Ahad, 1 Januari 2012

shalehudin

shalehudin


Mai gelak, Tian Chua buat lawak... kahkahkah...

Posted: 01 Jan 2012 10:00 AM PST

Orang UMNO mana yang jumpa ngan Anwar nih...

Posted: 01 Jan 2012 09:11 AM PST

Perang Muhyiddin Najib… Umno Bn HANCOR !!!

Oleh: reformis1998

Menjelang pilihanraya umum ke13, kemelut semakin membuak dalam UMNO. Perang 'Besar' yang cuba ditutup oleh media perdana telah mengakibatkan satu 'Bom Jangka' yang akan meletus dalam masa yang terdekat menjelang PRU.

Puak-puak Muhyiddin dan Najib sudah mula meniup whistle terhadap satu sama lain.

Terbaru, seorang blogger bernama whistleblower711 telah mendakwa bahawa orang kanan Timbalan Perdana Menteri, Mohd Shukor Abdul Manan telah dituduh terlibat dalam kancah rasuah UMNO- menerima lebih RM100,000 sebulan untuk sumbangan beliau.

Dalam senario rasuah di Malaysia, pemimpin tertinggi seperti Muhyiddin dan Najib Razak tidak akan menerima rasuah secara terus. Ia biasanya akan disalurkan dahulu kepada orang-orang kanan mereka.

Pendedahan dan Perang :

Pendedahan ini telah mencetuskan perang apabila timbul laporan bahawa Awang Adek Hussin, setiausaha kanan Najib dan juga Timbalan Menteri Kewangan juga mendapat sumbangan wang. Awang telah mengaku bahawa wang itu dimasukkan dalam akaun beliau (baca sini).

Walaubagaimanapun, ada spekulasi bahawa akan ada lagi pendedahan dalam keghairahan pemimpin UMNO membongkar aktiviti-aktiviti tdak sihat mereka, seperti pendedahan Shahrizat… "Beritahu saya, pemimpin UMNO yang mana tiada masalah?" jawab Shahrizat yang bertindakbalas terhadap desakan untuk beliau meletak jawatan.

Dalam perang yang tercetus sekarang ini di dalam Umno, Najib telah dipersalahkan selepas puak-puak beliau telah mengenakan Ketua Wanita Shahrizat Jalil tentang skandal RM250 juta NFC.

Antara lain yang menjadi sasaran mereka adalah Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin dan bekas presiden Abdullah Badawi yang telah mengesyorkan Shahrizat kepada Muhyiddin untuk projek NFC itu.

Puak-puak Najib juga mahu menjatuhkan Muhyiddin yang mereka takuti akan mencabar Najib untuk jawatan presiden Umno tahun depan.

Tetapi, nampak gayanya, perbuatan itu hanya akan berpatah balik kepada Najib sendiri yang diketahui tidak mempunyai rekod yang baik. Terdapat kebimbangan dikalangan pemimpin lama Umno bahawa perkembangan sebegini hanya akan menjatuhkan Umno dengan lebih cepat.

'Tikam menikam' di antara 2 kumpulan orang utama parti telah mencetus perasaan kecewa dikalangan orang-orang Najib dan puak-puak Muhyiddin yang pasti akan mencabar jawatan Presiden Umno tahun depan. Akibat 'Perang' ini dan KEKECEWAAN yang melanda, ramai pemimpin-pemimpin Umno telah mula berfikir dan merancang sesuatu bagaimana untuk menghadapi kekalahan Bn selepas PRU nanti.

Ada yang sudah bermain-main di fikiran mereka untuk bercadang berhijrah ke negara lain, terutamanya pemimpin-pemimpin dari kalangan MCA dan MIC. Dan terdapat juga pemimpin-pemimpin Umno yang sudah mengadakan pertemuan 'SULIT' dengan Anwar Ibrahim, termasuklah pak-pak Menteri untuk menyatakan… "Please Count Me In…"

Sebab itu, Rakyat boleh melihat… hanya Najib dan Muhyiddin yang bertungkus lumus berkempen cuba untuk membawa bersama-sama mereka pemimpin-pemimpin UmnoBn, untuk berjuang menentang Pakatan Rakyat habis-habisan… tapi pemimpin-pemimpin UmnoBn ini telah buat lakonan terbaik dalam sejarah perfileman Negara.

Setelah puak-puak Umno mula bercakaran akibat ketamakan pemimpin-pemimpin mereka… Rakyat akan pastikan KEHANCORAN UmnoBn dalam pilihanraya ke 13 nanti.

Tolong, tolong... syaitan dah bisu... kahkahkah...

Posted: 01 Jan 2012 05:00 AM PST

Mashitah cuba mengampu jadi calon?

KUALA LUMPUR- Dewan Pemuda PAS Selangor (DPPNS) mendakwa tulisan terbaru Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim dalam akhbar Sinar Harian semalam sebagai "cuba mengampu" untuk jadi calon pilihan raya.

Sambil membidas tulisan yang bertajuk 'Langit Terbuka' itu, ketua DPPNS, Hasbullah Mohd Ridzwan berkata, ianya juga ibarat seperti pepatah Melayu "paku dulang paku serpih, mengata orang awak yang lebih".

"Tulisan Dr. Mashitah adalah berdasarkan emosi dan sangkaan buruk terhadap PAS tanpa pemahaman sebenar konteks kenyataan dan ucapan yang dibuat.

"Tidak pernah YB Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang mengeluarkan ucapan yang mengkafirkan orang-orang Umno melainkan pemimpin-pemimpin Umnolah yang telah menjaja isu 'takfir' ini setiapkali musim pilihanraya," ujarnya merujuk tulisan Mashitah itu.

Hasbullah menjelaskan, ucapan Tuan Guru Presiden PAS hanyalah menjelaskan tentang batas-batas Iman dan kufur tetapi telah diselewengkan fakta oleh Umno menjadi isu kafir mengkafir.

Selain membidas presiden PAS dengan isu kafir mengkafir, Mashitah juga didakwa turut menghentam Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berhubung isu tragedi Bukit Kepong yang hangat diperkatakan sebelum ini.

"DPPNS merasakan tiada silapnya kenyataan Timbalan Presiden PAS, Tuan Haji Mohamad Sabu mengenai tragedi Bukit Kepong malah ianya telah membuktikan berlakunya penyelewengan fakta di dalam sejarah Malaysia oleh Umno," tegasnya.

Malah, ujarnya sehingga kini kenyataan dan ucapan pemimpin PAS adalah berdasarkan fakta dan tidak dipengaruhi oleh emosi serta sangkaan jahat kepada pihak lain.

Keadaan sama katanya tidak berlaku kepada pemimpin-pemimpin Umno yang dilihat hanya melempar tuduhan dan fitnah berdasarkan emosi dan bukan fakta.

Sambil menasihatkan Mashitah agar melihat kemungkaran pemimpin Umno, Hasbullah berkata tulisan timbalan menteri itu sepatutnya ditujukan kepada pimpinan parti yang dianggotainya itu.

"Tutur kata pemimpin Umno dan Barisan Nasional yang secara jelas menghina hukum hudud dan sunnah Nabi Muhammad sepatutnya diberi lebih perhatian oleh Al fadhilah Ustazah Dr. Mashitah daripada menghentam pemimpin pembangkang secara membuta tuli semata-mata kerana ingin mengampu dan membodek untuk menjadi calon pilihanraya.

"DPPNS menasihatkan Dr. Mashitah supaya jujur di dalam memberikan pandangan dan tulisan berdasarkan ilmu Islam yang sebenar dan bukan menjadi 'syaitan bisu' yang hanya pandai mengampu, membodek dan membiarkan pemimpin mereka melanggar hukum Allah Taala serta melakukan kerosakan di atas muka bumi ini," katanya. - Harakahdaily

Hassan Ali bukan ahli PAS... kahkahkah...

Posted: 01 Jan 2012 04:41 AM PST

Antara ahli PAS dan orang PAS
Bercakap pasal Datuk Hassan Ali bukan ahli PAS teringat saya dengan beberapa orang yang bukan ahli PAS bertanding sebagai calon PAS lantas menang dan dilantik salah seorang EXCO dalam kerajaan PAS Terengganu.

Sama ada benar atau tidak beliau itu bukan ahli PAS sampai sekarang kita tak tahu. Yang tahu kedudukan tersebut hanya PAS pusat sahaja. Demikian juga status Datuk Dr Hassan Ali.

Kita hanya dengar cerita sahaja. Tapi cerita sahih yang penulis ketahui Datuk Ustaz Harun Taib ketika masih belajar di Mesir balik bertanding sebagai calon PAS dulu dia bukan ahli, tapi dia orang PAS.

Pada saya demikian juga pasal Datuk Dr Hassan Ali yang buat kecoh baru baru ini. Jika benar dia bukan ahli PAS tapi dia orang PAS yang pernah bertanding dan menang sebagai ahli Parlimen PAS Perak.

Bukan setakat itu sahaja malahan beliau menang di kerusi DUN di Selangor. Dalam musim pilihanraya umum ke 12 beliau bertanding lagi sebagai calon PAS di Selangor dan menang lagi lantas dilantik sebagai EXCO.

Apa pun beliau disifatkan sebagai salah seorang orang PAS yang menganggapnya dirinya berilmu dan paling bijak dalam PAS secara individu.

Beliau dianggap sesetengah puncuk pimpinan PAS tidak memperdulikan adab jemaah dalam Islam.Bukan beliau seorang sahaja yang berperangai seumpama itu malahan ramai.

Bukan setakat itu sahaja malah beliau tidak menyedari tindakannya itu akan menjadi mangsa serigala politik yang menjadi musuh perjuangan Islam.

Presiden PAS dalam satu kenyataan ada menyebut secara umum kepada Ahli dan orang PAS sesiapa yang ber berlagak pandai tanpa ilmu yang sebenar akan tersungkur dengan lagaknya.

Sehubungan cakap cakap pasal Datuk Dr Hassan Ali bukan ahli PAS teringat saya pada nama Tun Salleh Abbas yang dikatakan bukan juga ahli diberi kepercayaan bertanding sebagai calon PAS dan menang pada pilihanraya umum 1999.

Bukan setakat itu sahaja malahan beliau dilantik sebagai EXCO.Sehingga hari ini kita tak tahu status sebenar sama ada sudah isi borang jadi ahli PAS atau sebaliknya.

Dalam diam diam timbul cerita dan cakap cakap, ustaz Azhar Idrus yang popularitinya lebih tinggi berbanding presiden PAS sekarang juga disebut bukan ahli PAS tapi menjadi pendakwah diatas pentas PAS.

Ini hanya cerita yang menjadi buah mulut kebanyakan orang PAS. Mungkin beliau sudah jadi ahli PAS ,tapi ramai tak tahu.Macam juga Datuk Dr Hassan Ali, yang dikatakan dia bukan ahli PAS tapi dia orang PAS.

Akan terselakkah kain Rosmah... kahkahkah...

Posted: 01 Jan 2012 01:30 AM PST

Langkah Shahrizat seterusnya: Akan tercetuskah pemberontakan ahli Umno terhadap Najib?

Written by Nawawi Mohamad, Wong Choon Mei, Malaysia Chronicle

Terdapat ramai yang sangat tidak berpuas hati dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak atas sebab-sebab yang begitu banyak. Ada yang tidak gembira kerana Najib bukanlah Perdana Menteri yang dipilih dan merasakan dia tidak boleh menjalankan tugas sebagai pembuat keputusan tertinggi bagi Malaysia, dan Malaysia tidak berada dalam keadaan yang lebih baik sejak beliau mengambil alih jawatan.

Mungkin pada masa ini, orang-orang UMNOlah yang paling membimbangkannya kerana mereka adalah orang dalaman. Mereka benar-benar tidak berpuas hati dengan prestasi buruk Najib dalam sektor ekonomi kerana ini melibatkan periuk nasi mereka. Bahagian kek yang besar bagi orang UMNO telah menjadi kecil. Ahli-ahli UMNO juga tidak berpuas hati kerana Najib hanya mahu orang-orangnya dalam senarai 'calon boleh menang'.

Wajah talam dua muka UMNO

Dalam perhimpunan agung November lalu, Najib menyangka bahawa dia telah berjaya memujuk perwakilan untuk membuat resolusi bagi membenarkan dia menjadi presiden sekali lagi. Tetapi anehnya dia tidak Nampak bahawa mereka hanya berpura-pura sama seperti pentadbiranya yang penuh dengan sifat kepura-puraan. Contohnya Idris Jusoh, yang merupakan orang pertama menyokong resolusi Najibmemberi jaminan bahawa dia dengan senang hati akan melepaskan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) jika ia akan membantu UMNO menang PRU ke-13 nanti.

Kini dengan hanya tempoh sebulan, Idris mendendangkan lagu lain pula. Idris, hanya beberapa hari yang lalu telah memberi amaran bahawa jika lawannya Ahmad Said dibenarkan untuk bertanding, UMNO akan kehilangan kerajaan negeri Terengganu. Masihkah ada sesiapa yang percaya perbalahan dalaman masih tidak wujud di Terengganu seperti yang didakwa UMNO? Lebih-lebih lagi, adakah mana-mana ahli UMNO yang benar-benar mempercayai Najib untuk berlaku adil dalam memperuntukkan kerusi bagi kerusi-kerusi panas bagi membuktikan parti itu masih hidup dalam sebuah keluarga bahagia yang besar!

Mungkin, lebih-lebih lagi Shahrizat yang masih lagi ahli UMNO yang mempunyai potensi untuk menghancurkan Najib. Seperti Idris Jusoh, yang nekad tidak membenarkan mana-mana pemimpin UMNO yang lain menjadi Menteri Besar Terengganu yang seterusnya, Shahrizat pula bersiap untuk berperang. Dia sibuk mengumpul sumber untuk memastikan bahawa Najib dan penasihatnya tidak tidak akan menjatuhkan dirinya dengan menggunakan skandal NFC yang bernilai RM250mil sebagai alat. Ini termasuk kem-kem yang diketuai oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Perdana Menteri, Abdullah Badawi.

NFC mengambil rupa bentuk lain di dalam UMNO

Sejak skandal NFC didedahkan oleh pihak PKR, pimpinan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim, ia telah wujud dalam bentuk lain pula dalam UMNO itu sendiri. Ia telah menjadi suatu alat bagi tawar-menawar boleh digunakan oleh Najib untuk meraih sokongan rakan-rakan dalam parti dan mencantas putik cabaran dari Muhyiddin untuk jawatan presiden pada tahun 2012. Untuk rakyat Malaysia yang lain, NFC adalah lambing kemerosotan negara ini selepas beberapa dekad rasuah berleluasa namun, kepada orang-orang UMNO, ia hanya satu lagi pertempuran dalamanbakal menjadi ibu kepada perang sivil UMNO.

'Pelan B' yang merupakan perangkap yang bodoh Najib melibatkan seorang saudara keluarga Shahrizat yang dikatakan telah disogok untuk berpaling terhadapnya. Ini tidak mungkin akan berjaya kerana ianya tidak lagi mudah untuk meyakinkan rakyat Malaysia sudah semakin kritis dan benar-benar jijik dengan DVD seks Datuk T terhadap Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim pada awal tahun ini.

Satu lagi sebab kerana, Pilihan Raya Umum ke-13 yang sudah terlalu hampir.

Perang saudara telah bermula

Sementara itu, apabila Najib sedang bersedia untuk berhadapan dengan Muhyiddin, penyokong-penyokong mereka telah mula melepaskan tembakan peluru di antara satu sama lain. Pembantu rapat Najib yang juga Timbalan Menteri, Awang Adek telah didedahkan sebagai menerima 'sumbangan' yang beliau tegaskan adalah dana yang bertujuan untuk membiayai bahagian UMNOnya, tetapi ia boleh jadi hanyalah sebahagian daripada politik wang.

Maklumat yang sama telah didedahkan melibatkan setiausaha kanan peribadi Muhyiddin, yang juga menerima wang, yang memaksa Muhyiddin untuk menjalankan siasatan. Walau bagaimanapun, semua tahu bahawa dana yang dikumpul oleh pembantu kanan ini akhirnya akan digunak oleh pihak pemimpin-pemimpin tertinggi, mendorong ramai untuk mencemuh Muhyiddin atas "jaminan palsu" itu.

Bagaimanpun, dalam kes Shahrizat, ia akan menjadi lebih rumit kerana jika dia dikompromi, begitu juga nasib UMNO. Pertama, dengan Shahrizat masih dalam UMNO kes NFC akan dikaitkan dengan UMNO dan ini akan mendatangkan kesan yang buruk. Tetapi, jika Shahrizat diketepikan, dipaksa berhenti atau dipecat, Penyokong Shahrizat akan bersimpati dan merasakan bahawa Najib tidak berlaku adil dan gagal untuk menjalankan tugas-tugas presiden dengan baik.

Sahrizat dan pilihannya

Shahrizat mempunyai beberapa pilihan. Sebagai orang dalam, dia tahu banyak perkara dan dengan mudah boleh meniupkan wisel sama ada dalam penulisan blog atau dengan fakta dan bukti terhadap sesiapa yang menentangnya pada masa ini.

Trend ini telah dikesan didalam UMNO untuk menggerunkan kebanyakkan pemimpin UMNO. Shahrizat hanya boleh tunggu dan lihat tetapi dia juga mungkin membuat satu langkah berjaga-jaga kerana dia tidak lagi ada i apa-apa untuk disembunyikan dan hanya mahu menyelamatkan keluarganya.

Perang blogger telah terikat di sisi undang-undang untuk mewujudkan rasa tidak puas hati orang dalaman UMNO terhadap Najib, keranan baru-baru ini dia telah melancarkan satu ruang siber jutaan ringgit lengkap dengan askar siber dan penulis blog yang dibayar menggunakan dana kerajaan untuk menyerang pembangkang. Pesaingnya dalam UMNO boleh mengagak bahawa mereka juga akan menerima tempias ini dan akan tertanya-tanya mengapa wang rakyat digunakan untuk kepentingan Najib.

Jelas sekali, untuk memburukkan Najib, mereka yang tidak berpuas hati dengan Najib akan memulakan kerjasama dengan Shahrizat. Orang dalaman parti berkata, Muhyiddin telah cuba menyelesaikan sebagai isu ini. TPM, yang juga Timbalan Presiden UMNO, telah memberitahu pemberita bahawa tiada keputusan telah dibuat ke atas nasib Shahrizat.

Bagi bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad, walaupun telah menggesa Shahrizat untuk berhenti sebelum dia dihalau keluar, mungkin juga akan membantu Shahrizat - bukan semata-mata untuk Sahrizat tetapi kerana sifat kuku besinya yang ingin meletakkan lebih banyak tekanan kepada Najib untuk memastikan bahawa orang-orangnya termasuk Mukhriz berada dalam senarai calon-calon boleh menang.

Semua pertaruhan dihentikan, pelaung terbuka buat semua

Kesannya, Ketua-ketua UMNO yang licik dengan satu tamparan skandal NFC telah menjadikan senarai calon-calon 'boleh menang' Najib tidak bermakna. Semua pertaruhan tidak berguna. Tiada seorang pun calon pilihan Perdana Menteri boleh yakin untuk bertanding bagi kerusi. Sekarang musim bebas untuk semua merebut kuasa telah diisytiharkan untuk UMNO, lanun tertua Malaysia!

Oleh itu, rakyat Malaysia boleh mengharapkan beberapa pembongkaran mengejutkan. Khir Toyo, Altantuya, Scorpenes, alatan perang yang berlipat ganda mahal, rasuah di wilayah Iskandar yang melibatkan kelaurga Badawi dan mungkin cincin berlian bernilai AS $ 24 juta Wanita Pertama kita Rosmah Mansor akan muncul semula dalam tajuk utama media semasa dalam beberapa bulan sebelum pilihan raya yang umumnya dijangka pada bulan Mac 2012.

Malaysia Chronicle

Orang Muhyiddin kena, orang Najib terpalit sama...

Posted: 01 Jan 2012 12:00 AM PST

Perang dingin meletus dalam UMNO: Orang Muhyiddin dituduh rasuah

Written by Maria Begum
Kemelut semakin membuak dalam UMNO. Mereka yang kecewa sudah mula meniup whistle terhadap satu sama lain.

Setiausaha sulit kanan Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin adalah yang terbaru dituduh terlibat dalam kancah rasuah UMNO- menerima lebih RM100 000 sebulan untuk sumbangan beliau.

Dalam senario rasuah di Malaysia, pemimpin tertinggi seperti Muhyiddin dan Najib Razak tidak akan menerima rasuah secara terus. Ia biasanya akan disalurkan dahulu kepada orang-orang kanan mereka.

"Saya tidak tahu menahu kecuali apa yang saya baca dalam blog. Saya akan lihat perkara ini. Apa jua yang dikaitkan kepada sesiapa yang berada dalam jabatan saya, saya akan lihat kepada perkara itu." Muhyiddin memberitahu wartawan Selasa lalu.

Pendedahan atau permulaan perang?

Seorang blogger bernama whistleblower711 telah mendakwa bahawa orang kanan TPM, Mohd Shukor Abdul Manan telah menerima lebih RM 100 000 sebulan untuk sumbangan.

Pendedahan ini juga adalah menyusuri laporan bahawa Awang Adek Hussin, setiausaha kanan Najib dan juga Timbalan Menteri Kewangan juga mendapat sumbangan wang.

Awang telah mengaku bahawa wang itu dimasukkan dalam akaun beliau dan menjelaskan bahawa ia adalah untuk program kebajikan di Bachok di mana beliau adalah ketua bahagian UMNO di sana.

Walaubagaimanapun, ada spekulasi bahawa akan ada lagi pendedahan dalam keghairahan pemimpin UMNO membongkar aktiviti-aktiviti tdak sihat mereka.

Itu untuk ini

Najib telah dipersalahkan mengenai perang yang sekarang tercetus dalam UMNO selepas kumpulan beliau mengenakan Ketua Wanita Shahrizat Jalil tentang skandal RM250 juta NFC.

Mereka juga mahu menjatuhkan Muhyiddin yang mereka takuti akan mencabar Najib untuk jawatan presiden tahun depan.

Antara lain yang menjadi sasaran mereka adalah Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin dan bekas presiden Abdullah Badawi yang telah mengesyorkan Shahrizat kepada Muhyiddin untuk projek NFC itu.

Tapi, nampak gayanya, perbuatan itu hanya akan berpatah balik kepada Najib sendiri yang diketahui tidak mempunyai rekod yang baik. Terdapat kebimbangan dikalangan pemimpin lama UMNO bahawa perkembangan sebegini hanya akan menjatuhkan UMNO dengan lebih cepat.

Malaysia Chronicle

Kelaku hodoh kat PUTRAJAYA...

Posted: 31 Dec 2011 11:02 PM PST


Pendedahan Mengejutkan tentang PUTRAJAYA......

Oleh: sangkancil

PUTRAJAYA: Gahnya nama Flet Hijau di sini dengan kegiatan maksiat sukar dinafikan apabila lebih 50 pasangan bukan mahram yang dipercayai sedang bersiap atau berniat melakukan 'projek' ditahan di penempatan itu sejak beberapa bulan lalu.

Lebih memalukan, flet 11 tingkat yang mempunyai lebih empat blok itu menjadi markas golongan remaja dan pasangan kemaruk seks melampiaskan nafsu serakah di rumah sewa sama ada milik pasangan lelaki atau wanita tak kira siang atau malam.

Keadaan menjadi lebih 'meriah' waktu malam dengan gelagat remaja perempuan menggunakan taktik berpakaian sopan termasuk bertudung litup memasuki rumah terlebih dulu sebelum diekori pasangan lelaki yang kemudian memulakan adegan mereka.

Kegiatan tidak bermoral di rumah pangsa berkenaan kebanyakannya dipercayai membabitkan pekerja swasta dan kakitangan kerajaan berusia 20 dan 25 tahun yang menyewa di flet berkenaan.

Flet Hijau satu-satunya kediaman disewakan kepada orang ramai di bandar pusat pentadbiran kerajaan Persekutuan ini.

Kegiatan tidak bermoral itu didedahkan sumber agensi kerajaan kepada Harian Metro yang mendakwa perbuatan maksiat di kalangan penghuni Islam di flet yang terkenal dengan panggilan Flet Hijau itu berlarutan sejak beberapa tahun lalu.

Menurutnya, laporan mengenai kegiatan maksiat dan khalwat di flet berkenaan memang sukar ditangani kerana premis berkenaan turut disewa kepada pekerja swasta selain kakitangan awam.

Sumber itu berkata, lebih 50 tangkapan dilakukan terhadap pasangan yang dipercayai melakukan maksiat di flet berkenaan dan ia jumlah yang mengejutkan.

"Kami percaya mereka menggunakan rumah sewa itu untuk melakukan perbuatan tidak bermoral dengan pasangan tanpa menghiraukan teguran penghuni lain.

"Pelaku maksiat memang bijak menggunakan taktik bagi mengaburi mata penghuni lain dengan hanya membenarkan pasangan memasuki rumah selepas beberapa minit mereka masuk.

"Taktik ini yang kami kesan sepanjang pemantauan sebelum menahan beberapa pasangan yang dikenal pasti," katanya.

Malah, katanya, ada antara gadis yang sengaja bertudung litup dan berperawakan bersopan sehingga tidak disangka mereka turut melakukan perbuatan terkutuk itu.

Menurutnya, berdasarkan laporan serbuan pihak berkuasa, kebanyakan penghuni rumah yang diserbu mengambil masa sehingga lebih 10 minit untuk membuka pintu dan ia menguatkan lagi anggapan mereka melakukan perbuatan tidak bermoral di kediaman itu.

"Bila kami sampai, mereka dipercayai dah selesai 'projek', malah sempat berpakaian lengkap sebelum membuka pintu seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku selain memberikan pelbagai alasan '*****'," katanya.

Menurutnya, gejala maksiat di penempatan terbabit sebenarnya menimbulkan rasa tidak senang penghuni lain yang hampir setiap hari melihat perlakuan tidak bermoral dilakukan di depan mata.

Sumber itu berkata, berdasarkan jumlah blok di penempatan berkenaaan, dia tidak menolak kemungkinan kewujudan kegiatan seks bebas membabitkan remaja di flet berkenaan.

"Malah, ada yang ditahan pihak berkuasa dan sudah dikenakan denda, masih tidak serik apabila ditahan semula bersama pasangan sama selepas itu.

"Berdasarkan siasatan, kebanyakan remaja terbabit bermasalah dan tidak pernah serik dengan denda yang boleh dibayar pada bila-bila masa," katanya.

Oleh itu, katanya, sudah tiba masanya pihak berkuasa menggempur penempatan terbabit supaya kegiatan maksiat dapat ditangani secara menyeluruh.

"Buat masa ini, kami belum mendengar kes pembuangan bayi atau hamil di luar nikah di flet itu, tetapi kegiatan maksiat di kawasan berkenaan perlu ditangani segera sebelum gejala lebih buruk berlaku," katanya.

Baiknya Raja Petra, pijak kawan time lemas... haha...

Posted: 31 Dec 2011 09:12 PM PST

Raja Petra: Anwar bukan lagi pilihan

Penulis blog terkenal Raja Petra Kamarudin hari ini membuat kejutan dengan mengkritik Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai bukan lagi pilihan rakyat Malaysia, antaranya kerana mempunyai isu moral.

Dalam wawancara eksklusif kepada Mingguan Malaysia, Raja Petra dilaporkan berkata, ketua umum PKR itu juga tidak mampu menjadi penasihat ekonomi Selangor, apatah lagi untuk mentadbir negara.

Antara lain, Raja Petra mendakwa Anwar berbohong apabila menyatakan tidak mengenali Datuk Eskay Shazryl Abdullah yang terlibat menayangkan video seks pelakunya kelihatan seperti Anwar.

Menurut Mingguan Malaysia lagi, Raja Petra berkata, hanya PKR memerlukan Anwar sedangkan DAP dan PAS tidak akan mengharapkan pemimpin itu lagi sekiranya pakatan pembangkang gagal membentuk kerajaan pada pilihan raya umum akan datang.

"Soalnya, jika anda nak jadi gay, teruskanlah. Anda tak boleh jadi pemimpin dan gay sekali gus. Di Australia, anda boleh.

"Di Malaysia, anda kena pilihlah. Kalau nak jadi perdana menteri dan gay sekali gus, sudah tentu di Malaysia tak boleh," laporan itu dipetik.- Malaysiakini

Cara FRU sambut tahun baru...

Posted: 31 Dec 2011 07:13 PM PST

Demo UPSI: Siswa cedera, 20 ditahan

Kira-kira 20 aktivis mahasiswa ditahan polis dan seorang cedera dalam perhimpunan prokebebasan akademik di depan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Tanjung Malim malam tadi.

Menurut saksi, Presiden Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik Muhammad Safwan Anang dibawa ke hospital berdekatan setelah gagal mendapat rawatan di klinik berdekatan.


Mangsa kekejaman pertama Polis ditahun 2012... MAHASISWA...

Dakwanya, mulut pemimpin mahasiswa itu kelihatan berdarah setelah cuba diredakan polis dalam perhimpunan yang disertai kira-kira 60 itu.

Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dalam Twitter mereka mengesahkan Muhammad Safwan dibawa ke Hospital Tanjung Malim sebelum dipindahkan ke Hospital Slim River.

Pemimpin Pemuda PKR Rozan Asen Mat Rasip -- yang kemudiannya berkumpul bersama NGO yang rapat dengan Pakatan Rakyat -- di balai polis tempat mahasiswa ditahan berkata, beliau difahamkan Muhammad Safwan dalam keadaan serius.

Antara yang ditahan Presiden Kumpulan Aktivis Independen Mahasiswa (KAMI) Haziq Abdullah Abdul Aziz dan aktivis Parti Sosialis Malaysia (PSM) Mandeep Singh.

Tangkapan bermula selepas tengah malam sehingga jam 4 pagi tadi.- Malaysiakini

Ni namanya gelabah biawak... kahkahkah...

Posted: 31 Dec 2011 05:52 PM PST

Fobia 901 Ganti Fobia Baju T Bersih

Oleh Mohd Sayuti Omar

SAH baju T berwarna kuning (Bersih) yang sebelum ini ditakuti dan menjadi satu fobia kini sudah merebak dan diganti dengan "Kempen Bebas Anwar 901". Ada pihak-pihak yang begitu takut dan bimbang dengan kempen ini. Fobia ini boleh dinamakana Fobia 901.

Semalam menurut laporan akhbar penjilat buntut nombor wahid, sebanyak 77 laporan polis dibuat oleh Umno di seluruh negara yang menggunakan berbagai-bagai nama.

Laporan itu meminta polis mengambil tindakan tegas ke atas pihak yang mengjadi penganjur kempen berkenaan. Alasan yang digunakan ialah himpunan 901 itu menganggu proses undang-undang.

Dari sudut mana ia boleh menganggu proses undang-undang tidak dinyatakan dengan jelas. Apakah himpunan itu menyebabkan hakim Mohamed Zabidin Mohd Diah akan mengubah keputusan? Bukankah keputusan hakim terhadap perbicaraan kes liwat membabitkan Anwar itu dibuat berdasarkan fakta dan keterangan kedua-dua pihak, pendakwa dan pembela? Tidak mungkin hakim akan membuat keputusan dengan mengambil kira senario yang dibuat orang awam di luar mahkamah. Kalau hakim mengambil suasana di luar sebagai asas penghakimannnya, jahil sangatlah hakim berkenaan.

Mustahil kalau hakim akan mengambil kira dengan gema-gema diluar untuk membuat keputusan itu. Hakim Zaidin Mohd Diah tidak akan mengambil kira apa yang dilakukan oleh penyokong Anwar. Beliau juga tidak akan mengambil kira kebimbangan yang dilantunkan oleh Umno terhadap himpunan berkenaan. Itu bukan asas atau pun sokongan keputusan.

Jadi orang yang waras dan otak yang sihat kerana cukup vitamin C atau H hingga L tidak akan mudah terpengaruh dengan dendangan kebimbangan mana-mana pihak terhadap himpunan atau kempen 901 itu.

Seperti dinyatakan sebelum ini pengikut Anwar Ibrahim dan ahli PKR serta penyokong Pakatan Rakyat seluruhnya berhak untuk melakukan apa saja untuk membebaskan hero mereka. Anwar adalah hero mereka. Tindakan mereka itu samalah nilainya dengan Umno yang menyokong Ha Najib Razak akan tetap membela Najib dengan apa cara sekali pun.

Tindakan itu, baik membela Anwar atau Najib merupakan perlaksanaan sistem demokrasi di negara ini. Kebebasan membela itu juga dijamin oleh perlembagaan negara. Apakah mereka yang menentang kempen berkenaan jahil mengenai perlembagaan dan hak-hak berpersatuan?

Sementara kebimbangan himpunan itu boleh menimbulkan ketegangan dan masalah kepada orang awam hanyalah alasan semata-mata. Ia adalah dongengan si bodoh yang suka mengambil kesempatan atas apa juga isu untuk kepentingan politik. Golongan ini usahkan hal-hal himpunan yang masih dalam jagaan polis tahi pun mereka sedia mengambilnya kalau ia boleh mewangikan siasah mereka.

Kita rasa kumpulan orang awam yang hendak diselamatkan oleh golongan itu sendiri sudah tahu apakah himpunan seperti itu menganggu mereka atau tidak. Masalah hari ini kepada Umno rakyat lebih bijak dan bermaklumat dari mereka.

Selalunya himpunan sebegitu akan menjadi masalah kepada orang ramai apabila ada pihak-pihak lain termasuk keselamatan mengambil bahagian sama menjadi tukang halak (provok). Begitu juga ia akan menjadi masalah kalau puak-puak Umno yang menjelma atas berbagai-bagai nama itu ikut sama turun bertempik dan melemparkan objek.

Tegasnya halangan kepada himpunan itu secara tidak langsung menunjukkan UBN kini semakin terdesak dan mereka sudah merasakan sokongan rakyat semakin menipis. Laporan mengatakan kedudukan Pakatan Rakyat terdesak, hilang sokongan ada dakyah dan propaganda semata-mata yang hakikat sebenarnya UBN yang bermasalah.

Peristiwa lewbih 500 anggota MCA keluar parti dan menyebabkan beberapa cawangannya parti kerabat Umno itu dibubarkan satu pukulan maut buat UBN. Dalam masa media penjilat buntut cuba memberi reputasi buruk kepada UBN menerusi laporan bohong, tiba-tiba ahli UBN yang bertindak keluar parti.

Berbalik kepada Fobia 901 tadi yang diuar-uarkan sebagai himpunan haram dan menganggu proses perundangan negara ini, rasanya semua rakyat sudah faham. Sekiranya himpunan itu dihalang dan gagal terus diadakan, kesan dan natijah dari tindakan itu tetap menguntungkan Pakatan Rakyat. Jadi bagi UBN kalau mereka mahu dihormati berpolitiklah secara gentlemen kerana zaman sekarang zaman orang berani menunjukkan keberanian tidak dikira hadapan siapa.

Pompuan tak suka tapi ni la kenyataan...

Posted: 31 Dec 2011 02:30 PM PST

Inilah Sebab Kenapa Golongan Wanita Ramai Menghuni Neraka.....

Mungkin ramai golongan wanita tidak senang bila membaca tajuk di atas. Tetapi itulah realiti. Memang itulah kenyataannya kerana Rasulullah saw tidak pernah berdusta. Hadis nabi saw bertaraf sahih menjelaskan perkara ini. Iaitu Hadis riwayat imam al-Bukhari dan Muslim, Rasulullah saw bersabda: "Aku melihat ke dalam syurga maka aku melihat kebanyakan penduduknya adalah fuqara (orang-orang fakir) dan aku melihat ke dalam neraka maka aku menyaksikan kebanyakan penduduknya adalah golongan wanita.

Sekiranya anda seorang perempuan, anda tidak perlu risau. Ramai tidak bermaksud tidak berpeluang langsung untuk masuk syurga. Hadis ini hanya menerangkan majoriti penghuni neraka, bukan tiada langsung golongan lelaki. Oleh itu berusahalah agar anda menjadi golongan yang berhak menghuni syurga.

Apakah sebab?
Persoalannya apakah sebab ramai wanita jadi penghuni neraka? Rasulullah saw ada bersabda dalam beberapa hadis yang menyatakan punca-punca permasalahan ini. Antara penyebab-penyebabnya ialah :

1. Tidak bersyukur dan tidak menghargai kebaikan suami
 Dalam sebuah kisah ketika Rasulullah saw dan para sahabatnya melakukan solat gerhana, Rasulullah saw melihat Surga dan neraka.

Ketika beliau melihat neraka beliau bersabda kepada para sahabatnya , " … dan aku melihat neraka maka tidak pernah aku melihat pemandangan seperti ini sama sekali, aku melihat kebanyakan penduduknya adalah kaum wanita. Shahabat pun bertanya, "Mengapa (demikian) wahai Rasulullah?" Beliau saw menjawab, "Kerana kekufuran mereka."

Kemudian ditanya lagi, "Apakah mereka kufur kepada Allah?" Beliau menjawab, "Mereka kufur terhadap suami-suami mereka, kufur terhadap kebaikan-kebaikannya. Kalaulah engkau berbuat baik kepada salah seorang di antara mereka selama waktu yang panjang kemudian dia melihat sesuatu pada dirimu (yang tidak dia sukai) nescaya dia akan berkata, 'Aku tidak pernah melihat sedikitpun kebaikan pada dirimu.' " ( Imam al-Bukhari)

2. Mendedahkan aurat
Dalam hadis lainnya, Rasulullah Shalallahu 'alaihi wassalam menjelaskan tentang wanita penduduk neraka, beliau bersabda, " … dan wanita-wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya mereka telanjang, melenggak-lenggokkan kepala mereka kerana sombong dan berpaling dari ketaatan kepada Allah dan suaminya, kepala mereka seakan-akan seperti bonggol unta. Mereka tidak masuk Surga dan tidak mendapatkan wangian syurga padahal wangiannya dapat dihidu dari jarak perjalanan sekian dan sekian." (Imam Muslim)

Jalan Penyelesaian

1. Untuk selamatkan diri dari tergolong dalam penghuni neraka maka anda (para isteri) hendaklah berusaha untuk mengenang jasa dan berterima kasih terhadap kebaikan suami. Taatilah mereka dan bersyukurlah dengan apa yang ada. Jangan menafikan beribu kebaikan suami hanya kerana satu kekurangan yang ada pada dirinya.

2. Tutuplah aurat dengan sempurna. Jangan jadi seperti dalam hadis, 'berpakaian tetapi bertelanjang'. Pada hari ini ramai yang menutup kepala tetapi memakai pakaian yang nipis, ketat sehingga menampakan susuk tubuh dan macam-macam lagi fesyen yang tidak memenuhi konsep menutup aurat yang sebenar.

3. Jaga solat, puasa dan kehormatan diri.
Terdapat satu hadis yang menerangkan berita baik bagi wanita iaitu hadis yang bermaksud :

"Perempuan apabila solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, memelihara kehormatannya serta taat kepada suaminya, maka masuklah dia akan syurga mana-mana pintu yang dikehendakinya."( Ibn Hibban,disahihkan oleh al-Albaniy)

4. Perbanyakkan bersedekah
Ini berdasarkan hadis yang bermaksud :

Ketika beliau selesai khutbah hari raya yang menyuruh untuk bertakwa kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala dan anjuran untuk mentaati-Nya. Beliau pun bangkit mendatangi kaum wanita, beliau menasihati mereka dan mengingatkan mereka tentang akhirat kemudian beliau bersabda, "Hendaklah kamu bersedekah! Kerana kebanyakan kamu adalah kayu bakar neraka Jahanam!" Maka berdirilah seorang wanita yang duduk di antara wanita-wanita lainnya yang berubah kehitaman kedua pipinya, dia bertanya, "Mengapa demikian, wahai Rasulullah?" Beliau menjawab, "Kerana kamu banyak mengeluh dan kalian kufur terhadap suami!" (Imam al-Bukhari)

Dalam hadis yang lain baginda saw bersabda :
Selamatkanlah diri kamu dari neraka walaupun hanya ( bersedekah) dengan secebis kurma. (Imam al-Bukhari)

Semoga kita semua dirahmati oleh Allah dan ditempatkan di syurgaNya di akhirat kelak.

Tiada ulasan: