Addin |
- Kalau Macam Ni.. Hassan Ali Bakal Calon UMNO BN
- Lagi Menteri UMNO Gila Talak..
- Bongkar!! Tanah Rampasan Taib Mahmud Seluas 3 Kali Ganda Singapura
- Gempar!! Rosmah Di Aibkan Laman Web Luar Negara
- Twitter Azwan Ali Di Godam Jack Sparrow Rilekscrew
- Skim Baru SBPA : Gaji Pegawai Tertinggi Di Bayar Sehingga RM80,000
Kalau Macam Ni.. Hassan Ali Bakal Calon UMNO BN Posted: 19 Jan 2012 02:00 PM PST Hassan Ali makin hari makin galak mengkritik PAS. Jikalau dulu, kalau nak kritik PAS dan Pakatan Rakyat masih menggunakan bahasa berlapis tetapi sekarang Hassan Ali sudah terang-terangan menyerang PAS. Mungkin ini yang di impikan oleh Hassan Ali selama ini. Dendam kesumat selepas di singkirkan dari PAS masih membara di hati Hassan Ali. Mungkin Hassan Ali tak perasan parasit yang dicanang-canang oleh beliau adalah dirinya sendiri. Selepas perlantikan Exco baru bagi menggantikannya Hassan Ali berkokok lagi. Pelbagai tohmahan dilemparkan oleh Hassan Ali terhadap PAS dan Pakatan Rakyat. Hassan Ali telah menyifatkan maruah PAS sebagi sebuah parti Islam telah dipijak dan parti itu kini hanya menjadi 'pak turut' kepada komponen Pakatan Rakyat di Selangor. Hassan Ali secara biadap mempersoalkan MB Selangor, Khalid Ibrahim kerana mengambil alih portfolio Hal Ehwal Agama yang sebelum ini disandangnya. Mungkin beliau berpendapat hanya beliau yang layak memegang jawatan tersebut. Kelantangan Hassan Ali kebelakangan ini mungkin berkait rapat dengan PRU 13 yang bakal diadakan pada Mac ini. Supaya dilihat sebagi hero baru buat UMNO BN... mungkin jugak statement membelasah Hassan Ali selama ini adalah bertujuan melobi tempat sebagai calon Umno BN? Baca di sini. | ||
Lagi Menteri UMNO Gila Talak.. Posted: 19 Jan 2012 07:33 AM PST Makin dekat PRU 13 makin menjadi pulak Menteri Umno gila talak. Terkini, Menteri Bertahan Zahid Hamidi bersetuju dengan cadangan Ustaz Nasha untuk mengadakan dialog dengan PAS. Addin nak tanya sikit kat Menteri Bertahan nih, kenapa ko sekarang makin terhegeh-hegeh dengan PAS? Ko dah tau ke yang Umno bakal tumbang pada PRU 13 Mac nanti? Menteri Bertahan nih tak paham-paham bahasa ke? Yang PAS tak teringin dengan Umno selagi mana Umno menjadikan sekularisme kiblatnya.. KUALA LUMPUR, 19 Jan - Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau bersetuju dengan cadangan seorang bekas pemimpin tertinggi PAS supaya kedua-dua parti berdialog untuk kebaikan negara. Beliau berkata Umno mungkin bersetuju menyertai dialog itu sekiranya perbincangan berkenaan lebih menjurus kepada membentuk perpaduan umat Islam di negara ini. "Sebagai salah seorang pemimpin Umno saya bersependapat dengan Nasharudin (bekas timbalan presiden PAS Nasharudin Mat Isa) kerana ia akan memberi manfaat besar kepada umat Islam di negara ini," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini, Khamis. Nasharudin, ketika menjawab soalan peserta Persidangan Antarabangsa Pergerakan Kesederhanaan Global di sini kelmarin berkata isu cadangan perbincangan antara Umno dan parti Islam itu bukan mengenai pembentukan sebuah pakatan tetapi hanya sebagai saling interaksi demi kebaikan negara. Ahmad Zahid yang juga Menteri Pertahanan berkata, ia merupakan cadangan yang baik demi perpaduan ummah dan kepentingan menegakkan perjuangan syiar Islam di negara ini. Katanya, kepentingan ummah dan Islam mestilah mengatasi kepentingan politik parti kumpulan tertentu kerana ia akhirnya merugikan orang Melayu dan umat Islam sendiri. Beliau berkata, selama ini ada pemimpin parti pembangkang termasuk PAS lebih mementingkan soal parti daripada kepentingan sebenar umat Islam di samping menuduh Umno tidak melaksanakan tuntutan Islam. Menurutnya, sekarang sudah sampai masanya pemimpin berusaha menyatukan pemikiran, hati dan tindakan umat Islam di negara ini bagi mencapai matlamat mengangkat martabat agama berkenaan. "Umno sedia berdialog dengan PAS berkaitan isu Islam di negara ini jika parti itu benar-benar ikhlas tanpa mengenakan syarat tertentu dan memikirkan keuntungan politik sesetengah pemimpin mereka," tegasnya. Ahmad Zahid berkata sebagai umat Islam yang cintakan perpaduan, keamanan dan kesejahteraan, umat Islam mestilah mengamalkan sikap, pemikiran dan tindakan yang sederhana sekiranya mahu dihormati penduduk dunia yang lain. Bagaimanapun, beliau berkata, cadangan yang dianggap baik itu perlu mendapat persetujuan Majlis Tertinggi Umno sebelum keputusan dibuat sama ada Umno bersetuju atau sebaliknya dialog itu diadakan. ~bernama | ||
Bongkar!! Tanah Rampasan Taib Mahmud Seluas 3 Kali Ganda Singapura Posted: 19 Jan 2012 05:08 AM PST Inilah legasi yang ditinggalkan oleh Umno BN.. yang makin kaya bertambah kaya. Yang miskin makin papa kedana. Pak-pak menteri dan mak-mak menteri makin kaya.. beli kondo buat harta, komisen RM3000,000 tapi rakyat makin hidup tersepit. Begitu jugak, dengan si Taib Mahmud nih.. Pelbagai pendedahan di buat tapi SPRM buat dek jek..macam takde keje. Pendedahan terbaru yang dilakukan oleh portal Sarawak Report nih dapat membuka mata terutamanya rakyat bumi kenyalang. Dengan berselindung dibawah projek pembangunan Taib dan keluarganya telah dikatkan memperolehi tanah 3 kali lebih luas dari republik Singapura.. Ikuti pendedahan ini.. Tanah Rampasan Taib Mahmud Kini sekali lagi para penyiasat dari Bruno Manser Fund telah berjaya membuka mata dunia mengenai kegiatan haram serta terkutuk Taib Mahmud ke atas rakyat dan negerinya sendiri. Pasukan penyiasat itu telah berusaha menjalankan siasatan mereka berpandukan maklumat yang dibocorkan dari Jabatan Tanah dan Survei, seperti yang pernah dikeluarkan dalam blog Sarawak Report. Berdasarkan laporan BMF itu, kita dapat meneliti betapa banyaknya rampasan tanah yang dilakukan oleh Ketua Menteri dan keluarganya atas rakyat dan negerinya. Dengan bertopengkan 'pembangunan' Taib dan keluarganya telah memperoleh tanah tiga kali lebih luas dari pulau Singapura, walaupun Taib pernah mengatakan bahawa dia 'tidak mempunyai sebarang perniagaan di negeri Sarawak' di mana beliau sendiri adalah pengarah syarikat Delta Padi Sdn Bhd. Menurut maklumat dari BMF, terdapat 50% dari kesemua tanah yang diserahkan kepada Taib Mahmud sekeluarga itu adalah secara percuma! Apakah jenis kerajaan yang menjalankan dasar merampas tanah rakyatnya sendiri? Kleptokrasi Kini Taib Mahmud dilihat mengamalkan kleptokrasi, "klepto" dari istilah Greek yang bermaksud "saya menchuri". Menurut laporan BMF terdapat 200,000 hektar tanah orang tempatan telah diserahkan kepada 31 buah syarikat yang ada kaitannya dengan Taib Mahmud, supaya hutannya menjadi sumber kayu balak dan kemudiannya kawasan perladangan dibuka. Kesemua syarikat itu telah membayar premium sekecil RM100 juta, iaitu hanya sebahagian dari hasil penjualan kayu balak dan juga hasil penjualan buah kelapa sawit. Sebagai contoh, pada iklan Onn Mahmud yang ingin menjualkan tanah ladang milik Achi Jaya Plantations telah menetapkan harga sebanyak RM31 juta untuk seekar, iaitu bersamaan dengan RM77 juta untuk sehektar. Dengan keluasan tanah rampasan Taib sehingga 200,000 hektar, jumlah harganya mencecah RM15.4 bilion. Cuba bandingkan pula nilai RM3.47 juta yang diagihkan oleh kerajaan BN yang diketuai oleh Taib bagi membantu golongan miskin pada tahun ini! Apakah yang dapat dilakukan oleh Sarawak dengan menggunakan RM15.4 bilion dalam menangani miskin tegar di kawasan pedalaman. Alangkah suatu kesilapan yang besar dan serius jika wang sejumlah itu berada di tangan orang yang tamak haloba seperti Abdul Taib Mahmud itu! SPRM – degil dalam senyap Sekali lagi, maklumat yang baru timbul ini akan mendesak pihak SPRM untuk bangun dan bertindak sewajarnya. Hanya pada bulan lalu sahaja BMF telah mengeluarkan kenyataan akhbar bahawa suatu dokumen penting berkaitan dengan Ketua Menteri telah diutuskan kepada pihak SPRM, yang mendedahkan bagaimana Taib Mahmud dan keluarganya memilik saham dalam 332 syarikat di Malaysia dan 85 buah di luar negara. ~sarawakreport | ||
Gempar!! Rosmah Di Aibkan Laman Web Luar Negara Posted: 19 Jan 2012 02:36 AM PST Rosmah Mansor kena lagi. Selepas isu beli cincin 24juta dengan alasan duit disimpan sejak kecil, kini Rosmah dimalukan pula di 9gag dengan tajuk Spent US203150 Public Fund On A Handbag, Clain To Save Money Since. Rosmah ni nampaknya dah menjadi liabiliti terbesar Najib menjelang PRU13 mengalahkan Anwar Ibrahim. Di akhir entry ni aku ada siapkan calculation berapa yang Tok Mah perlu menabung sehari untuk capai impian membeli kedua dua cincin dan beg tangan . So baca sampai habis . Nampaknya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak perlu berbuat sesuatu untuk menghentikan dirinya dari terus dipermainkan akibat dari karenah isteri beliau. Terbaru, isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor telah dipermainkan dalam laman lawak antarabangsa terkenal, 9gag.com dengan tajuk "Prime Minister's wife". "Rosmah telah didakwa membelanjakan US$203,150 wang awam untuk membeli bag tangan. Tetapi menjelaskan telah menyimpan wang sejak berumur 5 tahun." (Spent US$203,150 public funds on handbag, Claim to saved money since 5 years old). Yang menariknya, selepas ia dinaikkan 21 jam, sudah 112 komen diberikan manakala 162 pelayar telah menandakan 'like' kepada gambar yang memalukan ini. Sehingga kini sudah 234 komen dan 480 telah kongsikannya. Komen -komen pula bukannya datang dari Malaysia sahaja tetapi juga luar negara khasnya negara jiran, Singapura. Komen pertama datangnya dari Chua Chem Fei, Nanyang Technological University yang berharap 'seluruh dunia tahu betapa teruknya 'this fat lady'. Selain itu, ramai juga komen-komen yang dibuat oleh pelayar laman ini dari Malaysia. "$9 a day since 5 years old. That's kinda like RM30 per day..i gues she really liked the bag..lol." tulis Faiz Mohamad Nor dari UTP. Pendek kata, komen-komen yang diberikan dalam laman sangat memalukan Najib dan negara apatah lagi ia dibuat di peringkat antarabangsa dan oleh laman web antarabangsa. **Rosmah rosmah. Bila lah kau nak berubah ye? Alasan tak masuk akal langsung. ok jom kita kira sama sama. Dulu US24 juta dan sekarang US$203,150. campur dua2 = US 24,203,150 . Convert kepada RM lebih kurang cincai2 Rm3 la katakan, = RM72690450 Umur Rosmah sekarang 60. Dah tua bangka dah. kita kira 55 sebab dia cakap dia start menabung dari umur 5tahun kan? RM72690450 bahagi 55 = RM1321644.55 untuk setahun bahagi lagi dengan 365 = RM 3620.94 sehari .(GILAAAA) So untuk mencapai impian memiliki sebentuk cincin dan sebuah beg tangan, secara logiknya, Rosmah perlu menabung sebanyak RM 3620.94 sehari. Adakah anda rasa ini logik? Ok memang kira kira aku ni tak logik kan? Mungkin bila dah meningkat dewasa dia boleh simpan sehari RM10,000 kan? itu yang sampai 24Juta dalam masa 55tahun tu. Kejap, kerja dia apa ek sampai boleh simpan banyak macam tu? Dulu dia Business Manager je dekat Island and Peninsular. Lepas kahwin terus jadi surirumah full time. So mana dapat duit banyak tu Tok Mah weii? ~pencacaisemalaysia | ||
Twitter Azwan Ali Di Godam Jack Sparrow Rilekscrew Posted: 19 Jan 2012 12:00 AM PST Mungkin ada di antara kita yg masih belum mengetahui mengenai berita ini . Iaitu mengenai Twitter Azwan Ali yang telah pun digodam seorang penggodam yang menggelarkan dirinya sebagai Jack Sparrow dari RileksCrew awal pagi tadi. Jack Sparrow terkenal dengan tindakannya menggodam beberapa fanpage-fanpage artis di Malaysia dan juga beberapa kenamaan lain. Tujuan penggodaman mungkin berunsurkan security testing bagi seseorang artis itu utk securekan account mereka seperti account Facebook, Twitter, Email dan sebagainya . Mari kita lihat screenshot account Twitter milik Azwan Ali yang telah digodam. Dan ini pula merupakan link untuk ke account twitter Azwan Ali .
| ||
Skim Baru SBPA : Gaji Pegawai Tertinggi Di Bayar Sehingga RM80,000 Posted: 18 Jan 2012 10:14 PM PST Satu cadangan kenaikan gaji yang lebih tinggi dicadangkan untuk pegawai tertinggi kerajaan di bawah Skim Persaraan Baru Kakitangan Awam (SBPA) telah menimbulkan perasaan tidak puas hati 1.4 juta kakitangan awam-kunci utama untuk kemenangan Barisan Nasional (BN). Di bawah skim baru berkenaan, pegawai atasan kerajaan akan dibayar sebanyak RM80,000 sebulan berbanding kakitangan awam hanya menerima kenaikan RM1.70 sebulan dan telah membangkitkan kemarahan beberapa kesatuan sekerja dan juga pembangkang. Kemarahan mereka telah membawa kepada pilihan raya akan datang dijangka dalam tahun ini dan menyaksikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyemak semula skim berkenaan selepas protes yang dilakukan Kongres Kesatuan Sekerja untuk kakitangan awam(Ceupacs). Difahamkan, skim berkenaan dibuat tanpa melibatkan penglibatan Ceupacs. The Malaysian Insider difahamkan, di bawah skim SBPA, 36 pegawai atasan kakitangan awam akan memperoleh RM36,000 sebulan. Ketua Hakim akan memperoleh RM80,000 dan Ketua Setiausaha Negara akan mendapat RM60,000 sebulan. Timbalan Presiden Ceupacs I, Azih Muda mengesahkan maklumat berkenaan dan maklumat lanjut berada dalam tangan kerajaan. "Ya, ya, memang begitu, sama seperti di dalam kalangan pusingan terbabit... gaji pokok untuk mereka yang berada di perkhidmatan utama adalah RM36,000," katanya. Tapi Azih enggan untuk mengulas lanjut berkenaan perkara itu, dan menegaskan kerajaan telah pun mengumumkan kumpulan bertindak untuk mengkaji SBPA. Jumaat lepas, kerajaan mengumumkan satu kumpulan khas untuk menyemak semula SBPA bermula sekarang hingga 16 April, diketuai oleh bekas pengarah kakitangan awam Tan Sri Ismail Adam, dan akan memasukkan wakil daripada Jabatan Perkhidmatan Awam, Ketua Hakim Negara, dan Kementerian Kewangan termasuk Ceupacs. "Saya lebih selesa untuk tidak mahu mengulas perkara itu, kerajaan sudah membentuk jawatankuasa kerja bagi menyemak semula perkara itu, dan pelaksanaannya telah ditangguhkan, jadi saya percaya kerajaan akan menyelesaikan perkara itu," jelas Azih. Namun begitu, beliau mengesahkan jawatankuasa kerja berkenaan akan menyemak secara spesifik bayaran terhadap servis utama. "Mereka akan menyemak semuanya," katanya sebelum memutuskan panggilan. Cuepacs sebelum ini menuntut kerajaan menangguhkan skim terbabit berikutan pertubuhan itu tidak diajak berunding berkenaan perkara itu. Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menegaskan perbezaan pendapatan antara kakitangan awam di peringkat tertinggi sehingga lima angka, sementara kakitangan bawahan hanya memperoleh jumlah yang jauh lebih kecil. Pakatan Rakyat turut menuduh Putrajaya "menyalahgunakan" skim berkenaan, dan mengkritik skim tersebut. "Beritahu saya jumlah tersebut, saya tahu mereka di perkhidmatan utama memperoleh antara RM36,000-RM60,000. "Adakah adil sekiranya KSN (Ketua Setiausaha Negara) mendapat RM60,000 sebulan, sedangkan kerani hanya memperoleh kurang RM100 kenaikan gaji," jelas Mahfuz apabila ditanya pendapatnya berhubung perkara itu. Ahli Parlimen Pokok Sena itu berkata PAS akan terus menuntut kerajaan menyemak semula skim berkenaan supaya kenaikan yang "adil" terhadap kakitangan awam. "Segala-galanya harus disemak semula... ia seharusnya diperbaiki supaya kumpulan sokongan memperoleh pendapatan yang lebih berpatutan. "Selain itu, pembayaran anggota tentera juga perlu disemak, mereka tiada kesatuan," katanya. Belanjawan 2012 telah menetapkan sejumlah RM64.1 billion bagi gaji dan pencen kakitangan awam, 28 persen daripada keseluruhan belanjawan, peningkatan daripada RM36.9 billion lima tahun lalu. ~themalaysianinsider |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan