GoMalaysian |
Posted: 30 Jan 2012 10:26 PM PST Mahal sungguh nak 'maintain' UMNO iniMasalah yang dihadapi oleh parti pemerintah sekarang ini ialah perpecahan dalaman yang berlaku dari atas sehingga ke bawah. Perpecahan yang sangat serius ini bukan kepalang besarnya. Beberapa minggu lalu di Shah Alam Dr Mahathir telah menyeru ahli-ahli UMNO supaya menyokong calon UMNO walaupun yang diturunkan oleh parti itu bukannya seorang ahli UMNO. Seruan Dr Mahathir ini sangat besar maknanya kepada seseorang yang berpolitik Ia bermakna UMNO memang sedang berada didalam keadaan tenat sehinggakan ada tempat-tempat dan kawasan yang tidak ada seorang pun ahli UMNO yang layak untuk diturunkan sebagai calon yang mendapat sokongan yang menyeluruh. Dr Mahathir pula nampaknya sudah berubah lagi. Kali ini beliau menyokong parti, tidak seperti dalam PRU yang lalu di mana beliau meyokong calon dan tidak parti. Tetapi itu adalah tindakan yang tidak mengejutkan ramai sebab Mahathir adalah seorang yang sentiasa 'flip-flop' dalam perjuangan beliau. Jadi benarlah pandangan saya selama ini yang UMNO memang tidak ada kepimpinan di kalangan ahli-ahlinya. Jika seorang pemimpin yang digelar sebagai negarawan oleh penyokong-penyokong setianya itu, boleh menzahirkan kata-kata seruan seperti itu maka sah UMNO memang sedang menghadapi masalah yang bertindih-tindih yang tidak dapat diselesaikan walaupun PRU akan diadakan tidak lama lagi. Malah semalam saya terdengar Muhyiddin Yassin sedang berbincang dengan J/K disiplin parti untuk mencari jalan bagaimana hendak mengelakan ahli-ahli parti tidak melakukan sabotaj terhadap calon UMNO dalam pilihanraya yang akan datang ini. PRU kali ini amat sengit yang bakal dihadapi oleh UMNO dalam sejarahnya kewujudannya. Dalam satu dua isu ini, kita boleh memahami dengan jelas yang UMNO sebenarnya tidak ada masa untuk menyaingi PR kerana masalah dalam parti pemerintah itu masih terlalu besar untuk diatasi dengan sebaik-baiknya. Bagi saya, bagi UMNO untuk mnyelesaikan isu dalamannya parti itu memang sewajarnya berehat dari memerintah negara. Apabila sudah dapat cari formula yang baik barulah kembali menawarkan diri dalam pilihanraya yang berikutnya nanti. Baca selebihnya di http://aspanaliasnet.blogspot.com/2012/01/mahal-sungguh-nak-maintain-umno-ini.html?m=1 |
You are subscribed to email updates from GoMalaysian To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan