RAKYAT MARHAEN |
- Musa’s brother Anifah under seige in Sabah
- Puteri Umno: Kami mahu Palanivel, bukan Devamany..ha..ha..ha....
- Nurul Izzah ulangi syor kembalikan pilihan raya PBT
- Walkabout Anwar Ibrahim Sempena Hari Wilayah
- Debat "Siapa Parasit, Siapa Pelesit" Di Antara Khalid Samad Dan Hassan
- Pemimpin BN/Umporno Cekap...????
- Kepala babi: PAS Selangor lawat Masjid Nurul Iman
- Politik Rasis : Pihak berkepentingan letak kepala babi di masjid
- Menteri: Jangan beri sedekah kepada pengemis
- PAS buktikan ia 'parti celik budaya'
- PAS Pahang sokong bantah korporat JBA
- KSN Setuju Tiga Lagi Pemimpin Kanan Cuepacs Anggotai Pasukan Khas Kaji SBPA
- Rafizi vs Khairy: Perbahasan Malaysia di London kerana Putrajaya melarangnya
- Penipuan Umno tentang Anwar dan Israel tindakan keganasan yang diperhatikan Dunia
- Ibrahim Libya: Who was he really?
- Jika Najib takut menentang rasuah, NKRA dan GTPnya hanya jadi mimpi ngeri
- Israel: Pemuda PAS Ibarat Katak Bawah Tempurung........!!
- NFC: Kewajaran Menggunakan ‘Khidmat’ Shamsubaharin
- Syria Troops Strike Rebels As UN Showdown Looms
- Motivasi Dari Lincoln
- Nikah Itu Umpama Mendirikan Masjid
- Pinjaman Kereta VS Hutang Isi Rumah di Malaysia. Perodua Minta BNM Kaji Semula Peraturan Baru!!
- Pengiktirafan Umno Terhadap Israel@Zionis
- Lain diminta, lain dibuat : SPR mansuh arak calon, sebab penyokong PR ramai mengalahkan penyokong BN .... kah..kah..kah...
- Who else but Anwar?
Musa’s brother Anifah under seige in Sabah Posted: 31 Jan 2012 09:08 PM PST Foreign Minister Anifah Aman who has been MP since 1999 has overstayed his welcome, according to certain quarters in Sabah Umno. KOTA KINABALU: In what appears to be a sudden and open confrontation for change, hundreds of Umno members in Kimanis constituency are demanding that a new candidate be allowed to contest in place of Foreign Minister Anifah Aman in the next general election.Anifah is Kimanis MP and brother to Sabah Chief Minister Musa Aman. A group of Umno members calling themselves the Leadership Transformation Movement said they are demanding for this change because Anifah, who is also the Foreign Minister, has been a member of parliament for the area for too long and it is time to replace him. So far there has been three demonstrations to voice their demand. The first was held in Dewan Kampung Pimping on Jan 21, the second in Dewan Lama Pekan Bongawan on Jan 22 and the third was held over for two days on Jan 23 and 24 in Dindong, Kampung Bambangan, Membakut. Read More / Baca Lagi >> |
Puteri Umno: Kami mahu Palanivel, bukan Devamany..ha..ha..ha.... Posted: 31 Jan 2012 09:07 PM PST "Apa dia (Devamany) buat? Kampung orang Asli terbiar. Kita nak cari orang yang mudah buat kerja," kata Norzalina. CAMERON HIGHLANDS: Kini Puteri Umno Cameron Highlands menolak ahli Parlimen Datuk SK Devamany dalam pilihan raya ke 13 kelak."Cukuplah lapan tahun (dua penggal) Devamany menjadi wakil rakyat Cameron Highlands. Tak ada pembangunan untuk kawasan ini, buat apa jadi wakil rakyat. "Kami mahu orang lain, kalau boleh Datuk G Palanivel. Devamany tidak sesuai lagi," tegas Bendahari Puteri Umno Cameron Highlands, Norzalina Mohd Noor. Sebelum ini Pemuda Umno dan belia peneroka Sungai Koyan juga menyatakan perkara sama iaitu menolak Devamany atas alasan tidak membawa pembangunan kepada penduduk setempat. Akan buat undi rosak "Apa dia (Devamany) buat? Kampung orang Asli terbiar. Kita nak cari orang yang mudah buat kerja. "Kalau bertanding lagi, kita (Puteri Umno) buat undi rosak," tambah Norzalina yang mendakwa pengundi pergerakan itu lebih 1, 000 orang di Cameron Highland. Pergerakan itu juga telah membuat usul dalam mesyuarat Umno bahagian supaya menggugurkan Devamany dalam pilihan raya umum akan datang. |
Nurul Izzah ulangi syor kembalikan pilihan raya PBT Posted: 31 Jan 2012 09:05 PM PST SHAH ALAM - Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar (gambar) mengulangi gesaan Pakatan Rakyat agar sistem pilihan raya kerajaan tempatan diwujudkan semula di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur untuk mengembalikan hak rakyat khususnya para pembayar cukai. Gesaan itu dibuat sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan hari ini. Kuala Lumpur diisytiharkan sebagai Wilayah Persekutuan pada 1 Februari 1974. "Sejak tahun 1965, pilihan raya ahli-ahli majlis tempatan termasuk Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang pada 1961 diwujudkan sebagai Suruhanjaya Ibu Kota tidak lagi dijalankan. Read More / Baca Lagi >> |
Walkabout Anwar Ibrahim Sempena Hari Wilayah Posted: 31 Jan 2012 08:20 PM PST Program yang bermula jam 10.00 pagi tadi menyaksikan hampir 1,000 orang hadir dan bersesak di dewan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK) Jinjang Selatan menunggu kehadiran beliau. Sebelum itu, ahli Parlimen Batu Tian Chua dan ahli Parlimen Subang Sivarasa Rasiah memberi ucapatama yang turut menyaksikan persembahan tai chi dan tarian naga dipertontonkan kepada umum. Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka akan turut mengadakan beberapa lagi siri 'walkabout' hari ini, di Parlimen Wangsa Maju, Setiawangsa sebelum menutup tirai program tersebut di Lembah Pantai. |
Debat "Siapa Parasit, Siapa Pelesit" Di Antara Khalid Samad Dan Hassan Posted: 31 Jan 2012 08:14 PM PST Oleh WFAUZDIN NS AKHIRNYA Hassan anak Ali @ Hassan Akidah, menyebut Khalid Samad adalah `parasit' di dalam PAS. Di dalam ceramahnya di Shah Alam malam kelmarin, Hassan Akidah ini mendakwa Khalid Samad yang juga MP Shah Alam sentiasa membantah `kerja-kerja Islam' Hassan Akidah. Apakah `kerja-kerja Islam' Hassan? Rampas arak? Serbu gereja? Atau, seperti sekarang iaitu bersekutu dan berbaik dengan TV3 suku iaitu media utama penyebar fitrnah dan seks itu kerja Islam Hassan Akidah? Apa jawapan Khalid Samad atas dakwaan Hassan Akidah? Mahu tergelak rasanya bila membaca jawapan Khalid Samad terhadap Hassan Akidah, kerana tidak disangka Khalid Samad yang tidak setinggi Phd Hassan Akidah nampaknya lebih bijak dan pintar dari Hassan. Betul lah kata orang, sebijak mana pun seseorang itu, jika duduknya di kawasan penuh taik, maka tidaklah bijak ia. Read More / Baca Lagi >> |
Pemimpin BN/Umporno Cekap...???? Posted: 31 Jan 2012 08:10 PM PST "hampir semua pemimpin-pemimpin PR ni tidak mempunyai pengalaman mentadbir negara berbanding pemimpin-pemimpin BN yg mempunyai pengalaman mentadbir malaysia lebih drpd 50 tahun"Petikan komen sepenuhnya lu orang boleh baca di sini. kah..kah...kah... gelak guling2 gua dengan lawak sadis dari pencacai umporno sekoq nih.... muakakakakaaaaa.... itulah pasalnya beb... gua katakan yang gua nih suka sangat baca mentaliti puak2 umporno nih... jenis mentaliti yang telah di BTN kan sejak dulu kini dan selamanya... muakakakakakaaaaaaa.... Read More / Baca Lagi >> |
Kepala babi: PAS Selangor lawat Masjid Nurul Iman Posted: 31 Jan 2012 08:05 PM PST SELAYANG, 1 Feb: PAS Selangor mengadakan pertemuan dengan pihak pengurusan Masjid Nurul Iman di Batu 18, Rawang, pagi ini ekoran satu kepala babi ditemui di pintu masuk masjid itu, pagi semalam. Read More / Baca Lagi >>Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri, Khalid Samad mengetuai lawatan itu dan mengadakan perbincangan dengan pihak masjid yang disertai nazir masjid, Ilham Akhbar Harun. Yang Dipertua PAS Selayang, Zaidi Talib turut serta dalam pertemuan itu. Selepas mengadakan perbincangan, mereka pergi ke Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak bagi mendapat maklumat berhubung kejadian pagi semalam itu. |
Politik Rasis : Pihak berkepentingan letak kepala babi di masjid Posted: 31 Jan 2012 08:04 PM PST SELAYANG, 1 Feb: PAS yakin pihak yang terlibat dalam kejadian meletakkan kepala babi di pintu masuk Masjid Nurul Iman, Rawang pagi semalam adalah pihak yang berkepentingan. Read More / Baca Lagi >>Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor, Khalid Samad berkata, hanya pihak berkepentingan saja yang akan membuat kerja seperti itu. Dalam kejadian semalam, kepala babi ditemui di pintu masuk Masjid Nurul Iman pada jam 5.00 pagi oleh ahli jawatankuasa masjid sebaik sahaja mereka membuka pintu pagar utama masjid itu. Pihak polis dari Balai Polis Rawang yang terletak tidak jauh dari masjid itu yang dihubungi tiba di lokasi pada jam 7.30 pagi untuk menjalankan penyiasatan. |
Menteri: Jangan beri sedekah kepada pengemis Posted: 31 Jan 2012 08:03 PM PST Masyarakat perlu dididik supaya tidak menghulurkan sumbangan kepada golongan pengemis, sebaliknya menyalurkan bantuan kepada pihak seperti rumah anak yatim, pertubuhan bukan kerajaan dan rumah ibadah berdaftar. Read More / Baca Lagi >>Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata langkah itu perlu dibuat dalam usaha membanteras kegiatan pengemis di bandar-bandar utama termasuk ibu negara yang menjadi tumpuan pelancong asing dari seluruh dunia. "Jika kegiatan ini tidak dibendung dengan segera, dikhuatiri satu masa nanti, bandar raya Kuala Lumpur akan menjadi lokasi utama golongan pengemis dari merata negara untuk meraih simpati," katanya ketika melancarkan kempen membanteras pengemis "Henti Memberi, Kami Prihatin" di Kuala Lumpur, semalam. |
PAS buktikan ia 'parti celik budaya' Posted: 31 Jan 2012 07:35 PM PST Ketika kumpulan pendesak Melayu, PERKASA mengagihkan "angpau bersampul putih" kepada masyarakat Cina sempena sambutan Tahun Baru, parti Islam PAS, menurut warga maya ternyata lebih bijak dalam menghormati budaya bangsa lain. Read More / Baca Lagi >>Beberapa gambar merakamkan pemimpin PAS termasuk di kalangan akar umbi 'celik budaya' khususnya yang membabitkan masyarakat Cina. Antaranya, memaparkan gambar seorang pemimpin akar umbi PAS dari Mersing, Johor memberi angpau kepada penjual daging babi telah mendapat sambutan hangat. Turut mendapat pujian adalah gambar exco kerajaan negeri Selangor Iskandar Abdul Samad mengagihkan angpau di hadapan sebuah gerai menjual daging babi dan tarian "singa hijau" yang diadakan sempena rumah terbuka Tahun Baru Cina anjuran PAS Perlis. Negara Islam Warga maya di laman Facebook itu juga membandingkan 'kecerdikan' antara PAS dan PERKASA yang didakjwa sebagai 'buta budaya' dan gagal memahami kepercayaan serta cara hidup masyarakat Cina di negara ini. |
PAS Pahang sokong bantah korporat JBA Posted: 31 Jan 2012 07:33 PM PST TEMERLOH, 1 Feb: PAS Pahang menyokong tindakan 1,700 pegawai dan kakitangan Jabatan Bekalan Air (JBA) Pahang yang membantah pengkorporatan dan penswastaan agensi itu pada 1 Februari atau ditangguhkan. Read More / Baca Lagi >>Pengerusi Lajnah Kebajikan PAS Pahang, Hassanuddin Salim (gambar) berkata, malah PAS menyokong jika mereka mahu mengadakan bantahan terbuka kerana tiada langsung rundingan rasmi melibatkan wakil kesatuan sehingga menimbulkan tanda tanya sesama mereka. "PAS menganggap kerajaan negeri tidak sepatutnya membelakangkan kakitangan JBA untuk mengkorporatkan agensi itu kerana ia melibatkan masa depan mereka," katanya. Hassanuddin berkata demikian mengulas tindakan kakitangan jabatan tersebut yang mengisytiharkan akan mengadakan bantahan jika permintaan mereka ditangguhkan pengkorporatan dan penswastaan agensi itu tidak dipedulikan. |
KSN Setuju Tiga Lagi Pemimpin Kanan Cuepacs Anggotai Pasukan Khas Kaji SBPA Posted: 31 Jan 2012 07:31 PM PST PUTRAJAYA, 1 FEB: Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan bersetuju dengan permintaan KesatuanPekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) supaya tiga lagi pemimpin kanan kesatuan itu menganggotai pasukan petugas khas semakan semulasistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam(SBPA). Beliau berkata tidak ada masalah jika mereka hendak menyertai pasukan itu kerana memang menjadi hasrat kerajaan serta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mendengar pandangan pihak lain yang terlibat. |
Rafizi vs Khairy: Perbahasan Malaysia di London kerana Putrajaya melarangnya Posted: 31 Jan 2012 07:28 PM PST Saya tiba di London dan ia lewat malam. Saya tiba dari Davos hanya semalam dan saya juga letih tetapi saya tidak boleh tidur. Saya amat teruja. Malah, saya baru pulang ke hotel saya dari persidangan Projek Amanat Negara (PAN) di Majlis Pelajar Malaysia United Kingdom & Eire (UKEC) dan saya rasa seolah-olah saya telah melihat - jika tidak mengambil bahagian dalam masa hadapan. Walaupun Forum Ekonomi Dunia adalah satu acara yang hangat, persidangan PAN adalah sama sekali lebih memikat dan bermakna bagi saya sebagai rakyat Malaysia. Apa yang boleh saya katakan? Kumpulan kecil pelajar-pelajar Malaysia di Britain, jika teratur - penuh semangat dan keazaman - telah membawa minda dan suara-suara terbaik Malaysia secara bersama. |
Penipuan Umno tentang Anwar dan Israel tindakan keganasan yang diperhatikan Dunia Posted: 31 Jan 2012 07:28 PM PST Sejak kebelakangan ini, parti yang memerintah Malaysia sekali lagi membawa keluar dram anti-Yahudi dalam usaha untuk menjatuhkan Anwar Ibrahim, Ketua Pembangkang yang popular dan gabungan Pakatan Rakyatnya yang membangkit. Antara mereka yang mengetuai pihak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad ialah Chandra Muzzafar, Brahmin yang meninggalkan agama Hindu bagi memeluk agama Islam. Kecaman terbaru Chandra di televisyen nasional pada malam Sabtu terhadap Anwar adalah mengenai Israel - dan kemudian Palestin ia merupakan penipuan yang paling keterlaluan yang pernah direka oleh sesiapa pun, sama ada ahli politik ataupun bukan. Dengan membayangkan bahawa Anwar hanya mengambil berat tentang keselamatan Israel - dan bukan Palestin -Chandra membuat cadangan jahat walaupun secara halus bahawa Ketua Pembangkang sebenarnya disokong oleh Yahudi dan / atau dibiayai mereka. |
Ibrahim Libya: Who was he really? Posted: 31 Jan 2012 07:26 PM PST Dina Zaman FEB 1 — Excerpt from Memali incident chapter: Mak Su's brother, Pak Andah, popped by for tea. There were always people coming in and out of the house for a chat or a meal. Mak Su was a generous host; it was tea after hot tea, and goreng pisang, ondeh-ondeh, fried rice — there was always something to serve guests. People in her house meant blessings and she loved a good chat. Pak Andah frowned as he thought of who I should meet. "Well. There's Ustaz Marzuki and Ustaz Hilmi… they are satu gang… you must also talk to Cikgu Non, but I tell you, all these people you'll have to talk to, they come from different camps! Ibrahim Libya's wife… I don't know. Frankly, I think she "ikut rentak, dia tengok siapa yang datang", so her story may alter somewhat. If you see her with one of the ustaz it's one version, if it's another person you're with, it's another version!" "Then I'll see her with Mak Su," I said. "Now that's going to be interesting: What version will she come up with?" Ustaz Marzuki was the first person I was to meet. He was the current headmaster of the madrasah Ibrahim Libya nee Mahmood had founded: Madrasa Islahiah Diniah Kampung Memali. The school was painted a cheerful yellow and green, and classes were being held when we arrived. Ustaz Marzuki was nursing a bad cough and cold when we met him in the office. In between gasps for air, he coughed. The coughs grew more and more violent. Read More / Baca Lagi >> |
Jika Najib takut menentang rasuah, NKRA dan GTPnya hanya jadi mimpi ngeri Posted: 31 Jan 2012 07:23 PM PST Datuk Seri Najib Razak patut melupakan sahaja Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) untuk memerangi rasuah jika beliau tidak berani melaksanakan tindakan tegas terhadap salah guna kuasa yang sedang berlaku. Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, Perdana Menteri sepatutnya berani mengarahkan menteri-menteri dan timbalan-timbalan menterinya untuk mengisytiharkan harta mereka secara terbuka. Katanya, NKRA yang sepatutnya memerangi rasuah yang dijuarai Najib nampaknya bermasalah ekoran daripada keengganan menteri-menteri dan timbalan-timbalan menteri untuk mengisytiharkan harta mereka secara terbuka. Read More / Baca Lagi >> |
Israel: Pemuda PAS Ibarat Katak Bawah Tempurung........!! Posted: 31 Jan 2012 07:20 PM PST TARING pemuda PAS semakin hari semakin tumpul. Daripada gerakan orang muda yang boleh diharap untuk menjayakan agenda Pakatan Rakyat, pemuda PAS sudah semakin hilang kewibawaan apabila sering mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang tidak berpijak di bumi yang nyata. Reaksi penulis ini adalah lanjutan dari beberapa kenyataan oleh kepimpinan pemuda PAS mengenai negara Israel, dalam mengulas kontroversi ciptaan UMNO berhubung dari temubual Datuk Seri Anwar Ibrahim yang disiarkan The Wall Street Journal pada 26 Januari 2012. Antara yang mendapat perhatian penulis ialah kenyataan dari Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS disini, Riduan Mohd. Nor (gambar) yang lantang berkata Israel wajib diperangi. Read More / Baca Lagi >> |
NFC: Kewajaran Menggunakan ‘Khidmat’ Shamsubaharin Posted: 31 Jan 2012 07:17 PM PST DATUK Shamsubahrain Ismail mungkin gagal 'berkhidmat kepada Pengarah Eksekutif NFCorp, Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail dalam usaha merasuah pegawai penyiasat polis yang menyiasat kes membabitkan 'penyelewengan' dana kerajaan oleh syarikat tersebut, seperti dalam pertuduhan yang dihadapinya di Mahkamah sekarang. Tapi dalam masa yang sama, penulis tidak nampak bagaimana orang seperti Shamsubahrain boleh menyumbangkan 'khidmatnya' kepada Pakatan Rakyat pula? Kalau-kalau terlupa, penulis suka nak ingatkan bahawa Shamsubahrain adalah seorang yang kelihatan di mata masyarakat sebagai penipu. Beliau mungkin di'kambing hitam'kan dalam kes NFC ini, tapi bagaimana pula dengan pembabitannya dalam beberapa kes penipuan lain? Read More / Baca Lagi >> |
Syria Troops Strike Rebels As UN Showdown Looms Posted: 31 Jan 2012 06:56 PM PST |
Posted: 31 Jan 2012 06:49 PM PST Merasa marah itu perkara biasa, soalnya bagaimana menyalurkan kemarahan pada tempat yang betul. Jika kemarahan itu dilemparkan dengan herdikan, maki hamun dan cercaan, maka ia adalah bersifat negatif dan menjatuhkan kredibiliti kita sebagai manusia. Marah yang bersifat positif lebih kepada mencari jalan agar marah itu di'channel'kan kepada benda-benda lain. Read More / Baca Lagi >> |
Nikah Itu Umpama Mendirikan Masjid Posted: 31 Jan 2012 06:48 PM PST Topik yang ana ingin kongsikan ini juga sedikit sebanyak dapat membantu anda semua tentang nikah , mendirikan masjid . Bagi sesiapa yang berkemungkinan tidak kesampaian lagi hajat mereka , ini boleh dijadikan kekuatan untuk anda semua . InsyaAllah . Untuk membina sebuah masjid , anda perlulah ada tapaknya dahulu . Di tapak itu lah anda akan pacakkan tiang asas , membina bumbung yang melindung , menyusun batuan untuk dinding , juga mencantikkan masjid itu untuk menyenangkan lagi hati para muslimin muslimat untuk mendirikan solat . Masih belum mendapat gambarannya ? Baiklah . Akan ana terangkan satu persatu . InsyaAllah . Read More / Baca Lagi >> |
Pinjaman Kereta VS Hutang Isi Rumah di Malaysia. Perodua Minta BNM Kaji Semula Peraturan Baru!! Posted: 31 Jan 2012 06:43 PM PST Memang pahit untuk ditelan langkah BNM mengetat pinjaman sejak awal tahun 2012 termasuklah pinjaman kereta di Malaysia. Sehinggakan Perodua sendiri sudah mula terasa bahangnya…. Rekod terakhir hutang isi rumah di Malaysia pada akhir tahun 2010 sudah mencecah RM577 billion bersamaan dengan 74% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar. Read More / Baca Lagi >> |
Pengiktirafan Umno Terhadap Israel@Zionis Posted: 31 Jan 2012 06:37 PM PST Kepada Umno, Isreal bukan musuh mereka. Musuh utama Umno adalah orang Melayu Islam yang berada dalam parti PAS, PKR dan DAP. Pemimpin Umno amat sedar, Isreal tidak menghalang mereka untuk terus meratah khazanah negara ini. Pemimpin Umno juga amat sedar Umno perlukan bantuan dan sokongan Isreal untuk melawan musuh-musuh politik mereka dikalangan orang Melayu Islam yang berada di dalam parti PAS, Keadilan dan DAP. |
Posted: 31 Jan 2012 06:36 PM PST GEORGE TOWN: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mahu menghentikan amalan calon yang bertanding pada pilihan raya membawa kumpulan penyokong dalam jumlah yang besar pada hari penamaan calon. Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, perarakan mengiringi calon ke pusat penamaan calon sepatutnya dimansuhkan bagi memastikan suasana aman pada hari berkenaan. "Hanya sepuluh penyokong dan wakil-wakil calon dibenarkan. Hari penamaan calon dan hari pengundian adalah yang paling membimbangkan saya," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan taklimat pilihan raya di sini, Selasa. Read More / Baca Lagi >> |
Posted: 31 Jan 2012 06:31 PM PST Barisan Nasional's obsession with Anwar Ibrahim has come to a head. It is unbelievable that there could be so much emotion over one solitary figure, even if he heads the Opposition pact. Always lurking beneath the surface - ever since Umno jailed and sacked him on false sodomy charges in 1998 - this fear of retribution erupted into the open after the 2008 general election, and until today, it has not dissipated. If one were to watch the news on prime time television not a moment goes by without one knucklehead or other letting off steam against Anwar, while trying to sound and look credible without sticking a finger into his nose or scratching his rear. BN sharks work overtime It sounds so ridiculous, but day in and day out, the mainstream media is working overtime to rip apart the 'one great leader' who is expected by his countrymen to save Malaysia from the mighty jaws of the BN sharks, to unite the country and to lead it to become a real and functioning democracy. |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan