A Mum Of Three Mohd |
- I am sorry
- UMNO cepat rembat
- Politik ala Mafia
- Defensifnya DPP terhadap si Hassan Ali
- 1 Malaysia dilanda Gempa Bumi??
- Teka Teki yang kacang jawapannya
Posted: 08 Jan 2012 02:30 AM PST To err is human, to forgive is devine. Ya... Maaf-memaafkan amalan mulia. Barvo Zaid Ibrahim!! Bravo Anwar Ibrahim!! HarakahdailyMenjelang 901: Zaid – Anwar saling bermaafan KUALA LUMPUR, 8 Jan: Presiden Kita, Datuk Zaid Ibrahim yang satu ketika dulu meninggalkan PKR dengan kritikan keras terhadap ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengambil inisiatif untuk bermaaf-maafan dengan Ketua Umum PKR, hari ini, sehari sebelum tarikh 901. Pada 9 Januari ini, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akan mengumumkan keputusan perbicaraan kes liwat versi II selepas perbicaraan yang penuh kontroversi berlangsung tahun lepas. Anwar, 64, dituduh telah melakukan liwat terhadap Mohd Saiful di sebuah kondominium di Damansara Heights pada Jun 2008, beberapa bulan sebelum kembali dan memenangi kerusi Parlimen Permatang Pauh. "Anwar, I hav said some harsh things abt you. I am sorry. Politics sometimes bring the worst in us. I hope you will be fairly treated. (Anwar, saya telah mengatakan sesuatu yang amat kasar pada anda. Saya mohon maaf. Politik ini kadang-kadang membuat kita melakukan benda terburuk. Saya harap anda akan dilayan dengan adil)," tulis Zaid di Twitter. Dalam jawapannya, Anwar menjawab, "Thank you and continue to support the reform agenda (Terima kasih, dan teruskan menyokong agenda reformasi)." Tahun lepas, Zaid meninggalkan parti PKR selepas pertarungan sengit dengan Azmin Ali, untuk jawatan timbalan presiden parti, yang dimenangi Azmin pada akhirnya. Akhirnya Zaid menubuhkan parti Kita. Zaid mula berbaik dengan pembangkang semula sejurus perhimpunan agong Umno selesai dan mengumumkan tidak akan bertanding dalam pilihan raya umum akan datang sebaliknya akan memberikan sokongan kepada parti pembangkang. Zaid menyifatkan ucapan-ucapan pemimpin Umno semasa perhimpunan agong sebagai merbahaya dan tidak bertanggungjawab, dan oleh itu, bagi menunjukkan perpaduan kita kepada rakyat Malaysia, dan penolakan Kita kepada apa jua idea fasis dan berkuku besi, Zaid menyatakan bahawa Kita akan terus menyokong platform pembangkang dengan harapan untuk membawa perubahan sebenar. Selasa lepas, Zaid mempertahankan Pakatan Rakyat daripada kutukan dan perbuatan Raja Petra Kamaruddin, yang disifatkan ramai sebagai kawan akrabnya, yang mengutuk Anwar dan Pakatan Rakyat dengan tuduhan tidak berasas pada January 1, di semua media Umno. Menulis di blognya ketika itu, Zaid berkata walaupun ada perkara yang beliau berbeda dengan Anwar, tapi beliau mengakui jasa Anwar dalam menguatkan barisan pembangkang negara. Dalam temubual bersama Malaysiakini, Anwar berkata tiada siapapun, termasuk Zaid yang patut dikutuk untuk seumur hidup dalam politik. |
Posted: 08 Jan 2012 01:24 AM PST Alhamdulillah.... Hassan Ali kena pecat UMNO pulak cepat rembat Rembat jangan tak rembat!! |
Posted: 07 Jan 2012 09:00 PM PST Kredit gambar:Anak Sungai Derhaka Bersih 2.0 gegak gempita Himpunan 901 gempak giler Dulu.. kelongsong gas pemedih mata, Kini... suntikan berracun pula Giler... Giler... Inilah politik ala mafia 1Malaysia Di era pemerintahan Najib 1Malaysia Boleh!! [sini] |
Defensifnya DPP terhadap si Hassan Ali Posted: 07 Jan 2012 07:00 PM PST Azmin tidak patut campur tangan urusan PAS dalam isu Hasan Ali, kata Pemuda PAS Oleh Syed Mu'az Syed Putra January 07, 2012 KUALA LUMPUR, 7 Jan — Dewan Pemuda PAS pusat kesal dengan desakan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali agar parti Islam itu mengambil tindakan terhadap Datuk Dr Hasan Ali kerana mengeluarkan kenyataan menolak perhimpunan 901 dan menyifatkannya sebagai perbuatan sia-sia. Menurut Naib Ketua Pemuda PAS pusat Dr Raja Ahmad Al-Hiss, Dr Hasan masih merupakan ahli parti itu dan mengingatkan Azmin agar tidak campur tangan. Kata beliau, Azmin boleh membangkitkan perkara itu dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat dan bukan dihebahkan melalui media terutamanya yang dikuasai Umno. "Kami jelaskan bahawa Dr Hasan adalah masih lagi ahli PAS dan Azmin perlu menghormati keadaan tersebut. "Yang keduanya, kami berharap kenyataan yang dilontarkan oleh Azmin sepatutnya disalurkan di dalam mesyuarat Majlis Pakatan Rakyat dan bukannya melalui media pro-Umno yang ada," katanya dalam satu kenyataan. Semalam Azmin mendesak PAS mengambil tindakan sewajarnya terhadap Dr Hasan, bekas Pesuruhjaya PAS Selangor dan exco kerajaan negeri itu. Azmin berkata kenyataan Dr Hasan telah melanggar prinsip dan semangat yang ada dalam Pakatan Rakyat dan beliau tidak sewajarnya berkata demikian. Dr Hasan sebelum ini berkata menolak perhimpunan 901 dan menyifatkannya sebagai perbuatan sia-sia serta memberi kesan tidak baik terutamanya kepada golongan muda. Beliau berkata ahli PAS tidak perlu menghadiri perhimpunan berkenaan. Bagaimanapun Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata akan menyertai perhimpunan 901 menambah "untuk ahli PAS pula terserah kepada masing-masing." Esok PAS akan mengadakan mesyuarat bulanan jawatankuasa kerja pusat dan kemungkinan besar isu Dr Hasan akan dibangkitkan. Tambah Raja Ahmad desakan secara terbuka Azmin kepada PAS boleh memburukkan lagi persefahaman dalam Pakatan Rakyat yang turut dianggotai DAP. "Setelah kenyataan Azmin tersebut, kami di dalam PAS juga kurang selesa dengan apa yang cuba Azmin nyatakan seolah-olah tidak menghormati PAS di dalam Pakatan Rakyat itu sendiri. "Dengan suasana tersebut, ia seperti usaha campur tangan pihak luar di dalam PAS. Suasana ini sepatutnya tidak berlaku kerana setiap parti di dalam Pakatan Rakyat perlu melindungi ahli parti masing-masing dan bukannya membuat kenyataan seumpama itu," katanya. Beliau menambah PAS tidak pernah campur tangan dalam masalah dalaman PKR dan langkah sama juga perlu diambil bagi menjaga hubungan yang telah dibina sejak beberapa tahun lalu. "Justeru, kami berharap Azmin dapat menggunakan saluran yang ada di dalam Pakatan Rakyat kerana isu seumpama ini amat sensitif. "Kami juga mengharapkan agar Majlis Pimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat memberikan peringatan keras terhadap kenyataan Azmin dalam masa yang sama jika isu Dr Hasan juga turut dibincangkan," katanya. Awal minggu ini Azmin mengumumkan bahawa Pakatan Rakyat akan memastikan sejumlah 100,000 rakyat akan turut serta dalam perhimpunan tersebut bagi menunjukkan sokongan terhadap Anwar ketika Mahkamah Tinggi membuat keputusan Isnin ini berkaitan kes liwat keduanya.-MI Usihhh..... emosionalnya DPP ni!! Allah.... be rasional la sikit. Jangan emotional sangat. Orang cuma bagi saranan bukan nak campur urusan dalaman PAS. Kita satu pasukan, tak usahlah make a big deal terhadap perkara remeh-temeh. After all.... yang Hassan Ali sibuk sangat ambil pot hal perhimpunan 901 tu apasal?? Sapa dia nak menyibuk?? Kalau dia tak setuju dan tak nak turut serta, dia punya pasal ler. Boleh blahh!! Tapi.... janganlah guris perasaan PKR dengan buat kenyataan bingai. Anwar tu, bukan ke pemimpin derang. Cer kalau derang 'usik' pemimpin PAS.... korang pun tentu marahkan?? Weh.... muhasabahlah diri sikit. Jangan keruhkan lagi keadaan bagi Pakatan Rakyat. Cukuplah si Hassan Ali sorang yang bikin hal secara bersiri untuk mengkhianati peperangan kita dengan UMNO. Terang lagi bersuluh.... jelas kelihatan yang dia telah menikam kita, bukan saja dari belakang tetapi kini secara berdepan pulak. Mintak maafler kalau komer marah. Tapi... itulah hakikatnya. Jika kita nak lawan UMNO secara politik.... kita kena bijak atur strategi. Jangan ingat PAS secara solo boleh lawan UMNO. Begitu juga PKR dan DAP. Dan, jangan jadi Melayu mudah lupa. Jangan juga lupa sejarah. Ingat.... PAS dulu pun pernah kena penaya dengan UMNO. Takkan nak biarkan PAS terus kena penaya dengan UMNO?? Bodoh namanya tu!! Sebab tu, kita kena bijak berpolitik untuk mampuskan setan bernama UMNO. Fokus pada usaha untuk mampuskan setan itu terlebih dahulu. Lepas tu, dengan semangat tolak ansur dan persefahaman antara kita, baru kita tumpukan kepada usaha merealisasikan agenda kita pulak. Bersabar...dan be smart. Kita bukan saja mahukan keadilan dan kesejahteraan untuk bangsa Melayu-Islam semata-mata, tetapi juga.... untuk semua bangsa Malaysia tanpa mengira kaum dan agama. Sebagai sayap parti Islam, itu DPP kena paham. Ini tidak.... depa pulak meroyan sama macam Hassan Ali. Itu yang peliknya. Yang DPP.... especially yang duduk di atas tu, begitu nak membela dan defensif sangat terhahap si Hassan Ali tu, apasal, ek?? |
1 Malaysia dilanda Gempa Bumi?? Posted: 07 Jan 2012 05:00 PM PST Apakah Perhimpunan 901 bakal meledakkan 'gempa bumi' di negara 1Malaysia?? Rasanya... sudah pasti. Ini kerana, Pakatan Rakyat mensasarkan 100, 000 para penyokongnya akan membanjiri kawasan sekitar Mahkamah Kuala Lumpur di Jalan Duta. Walau pun pihak polis telah memberi keizinan untuk perhimpunan ini, tetapi ia hanya dihadkan di kawasan tempat letak kereta saja. Pulak tu.... dikenakan pulak syarat-syarat yang tak masuk akai. [sini dan sini] Weh... kalau setakat tempat letak kereta yang kononnya hanya dapat memuatkan 5 000 orang jer, apa ke jadahnya?? On top of that, kena ikut pulak syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak polis. Ek ele... kalau begitu, macam berhimpun dalam 'kandang besi'ler. Apakah demokrasi sudah bertukar jadi kukubesi?? Aha... itulah persepsi umum. Malaysia sudah sedikit demi sedikit sudah transform menjadi negara kukubesi. Hahahaha.... hasil rancangan transformasi Najib Razak PM 1 Malaysia. Lu orang mahu undi UMNO dan duduk dalam 'penjara' besi?? Berbalik kepada cerita Perhimpunan 901.. Jelas sekali, pihak polis yang menjadi lembu tunggangan UMNO, takut akan wujudnya persepsi negatif terhadap UMNO@BN seandainya 100 ooo rakyat berhimpun pada 9 Januari ini. Hahahahaa... bukan setakat UMNO dilanda 'gempa bumi tetapi 1 Malaysia Najib akan bergegar lintang pukang. Suka atau tak suka.... obvious sokongan rakyat terhadap rejim Najib Razak sudah beralih arah. Rakyat kini berada di belakang Pakatan Rakyat dan since Anwar adalah salah seorang pemimpinnya, maka mereka akan berbondong-bondong ke Mahkamah Kuala Lumpur Jalan Duta Isnin ini untuk memberi sokongan kepada Anwar dan memberi isyarat yang mereka menolak konspirasi jahat ini. Samada Anwar menang atau kalah itu bukan persoalannya. Yang penting.... mesej yang kita cuba sampaikan melalui kehadiran 100 000 rakyat. Kalau dia ke dalam.... kita tak terkejut. Tengokkan cara perjalanan perbicaraannya pun, kita sudah dapat menduga apa keputusannya. Kalau dia dibebaskan.... alhamdulillah. Pun begitu, kita tengoklah apa akan jadi nanti. But, don't play-play... insyaAllah 100 000 orang dijangka akan hadir beb. Sebab tu.... sebelum 'gempa bumi' melanda, Najib dah angkat kaki dulu, terbang ke Afrika Selatan. Ini taktik lama untuk mengelak impak daripada konflik yang melanda. Mungkin dia belajar daripada mentornya, si firaun tua tu kot?? Hahahahaha.... nampak gayanya, tinggallah Muhyiddin Yassin dengan hulubalang-hulubalangnya yang lain untuk menghadapinya situasi ini. Don't worry.... Perkasam dan Pekuda kan ada nearby, di Masjid Jalan Duta?? Well... biar di mana sekali pun perhimpunan itu diadakan dan tanpa mempedulikan syarat-syarat polis.... the show is still on. Semangat 'Lawan Tetap Lawan' tetap bergelora beb!! [sini] Adios...!!! Jangan lupa ke Mahkamah Kuala Lumpur Isnin 9 Januari ini. Apa-apa pun, be cool and stay cool!! Elakkan sebarang provokasi. Semoga perhimpunan itu nanti diberkati Allah SWT. |
Teka Teki yang kacang jawapannya Posted: 07 Jan 2012 02:30 PM PST Suka!! Suka!! Suka!! Saya sangat suka N3 ini. Say terbaca di sini dan saya cut & paste dari blog asalnya di sini. Thank you. Halalkan, ek?? You all baca dan cer teka sapa pengkhianat tu??Ek ele..... kacang jer tu!! Teman rasa komer tahu jawapannya. Tapi.... shhhhhh, kita TST udah ler. Apa-apa pun jom kita ameen-kan doa YB Khalid Samad. Ameeennn.... Doa Agar Dimusnahkan Golongan Yang KhianatSambil menunaikan umrah pada kali ini, sempat juga saya meluahkan perasaan kepada Allah yang maha mengetahui dan menyelitkan doa supaya dimusnahkan golongan pengkhianat. Sememangnya tiada yang lebih hina dari seorang pengkhianat. Semoga Allah musnahkan mereka di dunia dan memberikan mereka balasan yang setimpal di akhirat. Pengkhianat adalah seseorang yang telah bersama kita, mendapat kepercayaan dan bantuan dari kita, tetapi atas sebab kepentingan diri, sanggup menghalakan pisau ke dada kita. Ada yang akan mendakwa bahawa ianya dilakukan di atas alasan kononnya untuk menyelamatkan kita, namun bagaimana mungkin kita diselamatkan melalui tikaman yang menuju tepat ke dada? Setiap patah perkataannya menolong pihak musuh sambil menimbulkan persengketaan di kalangan kita. Kata-kata yang mengiyakan dakyah dan tuduhan musuh diulanginya atas alasan ingin menyelamatkan kita. Selamatkan kita dari pendirian kita sendiri, supaya kita menerima wawasan dan pendirian musuh? Itu bukan usaha menyelamat namanya, tetapi pengkhianatan! Seorang pengkhianat yang mengerti betapa hinanya tindakan khianat akan hanya sanggup menikam kawan dari belakang. Dirinya merasa malu atas tindakan khianatnya. Sebaliknya, seorang pengkhianat yang tidak faham betapa hinanya tindakan khianat terus menikam dari depan. Dia tidak mengerti makna setiakawan dan baginya tindakannya sesuatu yang mulia dan dibanggakan. Bagi dirinya tiada yang lebih mulia dari dirinya sendiri atau perjuangan yang lebih aula dari mementingkan diri. Maka pengkhianatan adalah perkara biasa yang tidak perlu merasa malu atau hina kerananya. Hakikatnya, tiada sesiapa yang mampu mengasihi seorang pengkhianat. Termasuklah mereka yang menjadi sebab pengkhiantan itu dilakukan. Akhirnya sang pengkhianat akan tetap dibuang bagaikan sampah yang busuk dan berulat oleh mereka yang dibantunya. Pengkhianatannya tidak akan mendatangkan manfaat dan beliau menjadi hina di dunia dan di akhirat Semoga Allah memusnahkan golongan pengkhianat. Samada dia insaf dan kembali kepada pangkuan jemaah atau dimusnahkan oleh Allah atas sebab pengkhianatanya. WaLlahu 'Alam KHALID SAMAD |
You are subscribed to email updates from A Mum Of Three Mohd To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan