A Mum Of Three Mohd |
- Hanya mentor yang kenal mentee-nya inside out
- Pagar gasak padi. Padan muka pagar!!
- Pakatan Rakyat Boleh!! Hello... Tarak percaya ka??
- Salute!!!
- Kuasa ketiga?? Kah kah kah... Poooraahhh!!
Hanya mentor yang kenal mentee-nya inside out Posted: 27 Jan 2012 03:36 AM PST Seandainyer debat Anwar-Najib jadi kenyataan, sudah pasti sedikit sebanyak rakyat akan dapat menilai dasar-dasar yang diperkenal Najib.... samada ia retorik politik atau memang baik untuk negara. Rakyat pening dengan pelbagai transformasi itu dan ini. Malah... semua nak di-1Malaysia-kannya. Rakyat mempunyai persepsi.... yang semua itu adalah semata-mata untuk tunjuk hebat, di samping dapat mempromosi serta mempopuparkan diri sendiri. Pengisiannyer lompong dan nampak very superficial. Mungkin Mahathir pun tahu akan hakikat ini, tapi takkan dia nak kondem pulak... sebab mereka berada dalam kapal usang yang sama. And... Mahathir yang pernah menjadi mentor Najib, pasti kenal siapa Najib yang sebenarnya. Ya.... Najib Razak yang pernah menjadi anak didiknya. Najib yang diharapkannya agar dia meninggalkan legasinya dalam arena politik Malaysia. Selagi kedudukan anak manjanya dalam politik tanah air tidak secure, selagi itulah dia akan menyibuk dan membodek Najib. Hahahaha.... anak daddy mesti jadi piem macam daddy. Najib dah dapat peluang jadi piem macam abah dia. Kini.... giliran anak daddy pulak ler. Lantas... demi mempastikan kedudukan legasinya tidak terjejas, UMNO@BN mesti terus menjadi pemerintah. Untuk itu... dia mesti membantu UMNO@BN. Oleh sebab dia mungkin arif dan tahu segala kelemahan-kelemahan Najib, maka... debat yang disarankan mesti ditolak. Kalau diteruskan.... hancus UMNO@BN. Hahahaha.... mungkin Mahathir tahu Najib is good for nothing sebagai ketua kerajaan. Najib banyak sangat cacat-celanyer. Ta der kaliber... tak der wibawa sebagai piem. Integriti pulak, jauh sekali ler. Takut pulak nanti.... Najib bukannya berdebat tapi merapu. Dan, mungkin jugak Mahathir tahu, yang Najib ni jenis yang tak der 'teloq'. Kalau lagu tu, macam mana nak berdepan dan berdebat dengan Anwar. Dengan sendirinyer debat ini akan 'menelanjangkan' Najib. Aduyai.. Sebab itu, debat ini mesti digagalkan. Kalau diteruskan, nahas.... nahas.. Jadi, untuk menyelamatkan Najib@UMNO@BN... Mahathir terpaksa beri pelbagai alasan seperti di sini. Hahahahaha.... biarlah orang kata Najib tak ber'teloq' dan telan sajalah penghinaan tersebut, asalkan UMNO@BN selamat. |
Pagar gasak padi. Padan muka pagar!! Posted: 26 Jan 2012 08:45 PM PST Malaon ni sepasal. Tak boleh nak kontrol nafsu. Padan dengan muka dia. Tapi kan... bebudak sekolah sekarang ni pun sepasal jugak. Gatal dan miangnyer derang semacam. Gedik ya amat. baik yang lelaki mau pun yang pompuan. Dahsyat ooo... Kecik-kecik dah advance bab-bab seks ni. KOTA BHARU 26 Jan. - Seorang guru dihukum penjara 12 tahun dan sebatan tujuh kali oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana merogol serta mencabul muridnya yang berusia 12 tahun dalam makmal sains di sebuah sekolah di Pasir Puteh, dekat sini tiga tahun lalu. Hakim Rofiah Mohamad menjatuhkan hukuman tersebut terhadap Yek Hock Soon, 29, setelah didapati bersalah atas kedua-dua tuduhan tersebut. Beliau menetapkan demikian setelah mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap pertuduhan tersebut. ''Saya mengambil kira tentang kepentingan awam serta hubungan antara tertuduh dan mangsa iaitu sebagai seorang guru dan murid yang mana hubungan itu sepatutnya suci dan bertanggungjawab. Penting bagi badan perundangan membendung jenayah seperti ini. ''Dengan itu, saya menjatuhkan hukuman penjara sembilan tahun dan lima sebatan ke atas tertuduh bagi kesalahan merogol mangsa serta tiga tahun penjara dan dua sebatan bagi kesalahan mencabul. Hukuman dijalankan secara berasingan,'' katanya. Mengikut pertuduhan pertama, Hock Soon yang berasal dari Sitiawan, Perak didakwa merogol mangsa di makmal sains sebuah sekolah jenis kebangsaan di Pasir Puteh antara pukul 8 pagi dan 3 petang, awal bulan Ogos 2009. Bagi kesalahan itu, bekas guru Bahasa Cina dan Sains itu didakwa mengikut Seksyen 376(2) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang dari lima tahun dan tidak lebih 30 tahun serta sebatan. Hock Soon turut didakwa menggunakan kekerasan jenayah terhadap mangsa tersebut dengan niat hendak mencabul kehormatannya di tempat sama pada pukul 12.15 tengah hari, 17 Ogos 2009. Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan iaitu mencabul dan jika sabit kesalahan boleh dipenjarakan sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan. Terdahulu, sebelum hukuman dijatuhkan, peguam Rosmizan Sulaiman yang mewakili tertuduh memohon hukuman yang ringan dikenakan kerana ia merupakan kesalahan pertama tertuduh. Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Nor Hamizah Ghazali yang mengendalikan pendakwaan memohon mahkamah menjatuhkan hukuman berat ke atas tertuduh. ''Dalam kes ini, mangsa merupakan anak murid tertuduh sendiri dan kejadian berlaku di sekolah. Tertuduh mengajar di sekolah itu dan mangsa belajar di situ. Kes rogol dan cabul tidak sepatutnya berlaku. ''Minta juga pertimbangan mahkamah akan trauma yang melanda mangsa akibat perbuatan tertuduh. Saya mohon hukuman yang berat dikenakan,'' katanya.-UMOnline |
Pakatan Rakyat Boleh!! Hello... Tarak percaya ka?? Posted: 26 Jan 2012 06:45 PM PST Bagi puak-puak penjilat UMNO, apa jua janji yang Pakatan Rakyat buat, semuanya dikatakan janji kosong... janji pilihan raya... janji nak raih sokongan... janji yang tidak berpijak di bumi nyata and so on ler. [baca sini] Pakatan Rakyat belum pun dapat menguasai Putrajaya dan kuasa belum lagi berada dalam tangan, jadi bagaimana mereka nak melaksanakan apa yang mereka janji?? Sebab itulah... puak-puak penjilat ni berani membuat tuduhan itu dan ini. Tapi ingat.... walaupun kuasa pusat belum berada dalam tangan tapi kuasa di 4 buah negeri sudah Pakatan Rakyat perolehi. Dan... lihat betapa makmurnya negeri-negeri tersebut diurus tadbir oleh mereka. Lantas, rakyat berpeluang untuk menikmati hasil kemakmuran negeri. Best ooo... Macam-macam yang rakyat nikmati. Yang syoknya lagi, apa yang kerajaan negeri Pakatan Rakyat laksanakan, kerajaan pusat tiru. Hahahaha.... Kerajaan pusat tiru kerana tak mahu ketinggalan.... takut rakyat akan tolak mereka. Apa yang rakyat di negeri-negeri Pakatan Rakyat dapat ialah hasil pendapatan negeri kesan daripada kejayaan urus tadbir yang cekap, amanah dan tanpa rasuah. Sebaliknya, kerajaan pusat jamu rakyat dengan hasil daripada pinjaman atau hutang. So, usah talk big lah. Semua orang tahu hakikat itu. Kejayaan cemerlang Pakatan Rakyat mengurus tadbir kerajaan negeri dengan cekap, menjadi bukti kemampuan mereka mentadbir negara jika diberi mandat oleh rakyat. Jangan ingat UMNO jer yang boleh memerintah. Rasanya... kemampuan Pakatan Rakyat jauh lebih hebat daripada UMNO@BN yang terkenal dengan korupsi, penyelewengan serta pembazirannya. Jadi.... selagi Pakatan Rakyat belum pegang kuasa kerajaan pusat, jangan pandang rendah pada segala janji yang diberikannya kepada rakyat. Nak tau PR mampu atau tidak, tunggu mereka ambil alih Putrajaya dulu. Jam tu.... baru buat penilaian , okay?? Tapi... semua orang sedia maklum, perbuatan UMNO serta juak-juaknya, memperkecil-kecil janji dan kemampuan PR adalah untuk memperbodohkan dan meracuni pemikiran rakyat semata-mata. Eleh.... Biasalah bagi kerajaan yang tahu nyawanya sudah berada di hujung tanduk. Seboleh-bolehnya, mereka akan lakukan apa saja untuk secure-kan semula 'nyawa' mereka. Weh... rakyat jangan bagi 'nyawa' lagi kepada UMNO@BN lagi. Mampuskan terus mereka. Selama 54 tahun mereka memerintah, dengan pendapatan daripada hasil minyak yang melimpah ruah, sepatutnya para pelajar semuanya diberi biasiswa untuk mereka belajar di menara gading tapi apa jadi....?? Biasiswa entah ke mana.... sebaliknya mereka dibebani dengan pinjaman along berlesen tajaan kerajaan iaitu PTPTN. Fuuhhh... PTPTN ini lintah darah betoi!! Kesian para pelajar kita terutama, mereka yang miskin. Mau tak mau, mereka terpaksa menagih pinjaman daripada lintah darat tersebut. Setelah tamat pengajian... belum dapat kerja atau baru nak ber'nafas' selepas dapat kerja, sudah kena bayar balik pinjaman. Kalau tak bayar..... lintah darat akan blacklist atau saman mereka. Cis... Celaka betoi!! So... salah ke sekiranya Pakatan Rakyat menawarkan untuk menghapuskan PTPTN bagi membantu para pelajar kita daripada dibebani hutang?? Kalau ekonomi negara serta wang rakyat diurus tadbir dengan cekap dan amanah, tidak jadi masalah bagi PR untuk menghapuskan PTPTN ini. No problem la... Tapi.... mengapa UMNOdan juak-juaknya gelabah?? Tak percaya ka?? Hahahaha.... |
Posted: 26 Jan 2012 04:45 PM PST Semacam dapat satu kepuasan apabila aku membaca tulisan ini. Harap-harap ramai lagilah Melayu yang cerdik dan ada kesedaran macam anak muda ini. Selagi Melayu tidak menggunakan kecerdikan serta akal yang Allah SWT berikan kepada mereka. selagi itulah UMNO akan mendabik dada mendakwa mereka sebagai pelidung bangsa Melayu, sedangkan hakikat sebenarnya..... merekalah penindas dan pengkhianat bangsa. Weh... Jom tinggalkan UMNO dan sertai Pakatan Rakyat!! Mengapa saya pilih DAP – Oleh Fairuz Azhan 25 JANUARI – Baru-baru ini satu sidang media telah diadakan di Ipoh untuk memperkenalkan saya dan saudari Dyana Sofya yang membuat keputusan untuk menyertai DAP. Berita tentang kami sebagai dua orang graduan undang-undang dari UiTM menyertai DAP bagaikan telah mencetuskan fenomena dan pelbagai reaksi daripada pelbagai lapisan masyarakat am. Bukan sahaja saya datang daripada sebuah universiti Bumiputera tetapi saya bersekolah di sebuah sekolah berasrama penuh Melayu di Ipoh yang cukup terkenal. Malah alma mater saya, Sekolah Tuanku Abdul Rahman dahulu dikenali sebagai MSS atau pun Malay Secondary School. Saya bukanlah golongan orang Melayu yang 'tak bersyukur', malah sebaliknya. Segala pendedahan dan ilmu yang saya perolehi saya guna pakai untuk berfikir bagaimana untuk menambah baik keadaan di negara kita. Salah guna kecerdikan Secara peribadi, ini saya lihat amat berbeza dengan golongan elitis Melayu UMNO yang menggunakan pendidikan tinggi mereka, dan kecerdikan mereka untuk menindas dan memanipulasi rakyat Malaysia terutamanya orang Melayu. Kepentingan mereka adalah untuk mewujudkan 'inferiority complex' di kalangan masyarakat Melayu supaya orang ramai terus bergantung kepada parti politik mereka dan parti itu dengan sendirinya akan terus relevan. Jika orang Melayu benar-benar diperkasakan, maka seharusnya mereka tidak perlukan UMNO atau pun mana-mana parti politik untuk 'membela' mereka. Orang Melayu yang berdikari dan mandiri tidak memerlukan ehsan politik untuk hidup bebas dan merdeka. Jika orang Melayu hendak diperkasa, mengapa mereka perlu mendapat surat pengesahan Ketua Bahagian UMNO untuk mendapat projek? Ini hanya mencipta mentaliti pencacai atau pun rent seeker di kalangan orang Melayu, dan bukan memperkasakan mereka. Lantas, pimpinan UMNO dan konco-konco mereka hanya mencipta politik perkauman dan politik ketakutan di kalangan masyarakat Melayu dan masyarakat majmuk di Malaysia demi kepentingan parti mereka, dan bukan demi kepentingan orang Melayu khususnya atau pun rakyat Malaysia keseluruhannya. Saya pendirian teguh bahawa rakyat Malaysia dan masyarakat Melayu khususnya harus dibebaskan daripada pemenjaraan minda yang dicipta propaganda UMNO. Bukakanlah hati dan minda, dan carilah kebenaran. Dan jika kita berani untuk membuka hati dan mata kita, kita akan dapati bahawa DAP merupakan satu parti yang baik untuk rakyat Malaysia termasuklah orang-orang Melayu. DAP sesuai untuk semua Walhal dari dulu lagi DAP sering menjadi mangsa fitnah proganda UMNO yang tidak masuk akal seperti ia adalah parti untuk kaum Cina sahaja, ia parti komunis, ia penghancur Melayu dan sebagainya. Tetapi tahukah kita sebenarnya bahawa tujuan asal penubuhan DAP tidak ada kena-mengena dengan tohmahan itu semua? Deklarasi Setapak 1967 dengan jelas membuktikan tujuan penubuhan DAP secara rasmi adalah untuk mempertahankan hak-hak semua rakyat termasuk orang Melayu seperti mana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Ini temasuklah Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, Islam sebagai agama rasmi, menzahirkan kedaulatan Raja, dan menjamin kedudukan istimewa orang Melayu. Slogan "Malaysian Malaysia" atau "Malaysia untuk rakyat Malaysia" secara jelas memperlihatkan keikhlasan DAP untuk memastikan semua orang berdiri sama tinggi duduk sama rendah, dan bagi yang benar-benar memerlukan, mereka wajib dibantu tanpa mengira kaum dan agama. Namun, sejak lebih 45 tahun, slogan itu sering diputarbelitkan maksudnya oleh golongan yang tidak bertanggungjawab, kononnya ia ingin menghancurkan dan membinasakan orang Melayu. Ini adalah salah sama sekali. "Malaysia untuk rakyat Malaysia" bermaksud di samping hak Bumiputera dilindungi dan dijamin, pemerintah tidak boleh menindas atau merampas hak-hak orang lain. Kaum-kaum bukan Bumiputera adalah warga negara yang sah dan ada hak di bumi Malaysia milik bersama kita ini. Baling batu sembunyi tangan Apabila DAP mempersoalkan penyelewengan, rasuah, kronisme, nepotisma dan salah guna kuasa oleh pimpinan UMNO, maka tukang karang mereka memutarbelitkan isu dengan mengatakan ia adalah serangan terhadap orang Melayu dan Bumiputera. Padahal ia bukanlah serangan perkauman tetapi pendedahan tentang para pemimpin politik yang tidak bertanggungjawab dan tidak telus mengkhianati amanah rakyat semata-mata mahu mengkayakan diri, keluarga dan kroni mereka. Sikap baling batu sembunyi tangan ini telah lama membantutkan perpaduan antara rakyat. Walau pun ada kalangan ahli UMNO sendiri yang benci dengan kerakusan dan ketamakan pemimpin mereka, mereka masih takut untuk berubah kerana percaya dengan fitnah kononnya DAP dan Pakatan Rakyat mahu menghancurkan kaum Melayu. Rakyat khususnya orang Melayu perlu sedar bahawa DAP adalah sebuah parti politik yang sah di sisi undang-undang yang mengajak semua rakyat Malaysia tidak kisah bangsa atau agama apa pun untuk menyertai perjuangan demokrasi sosial – keadilan dan peluang saksama untuk semua. DAP mahu membantu Pakatan Rakyat mencipta usaha tulen pemerkasaan individu melalui ketelusan dan semangat berdikari jaya diri, dan setiap ahli parti dianggap sama rata dan sama-sama menyumbang ke arah Malaysia yang lebih baik. Beza buruk dan baik Jika pimpinan UMNO-BN tidak mahu isytihar harta menteri, timbalan menteri, menteri-menteri besar dan ketua menteri serta para exco negeri, DAP mahu dan telah pun mengisytiharkan harta mereka. Mengapa isytihar harta penting? Supaya rakyat dapat menjadi hakim dengan mengetahui asset dan pendapatan pemimpin mereka pada waktu mula memerintah dan bagaimana harta tersebut boleh berkurang atau bertambah selepas tempoh-tempoh pemerintahan. Ini adalah penting kerana kita tahu pernah ada seorang guru yang menjadi pemimpin negeri, kemudian dalam masa beberapa tahun telah menjadi jutawan. Sedangkan semua orang tahu bahawa pemimpin diharamkan membuat kekayaan apabila diberi amanah mentadbir negeri atau negara. Jika UMNO-BN mengamalkan sistem tender tertutup untuk kepentingan kroni mereka, DAP mengamalkan urus tadbir cekap, akauntabel dan telus (CAT). Ini amat penting kerana sistem tunduk kepada kroni sentiasa menyebabkan rakyat menderita seperti syarikat pengendali tol lebuh raya masih terus mengutip tol walau pun telah mendapat keuntungan besar atau pun penjana tenaga bebas (IPP) masih diberi subsidi besar walau pun susbisidi keperluan harian seperti minyak dan gas untuk rakyat semakin dikurangkan. Jika UMNO-BN mengikut garis politik perkauman, DAP adalah parti yang terbuka yang memperjuangkan semua rakyat Malaysia. DAP tidak akan menggunakan isu kaum dan agama untuk mempertahankan dasar-dasarnya. Sebaliknya pimpinan UMNO telah banyak kali cuba menutup salah guna kuasa dan penyelewengan atas nama agama dan kaum. Ini langit dan bumi bezanya di antara DAP dan UMNO-BN. Idaman saya Dari dulu saya mengidamkan parti yang memperjuangkan satu impian di mana rakyat Malaysia semua boleh bersatu, hidup aman damai, bebas daripada perkauman atau pun ketakutan. Saya berjumpa perjuangan tersebut dalam DAP. Memang DAP bukan sesuatu yang sempurna. Namun tidak ada apa yang sempurna dalam dunia ini. Yang mungkin ada adalah yang terbaik di antara yang serba kekurangan. Di situ saya nampak peranan DAP. Dasar demokrasi sosialnya mengutamakan rakyat dan menjaga kebajikan mereka. Lihatlah di Pulau Pinang sebagai model untuk masa depan Malaysia yang lebih baik. Dengan urus tadbir CAT, ia merupakan negeri yang paling banyak menerima pelaburan atas jaminan dan pujian Transparency International serta laporan Ketua Audit Negara. Melalui urus tadbir CAT yang diperkenalkan oleh Ketua Menteri Lim Guan Eng selaku pemimpin Pakatan Rakyat Pulau Pinang, orang Melayu paling banyak mendapat kontrak kerajaan secara tender terbuka dan telus. Dengan pentadbiran CAT, hutang negeri sewaktu Pulau Pinang ditadbir oleh BN, iaitu RM630 juta hanya menjadi RM30 juta (berkurangan 95%) dalam tiga tahun sahaja. Dan apa yang dilakukan oleh kerajaan negeri dengan penjimatan sedemikian? Kemakmuran yang datangnya daripada ketelusan ini disalurkan terus kepada rakyat berpendapatan rendah di mana ia telah menjadi negeri pertama di Malaysia yang membasmi kemiskinan tegar secara 100%! Bukankah ini yang dimahukan masyarakat Malaysia? Mengapa orang Melayu hendak ditakutkan dan dikecilkan sedangkan mereka boleh diperkasa dan diperhebatkan oleh sebuah parti politik yang ikhlas berjuang untuk semua rakyat Malaysia? Dan parti itu ialah DAP yang kini berjuang bersama dengan PAS dan PKR dalam Pakatan Rakyat yang sama-sama mahu menyelamatkan Malaysia daripada kerakusan pimpinan UMNO-BN. Malaysia perlu diselamatkan Apa-apa hal, saya amat yakin bahawa Malaysia perlu di selamatkan. Trend menunjukan negara kita bakal bankrap menjelang 2019 jika isu hutang negara, kos hidup yang semaking meningkat, perkauman semakin menebal, rasuah berleluasa dan masyarakat dipenjara minda tidak diatasi segera. Saya amat komited sebagai ahli DAP kerana saya yakin dengan perjuangan parti ini. Lihatlah tokoh-tokoh DAP. Lim Kit Siang selama ini tidak mendapat apa-apa, cuma menjadi mangsa fitnah dan tomahan serta mangsa tahanan tanpa bicara. Karpal Singh, yang kini tidak mampu menggerakkan tangan mahu pun kakinya dek kemalangan tetapi terus memperjuangkan nasib masyarakat yang tertindas. Inilah namanya komitmen dan dedikasi, ikhlas berjuang untuk rakyat walau pun ianya mengudang kesusahan kepada hidup mereka. Saya sampai hari ini masih tidak faham di mana rasisnya DAP. Pengerusinya Karpal Singh, naib-naib Pengerusi terdiri dari pelbagai kaum, termasuk Tunku Abdul Aziz. Keahliannya terbuka kepada semua. Jadi, mana perkaumannya? Apakah UMNO, MCA dan MIC yang masing-masing hanya membenarkan satu kaum menyertai parti mereka itu bukan rasis? Apakah rasis jika mendedahkan salah guna kuasa dan rasuah yang menyebabkan rakyat menderita? DAP bukan sahaja pilihan untuk saya tetapi rasanya ia sesuai untuk semua orang termasuk orang Melayu. Ia hanya sebuah wadah politik untuk mencapai cita-cita murni mewujudkan keadilan untuk semua, peluang saksama serta negara berkebajikan tanpa mengira kaum. – Roketkini.com |
Kuasa ketiga?? Kah kah kah... Poooraahhh!! Posted: 26 Jan 2012 09:30 AM PST Ya Allah.... perasan betoi si parasit ni. Perasan... kononnyer dia banyak penyokong dan boleh dapat banyak penyokong untuk bentuk kuasa ketiga. Kah kah kah kah.... Don't play-play. Hassan Ali nak bentuk kuasa ketiga, I tell you. Hmm... cukuplah tu. Malas aku nak layan kerenah orang perasan hebat ni. Lantak kamuler!! Hassan Ali Bentuk Kuasa Ketiga Untuk PRU13 KUALA LUMPUR, 26 JAN : Bekas pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali mahu menerajui apa yang dinamakan beliau sebagai kuasa politik ketiga bagi pilihanraya umum yang akan datang. Hassan, yang dipecat daripada Pas dan digugurkan sebagai Exco Kerajaan Selangor berkata beliau berbincang dengan beberapa pihak berhubung kemungkinan mewujudkan satu gerakan baru yang boleh memberi impak kepada keputusan pilihanraya umum akan datang. Beliau berkata demikian dalam program Soal Jawab anjuran TV3 malam tadi. "Memang ada kemungkinan bahawa kuasa ketiga ini boleh membantu menentukan siapa yang akan membentuk kerajaan seterusnya jika berlaku senario jurang keputusan pilihanraya tipis,"" kata beliau. "Kuasa ketiga bangkit kerana ia adakah impian rakyat yang membolehkan memberikan manfaat kepada mereka dan negara dengan menganalisis senario masakini," tambah beliau lagi. Hassan berkata mereka yang mahu menyertai barisan baru ini harus mempunya nilai moral yang tinggi, tidak melakukan zina atau berpelesiran dengan gadis-gadis muda, tidak terbabit dengan perlakuan sodomi, bersih dari rasuah serta tidak menyalahgunakan kuasa. Beliau juga menambah bahawa pemimpin-pemimpin berkenaan perlu memiliki latarbelakang agama yang baik dan keutamaan akan diberikan pada golongan muda. Menurutnya lagi, adalah penting bagi pemimpin kuasa ketiga komited kepada tujuan tersebut di samping keupayaan untuuk berinteraksi dengan pihak lain. Hasan dipecat dari PAS awal bulan ini kerana didakwa membelakangkan kepentingan parti walaupun diberi amaran dan nasihat oleh pimpinannya. Hasan dipecat pada 8 Januari lalu, setelah meminta mahasiswa memulau sebuah perhimpunan untuk menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sempena keputusan mahkamah bersabit kes liwatnya. Hasan mendakwa Pas diresapi dengan kumpulan parasit yang dikatakan mahu mengubah hala tuju perjuangan Islam parti itu dan berikrar untuk mendedahkan mereka menerusi siri ceramah di seluruh negara bulan depan. Dalam wawancara semalam, Hasan menegaskan tidak akan merayu pemecatannya dan sebaliknya akan memberikan sokongan untuk membentuk gerakan kuasa ketiga bertujuan menyatukan kaum Melayu serta mempertahankan agama Islam.-AntaraPos.Com |
You are subscribed to email updates from A Mum Of Three Mohd To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan