Ahad, 8 Januari 2012

BRIGED MP SEGAMBUT

BRIGED MP SEGAMBUT


Anwar sedia jika dipenjara sekali lagi

Posted: 08 Jan 2012 08:30 AM PST

Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau telahpun bersedia untuk menghadapi kemungkinan paling buruk berhubung keputusan perbicaraan kes Liwat II di mahkamah esok.

Beliau juga telah meneliti setiap kemungkinan itu dengan terperinci dan telah bersedia secara psikologi untuk kembali ke penjara, kata Anwar dalam satu wawancara eksklusif dengan Malaysiakini.

anwar ibrahim interview with malaysiakini 4Ada orang yang menganggap beliau "gila" kerana sanggup berbuat demikian, kata Anwar yang kini sudahpun berusia 64 tahun.

Anwar berkata beliau bagaimanapun tidak ingin menjadi hero dengan bersedia untuk dipenjarakan, seperti pendapat sesetengah orang.

Melihat kepada perjalanan perbicaraan kes berkenaan kali ini, Anwar bagaimanapun tetap menaruh harapan supaya keputusan memihak kepadanya.

Ditanya sama ada rakyat masih percaya bahawa tuduhan ke atasnya merupakan satu rekaan, Anwar berkata beliau menerima sokongan yang baik sejak 2008 lagi.

HASSAN ALI SEDIH JASANYA TAK DIBALAS BAIK KAH KAH KAH

Posted: 08 Jan 2012 06:10 AM PST

Exco kerajaan Selangor Datuk Dr Hasan Ali menyuarakan rasa sedihnya kerana dipecat daripada anggota PAS oleh jawatankuasa pusat parti itu berkuatkuasa serta merta pada hari ini.

"Saya amat terkejut dengan tindakan drastik yang diambil oleh AJK (anggota jawankuas) PAS Pusat itu.

"Saya turut bersedih kerana perjuangan Islam saya selama ini dibalas sedemikian rupa," katanya.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam kenyataannya  hari ini mengumumkan memecat Dr Hasan atas tindakannya yang didakwa "menyalahi dan merugikan kepentingan parti sebagaimana yang diperuntukkan dalam perlembagaan PAS".

Pemecatan berdasarkan Fasal 82(9) perlembagaan parti itu dibuat setelah mesyuarat jawatankuasa pusat lebih tiga jam di Kuala Lumpur pagi ini.

Dalam kenyataan segeranya hari ini, bekas pesuruhjaya PAS Selangor itu berkata akan merujuk kepada sahabat-sahabatnya untuk mengambil tindakan sewajarnya.

Beliau juga berkata akan memanggil sidang akhbar dalam masa  terdekat untuk menjelaskan kedudukannya berhubung perkara itu.

BENARKAH WAN AZIZAH YG HENDAK DIRACUN?

Posted: 07 Jan 2012 05:16 PM PST


Pengawal peribadi presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dimasukkan ke hospital semalam selepas disyaki diserang dan  didakwa dicederakan dengan objek tajam yang beracun.

Menurut seorang pembantu Datuk Seri Anwar  Ibrahim, kejadian itu berlaku selepas tamatnya satu ceramah ketua umum PKR itu di kampung halamannya di Cherok Tok Kun, Pulau Pinang.
 
NONEPengawal peribadi itu, Fayyadh Afiq Albakqry, mengiringi Wan Azizah beredar melalui orang ramai yang hadir di ceramah berkenaan pada kira-kira jam 10 malam apabila kejadian itu dikatakan berlaku.

Fayyadh Afiq sedang mengiringi Wan Azizah ke satu lagi ceramah di Parit Buntar, Perak tetapi dia mula berasa sakit dan akhirnya tidak sedarkan diri sewaktu dalam perjalanan.
Berikutan itu, Wan Azizah mengarahkan pemandunya berpatah balik menuju ke utara untuk membawa Fayyadh Afiq ke sebuah hospital  di Seberang Jaya.

Menurut ketua Pemuda PKR Pulau Pinang, Syed Mikael Rizal Aidid, pada mulanya, Fayyadh Afiqberdarah selepas tangannya cedera terkena objek yang tajam, tetapi mereka memutuskan untuk meneruskan perjalanan ke Parit Buntar.

Bagaimanapun, katanya, selepas Fayyadh Afiq sakit, mereka mengesyaki dia mungkin diracun semasa serangan tersebut.
Berita mengenai serangan tersebut tersebar dengan cepat melalui Twitter dengan beberapa individu mendakwa Fayyadh Afiq mungkin menghalang serangan terhadap Wan Azizah.

Sesetengah tweets mendakwa jantung Fayyadh Afiq berhenti berdenyut berikutan dakwaan serangan tersebut, tetapi para pemimpin PKR kemudian menulis melalui tweet menyatakan pengawal peribadi itu dalam keadaan stabil dan telah sedar semula.

Juga dilaporkan di twitter bahawa lebih daripada 100 penyokong PKR dan Pakatan Rakyat berada di hospital untuk mendoakan supaya Fayyadh Afiq pulih.
Wan Azizah adalah antara puluhan pemimpin PKR yang sedang menjelajah ke negara dalam siri ceramah umum menjelang keputusan perbicaraan kes liwat II Isnin ini.

Anwar pula berada di Kuala Terengganu menghadiri satu lagi ceramah umum di negeri itu ketika serangan tersebut dikatakan berlaku.

NONEFayyadh Afiq juga merupakan pengawal peribadi yang sama yang didakwa terkena tembakan kanister gas pemedih mata ketika melindungi Anwar semasa perhimpunan BERSIH 2.0.

Fayyadh Afiq dijadual menghadiri pendengaran Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) mengenai dakwaan kekerasan pihak polis semasa perhimpunan BERSIH pada 9 Julai.

[Baca berita penuh]

Tiada ulasan: