Rabu, 18 Januari 2012

A Mum Of Three Mohd

A Mum Of Three Mohd


Terimalah hakikat orang dah tak mau kamu lagi...

Posted: 18 Jan 2012 06:56 AM PST


Aaaikk.... Kata dah tak mau merayu, sekarang kenapa nak pertikai pulak.

Ishh... Ishh... Ishh... Sah... dah gila talak!!

SHAH ALAM - Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata beliau telah menerima surat daripada Datuk Dr Hasan Ali yang menyifatkan pelantikan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Sijangkang, Dr Ahmad Yunus Hairi sebagai exco baru terlalu awal kerana beliau masih mempunyai ruang untuk merayu kepada Majlis Syura Pas.

"Saya ada menerima surat bertarikh 10 dan 11 Januari daripada Datuk Dr Hasan Ali...beliau (Hasan) berkata bahawa pelantikan ini terlalu awal kerana
beliau (Hasan) masih mempunyai ruang untuk merayu kepada Majlis Syura Pas.

"Saya telah menjawab surat Hasan dengan menyatakan bahawa keputusan saya menggugurkan beliau (Hasan) adalah lanjutan daripada keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Pas Pusat yang melucutkannya sebagai anggota Pas pada 8 Januari lepas dan isu rayuan tidak dinyatakan dalam surat berkenaan," kata Khalid kepada pemberita selepas upacara angkat sumpah oleh Adun Sijangkang Dr Ahmad Yunus Hairi sebagai anggota exco Selangor yang baru di Istana Bukit Kayangan di sini.

Hasan dipecat daripada Pas kerana didakwa bertindak bertentangan dengan kepentingan parti dan telah diberikan sehingga 7 Februari untuk merayu
penyingkirannya.

Sebelum digugurkan, Hasan memegang jawatan sebagai Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam.

Abdul Khalid berkata Hasan mempertikaikan tarikh pemecatannya sebagai anggota Exco kerajaan Selangor kerana mendakwa ia bercanggah dengan kuatkuasa keanggotaannya sebagai anggota Pas yang sepatutnya tamat pada hari akhir tempoh rayuan. [Selanjutnya di sini]

The Return of Mr Dot Dot Dot

Posted: 17 Jan 2012 11:45 PM PST


Kini, Najib Razak menggunakan strategi 'You help me, I help you' untuk terus memelihara seekor 'biawak hidup' iaitu seorang sahabat setianya, yang banyak berjasa pada diri dan keluarganya.

Hahahaha.... The Return of Mr Dot Dot Dot as "envoy-at-large" to the United States. Duta Khas beb!! Bertaraf menteri wa cakap lu!!

Ciiiittttt!! Hampeehhh!!

Tarak guan betoi. Menghabiskan duit rakyat jer bayar gaji biawak hidup ini.

Tukor kerajaan komer!! Jangan biarkan pembaziran duit rakyat dilakukan sewenang-wenangnya oleh rejim Najib Razak. PRU13.... kita pangkah Pakatan Rakyat!!

KUALA LUMPUR, 18 Jan — Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat Datuk Seri Dr Jamaluddin Jarjis akan memegang peranan baru sebagai "duta khas" untuk perbesarkan pengaruh selepas kontraknya tamat hujung April ini, yang akan membenarkan orang kuat Najib ini meluangkan lebih banyak masa di Putrajaya menjelang pilihan raya umum.

Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman memberitahu The Malaysian Insider bahawa Ahli Parlimen Rompin itu akan mengekalkan status jawatan menteri "walaupun mempunyai banyak masa untuk melaksanakan tugas-tugas sebagai pegawai yang dilantik."

"Beliau tidak akan menetap di Amerika tetapi Kuala Lumpur dan akan membantu duta baru dan ia penting untuk negara mempunyai kepakaran beliau," kata Ahli Parlimen Kimanis ini....

Malas aku nak paste kesemua berita ini. Menyampah!! Kalu komer naktahu lebih lanjut klik sini.

Belum akil baligh?? Masih setengah masak??

Posted: 17 Jan 2012 10:30 PM PST


Eeee.... Tak paham-paham. Jangan sebut lagi nama UMNO. PAS dah tak sior nak ber'dating' apatah lagi bernikah dengan UMNO. Nama UMNO jangan disebut-sebut lagi.... buat orang naik darah jer.

Sekarang, rakyat Malaysia nak hidup TANPA UMNO. Ada paham??

Ishhhh..... buruk mintak betoi ler Ustaz ni. Nak join Hassan Ali ke??

Nasha: Dialog Umno-PAS bukan bagi bentuk pakatan

Bekas timbalan presiden PAS Nasharudin Mat Isa hari ini berkata, usaha untuk menemukan Umno dan PAS untuk berdialog masih memerlukan banyak usaha.

"Jika kamu bercakap tentang politik partisan, saya sudah berusaha mengurangkan jurang perbezaan antara kedua-dua organisasi ini.

"Tetapi jika kamu ikuti, ia masih perlu lebih usaha kerana orang ramai masih tidak faham dengan baik berhubung kerisauan kumpulan kecil dalam organisasi saya tentang keperluan mengadakan perbincangan.

"Ia bukan tentang bergabung atau melompat, tetapi keperluan berbincang, bukan hanya antara PAS dan Umno, tetapi juga PAS dengan organisasi lain," katanya ketika menjawab soalan peserta pada Persidangan Antarabangsa Pergerakan Moderat Global di Kuala Lumpur hari ini.

Nasharudin berkata demikian ketika ditanya peserta tentang tindakan PAS bekerjasama dengan bukan Islam tetapi enggan bersama Umno.

Ia susulan kenyataan Nasharudin sebelum itu bahawa beliau menyelar tindakan negara Islam berlawan sesama sendiri tetapi bersikap mesra dengan negara bukan Islam.

Katanya, lagi isu cadangan perbincangan antara Umno dan PAS bukan mengenai pembentukan sebuah pakatan tetapi hanya sebagai saling interaksi demi kebaikan negara.

"Saya percaya keperluan untuk berdialog...saya percaya perlu untuk semua menyertainya untuk tujuan yang baik," katanya.

Terdahulu, Nasharudin menyampaikan kertas kerja bertajuk "Antara Kesederhanaan dan Ekstremisme: Cabaran dan Respon".-Mkini

Confession of an ex-minister

Posted: 17 Jan 2012 09:00 PM PST


Setelah jadi 'bekas' baru pecah tembelang.

Hello SPR...!! Bukak mata dan korek telinga. Tolong ambil perhatian!!

Bekas menteri dakwa BN beli undi dengan wang tunai

January 17, 2012

PETALING JAYA, 17 Jan — Bekas menteri persekutuan daripada Umno hari ini mendakwa wang yang digunakan pada kempen pilihan raya lalu adalah untuk membeli undi, satu taktik yang dikenali sebagai "bom".

Tan Sri Datuk Abdul Kadir Sheikh Fadzir (gambar) berkata demikian dalam satu forum dengan menjelaskan mengalami pengalaman itu sendiri dengan memberi RM200 hingga RM1,000 dalam kempen pilihan raya Barisan Nasional (BN) untuk mendapat undi.

"Saya telah menjadi ketua dalam banyak kempen dan saya diberikan wang dalam jumlah yang banyak untuk diagihkan," kata bekas menteri penerangan dan pelancongan di Persidangan Perancangan Strategik Malaysia 2012 di sini.

"Ia secara terang-terangan untuk membeli undi."

Abdul Kadir berkata istilah yang digunakan untuk strategi itu adalah "bom".

Beliau menambah secara peribadi tidak pernah menggunakan wang itu.

James Chin, Ketua Sekolah Seni dan Sains Sosial, Monash University, Bandar Sunway, berkata strategi itu merupakan paling berkesan di Sabah dan Sarawak.

Semasa ucapannya, Abdul Kadir berkata semasa beliau masih memegang jawatan dalam Umno, beliau mahu mengingatkan mereka tentang "Amanah Merdeka" — yang bermaksud memberi rakyat hak untuk mempunyai pilihan raya bersih dan adil.

Beliau turut menggesa Umno agar tidak perlu takut untuk kalah sekiranya ikhlas dalam perjuangan.

"Jika anda kalah, terimanya; rakyat ubah kerajaan banyak kali di USA dan Australia," katanya.

"Saya adalah ahli Umno, saya tiada masalah jika kalah. Jika anda berada di sana untuk menggunakan jutaan ringgit untuk diri sendiri dan kroni anda atau jika saya mempunyai bilion ringgit dan saya akan ditangkap selepas saya kehilangan kuasa, maka saya akan gunakan semua tipu helah ini.

"Jika anda ikhlas, tiada apa yang perlu ditakutkan," tambahnya.

Beliau berkata untuk mempunyai pilihan raya bersih dan adil, perlu ada akses sama rata terhadap media, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan jabatan kerajaan mesti neutral.

"Anda perlu berikan mereka (pembangkang) kebebasan untuk mempunyai TV, radio dan akhbar," katanya. "Selama 50 tahun PAS telah meminta lesen akhbar tetapi tidak diberikan — kerajaan pembuli besar."

Beliau menambah semasa pilihan raya, BN tidak sepatutnya menggunakan Kementerian Penerangan, Felda, Felcra dan Unit Cawangan Khas (SB) serta agensi lain untuk membantu kempen mereka.

Abdul Kadir juga Timbalan Presiden Angkatan Amanah Merdeka dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Sazean.-MI

Tak dengaq... Apa hang kata??

Posted: 17 Jan 2012 07:30 PM PST


Tak dengaq. Apa hang kata??

"Setahu saya tidak ada parasit. Kalau dia tau, maknanya dialah ketua parasit. Tentulah senarai parasit ada ditangan ketua"-Mahfuz Omar

"Kami duduk dalam Pas pimpinan tertinggi kata tidak ada parasit. Tiba-tiba dia kata ada. Hanya ketua tahu nama-nama parasit. Kita nak dengar ketua parasitnya memberitahu senarai parasit dalam Pas ini siapa"-
Mahfuz Omar

Kah kah kah kah

Ketua parasit!!!

[sini]

Tahniah Dr Ahmad Yunus!!

Posted: 17 Jan 2012 06:36 PM PST


Sijangkang rep sworn in to replace Hasan Ali
In a surprise development, Sijangkang assemblyperson Ahmad Yunus was today sworn in to replace Hasan Ali, the former Selangor PAS commissioner who was expelled by his party two weeks ago.

Ahmad, the new state exco member for religious affairs, took his oath before the Selangor sultan at the Kayangan Palace this morning.

Selangor PAS commissioner Dr Rani Osman was the favourite candidate to be picked for the post.-Mkini

JOM BERSIH 3.0!!!

Posted: 17 Jan 2012 06:15 PM PST


Jika tak terima cadangan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) bagi penambahbaikan proses pilihan raya..... kita BERSIH 3.0!!!

Ini bukan ugutan, ini menuntut hak dan janji untuk adakan reformasi dalam pilihan raya. Ya, rakyat tuntut pilihan raya yang bersih dan adil!!

Tok Guru Nik Aziz pun dah bagi greenlight. Ayuh... JOM BERSIH 3.0!!

KUALA LUMPUR 17 Jan: Pengerusi Bersih 2.0, Datuk S.Ambiga memberi amaran bahawa gabungan itu akan menganjurkan Himpunan Bersih 3.0, sekiranya kerajaan masih gagal menunaikan tuntutan untuk melaksanakan pilihan raya bersih dan adil.

Menurut Ambiga, pihaknya telah melakukan pelbagai cara termasuk menerusi kaedah rundingan dan menegaskan gabungan itu turut menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerima cadangan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) bagi penambahbaikan proses pilihan raya.

"Ia mesti dilaksanakan (oleh Suruhanjaya Pilihan Raya). Maka kita akan cuba semua itu, namun sekiranya mereka (SPR) tidak memenuhinya sebelum PRU, kami tidak menolak kemungkinan untuk menggerakkan Bersih 3," tegas Ambiga.

Menurut Ambiga, adalah jelas SPR tidak menghormati cadangan yang dikemukakan PSC dan Parlimen sekiranya suruhanjaya itu masih tidak mahu melaksanakan lapan tuntutan Bersih.

Di sidang media sama, Sasterawan Negara, A Samad Said turut mengatakan Bersih 3.0 adalah alternatif terakhir sekiranya tuntutan itu tidak dilaksanakan.

"Sekiranya semua pilihan tidak dilaksanakan, memang tidak mustahil akan diadakan Bersih 3.0,"

Bersih hari ini melancarkan Kempen Jom 100 bertujuan menarik seramai mungkin pengundi berdaftar untuk keluar mengundi bagi mencapai sasaran 100 % keluar mengundi pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan datang.

Pada PRU ke-12 sebelum ini, seramai 8.16 juta rakyat menunaikan tanggungjawab mereka mengundi untuk memilih wakil rakyat masing-masing.- Keadilandaily

Yeeehaaahhh!!! Kuda tunggangan UMNO@BN??

Posted: 17 Jan 2012 04:45 PM PST


Jeng.... jeng...jeng....

Hassan Ali sudah tunjuk belangnya yang sebenar.

"Tetapi beliau (Hasan) telah menunjukkan belang sebagai seorang yang egois, degil, sombong dan tidak boleh dikawal oleh peraturan parti." - Mohd Sany Hamzan.

Kata Mohd Sany Hamzan lagi....

"Janganlah disebabkan oleh kehilangan jawatan dan kuasa menyebabkan maruah diri sanggup digadaikan dan diperkudakan oleh Umno-BN"

Hahahaha.... Kini dia akan ditunggang dalam program 'Le tour de Hassan Ali' untuk menghebahkan nama-nama parasit dalam PAS.


Kah kah kah kah... Parasit dalam PAS konon???

Woit!! Tak der parasit dah. Parasit dah dicampak keluar. Kini, parasit tu dah jadi kuda tunggangan!!

Sekian dimaklumkan.

[Berita sepenuhnya di sini]

Kena saman lagi... Ajernya tak serik.

Posted: 17 Jan 2012 03:14 PM PST

Kredit gambar:BlogList Malaysia

Orang cakap lain, demer putar ke lain. Anwar halalkan homoseksual, ek??

Ambik kau.... RM50 juta!! Haaa... padan muka kena saman!!

Tak der kerja lain. Fitnah.... Fitnah.... Fitnah. Tak serik-serik. Harap-harap lingkup dan punahlah cepat.

Anwar Saman Utusan RM50 Juta

Anwar Ibrahim hari ini mengambil tindakan drastik menyaman Editor dan Utusan Melayu Sdn Bhd penerbit akhbar Utusan Malaysia ekoran penyiaran kenyatan Hasan Ali yang mendakwa Anwar menghalalkan kegiatan homeseksual seperti mana disiarkan dalam akhbar itu di muka depan hari ini.

Kenyataan Hasan itu yang disiar akhbar berkenaan berbunyi; "Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Ali membidas Datur Seri Anwar Ibrahim kerana mempertikaikan undang-undang homeseksual di negara ini.

"Menurut beliau, pendirian Anwar tersebut bukanlah baharu kerana itulah pandangan peribadi dan pegangan asal penasihat Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) tersebut.

"Oleh itu beliau menggesa rakyat menolak perjuangan Anwar kerana kegiatan tidak bermoral itu jika dihalalkan boleh mencetuskan pergolakan dan perpecahan dalam masyarakat serta kehancuran dalam negara."

Manakala berita di bawah tajuk "Parasit ancam Pas, Anwar mesti ditolak", disiarkan di muka 10 berbunyi; "Hasan: Inilah salah satu sebab saya tidak boleh bersekongkol dengan Anwar Ibrahim. Inilah sebabnya rakyat Malaysia mesti menolak perjuangan Anwar Ibrahim. Kalau kegiatan gay, lesbian, homeseksual dan transgender, itu hendak dihalalkan di Malsysia, saya rasa masyarakat akan bergolak dan berpecah. Saya nampak kekecauan akan berlaku ini pandangan saya. Sebenarnya pandangan Anwar Ibrahim bukan hanya di Mumbai melalui BBC itu saja."

Editor dan akhbar berkenaan diberi tempoh 48 jam untuk membuat permohonan maaf di atas kenyataan berkenaan. Bagaimana pun Hasan Ali tidak dinamakan dalam surat tuntutan yang dikirimkan ke email saya sekejap tadi.

Sumber: http://msomelayu.blogspot.com/2012/01/terkini-malam.html

Tiada ulasan: