A Mum Of Three Mohd |
- Moh Kite Komer!!
- Sepakat membawa berkat. Mamposs UMNO!!
- Jangan ambil mudah. Sensitiviti agama kena jaga.
Posted: 19 Jan 2012 06:27 AM PST |
Sepakat membawa berkat. Mamposs UMNO!! Posted: 18 Jan 2012 06:45 PM PST Di bawah ini ialah kenyataan MB Khalid Ibrahim semalan, selepas upacara angkat sumpah Exco baru kerajaan negeri iaitu YB Dr Ahmad Yunus "Pelantikan ini turut melibatkan rombakan kecil dari segi portfolio di mana Dr Ahmad Yunus akan bertanggungjawab terhadap portfolio Adat Resam Melayu, Belia dan Sukan. Manakala Portfolio Hal Ehwal Islam, Infrastruktur dan Kemudahan Awam kini dipegang Menteri Besar" Uuuu... ekoran rombakan kecil pada portfolio tersebut.... maka riuk rendahlah puak-puak UMNO berkokok, kononnya berlaku rampasan 'kuasa' ler.... Khalid gila kuasa ler... PAS kena kunta kinte ler... dan macam-macam lagi ler. Biasa ler... itu kerja UMNO. Mereka akan cuba burukkan kerajaan PR untuk dapatkan mileage politik. Benda kecik mereka akan perbesar-besarkan. Benda remeh temeh mereka akan jadikan isu. Malangnya, dalam banyak keadaan... mereka tewas, sebab rakyat sudah tahu siapa UMNO. Tapi, you all nak tahu mengapa portfolio Hal Ehwal Agama Islam diambilalih oleh Khalid?? Kita ibaratkan portfolio Hal Ehwal Agama ni sebagai sebuah kebun labu. Kehadiran parasit di kebun labu tersebut telah merosakkan pokok dan buah-buah labu-labu tersebut. Parasit telah bikin pelbagai blunder. Pokok dan labu yang rosak menjadi buruk dan hodoh rupanyer. Ini meroskkan imej kebun labu tersebut dan merugikan tuan punya kebun tersebut. Keadaan ini boleh membuat orang ramai, khususnya para pelanggan, tidak lagi menghormati dan menjauhkan diri daripada kebun tersebut. Lebih malang lagi, ia menjadi bahan sendaan orang ramai. Kesian... Jadi... sekarang, setelah parasit dinyahkan, maka pengurus kebun baru iaitu yang berpengalaman dilantik atas persetujuan bersama. Ala-ala macam ada MOU ler. Pengurus baru itu akan mengambil inisiatif untuk membaik pulih keadaan kebun dan labu-labu tersebut agar dapat menarik para pelanggan ke kebun labu tersebut. Ini pasti akan menguntungkan tuan punya kebun tersebut. Apabila semulanya okay nanti... kebun tersebut akan diserahkan kembali kepada pengurus yang sepatutnya. No big deal, kan?? Itulah mutual understanding yang telah dicapai. Ini ialah langkah untuk memperkukuh portfolio tersebut di samping memperkuat Pakatan Rakyat Selangor. Sebab itu, UMNO buat bising dan kecoh. Kalau Pakatan Rakyat menjadi semakin kuat, maka punahlah harapan mereka untuk tawan semula Selangor, yang mereka mimpikan siang dan malam. Biarkan mereka bising.... asalkan PKR-PAS-DAP sepakat. Aha.... sepakat yang membawa berkat. Mampuss UMNO!! Hidup Pakatan Rakyat!![sumber] |
Jangan ambil mudah. Sensitiviti agama kena jaga. Posted: 18 Jan 2012 04:48 PM PST CAP gesa pasar raya sedia kaunter bayaran produk tidak halal SHAH ALAM - Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa pasar raya-pasara raya mengadakan kaunter khusus untuk membuat pembayaran bagi barang-barang tidak halal demi menjaga sensitiviti kaum dan agama. Sambil menegaskan pihaknya memandang berat aduan salah seorang pekerja sebuah pasar raya, Presidennya S.M. Mohamed Idris berkata, berdasarkan kandungan aduan itu, juruwang pasar raya terbabit telah diarah oleh pengurusannya supaya memegang daging babi tanpa berlapik. "Perkara ini adalah sesuatu yang amat sensitif bagi setiap umat Islam," katanya dalam kenyataan hari ini. Kebanyakan pasar raya di negara ini, kata beliau, mempunyai ruangan khas untuk meletakkan barangan jualan yang tidak halal bagi memisahkannya dengan barangan lain tetapi mungkin tidak mempunyai kaunter bayaran yang memisahkan khusus untuk menerima bayaran bagi barangan tidak halal. Beliau menambah, semua pihak pengurusan pasar raya di negara ini perlu lebih sensitif kepada agama dan budaya rakyat di negara ini dan mereka perlu menghormati agama dan budaya pekerja mereka dengan mengambil kira setiap perkara yang sensitif serta mengelakkan daripada melakukan tindakan yang menyentuh sensitiviti agama dan budaya orang lain. Katanya, CAP turut menggesa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Jabatan Agama Islam Perak dan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak serta Pihak Berkuasa Kerajaan Tempatan menyiasat perkara itu dan mengambil tindakan tegas terhadap pengurus dan pasar raya terbabit bagi mengatasi masalah yang dihadapi oleh pekerja berkenaan. "Semua pihak perlu peka dan sensitif dalam menjaga keharmonian hubungan di antara semua bangsa dan agama memandangkan kita semua berada dalam sebuah negara yang berbilang kaum dan agama. "Tindakan yang awal segera perlu diambil oleh pihak berkuasa yang berkenaan agar tidak timbul sebarang konflik yang lebih buruk pada masa hadapan," katanya lagi.-SH |
You are subscribed to email updates from A Mum Of Three Mohd To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan