AdukaTaruna |
- Rupa2nya mahasiswa Kedah bacul dan dayus.
- Gambar2 dari kami tabik mahasiswa. We are fighter generation.
- Temubual saksi (Benz Ali) insiden berdarah mahasiswa.
- Falsafah gua akan Aziz Bari calon PAS.
- Kempen tepek gambar keluarga sokong mahasiswa.
Rupa2nya mahasiswa Kedah bacul dan dayus. Posted: 01 Jan 2012 09:13 AM PST 1 Adam Adli baru mahu dibicarakan, UPSI sudah bergegar. 6 pelajar KUIN sudah digantung? Apa kesimpulannya? Rupa2nya mahasiswa Kedah bacul dan dayus. Setakat Azizan Cenge atau KUIN pun tok leh langgar. Khakhh ptuih! |
Gambar2 dari kami tabik mahasiswa. We are fighter generation. Posted: 01 Jan 2012 08:17 AM PST |
Temubual saksi (Benz Ali) insiden berdarah mahasiswa. Posted: 31 Dec 2011 11:15 PM PST Benz Ali : ok.lu nk skrg ke TYB : kasi santai nyer pon dah ok Benz Ali: ok.baik.mlm td.sebenarnya bermula agak lewat jam 12 ke atas.kerana polis telah sekat semua pintu laluan.gua ingat x jd lah TYB : agak2 kol bape? Benz Ali:sebelum pukul 1 TYB:so bermula mcm mana?lu kat mana time ni Benz Ali:ok.masa tu.gua dengan Pak Kassim, member Dinsmandan Ali Bukhari Amir (wartawan Harakah)depan UPSI TYB : Pintu Utama? Benz Ali : ya.tak jauh dr situlah.sebab sb sb sangat banyak.maka gua kol la Syukri, tanya jd ke tak malam ni.Syukri SMM tu, member kampus gua.dia ckp jd.skrg, dia kata dia di Pintu Timur.maka gua cakap kat Pak Kassim untuk bawa kami ke sana la.sampai sana,polis trafik tahan dan minta ic drebar dan tanya tujuan kami dtg ke sini.Pak Kassim katalah,kami dtg nk bc puisiseroang lg.polis dtg (bukan trafik)dia minta kami blahlah.takpelah,masa kami nk blah tu kami nampaklah mahasiswa2 yang ditahan polis tak jauh dr Pintu Timur.kami bajet, kami nk bc puisi dekat tempat kami tunggu mula2 td sebab dekat tempat td tu, ada budak2 cina mai situ.nak sampai je kat sana, terjumpa tiga muslimat.blablablabla TYB : bro masukan masa sekali.hehe.. Benz Ali : pukul 1 lebih TYB : 1.30? Benz Ali : ya.gua x tengok jam sangat la bro.gua sampai kl td pun jam 4 TYB ;hehe..awek ramai..mmg lu tk tgk jam la.ok2..sambung Benz Ali :kemudian gua kol shukri.kkk.haha. Lu celake Benz Ali : Ok.pukul 1 lebih tu.gua dan Pak Kassim termasuk Ali.gua.sampai kat pintu utama UPSI.budak2 demonstran dh banyak termasuk muslimat2.gua mencelah di situlah.tak berapa lama lepas tu.kitorang semua berbaring atas jalan.polis2 pun mula la menyalak,kitorang x pedulikan.lepas slogan2 dah dimainkan diorang minta kitorang bc sajak.gua bc lah sajak tu,ali bc sepam.polis dtg dn kemudiannya semua org berdiri.gua jaga adam dr belakang.polis suruh kitorang blah dgn healer, polis2 makin ramai.dalam upsi pun dah ada polis.kitorang kat luar pagar,seorang dr demonstran panjat pagar.masa tu berlaku rentap merentap,gua dakap adamlah.polis nak leader2 ni tau tak.memang agak dahsyatla rentap2 tu.shukur tak ada apa2 kat gua.kemudian,gua tak pasti pula mcm mana Safwan Anang tu boleh berdarah.ada klinik depan tu pecah,mungkin Safwan Anang di situ masa tu dihempuk polis binatang tu.masa dah berdarah tu TYB : polis rentap leader je?student lain? Benz Ali : dan ada seorang pengsan ke atau dilanyak (gua x nampak darah kat budak seorang ni. Seorang lg yang berdarah di kepala dan mata, gua rasa tu Safwan kowt)polis rentap semua kami supaya bg leader2 tu ditangkap.mcm gua, polis tolak ke tepi, tak pula dia masukkan dlm black maria depan tu.shukur juga la, ic gua hilang bai.kalau masuk dlm, jd cerita lain pula. balik pd td tu.masa budak dah ada yang berdarah dan pengsan tu.Saifullah Zulkifli,member PKPIM nak hantar ke hospital.sebaik sahaja dia buka pintu kereta, semua orang kerumun la.masa tu juga, kunci myvi dia hilang.celake bai.time2 tu polis sial ni boleh buat dajal.diorang dah rampas kunci myvi tu dan bawa lari myvi tu dkat tengah jalan la.seorang lg keluar dengan keretanya,tak silap gua, kereta tu wartawan Antara Pos punya, perempuan.dia pinjamkan kereta dia lah.tak apelah,lepas tu budak2 yang cedera tu dibawa ke hospital.leader2 semua kena angkut so apa lg choice yang ada?tak ada pilihan bhai selain bersurai.gua cuma penyair.bukan leader TYB : sadis bai cerita ni Benz Ali: ya.tlg lah cari gambar pasal ni.sakit hati gua ni.bab dia belasah budak2 tu.dan suruh kitorang blah?memang gua bengangla TYB : teruskan cerita sampai lu blah.. Benz Ali : walaupun gua x kenal pun budak2 kat situ melainkan Syukri dan beberapa org lain.hm,ini kesimpulan la kowt.gua fikir kitorang belum cukup strategik sepatutnya SMM fikir.kalau satu leader kena angkut ada lagi leader yang tinggal.maknanya semua itu leader.supayamlm td.lepas habis semua leader kena angkut dlm black maria.kita jgn balik dulu.kumpul di mana2 dan bincang dan rancang apa nk buat lg.itu leader yang tinggallah TYB : Mmg la..maybe kurang berpengalaman.Maybe kurang human resource.Anggaran bape org smlm? Benz Ali: ya,sekitar dua ratus org.apa pun, lebih seratus.boleh tahanlah bro.upsi bukan kawasan kitalembah klang, polis2 tahulah.kalau dia main kat lembah klang dia silap banyaklah. TYB: ok..wa nak publish ni.Pakai nama lu ke apa ni? Benz Ali : Dan gua fikir ya.pakaila nama gua TYB : ok Benz Ali:gua sanggup naik mahkmah jd saksi mata.celake polis.gua x redho anak gua nanti jd polis |
Falsafah gua akan Aziz Bari calon PAS. Posted: 31 Dec 2011 08:07 PM PST Oleh : AdukaTaruna [1] Selain dari pemberontak romantik (kah3), gua juga adalah NGI (istilah MSK kalau tak silap). PAS Reform, dan insyaallah Rebublic Rakyat Malaysia nanti pula bukan pertubuhan. Sebaliknya idealogi atau fahaman. Macam ABU juga. Bukan pertubuhan. Hanya fahaman. Satu titik perjuangan bersama. Untuk sidang media ABU, gua dihubungi Edyes supaya membantu Topeng. Edyes memberikan gua kenyataan akhbar ABU. Dan gua tukar kenyataan akhbar itu kerana pada gua ABU negeri harus ABU kerana tempatan. ABU Penang ada isu Penangnya sendiri. ABU Kedah ada isu Kedahnya sendiri. Kelantan juga perlu Asal Bukan UMNO/BN kerana isunya sendiri. Tetapi dibantah Topeng. Kerana kenyataan yang di email tidak begitu. Gua macam biasa, keras. Gua bukan di dalam kotak. Gua masuk dan keluar. Gua bukan pengikut ketetapan budaya secara mutlak. Hazwan mengatakan kalau ABU Kelantan guna isu Kelantan, yang perlu jurucakap ialah orang Kelantan. Bereh. No prob. Gua pun memang nak duduk belakang. Cuma terpaksa fight falsafah dulu sebelum itu. Gua rasa macam tak logik ABU Kelantan membacakan kenyataan akhbar yang ada Lynas. Di hari sidang media tersebut, akhirnya media mengambil statement ABU Kelantan. Cuma tak cukup kerana gua fotostat hanya 4 salinan. Kerana tak cukup, wartawan Sinar Harian ambil statement ABU Kelantan secara tangkap gambar salinan tersebut. Dan akhirnya, Edyes menyusun pemberitaaan sidang media ABU secara mengikut isu tempatan negeri itu sendiri. Setiap negeri ada isunya mengapa harus ABU. [2] Ketika perjumpaan blogger di KL yang diaturkan MSK dulu, gua ada berdebat tak rasmi (bertekak ilmiah) dengan Haris Ibrahim MCLM. Dalam BM la. Kalau dalam BI, mampos la gua. Haris mempersoalkan sikap parti politik dalam Pakatan Rakyat yang enggan memberi laluan kepada calon MCLM (atau mana-mana calon bebas anti UMNO/BN) di kerusi2. Sama ada bertanding atas bebas, atau pinjam tiket parti. Gua faham ideanya. Tapi gua rasa pelik. Siapa dia parti politik yang mahu membenarkan orang lain yang tidak boleh dikawal dari perlembagaannya (jawatankuasa disiplin / pemilihan parti / etc) bertanding atas tiketnya? Atau setidak2nya memberi laluan satu lawan satu? Gua cakap, jangan salahkan parti politik. Gua pun bukan dari mana2 parti politik. Lu nak bertanding bebas, letaklah calon bebas lu sendiri. Kalau calon lu kuat macam kerusi2 di Sarawak sana, bebas boleh menang. Kalau lu tak rasa boleh menang, bermakna lu tak kuat. Tak kuat bermaksud lemah. Jika lu lemah, pelik kalau salahkan parti enggan benarkan orang lemah bertanding. Ada beberapa backup Haris, tapi gua malas mahu fight sangat sebab objektif perjumpaan akan lari. Gua terus pinjam marker, dan terus fokus kepada mekanisme objektif perjumpaan. [3] Sehinggalah hari ini, tiba-tiba gua rasakan hujah gua boleh dipertikaikan. Hujah dipertikaikan. Bukan falsafah. Mengapa? Kerana khabar2nya, Hasan Ali bukan ahli PAS ketika menang di Perak. Gua setakat ini tak percaya lagi. Apatah lagi gua takda bukti. Sekarang ni pun gua tak tahu dia ahli PAS atau tidak. Then dikhabarkan lagi bahawa ketika Haron Din bertanding pun dia masih belum ahli PAS. Yak! Kalau betul bermakna gua tertampar dengan hujah gua terhadap Haris Ibrahim dulu. Dikhabarkan lagi terdapat calon PAS Terengganu juga bukan ahli PAS walaupun dia dilantik EXCO ketika Hadi Awang menjadi MB Terengganu, menjadi ADUN, menjadi MP, menjadi PJ, menjadi Presiden, poligami, ulama antarabangsa, etc. Janji Allah melalui Rasul kita : Rasulullah s.a.w. bersabda, yang ertinya: "Seorang mukmin tidak dibenarkan untuk menghina dirinya. Lalu para sahabat bertanya: Bagaimanakah dia menghina dirinya? Nabi s.a.w menjawab: "Dengan mendedahkan dirinya kepada ujian yang dia tidak mampu menanggungnya." (Hadith Riwayat Imam Tarmizi). Dan ketika gua berhujah dengan Haris Ibrahim, gua juga terlupa bahawa Ibrahim Ali bukan ahli PAS, tetapi bertanding atas tiket PAS! Apa yang gua ingat ketika mengemukan hujah gua pada Haris ialah kemasukan Nasution ke Tabung Kenali dibawa mengikut prosedur yang betul apabila mengemukakan borang PAS. Ketika itu Nasution gua agak merajuk dengan Anwar. [4] Ketika spekulasi Aziz Bari bertanding tiket PAS di Kota Bharu bertebaran di Kelantan, Topeng ada menyatakan kepada gua bahawa dia tidak setuju. Topeng berhujah lebih kurang maksud : "Aziz Bari bukan parti. Aziz Bari tidak akan condong kepada parti, tetapi perlembagaan yang sedia ada. Sama seperti Karpal. Jika Aziz Bari tiket PAS, masalah untuk PAS memohon hudud. Seandainya Aziz Bari bersikap mempertahankan perlembagaan negara seperti Karpal." Gua setuju dengan hujah Topeng selain dari atas stand falsafah gua terhadap Haris Ibrahim. [5] Dengan kenyataan Aziz Bari menawarkan diri kepada mana-mana parti yang sedia mengambilnya, menambahkan lagi bantahan gua seandainya Aziz Bari diambil PAS. Dengan kenyataan Aziz Bari itu, ianya menyerupai falsafah Haris Ibrahim MCLM. Kalau Aziz Bari tidak mahu terikat dengan mana-mana parti politik (tawar kepada sesiapa yang mahu ambil dia dan tidak ghairah menjadi anggota parti bermaksud; dia tidak kisah falsafah parti politik asalkan dia jadi calon), bertanding sahajalah atas nama Aziz Bari. Dan jika mahu mengurangkan risiko pecah undi, Aziz Bari sepatutnya mengeluarkan falsafah ini : "Saya sedia bertanding menjadi calon atas nama Aziz Bari sendiri. Tetapi, saya memohon parti dalam PR tidak bertanding bagi meningkatkan peluang saya berada dan berjuang di dalam parlimen." Tetapi apabila Aziz Bari mengatakan : "Saya hanya mahu menjadi wakil rakyat jika mereka (Pakatan Rakyat) merasakan saya sesuai untuk menjadi calon mereka." Gua rasa down. Jika Aziz Bari tidak mahu terikat dengan prinsip parti, disiplin parti, Aziz Bari perlu menjadi Aziz Bari sendiri. Jika Aziz Bari sebagai Aziz Bari menang sebagai calon bebas pun, masih boleh mengekalkan sistem 2 parti. Kerana kuantiti kerusi parti politik yang bergabung masih dominan terhadap konsep itu. [6] Penutupnya, jika PAS mahu mengambil Aziz Bari sebagai calon PAS, dia mestilah ahli PAS itu sendiri. Ahli parti politik itu sendiri. Supaya prinsip dan disiplin parti boleh dikenakan terhadapnya. Kes Hasan Ali genggam telur Hadi Awang N3 lain. Jika PAS mahu meletakkan calon bukan Islam, ianya harus dari DHPP sendiri. Jika sekumpulan ulama mengikut prosedur yang salah seperti kes Hasan Ali, Haron Din dan Exco Terenggnu zaman PAS dan Ibrahim Ali, itu sebenarnya kehinaan yang Allah catitkan dalam bentuk sejarah Malaysia dan sirah perjuangan jemaah Islam di Malaysia. Pihak2 progresif dalam Islam, yang Allah akan angkat mereka ketika zaman Allah gilirkan semula kegemilangan Islam ini, harus mengikut peristiwa Nasution dibawa ke dalam kerajaan Kelantan PAS. Menjadi ahli PAS dahulu sebelum memegang jawatan Tok Kenali. Jangan sampai kita rasa diri kita ulama, maka, kita rasa konsep kita yang tulis dan kita yang langgar. Senarai dalil boleh dikemukakan untuk mensucikan diri. [7] Ketika Allah mengkehendaki di mana zaman Islam seperti buih di lautan, pemimpinnya adalah terdiri dari baka anak2 pasif yang menghafal. Penghafal. Ketika Allah mengkehendaki di mana zaman Islam kembali gemilang, pemimpinnya adalah terdiri dari baka anak2 aktif, progresif dan kreatif yang berfikir. Pemikir. Wallahualam. |
Kempen tepek gambar keluarga sokong mahasiswa. Posted: 31 Dec 2011 05:27 PM PST Oleh : AdukaTaruna Dengan ini, 1 Januari itu sendiri telah mengisytiharkan dirinya HARI KEBANGKITAN MAHASISWA. Gua seru semua menyokong kebangkitan / pengorbanan mahasiswa dengan menepek gambar sokongan masing2 bersama keluarga dan mesej di kertas. Nanti sejam dua lagi gua tepek aaa.. tunggu anak gua bangun tido dan mandi dulu. Kepada keluarga yang takmo gambar muka tu, bleh pakai topeng atau purdah. UPDATED. Sumber : http://www.facebook.com/mr.r1z4l |
You are subscribed to email updates from AdukaTaruna To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan