Pahang Daily Online |
- Isu Guna Duit Zakat Beli Hotel MS Garden, Rakyat Menyambut Baik 'Titah' Tengku Mahkota Pahang !
- Segera, Dua Lot Banglo Di Kuantan Untuk Di Jual
- MB Pahang Nasihat Rakyat Tidak Termakan Janji PAS Beri Lot Rumah Jika Menang Dalam PRU-13 !!
- Panas: Mazlan Aliman, Tiga Negeri Pakatan Tidak Akan Tandatangan Perjanjian Serah Tanah Felda
- Panas: ANAK Dedah 'Isi Perjanjian' Felda Dengan Semua MB Ialah Untuk Memajak Tanah Peneroka
- Panas: Isu "Beli Hotel Guna Duit Zakat", Pegawai Ekonomi MUIP Buat Laporan Polis Terhadap PDO
- Demi Islam, Kerajaan Di Desak Batal Pengambilan Tanah Tapak Madrasah Darul Ulum Di Lanchang !
- Video: Gempar, Ribut Melanda Pantai Dalam KL!
- Aura "Ustaz Azhar Idrus" Masih Berbisa, Ribuan Membanjiri Masjid Al-Falah Kuantan Malam Tadi
- Ketua Audit Negara Kesal Sikap NFC Dan Perkasa Persoal Integriti Serta Kreadibiliti Tugas Mereka!
Isu Guna Duit Zakat Beli Hotel MS Garden, Rakyat Menyambut Baik 'Titah' Tengku Mahkota Pahang ! Posted: 26 Jan 2012 07:12 AM PST KUANTAN 26 Jan - Umat Islam di negeri ini boleh menarik nafas lega atas titah ucapan Kebawah Duli Yang Teramat Mulia (KDYTM) Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah (foto) berhubung dengan kekalutan yang berlaku atas isu pembelian sebuah hotel mewah (MS Garden) oleh Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) seperti yang didedahkan oleh pihak kami sebelum ini. Titah, Tengku Mahkota Pahang selaku Yang Dipertua MUIP itu amatlah ditunggu-tunggu selepas beberapa hari isu ini diperkatakan. Dalam satu kenyataan kepada media semalam, Tengku Abdullan bertitah MUIP sememangnya ditawarkan untuk membeli hotel berkenaan tetapi soal menggunakan duit Baitulmal atau zakat masih belum diputuskan. "Saya harap kita tidak perlu menggunakan wang zakat tetapi lihat kepada kemampuan sendiri dahulu. "Dan sekiranya memerlukan kita membuat sedikit pinjaman bagi mendapatkan peruntukan untuk memiliki bangunan berkenaan, kita akan lakukan,". Baginda dipercayai bertitah demikian bagi menjawab dakwaan beberapa blog (PDO) sebelum ini yang mendakwa MUIP menggunakan wang zakat untuk membeli hotel berkenaan. Baginda juga bertitah, akan segera menyelesaikan isu berkenaan dengan baik kerana proses pembelian tersebut masih dalam proses perbincangan. "Bagi saya sedikit masa untuk selesai hal ini dan insya-Allah saya cuba selesai dengan baik. "Kita akan selesaikan masalah kewangan dulu dan masih perkara ini dalam peringkat perbincangan. Kita akan berunding semula dalam masa terdekat," titah baginda. Titah baginda ini telah disiarkan akhbar arus perdana Utusan Malaysia hari ini. [Titah Tengku Mahkota Pahang ini amatlah dinanti-nantikan oleh seluruh rakyat terutamanya umat Islam. Ramai yang melihat, tidak wajar MUIP sebuah agensi yang ditugaskan untuk menjaga kepentingan dan syiar Islam di negeri ini tiba-tiba memilih bidang perniagaan (pelaburan) sebagai fokus utama mereka. Ramai lagi asnaf yang memerlukan bantuan dan patut dibantu dengan menggunakan wang zakat. Maka, kenapa perlu meletakkan keutamaan atas pelaburan komersial sedemikian. Mereka tidak kisah MUIP mahu membeli hotel sekali pun, namun persoalannya kenapa perlu gunakan wang zakat?. Inilah yang dipertikaikan oleh rakyat. Justeru itu, titah baginda Tengku Mahkota Pahang diharap dapat meredakan sedikit kekalutan berhubung dengan persoalan ini. Jangan gunakan wang zakat sewenang-wenangnya untuk tujuan yang bukan menjadi matlamat utama. Keberkatan dan keredhaan Allah haruslah dicari demi menjaga kepentingan serta juga maruah agama Islam itu secara keseluruhannya]. |
Segera, Dua Lot Banglo Di Kuantan Untuk Di Jual Posted: 26 Jan 2012 02:52 AM PST DUA LOT BANGLO UNTUK DI JUAL | 6500 KAKI PERSEGI | LOKASI DI PERKAMPUNGAN SG.SOI KUANTAN | HARGA TAWARAN RM65,000 | BERMINAT SILA HUBUNGI TALIAN HOTLINE 012-3854400 | SEGERA (HARGA BOLEH DIRUNDINGKAN) | SIAPA CEPAT DIA DAPAT ... |
MB Pahang Nasihat Rakyat Tidak Termakan Janji PAS Beri Lot Rumah Jika Menang Dalam PRU-13 !! Posted: 26 Jan 2012 12:46 AM PST KUANTAN, 26 Jan - Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Adnan Yaakob (foto) menasihatkan rakyat supaya tidak termakan dengan janji PAS untuk memberikan mereka tanah lot rumah sekiranya parti itu menang dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti. Katanya, ia hanya berupa janji kosong yang agak musathil untuk ditunaikan kerana Pahang kini hanya mempunyai kira-kira 100,000 hektar atau tiga peratus tanah sahaja yang boleh digunakan daripada 3.6 juta hektar tanah di seluruh negeri. "Yang lain adalah tanah rezab seperti rezab hutan, lombong dan tasik yang tidak boleh digunakan. Rakyat negeri ini pun kini berjumlah 1.5 juta orang dan dengan keluasan tanah hanya 100,000 hektar yang boleh digunakan, adakah PAS boleh berbuat demikian?. "Jadi, orang jahil ini hanya boleh tipu orang jahil sahaja, kalau mereka yang tidak jahil, dia tidak boleh tipu," katanya kepada pemberita semasa menghadiri majlis Perayaan Tahun Baru Cina 2012 anjuran Gabungan Persatuan-Persatuan Tionghua Kuantan di sini hari ini. Hadir sama ialah Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Presiden Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia (Hua Zong) Tan Sri Pheng Yin Huah. Baru-baru ini Pesuruhjaya PAS Pahang Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man dilaporkan berkata setiap rakyat di negeri ini akan mendapat tanah untuk lot rumah sekiranya pakatan pembangkang mengambil alih pentadbiran negeri pada PRU-13 nanti. Adnan berkata walau apa pun isu yang dimainkan pembangkang di Pahang, ia tidak gugat keyakinan BN untuk terus mentadbir negeri ini pada pilihan raya umum akan datang. [Masing-masing sebenarnya boleh berjanji apa saja untuk menagih undi rakyat dikala bahang pilihanraya umum ke-13 yang kian hampir. Namun, harus diingat, rakyat berhak menilai segala apa yang dijanjikan. Merekalah yang akan menentukan siapakah yang akan disokong dan mana yang akan ditolak. Apapun, penganalis politik meramalkan BN masih akan tetap menang dan berkuasa di Pahang. Cuma, senarionya agak berbeza dimana kerusi pembangkang akan bertambah dan mungkin mengurangkan majoriti 2/3 di Dewan Undangan Negeri (DUN). Ia berlandaskan faktor pengundi Cina yang pasti "swing" menyokong pembangkang, akibat kekecewaan mereka dengan isu Lynas. Semua ini pasti akan menggugatkan pengaruh UMNO BN jika kerajaan negeri masih tidak "prihatin" dan "cakna" kepada rakyat. Justeru, langkah terbaik ialah MB dan barisan exconya perlu mencari jalan untuk mendekati rakyat mulai sekarang terutamanya bagi menarik seberapa ramai pengundi muda kembali menyokong mereka. Jika gagal, sudah pasti "media baru" akan berperanan untuk meyakinkan mereka tentang mengapakah perlunya melakukan agenda perubahan itu]. |
Panas: Mazlan Aliman, Tiga Negeri Pakatan Tidak Akan Tandatangan Perjanjian Serah Tanah Felda Posted: 25 Jan 2012 11:42 PM PST KUALA LUMPUR, 26 Jan - Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) Mazlan Aliman (foto) berkata tiga negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat iaitu Kedah, Selangor dan Kelantan tidak akan menandatangani perjanjian untuk menyerahkan tanah kepada Felda Global Venture Holdings (FGVH). "Ketiga-tiga negeri Pakatan, tidak akan menandatangani perjanjian ini, untuk menyerahkan tanah Felda kepada Felda Global Venture," kata Mazlan. Timbalan pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan Dr Rosli Yaacop yang turut hadir menjelaskan perjanjian tanah untuk mendapat hak milik perlu mendapat kelulusan menteri besar. "Jadi Felda Global Venture kena jumpa MB kerana ia berada di bawah kuasa MB," katanya. Menurut Mazlan lagi, pendirian tidak akan menyerahkan tanah Felda kepada FGV telah diputuskan oleh Jawatankuasa PAS pusat bulan lalu bagi negeri yang diperintah parti itu di Kedah dan Kelantan. Manakala bagi Selangor, katanya, beliau telah memanjang perkara itu kepad Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim melalui wakil PAS di negeri itu. Ketika dihubungi kemudiannya, Mazlan berkata, perkara itu juga telah disampaikan kepada pengerui Biro Felda PKR, Suhaimi Said, yang memanjang perkara itu kepada Menteri Besar. Mazlan berkata, beliau telah dimaklum bahawa Menteri Besar Selangor memang mengambil pendirian yang sama. Mazlan juga berkata, pihaknya akan mengadakan siri jelajah Gerakan Selamatkan Felda di ketiga-tiga negeri tersebut dan bertemu dengan menteri besar masing-masing bagi menyatakan pendirian dan sokongan terhadap kerajaan negeri. Malah, kata Mazlan, di negeri-negeri yang ditadbir BN, setahunya, belum ada yang menandatanganinya walaupun difahamkan MB Pahang Dato' Sri Adnan Yaakob "memberi respon positif" berhubung perkara itu. "Kita akan desak supaya beliau jangan tandatangani (perjanjian itu)," tambah beliau lagi. [Ini satu perkembangan yang cukup mengejutkan sebenarnya. Felda akan berhadapan dengan masalah besar jika tiga negeri Pakatan berbuat demikian. Ini bermakna, mereka akan bermasalah sekiranya usaha membawa Felda ke Bursa Malaysia tetap dilakukan April ini. Segalanya kini pasti akan menemui jalan buntu kerana Felda terpaksa merayu daripada Kerajaan Negeri terbabit untuk mendapatkan persetujuan bagi "memajak" semua tanah-tanah berkenaan. Oleh itu, peneroka digesa bangkit untuk mempertahankan hak-haka mereka dari terus dicerobohi oleh Felda. Ingatlah, anda semua kini adalah tuan di tanah sendiri. Kenapa perlu terus menjadi "kuli" kepada Felda yang sekadar diamanahkan untuk membangunkan tanah-tanah terbabit. Berikan kesedaran ini kepada semua agar-agar masing-masing tahu akan tugas dan juga tanggungjawab mereka]. |
Panas: ANAK Dedah 'Isi Perjanjian' Felda Dengan Semua MB Ialah Untuk Memajak Tanah Peneroka Posted: 25 Jan 2012 11:02 PM PST KUALA LUMPUR, 26 Jan - Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) hari ini mendedahkan isi perjanjian yang dibuat antara Felda Global Ventures Holdings (FGVH) bersama Felda Holdings untuk ditandatangani oleh Menteri Besar di setiap negeri yang antara lainnya bertujuan untuk pajakan tanah peneroka. Pengerusinya, Mazlan Aliman (foto) berkata, pendedahan dibuat berikutan suara mereka sebelum ini tidak diendahkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak apabila Anak menyarankan supaya mempertimbangkan semula usaha penyenaraian FGHV di Bursa Malaysia. Tegasnya, penyenaraian tersebut tidak menguntungkan warga Felda sebaliknya akan memberi keuntungan kepada mereka yang berkepentingan. "Perbincangan seolah-olah ditutup oleh pihak kerajaan dan mereka seolah-olah bersungguh-sungguh nak membuat penyenaraian yang bagi kami ini sesuatu yang tak boleh diterima sama sekali. "Jadi memandangkan kami telah memberi masa secukupnya pada kerajaan untuk timbang pandangan kami, maka kami akan membuat pendedahan mengenai apakah sebenarnya agenda di sebalik penyenaraian ini," katanya pada satu sidang media hari ini. Pada 15 Januari lalu, Najib meminta peneroka Felda supaya tidak percaya dengan hasutan pihak pembangkang kononnya cadangan kerajaan menyenaraikan FGVH di Bursa Malaysia akan merugikan peneroka tanah rancangan itu. Perdana Menteri berkata, peneroka tidak perlu berasa bimbang dan jangan percaya dengan hasutan pihak pembangkang yang mengatakan bahawa penyenaraian itu akan merugikan mereka. "Jangan bimbang kerana ia tidak merugikan tapi memberi keuntungan besar kepada penduduk Felda. "Itu semua hasutan dan mainan politik... mereka (pembangkang) gusar kita mampu buat macam-macam sebab ia akan mendapat sambutan masyarakat Felda," tambahnya lagi. [Pendedahan Mazlan Aliman ini cukup menggemparkan dan wajar diberi perhatian oleh semua masyarakat peneroka Felda. Mereka harus sedar, sampai bilakah mereka mahu menjadi "hamba di tanah sendiri". Geran sudah diperolehi tetapi "tuan tanah" masih tidak punyai kuasa untuk menguruskan tanah mereka sendiri. Inilah yang berlaku kepada peneroka Felda. Mereka harus ingat, bahawa Felda bukanlah "tuan tanah" dan mereka sudah diberi upah dan bayaran untuk membangunkan tanah-tanah terbabit. Majoriti peneroka sudah melunaskan hutang masing-masing dan mereka punyai hak untuk menguruskan tanah mereka sendiri. Tidak perlu akta atau syarat-syarat lain untuk menghalang mereka. Ini kerana, tanah yang diperolehi itu bukanlah percuma dan mereka telah membayar segala usaha Felda itu sejak sekian lama. Kenapa perlu dipajak semua kepada Felda, dimana untung akan diperolehi oleh agensi terbabit sedangkan mereka akan makan kulitnya sahaja. Oleh itu, sedarlah bahawa kini sudah tiba masa untuk berubah. Usahlah terus terpedaya dengan taktik Felda yang cuba mengaburi mata peneroka kononnya membawa agensi itu ke Bursa Malaysia akan menguntung mereka. Walhal, ada agenda tersembunyi pihak tertentu yang mengaut untung besar atas semua ini]. |
Panas: Isu "Beli Hotel Guna Duit Zakat", Pegawai Ekonomi MUIP Buat Laporan Polis Terhadap PDO Posted: 25 Jan 2012 10:39 PM PST KUANTAN, 26 Jan - Gara-gara menganggap diri beliau difitnah berkaitan isu kontroversi urusan pembelian Hotel MS Garden oleh Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) maka akhirnya Pegawai Hal Ehwal Ekonomi MUIP, Izhar Ahmad (foto) telah membuat satu laporan polis terhadap Pahang Daily Online (PDO) di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan semalam. Difahamkan, laporan tersebut dibuat atas dakwaan beliau difitnah kononnya beliau akan mendapat "komisyen" atas urusan pengambilalihan hotel terbabit oleh MUIP. Kami tidak mengesahkan butiran sepenuhnya laporan polis yang dibuat. Namun bagi kami, beliau akan lebih bermasalah dengan laporan tersebut kerana berbagai fail-fail sulit tentang tindakannya di MUIP selama ini akan terdedah. Malah, terdapat banyak laporan "panas" yang telah diterima oleh pihak kami dan menunggu masa untuk didedahkan. Ia termasuklah pelaburan MUIP membeli beberapa buah estet (ladang sawit) yang kononnya bertujuan untuk membangunkan ekonomi umat Islam, sebaliknya segala pengurusan dan pengendalian sepenuhnya telah diserahkan kepada "tokey bukan Melayu". Kami sudah mendapat dokumen yang berkaitan dan menunggu masa untuk didedahkan. Kami sebenarnya tidak gusar dengan laporan polis yang dibuat kerana mesej kami ialah untuk mempertahankan "duit zakat" agar tidak sewenang-wenangnya dilaburkan sedangkan ramai lagi asnaf yang masih memerlukan wang tersebut. MUIP boleh membeli aset termasuk hotel berkenaan, tetapi menggunakan wang selain dari duit zakat. Itu yang lebih afdal sebenarnya. [Persoalannya, kenapa duit zakat digunakan sedangkan peruntukan yang diminta oleh surau-surau, masjid termasuk pembangunan prasarana sekolah-sekolah agama di seluruh negeri Pahang amatlah daif sekarang ini. Kenapa perlu melabur bagi tujuan komersial, sedangkan masih ada keperluan lain yang perl diutamakan. Malah, ramai pelajar-pelajar anak Pahang yang memohon bantuan pendidikan daripada pihak terbabit gagal diluluskan, termasuk mereka yang belajar dalam jurusan pengajian agama Islam itu sendiri. Inilah yang perlu difikirkan, dan jangan hanya memikirkan keuntungan duniawi semata-mata. Oleh itu, pihak kami bersedia berhadapan dengan segala kemungkinan termasuk di heret ke mahkamah andainya kes ini berlarutan. Mari Kita Selamatkan Duit Zakat!]. |
Demi Islam, Kerajaan Di Desak Batal Pengambilan Tanah Tapak Madrasah Darul Ulum Di Lanchang ! Posted: 25 Jan 2012 09:07 PM PST TEMERLOH, 26 Jan - Kerajaan Negeri Pahang didesak tidak meneruskan hasrat untuk membuat pengambilan semula tanah sebuah madrasah di Kampung Paya Siput, Lanchang dekat sini. Ia berikutan terdapat dakwaan salah sebuah pondok di madrasah terbabit dipercayai merupakan lokasi "titik tengah Semenanjung Malaysia". Difahamkan lokasi terbabit bakal dijadikan tarikan pelancongan berdasarkan kepada perngikhtirafan yang akan diberikan. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) dipercayai telah melakukan kajian komprehensif untuk menentukan titik tengah sebenar Semenanjung Malaysia dengan menggunakan beberapa kaedah, dan titik tengah dikenal pasti pada kedudukan x bersamaan 469519.6934 dan y (386338.7621) iaitu di lokasi terbabit. Susulan dengan itu urusan pengambilan tanah sedang dilakukan oleh pihak yang berkenaan. Walau bagaimana pun kini terdapat dakwaan bahawa lokasi terkini seperti sebelum ini kedudukannya pada x bersamaan 63626.711462 dan y (446971.55564) ialah di Jerangsang, Benta, Lipis. Maknanya, "titik tengah semenanjung" di kawasan itu kini boleh dipertikaikan dan diragukan. Oleh yang demikian, usaha untuk menyelamatkan tapak madrasah terbabit sedang giat dilakukan. Difahamkan, Madrasah itu kini mempunyai kira-kira 100 penghuni termasuk dari kalangan remaja, anak yatim dan pasangan warga tua yang ingin mendalami ilmu agama secara percuma. Malah, tanah yang didakwa itu adalah merupakan hak milik seorang guru agama yang telah bersusah payah menjadikan kawasan itu untuk pengajian pondok. Soalnya, sepatutnya madrasah itu dipelihara dan bukan dirobohkan semata-mata mahu mencari publisiti. Mana yang lebih utama, pengajian agama dan titik tengah Semenanjung Malaysia?. Oleh itu, berbagai usaha sedang dilakukan oleh pihak madrasah untuk pertahankan kawasan terbabit termasuk buat solat hajat dan sebagainya. [Persoalannya sekarang, ke mana perginya Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) dan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) dalam mempertahankan madrasah ini?. Inilah masanya mereka bertindak mempertahankan institusi agama dari dirobohkan untuk tujuan pelancongan seperti yang didakwa. Sewajarnya pusat tarbiyah Islam ini dipertahankan demi masa depan generasi akan datang. Pihak terbabit sepatutnya memikirkan sesuatu untuk tidak merosakkan sebuah madrasah hanya kerana mahu menjadi lokasi berkenaan sebagai "titik tengah semenanjung". Malah difahamkan, dengan izin Allah titik tengah yang didakwa itu telah jatuh di lokasi "lubang najis" salah sebuah tandas di lokasi terbabit. Ini semua adalah petanda bahawa tidak ada kewajaran untuk pihak berkuasa merombak pusat pengembangan Islam. Umat Islam di seluruh negeri Pahang digesa bangkit untuk mempertahankan madrasah terbabit. Selamatkan Madrasah Darul Ulum dari menjadi mangsa pembangunan. Baca laporan berkenaan hasrat kerajaan negeri itu di SINI]. |
Video: Gempar, Ribut Melanda Pantai Dalam KL! Posted: 25 Jan 2012 08:03 PM PST |
Aura "Ustaz Azhar Idrus" Masih Berbisa, Ribuan Membanjiri Masjid Al-Falah Kuantan Malam Tadi Posted: 25 Jan 2012 07:10 PM PST KUANTAN, 26 Jan - Ribuan umat Islam hadir ke Masjid Al-Falah Perkampungan Sg.Isap Dua dekat sini malam tadi bagi mendengar tazkirah yang disampaikan oleh pendakwah terkenal Ustaz Azhar Idrus. Ternyata aura Ustaz Azhar telah berjaya mengajak umat Islam pelbagai usia dan fahaman politik untuk hadir beramai-ramai bagi mengikuti kuliah beliau. Seperti biasa Ustaz Azhar menyampaikan kuliahnya dengan bersahaja dan penuh dengan unsur humor yang menyebabkan orang ramai tidak kering gusi mendengarnya. Dalam kuliahnya malam tadi, beliau menghuraikan tajuk-tajuk berkaitan zakat dan puasa bagi menyambut kuliah terdahulu. Tinjaun kami ke lokasi terbabit malam tadi mendapati orang ramai sudah membanjir sekitar kawasan masjid sejak awal petang lagi. Khemah besar disediakan oleh pihak penganjur untuk memboleh orang ramai menunaikan solat Masjid dan Isyak secara berjemaah di situ. Tiga skrin besar disediakan bagi membolehkan kuliahnya didengari dengan jelas oleh mereka yang hadir. Apa yang menarik dalam program malam tadi, ternyata ramai hadirin adalah terdiri dari berbagai fahaman politik termasuk dari kalangan rakan-rakan dalam UMNO sendiri, walau pun Ustaz Azhar dipercayai lebih cenderung kepada parti pembangkang terutamanya PAS sebelum ini. Ustaz Azhar dilihat bijak menggunakan platform kuliahnya dengan tidak langsung menyentuh hal-hal yang berkaitan dengan politik kepartian melainkan sinis biasa beliau selama ini. [Kawalan keselamatan telah diuruskan oleh Unit Amal PAS dan juga anggota RELA kawasan terbabit. Mereka dilihat bersama-sama bergotong-royong mengawal keselamatan dan lalu lintas. Syabas diucapakan kepada pihak terbabit atas kerajasama yang diberikan itu. Seperti biasa, kuliah Ustaz Azhar akan diserikan lagi dengan sesi soal jawab hingga ke pukul 10.00 malam. Walau bagaimana pun orang ramai tidak berganjak dan terus mengikutinya hingga ke penghujung program. Bagi memudahkan orang ramai mengerjakan solat berjemaah, pihak penganjur juga telah menyediakan satu tangki sementara Jabatan Bekalan Air (JBA). Kami ucapkan tahniah kepada pihak penganjur terutamanya Ahli Jawatan Kuasa dan Kariah Masjid Al-Falah, KRT Perkampungan Sg.Isap Dua serta semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayaka program itu semalam. Ternyata, sambutan luar biasa terus diberikan kepada Ustaz Azhar dan beliau wajar diiktiraf sebagai pendakwah nombor satu di negara kita sekarang ini. Dijangkakan, lebih lima ribu umat Islam yang hadir ke kuliah beliau malam tadi. Satu sejarah tercipta di Masjid Al-Falah. Semoga syiar Islam akan terus berkembang dan disuburkan dengan aktiviti sebegini pada masa akan datang. Martabatkan Islam di muka bumi]. |
Ketua Audit Negara Kesal Sikap NFC Dan Perkasa Persoal Integriti Serta Kreadibiliti Tugas Mereka! Posted: 25 Jan 2012 12:51 PM PST KUALA LUMPUR, 26 Jan - Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang (foto) kesal dengan Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFCorp) dan Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) yang mempersoalkan integriti dan kredibiliti juruaudit-juruaudit jabatannya menjalankan tugas. Beliau berkata, jabatannya mahu menekankan bahawa kerja-kerja mengaudit ke atas projek NFC dijalankan secara profesional dan bebas tanpa sebarang prejudis kepada mana-mana pihak. "Jabatan Audit Negara (JAN) menjelaskan bahawa pengauditan terhadap projek NFC ini telah dibuat secara bebas dan profesional tanpa sebarang prejudis kepada mana-mana pihak. "Sebarang kenyataan yang mempertikaikan kewibawaan dan integriti juruaudit JAN adalah dikesali," kata Ambrin dalam satu kenyataan. Baru-baru ini, pengerusi NFCorp, Datuk Seri Mohamed Salleh Ismail menegaskan bahawa entiti perniagaan yang dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2010 tiada kaitan dengan NFCorp. Sebaliknya, tegas Mohamed Salleh, ia adalah Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) yang dikendalikan oleh Kementerian kerajaan melalui Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MoA). Mohamed Salleh dilaporkan berkata, berlaku kekeliruan antara NFCorp iaitu sarikat persendirian, dengan NFC, syarikat kepunyaan MoA. Sementara itu, Perkasa pada Ahad lalu mencabar NFCorp mendedahkan kelemahan yang dilakukan pegawai-pegawai yang mengendalikan urusan Laporan Ketua Audit Negara 2010 sehingga merosakkan reputasi syarikat berkenaan dan menjejaskan imej kerajaan. Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, laporan itu sesuai diguna pakai dalam kementerian dan agensi kerajaan tetapi tidak untuk syarikat swasta. Beliau berkata, pegawai yang membuat audit mungkin keliru dengan beberapa perkara, antaranya, National Feedlot Corporation atau NFCorp adalah milik Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail manakala NFC adalah dimiliki syarikat kerajaan dan pada masa yang sama mengusahakan ladang satelit. [Ekoran laporan Ketua Audit Negara 2010, Pakatan Rakyat sebelum ini mendedahkan dana RM250 juta yang diberikan kepada syarikat NFC milik suami Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Jalil untuk projek penternakan lembu disalah guna. Ianya termasuk pembelian dua kondominium mewah di Bangsar, Kuala Lumpur, dan dituduh menggunakan dana kerajaan untuk perbelanjaan peribadi keluarganya. Pakatan Rakyat turut mendakwa keluarga Shahrizat menggunakan sejumlah RM600,000 daripada dana NFC bagi membiayai pembayaran bil kad kredit mereka pada 2009. Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli mendakwa suami Wanita Umno itu dan anak-anaknya yang menjadi lembaga pengarah NFC, menggunakan dana daripada RM250 juta untuk projek berkenaan bagi membayar bil kad kredit yang berjumlah melebihi RM10,000 sebulan sepanjang tahun tersebut. Namun begitu, pentadbiran NFCorp menepis dakwaan tersebut dan menegaskan penggunaan kad kredit tersebut adalah bagi tujuan kegunaan perniagaan]. |
You are subscribed to email updates from Pahang Daily Online (PDO) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan