Jumaat, 20 Januari 2012

Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


Iklaneka PDO: Aunew Pilih Malaysia Sebagai Hub Pasaran South East Asia, Usahawan Di Perlukan !

Posted: 20 Jan 2012 12:48 AM PST

Berita baik untuk rakyat Malaysia yang tercari-cari peluang untuk menjana pendapatan tanpa had dengan bermodalkan hanya RM199 sahaja. Baru dilancarkan dan usahawan diperlukan di seluruh negara. Produk hebat dan terbukti berkesan. Satu peluang perniagaan terbaik "berdaftar" dan berpusat di Australia kini berada di Malaysia menanti anda dan menjanjikan peluang lumayan yang memberansangkan. Berasal dari sebuah syarikat yang ditubuhkan di Australia pada 1994 dengan nama "GMP Pharmaceutical" bagi memenuhi permintaan pasaran di Asia. Pada 2002, syarikat ini telah membuka sebuah kilang di New Zealand dan telah menempa kejayaan dalam masa 4 tahun yang menjadi pengeluar produk pharmaceutical terbesar di New Zealand. Aunew berazam untuk menjadi sebagai "World Largest E-Natural Health Product Franchise" dan telah membuat pelaburan lebih USD500 juta bagi membina empayar perniagaan ini di seluruh dunia. Aunew telah mengembangkan perniagaannya di China dan kini (Oktober 2011) Aunew telah memilih Malaysia sebagai sebuah hub bagi pasaran "South East Asia" yang menawarkan produk-produk terbaik yang terpilih dari Australia dan New Zealand dengan sistem dan peluang pendapatan (Residual Income) yang lumayan. Sertai kami sekarang!.



[Rebut, daftar dan jadilah diantara peserta terawal sekarang (pioneer). Hanya memerlukan modal yang rendah dan hasil memberansangkan yang pasti anda tidak mahu melepaskan peluang ini. Usahawan diperlukan di seluruh negara sekarang. Jika berminat untuk mengetahui lebih lanjut, sila hubungi Mie, KL (
019-2845511) dan Abe Yie, Kuantan (013-9345345)].

Isu Exco Agama Selangor, PAS Faham Serta Akur Kenapa Portfolio Itu Di Galas Oleh Tan Sri Khalid !

Posted: 19 Jan 2012 11:48 PM PST

SHAH ALAM, 20 Jan - PAS Selangor faham dan akur mengapa portfolio Hal Ehwal Agama Islam digalas oleh Menteri Besar Abdul Khalid Ibrahim dan bukannya diberi kepada exco baru Dr Ahmad Yunus Hairi. Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor Khalid Samad (foto) juga berkata portfolio itu tidak semestinya secara automatik disandang oleh pemimpin daripada parti Islam itu. Khalid, yang juga Ahli Parlimen Shah Alam, berkata keputusan yang diambil oleh Menteri Besar amat tepat dan relevan pada suasana menjelang pilihanraya umum. "Dengan mengambil kira lebih kurang tiga atau empat bulan untuk menghadapi pilihanraya seterusnya, maka keputusan Menteri Besar untuk beliau sendiri memegang portfolio Hal Ehwal Islam itu relevan kerana sebarang perlantikan baru dijangkakan sukar dan menjejaskan perlaksanaan program yang dirancang sebelum ini," ulas Khalid. Beliau turut memberitahu, exco Hal Ehwal Islam bukan sahaja menghadapai cabaran melaksanakan tugas berkaitan pentadbiran tetapi perlu berhadapan dengan mainan politik UMNO melalui Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS). "Sedangkan mantan exco sebelum ini pun tidak mampu untuk menangani permainan UMNO melalui kedua-dua badan agama ini. "Jadi, Pas berpendapat lebih baik Tan Sri Khalid duduk di situ kerana percaya beliau lebih berpengalaman dan bijak menangani sebarang isu berkaitan," Khalid berkata. Menurut Khalid lagi, portfolio hal-ehwal Islam merangkumi berbagai aspek pentadbiran. "Jadi kepercayaan bahawa semestinya Pas menguasai kerangka jabatan agama Islam ini harus diperbetulkan kerana Islam itu wujud dan relevan dalam mana-mana cabang sekalipun sama ada pihak berkuasa tempatan, hal pendidikan, jabatan kerja raya atau lain-lain," ujar Khalid. Mengulas tentang tindakan segelintir ahli PAS yang menentang keputusan Menteri Besar itu, Khalid dengan tenang mengatakan bahawa pandangan mereka itu tidak melambangkan pendirian pucuk pimpinan PAS keseluruhannya. Beliau berkata satu mesyuarat peringkat negeri akan diadakan pada hari Selasa ini untuk bincangkan perkara ini lebih lanjut.

[Keputusan Tan Sri Khalid Ibrahim mengambil alih jawatan Hal Ehwal Agama yang pernah disandang oleh Dr.Hassan Ali itu kini dijadikan isu oleh media arus perdana dalam usaha mereka untuk melaga-lagakan pula PAS dan PKR. Namun, dalam masa yang sama mereka harus ingat bahawa di negeri lain yang ditadbir oleh UMNO BN juga tidak memberikan portfolio itu kepada mereka yang sepatutnya. Misalnya di Pahang, Exco agama di pegang oleh MB sendiri biar pun beliau bukanlah arif sangat tentang hal ehwal agama. Maka itu, isu Mb Selangor galas jawatan Exco Hal Ehwal Agama tidak perlulah dijadikan isu panas yang boleh menggoncangkan kekuatan Pakatan Rakyat di negeri itu. Malahan, Exco agama bukanlah satu jawatan yang boleh mengeluarkan fatwa atau sebagainya. Oleh itu, semua pihak perlu terima ketetapan ini dengan hati terbuka demi perjuangan rakyat].

Tiada ulasan: