapkan Zizan akan istiqamah selepas ini).

UMNO pasti akan mengelabah dengan Ustaz Azhar selepas ini dan jangan terkejut kalau Ustaz Azhar akan cuba disekat dan kalau ada ulamak muda UMNO muncul berlagak pandai dengan rujukan kepada Nasruddin Albani untuk menyanggah Ustaz Azhar.

BTN sudah mengesahkan ketakutan UMNO kepada Ustaz Azhar! Yang paling digeruni ialah keupayaan Ustaz Azhar yang boleh mengalihkan undi BN kepada PR menjangkaui sokongan kepada mana mana parti.

Raja Petra dah dapat tiket balik... haha...

Posted: 03 Jan 2012 06:00 PM PST

Pendedahan Seorang Ikon Palsu: RPK Akan Pulang!

Akhirnya, Raja Petra Kamarudin sudah mendapat tiket beliau untuk kembali ke tahan air! Kita fikir, berapa lamakah anda boleh dibung negara dan berpura-pura untuk berjuang untuk demokrasi di Malaysia tetapi tinggal di United Kingdom? Kita semua ada perut untuk diisi.

Saya masih ingat lagi pendedahan yang dibuat oleh RPK melalui Malaysia Today yang membuatkan orang seperti saya memulaukan Barisan Nasional dan menginginkan Malaysia yang lebih baik untuk diri sendiri dan anak-anak tanpa kerajaan yang dipimpin UMNO. RPK yang membuatkan kita ketagih dengan blog, dia membuat kita meng-emel pendedahannya kepada rakan-rakan kita dan yang paling penting, dia telah mengembalikan minat kita kepada penulisan. Memang benar, saya tidak pernah menulis untuk topik politik sehinggalah saya menjadi peminat RPK dan tagged beliau.

Setiap pagi saya akan mulakan dengan Malaysia Today kemudian barulah saya membaca surat khabar lain. Dia juga telah menyebabkan saya memulaukan New Straits Time yang saya sudah pun baca selama 10 tahun dan saya hanylah membaca berita domestik dan antarabangsa secara online. Memang saya dapat berjimat wang dan kini hampir 5 tahun saya tidak membeli suratkhabar mainstream. Jumlah orang yang saya telah yakinkan untuk tidak membeli suratkhabar juga semakin meningkat. Tidak syak lgi RPK telah memberikan kepada kita sesuatu yang tidak dapat ditukar ganti. Dia juga sering merujuk kepada manuskrip, undang-undang dan perlembagaan dan dengan itu kelihatan seolah-olah dialah pakar dalam undang-undang terhandal di negara.

Kali pertama rakyat Malaysia dapat akses untuk hentam UMNO!

RPK telah membuat kita melihat perkara dari perspektif beliau tetapi kutukannya terhadap Umno lah yang menjadi perkara utama. Terutamanya kes pembunuhan Altantuya dan penglibatan Rosmah Mansor begitu juga dengan akuan bersumpah yang dibuat oleh penyiasat peribadi P Balasubramaniam. Dengan pendedahan kejahatan Najib dan Rosmah, beliau telah pun di angkat menjadi wira. Ia juga menunjukkan untuk pertama kali, betapa teruknya imej Najib dan Rosmah.

Dengan pendedahan RPK, Umno dan BN dilihat tidak lebih daripada penyangak murahan. Kita juga menjadi obses dan menginginkan berakhirnya rejim jahat ini. Akhirnya kita makan, tidur dan bernafas politik Malaysia menentang BN. Sememangnya hampir semua yang dia katakana mengenai Umno dan BN adalah benar ataupun menjadi kenyataan walaupun Menteri dalam negeri, Hishamuddin mengatakan bahawa apa yang terdapat dalam Malaysia Today hanyalah 40% fakta.

Kemuncaknya adalah pada pilihanraya 2008, di mana RPK membuat ceramah di Kampong Raja Uda dan ia pasti akan diingati untuk satu jangkamasa yang lama bersama dengan penceramah lain, Kit Siang dan Anwar Ibrahim dan ceramah mereka yang mengutuk UMNO terutama yang ada di Selangor telah membuatkan semua terkedu. Mungkin inilah yang cuba dicipta Umno menggunakan RPK- tetapi pastinya dalam mode yang bertentangan.

Tetapi, mampukan RPK mempengaruhi rakyat Selangor bahawa Anwar itu jahat dan Najib itu wira? Sangat menyedihkan yang kehidupan RPK sudak berputar sebegitu. Dia seharusnya menjadi orang yang disanjung bukanlah alat UMNO.

2008, penangkapan dan buang negara

Keputusan pilihan raya 2008 adalah titik paling tinggi buat RPK. Pembankang mengambil 5 negeri termasuk Selangor yang merupakan harta paling berharga mereka. IA juga telah menurunkan jumlah wakil BN dalam Parlimen untuk BN. Saya tidak pasti dengan anda tetapi dia telah membuatkan kami bekerja keras ketika itu. Saya dan rakan-rakan berkempen menentang Samy Vellu di Sungai Siput.Kami benar-benar mahu Samy kalah pada ketika itu jadi kami telah berbelanja RM7 ribu untuk kempen di sana termasuk menghantar sms kepada ramai orang yang tidak dikenali.

Kemudian, beliau ditangkap dibawah ISA dan perbicaraan dijangka berlaku. Beliau menjadi wira kami dan beliau juga mmepunyai pembaca blog dan peminat yang berjumlah lebih daripada 50 000. Saya masih ingat ketika kami membawa lilin di seluruh bandar termasuk yang paling puopular di Amcorp Mall di mana kami bersama isetri beliau Marina. Kami juga berdiri di luar mahkamah untuk berjam-jam lamanya untuk perbicaraan dan kami tidak pedulikan panas ataupun penat. Ada juga diantara kami yang ditangkap tetapi kami tidak peduli. Kami bersama RPK yang telah menunjukkan kepada kami Malaysia yang lebih baik.

Kemudian, dia melarikan diri di luar negara. Kami juga gembira untuk dia dan mengharapkan yang terbaik untuk dia dan Marina, kerana sekurang-kurangnya dia masih boleh menulis di luar negara dengan aman dan selamat. Kami juga menangis mengenangkan anaknya yang di tangkap dan dipukul dan kami rasakan ia adalah pembalasan dendam dari pihak Umno kepadanya. Kami doakan keselamatan dia dan anaknya sehinggalah pada hari dia memberi temuramah pertama dengan The STAR.

Kejutan The STAR

Kami rasakan bahawa dia telah mengecewakan kami dalam temuramah tersebut. Bagaimana setelah sekian lama mengutuk Rosmah dia dengan tiba-tiba menjadi jinak dan mengutarakan sokongan kepada Rosmah dan Najib dalam temuramah itu. Pada ketika itu, pembaca blognya sudah merasa syak. Pembaca terus memulaukan dia. Dia sudah menjadi orang suruhan. Sungguhpun begitu, ada yang masih belum berputus asa terhadap dia kerana sedar mungkin dia dipaksa berbuat demikian.

Ayah yang mana akan membenarkan anaknya di sakiti kerana dia dan kerjanya? Kami syak mereka yang bekuasa sedang mengambil langka-langkah ekstrim untuk menjinakkannya. Mungkin ada betulnya. Anaknya kemudian dibebaskan tidak lama selepas temuramah itu. Kini saya ingin beranya kepad RPK mengenai hubungannya dengan Anwar- sememangnya selama ini hubungan itu kadang-kadang panas, kadangkala sejuk dengan Anwar dan juga parti Keadilan. RPK masuk dan keluar parti itu bila saja dia mahu.

Sedari mula, memang dia tidak begitu suka kepada Anwar dan orang keadilan. Ini kerana mereka berasal dari Umno. Disebabkan ini, RPK merasakan mereka sudah biasa dengan rasuah dan sikap berat sebelah. Semasa dalam Umno, Anwar sering cari pasal dengan orang India. Orang India tidak digemari oleh Anwar.

Semasa era Reformasi, ramai yang bersimpati dengan Wan Azizah, kemudian Nurul Izzah dan barulah Anwar tetapi, menerusi Kempen Bebaskan Anwar oleh RPK, dia telah menjadikan kita percaya kepada Anwar semula.

Putaran terakhir?

Rakanku RPK, hari ini kamu telah memilih untuk menghentam Anwar. Kami tidak kisah kerana itu pandangan kamu atau apa yang kamu rasa salah dahulu sudah menjadi betul sekarang. Untuk kamu, kami sudahpun menerima Anwar dan Pakatan Rakyat. Memang benar Anwar bukanlah malaikat dan samalah juga dengan Najib dan Rosmah kesayangan kamu itu.

Anwar seorang yang berkarisma dan oleh sebab itulah beliau dapat menjadi penghubung kepada perikatan Pakatan dan mengaharungi rintangan yang dilemparkan Umno dan BN. Walau macam mana benci pun kamu kepada Anwar, Anwar tetap menjadi katalis kepada Pakatan- satu-satunya pambangkang yang boleh melawan BN.

Kami rakyat Malaysia perlukan Pakatan untuk mengimbangi BN. Pakatan telah mendapat kekuatan selama 3 tahun ini. Memang ada kelemahan. Mungkin betul atau tidak menurut RPK bahawa Pakatan tidak akan menang PRU 13. Kami tidak kisah itu semua. Kami cuma mahu menghentikan 54 tahun penyalahgunaan kuasa Umno dan BN.

Tidak kisahlah apa yang kamu mahu katakan, tidak lama lagi kita aka nada pembangkang dalam kerajaan dan mereka sudah pun matang pada waktu itu. Kamu katakana bahawa kita akan kehilangan Selangor, tetapi saya yakin ini tidak akan berlaku.

Apapun pandangan anda terhadap Anwar, kami tidak kisah. Walaupun Anwar telah liwat Saiful atau melanggan pelacur Thai itu, kami tidak kisah. Itu adalah masalah peribadi sehinggalah ia dibuktikan benar. Kami hanya kisahkan Pakatan dan Anwar adalah katalis mereka.

Pakatan lebih kuat daripada kamu dan blogger Umno juga lebih baik daripada kamu

Jika Anwar tidak penting mengapa Najib bayar kamu begitu banyak atau berusaha gigih untuk dapatkan kamu bercakap dipihaknya? Mengapa masih peduli untuk hentam Anwar? Apa yang bagus sangat mengenai Anwar jika dia tidak bagus?

Dan, amat menyedihkan walaupun temuramah sensasi dalam suratkhabar Melayu, saya tidak yakin ramai rakyat akan lupa dengan skandal NFC dan kekejaman polis terhadap pelajar UPSI dan protes Adam Adli dan juga keputusan kes Liwat II pada 9 Januari. Keputusannya akan sama. Rakyat akan membenci Umno kerana Najib dan Rosmah. Akhirnya, bukan Anwar yang kalah disebabkan temuramah kamu itu. Kamu sendirilah yang kalah dan kalah teruk.

Tidak RPK. Hari ini kamu telah membeli kebebasan kamu dan akan kembali tidak lama lagi. Saya rasa ada udang disebalik batu dalam kes kamu dan saya rasa kamu tidak benar-benar percaya dengan apa yang kamu cakapkan bahawa kamu tidak kisah kepada pengkritik kamu seperti saya.

Yang sedihnya, mereka yang seperti Big Dog Zakhir Mohamad, Rocky's Bru Ahhrrudin Attan dan Parapu Kari atau Papagomo adalah jauh lebih baik daripada kamu kini. Sekurang-kurangnya mereka kekal dengan pendirian mereka.

Saya ucapkan selamat maju jaya untuk kamu dan selamat tinggal kepada kamu dan Malaysia Today.

Dipetik dari - Malaysia Chronicle

Video: Buat malu kat lembu jaa... kahkahkah...

Posted: 03 Jan 2012 04:00 PM PST

KUALA LUMPUR 3 Jan: Sekumpulan Wanita Umno mendapat 'ceramah khas' dari Annie Ooi Siew Lan atau nama popularnya, 'Untie Bersih' di depan Balai Polis Dang Wangi hari ini.

Annie bertindak demikian secara spontan semasa kumpulan Wanita Umno itu tiba di balai tersebut untuk membuat laporan polis berhubung himpunan menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim, pada 9 Januari ini.

"Untuk apa kamu ada di sini? Kamu perjuangkan siapa? Kamu sepatutnya memperjuangkan mahasiswa yang di pukul (di UPSI) itu dan jangan bersubahat dengan mereka yang membuat ganas terhadap mahasiswa yang hanya berhimpun secara aman," kata Annie.

Nasihat beliau itu bagaimanapun disambut Wanita Umno terbabit dengan menyatakan 'mana ada mahasiswa di pukul, tidak ada, tidak ada'.

Manakala seseorang menyampuk dengan berkata 'tengok videolah, video ada, ada bukti. Jangan jadi lembu'.

Ceramah ringkas Annie beberapa minit itu bagaimanapun tamat selepas wartawan mengerumuni beliau bersama kumpulan Wanita Umno terbabit.

Ketika ditemui wartawan, Annie bagaimanapun terkejut apabila diberitahu wanita Umno itu datang kerana mahu membuat laporan polis terhadap himpunan menyokong Anwar pada 9 Januari ini.

"Kes anak muda dipukul jauh lebih penting dari buat report itu. Sebagai wanita, mereka (Wanita Umno itu) sepatutnya memperjuangkan anak muda dan bukannya bersubahat dengan kerajaan sekarang yang berterusan menyekat kebebasan rakyat yang hanya berhimpun secara aman bagi menyuarakan pendapat," tegasnya yang juga bekas guru.

Annie mula dikenali selepas beliau terlibat dalam himpunan Bersih di Kuala Lumpur pada 9 Julai lalu.

Beliau hadir di balai itu bagi memberi sokongan moral terhadap mahasiswa yang membuat laporan polis akibat dikasari dalam insiden yang berlaku di UPSI, baru-baru ini. Keadilandaily

Buat sesapa yang perasan bagus... haha...

Posted: 03 Jan 2012 02:30 PM PST

Pemimpin datang dan pergi tetapi perjuangan berterusan

Oleh Lanh

PEMIMPIN boleh datang dan pergi dan ada kalanya tergelincir dan tersasar, tetapi perjuangan untuk hidup bersandarkan al-Quran dan hadis tetap akan diteruskan sehingga kiamat.

Hanya pegangan kepada al-Quran dan sunnah saja yang dapat menyelamatkan seseorang, bukannya menjadikan tokoh tertentu dan ternama sebagai sandaran perjuangan.
Jika pun seseorang itu mahu dijadikan contoh, hanya insan yang hidupnya berpandukan al-Quran dan sunnah saja boleh diikuti.

Inilah pesan seorang ustaz dalam tazkirah yang diikuti penulis. Kata ustaz itu, selagi kita berpegang kepada al-Quran dan sunnah, kita tidak akan sesat selama-lamanya.

Semua perjuangan berdasarkan isme dan sanjungan kepada tokoh akan punah akhirnya. Lihatlah akan isme komunis yang diamalkan oleh empayar paling hebat dalam era moden, Soviet Union, akhir tumbang menyembah bumi selepas 70 tahun berkuasa.

Tokoh-tokoh pujaan dunia daripada Firaun pada zaman purba kepada Stalin, Churchill, Kennedy, Nixon, Mubarak, Zein el-Ebiden, dan Saddam semuanya hancur. Demikian juga pemimpin dari rantau Asia seperti Marcos, Suharto dan terkini Kim Jong il.

Insan yang bergantung kepada tokoh ternama untuk mencari kepentingan peribadi akan dimalukan sendiri oleh 'masa'.

Dalam perjuangan umat dan pergerakan Islam, kemenangan yang hendak dicapai bukan hanya di peringkat tempatan dan nasional tetapi juga untuk kepentingan ummah secara global dan yang terpenting, di akhirat sana.

Di sinilah terletak cabaran besar kepada umat dan pergerakan Islam termasuk PAS sedangkan parti lawan hanya berseronok-seronok untuk menang di peringkat tempatan dan nasional.

Jadi antara cabaran pergerakan Islam ialah tanggungjawabnya terhadap Islam manakala tuntutan ke atasnya bukan setakat melaksanakan tuntutan agama bersifat individu tetapi jemaah dan perjuangannya bersifat global. Musuh bukan bersifat tempatan saja tetapi bersifat global.

Berdasarkan Tragedi 11 September 2001, ternyata cabaran umat dan pergerakan Islam semakin mencabar. Konspirasi untuk memburuk dan menjatuhkan Islam semakin menjadi-jadi malahan apa saja bentuk keganasan dengan segera dirujuk kepada orang Islam.

Maka tidak hairan timbulnya istilah-istilah menjijikkan media massa Barat malah diterima pakai media milik orang Islam sendiri seperti 'militan Islam' 'pengganas Islam', 'terroris Islam', 'pengebom Islam' dan 'pelampau Islam'.

Dalam keadaan dunia kini seolah-olah di bawah telunjuk kuasa unipolar Amerika Syarikat, cabaran umat dan pergerakan Islam untuk menegakkan hukum-hakam Allah dan hidup berpandukan al-Quran dan sunnah menjadi semakin sukar.

Kini di seluruh dunia timbul gerakan dan cengkaman kuasa untuk menafikan hak orang Islam. Misalnya di Eropah termasuk di Perancis, hak wanita Islam untuk bertudung dinafikan manakala masyarakat Islam mengalami diskriminasi dan menerima pelbagai ugutan.

Sebaliknya dengan pelbagai helah seperti istilah 'dunia tanpa sempadan', segala yang jijik berpunca daripada cara hidup songsang Barat seperti filem lucah dan kegilaan kepada maksiat seperti arak, zina dan judi dilambakkan di negara Dunia Ketiga khususnya di negara Islam.

Jika ada kumpulan atau negara yang cuba hidup berlainan daripada budaya popular Barat, mereka akan dihancurkan. Inilah yang dialami oleh Taliban yang berkuasa di Afghanistan.

Kesimpulannya, pemimpin akan datang dan pergi tetapi perjuangan untuk menegakkan penghidupan berpandukan al-Quran dan sunnah akan tetap berlangsung.

Bagi individu Muslim, perjuangan itu sepanjang hayat manakala bagi umat dan jemaah Islam, ia akan berterusan sehingga hari kiamat!

Tiada ulasan: