jiwo kelate |
Posted: 25 Jan 2012 11:56 PM PST Sifat sombong, bongkak dan takbur adalah sifat yang tidak harusnya ada pada manusia. Sifat itu hanya pada Iblis sahaja. Jika sifat sombong, bongkak dan takbur itu ada pada manusia bererti manusia atau insan itu tidak dapat menilai kecerdikan yang doanugerahkan kepadanya seperti difirman oleh Allah sebagai sebaik-baik kejadian. Seterus tuan tuan boleh membaca kupasan terbaik melalui artikel oleh Ustaz Idris Ahmad, AJK PAS PUSAT:- Sombong, bongkak, angkuh, atau takbur mempunyai satu pengertian yang sama iaitu tergolong dari sifat mazmumah (sifat-sifat tercela atau keji). Sifat ini, walaupun sedikit, menjadi kebencian dan kemurkaan Allah. Dan boleh menghalang kita mendapat Syurga. Sifat sombong atau takbur boleh dibahagi kepada dua: takbur zahir dan takbur batin. Takbur zahir boleh dilihat melalui percakapan dan tindakannya. Gayanya angkuh, mulutnya tajam, mudah menghina orang yang dianggapnya lebih rendah daripadanya. Kadangkala ia boleh dilihat melalui percakapan seperti tidak mahu mengaku kalah, menganggap dirinya sentiasa benar dan tidak mahu mendengar atau mengikut nasihat. Imam Al-Ghazali berkata: Takbur batin ialah membesarkan diri dalam hati. Inilah maksiat hati yang dicela. Contohnya iblis menganggap dirinya lebih baik dan mulia daripada Nabi Adam. Lalu dengan angkuhnya dia enggan tunduk kepada Nabi Adam sehingga menyebabkan Allah melaknat Iblis dan seluruh keturunannya. Sombong adalah penyakit hati yang bahaya. Orang yang berpenyakit ini tidak boleh menjadi pemimpin jamaah terutamanya. Ditakuti melalui tindak-tanduknya akan menampakkan akhlaknya yang buruk. Lebih bahaya lagi jika dia mewakili jemaah kerana nama jemaah akan turut buruk. Sifat ini boleh membawa kebinasaan kepada petugas dan pemimpin jamaah. Kerana sifat takbur ia menjadi benteng penghalang masyarakat untuk rapat dengan dia dan jamaah. Orang yang takbur mereka lupa bahawa sombong adalah pakaian Allah, iaitu hak uluhiyah-Nya yang tidak boleh dirampas oleh sesiapa seperti dinyatakan dalam hadis yang diriwayatkan Muslim: Tanda-tanda sifat takbur dalam berbagai bentuk -Tidak mahu bergaul dengan orang miskin sebaliknya suka memandang berat kepada golongan kaya dan orang kenamaan. "Sesungguhnya Allah benci kepada pemidato dari (golongan lelaki) yang memilih (kata-kata) dengan lidahnya seperti lembu memilih-milih (rumput) dengan lidahnya" (Abu Daud dan al-Tirmizi) -Kagum dengan ilmu sendiri dan membodohkan orang lain Cara untuk mengubat Untuk mengatasi penyakit ini kita mesti bersifat tawaduk. Orang yang tawaduk dia hidup dengan semua orang dan bersedia menyambut semua orang, bercakap dengan semua orang, menziarahi semua orang dan mengasihi semua orang. Dia memberi khidmatnya kepada orang. Beliau sentiasa berhubung dengan orang ramai bukan memutuskan dan menjauhi mereka. Sebagai ahli PAS hendaklah mesti bersikap rendah diri sama ada sesama anggota atau dengan orang lain lebih-lebih lagi yang bertaraf pemimpin. Railah ahli PAS, bukan wang yang mereka minta. Mereka hanya perlukan senyuman, teguran dan sentuhan daripada pemimpin. Ini sahaja yang mereka minta. Mereka tidak minta upah semasa mereka memenangkan kita sebagai wakil rakyat. Mereka meninggalkan kerja harian, untuk bertugas kepada calon yang bertanding, walaupun keluarga mereka memerlukan perbelanjaan harian. Mereka tidak pernah merungut dan mengeluh terhadap curahan tenaga mereka yang tidak pernah dibayar. Walaupun kita bijak macam mana sekalipun, dia perlu membuang sifat ego daripada dirinya. Kerana yang ia memimpin ini satu jamaah Islam, bukan badan kerajaan atau swasta, bukan gerakan elit, ahlinya bekerja secara sukarela bukan ada gaji. Apabila ini dapat dibuktikan dalam jamaah insyaAllah ia akan merancakkan kerja jamaah dan dapat melebarkan pengaruh PAS kepada orang luar. Sekiranya ahli dan pemimpin PAS dengan sifat ego dan merasakan dirinya pandai dan bijak maka ia tidak akan boleh membawa parti ke arah yang lebih cemerlang. Orang ego dan sombong tidak boleh kekal lama dalam Pas dan memajukan jamaah dengan lebih cemerlang. Malahan akan memalapkan usaha dan perancangan jamaah. Abdullah Ibn Masud ada menyebut dua perkara yang membinasakan manusia iaitu berputus asa dan rasa bangga diri. Sifat tawadhuk akan membuka hati mad'u untuk tertarik dengan apa yang dibawa oleh PAS. Mereka apabila bertemu dengan orang ramai, dia yang memulakan salam dengan semua yang ditemuinya. Mereka bersikap sederhana ketika berkumpul dengan orang-orang fakir dalam satu majlis. Mereka makan dengan apa yang dihidangkan kepadanya dan berjalan di atas muka bumi dengan rasa rendah hati. Firman Allah s.w.t "Dan hamba Allah yang baik; ialah orang-orang yang berjalan di atas muka bumi dengan rendah hati dan apabila orang-orang jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan kata-kata yang mengandungi keselamatan (kesejahteraan) (al-Furqan: 63) Merendah diri dan menerima kebenaran dan bersedia mengikutnya sekalipun orang-orang jahil menasihatinya. Takabbur atau sombong sangat dibenci oleh Allah dan juga oleh manusia lain. Kemuliaan di sisi Allah diukur dari segi ketaqwaan seseorang itu bukannya pangkat, harta dan lain-lain. Juga sabdanya s.a.w.: "Barangsiapa yang merendahkan diri kerana Allah, maka ia diangkat darjatnya oleh Allah dan barangsiapa yang sombong, maka direndahkan tingkatnya oleh Allah." Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah telah mewahyukan kepadaku agar kamu bersifat tawadhuk sehingga seorang tidak merasa megah terhadap seorang yang lain, dan juga tidak bersikap melampau di antara seseorang dengan seorang yang lain" (Muslim dan Abu Daud) Nasih : 38 Imam Ghazali telah memberi beberapa panduan untuk mengelakkan sikap takbur ini. Apabila berjumpa kanak-kanak, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana kanak-kanak belum dibebani dosa. Apabila berhadapan dengan orang tua pula, anggaplah juga mereka lebih mulia kerana lebih lama beribadah daripada kita. Ketika berjumpa orang alim, anggaplah beliau lebih mulia kerana banyak ilmu dan apabila melihat orang jahil anggaplah juga mereka lebih mulia kerana berbuat dosa disebabkan kejahilan sedangkan kita berbuat dosa dalam keadaan mengetahuinya. Jika berjumpa orang jahat, jangan anggap kita mulia. Tetapi, katakanlah mungkin orang jahat itu akan bertaubat pada masa tuanya, sedangkan kita belum tahu akhirnya. Begitu juga apabila bertemu orang kafir. Katakan, belum tentu dia akan kafir selama-lamanya._________________________________________Source: http://bm.harakahdaily.net/index.php/columnist/wartawan/7763-sombong-bukan-akhlak-ahli-pas |
BN pun jatuh dengan Kuasa Ketiga Posted: 25 Jan 2012 08:14 PM PST Dato’ Hassan Ali (DHA) nak buat kuasa ketiga nak lawan Pakatan Rakyat. DHA lupa siapa Kuasa Ketiga? Kuasa Ketiga juga yang akan menjatuhkannya. Dia tidak menang dengan pengaruhnya. Dia KALAH dengan kuasa ketiga. Kuasa ketiga bukan Hassan Ali saja boleh kalah, BN pun mampu dikalahkannya. Buktinya PRU 12 lalu 5 buah negeri telah jatuh ke tangan Pakatan Rakyat. Inikan Hassan Ali, BN pun boleh jatuh dengan Kuasa Ketiga. Hari ini, Sinar Harian melaporkan, SHAH ALAM – Pakatan Rakyat (PR) Selangor tidak akan tergugat siri jelajah anjuran bekas Exco Kerajaan Negeri, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali yang dikatakan akan mendedahkan segala kelemahan dan kepincangan pentadbiran Kerajaan Negeri itu. Pesuruhjaya Pas Selangor, Dr Abdul Rani Osman berkata, Hasan boleh mendedahkan apa sahaja isu dalam siri jelajahnya, tetapi Pas Selangor juga sudah bersedia memberikan serangan balas setiap apa yang akan didedahkan beliau. "Jadi, rakyat boleh menilai sendiri siapa beliau. Malah bila bertemu rakyat di warung-warung, rakyat memberikan imej negatif tentang beliau termasuk ahli Umno sendiri. Banyak yang pertikai apa dikata beliau selama ini," katanya. Teresa berkata, dalam Kerajaan Negeri, Hasan adalah seorang pemimpin 'senior' berbanding Exco Kerajaan Negeri lain di mana panda ngan Hasan selalunya akan didengar, dihormati dan diikuti. "Beliau seorang anggota yang penting dalam kerajaan ketika itu, jadi apa yang mahu beliau dedahkan? Saya sendiri tidak tahu apa lagi yang mahu dikritik oleh beliau tentang Kerajaan Negeri. "Jadi, apa-apa kritikan yang dilemparkan oleh beliau, mungkin akan terkena kepada beliau sendiri kerana beliau juga yang membuat keputusan bersama," katanya. |
You are subscribed to email updates from jiwo kelate To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan