Khamis, 5 Januari 2012

Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


Panas: Nur Amalina, 'Pelajar Cemerlang SPM' 2005 Di Katakan Rosak Akhlak Terkena Kejutan Budaya

Posted: 04 Jan 2012 09:52 PM PST

Mutakhir ini, heboh diperkatakan tentang isu pelajar cemerlang SPM (2005) iaitu Nur Amalina Che Bakri (foto). Anak tunggal kepada Seorang Guru dan Jurutera DBKL itu berjaya mememperoleh 17A1 dalam 17 mata pelajaran yang diambilnya. Kejayaan beliau menggemparkan seluruh negara dan namanya terus harum untuk dijadikan idola kepada pelajar-pelajar selepas itu. Kini, segalanya seakan telah berubah. Kami tidak mahu memberikan komen yang tajam sangat dengan isu ini, kerana ia bukanlah isu politik dan sekadar peribadi semata-mata. Namuun, harus juga diingat bahawa Amalina adalah ikon kepada anak-anak muda terutamanya pelajar yang masih menuntut. Jika ini gambaran yang ditonjolkan, selepas menjadi pelajar cemerlang maka apakah beliau boleh dibanggakan lagi. Nampak benar akhlaknya sudah rosak tatkala jauh dirantau orang. Hubungan sosial merasaskan kepada gambar-gambar yang dipapar itu jelas menunjukkan Amalina kini sudah tersasar dari landasan. Buarlah apa jua pengakuan pun, gambar dan video terkini pengakuan beliau boleh menceritakan segalanya. Kenyataan beliau kononnya seluar ketat yang dipakai ketika bergambar seksi di sana adalah pemberian ibunya itu jelas menggambarkan dia memangh sudah ketandusan idea. Malah, ibunya pula boleh mengaku menghadiahkan seluar itu kepada Amalina. Wajarkah seorang ibu kepada anak cemerlang boleh berbuat demikian?. Di sini jelas menggambarkan keluarga terbabit memang sudah rosak identitinya. Amalina yang kini mengambil pengajian perubatan di Universiti Edinburgh, Scotland dikatakan gemar berfoya-foya dan bersosial dengan rakan-rakannya diluar negara. Malah, akibat tindakan itut pelajarannya kini dikatakan semakin merosot dan merudum.


Lihat, gaya buka aurat dan aksi romantis Nur Amelina dengan jejaka Mat
Saleh
yang cetus kontroversi beliau selaku Pelajar Cemerlang SPM 2005
Semuanya gara-gara kejutan budaya. Wajarkah pelajar cemerlang seperti beliau boleh terkena kejutan budaya sebegitu?. Sedangkan ramai lagi pelajar Malaysia di sana yang masih mengamalkan cara hidup ketimuran dan Islam. Inilah yang dipersoalkan oleh orang ramai sekarang. Terkini, cuba lihat video jawapan balas beliau melalui bantuan Skype yang dilakukan oleh kalangan wartawan tempatan sendiri di rumah keluarganya di Kota Tinggi, Johor. Video ini telah disiarkan oleh Buletin 1.30 TV3 siang tadi. Sama-samalah anda nilai sendiri dengan apa yang disaksikan ini.

Pemuda PAS Akan Memberi Sepenuh Sokongan Untuk Menjayakan Himpunan Bebas Anwar 901

Posted: 04 Jan 2012 09:39 PM PST

SHAH ALAM, 5 Jan - Pemuda PAS akan memberi sepenuh sokongan bagi menjayakan himpunan 100,000 rakyat bagi melahirkan bantahan terhadap sistem kehakiman negara yang terlalu banyak dipengaruhi oleh tangan-tangan ghaib. Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasaruddin Hassan Tantawi (foto) berkata pemuda PAS akan sentiasa teguh berada dalam kesepakatan Pakatan Rakyat dalam memperjuangkan sebarang isu yang melibatkan nasib rakyat berbilang kaum di negara ini. Beliau berharap semua yang hadir tidak melakukan sebarang huru-hara atau mengujudkan suasana tegang. "Berdasarkan pengalaman kita samaada ketika Demontrasi Bersih 1 dan Bersih 2 dan beberapa himpunan aman lain banyak provokasi dilakukan pihak tertentu yang sengaja mahu mengujudkan suasana tegang supaya pihak polis boleh mengambil tindakan menangkap peserta. "Pemuda PAS berharap seluruh hadirin yang datang nanti akan terus mengekalkan sikap matang dan terbuka dan tidak terpengaruh dengan provokasi yang dicetuskan oleh pihak tertentu." kata beliau Menerusi blognya, beliau sendiri akan menghadiri himpunan tersebut yang membawa mesej kepada kerajaan UMNO dan BN bahawa rakyat menolak cara pemerintahan dan pentadbiran yang merosakan maruah orang sebelum ia dibuktikan bersalah. "Menghukumnya sebelum mahkamah menjatuhkan hukuman ke atasnya (Anwar). Ini adalah satu kezaliman dan penginayaan. Tidak baik membiarkan pemerintahan begini mengurus negara dan rakyatnya. Kebetulan hari ini insan yang menjadi mangsa hukuman sebelum hukuman mahkamah ini ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jika mangsa itu adalah Datuk Seri Najib Abd Razak sekalipun, kita wajib menentang kezaliman dan penginayaan yang dilakukan." tulisnya. Dalam pada itu, beliau berkata pihaknya sedang mengatur dengan barisan pemuda PR untuk mendapatkan pelbagai gambaran berhubung himpunan tersebut. "Saya pasti sebagaimana himpunan aman bersih dahulu ramai akan mengambil gambar dan video supaya menjadi bukti apa-apa tindakan provokasi dan salah guna kuasa pihak polis. "Kita juga tidak boleh mengharapkan maklumat dari pihak polis sebagaimana berlaku dalam insiden Bersih 2.0 lalu." kata beliau

Azmin Ali: PKR Dan Pakatan Rakyat Sedia Bincang Dengan Polis Berhubung Isu Himpunan Aman 901

Posted: 04 Jan 2012 09:31 PM PST

SHAH ALAM, 5 Jan - Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pakatan Rakyat sedia berbincang dengan pihak polis berhubung Himpunan Aman 901 pada 9 Januari ini. Timbalan Presiden PKR, Mohamad Azmin Ali (foto) didalam blognya berkata kesediaan untuk berbincang dengan pihak polis demi memastikan perhimpunan aman ini berjaya diteruskan dengan aman dan teratur. "Saya menyambut baik kenyataan YB Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara yang memperlihatkan kesediaan pihak polis untuk berbincang dengan KEADILAN dan Pakatan Rakyat bagi menjamin kelancaran perhimpunan aman 901 untuk membantah rekayasa politik ke atas Dato' Seri Anwar Ibrahim. "Hak untuk berhimpun secara aman merupakan hak rakyat yang sejajar dengan semangat keperlembagaan. Ianya merupakan antara teras kepada amalan sesebuah negara demokratik. Justeru sebarang usaha atau tindakan yang menggasir hak untuk berhimpun secara aman dan hak menyatakan pendirian politik (political expression) rakyat Malaysia adalah bertentangan dengan asas pembentukan negara Malaysia yang demokratik, bebas dan merdeka. Pencabulan ke atas hak ini dianggap sebagai mengkhianati asas penubuhan negara Malaysia yang merdeka." tulis beliau. Beliau berharap semua anggota parti dan penyokong PR serta rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan keadilan untuk turut serta menyatakan sokongan. Beliau turut menggesa pihak polis untuk memelihara keselamatan awam termasuk para demonstran dan rakyat keseluruhannya yang berhimpun di Kuala Lumpur. "Kita berharap insiden keganasan seumpama tragedi UPSI dan BERSIH tidak akan berulang. Ini adalah peluang terbaik Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara untuk memulihkan imej polis yang sekian lama tercalar dan mengembalikan keyakinan awam terhadap institusi polis selaras dengan janji Perdana Menteri untuk melaksanakan transformasi politik di dalam pentadbirannya." ujar beliau lagi.

Panas: "Pegawai KDN, Tawar Komisyen" Lumayan Dan Dalangi "Projek IC PRU-13" Di Parlimen Pekan

Posted: 04 Jan 2012 09:05 AM PST

PEKAN, 5 Jan - Gara-gara takut kehilangan kuasa, UMNO Barisan Nasional (BN) kini semakin terdesak dan sedang bertungkus lumus menjalankan operasi "projek IC PRU-13" kepada Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) di kawasan Parlimen Pekan. Menurut sumber, dalang yang menguruskan "kerja terkutuk" itu ialah Pegawai Kementerian Dalam Negeri (KDN) sendiri. Kejadian ini berlaku pada minggu lalu."Tiga orang pegawai KDN telah datang ke Pekan baru-baru ini untuk projek IC itu. Saya terkejut bila ditawarkan RM500-RM1,000 satu kepala atas setiap pendaftaran yang dibuat. Mereka begitu serius dan dalam taklimat, turut mengarahkan agar perkara ini dirahsiakan kerana yang terlibat ialah beberapa orang wakil orang Kemboja. Caj perkhidmatan yang dikenakan kepada setiap PATI ialah sekitar RM4,500 seorang, termasuk surat beranak yang akan dikeluarkan selepas Pilihanraya Umum ke-13 nanti", kata sumber itu. Malah difaham, kesemua mereka yang sudah mendapat IC (MyKad) akan secara automatik boleh mengundi pada PRU-13 ini. "Mereka mengatakan antara pusat pengundian (pos) bagi PATI terbabit ialah di salah sebuah Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang terletak di Pekan. Kami diarahkan merahsiakan perkara ini kerana takut dijadikan isu oleh parti pembangkang", tambah sumber itu lagi. Paling mengejutkan, kesemua surat beranak PATI terbabit akan didaftar kelahirannya di negeri Selangor. Ia mungkin sebagai satu jalan untuk PATI terbabit jadi pengundi pos di negeri itu pada PRU-13 ini.

[Sebenarnya isu ini sudah beberapa kali dilaporkan, namun pihak yang berkenaan terutamanya Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dengan bangga menafikannya. Namun, dengan maklumat terbaru ini, maka pihak terbabit digesa menghentikan urusan "haram" berkenaan kerana ia jelas perbuatan khianat kepada agama bangsa dan negara. Walau pun, difahamkan projek IC itu hanya terbuka kepada PATI yang beragama Islam terutamanya dari negara Kemboja, Thailand dan Indonesia, namu ia tetap salah dan wajar ditentang. Ia bagi mengaburi mata pembangkang yang mereka itu adalah warga asing. Demi kuasa, manusia sanggup melakukan apa saja. Ini jelas satu perbuatan yang menggadai maruah negara. Apakah mereka ini boleh kita jadikan pemimpin dan pemerintah negara. Apa yang jelas, ini membuktikan UMNO BN sebenarnya sudah tidak yakin kepada rakyat tempatan sendiri sebenarnya. Di harap agar pihak-pihak yang berkenaan terutamanya pembangkang dapat melakukan siasatan terhadap pendedahan ini. Segala yang berlaku memang didalangi oleh KDN. Sebab itu ada kawasan tertentu dimana KDN mengarahkan RELA untuk jaga warga asing ini. Bukankah ia satu tindakan yang cukup hina kerana mereka tergamak jual negara dek kerana kuasa!].

Tiada ulasan: