Pahang Daily Online |
- Musykil: "Mahkamah Syariah Pahang" Terpinggir, Banyak Jawatan Penting Kini Tiada Penggantinya
- Berhibur Bersama "Sham Kamikaze" 21 Jan Ini !!
Musykil: "Mahkamah Syariah Pahang" Terpinggir, Banyak Jawatan Penting Kini Tiada Penggantinya Posted: 16 Jan 2012 05:29 PM PST KUANTAN, 17 Jan - Orang ramai yang berurusan dengan Mahkamah Syariah Pahang di sini pasti terkejut dengan kedaifan premis terbabit. Ini kerana biar pun sudah lebih enam belas tahun beroperasi dan mempunyai dua orang Menteri Besar yang memegang portfolio Exco Agama, namun premis terbabit dilihat cukup memalukan kerana belum mempunyai bangunan sendiri dan masih menumpang di bangunan lama Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) yang kini dijadikan pejabat Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP). Malah, lebih menyedihkan Mahkamah Syariah itu satu-satunya yang belum ada bangunan sendiri. Tambah mengejutkan semua mahkamah syariah di negeri pembangkang seperti Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor sendiri pun sudah mempunyai bangunan sendiri. Soalnya, kenapa Kerajaan Negeri Pahang tidak peka dengan kelemahan ini. Malah bangunan baru di Kelantan dan Pulau Pinang yang ditadbir oleh pembangkang itu pun mendapat bangunan baru yang sebahagiannya dibiayai oleh Kerajaan Persekutuan. Paling menyedihkan, permohonan bajet untuk membina bangunan baru namun sehingga ke hari ini masih tiada sebarang tindakan daripada kerajaan. Paling mengejutkan, Negeri Pahang kini masih belum ada lantikan Ketua Pendakwa Syarie iaitu jawatan paling penting yang berkuasa untuk pendakwaan. Buat masa ini kuasa pendakwaan hanya dijalankan oleh Timbalan Pendakwa sahaja. Malah bagi jawatan Ketua Hakim Syarie yang telah tamat kontrak sejak setahun yang lalu hingga kini masih belum ada penggantinya. Begitu juga dengan jawatan Timbalan Mufti yang masih kosong hingga ke hari ini. [Kerajaan Negeri Pahang wajar mengambil berat isu ini jika tidak mahu hal ehwal agama Islam di negeri ini terus diperlekehkan oleh pihak-pihak tertentu. Sewajarnya Mahkamah Syariah Pahang diwujudkan pada bangunan yang berasingan bagi memudahkan sebarang urusan. Amatlah memalukan bila sebuah negeri yang ditadbir oleh UMNO BN masih ketinggalan dari segi pembangunan agama berbanding negeri pembangkang. Rakyat wajar menilai apa yang berlaku ini. Kenapa Kerajaan Pusat boleh salurkan peruntukkan kepada negeri yang dikuasai pembangkang, sebaliknya meminggirkan negeri Pahang ini. Walhal, Perdana Menteri Malaysia adalah berasal dari bumi Pahang. Ini membuktikan, mereka sebenarnya rasa selesa dengan apa yang ada, sebaliknya menabur projek di negeri pembangkang untuk membuktikan kononnya prihatin dan rakyat didahulukan. Akhirnya negeri BN seperti Pahang ini ketinggalan dari segi pembangunan itu sendiri sebenarnya. Majlis Agama Islam & Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) perlu bertindak untuk mengisi kekosongan jawatan-jawatan penting di jabatan itu demi meningkatkan syiar Islam di bumi Pahang ini. Jika terus dibiarkan, maka rakyat khuatir banyak perkara penting akan gagal dilaksanakan kemudian]. |
Berhibur Bersama "Sham Kamikaze" 21 Jan Ini !! Posted: 16 Jan 2012 05:08 PM PST |
Posted: 15 Jan 2012 09:05 AM PST |
Posted: 14 Jan 2012 05:23 PM PST |
Posted: 14 Jan 2012 05:23 PM PST |
You are subscribed to email updates from Pahang Daily Online (PDO) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan