Pahang Daily Online |
Pilihanraya Umum: BN Dan PAS Mulakan Kempen Perang Siber Negeri Pahang Di Bandar Ikan Patin! Posted: 29 Jan 2012 03:10 AM PST ![]() [Nampaknya, kedua-dua pihak sudah mula nampak kepentingan media baru di Pahang ini sebenarnya. Namun, anehnya sebagai pelopor media baru di Pahang kami tidak pun diundang secara rasmi untuk hadir di kedua-dua program berkenaan setakat ini. Walau pun kami banyak membela pembangkang dalam beberapa isu panas yang dikeluarkan namun tiada jemputan rasmi yang diterima untuk krew-krew PDO sama-sama hadir memantau program itu. Mungkin, kedua-dua pihak melihat kami sebagai "musuh siber" masing-masing agaknya. Lantaran itulah mereka tidak berani untuk mengundang kami sebagai pemerhati program berkenaan. Apapun, bagi kami itu adalah hak masing-masing. Kami berjuang diatas landasan kebenaran yang hakikini, yang baik untuk rakyat di sokong dan yang menyusahkan rakyat akan terus ditentang. Apapun, kami ucapkan tahniah sekali lagi kepada pihak yang berkenaan. Cuma biarlah ia konsisten dan berterusan, jangan hanya sekadar melepaskan batuk ditangga sahaja. Sedangkan pengisian untuk "perang siber" itu akhirnya dipersia-siakan]. |
Panas: Isu Israel, Anwar Jawab 'Putar Belit' Media Arus Perdana Tentang Kenyataan Beliau Tersebut Posted: 29 Jan 2012 02:16 AM PST [Mutakhir ini, media arus perdana terus dijadikan alat untuk memburuk-burukkan pemimpin pembangkang. Tambahan pula disaat, pilihanraya umum ke-13 yang kian hampir menjelang tiba sekarang ini. Justeru, semua pihak haruslah berhati-hati terutamanya bila mengelkuarkan kenyataan yang boleh mencetuskan kontroversi. Namun anehnya, masih ramai juga penyokong pembangkang yang terpedaya dengan laporan yang dibuat oleh media arus perdana itu. Inilah yang perlu diberi peringatan oleh semua pihak. Mereka yang masih tidak dapat berfikir dengan akal yang waras terhadap laporan "sampah" itu wajar didekati. Jika tidak undi mereka sudah pasti akan berubah pada PRU nanti. Penyokong pembangkang wajar menanamkan ilmu kepada ahli keluarga, saudara mara dan sahabat handai mereka agar menerima kenyataan bahawa media arus perdana tidak layak dijhadikan bahan rujukan oleh semua kerana ia adalah saluran fitnah dashyat kerajaan UMNO Barisan Nasional itu sejak sekian lamanya]. |
You are subscribed to email updates from Pahang Daily Online (PDO) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan