Rabu, 4 Januari 2012

Addin

Addin


Gambar PM Najib Tengah Hisap Cerut

Posted: 04 Jan 2012 09:56 AM PST

Gambar PM Najib Tengah Hisap Cerut


Gambar PM Najib Tengah Hisap Cerut

Gambar PM Najib Tengah Hisap Cerut

Gambar PM Najib Tengah Hisap Cerut

Gambar PM Najib Tengah Hisap Cerut



gambar ~ tawanmalaysia

Bekas Pelajar Maahad Muhammadi, Kelantan Terus Cemerlang Di UK

Posted: 04 Jan 2012 03:15 AM PST

Hangat diperkatakan seluruh negara, mahasiswa cemerlang Malaysia ke United Kingdom membuka aurat, hilang jati diri dan sebagainya. Pesan kami, jangan kita menjadi terlalu negatif, kerana kita semua manusia ada kelebihan dan kekurangan, dan ramai lagi watak cemerlang negara yang terus mengekalkan jati diri dan nama baik negara untuk kita semua teladani. Ambillah yang jernih. Mari kita belajar daripada contoh-contoh kejayaan dan positif. Anak Kelantan yang menduduk tempat pertama dalam SPM 2006, dengan 17 1A dan 1 2A, kini sedang membuat jurusan perubatan (Medicine) di University of Nottingham, United Kingdom. 

Beliau ialah Siti Fatimah Mukhtar.

Klik untuk besarkan

Masih kekal dengan imej tudung labuh, masih kekal dengan jati diri sebagai seorang rakyat Malaysia dan sebagai seorang Muslim. Inilah watak yang seharusnya menjadi contoh kepada seluruh anak muda dan para pelajar di seluruh negara.

 Siti Fatimah bersama dengan keputusan peperiksaan SPM 2006 beliau. Cukup cemerlang sehingga dinobatkan sebagai pelajar terbaik seluruh negara dengan 17 1A dan  1 2A.


Fatimah sentiasa memberikan tunjuk ajar kepada adik-adik junior yang datang meminta nasihat

  
Fatimah (kiri sekali) bersama rakan-rakan kuliah perubatan di University of Nottingham, masih mengekalkan imej bertudung labuh walaupun berada di negara Barat. 


Fatimah (dua dari kiri) menyemak bacaan Quran rakan beliau. 


 
Masa lapang digunakan untuk mengajar dan sama-sama bertadarus al-Quran bersama teman-teman di sekitar Nottingham, UK.

Majlis sering dihadiri oleh para pelajar Malaysia, Brunei dan Indonesia yang bacaan mereka disemak oleh Fatimah yang sudah menghafaz lebih kurang 17 juzu' al-Quran. ~mengajipastiboleh


(Gambar) Pelajar Malaysia Maut Dalam Kemalangan Di New Jersey

Posted: 03 Jan 2012 09:59 PM PST

KUALA LUMPUR, 4 Jan - Seorang pelajar Malaysia terbunuh dan empat yang lain cedera dalam kemalangan sebuah kereta di New Jersey, demikian menurut akhbar The Republic, yang berpejabat di Columbus, Indiana, Amerika Syarikat. Laporan itu mengesahkan bahawa pelajar yang terbunuh dalam kemalangan Isnin lepas di laluan Interstate 78 itu, menuntut di Ohio State University, tetapi namanya belum disiarkan.

Pelajar kedua berada dalam keadaan kritikal dan tiga yang lain dilaporkan dalam keadaan stabil. Kesemua mereka berusia antara 19 dan 21 tahun. Laporan itu menyatakan kemalangan itu berlaku pada kira-kira 4 petang (waktu tempatan) apabila Chevrolet Equinox terbabas keluar jalan dan melanggar pokok dan tiang lampu.

Polis berkata pemandu keletihan. Sementara itu, Wisma Putra ketika dihubungi berkata pihaknya akan menghubungi Kedutaan Malaysia di Amerika Syarikat untuk mendapatkan butir-butir lanjut. ~bernama

Seorang pelajar Malaysia terbunuh dan empat yang lain cedera dalam kemalangan sebuah kereta di New Jersey

Tiada ulasan: