Jumaat, 20 Januari 2012

jiwo kelate

jiwo kelate

Dialog PAS-Umno merugikan masa Pakatan Rakyat

Posted: 20 Jan 2012 03:00 AM PST

Dialog PAS-Umno yang dicadangkan bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa dan disambut Naib Presiden Umno, Datuk Zahid Hamidi dianggap membuang masa.

Kenapa perlu berdialog samada dalam cerah atau dalam gelap. Perasan atau tidak, Umno tak pernah terima cadangan PAS mengenai apa-apa perkara. Isu isu yang dibangkitkan Ahli Parlimen PAS tak pernah disokong Umno.

Misalnya Royalti Petroleum Kelantan dinafikan terus, royalti Terengganu ditarik balik. Dua Ketua Kampong di Kelantan, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang serta pelbagai isu lagi.

Tuduhan Umno terhadap PAS sebagai sesat dan parti pemecahbelah masyarakat.

Dialog ini hanya sekadar perhiasan dan perangkap semata-mata untuk memecahkan perpaduan Pakatan Rakyat yang semakin kukuh.

Malangnya secara sedar atau tidak atau terancang, ada segelintir pemimpin PAS yang termakan racun berbisa Umno untuk menghancurkan PAS. Malang sungguh pemimpin tersebut. Samada mereka ini PELESIT atau PARASIT yan ALLAH yang MAHA MENGETAHUI.

Kenapa pemimpin PAS tersebut tidak mencanangkan Kempen PAS GANTI Umno yang telah dilancarkan Presiden PAS di Terengganu beberapa bulan lalu sebaliknya pemimpin tersebut mengenengahkan isu Dialog PAS-Umno. Nampak sangat pemimpin ini sudah terperangkap atau dah berunding dengan Umno.

Hari ini Sinar Harian melaporkan, Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar menegaskan, pihaknya tidak akan membuang masa melayan kerenah parti yang telah “busuk” – Umno untuk mengadakan sesi dialog kerjasama politik.

Semalam, rakan sejawatannya dari Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau menyokong idea dilontarkan oleh bekas Timbalan Presiden Pas Nasharudin Mat Isa awal minggu ini demi kebaikan negara.

Ahli Parlimen Pokok Sena ini menambah, sudah cukup peluang yang diberi Pas kepada Umno dengan melakukan sesi dialog di Parlimen dan forum di pelbagai tempat.

“Pas kini jelas, faham malah bersedia bersama Pakatan Rakyat (PR) untuk mengambil alih kuasa dari Umno dan BN atas nama kebangkitan rakyat dan berkongsi negara bersama sebagai satu keluarga.

“Pas akan ganti Umno,” kata beliau dalam satu mesej pesanan ringkas (SMS) kepada Sinar Harian Online hari ini.

Zahid yang juga Menteri Pertahanan berkata, beliau bersetuju dengan cadangan seorang bekas pemimpin tertinggi PAS supaya kedua-dua parti berdialog untuk kebaikan negara.

Beliau berkata, Umno mungkin bersetuju menyertai dialog itu sekiranya perbincangan berkenaan lebih menjurus kepada membentuk perpaduan umat Islam di negara ini.

"Sebagai salah seorang pemimpin Umno saya bersependapat dengan Nasharudin kerana ia akan memberi manfaat besar kepada umat Islam di negara ini,” katanya.

Nasharudin ketika menjawab soalan peserta Persidangan Antarabangsa Pergerakan Kesederhanaan Global Selasa lalu berkata isu cadangan perbincangan antara Umno dan parti Islam itu bukan mengenai pembentukan sebuah pakatan tetapi hanya sebagai saling interaksi demi kebaikan negara.
________________________
Source: http://www.sinarharian.com.my/politik/mahfuz-pas-tidak-mahu-layan-kerenah-umno-1.19346

Apa guna Jawatan Agana, jika wang zakat disalahguna

Posted: 19 Jan 2012 10:46 PM PST

Dato’ Hassan Ali (DHA) beiya-iya sangat nak jawatan Exco Agama Islam.

Sedarkah DHA yang dia kini masih berjawatan Timbalan YDP MAIS yang kini menjaga hal ehwal Islam. Apa dia boleh buat. Nak ceramah agama pun susah, nak terang dasar kerajaan di masjid dan suraupun kena ada tauliah. Apa guna ya . .

Apa guna jadi Exco atau Menteri yang menjaga hal ehwal Agama Islam jika wang zakat Umat Islam disalahguna.

Berbilion wang zakat dikumpulkan disetiap negeri seluruh negara. Sepatutnya umat Islam sudah tiada yang miskin papa kedana merempat tiada tempat berteduh. Bahkan wang zakat tersebut dapat menjinakkan orang belum Islam untuk memeluk Islam.

Kenapa kini DHA, PERKASA heboh pasal orang Islam  murtad? Bila ditanya angka murtad, kerajaan tidak memberikan angka sebenar, kenapa?

Hari ini 20 Jan, Harakahdaily melaporkan, KUALA LUMPUR: "Apa makna jawatan tertentu kalau diserahkan kepada golongan agama sekalipun, jika wang zakat pun boleh disalahgunakan seperti yang diledakkan Ketua Audit Negara?"

Itulah jawapan ringkas berbentuk soalan daripada Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man untuk membalas serangan bertubi-tubi media Umno terhadap PAS dalam isu exco agama kerajaan negeri Selangor.

Bagi beliau, serangan Umno menandakan pemikiran Umno masih berada di kotak lama kerana menganggap exco agama mesti diberikan kepada PAS, seolah-olah orang lain tidak layak; atau PAS hanya layak pegang exco agama; sedangkan portfolio lain tak layak.

Dalam memegang jawatan dalam apa bidang sekalipun, Tuan Ibrahim menegaskan yang penting ialah amanah seperti yang dinyatakan dalam satu nasihat Nabi Muhammad kepada Abu Zar Radiallahu’anhu.

"Dalam satu peringatan Rasulullah kepada Abu Zar Radiallahu’anhu, baginda menyatakan:

“Wahai Abu Zar, sesungguhnya kamu lemah, sedangkan jawatan ini adalah amanah, dan ianya adalah penyesalan di hari akhirat, melainkan kamu menerimanya di atas kelayakan kamu dan kamu menunaikan hak kepada yang berhak menerimanya (tunaikan amanahnya).

“Jelas apa yang penting penyandang adalah mesti seorang yang amanah. Apa makna jawatan tertentu kalau diserahkan kepada golongan agama sekalipun, jika wang zakat pun boleh disalahgunakan seperti yang diledakkan Ketua Audit Negara?" kata beliau.

Kenyataan beliau ini dipercayai merujuk kepada kontroversi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menggunakan dana zakat sebanyak RM63,650.00 untuk sebagai pendahuluan membiayai kos guaman Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir dalam menangai kes permohanan qazaf Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Tuan Ibrahim, yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang turut berpendapat bahawa kenyataan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dan perakuan untuk mengadakan perbincangan dengan PAS dalam isu-isu agama dan merujuk kepada pakar dalam isu-isu hukum telah menggambarkan kepada rakyat, sikap berhati-hati yang diambil kerajaan Selangor dalam melaksanakan amanah yang dipertanggungjawab kepadanya.

Dalam perlantikan Dr Yunus dengan sokongan padu Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Rani Osman, Tuan Ibrahim berkata ia memperlihatkan kepada umum betapa kepimpinan PAS bukanlah golongan yang mengejar jawatan.

"Bahkan rela diberi kepada orang lain yang difikirkan sesuai dan layak demi memperkasakan jentera parti," tambah beliau.___________________________
Source: http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/7691-apa-makna-jawatan-kalau-wang-zakat-disalahguna

Pemuda PAS bantah KUIN gantung pengajian 5 pelajarnya

Posted: 19 Jan 2012 03:02 PM PST

Harakahdaily melaporkan, KUALA LUMPUR, 27 Mei: Dewan Pemuda PAS Pusat mahu pihak pentadbiran Kolej Universiti Insaniah (KUIN) Kedah mengkaji semula tindakan menggantung pengajian lima pelajarnya kelmarin.

Dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily, Ketuanya Nasruddin Hassan berkata terdapat cara yang lebih baik bagi menyelesaikan perkara itu dan selain hukuman menggantung pengajian.

"Tindakan itu tidak mendatangkan kebaikan kepada pelajar sebaliknya menjejaskan masa depan mereka. Bertindaklah dengan hikmah dan lunak.

"Gantung mahasiswa menjejaskan masa depan pengajian mereka. Mereka perlu didikan dan bimbingan bukan tindakan keras seperti itu," tambahnya.

Dalam perbicaraan tatatertib pada 25 Mei lalu, enam mahasiswa kolej itu dijatuhkan hukuman gantung pengajian dan seorang darinya dikehendaki membayar denda.

Mohd Faiz Mohd Arshad digantung dua semester manakala Mohd Aiman Che Ab Razab, Zukhilatif Marzukhi, Mohd Azlan Mat Zain dan Ahmad Remi Md Arof, digantung satu semester dan diberi surat amaran.

Seorang lagi, Mohamad Farhan Bin Mohamad Baharin  juga diberi surat amaran dan didenda RM100.

Kesemua mereka didakwa di bawah kesalahan Akta Universiti Kolej Universiti (Auku) kerana menyertai demonstrasi, memberikan ucapan di hadapan orang ramai menggunakan pembesar suara (speaker corner), dan serta mengadakan kenyataan akhbar dan kepada orang awam berhubung bantahan pembukaan Sekolah Insan Bestari menggunakan bangunan tahfiz.

"Saya harap pihak KUIN mengkaji semula tindakan gantung yang diambil ke atas 6 pelajarnya.

"Saya juga merayu agar pihak kerajaan negeri campur tangan menyelesaikan perkara ini dengan baik dan bertemu dengan pelajar,” gesa Nasruddin.

Sebelum daripada itu, pada 1 April lalu, sekumpulan pelajar mengadakan demonstrasi selepas solat Jumaat bagi menuntut semula bangunan tahfiz yang akan diguna untuk pembangnan Sekolah Insan Bestari tersebut.

Rentetan itu, Timbalan Dekan Kuliah Al-Quran, Muhammad Idrus Ismail didakwa telah dilucutkan jawatan kerana turut terlibat dalam demonstrasi tersebut.

Selain itu, mereka kemudiannya mengadakan sepaker corner bagi menjelaskan perkara itu namun dihalang pihak Hal Ehwal Pelajar (HEP).

Mereka kemudiannya bertindak mengeluarkan kenyataan akhbar kepada media menggesa Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak campur tangan.

Tidak cukup dengan itu, mereka kemudiaanya menyerahkan satu memorandum 'selamatkan idealisme mahasiswa’ kepada Presiden PAS meminta agar Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menasihati Menteri Besar Kedah untuk menangani isu tersebut secara adil.
Sementara itu, Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) juga bercadang untuk membawa isu tersebut ke Muktamar PAS Ke-57 pada 4 dan 5 Jun ini, untuk dibahaskan oleh para perwakilan. 

Cadangan tersebut dibuat dengan membawanya menerusi perwakilan untuk membolehkan para pemimpin PAS campurtangan bagi menyelesaikan isu itu yang kini telah menjadi semakin rumit. 

Pengerusi SMM, Ahmad Syukri Che Ab Razab menjelaskan, dengan membawa isu tersebut ke muktamar, pihaknya berharap agar ia akan menjadi salah satu isu utama untuk dibahaskan bagi membolehkan semua pihak mendapatkan penjelasan mengenainya.          

Menurut beliau, lanjutan dari itu, ia diharap akan membawa kepada satu penyelesaian yang baik terhadap isu tersebut, setelah ia menuju kepada kemuncak tindakan, dengan tindakan tatatertib yang membawa kepada penggantungan pengajian ke atas 6 orang pelajar KUIN.____________________________________
Source: http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/3505-pemuda-pas-bantah-kuin-gantung-pelajar

Pemuda PAS bantah KUIN gantung pengajian 5 pelajarnya

Posted: 19 Jan 2012 03:01 PM PST

Tiada ulasan: