Khamis, 5 Januari 2012

A Mum Of Three Mohd

A Mum Of Three Mohd


Jangan kongkang-kan IPT

Posted: 04 Jan 2012 10:30 PM PST


Semua nak mereka rimba'-kan. Undang-undang mereka 'rimba'-kan dan kini universiti pun mereka nak 'rimba'-kan.

Kita nak jadi dinamik dan maju ke depan, mereka sebaliknya, membawa kita mundur ke belakang ke alam rimba. Mereka sebenarnya tak suka mahasiswa jadi berani dan dinamik. Takuuutt!! Takuut terguling kena guling.

Kalau boleh ler, mereka mahu anak-anak muda di menara gading, jadi pasif dan bengap... agar senang diperkunta-kintekan oleh mereka. Suruh angguk.... mengangguk!!! Suruh geleng.... menggeleng!!

Dasar big bully!!

Inikah jenis anak-anak muda di menara gading yang kita mahu producekan?? Anak-anak muda 'burung kakak tua' yang minda mereka boleh di-remote control-kan mengikut kehendak hati sang pemerintah yang berkuku besi.

Hahahha... kalau itu macam, baik ternak lembu jer. Dapat RM250 juta, buta-buta jer!!

Apa-apa pun.... bangun anak muda. Bangun pertahankan hak anda!! Bersatu kita teguh bercerai kita roboh. Mampooss AUKU!!

KUALA LUMPUR, 4 Jan: Pihak pentadbiran Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) diingatkan agar tidak menjadikan universiti itu sebagai 'institusi pengajian rimba' di negara ini dengan tidak menghormati proses keadilan.

Tindakan UPSI menyingkirkan salah seorang pelajarnya, Siti Nurul Piteriah Abdul Halim dari kolej kediaman Aminuddin Baki kampus itu yang terlibat dalam demonstrasi aman di hadapan pusat pengajian itu malam 1 Januari lalu, bagaimanapun jelas memperlihatkan sikap universiti tersebut yang mendahului proses undang-undang.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (gambar) berkata, pada hal pihak pentadbiran UPSI tidak sepatutnya mengenakan tindakan seperti itu terhadap pelajar terbabit kerana beliau tidak pun disahkan bersalah oleh mahkamah.

Menurutnya, malah kes pelajar terbabit belum pun dibawa ke mahkamah untuk diadili, tetapi bagaimana pula UPSI boleh mengatakan pelajar tersebut bersalah.

Katanya, sekiranya pihak UPSI mengatakan Siti Nurul Piteriah bersalah kerana melanggar Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku), perkara itu juga mestilah diputuskan oleh mahkamah.

"Pihak pentadbiran UPSI tidak boleh bertindak sesuka hati ke atas pelajarnya dengan mengatakan pelajar terbabit bersalah hanya atas alasan melanggar peraturan universiti itu, sedangkan pelajar berkenaan belum pun diputuskan bersalah oleh mahkamah," katanya ketika dihubungi Harakahdaily, di sini, hari ini.

Seorang mahasiswi UPSI, Siti Nurul Piteriah Abdul Halim yang terlibat dalam demonstrasi aman yang mencederakan dua pelajar dan membawa kepada penangkapan 17 pelajar lain di hadapan pusat pengajian tinggi itu malam 1 Januari lalu telah disingkirkan dari kolej kediaman universiti tersebut.

Menurut penyelaras kumpulan Legasi Mahasiswa Progresif (LMP), Adam Adli Abdul Halim, pelajar wanita itu dimaklumkan keputusan tersebut kelamrin selepas beliau dibebaskan daripada tahanan polis.

Adam Adli seperti yang dilaporkan media tempatan berkata, Siti Nurul Piteriah telah disingkirkan dari kolej kediaman Aminuddin Baki, manakala seorang lagi pelajar universiti itu, Alif Ashraf, yang turut mengambil bahagian dalam demonstrasi tersebut juga mungkin menghadapi tindakan disiplin, tetapi belum disahkan.

Bagaimanapun, media hari ini turut melaporkan, Siti Nurul Piteriah akan terus menetap di asrama berkenaan sehingga notis rasmi diberikan kepadanya.

"Saya masih di kolej. Setakat ini saya hanya diberikan notis lisan daripada rakan-rakan kolej, yang memetik pesanan "dari pihak atasan".

"Selagi tidak ada notis (rasmi), saya akan tetap tinggal di sana. Itu adalah hak saya," kata pelajar diploma Kesusasteraan Melayu itu.

Siti Nurul Piteriah menjelaskan, beliau dimaklumkan untuk mengosongkan asrama kediamannya berkuatkuasa serta-merta, jam 9.30 malam, selepas dia dibebaskan pada sebelah petang hari demonstrasi berkenaan.

Menurut Mahfuz, PAS amat kesal dan mengecam keras tindakan UPSI itu kerana ia telah menyebabkan pusat pengajian itu kini telah bertukar menjadi institusi pengajian rimba di negara ini.

Katanya, sebagai sebuah pusat pengajian tinggi, pihak pentadbiran UPSI sewajarnya menghormati undang-undang, tetapi tindakan tersebut jelas menunjukkan UPSI telah mendahului proses undang-undang untuk melakukan sesuatu tindakan.

"Apakah salah jika pelajar itu terlibat dalam demonstrasi? Jika pula dikatakan menyalahi Auku, buktikahlah di mahkamah. Sedangkan Auku itu sendiri telah diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menyalahi Perlembagaan Persekutuan," tegasnya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berharap agar pihak pentadbiran UPSI menarik balik penyingkiran terhadap Siti Nurul Piteriah dan pelajar lain yang terlibat dalam demonstrasi tersebut. -Harakahdaily

Tak SenoNOH betoi!!

Posted: 04 Jan 2012 05:31 PM PST


Kah kah kah kah....

Sampah jadi isu??
That desperate??

Tak senoNOH... Tak senoNOH....

Eeeee.....

Tak senoNOH betoi ler!!

Nak tau citernyer, baca ini....


SHAH ALAM, 4 Jan: PAS meminta agar Timbalan Pengerusi Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar menghentikan segala sabotaj jika beliau ada rancangan untuk mengganggu kutipan sampah di Selangor.

Demikian kata Ketua Penerangan PAS Selangor, Saari Sungib (gambar) dalam satu sidang medianya di sini.

Turut serta dalam sidang media itu adalah Ketua Penerangan PKR Selangor, Shuhaimi Shafiei dan Jenice Lee, Setiausaha Publisiti DAP Negeri Selangor.

"Kita tahu isu sampah adalah rancangan sabotaj di mana Noh dan Umno Selangor didakwa terlibat, isu tersebut adalah sengaja ditimbulkan apabila kontrak Alam Flora telah ditamatkan oleh kerajaan negeri," sambung beliau lagi.

Isu kutipan sampah menjadi hangat dalam media Umno sejak kebelakangan ini.

Ia bermula apabila kerajaan negeri Selangor memutuskan untuk menamatkan kontrak pengutipan sampah dari Alam Flora selepas tidak berpuashati dengan kerjanya.

Buat sementara ini, anak syarikat kerajaan negeri Selangor di bawah Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB), Hebat Abadi Sdn Bhd telah diberikan amanah untuk menjalankan kerja-kerja ini di Shah Alam sehingga kontraktor yang kekal diperolehi.

Kerajaan Selangor memutuskan, kontraktor ini perlu diberikan kepada penender terbaik melalui tender terbuka untuk mempastikan kerja terbaik yang dibuat nanti bukannya orang kedua tetapi penerima kontrak berkenaan.

Pada hari pertama dan kedua kerja ini berjalan, iaitu pada 1 dan 2 Januari, Pengurus Besar Hebat Abadi, Ramli Mohd Tahir telah membuat tiga laporan polis ekoran kerja-kerja pemungutan sampah mereka diganggu.

Pada 1 Januari, Ramli membuat laporan di Balai Polis Seksyen 11 bahawa kompaktor (lori pengangkut sampah) mereka telah ditahan dari memasuki jalan Seksyen 17/23 dekat sini.

Pada 2 Januari, Ramli membuat dua laporan polis lagi berkaitan perkara yang sama.

Dalam laporan itu, Ramli melaporkan, pada jam 11 pagi, kompaktor milik Cemerlang Endas Sdn Bhd ditahan dari memungut sampah di Seksyen 9.

Dalam satu lagi laporan polis, beliau berkata, pemilik syarikat Aminora Enterprise (kontraktor kepada Hebat Abadi) menerima panggilan telefon yang mengugut supaya mereka tidak memasuki Seksyen 7 untuk memungut sampah di situ.

"Saya bimbang akan ancaman ini kepada Kumpulan Darul Ehsan dan kontraktor kami memandangkan kami hanya syarikat yang diamanahkan bagi menyelesaikan masalah kutipan di kawasan ini," kata Ramli dalam laporan polisnya.

Salinan semua laporan polis ini diserahkan kepada Harakahdaily

Tiada ulasan: