BRIGED MP SEGAMBUT |
- hassam ali BEBAS MEMBERI CADANGAN, CADANGANKU AGAR HASSAN ALI DIPECAT CEPAT
- Polis perhebat kempen anti demo 'Bebaskan Anwar'
- Hisham: Demo tak akan ubah keputusan mahkamah
hassam ali BEBAS MEMBERI CADANGAN, CADANGANKU AGAR HASSAN ALI DIPECAT CEPAT Posted: 05 Jan 2012 07:53 AM PST Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Hasan Ali mencadangkan supaya Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dilantik sebagai Perdana Menteri jika Datuk Seri Anwar Ibrahim didapati bersalah dalam kes bicara liwatnya dan jika Pakatan berjaya menumbangkan BN pada pilihan raya umum akan datang. Sekiranya umur menjadi faktor penghalang, maka Hasan mencadangkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai Perdana Menteri kerana kedua-dua mereka adalah calon yang mampu dan berkelayakan. Hasan berkata apabila memilih seseorang pemimpin, selain rekod prestasi mereka dalam kerajaan dan peringkat antarabangsa, latar keluarga mereka juga perlu diberi perhatian. "Untuk jadi pemimpin track record mesti bagus, track record kita khidmat dengan kerajaan, swasta, di peringkat antarabangsa dan organisasi perlu diambil kira. "Track record perlu tengok ini. Kita juga tengok perkelilingan kita, keluarga kita mesti bagus, isteri kita mesti bagus, anak kita mesti bagus jangan ada dadah. "Sebab kita nak jadi pemimpin dan pemimpin ini neraca atau cermin kepada rakyat kita pimpin," katanya. Justeru, katanya atas sebab itu, baginya orang yang paling layak memimpin negara ini dan yang terbaik sepanjang pengetahuannya adalah Nik Aziz. "Yang paling cantik untuk pimpin Malaysia ini, saya nak namakan orang itu, bagi saya beliau adalah Datuk Nik Aziz. "Kalau umur jadi halangan, Datuk Seri Hadi Awang pada saya," katanya. Hasan juga menemplak mereka yang mempertikaikan mengapa pemimpin kanan PAS itu tidak boleh menjadi perdana menteri. "Apa Hadi awang tak boleh? Adakah kerana dia tak dididik di England, di Oxford atau Cambridge tidak boleh jadi PM. "Adakah kerana beliau pakai jubah atau serban dia tak boleh jadi PM?" soalnya pula. Hasan berkata, kedua-dua pemimpin itu mempunyai cara hidup, latar keluarga dan rekod prestasi serta pengalaman mereka berurusan dengan rakyat yang cemerlang. "Tengok kehidupan, keluarganya, pengalaman mengurusnya, pengalaman tadbir manusianya saya rasa kalau saya ada cadangan atau ada kuasa kemukakan cadangan itu saya cadang dua orang inilah yang saya akan paparkan sebagai pemimpin yang boleh didaikan PM Malaysia," katanya lagi. |
Polis perhebat kempen anti demo 'Bebaskan Anwar' Posted: 04 Jan 2012 07:30 PM PST Polis telah memperhebatkan kempen media sosial terhadap perhimpunan yang dirancang pada 9 Januari ini apabila keputusan kes perbicaraan liwat II yang membabitkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim diumumkan. Laman rasmi Facebook dan Twitter Polis Diraja Malaysia berkongsi gambar dan video rusuhan yang lalu, termasuk laporan Berita ABC mengenai rusuhan di kota London pada Ogos lalu. Tajuk klip video mengenai rusuhan London berbunyi: "Adakah ini yang anda inginkan? "Kejadian perhimpunan secara aman yang berlarutan sehingga menjadi rusuhan yang pernah berlaku di negara asing harus dijadikan iktibar jika kita ingin mengejar kebebasan dan hak bersuara. "Pengajaran daripada sejarah, keamanan merupakan nilai utama kemakmuran negara. "Bersama-sama kita, bangsa Malaysia, mengekalkan keamanan dan kemakmuran negara yang dinikmati bersama selama-lamanya." Klip video lebih dua minit itu menunjukkan penunjuk perasaan memecahkan tingkap, bangunan manakala kenderaan dibakar dan mereka bertarung dengan pihak polis di jalanan sekitar kota London. Klip ini juga menunjukkan seorang wanita yang terpaksa terjun dari sebuah bangunan terbakar untuk menyelamatkan diri dengan suara latar pembaca berita ABC News menerangkan kejadian itu sebagai "sungguh dahsyat". Gambar lain menunjukkan seorang penunjuk perasaan memanjat atas sebuah kereta peronda polis, manakala satu lagi gambar memaparkan sebuah van diterbalikkan. Walau bagaimanapun, sumber gambar-gambar berkenaan tidak jelas. Selain itu, polis juga memuat-naikkan wawancara dengan seorang 'pekedai' dan 'pengawal keselamatan' yang membuat komen-komen negatif berhubung perhimpunan yang dirancangdi luar kompleks Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur, Isnin ini. "Jika boleh, jangan sertai perhimpunan 901 kerana ia menimbulkan masalah kepada semua orang," kata seorang pekedai yang hanya dikenal sebagai 'Encik Kenny' dalam klip video satu minit itu. Dakwanya, perhimpunan BERSIH dan gerakan Reformasi sebelum ini telah memberi kesan terhadap perniagaannya. PKR semalam mengisytiharkan bahawa 100,000 penyokongnya termasuk daripada PAS dan DAP akan berada di luar kompleks mahkamah pada hari Isnin ini. |
Hisham: Demo tak akan ubah keputusan mahkamah Posted: 04 Jan 2012 04:22 PM PST Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata sebarang demonstrasi jalanan tidak akan mengubah mana-mana keputusan mahkamah. Beliau yang merujuk kepada demonstrasi Kempen "Bebaskan Anwar 901" yang dirancang pada Isnin ini berkata, orang ramai tidak perlu terlalu emosi dan mudah terpengaruh jika ada pihak tertentu cuba menghasut mereka bagi menyertai demonstrasi berkenaan. "Saya nak ingatkan orang ramai kes yang ada di mahkamah yang akan dijatuhkan hukumannya tak lama lagi sudah lama berjalan, kenapa baru sekarang ada perancangan tertentu," katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat pasca kabinet kementerian itu di Putrajaya, petang semalam. Demonstrasi itu dikatakan bertujuan menuntut keadilan bagi Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dijadual memberi penghakiman berhubung kes liwat membabitkan beliau pada hari tersebut. Hishammuddin berkata polis tidak akan berkompromi dengan cubaan penganjur untuk mengadakan perhimpunan itu sehingga boleh mengganggu-gugat keselamatan orang awam. "Yang menjadi sandaran Polis Diraja Malaysia ialah keselamatan, ketenteraman dan kepentingan orang awam termasuk peniaga dan penjaja. Jika tidak menjejaskan keadaan, saya tengok tidak mendatangkan masalah. "Tetapi kalau sekiranya jelas apa yang nak dilakukan ini disengajakan atau akan menimbulkan huru-hara ini akan menjadi pertimbangan pihak polis," katanya. Pada sidang akhbar sama Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata beliau telah mengarahkan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh untuk mengadakan pertemuan dengan penganjur demonstrasi itu. Dalam perkembangan lain, Ismail sekali lagi menegaskan bahawa anggota polis tidak menggunakan kekerasan ketika menyuraikan perhimpunan haram anjuran kumpulan penuntut Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) selepas sambutan ambang Tahun Baru di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak Ahad lalu. "Jadi tuan-tuan tengok sendiri. Kita dah tunjuk video itu. Sudah ada dalam You Tube sekarang ini. Nilai sendirilah siapa yang bercakap benar siapa yang tak benar," katanya sambil menegaskan polis cukup profesional dalam menghadapi kejadian itu. - Bernama |
You are subscribed to email updates from BRIGED MP SEGAMBUT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan