Rabu, 4 Januari 2012

A Mum Of Three Mohd

A Mum Of Three Mohd


Whatever happens... Lawan Tetap Lawan!!

Posted: 03 Jan 2012 06:15 PM PST


Samada ke dalam ke dia... di luar ke dia, itu tidak penting. Yang penting... jangan putus asa. Lawan Tetap Lawan!! Perjuangan belum selesai selagi UMNO tak tumpor. Oleh itu, perjuangan mesti kita teruskan.

Ya... berjuang untuk perubahan. Perubahan hanya akan berlaku sekiranya Pakatan Rakyat menduduki Putrajaya.

PETALING JAYA 3 JAN: Beberapa hari sahaja lagi menuju keputusan kes mahkamahnya, Ketua Pembangkang Datuk Sri Anwar Ibrahim berpesan kepada rakyat walau apa pun berlaku jangan berhenti desak perubahan.

Tegasnya Barisan Nasional (BN) silap sekiranya berfikir mereka akan selamat dengan memenjarakan beliau.

Walau dipenjara sekalipun, Anwar berkata keutamaan kini adalah memastikan Pakatan Rakyat menumbangkan Barisan Nasional dan menubuhkan kerajaan di Putrajaya.

"Kita harus berjuang terus. Lawan tetap lawan. Kita harus bawa perubahan. Bukan penguasa zalim tentukan masa depan negara.

Salah kita andaikan satu penguasa boleh batalkan dan sekat kemaraan rakyat.

Kita harus yakin dgn keupayaan kita dan dengan izin Allah melakukan perubahan sebaiknya untuk rakyat dan negara ini."

Beliau berkata demikian di sesi temubual Fokus Berita terbitan TV Selangor di Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) pagi tadi.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akan mengumumkan keputusan kes liwat Anwar pada 9 Januari depan.

Pemerhati meramalkan dua senario samada Anwar dihukum bersalah dan dipenjarakan atau dihukum bersalah tetapi diberi ikat jamin. Kedua-duanya menghalang beliau dari menyertai pilihanraya umum ke-13 nanti.

"Umno-BN gagal mentadbir. Gagal mengangkat martabat orang Melayu. Gagal memuliakan kedudukan Islam sebagai agama persekutuan. Gagal dalam menjamin sistem ekonomi yang baik.

Gagal menurunkan harga barga. Gagal menaikkan pendapatan mereka. Pakatan Rakyat harus diberi sokongan oleh rakyat dan dengan izin Allah kita ganti Barisan Nasional.

Siapa menjadi ketua bagi saya itu isu kedua."-TVS News

Tiada ulasan: