Selasa, 31 Januari 2012

Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


Panas: Gara-Gara Azan, Pakatan Rakyat Mungkin Kehilangan Kerusi Parlimen Indera Mahkota Pada PRU-13

Posted: 31 Jan 2012 06:42 AM PST

Rata-rata rakyat terutamanya pengundi YB Azan Ismail (foto) di Parlimen Indera Mahkota dekat sini tertanya-tanya ke mana kelibat Ahli Parlimen terbabit mutakhir ini. Ramai yang menghubungi kami dan mahu supaya Pahang Daily Online (PDO) mendapatkan maklumat tentang Wakil Rakyat terbabit. Sememangnya semenjak dilantik sebagai Pengerusi Perhubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Negeri Terengganu, kelibat Azan begitu jarang sekali dapat dilihat dalam mana-mana program pembangkang (Pakatan Rakyat). Bukan setakat di sekitar Kuantan, malahan di kawasan parlimen yang diwakilinya sendiri. Persoalannya ke mana pergi YB Azan Ismail agaknya?. Beliau yangd ilihat merupakan seorang pemimpin yang begitu pakar tentang hal ehwal kewangan dalam membantu Pakatan Rakyat di Parlimen, kini seolah-olah sudah hilang dari radar. Malah, sebahagian besar dari orang kanannya sendiri juga amat kecewa dengan perkembangan ini. Bagi mereka, Azan tidak sepatutnya hilang dari khalayak ramai kerana dia masih lagi Ahli Parlimen Indera Mahkota sebelum parlimen dibubarkan. Jika amalan ini terus dilakukan, maka kemungkinan besar pembangkang akan kehilangan kerusi parlimen terbabit pada Pilihanraya Umum akan datang. Ini berdasarkan kepada suara akar umbi yang begitu kecewa dengan kelibat wakil rakyat terbabit. "Bila dia tiada, yang rosak ialah Pakatan Rakyat. Sepatutnya dia mesti hadir dalam mana-mana program yang melibatkan pembangkang di kawasannya. Kami mengundi beliau dan kami perlukan beliau untuk membela kami. Jika ini caranya, bagaimana kami mahu percaya lagi kepada pemimpin yang kami pilih?. Kami bukan mahu wang dari beliau, sebab kami tahu kedudukan wakil rakyat pembangkang. Tapi sekurang-kurangnya hadirlah dalam majlis-majlis yang kami anjurkan termasuk ceramah dan sebagainya", kata seorang pemandu teksi yang menghubungi kami semalam. Senario ini pasti memungkinkan UMNO Barisan Nasional akan lebih mudah menawan Indera Mahkota pada PRU-13 nanti sebenarnya. Difahamkan, tindakan Azan dan beberapa orang ketua cabang yang meminta lebih kerusi dari PAS pada PRU-13 nanti juga menyebabkan Pakatan Rakyat di Terengganu kini retak menanti belah.

[Difahamkan Azan bersama-sama pimpinan PKR Cabang Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Kemaman, Setiu, Besut, Ulu Trengganu, Dungun dan yang lain mahu PKR mendapat lebihan agihan kerusi di sana. Susulan tindakan itu, kini sebahagian besar pemimpin PAS di Terengganu menolak Azan. Susulan daripada itu, Azan khabarnya telah melobi Anwar Ibrahim untuk kembali ke kerusi asalnya di Indera Mahkota berdasarkan faktor "calon menang dikekalkan". Apapun, kini nama YB Azan semakin tenggelam akibat kelibatnya yang jarang kelihatan di Parlimen Indera Mahkota. Ramai yang berpendapat, jika Azan dikekalkan maka harapan untuk pertahankan kerusi parlimen itu pasti akan berkecai. Jika Azan kembali ke Indera Mahkota, bagiamana pula dengan calon harapan Azmin Ali iaitu Zakaria Hamid (bekas Pengerusi PKR Pahang) yang sudah lama mengatur program dan buat kerja di kawasan terbabit. Difahamkan, beliau akan dipilih menggantikan Azan selain Dato' Fauzi Abd Rahman di parlimen itu pada PRU-13 nanti. Apapun, PKR harus lebih berhati-hati agar masalah dalaman mereka tidak dihidu oleh UMNO BN kali ini. Jika tidak, harapan untuk kekalkan kerusi parlimen itu pasti akan tinggal kenangan kerana UMNO BN sudah pasti akan meletakkan calon popular pada kali ini. Jika ini berlaku, mereka mungkin akan dapat merampas kerusi parlimen itu kali ini. Ia ditambah lagi dengan kemasukan ramai pengundi pos akibat kewujudan pengkalan marin di parlimen itu sekarang. Khabarnya hampir 5,000 undi pos akan menangkan BN kali ini].

Isu NFC: Tipu RM1,755 Juta Cepat Mahu Di Dakwa, Tapi Bila Tipu RM250 Juta Diam Membisu Sahaja !

Posted: 31 Jan 2012 06:00 AM PST

KUALA LUMPUR 31 Jan - Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini, menetapkan dua hari bermula 4 April, untuk perbicaraan kes ahli perniagaan Datuk Shamsulbahrin Ismail, yang dituduh menipu pengarah Perbadanan Fidlot Nasional (NFC), Datuk Seri Dr. Mohamad Salleh Ismail sebanyak RM1.755 juta. Hakim Rozilah Salleh menetapkan tarikh itu apabila kes tersebut disebut di hadapan beliau. Ketua Unit pendakwaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Abdul Razak Musa memberitahu mahkamah bahawa pendakwaan akan memanggil 15 saksi. Shamsulbahrin, 46, dituduh menipu Mohamad Salleh dengan sengaja menjanjikan khidmat perundingan dengan niat tidak ikhlas untuk memujuk mangsa (Mohamad Salleh) bagi bersetuju membayar khidmat berkenaan. Tertuduh yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Resources Sdn Bhd dituduh melakukan kesalahan itu di sebuah restoran di Bukit Tunku di sini pada pukul 6 petang, 20 November tahun lepas. Dia juga dituduh menipu Mohamad Salleh dengan memperdayakan beliau bagi menyerahkan cek bernilai RM1.755 juta. Kesalahan itu didakwa dilakukan di Solaris, Mont Kiara di sini antara 25 November dan 6 Disember tahun lepas. Kedua-dua pertuduhan itu dilakukan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun dan dirotan serta boleh juga kedua-duanya, jika sabit kesalahan. Shamsulbahrin diwakili oleh Zarina Ismail.

[Memang sungguh memusykilkan bila kita melihat isu NFC ini. Bayangkan, isu lain yang dihebohkan tiba-tiba isu lain pula yang mahu dibawa ke mahkamah. Mana pegi persoalan pokok RM250 juta peruntukan kerajaan kepada syarikat milik keluarga Sharizat Jalil untuk projek lembu itu?. Mana pergi isu beli kondominium dan buka restoran mewah yang diperkatakan itu. Kenapa keluarga Shahrizat tidak didakwa sedangkan isu dibongkar menerusi Laporan Ketua Audit Negara dan bukannya oleh pembangkang ketika itu. Tiba-tiba isu wang RM1.755 juta pula yang cuba dihebohkan. Persoalannya, kenapa suami Shahrizat begitu bodoh boleh ditipu atau beliau memang layak untuk ditipu kerana dia telah awal-awal agi menipu rakyat Malaysia. Maka itu, kita wajar melihat isu ini dari kontek sebenar dan bukannya isu RM1.755 juta ini. Rakyat harus bijak menilai dan tidak wajar berdiam diri dengan isu ini. Jangan biarkan mereka sewenannya merompak wang rakyat sesuka hati lagi. Nyahkan mereka pada PRU-13 ini].

Panas: 'Tanah Rizab Kubur' Jadi Pusat Komersial, Ramai Keliru Logo MPK Pada Papan Tanda Projek

Posted: 30 Jan 2012 09:17 PM PST

KUANTAN, 31 Jan - Orang ramai yang melalui Jalan Hj.Ahmad ke Semambu, musykil dengan kewujudan pembinaan sebuah pusat perniagaan komersial dalam kawasan "berpagar" dekat Tanah Perkuburan Islam Hutan Setali dekat sini. Pembinaan kedai pejabat tiga tingkat berkualiti di atas tapak "rizab kubur" itu dilihat amatlah tidak wajar sama sekali. Ini kerana, bersebelahan dengan kawasan perkuburan Islam itu terdapat juga perkuburan Cina dan India di dalam kawasan terbabit. Maka itulah kawasan berkenaan dipagar dengan "ikatan bata berwarna merah". Namun, apa yang memusykilkan, kenapa ada projek pembangunan dalam kawasan terbabit?. Tinjaun krew kami ke lokasi berkenaan baru-baru ini ternyata membuktikan pembinaan bangunan terbabit diragui dan jelas melanggar syarat-syarat penggunanan tanah di kawasan berkenaan. Soalnya, kenapa ada pihak yang boleh membina bangunan komersial dalam kawasan yang dirizabkan untuk tanah perkuburan?. Kami cuba mendapatkan info lanjut daripada beberapa orang penduduk setempat, namun mereka sendiri juga "bingung" melihat apa yang berlaku. Masing-masing tidak dapat memberikan kenyataan kerana kecewa dengan situasi itu. Difahamkan, projek berkenaan adalah "Cadangan Pembangunan Kedai Pejabat Yang Mengandungi Enam Unit Kedai Pejabat Di Tingkat Atas Sebahagian Daripada Lot 338 Sek.33 (PT 85836-8584) Mukim Kuala Kuantan Untuk Tetuan Yuan Lee Development Sdn Bhd". Apa yang mengejutkan ialah terteranya logo Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) pada papan tanda projek berkenaan. Ini sesuatu yang tidak pernah berlaku dalam mana-mana projek swasta sebelum ini. Soalnya sekarang, apakah status asal tanah berkenaan?. Kerana ia terletak dalam pagar kawasan rizab kubur, malah pagar berkenaan masih tersergam indah sehingga sekarang. Harap, pihak MPK dapat menyiasat dan memastikan apakah kelulusan projek berkenaan mengikut peraturan atau ada unsur-unsur menyeleweng. Ini kerana, terdapat laporan bahawa tanah terbabit diambil secara "simbolik" oleh pihak yang berkenaan dan logo MPK digunakan semata-mata untuk mengaburi mata rakyat. Jika benar dakwaan itu, maka siapakah "orang dalam" yang terlibat dan mereka wajar dikenakan tindakan kerana telah ubah status tanah rizab kubur kepada komersial dengan sewenangnya.


Mengelirukan, logo MPK kelihatan tertera pada papan tanda projek swasta

Inilah kawasan Tanah Perkuburan Islam Hutan Setali yang diperkatakan

Bukti, cuba lihat pagar bata merah yang terus bersambung ke tapak projek

Kelihatan kerja-kerja pembinaan kini sedang dilakukan oleh pemaju terbabit

[Difahamkan tanah tersebut sememangnya hak milik pemaju berkenaan, cuma ia mahu diambil oleh kerajaan sebagai Tanah Rizab Kubur. Anehnya, pagar bata merah telah terbina di kawasan itu sejak awal lagi. Malahan pagar terus bersambung ke kawasan perkuburan Cina (jirat) di sebelah belakang kawasan terbabit. Menurut sumber, pemilik mahu kerajaan menggantikan tanah terbabit dengan kawasan yang lain. Namun, urusan itu tidak diendahkan oleh pihak kerajaan. Maka itulah pembinaan tersebut terus dijalankan atas tanah berkenaan. Masalahnya, ia mengelirukan orang ramai yang lalu lalang di situ. Bahkan, ramai yang mahu kerajaan bertindak segera menghalang projek pembinaan ini. Kenapa perlu korbankan tanah di kawasan kubur untuk pembinaan projek komersial seperti ini. Malah, apa motif ada logo Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) pada papan tanda terbabit. Bukankah ini projek swasta dan bukannya projek MPK. Nampak sunguh mengelirukan kerana logo terbabit tertera dengan jelas sebenarnya. Harap, pihak berkuasa pantau dan membongkarkan isu ini].

Tarik Jawatan 'Profesor', Dr.Aziz Bari Tidak Kisah Tetapi 'Sedih Melihat Gelagat UIAM' Sebenarnya !

Posted: 30 Jan 2012 09:00 PM PST

KUALA LUMPUR, 31 Jan - Pakar perlembagaan dan bekas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Dr Abdul Aziz Bari (foto) hari ini berkata beliau sedih dengan gelagat UIA yang didakwa jelas menjadi "alat orang lain" dengan mengeluarkan kenyataan memalukannya, hanya kerana pertanyaan sepucuk surat pembaca "yang jahil" tentang ilmu dan gelaran profesor. Beliau menegaskan, dia tidak kisah gelaran sama ada gelaran profesornya ditarik balik oleh atau tidak kerana kepakaran yang dimiliki tetap bersamanya. "UIA boleh tarik gelaran itu tapi UIA tak boleh ambil ilmu saya. Kepakaran saya akan terus bersama saya. "Saya tidak boleh sekat orang panggil saya profesor; apa pun saya saya tidak kisah ada gelaran atau tidak. Saya tetap saya," katanya. Beliau dilaporkan tidak boleh lagi menggunakan status profesor kerana ia gugur secara automatik setelah menamatkan perkhidmatan dengan UIA. "Nampak macam UIA hendak ikut sama memalukan saya supaya saya sukar menghadapi hari-hari yang mendatang. "Negara sudah tahu saya tidak lagi berkhidmat di UIA; jadi perlukah UIA membuat kenyataan begitu?" katanya. Dr Aziz juga berkata, secara faktanya, ramai "profesor pencen" masih dipanggil profesor kerana orang yakin dan hormat dengan ilmunya dan setakat ini tidak ada universiti di Malaysia yang membuat kenyataan umum seperti UIA itu. Beliau juga berkata tidak kisah atas tindakan itu kerana kegiatan akademik awamnya bermula sejak saya belum bergelar profesor lagi. "Dengan itu apa yang mereka lakukan tidak akan memberi kesan kepada saya," katanya. Menurut Dr Aziz juga berkata, gelaran profesor itu pun dipohonnya sebelum ini atas permintaan UIA sendiri melalui surat rasmi daripada rektor sepuluh tahun lalu. "Tidak seperti orang lain saya tidak memohon, Saya diminta oleh pihak UIA, hujung 2002, untuk memohon jawatan profesor. "Mungkin kerana ketika itu tulisan dan autoriti saya mengatasi rakan-rakan lain dalam fakulti dan mereka mahu saya 'masuk' dulu," tambah beliau lagi.

Panas: Biar Pun 'Ada Bantahan', Kerajaan Negeri Tetap Akan 'Teruskan Korporatkan' JBA Pahang !

Posted: 30 Jan 2012 08:19 PM PST

KUANTAN, 31 Jan - Pengkorporatan Jabatan Bekalan Air Pahang (JBAP) akan tetap dilakukan mengikut jadual kerana ia membawa banyak manfaat kepada warga kerja jabatan itu. Menteri Besar, Dato' Sri Adnan Yaakob (foto) menjelaskan, pengkorporatan JBAP kepada Perbadanan Air Pahang (PAIP) telah dikaji secara teliti dan bukan diswastakan seperti diwar-warkan oleh sesetengah pihak. Beliau berkata, kalangan pegawai dan kakitangan terbabit salah faham tentang perkara itu kerana menganggap jabatan berkenaan telah diswastakan. "Justeru, saya bersama dengan JBAP akan mengadakan penerangan dalam tempoh terdekat tentang relevannya pengkorporatan jabatan itu. "Ia tidak membawa kerugian kepada mereka malah perkhidmatan yang ditawarkan lebih baik berbanding sebelum ini," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis Penyampaian Beg dan Pakaian Sekolah oleh Yayasan Pahang di sini semalam. Adnan berkata demikian sebagai mengulas gesaan Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) Datuk Omar Osman yag mahukan kerajaan negeri menangguhkan pengkorporatan jabatan tersebut. Menurut Omar, warga kerja jabatan terbabit tidak memperoleh maklumat berkaitan terma dan syarat pengkorporatan tersebut sama ada ia menambah baik perkhidmatan mereka atau sebaliknya. Adnan memberitahu, kerajaan tidak akan membuat sesuatu perkara yang boleh menyusahkan rakyat kerana ia memberi kesan tertentu kepada mereka. Katanya, langkah itu adalah melepaskan hutang yang ditanggung kerajaan supaya perkhidmatan PAIP akan bertambah baik pada masa akan datang. "Kita juga memperuntukkan sebanyak RM50 juta kepada Paip bagi tempoh lima tahun untuk memperbaiki perkhidmatan mereka," jelasnya. Justeru, beliau meminta pegawai dan kakitangan terbabit tidak termakan hasutan pihak tertentu khususnya pembangkang yang sering mencari kelemahan sehingga menangguhkan pelaksanaan sesuatu dasar demi kebaikan mereka.

Gara-Gara Tidak Selari Dengan Aspirasi Kerajaan, UIAM "Tarik Gelaran Profesor" Dari Dr.Aziz Bari !

Posted: 30 Jan 2012 07:17 PM PST

KUALA LUMPUR, 31 Jan - Apa sudah jadi dengan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) agaknya?. Nampak benar UIAM kini sudah menjadi alat "UMNO Barisan Nasional" dalam menentukan sebarang tindakan kepada mana-mana pihak terutamanya kakitangan mereka yang dilihat tidak selari dengan aspirasi kerajaan. Lantaran itulah kita dapat melihat mereka ini akhirnya terpaksa akur dengan arahan pihak penguasa yang cuba untuk menggunakan pengaruh mereka. Selepas beberapa tindakan dilakukan terhadap universiti terbabit, Dr.Abdul Aziz Bari (foto) pula ditarik gelaran "profesor" oleh UIAM. Beliau tidak boleh lagi menggunakan status profesor kerana ia gugur secara automatik setelah beliau menamatkan perkhidmatan dengan institusi pengajian tinggi itu. Pengarah Bahagian Komunikasi Korporat UIAM, Abdul Rahim Ahmad berkata, sebarang aktiviti Abdul Aziz selepas ini juga tiada kaitan dengan universiti itu, lapor Utusan Malaysia. Namun katanya, Abdul Aziz masih boleh menggunakan status profesor jika ada universiti lain melantiknya ke jawatan itu. ''Pensyarah yang tamat perkhidmatan dari mana-mana institusi pengajian tinggi awam, tidak boleh menggunakan status profesor kerana ia gugur secara automatik. ''Dengan penjelasan ini, saya harap, semua pihak dapat mengetahui gambaran sebenar tentang Abdul Aziz dan berharap sebarang aktiviti beliau selepas ini tiada kaitan dengan UIAM," kata beliau. Abdul Rahim berkata demikian dalam kenyataan akhbar bagi mengulas pertanyaan pembaca Jumaat lalu yang ingin tahu bidang pengkhususan dan siapakah yang beri pengikhtirafan kepada Dr.Aziz Bari sebagai pakar undang-undang serta perlembagaan.

Tiada ulasan: