Selasa, 17 Januari 2012

jiwo kelate

jiwo kelate

Dipecat: Hassan Ali perlu salahkan diri sendiri

Posted: 17 Jan 2012 01:20 AM PST

Hassan Ali perlu salahkan diri sendiri dan perlu baca Perlembagaan PAS, bukannya menyalahkan pihak lain.

Hassan Ali perlu baca Fasal 82 (1) dan 82 (9) Perlembahaan PAS (PINDAAN 2011).

Masalah sebenarnya ialah beliau malas datang mesyuarat dan asyik membuat kenyataan media di luar mesyuarat.

Sebelum ini Sinar Harian melaporkan, SHAH ALAM – Dakwaan Datuk Dr Hasan Ali bahawa pemecatan beliau oleh Pas bersifat tidak adil dan tidak demokratik satu kenyataan tidak berasas dan “fitnah berat”, kata beberapa pemimpin kanan parti Islam itu.

Jueteru, Naib Persiden Pas, Salahuddin Ayub berkata, Hasan perlu berhenti membuat kenyataan seperti itu dan melihat peruntukan Perlembagaan Pas 82(9) yang digunakan jawatankuasa kerja pusat di mana tindakan ke atas beliau adalah berdasarkan fakta-fakta kes.

"Pada mesyuarat bulanan jawatankuasa kerja pusat, perkara itu diputuskan oleh parti, di mana saya juga terlibat dalam membuat keputusan.

"Kami (Pas) telah memberi peluang kepada beliau untuk mengemukakan rayuan dan jika beliau benar ingin menegak kebenaran, beliau sewajarnya menggunakan platform itu," katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online, sebentar tadi.

Sementara itu, Ketua Penerangan Pas Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man turut bersetuju dengan pandangan Salahuddin supaya Hasan mengemukakan rayuan jika tidak berpuas hati dengan tindakan tempoh hari.

Katanya, jika tidak puas hati, Hasan perlu mengemukakan rayuan dalam tempoh 30 hari yang diberikan kepada Majlis Syura dan jika rayuan tidak dikemukan, Pas menganggap  beliau menerima tindakan pemecatan.

"Ambil contoh ini, jika kita memandu kereta tanpa cukai jalan dan ditakdirkan kita ditahan lalu disaman polis, adakah kita patut salahkan polis? Ini kerana kesalahan itu adalah disebabkan oleh kecuaian kita sendiri, sama seperti Hasan.

"Jadi, jangan salahkan orang lain apabila dikenakan tindakan dan saya tegaskan sekali lagi, pemecatan beliau merupakan masalah dalaman parti yang timbul dan tiada kena mengena dengan individu lain ataupun desakan luar," katanya.

Ketika ditanya sekiranya Hasan mengemukakan rayuan, sejauh manakah kebarangkalian rayuan Hasan itu akan diterima, Tuan Ibrahim menambah, kenyataan dan tindakan Hasan perlu seiring.

"Beliau juga ada membuat kenyataan bahawa dalam hatinya akan tetap bersama Pas. Jadi Hasan perlu menunjukkan kesungguhan beliau untuk membaiki imej dan kedudukan beliau dalam parti," katanya.

Ketika diminta mengulas isu yang sama, Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali enggan mengulas lanjut kerana Hasan kini bukan lagi ahli Pas.

Pada sidang media di kediamannya semalam, Hasan mendakwa terdapat kumpulan berpengaruh dan menduduki jawatan penting dalam parti itu berbahaya dan kini giat merencana strategi kea rah mengubah asas perjuangan parti.

Hasan menegaskan, kumpulan 'parasit' itu semakin menguasai hala tuju Pas termasuk isu pemecatan beliau sebagai ahli Pas.

Hasan turut mendakwa pemecatannya bertentangan dengan prosedur dan tidak demokratik serta menyifatkannya sebagai tindakan "autokratik" pemimpin PAS kerana tidak memberikan ruang kepadanya untuk mempertahankan diri daripada tuduhan yang dia sendiri tidak jelas.

Dalam komennya, Salahuddin juga menambah, tuduhan Hasan itu adalah fitnah berat dan apa yang berlaku kepada dirinya tidak ada kena-mengena dengan orang lain ataupun desakan daripada pengaruh luar.
_______________
Source: http://www.sinarharian.com.my/politik/usah-salah-polis-jika-disaman-pas-nasihat-hasan-ali-1.18760?localLinksEnabled=false

Jangan terpengarah Dakyah dan Fitnah

Posted: 16 Jan 2012 10:40 PM PST

Oleh YB Haji Ahmad bin Kassim

Seusai pembebasan Dato' Seri Anwar Ibrahim dari pertuduhan fitnah pada 9hb Januari 2012 yang lalu, media yang dikongkong UMNO terus memintal fitnah baru demi menjejaskan wibawa beliau sebagai seorang muslim, rakyat Malaysia dan pemimpin Pakatan Rakyat. Beberapa hari kebelakangan ini, Dato' Seri Anwar Ibrahim dilontar pula dengan tohmahan bahawa beliau mahu menghalalkan homoseksualiti (hubungan sejenis) di negara ini.

Fitnah yang dipintal media UMNO seperti Utusan Malaysia itu kononnya dipetik dari jawapan Dato' Seri Anwar Ibrahim ketika ditanya dalam satu wawancara BBC (British Broadcasting Corporation).

Sekiranya diteliti jawapan Dato' Seri Anwar Ibrahim itu, ternyata beliau tidak menyebut berhasrat mahu menghalalkan homoseksualiti di negara ini. Saya nukilkan petikan jawapan Dato' Seri Anwar Ibrahim tersebut bersama pautan rakaman wawancara BBC itu:

http://www.bbc.co.uk/news/world-asia-16531714

"We will have to review archaic laws
and we, muslims and non muslims generally believe and committed to support the sanctity of marriage between man and woman in Malaysia.

but we should not be seen as punitive and consider the archaic laws as relevant. We need to review them. We do not promote homosexuality in public sphere and domain. We will not make apologies towards that. I think to use this sort of legislation to be punitive, punish innocent people cannot be condoned and be tolerated."

Berdasarkan jawapan dan petikan itu, pertamanya, ditegaskan sebagai orang Islam, kita menjunjung kesucian hubungan perkahwinan antara lelaki dan perempuan.

Dato' Seri Anwar Ibrahim tegas menyatakan bahawa beliau, Parti Keadilan Rakyat dan Pakatan Rakyat tidak menganjurkan, membenarkan ataupun menghalalkan homoseksualiti (hubungan sejenis).

Walaubagaimanapun beliau berpendirian undang-undang lapuk yang tidak berlandaskan syarak serta menzalimi rakyat Malaysia wajar disemak. Undang-undang lapuk dan zalim malah boleh digunakan sewenang-wenangnya oleh kekuasaan untuk menghalalkan fitnah jelik ke atas sesiapapun.

Saya ingin menyeru supaya semua pihak merujuk kenyataan atau jawapan tersebut dan tidak dipengaruhi dakyah jahat media UMNO.

Justeru saya juga menyeru agar jangan sesiapapun bersekongkol subahat memintal fitnah ini kononnya atas nama perjuangan Islam.

Perjuangan Islam tidak sama sekali membenarkan fitnah sedemikian.

YB HJ AHMAD BIN KASIM,
Ahli Parlimen Kuala Kedah,
Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama, Parti Keadilan Rakyat.
____________________
Source: http://anwaribrahimblog.com/2012/01/17/jangan-terpengaruh-dakyah-dan-fitnah-jahat-media-umno/

Tawaran Jingga Pakatan Rakyat – BERSIHKAN MALAYSIA

Posted: 16 Jan 2012 10:05 PM PST

Muqaddimah

Di ambang pilihanraya umum ke-13 (PRU 13), negara kembali berdepan dengan pelbagai kemelut dan suasana krisis hasil langsung dari urus-tadbir dan tata-kelola sebuah pemerintahan yang tempang. Sebuah kerajaan yang tidak benar-benar komited untuk mensejahterakan rakyat seluruhnya bahkan meletakkan keutamaannya untuk membela suku-sakat kroni dan membolot kekayaan negara untuk segelintir kelompok penguasa, lazimnya akan berakhir dengan kehidupan rakyat yang serba terhempit dan ternafi dari mengecapi kekayaan dan kemakmuran negara.

Justeru, jurang antara kaya-miskin tampak semakin melebar, kesenjangan pembangunan antara bandar-desa, antara pantai Barat Semenanjung dan negeri pantai Timur-Utara, serta Sabah-Sarawak semakin ketara. Begitu juga hal hutang negara, khasnya hutang awam (Kerajaan Persekutuan) terus membengkak, daya-saing terus menjunam, 'brain-drain' tidak mampu disekat, ketirisan akibat rasuah dan salahguna kuasa dalam sistem 'delivery' berulang setiap tahun dan ekonomi terdedah kepada ancaman kebankrapan hasil pengurusan dan defisit fiskal yang tidak mematuhi tuntutan amalan terbaik-best practice- dan prinsip tata-kelola kewangan pruden. 

Lebih parah lagi kerana krisis ini bukan sahaja menyinggung aspek ekonomi dan kewangan akan tetapi melingkungi seluruh dimensi kehidupan bermasyarakat dan bernegara.

Kebrentakan ini terpapar jelas dengan pelbagai pola-pola persengkataan yang semakin tajam dan mendalam, di segi pertentangan ras-perkauman, tuntutan kelompok pendukung agama secara sempit dan kelompangan atau 'lacuna' bidang kuasa legal dan perundangan yang kerap disemarakkan api kefanatikan dan kejumudan politik perkauman.

Sementara itu fungsi institusi-institusi kritikal terus terkorban dari berperanan menjadi penyemak-imbang utama yang berkesan kerana terlalu tunduk dan dibelenggui penguasa Eksekutif yang angkuh dan rakus memusatkan dan merampas bidang wewenangan kuasa cabang Judisiari dan Legislatif yang terus dimandulkan.

Tegasnya seteru politik kita, Umno-BN telah merosakkan dan menodai institusi-institusi kritikal negara –"An Assault on the Nation" yang sekaligus telah menatijahkan "Kereputan Sistem" atau "Systemic Rot" secara menyeluruh.

Suasana ini cukup ngeri dan amat menakutkan, andainya ia berterusan kerana pastinya bakal menggagalkan usaha gigih pelbagai pihak untuk mendayakan negara supaya mampu bersaing dalam arus persaingan global dan serantau yang semakin sengit sekaligus mengancam kesinambungan negara sebagai yang bermaruah, berdaulat  dan punya daya-juang dan daya saing yang tinggi.

Berdepan dengan lingkaran krisis yang tidak berhujung ini dan setelah menekuni serta mengenalpasti punca-sebab gejala kebrentakan ini, maka Pakatan Rakyat tampil dengan satu 'Tawaran Jingga' untuk mengundang seluruh rakyat dan pemilik penting-'critical stakeholders' negara ini, agar turut bersama-sama dalam satu gagasan "Membersihkan Malaysia" dari pelbagai kekotoran pengurusan pemerintahan Umno-BN supaya akhirnya kemakmuran dan sumber kekayaan negara mampu dikecapi, dinikmati dan dikongsi bersama oleh seluruh rakyat di negara bertuah ini.

Inilah ertinya 'Merakyatkan Kemakmuran Untuk Semua" dalam satu permufakatan mulia, perkongsian murni dan persefahaman mendalam tuntutan kepelbagaian agama dan budaya agar mampu menghayati sunggguh-sungguh slogan – "Sharing The Nation" – "Bersama Mengecapi Kemakmuran Negara" .

Tawaran Jingga – Huraian Pendekatan

Sesungguhnya, pembentangan 'Tawaran Jingga' ini hanyalah satu prelude kepada 'Tawaran Manifesto' Pakatan Rakyat.

Tawaran Jingga ini sekadar menerangkan perbezaan pendekatan Pakatan Rakyat berbanding Umno-Barisan Nasional.

Pendekatan pihak lawan yang bersifat menampilkan ungkapan pelbagai akronim ajaib yang sebenarnya mengusutkan fikiran bermula dengan NKRA, NKEA, PTK (GTP), SRI, NEM (MEB), ETP, EPP dan panjang lagi kalau dimasukkan agensi-agensi pelaksananya  MAMPU, Pemandu, Pemudah, kini TERAJU yang kesemuanya boleh dibawa kepada satu lagi yakni ICU (Unit Penyelarasan Pelaksanaan) ketika sakit dan nazak. 

Saya yakin keseluruhan akronim ini dan tindih-tindannya tidak difahami sendiri oleh ramai menteri termasuk YAB PM, kecuali dua menteri pintu belakang (senator) di Jabatan Perdana Menteri itu..yang sentiasa bersedia memberi kuliah yang panjang ketika ditanya sikit oleh Ahli-Ahli Parlimen Pakatan (dan juga BN) di Dewan Rakyat. Inilah dia Program Transformasi Kerajaan (GTP) yang sangat dihajati oleh PM Najib.

Sesungguhnya tidak akan dapat dilakukan Transformasi kecuali dirancang, dilaksana dan diurus program 'Reformasi Menyeluruh' dalam menangani 'kereputan sistem' yang dirobek dan dinodai regim Umno-Barisan Nasional.

Tawaran Jingga kami pula merumuskan pendekatan "Political Economy" atau pendekatan yang benar-benar mencerakinkan kembali kebijakan disiplin ekonomi ini dalam menggarap tuntutan Politik.

Ia adalah disiplin atau bidang ekonomi yang membicarakan bagaimana "keputusan politik mempengaruhi bidang ekonomi atau economic outcomes" atau dengan kata lain mudahnya  "Perubahan Ekonomi atau 'Economic Changes' hanya akan dapat dipacu dan direalisasikan dengan bersekali dilakukan oleh sesebuah kerajaan akan 'Reformasi Politik'.

Sebaliknya pula bagaimana cita-cita "Transformasi Ekonomi" akan gagal dihambat oleh "Kekangan Realiti Politik" sperti yang jelas berlaku dalam pemerintahan Umno-BN.

Ini jelas apa yang telah berlaku dalam pendekatan BN yang masih terus tercari-cari pendekatan yang konsisten. Sebab itu Najib selalu berbolak-balik atau flip-flopping atau 'zigg-zaging'.

Najib hampir dinobatkan sebagai the "Father of Flip-Floppers" justeru kerana sikapnya yang kerap tidak tetap. Terlalu banyak contoh yang boleh dibariskan termasuk hal urusan ekonomi seperti EOC dalam MEB (NEM) atau menangani BERSIH 2.0 dan banyak lagi.

Sebab itu dalam NKRA dan PTK (GTP), Najib tidak langsung memberikan kepentingan kepada asepk reformasi politik. Bila baru celik kepentingan Reformasi Politik dan Perlembagaan? Bila digempur dek BERSIH2.0! Hanya selepas 709 BERSIH 2.0, Najib terhegeh-hegeh bercakap tentang menangani tuntutan Politik Baru dan membatalkan 3 Ordinan Dharurat (1966, 1969 & 1977), membatalkan Akta Hukuman Buang Daerah 1959; dan mula bercakap tentang memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Tembelang Najib terdedah apabila cakap-cakap menteri JPM mendahului beliau apabila mereka menyebut tentang mengantikan ISA yang dua-kali lima juga akalu tidak lebih drakormian lagi.

Maka sebagai pendekatan Pakatan Rakyat, kami cenderung untuk mengambil pendekatan ini yang mengiktiraf bahawa masalah ekonomi akan hanya dapat digarap bersekali dengan reformasi politik. Seteru politik kita pada asalnya tidak mahu mengiktiraf ini. Hanya mutakhir setelah serik kita berpekik baharulah mereka faham.

Tegasnya 'Tawaran Jingga' adalah penyelesaian krisis negara secara bersepadu dan menyeluruh. Tawaran Jingga adalah perumusan penyelesaian komprehensif bagi menangani segala krisis yang juga sifatnya 'menyeluruh dan sempurna' bukan sahaja dari aspek kebobrokan pengurusan fiskal dan ekonomi.

Sebab itu kebobrokan rasuah, salahguna kuasa dan segala kebejatan penguasa dan elit bisnes yang rakus mesti ditangani dengan reformasi politik, perundangan serta keinsafan moral dan agama. Umno- BN tidak faham atau buat-buat tidak faham.

Sebab itu kebejatan rasuah dan salah guna kuasa kini dilambang dengan NFC-Lembu dalam Kondo persis membayangkan kegagalan Transformasi Kerajaan Najib!

Tawaran Jingga kami berkisar di sekitar mencapai Dasar-Dasar Bersama:

Demokrasi yang telus dan tulen untuk memperkasakan ketuanan rakyat (Reformasi Politik)

Memacu ekonomi berprestasi tinggi yang mampan untuk menjana kemakmuran dan kebajikan kepada semua secara adil (Reformasi Ekonomi)

Keadilan sosial bagi menjamin pembangunan insan secara menyeluruh (Reformasi Sosial)

Hubungan persekutuan-negeri dan dasar luar negara yang adil-setara (Government-Governance-Federalisme).

Sebagai prelude kepada Manifesto Pakatan Rakyat, Tawaran Jingga telah cuba mengingatkan semua bahawa pendekatan kami bukan sahaja menambahbaik kerosakan dan kepincangan yang telah dilakukan oleh regim yang lalu.

Tawaran Jingga bakal didedahkan dari masa ke semasa yang akan memuatkan rencana dasar, polisi dan kebijakan untuk membawa keluar bangsa dan negara dari kemelut yang semakin meruncing ini. Dalam Konvensyen ini, beberapa perkongsian awal tentang
i. Dasar FELDA Pakatan Rakyat,
ii. Dasar Anti-Monopoli Pakatan Rakyat iii. Dasar Pengukuhan Federalism Pakatan Rakyat
iv.Dasar Memperkasakan Perkhidmatan Awam Pakatan Rakyat

Oleh kerana tarikh PRU ke-13 masih sukar diramalkan oleh pundit politik, maka Manifesto Pakatan juga perlu dirahsiakan sehingga ke satu tarikh yang ditentukan kemudian.

Kami bersedia mendengar maklum-balas dari semua pihak agar perumusan penyelesaian kami dalam Tawaran Jingga dan Manifesto PR nanti akan menjadi lebih mentap dan padu lagi.

Pengerusi Jawatankuasa Jingga Pakatan Rakyat.

Konvensyen Pakatan Rakyat kali-3.

Alor Star, Kedah.

14 hb Januari 2012.

Tawaran Jingga Pakatan Rakyat – BERSIHKAN MALAYSIA

Posted: 16 Jan 2012 10:03 PM PST

ISU NFC: Noh Omar nak menyusahkan TPM

Posted: 16 Jan 2012 06:09 PM PST

Noh Omar nak menyusahkan YAB TIMBALAN PERDANA MENTERI apabila Sinar Harian melaporkan, PUCHONG – Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar enggan mengulas lanjut berhubung skandal Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) sebaliknya berkata “biarlah  Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin” mengulas itu berkenaan.

“Biarlah TPM yang umumkan sebab masih ada perbincangan mengenainya lagi… tiada masalah,” katanya kepada kepada pemberita selepas majlis perasmian Pusat Dagang dan Depositori Sarang Burung Autentik 1Malaysia, semalam.
Projek NFC diuruskan oleh keluarga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abd Jalil dan masalah dihadapi entiti itu didedahkan oleh Laporan Ketua Audit Negara 2010 akhir tahun lalu.

Ekoran tekanan beberapa pihak termasuk PKR, kelmarin Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan langkah membekukan asetnya.Ia diumumkan oleh Najib yang turut mengarahkan Muhyiddin dan Noh untuk mencari jalan penyelesaian terbaik.

Namun di sebalik pembekuan aset, Pengarah Eksekutif NFC Wan Shahinur Izmir Salleh dalam satu kenyataan semalam berkata, operasi perniagaan syarikat berjalan seperti biasa dengan bekalan daging lembu akan terus dibekalkan kepada semua pelanggan.

Minggu lalu, Shahrizat mengumumkan telah memohon bercuti rehat selama tiga minggu daripada menjalankan tugasnya sebagai Menteri._________________________________________
Source: http://www.sinarharian.com.my/nasional/nfc-biar-tpm-jawab-kata-noh-omar-1.18498?localLinksEnabled=false

Penangguhan SBPA sebagai berat sebelah, kenapa Kumpulan Premier tidak ditangguh?

Posted: 16 Jan 2012 06:04 PM PST

Sinar Harian melaporkan, KUALA LUMPUR – Pas mahu kerajaan menjelaskan sama ada penangguhan sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) hanya membabitkan kakitangan Kumpulan Pelasana atau secara keseluruhan penjawat awam termasuk Kumpulan Premier.

Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata, beliau mendapat maklumat bahawa penangguhan untuk semakan tersebut tidak melibatkan Kumpulan Premier.

“Saya difahamkan penangguhan semakan itu hanya melibatkan pegawai rendah dan tak melibatkan Kumpulan Premier.

“Saya nak kerajaan beri penjelasan tangguh keseluruhan atau kumpulan rendah sahaja,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Katanya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersetuju untuk menangguhkan perlaksanaan skim SBPA untuk disemak semula ekoran bantahan banyak pihak berhubung kadar kenaikan gaji yang didakwa tidak adil kepada kumpulan bawahan.

Sebelum ini, Mahfuz mendedahkan penjawat awam dalam Kumpulan Premier, yang dianggarkan seramai 36 orang, akan menerima gaji antara RM35,000 hingga RM60,000 tidak termasuk elaun tetap, elaun perumahan dan elaun khas pembantu rumah serta lain-lain.

Menurut Mahfuz, berlaku jurang besar apabila kakitangan Kumpulan Pelaksana hanya menerima kenaikan sekitar RM80, RM100, RM200 malah ada yang tidak sampai RM10.

Khamis lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengesahkan pelaksanaan SBPA yang sepatutnya bermula 1 Januari lalu, ditangguhkan untuk disemak semula.

Keputusan untuk semakan semula itu dibuat selepas perbincangan dengan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Ceupacs).

Mahfuz turut mempersoalkan, adakah pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sudah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong untuk perlantikan skim persaraan daripada semua kumpulan premier tersebut.

“Saya juga ingin tahu bilakah tarikh surat pelantikan 36 orang kumpulan premier ini dibuat.

“Bila pula faedah dan ganjaran akan dimasukkan dalam akaun bank kumpulan premier ini?” katanya.

Mengulangi gesaannya sebelum ini, beliau sekali lagi mahu satu Jawatankuasa Pilihan Khas bagi menyemak semula skim SBPA tersebut agar ia disemak secara keseluruhan termasuk terhadap gaji Kumpulan Primer._________________________________________
Source: http://www.sinarharian.com.my/nasional/pas-dakwa-langkah-tangguh-sbpa-berat-sebelah-1.18501?localLinksEnabled=false

Husam cadang Hapus cukai pendapatan bawah RM5 Ribu

Posted: 16 Jan 2012 05:59 PM PST

Sinar Harian melaporkan, Pakatan Rakyat (PR) berjanji mansuhkan cukai pendapatan kepada individu berpendapatan RM5,000 ke bawah sebulan jika berjaya menguasai negara pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa berkata, pendekatan tersebut lebih memudahkan rakyat berbanding Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang diperkenalkan Kerajaan Persekutuan.

"Saya merasakan tindakan Kerajaan Persekutuan memberikan bantuan RM500 kepada rakyat berpendapatan RM3,000 ke bawah membebankan.

Oleh itu saya cadangkan agar Perdana Menteri, letakkan dasar supaya mereka yang berpendapatan RM5,000 ke bawah dikecualikan cukai pendapatan.

"Tak perlu mengisi borang, mendengar ucapan menteri dan dapatkan tandatangan penggawa dan sebagainya, ini membuang masa, kaedah pengecualian cukai pendapatan saya rasa lebih sistematik," katanya ketika menghadiri Majlis Pengumuman Pembangunan Kota Bharu Sentral @ Tunjong di Hotel Rennaisance, dekat sini, hari ini.

Majlis perasmian projek usaha sama antara Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), Tunjong Development Corporation (TDC) dan Sara- Timur Urban Development Sdn. Bhd. (ST) itu disempurnakan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Mengulas mengenai cadangannya untuk menghapuskan hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada rakyat Kelantan, Husam yang juga Exco Kerajaan Negeri berkata, beliau sudah mengarahkan Unit Perancang Ekonomi Negeri (Upen) mengenal pasti individu terlibat.

Menurutnya, hutang yang akan dilupuskan itu melibatkan jumlah yang dipinjam oleh pelajar berkenaan sejak tahun 2005 hingga sekarang.
"Negeri lain saya tidak tahu, tetapi di Kelantan kita mempunyai royalti minyak dan ia membolehkan hutang berkenaan dihapuskan," katanya.

Beliau bagaimanapun menolak dakwaan ia dibangkitkan sebagai modal politik, sebaliknya menyuarakan perkara itu sejak enam bulan lalu, namun tidak mendapat perhatian._______________________
Source: http://www.sinarharian.com.my/politik/pru-janji-pr-hapus-cukai-pendapatan-bawah-rm5-000-1.18502?localLinksEnabled=false

Tiada ulasan: