Khamis, 5 Januari 2012

PENOREH GETAH

PENOREH GETAH


Projek IC PRU-13

Posted: 04 Jan 2012 10:47 AM PST

Thursday, January 5, 2012
Panas: "Pegawai KDN, Tawar Komisyen" Lumayan Dan Dalangi "Projek IC PRU-13" Di Parlimen Pekan
PEKAN, 5 Jan - Gara-gara takut kehilangan kuasa, UMNO Barisan Nasional (BN) kini semakin terdesak dan sedang bertungkus lumus menjalankan operasi "projek IC PRU-13" kepada Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) di kawasan Parlimen Pekan. Menurut sumber, dalang yang menguruskan "kerja terkutuk" itu ialah Pegawai Kementerian Dalam Negeri (KDN) sendiri. Kejadian ini berlaku pada minggu lalu."Tiga orang pegawai KDN telah datang ke Pekan baru-baru ini untuk projek IC itu. Saya terkejut bila ditawarkan RM500-RM1,000 satu kepala atas setiap pendaftaran yang dibuat. Mereka begitu serius dan dalam taklimat, turut mengarahkan agar perkara ini dirahsiakan kerana yang terlibat ialah beberapa orang wakil orang Kemboja. Caj perkhidmatan yang dikenakan kepada setiap PATI ialah sekitar RM4,500 seorang, termasuk surat beranak yang akan dikeluarkan selepas Pilihanraya Umum ke-13 nanti", kata sumber itu. Malah difaham, kesemua mereka yang sudah mendapat IC (MyKad) akan secara automatik boleh mengundi pada PRU-13 ini. "Mereka mengatakan antara pusat pengundian (pos) bagi PATI terbabit ialah di salah sebuah Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang terletak di Pekan. Kami diarahkan merahsiakan perkara ini kerana takut dijadikan isu oleh parti pembangkang", tambah sumber itu lagi. Paling mengejutkan, kesemua surat beranak PATI terbabit akan didaftar kelahirannya di negeri Selangor. Ia mungkin sebagai satu jalan untuk PATI terbabit menjadi pengundi pos di negeri itu pada PRU-13 ini.

Tiada ulasan: