Rabu, 18 Januari 2012

PERAKITE

PERAKITE


Sultan perkenan Dr Ahmad Yunus dilantik ganti Hasan Ali

Posted: 17 Jan 2012 06:33 PM PST

Dr Ahmad Yunus Hairi, Adun Sijangkang mengangkat sumpah sebagai Exco kerajaan negeri Selangor menggantikan Datuk Dr Hasan Mohd Ali.

Nama Dr Yunus telah diperkenankan oleh Sultan Selangor dan mengangkat sumpah di hadapan baginda Sultan hari ini.

Beliau dijangka akan menyertai mesyuarat Exco pertamanya selepas mengangkat sumpah.

Majlis Istiadat Pelantikan dan Angkat Sumpah Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor diadakan Bilik Singgahsana, Istana
Bukit Kayangan, Shah Alam.

Sebelum ini, Dr Ahmad Yunus adalah Pembantu Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Sumber Manusia yang Exconya adalah Dr Halimah Ali.

Perlantikan Dr Ahmad Yunus dicadangkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Awang kepada Menteri Besar Selangor.

Dalam pilihan raya umum 2008 lalu, Dr Ahmad Yunus mengalahkan calon BN yang juga bekas Exco Selangor, Datuk Abdul Fatah Iskandar dengan majoriti 2,081 undi.

Dalam pilihan raya umum 2004, Abdul Fatah mengalahkan Dr Ahmad Yunus di kerusi Dun yang sama.

Datuk di Jabatan Veterinar dituduh palsukan dokumen untuk naik pangkat

Posted: 17 Jan 2012 03:58 PM PST



Pegawai ibu pejabat  perkhidmatan Jabatan Veterinar  Puterajaya Datuk Dr Soeraya Norsham (foto) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di Seremban semalam atas empat pertuduhan memalsukan dokumen kenaikan pangkat dan gred sejak 2009.

Datuk Dr Soeraya NorshamTertuduh yang sebelum ini Pengarah Veterinar Negeri Sembilan, 38, membuat pengakuan itu selepas jurubahasa mahkamah membacakan empat pertuduhan bersama tiga pertuduhan pilihan di depan Hakim Nursinah Adzmi.


Tiga tuduhan berkenaan adalah menyerahkan dokumen palsu Surat Arahan Kenaikan Pangkat dan Pengesahan Jawatan Pegawai Veterinar Gred G48, Arahan Memangku Jawatan Pegawai Veterinar Gred G52 Khas Untuk Penyandang (KUP) dan Keputusan Urusan Kenaikan Pangkat Pegawai Veterinar Gred G48 ke Gred G52 kepada seorang Pembantu Tadbir jabatan yang diketuainya.
Perbuatan itu masing-masing didakwa dilakukan pada 16 Mac 2009, 5 Januari 2010 dan 2 Julai 2010 di Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Sembilan, Jalan Pantai di sini, bagi tujuan pelarasan gaji dan elaunnya.

Melalui tiga perbuatan itu, tertuduh yang kini bertugas di Ibu Pejabat Jabatan Perkhidmatan Veterinar di Putrajaya, didakwa memperoleh pendapatan keseluruhan berjumlah RM50,315.58 secara salah.

Bagi tiga pertuduhan berkenaan, dia didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara hingga 10 tahun dan denda RM10,000 atau tidak kurang lima kali ganda nilai kesalahan mengikut yang lebih tinggi.

Bagaimanapun, pihak pendakwaan menawarkan pertuduhan pilihan bagi tiga pertuduhan berkenaan, iaitu didakwa mengikut Seksyen 468 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya. 

Bagi pertuduhan keempat, Dr Soeraya didakwa menggunakan dokumen palsu Surat Keputusan Pemangkuan Pegawai Veterinar Gred G52 ke Gred G54 yang didakwa tulen bagi menipu Pembantu Tadbir sama di Bahagian Pentadbiran Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Sembilan, pada 12 April 2011.

Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Mohd Fairuz Johari, memohon mahkamah mengenakan ikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin, tetapi peguam Muhammad Faiz Fadzil memohon dikurangkan kepada RM3,000.

Nursinah berpendapat jumlah pengurangan itu tidak munasabah, menetapkan ikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin, manakala sebutan semula kes pada 22 Februari depan.

Tiada ulasan: